Jumaat, 20 November 2015

UBAT CARA KAMPUNG UNTUK SAKIT JANTUNG

Isnin, 23 Jun 2014

Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol.

Kalau anda dinasihatkan untuk buat Bypass Treatment atau Angiography kerana masalah injap jantung tersumbat......SABAR DULU....NANTI DULU.....Haaaa cuba makan penawar ini dulu. InsyaAllah, anda tak perlukan treatment tersebut.

Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat.

Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini. Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. Untuk makluman, saya pernah buat full medical checkup pada tahun 2009 sebelum bersara. Pada masa itu reading Cholestrol saya agak tinggi iaitu 6.3. Lain2nya semua OK & Normal. InsyaAllah, sebelum puasa nie saya akan lakukan satu lagi Full Medical Check Up. Saya akan update kan resultnya nanti.

Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.

Cara Membuatnya

Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.

Sukatan Minumannya

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.

Supliment Tambahan

Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118

Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'

Selamat mencubanya.

Bahan2, Proses dan Hasilnya.






Rabu, 25 Disember 2013

Petua Merawat Saluran Darah Jantung Tersumbat.

Seringkali kita dengar ramai orang yang mengalami masalah paras kolesterol tinggi akhirnya berlaku penyumbatan saluran darah dijantung. Terdapat tiga saluran darah penting di jantung yang memberikan fungsi kepada jantung itu sendiri.
Penebalan dinding saluran darah jantung disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi didalam darah menyebabkan saluran darah itu akan tersumbat pada suatu ketika. Apabila saluran darah jantung tersumbat maka pesakit hanya mempunyai beberapa pilihan saja sebelum ia menjadi semakin teruk. Antaranya merawat menggunakan belon yang akan memaksa saluran yang tersumbat itu membesar kembali, memasang spring kecil didalam saluran tersumbat itu atau melakukan pembedahan pintasan saluran jantung.
Semua nya memerlukan perbelanjaan yang cukup besar dan masa yang menunggu yang lama memandangkan jumlah pesakit yang begitu ramai.
Suatu ketika aku merasakan sesuatu yang agak pelik berlaku keatas diri ku. Biasanya aku mengambil pil garlic atau pil bawang putih untuk mencairkan darah aku bersama-sama ubat lukimia iaitu glivec. Dengan cara itu jantung aku akan berdegup normal, tetapi setelah 7 tahun aku mengamalkan cara demikian aku dapati jantung aku kembali berdegup kencang menyebabkan aku berasa tidak selesa. Puas aku berfikir apakah ini disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi didalam darah aku? Atau ada sebab lain pula.
Setelah membuat kajian demi kajian serta rujukan, aku telah menjumpai beberapa resepi yang dapat aku gunakan untuk menurunkan paras kolesterol didalam darah disamping meluaskan kembali saluran darah yang sempit itu. Salah satu resepi itu aku pilih dan ingin aku kongsikan disini kerana ia telah terbukti berjaya membetulkan saluran darah jantung yang tersumbat itu.
Bahan-bahan yang diperlukan.
1 cawan air halia – memerlukan sekitar 6 inci halia yang di blender.
1 cawan air bawang putih – memerlukan sekitar 5-6 labu bawang putih yang dikupas dan dikisar.
1 cawan air lemon – memerlukan sekitar 4-5 biji lemon
1 cawan air cuka apple
3 cawan madu lebah – sekitar 700-800 gm
Halia dan bawang putih yang telah dikisar halus hendaklah di tapis menggunakan kain nipis untuk diperah mendapatkan air jus nya sahaja. Begitu juga lemon itu. Masak semua sukatan air halia, air bawang putih, jus lemon dan apple cider (cuka apple) itu dengan api kecil sehingga ia surut menjadi 3 cawan sahaja campuran itu (masak sekitar 30-40 min). Awas campuran jus tersebut amat cepat meruap dan cepat kering jadi jangan besarkan api.
Setelah itu tutup api dan biarkan ia sejuk. Setelah sejuk campurkan 3 cawan madu kedalam campuran jus yang dimasak tadi dan kacau sehingga bercampur keseluruhannya.
Amalkan minum jus ini satu sudu besar atau 3 sudu kecil (sudu teh) setiap pagi sebelum makan pagi (breakfast) seelok-eloknya selepas solat subuh.
Aku sebenarnya memandang ringan akan keberkesanan jus ini dan hanya beranggapan ia hanyalah campuran bahan yang biasa saja yang digunakan untuk memasak. Aku cuba minum awal pagi dan sekali lagi sebelum aku tidur kerana aku sukakan akan rasanya yang masam-masam manis tu.
Tapi apa yang berlaku keesokkan harinya aku kehilangan hampir 80% tenaga aku ketika waktu tengah hari. Menyebabkan aku tak mampu nak berjalan. Lutut aku terasa terketar-ketar. Ketika itu baru lah aku sedar bahawa jus itu tidak boleh di buat main-main sebarangan. Aku segera mendapatkan beberapa bantuan seperti meminum air susu kambing dan air gamat untuk menstabilkan keadaan diri aku.
Pada hari kedua aku hanya minum sekali saja jus yang aku buat itu disamping meminum susu kambing dan air gamat. Tenaga aku dapat aku pulihkan kembali seperti biasa selepas 4 hari aku mencuba jus ini.
Aku meneruskan pengambilan jus itu sehingga lebih kurang 28 hari dan kesannya cukup bagus dengan bacaan kolesterol aku cuma 5.1 saja. Disamping itu perut aku juga terasa cukup bagus dan selesa.
Untuk anda yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat eloklah amalkan meminum jus ini untuk suatu jangka masa yang panjang. Ia cukup memberikan kesan yang baik kepada anda terutama jika anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Biarlah kita berusaha dengan cara ini dahalu disamping kita berdoa kepada Allah. Kerana kos untuk menjalani pembedahan jantung adalah amat mahal dan memerlukan masa yang lama untuk tiba gilirannya disebabkan terlalu ramai orang menanti.

Berita Baik.

Kini anda tidak perlu bersusah payah menyediakan jus tersebut diatas sendiri. Sebuah kilang berstatus GMP telah menjadi printis mengeluarkan jus tersebut untuk anda semua. Dapatkan segera dan nikmati hasilnya selepas dua minggu. Maklumat lanjut sila ke artikel


Petua-petua Untuk Mencegah Penyakit Jantung

>> Wednesday, August 28, 2013


 
PETUA-PETUA UNTUK MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG




JANTUNG adalah salah satu anggota penting pada badan manusia, Ia sentiasa berdenyut. Tugas asasinya ialah mengepam darah ke seluruh jasad manusia yang hidup. Jika jantung berhenti bergerak, maka bererti berhentilah kehidupan jasad seseorang- mati. Seperti dengan anggota-anggota yang lain juga, jantung terdedah kepada serangan berbagai-bagai jenis penyakit merbahaya yang boleh menjadi ancaman kepada kehidupan.

Kian maju manusia, kian terancam jantung mereka. Kian tidak selamat. Hari ini penyakit jantung kronis telah mengancam seluruh dunia. Ia menjadi pembunuh utama penduduk dunia hari ini. Seramai 17.3 orang setiap tahun di seluruh dunia menjadi korban penyakit jantung, dan menjelang tahun 2030 pula, ia dijangka akan meningkat kepada seramai 23 juta jiwa setiap tahun.

Malangnya sejak kebelakangan ini penyakit jantung ini telah menular ke negara kita Malaysia yang kian maju dari segi kebendaannya.

Malah pada tahun 1912 Malaysia merupakan sebuah negara yang paling tinggi angka kematiannya kerana penyakit jantung.


Mengikut kajian, di Malaysia penyakit ini berpunca daripada obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis. 


Sebahagian besar daripada penghidap-penghidap penyakit jantung itu terdiri dari golongan muda, dari seawal usia 24 tahun. Kajian itu menunjukkan bahawa 64 peratus pesakit jantung Malaysia adalah mereka yang berada dalam tahap lingkungan usia 65 tahun ke bawah, dan hanya 6 peratus sahaja mereka yang berada dalam lingkungan usia 65 tahun ke atas.

Dapat Diselamatkan

Walau bagaimana pun menurut Dr. Peter Steincrohn, seorang doktor dan penulis perubatan yang terkenal, mungkin ramai orang dapat diselamatkan selepas diserang penyakit jantung, kiranya dia bernasib baik kakinya patah, yang memaksa  dia berihat, dan ini bererti memberi peluang kepada jantungnya untuk pulih kembali.


Menurut beliau untuk memberi rawatan yang wajar kepada jantung bukanlah semata-mata bergantung kepada rawatan dan pantang yang dijalani oleh seseorang selama beberapa minggu sahaja selepas dia diserang penyakit jantung, malah juga bergantung kepada gaya hidup seseorang untuk selama-lamanya selepas dia diserang penyakit jantung.

Ramai orang tidak menyedari, bahawa banyak orang yang telah diserang penyakit jantung boleh hidup banyak tahun lagi dengan penyakitnya itu. Malah ramai pesakit jantung yang menyangka dia akan mati dalam masa beberapa hari lagi selepas mendapat serangan jantung, tapi dapat terus hidup berpuluh-puluh tahun kemudian tidak seperti jangkaannya itu. Banyak kesakitan dan penderitaan dapat dihindari, andainya para pesakit dapat memahami matalamat yang ingin dicapai oleh sang doktor.

Menurut beliau tidak semua penyakit jantung itu serius sebenarnya.  Tiga dari empat pesakit jantung yang dibawa ke dewan bedah didapati memiliki jantung yang sihat. Daripada berbagai-bagai sungutan kesakitan di bahagian jantung yang diadukan kepada doktor, tidak kurang pula aduan-aduan itu hanya berpunca daripada ketakutan dan kebimbangan mereka semata-mata. 
[Saya mempunyai dua orang kawan yang pernah mengandaikan diri mereka menghidap penyakit jantung setelah membaca rencana-rencana dalam akhbar dan majalah tanah air yang mendiskripsikan tanda-tanda  penyakit jantung yang dihidapi oleh seseorang. Maka kedua-duanya pun melayan diri mereka sebagai mangsa penyakit jantung. Tapi setelah dipaksa menemui doktor dan menjalani pemeriskaan, maka kedua-duanya didapati bebas dari penyakit jantung]. 
Tapi sebaliknya pula, menurut Dr. P. Steincrohn, ramai orang yang benar-benar menghidap penyakit jantung tapi enggan menemui doktor dengan berbagai-bagai alasan pula.
Beberapa Petua
Beliau selanjutnya mengutarakan beberapa petua kepada orang-orang yang sihat walfiat dan juga kepada penghidap-penghidap penyakit jantung, agar mereka dapat mencapai usia hidup yang lebih panjang.
Pertama-tamanya beliau memberi nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala sebagai berikut supaya menemui doktor:

Batuk kronis, meludah berdarah, pingsan, lelah, bengkak pergelangan kaki, letih lesu, sembelit, berdebar, nadi berdenyut pentas, pendek nafas, sakit dada, pening-pening, dan tidak dapat baring dengan rapat belakang ketika tiudr.

Kedua beliau menasihati pesakit supaya mendengar apa yang dikatakan oleh doktor sahaja bukanya mengambil nasihat daripada kawan-kawan yang bersimpati tapi tidak mempunyai latihan-latihan perubatan dan tidak pula berdasarkan apa-apa yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar, majalah-majalah dan buku-buku.

[Seorang pesakit jantung, kebetulan seorang sahabat saya ketika berada dalam wad pertama kali di hospital selepas diserang penyakit jantung,  tidak tahan mendengar berbagai-bagai pandangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat pengunjungnya yang ramai itu yang menyebabkan fikirannya menjadi serabut dan kusut. Doktor yang menerima aduannya itu meminta kebenaranya untuk meletak notis melarang kunjungan para pelawat walaupun keadaannya tidaklah begitu teruk demi untuk menjaga emosinya supaya tidak terus terganggu].

Penyakit jantung mempunyai banyak jenis, sesetengahnya ada mempunyai titik-titik keserupaan dan sesetengah pula mempunyai titik yang berbeza. Justeru setiap penyakit jantung ada mempunyai ubat-ubat yang tertentu. Namun begitu ada satu rawatan asasi kepada penyakit jantung, iaitu mengatur cara hidup yang wajar. Tanpa cara hidup yang wajar, maka kebanyakan ubat-ubat yang lain itu tidak berguna.

Pesakit jantung walaupun telah sembuh wajar menyusun hidupnya yang boleh meringankan kerja-kerja jantungnya. Menjaga badan supaya tidak bertambah gemuk. Jangan makan minum sesuka hati sahaja. Jangan bekerja keras. Jangan kejar waktu dan mengikut emosi, kerana semuanya itu boleh membebankan jantung. Jauhkan mengah dan lain-lain gejala yang boleh menganggu kenteraman. Tidak ada ubat untuk membolehkan pesakit jantung bekerja keras seperti biasa sebelum dia diserang penyakit jantung.

Justeru berat badan hendaklah dikawal supaya normal dan sejajar dengan keadaan fizikal seseorang, baik dari tinggi rendah, besar kecil dan tua muda usia mereka. Tindakan mengurus badan yang gemuk hendaklah dilakukan secara teratur, dengan memperbaiki cara makan minum dan mengamalkan riadah yang wajar, dan bukannya dengan memakan ubat-ubat kurus. Jangan makan terlalu banyak seumur-umur.

Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengurangkan kecepatan, keberatan dan kegiatan-kegiatan yang melibatkan jasmani. Jangan berlari-lari untuk mengejar keratapi, [mengejar bas], menaiki tangga, jangan cuba memberhentikan kereta di tempat yang sempit, atau menggunakan mana-mana anggota jasmani dengan sehabis tenaga yang dimiliki.

Selepas selesai makan jangan libatkan diri dalam sebarang kegiatan jasmani, jangan lakukan sesuatu yang boleh memendekkan nafas. Andainya pesakit mulai merasa nafasnya singkat-singkat, atau merasa sakit dalam dada, dia hendaklah segera baring dan berihat sahaja.

Kerja-kerja menggunakan otak hanya boleh dilakukan bila otak berada  dalam keadaan cukup segar dan berhenti bila merasa otak kepenatan. Dengan itu, perhatian dapat diberikan sebaik-baiknya kepada masalah kerja tanpa mendapat ketegangan mental yang berat.

Riaksi-riaksi emosional yang meluap-luap hendaklah dielakkan. Beliau memberitahu tentang seorang pesakit yang darahnya akan naik setinggi 60 poin bila dia berada dalam keadaan marah.

Kita selalu mempersalahkan orang lain yang melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kita, tapi tidak menganggap diri kita bodoh kerana membenarkan perbuatan-perbuatan seperti itu menganggu kententeraman kita.

Beliau menceritakan tentang seorang doktor yang menghidap penyakit jantung. Dia sedar riaksi emosi terhadap jantungnya, tapi dia tidak mampu mendisplinkan dirinya sendiri, menyebabkan akhirnya dia mati ketika dia berada dalam keadaan marah yang meluap-luap.

[Seorang jiran saya di kampung adalah seorang pesakit jantung  pada mula-mulanya tidak serius. Tapi dia tidak dapat menerima dengan kelakuan dan tingkah laku salah seorang daripada anaknya yang selalu menimbulkan kemarahannya yang meluap-luap. Dia sering meluahkan perasaannya itu kepada saya. Pada suatu hari kerana terlalu marahnya dengan tindakan yang dilakukan oleh anaknya itu dia menjadi tidak sedarkan diri, dan terpaksa diusung ke hospital kerana diserang pernyakit jantung. Sejak itu kehidupanya tidak lagi normal seperti di masa-masa sebelumnya, dia tidak dapat lagi berfikir dengan normal].

Justeru bila ada sesuatu problem yang mulai menceutskan kemarahan, atau mulai menganggu kententeraman jiwa, maka kita dinasihatkan supaya segera merelek dan menenangkan diri kita agar perasaan yang mendidih dalam batin kita itu tidak meletup.

Beliau menasihatkan supaya bergembira dalam semua keadaan. Sikap mu-sang atau mudah terganggu  dan cepat suggul  tidak menolong mencergaskan jantung dan juga saluran-saluran darah. Sesunggunya untuk bergembira dalam saat-saat kesedihan tidaklah mudah. Ia mudah diucapkan tapi sukar dipraktikkan.

Justeru itu beliau menyarankan, ketika berada di dalam kesuggulan, cubalah fikirkan mana-mana pengalaman gembira yang telah dialami di masa lampau, kerana mud kita sering dapat dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan.

[Seorang doktor di sebuah hospital di negara kita pernah memberi nasihat kepada seorang pesakitnya, kebetulan sahabat saya, ketika berada dalam gangguan perasaan, supaya mengingatkan saat-saat gembira ketika dia mula-mula bertemu dengan isterinya menjelang mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga].

Jika pesakit itu seorang perokok, beliau menasihati pesakit itu supaya berhenti merokok, kerana dia yakin rokok merbahaya kepada orang yang sakit jantung.

[Seorang sahabat saya, ketika pertama kali diserang oleh penyakit jantung dan dirawat di sebuah hospital tempatan selama beberapa hari, sebelum dibenarkan keluar dari rumah sakit itu telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya supaya segera berhenti merokok dengan membuat satu akujanji bertulis yang dia tidak akan menjamah rokok lagi selepas itu. Sehingga kini dia masih lagi berpegang teguh akujanjinya itu]

Tegas Dr. Peter Steincrohn, “Penghidapan jantung anda memerlukan anda mengubahkan cara-cara hidup anda. Anda harus selalu tenang dan bergembira dan mengurangkan kegiatan-kegiatan badan, mental dan emosi”.

“Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sama menghidap seperti anda, tapi hari ini mereka masih sihat walafiat dan sedang melaksanakan kerja-kerja yang cemerlang. Anda juga boleh mencapai kesihatan yang dinikmati mereka andainya anda bersedia untuk menurut jejak cara-cara hidup mereka”. Demikian Dr.Peter Steincrohn.

Itulah sebabnya kita rakyat Malaysia harus sentiasa menjalani kehidupan dengan cara yang wajar, bersih dan suci lahir dan batinnya, lebih-lebih lagi kepada kita yang beragama Islam yang diwajibkan menjaga kebersihan diri jasmani dan ruhaninya sebagai hamba Allah dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat.

Tips Merawat Penyakit Jantung Dengan Ayat Al-Quran


Tanda-tanda Awal Jantung Bermasaalah!


Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

Lidah terasa tegang dan pendek.

Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

Rasa keletihan sepanjang masa.

Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

Degupan jantung tidak menentu.

Nafas terasa pendek.

Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.




Kaedah Rawatan Ustaz Raflis Sabirin

Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.


1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'


2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka


3) Selepas itu baca al-Fatihah (1x)


4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (3x)


5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (1x), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (1x)


6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (7x) iaitu seperti berikut:-








Maksudnya:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya 



Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya


Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana 




Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)








Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.


7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 x baca


8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.



Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie.


Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah


Doa 1






Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Yunus Ayat 57)



DOA 2.





Maksudnya:


“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? 


Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). 

Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” 
(Surah Fushillat: Ayat 44)



Nota : Ayat2 di atas juga terdapat dalam Kitab Manzil dan dinamakan Ayat2 Syifa/Penyembuh. Oleh itu mulakanlah pagi kita dengan bacaan ayat2 tersebut. InsyaAllah kita akan selamat didunia dan diakhirat.

 


Tips Dari Dapur


Seorang pesakit beliau mendedahkan bagaimana hanya dengan meminum formula ini selama 1 bulan, penyakit penyumbatan 3 saluran darah koronarinya hilang dan beliau bebas dari bypass surgery!

No harm trying!

Beginilah formulanya:


1 cawan jus lemon segar
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
3 cawan madu



Cara Penyediaan:


Campurkan jus lemon, halia dan bawang putih dengan cuka epal dan panaskan perlahan-perlahan selama setengah jam sehingga tinggal 3/4 dari jumlah isipadu asal.

Selepas ianya sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu dan kacau hingga sebati


Cara Pengambilan:


Minum satu sudu besar sekali sehari, sebelum sarapan


Selamat Mencuba Dan Beramal !!!


HERBA DAN TUMBUHAN UBATAN

PENGENALAN

Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca makanan dan perubatan semenjak zaman batu. Segala pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut dan di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia semakin moden manusia mencari penemuan baru. Kini, setelah puas disogok pelbagai bahan tiruan, manusia kembali kepada asal iaitu alam semulajadi.

Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah perubatan asli tersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional terbahagi tiga iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli. Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan.

TUMBUHAN HIJAU PENUH KHASIAT

Sebanyak 76 spesis paku-pakis dan 1215 spesis tumbuhan berbiji di Semenanjung Malaysia didakwa berkhasiat ubatan, termasuk untuk kecantikan. Lebih 125 ribu jenis tumbuhan ada khasiat perubatan yang berasaskan penggunaan. Pola penggunaan perubatan tradisional kalangan lelaki biasanya untuk menjaga kesihatan, meningkatkan tenaga mental, fizikal dan keupayaan lelaki. Hampir 40 peratus kegunaannya untuk orang perempuan bagi tujuan kecantikan seperti awet muda, melangsingkan badan, kegebuan kulit serta meningkatkan daya tarikan seks, mengawal perjalanan haid dan menjarangkan anak.

Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar, batang, daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok. Lazimnya ia berbentuk kasar seperti akar kayu yang dikeringkan atau bentuk segar yang direbus dan diminum airnya. Hanya segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat. Secara umum kajian setakat ini yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Marziah Mahmood daripada Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi UPM (1993) membuktikan benar mengenai dakwaan dan kepercayaan tentang kebaikan 10 jenis spesis tumbuhan kumpulan kunyit dan jarum emas. Namun begitu, khasiat yang ada tidak stabil dan mungkin hilang dalam pemprosesan atau melalui peruapan. Terutama jika barangan tersimpan lama dalam pasaran.

Rahsia Di Sebalik Nama

Pudina

Tumbuhan ini sejenis herba dan senang ditemui di tempat lembap. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam. Daunnya dan sedikit perahan air limau ditumbuk lumat, dipupuk pada dahi untuk ubat sakit tekak. Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak perlu atau peppermint. Mujarab digunakan untuk sakit kerongkong dan sebagai perasa masakan atau gula-gula.

Mata Pelanduk

Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.

Dukung Anak

Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan dan serata tempat lapang ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.

Serai

Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.

Putarwali

Ia hanya boleh ditemui di dalam hutan dan air rebusan akarnya mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh membebaskan hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan tisu badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan kekuatan tenaga batin lelaki yang telah berusia.

Jarum Emas

Ia sejenis rumput yang boleh ditemui di kawasan lapang. Tumbuhan parasit ini hidup menumpang pada pokok lain serta tidak berakar. Air rebusannya dipercayai mampu mengubat sakit pinggang, sakit urat saraf dan elak untuk ibu bersalin. Pun saranan pengkaji sains, ia harus direbus mengikut cara teratur. Lima batang pokok harus direbus bersama 0.5 liter air.

Kacip Fatimah

Ia sejenis tumbuhan hutan berkayu kecil. Minum air rebusannya dikatakan mampu memudahkan ibu bersalin. Malah ia dikatakan elok diminum sewaktu ibu berpantang.

Tongkat Ali

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi apabila diminum air rebusan akarnya. Malah penyakit seperti sakit jantung, kencing manis serta sakit kepala boleh diredakan dengan mengamalkan minuman air rebusannya. Ibu bersalin sering dicadangkan minum air rebusannya untuk mengubati luka.

Pepanggil

Tumbuhan ini berbunga merah, mempunyai ketinggian di antara enam hingga lapan kaki. Daunnya jikalau direndam dan diminum dikatakan mujarab sebagai julap pencuci usus. Bengkak di perut dikatakan boleh dikurangkan dengan menyapu air rebusan pokok ini.

Bidara

Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.

Terung Pipit

Sejenis pokok renek berukuran lebih 1.5 meter tinggi, dikatakan mujarab bagi merawat sakit kepala, sengal otot, taun, cirit-birit dan mengurangkan demam panas. Losyen yang dihasilkan daripada daun terung pipit sesuai digunakan untuk mengubat buasir manakala tempelan akar pokok yang ditumbuk lumat boleh memulihkan tumit kaki yang pecah. Buah terung pipit pula enak dijadikan ulam atau dimasak sambal dan jika kerap dimakan, ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain mengandungi pelbagai khasiat, masyarakat kampung biasanya mencampurkan daun terung pipit dalam masakan untuk menambah selera makan.

Asam Gelugur

Sejenis pokok yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Rasa buah asam gelugur yang masam menjadikannya antara bahan penting untuk memasak. Asam gelugur juga diguna untuk menyembuhkan kesan demam selsema. Dalam kajian terbaru dunia perubatan, pengkaji mengenal pasti dan mengasingkan bahan kimia yang dihasilkan daripada asam gelugur untuk diguna dalam penghasilan ubat antitekanan darah tinggi.

Cili

Cili ditemui oleh bangsa Sepanyol kira-kira abad ke -16 semasa era perkembangan baru dunia. Cili boleh didapati dan ditanam meluas di seluruh dunia. Di antara negara-negara tersebut ialah Brazil, Congo, India, Jepun, Honduras, Guatemala, Mexico, Mombassa, Uganda, China dan Amerika Syarikat. Cili adalah dari keluarga Solanaceae iaitu satu keluarga dengan ubi kentang dan tomato. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa spesis dan yang paling popular ditanam di Malaysia hanya dua jenis iaitu Capsicum annum dan Capsicum frutescen. Contohnya, cili padi, cili api, cili gadung, cili tomato dan cili akar.

Cili yang bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepesasan cili adalah bergantung kepada kandungan Capsaicin/Capsaicivoids di dalamnya. Terdapat 5 komponen capsaicin di dalam cili, iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen tersebut mambantu merawat sistem peredaran darah yang kurang lancar seperti aliran darah pada tangan, kaki dan jantung. Buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme yang mengakibatkan lancarnya peredaran darah. Capsaicin juga bersifat mukokinetik yang dapat mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru bagi penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.

Buah cili juga mengandungi flavoid dan antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili mengandungi capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Minyak cili dipanggil capsicol. Ia diguna sebagai ubat sapu bagi mengurangkan sengal-sengal, sakit gigi, sesak nafas dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi tablet dan digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah badan. Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.

Bawang

Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang.

Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.

Bawang Besar

Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belim dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia.

Bawang Putih

Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.

Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.

Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung.

Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama.

Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama.

Kentang

Terdapat beratus jenis ubi kentang yang tumbuh di seluruh dunia. Ia adalah daripada keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato. Ubi kentang berasal dari negara Bolivia daan Peru dan ia telah mula ditanam semenjak tujuh ribu tahun dahulu. Semenjak orang Sepanyol membawa ubi kentang keluar dari Amerika Selatan pada abad ke -16, ubi kentang telah menjadi bahan penting dalam setiap masakan orang Eropah. Kini, ubi kentang ditanam secara besar-besaran terutamanya bagi peladang di Amerika Syarikat.

Khasiat Kentang.

Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.

Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.

Kurma

Dikenali juga sebagai Phoenix dactylifera. Kurma adalah sejenis buah yang mengandungi banyak garam galian. Bagi setiap orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan 3 biji kurma, kecuali jika tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan manis yang lain. Secara saintifik, logiknya kerana sepanjang hari berpuasa, badan kita menggunakan tenaga daripada makanan yang diambil ketika bersahur. Makanan ini melalui proses pencernaan dan penyerapan. Kandungan karbohidrat di dalam makanan-makanan akan ditukar kepada glukosa, sumber utama tenaga yang mudah diserap oleh badan. Selepas 6 jam, kandungan glukosa di dalam sistem pencernaan tidak mencukupi untuk menampung keperluan badan. Maka ketika ini kita akan berasa lapar. Penggunaan glukosa yang tersimpan di dalam badan perlu di ganti secepat mungkin iaitu ketika berbuka.

Khasiat:
Kandungan khasiat kurma bagi setiap 100 gram adalah seperti, Karbohidrat, Kalsium, Potassium,
Kalium, Karotin, Air, Protein, Serat, Ferum/besi, Vitamin (B1, B2 & niasin). Daripada jumlah ini, setiap 100g kurma boleh menymbang sebanyak 295 kalori tenaga.

Kiwi

Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di negara China dan dikenali sebagai Yantoa (Chinese Gooseberry). Pada masa kini, ia banyak tumbuh di New Zealand dan popular dengan nama kiwi sempena nama burung kiwi di New zealand. Kiwi mempunyai gabungan rasa buah tembikai, strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu coklat halus nampak hodoh. Namun begitu isinya cantik, berwarna hijau muda dan berbiji halus, membulat di tengahnya membentuk corak seperti bunga.

Selain cantik sebagai hiasan kek, puding dan agar-agar, buah kiwi sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebahagian besar vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C. sebanyak 120 peratus vitamin C keperluan harian boleh dibekalkan oleh buah kiwi. Kandungan kalorinya sangat sedikit berbanding limau manis. Kandungan seratnya pula, empat kali lebih banyak daripada anggur.

Pengambilan serar dapat membantu mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan potassium dapat mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih. Buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi penyingkir' untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

Epal

Epal bukan sekadar murah dan mudah diperolehi malah ia adalah buah yang berkhasiat dan berzat. Rasanya yang masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual setelah memakan makanan yang berlemak. Epal tidak mengandungi lemak atau kolesterol malah tiada langsung mengandungi sodium. Sebiji epal turut menyumbang sepertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Epal merah mengandungi karotin yang membekalkan vitamin A. mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli, namun banyaknya pengeluaran air liur menolong mengelakkan kerosakkan gigi.

Sebiji epal yang beratnya 200 gram mengandungi empat gram serat, iaitu sama dengan serat yang terkandung dalam tiga keping roti bijirin campuran atau seperempat cawan oat yang telah dimasak. Kandungan serat yang tinggi membuatkan kita rasa kenyang selepas memakannya. Secara tidak langsung, boleh menurunkan berat badan. Tambahan lagi kandungan kalorinya rendah, iaitu hanya 40 kalori.

Pemakanan yang tinggi kandungan serat boleh menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

Pokok epal ditanam daripada keratan batangnya. Cuaca sejuk, tidak terlalu panas, hujan mencukupi dan cuaca yang baik semasa musim memetik amat bersesuaian dengan penanaman pokok epal. Epal mula berbuah setelah berusia tiga tahun. Namun begitu, buahnya menjadi lebat semasa pokok berusia lima tahun. Pokok epal boleh membesar sehingga setinggi empat meter. Biasanya ianya dicantas agar rimbun dan mudah semasa memetik buahnya. Australia, USA, New Zealand, Chile, Afrika Selatan dan Perancis adalah negara pengeluar epal paling besar. Jenis epal yang ditanam ialah Gala, Fuji, Sundowner, Golden Delicious, Pink Lady, Granny Smith, Jonathan & Delicious.

Pulut-Pulut

Pulut-pulut atau Urena lobata didapati tersebar luas di kawasan tropika seluruh dunia. Ia tumbuh sebagai rumpai di kawasan-kawasan yang terdedah seperti di tepi jalan dan di kawasan buangan. Di Malaysia, spesis ini biasanya boleh didapati di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut. Tumbuhan ini mudah dibiakkan dengan hanya menanam biji benih yang telah masak. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya tergolong dalam famili Maluaceac yang terdiri daripada 1550 spesis tumbuhan di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika.

Ciri-ciri:

Sejenis tumbuhan renek yang boleh tumbuh sehingga setinggi 1.2 meter. Hampir kesemua bahagian tumbuhan ini diselaputi oleh bulu. Susunan daunnya berselang-selang, selalunya bercuping palmat (berupa tangan) dengan ukuran 6.5 cm lebar. Bunganya yang tunggal tumbuh di celah daun, bersaiz kecil dan berwarna merah jambu. Buahnya pula diselaputi oleh bulu berlengkok dan terdiri daripada lima cuping yang berasingan apabila telah masak.

Kegunaan:

Semua bahagian tumbuhan ini iaitu akar, batang, daun, bunga dan buahnya digunakan dalam pengubatan tradisional rantau ini. Ia boleh digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti radang sendi-sendi, disenteri, sakit perut, malaria, demam, cirit-birit, batuk, penyakit-penyakit kulit, pengeluaran darah berlebihan, penyakit dada dan kesukaran ketika bersalin. Tumbuhan ini juga dilaporkan boleh digunakan untuk melakukan pengguguran (di negara China) dan berguna sebagai penawar racun jika dimakan bersama bunga raya (Hibiscusrosa-sinensis).

Di Malaysia, pucuk dan daun pulut-pulut digunakan di dalam beberapa istiadat tradisi yang berkaitan dengan penanaman beras dan dalam majlis perkahwinan. Ia juga dibawa bersama tangkal pelindung (protective charm) ketika pergi memburu gajah. Kulit pada batang tumbuhan pulut-pulut berserat dan boleh menggantikan rami (jut) dalam industri pembuatan tali dan guni. Di Brazil, tumbuhan ini ditanam secara besar-besaran untuk tujuan tersebut. Terdapat sejenis kertas liat yang diperbuat daripada kulit batang pulut-pulut. Arang kayu yang dibuat daripada pulut-pulut digunakan untuk menghitamkan gigi.

Mengkudu

Mengkudu berasal dari hutan. Ia boleh ditemui tumbuh dengan suburnya di negara-negara yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa seperti India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Indo-China dan Hawai. Di Malaysia pokok mengkudu mempunyai dua spesis. Mengkudu liar atau mengkudu hutan (Morinda tinctoria) adalah mengkudu asal yang kini tumbuh meliar di belukar dan di kawasan tanah lapang seperti di tepi laut. Pokoknya berbentuk rendang dan berbuah kecil sebesar ibu jari. Buahnya berbintik-bintik seperti bisul kecil dan menirus. Ia berasa pahit.

Satu lagi spesis mengkudu yang sering terdapat di kawasan berhampiran pantai dan belukar ialah mengkudu India atau mengkudu busuk (Morinda citrifolia). Spesis ini dikatakan berasal dari India tetapi telah membiak dengan suburnya di negara kita sejak hampir 100 tahun dahulu. Mengkudu India berbeza dari segi saiz daun dan buah, iaitu lebih besar berbanding mengkudu hutan. Buah mengkudu India berwarna hijau sewaktu muda dan berubah warna kuning susu kepada kuning setelah mencapai peringkat cukup masak. Saiz buahnya boleh membesar sehingga 12 sentimeter.

Mengkudu di tanam di kawasan kampung kerana buahnya yang mengandungi khasiat perubatan. Orang tua-tua dahulu percaya bahawa mengkudu dapat merendahkan tekanan darah tinggi, mengurangkan angin dalam badan, menambah selera makan, awet muda dan sebagai syampu yang amat baik untuk rambut. Mereka telah mengamalkan pengambilannya secara tradisional. Amalan yang mereka gunakan ialah memakan pucuk mengkudu yang direbus sebagai ulam, memakan buah mengkudu masak dengan garam dan meminum jus mengkudu dengan madu lebah.

Khasiat Mengkudu:

Ahli biokimia dari Universiti Hawai iaitu Dr. Ralph M. Heinicke telah membuat kajian secara saintifik dan telah membongkar rahsia khasiat buah mengkudu yang mengandungi bahan xeronine. Xeronine merupakan bahan penting dalam penggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan melalui tindak balas kimia antara proxeronine dan proxeronase. Xeronine membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil yang membolehkan kadar serapan bahan nutrien daripada makanan dipertingkatkan. Selain xeronine, mengkudu juga amat kaya dengan bahan antioksidan. Kepekatan bahan antioksidan dalam mengkudu adalah lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Dengan adanya bahan antioksidan dalam badan, ia akan melambatkan proses penuaan.

Khasiat mengkudu terdapat di seluruh bahagian pokoknya. Ia meliputi pucuk, bunga, kulit kayu, akar, daun dan buah. Pucuknya direbus sebagai ulam, bunga untuk merawat penyakit mata dan kulit kayu untuk pewarna kain, disentri dan malaria. Akarnya untuk mengelakkan kesakitan akibat luka, meningkatkan sel darah putih, merangsang sistem endrokkrin, mengandungi bahan antikongesi untuk mengelakkan penyekit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan bahagian otak. Daunnya boleh dijadikan sayur kerabu, pewarna nasi kerabu, dimasak sebagai sayur, untuk membungkus tungku bagi menaikkan kembali rahim ibu yang baru lepas bersalin ke tempat asalnya, melancarkan perjalanan haid, bertindak sebagai antibakteria khususnya kepada bakteria jenis Salmonella dan Shigela. Buah mengkudu yang dikisar boleh diminum sebagai jus yang merangsang pertumbuhan dan membaiki tisu, diabetes, hypertension dan reumatism. Buahnya juga boleh dimakan mentah di mana sangat berkhasiat kepada ibu dalam pantang untuk memulihkan tenaga dan memerahkan pipi. Jika disapu pada betis, kesan bersisik dan merekah pula tumit kaki akan hilang.

Jus mengkudu

Jus mengkudu diperolehi daripada buah mengkudu yang masak. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen. Mengikut kajian perubatan yang dijalankan oleh beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara, mendapati jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:

ü Sistem pernafasan

Sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.

ü Penghadaman

Perut kembung, ulser duodenal, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam dan keracunan makanan.

ü Kardiovaskular

Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol.

ü Gangguan dalam tubuh

Kencing manis, sakit kepala yang berlarutan atau migraine, sakit ginjal, buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.

ü Mulut dan tekak

Radang tekak, sakit gusi, sakit tekak, sakit tekak dan batuk.

ü Demam

Demam, muntah-muntah dan selsema.

ü Sakit tulang dan sendi

Sakit sendi atau arthritis, gout, terseliuh dan terkehel.

ü Penyakit kulit

Bisul, luka dan ulser kulit.

ü Sakit Puan

Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.

Penyakit lain:

Ketumbuhan atau tumor.

Lain-lain kesan:

Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan pertumbuhan rambut. Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan (kesuburan). Menguatkan otot kelakian.

Kesan usia:

Digunakan sebagai tonik untuk melambatkan kesan penuaan (awet muda). Untuk mendapatkan khasiat daripada jus mengkudu, pengawal dinasihatkan agar meminumnya setiap pagi, iaitu 30 minit sebelum sarapan sebanyak 100 ml atau 3 sudu besar sahaja. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

PERBINCANGAN

Setiap tumbuhan di sekeliling ada manfaat tersendiri, namun adalah mustahil untuk memuatkan kesemuanya dalam tugasan ini. Persoalannya, apakah ubatan tradisional benar-benar mujarab? Persediaan barangan tradisional jarang menggunakan hanya satu atau dua bahan. Ia lazim mengandungi 40 hingga 50 jenis. Bagaimanapun campuran ini tidak dinyatakan kepada pembeli. Namun kerana kepercayaan yang kuat dan harapan yang tinggi, pengguna tidak pernah mempertikaikan kandungannya.

Keadaan ini membimbangkan khasnya sejak wujudnya barangan tiruan dan penyalahgunaan dadah. Tetapi hasil sikap prihatin segelintir pengguna, sudah banyak suara mulai mempersoalkan rumusan, kemujaraban dan kemudaratan ubat ini. Menurut ahli botani, kesedaran ini memberi dua kebaikan. Pertama menunjukkan kecenderungan mengembalikan semula amalan perubatan tradisional, yang secara tidak langsung menggalakkan penyelidikan saintifik mengenai ubatan tambah giat, dirancang dan diselaraskan. Kedua, menggesa kerajaan melaksanakan akta mengawalnya, iaitu akta yang memberi garis panduan dan peraturan pengeluaran ubatan tradisional bagi tujuan kepiawaian. Ini adalah kerana khasiat telah diakui sedangkan buatannya masih diragui. Usaha harus ditumpukan kepada empat perkara iaitu keselamatan, keberkesanan, pelabelan dan pengiklanan.

Pengambilan ubatan tradisional seelok-eloknya asli dan segar. Ini adalah kerana cara proses tertentu, misalnya dalam memperhalusi rupa bentuk barangan, boleh menyebabkan khasiat terjejas dan ada kalanya hilang. Begitu juga jika tidak mengikut peraturan, sudah tentu mendatangkan kemudaratan. Namun begitu, semakin ramai orang yang berbalik kepada bahan semulajadi menyebabkan sedikit sebanyak akan mengancam sumber berkenaan. Oleh itu kita harus beralih dari mencarinya di hutan sahaja. Walaupun hutan primer masih mengandungi banyak sumber tumbuhan ubatan, banyak juga tumbuhan ubatan tumbuh liar di tepi jalan dan di kawasan terbiar. Sesetengahnya telah lama ditanam untuk sumber ekonomi, ramuan dalam masakan dan juga sebagai tanaman hiasan.

Untuk ini, negara masih memerlukan lebih banyak lagi ahli taksonomi dan tatanama bagi mengenalpasti identiti tumbuhan yang boleh dijadikan bahan ubatan. Kajian seterusnya pula perlu dibuat berkaitan dengan khasiatnya. Ini adalah kerana dalam pengkelasan saintifik nama botani yang betul penting untuk dijadikan rujukan, penyebaran, taksonomi dan potensinya. Identiti tumbuhan yang tepat dapat menolong ahli-ahli sains memastikan langkah pemuliharaan demi menyediakan sumber bahan mentah itu.

PENUTUP

Malaysia adalah antara negara terkaya dengan sumber semulajadi. Sebagai rakyat kitalah yang mesti menyedari kewujudan tumbuhan berpotensi di negara sendiri. Sekiranya ada pihak lain yang mendakwa tumbuhan kita kepunyaan mereka, ini suatu yang merugikan. Penyelidikan lebih menyeluruh dan terperinci tentang kuantiti dan cara menggunakan ubat tradisional perlu dilakukan agar perubatan tradisional dan moden dapat sama bergandingan ke arah masyarakat sihat dan cergas.




10 ulasan:

  1. Assalammualaikum Tuan,

    Saya mohon izin berkongsi maklumat ini bersama keluarga dan teman-teman.
    Terima kasih Tuan.Semoga dirahmati Allah atas perkongsian ilmu ini.Insyaallah

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. sebenanrnya bagus resepi tu sebab boleh bantu kawal kolestrol dalam badan. Sebab tu boleh jadi ubat sakit jantung juga

    BalasPadam
  5. Kalau pesakit yg ada masalah buah pinggang kronik boleh ker consume jus tu?

    BalasPadam
  6. Nak cubala...mudah2an berlaku keajaibannyaa😍😍amin..tq share..

    BalasPadam
  7. Saya nak dan sekarang saya tengah sakit ni no phone 012-8044617

    BalasPadam