Rabu, 7 Oktober 2015

TIDUR SEBELUM ZOHOR

Friday, March 15, 2013

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor


[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.


Sunday, June 19, 2011

KELEBIHAN SUNNAH NABI TIDUR SEBELUM ZOHOR (QAILULAH)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Manfaat Day Napping
1)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4)Baik untuk jantung dan kesihatan.
5)Menungkatkan fungsi kognitif.
6)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7)Menjadikan minda lebih kreatif.
8)Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.



Manfaat Tidur Sebentar Selepas Zohor

| March 18, 2013 | 0 Comments
tidur_zohor
Sunat hukumnya tidur sebentar selepas solat zohor
Mungkin masih ramai yang tidak tahu akan kepentingan tidur selepas zohor.  Dalam Islam, umatnya digalakkan melelapkan mata seketika iaitu dalam jangkamasa (10 hingga 20 minit) selepas menunaikan solat zohor kerana terdapat kebaikan di dalamnya untuk sistem tubuh badan manusia.
Tambahan lagi, tidur selepas zohor adalah sunat.  Sunat maknanya berpahala kepada sesiapa yang mengamalkannya.  Tidur tengahari ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.
Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut: “Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata  :

“Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah SAW suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda.”
(Kitab Fiqhus Sunnah; Juz I; Hal. 252)
Jom Amalkan Qailulah!
Apa maksud qailulah? Tidur tengahari ini dipanggil sebagai qailulah dalam bahasa Arab manakala golongan barat memanggil qailulah sebagai  nap.  Di negara barat, biasanya nap dilakukan antara pukul 2 hingga 4 petang. Selain itu, hasil kajian juga mengatakan bahawa amalan nap pada waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Dalam hal qailulah ini, Rasullullah SAW ada bersabda  :
Sabda Rasullah s.a.w “Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah” (Riwayat ai-Tabrani)
 Waktu paling sesuai untuk amalkan qailulah ini adalah sekitar pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor.  Namun, amalan ini boleh juga dilakukan selepas Zohor.
Kelebihan Qailulah
Menurut  kajian,  seminit  qailulah  kualitinya adalah  bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam.  Jadi, cukup sekadar dapat 10-20  minit qailulah.  Selepas itu, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk lagi, insyaAllah. Maknanya di sini, tujuan qailulah adalah untuk memastikan umat Islam mudah pula untuk melakukan qiamullai pada sebelah malamnya.
Seterusnya, tidur sejenak ini akan membuatkan badan mendapat kerehatan yang mencukupi sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
Menurut kajian lagi,  sebenarnya manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Sebagai umat Islam, lazimnya  akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh.  Dalam hal ini, jika dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ianya sudah cukup sekitar 7-8 jam kita berjaga.
Oleh itu, qailulah atau nap ini adalah amat  berpatutan untuk dilakukan pada masa itu serta  sangat sesuai dengan fitrah badan manusia. Bagi mereka yang istiqamah (konsisten) dalam mengamalkan qailulah ini, sebaik bangkit dari qailulah  akan  sedikit pening selama 5-10 minit.   Namun,  selepas itu  kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan lebih  fokus seterusnya meningkatkan produktiviti.
Bagaimana Pula Dengan Orang Yang Bekerja?
Bagi yang bekerja pula tidur berlebihan dalam waktu bekerja adalah dikira haram kerana melanggari perjanjian kerja dengan pihak majikan.  Amalan sunat ini boleh dilakukan ketika waktu makan tengahari dan selepas solat zohor iaitu dalam tempoh rehat makan tengahari.
Tidur sekadar 10 minit ini akan membantu seseorang pekerja itu lebih bersemangat dan mengembalikan mood di samping dapat merehatkan minda sekadar perlu.
Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar, tidur tengahari dapat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 30% serta membantu masalah sakit kepala dan migraine.
Kesimpulannya, ternyata sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi Muhammad SAW merupakan suatu yang amat berfaedah. Sebagaimana yang  kita semua yakini, setiap sunnah itu ada tujuannya, kebaikan dan hikmahnya.  Dengan kajian saintifik ini membuktikan dan menguatkan lagi hujahnya.  Renung-renungkan…

‘Qailullah’ ~ Tidur Sekejap Di Waktu Siang Hari

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

qailullah
.
Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ ataunapping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
.
Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)
.
Nabi Muhammad ﷺ telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam  (Qiamullail).
.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).
.
.

Waktu Qailullah

.
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
.
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
.
.

Niat Qailullah

.
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
.

Cara Niat Qailullah

.
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
.
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau:~
“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”
.
.
.

Amalan Solehin

.
Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.
.
1.  Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2.  Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3.  Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.

Syaitan Tidak Tidur

.
Sebenarnya tidur sebentar di pertengahan siang adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan Islam dalam meningkatkan keimanan kerana syaitan tidak pernah tidur disebabkan mereka sibuk melekakan manusia agar keletihan dan liat melakukan ibadah malam.
Sabda Rasulullah ﷺ ;
قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
.
.
.

Bermalas-Malasan

.
Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
.
Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah ﷺ  ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah.
.
Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan Solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat lain dan atau bertarawih di bulan Ramadhan.
.
.

Seimbang

.
Seharusnya setiap orang muslim pandai dan dapat mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika dan bukannya sepanjang hari walaupun sewaktu berpuasa.
.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿١٥﴾ آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨ 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat malam” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Israa’ (17); Ayat : 79)
Sabda Rasulullah ﷺ :
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ. َقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
“Rabb (Tuhan) kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Daku akan mengabulkannya; Sesiapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Daku akan memberinya; Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Daku akan mengampuninya.”  (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).
.
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata :
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk Solat Zuhur.”
.
Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailullah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang.
.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, ada menyebut bahawa: “Tidurnya orang puasa adalah ibadah.”
Pengertian hadis ini harus difahmi bahawa tidur orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.
.
Rasulullah ﷺ dan para sahabat pernah menjalani puasa Ramadhan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa.
.
.

Larangan

Jika tidur selepas solat dan makan tengahari, hendaklah berzikir beberapa ketika terlebih dahulu. Jangan terus tidur selepas makan kerana ia akan menyebabkan sembelit dan tidurlah sebelum masuknya waktu Asar.
Tidur seketika pada waktu siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari, tetapi jangan tidur di siang hari terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar, kerana ia bakal mengundang pelbagai penyakit.
Jauhkan diri juga daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan lemah badan dan fikiran, lembap, wajah jadi kusam, keruh, mudah marah dan boleh mengurangkan rezeki.
.
Manfaatkan waktu itu adalah lebih penting daripada sekadar tidur siang. Khalifah Umar  bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat; jika kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadhan.
Cubalah amalkan sunnah Qailullah ini dengan istiqamah. Ambillah sebahagian kecil waktu rehat tengahari dengan memilih untuk mencuba dan tidur sebentar sama ada di pejabat, tempat kerja atau di dalam kereta.
 .
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan