Isnin, 30 November 2015

AZAN DAN FADHILAT


FADHILAT DAN CARA MENJAWAB LAFAZ SERUAN AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
.

Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar Seruan Azan

.
Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya Rasulallah bersabda: Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”
.

Ketika mendengar seruan Azan yang dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklah mengikuti atau menjawab sama sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebut dengan secara perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3 kalimah berikut:
.
1.  Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
Jawab Azan 1.
2.  Dan lafaz kalimah berikut:
Jawab Azan 2.

Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan lafaz:
Jawab Azan 3.
.
3.  Ketika Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :
Jawab Azan 4     .
Kita hendaklah menjawab dengan lafaz :
 Jawab Azan 5
.
Atau boleh dijawab dengan lafaz yang lebih lengkap :
Jawab Azan 6
.
.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut :

“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya….”
.
.

FADHILAT MENJAWAB LAFAZ DAN SERUAN AZAN


1.      Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

2.      Menjawab dan menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah memberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas  ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.”  (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

3.      Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

MENJAWAB LAFAZ IQAMAH DENGAN BETUL DAN SEMPURNA

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Dalam solat berjemaah, maka cukup hanya seorang sahaja yang menyeru Iqamat itu seperti ditugaskan bilal (muadzin), tidak perlu lagi kita melafazkan Iqamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah berikut:
.
1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
 cara jawab iqamah 1
.
Hendaklah dijawab dengan lafaz:
 cara jawab iqamah 2
.
2. Apabila muazzin mengucapkan lafaz Iqamah:
 cara jawab iqamah 3
.
Maka hendaklah dibalas dengan ucapan:
cara jawab iqamah 4.
Atau boleh dijawab Iqamah dengan lafaz yang lebih lengkap :
.
cara jawab iqamah 5.
.
Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu mendengar Iqamah, maka pergilah solat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, solatlah kamu bersama mereka; dan mana yang terlambat (ketinggalan), maka sempurnakanlah.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday, November 1, 2012

Ucapan Ketika Mendengar Azan

1.      Dari ’Umar bin al-Khattab RA, katanya, Nabi SAW bersabda: ”Apabila tukang azan melaungkan:
LAUNGAN AZAN
JAWAPAN
الله أكبر، الله أكبر (x 2)
الله أكبر، الله أكبر (x 2)
أشهد أن لا إله إلا الله (x 2)
أشهد أن لا إله إلا الله (x 2)
أشهد أن محمدا رسول الله (x 2)
أشهد أن محمدا رسول الله (x 2)
حي على الصلاة (x 2)
لا حول ولا قوة إلا بالله (x 2)
حي على الفلاح (x 2)
لا حول ولا قوة إلا بالله (x 2)
الله أكبر، الله أكبر
الله أكبر، الله أكبر
لا إله إلا الله
لا إله إلا الله
Dia menyebutkan dengan hatinya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” (HR Muslim)

            Termasuk di dalam sunnah juga, iaitulah ketika mendengar laungan dua kalimah syahadah oleh tukang azan, dengan menjawab:

وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، رَضِيْتُ بِاللهِ رَبَّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِيْنًا

2.       Dari Sa’ad bin Abi Waqqas RA,  seperti yang diriwayatkan oleh Abu ‘Iwanah. Rasulullah SAW bersabda:
من قال حين يسمع المؤذن أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك لـه، وأن محمداً عبده ورسوله. رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً، غفر لـه ذنبه
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca: رَضِيْتُ بِاللهِ رَبَّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا (mafhumnya): “Telah aku reda, Allah itu sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad itu sebagai rasul dan nabi,” akan diampunkan dosanya.” (Mustakhraj oleh Abu ‘Iwanah)
Persoalan: Bilakah dibaca doa ini?
Jawapan:
Ada dua pandangan:
Pandangan Pertama: Dibaca di pertengahan azan. Inilah yang diisyaratkan oleh perkataan al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim. Sekalipun tidak dinyatakannya dengan jelas. (2/322, cetakan Dar al-Hadith)
Pandangan Kedua: Dibaca setelah selesai Azan.[1] Pandangan ini dipilih oleh al-Mubarakfuri di dalam Syarh al-Tirmizi.  
3.      Selepas mendengar Azan disunatkan berselawat ke atas Nabi SAW, dan memohon Wasilah untuk baginda. Daripada ’Abdullah bin ’Amr bin al-’Ash RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: ”Apabila kamu mendengar tukang Azan melaungkan Azan, maka jawablah seperti yang tukang Azan laungkan, setelah itu (habis Azan) berselawatlah kepadaku, kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10 kali selawat, setelah itu mintalah kepada Allah untuk dikurniakan kepadaku al-Wasilah, sesungguhnya Wasilah itu merupakah satu kedudukan di dalam Syurga, tidak layak melainkan untuk seorang hamba Allah, dan aku mengharapkan hamba Allah itu adalah aku. Maka sesiapa yang memohon wasilah untukku, dia berhak mendapat syafaatku.” (HR Muslim)

Al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan hadis daripada Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendengar Azan, kemudian membaca:

اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendengar seruan azan, setelah itu dia membaca (mafhumnya): “Ya Allah, tuhan kepada seruan yang sempurna ini (azan), dan sembahyang yang akan didirikan, (Ya Allah) kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW al-Wasilah dan kelebihan, dan kurniakanlah kepada baginda kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan,” layak untuk dia memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (HR al-Bukhari)

Lafaz Selawat yang paling afdhal dan terbaik pula ialah Selawat al-Ibrahimiah, iaitulah selawat yang dibaca di dalam Tasyahhud Akhir, antaranya:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

4.       Digalakkan juga memperbanyakkan doa kepada Allah SWT setelah berdoa selepas Azan. Daripada Abdullah bin ’Amr bin al-’Ash RA, katanya: ”Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya tukang Azan memperoleh kelebihan (يَفضُلون) berbanding kami? Jawab baginda: ”Ucapkanlah seperti yang dia ucapkan (jawab Azan), apabila selesai, mohonlah permintaan, kami akan diberi (oleh Allah).” (HR Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

Diriwayatkan juga dari Anas RA, Nabi SAW bersabda: ”Tidak ditolak doa diantara Azan dan Iqamah.” (HR Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)


[1] Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berpandangan bacaan ini dibaca selepas mendengar tukang azan melaungkan dua syahadah, dan sebelum tukang azan melaunkan Hayya ‘alas Solah. Sila lihat al-Syarh al-Mummti’ dan Liqa al-Bab al-Maftuh oleh al-‘Uthaimin untuk penjelasan yang lebih terperinci. Al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti pula berkata: Sekumpulan ulama berkata: “Yang Sunnahnya diucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا  selepas selesai dilaungkan azan. Ini kerana Nabi SAW menjadikan orang yang mendengar azan sibuk untuk menjawab azan sama seperti lafaz azan yang dilaungkan, mereka berdalilkan dengan hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu semua mendengar azan, maka jawablah sama seperti laungannya.” Maka ulama kumpulan ini berkata hadith ini menjadi bukti, berdasarkan sunnah hendaklah dijawab azan sama seperti laungan tukang azan ketika melaungkan azan, dan tidak perlu sibuk dengan bacaan yang lain. Manakala sekumpulan ulama yang lain pula berkata: Bacaan ini dibaca selepas tukang azan selesai melaungkan dua syahadah. Ini kerana Nabi SAW bersabda: من قال حين يسمع المؤذن يتشهد mafhumnya: “Sesiapa yang ketika mendengar tukang azan mengucapkan syahadah, lalu membaca (doa tersebut)” iaitulah selepas selesai tukang azan mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah pandangan yang Asah (lebih benar) diantara dua pandangan ini. (Siri kuliah Syarh Sunan al-Tirmizi Muhammad al-Mukhatar al-Syanqiti) – Pent.       


Lafadz Adzan Subuh dan Terjemahanya




Sebenarnya hampir sama,perbedaanya pada lafadz adzan subuh di tambahkan
ASH-SHALAATU KHAIRUM MINAN-NAUUM
Artinya :
“Sholat itu lebih baik dari pada tidur.”



Bacaan Lafadz Adzan Subuh dalam Bahasa Indonesia
Allahu Akbar Allahu Akbar. 2x
Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah. 2x
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. 2x
Hayya' Alash Shalaah. 2x
Hayya' Alal Falaah. 2x
Ash-shalaatu khairum minan-nauum 2x
Allaahu Akbar Allahu Akbar. 2x
Laa Ilaaha Illallaah.
Terjemahan Lafadz Adzan Subuh
Allah Maha Besar 2x
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah 2x
Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan Allah 2x
Marilah sholat, 2x
Marilah menuju kemenangan, 2x
Sholat itu lebih baik dari pada tidur 2x
Allah Maha Besar, 2x
Tiada Tuhan selain Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan