Ahad, 4 Oktober 2015

SAKIT GASTRIK

Tuesday, April 9, 2013

Gastrik , kanser usus, dan cara rawatan alternatif : kenapa perut sakit, berangin, rasa terbakar dan tidak selesa

Tahun 2012 yang lalu beberapa minggu sebelum puasa saya makan Durian agak banyak. Kemudian cempedak goreng setiap hari. Ini kerana dua buah-buahan itu kegemaran saya. Kebetulan musim buah menjadi2 dikeliling rumah, satu hari sebaik bangun tidur perut terasa sakit. Kembong dan banyak angin. Saya menyangka sakit perut biasa. Namun selepas 3 hari masih tidak hilang. Malah terasa seperti terbakar.

Saya kelinik. Doktor beri ubat angin dan antibiotik. Sebaik habis ubat dimakan, sakit masih tidak hilang. Terutama ketika perut kosong. Lalu saya gunakan khidmat encik Google. Baru saya tahu penyakit saya ini sebenarnya Gastrik. Terimakasih pada sesiapa yang berkongsi maklumat yang sangat berguna itu. Ada pahala tu. Kerana itu saya juga ingin berkongsi pengalaman saya menghilangkan penyakit ini.

Pertamanya anda kena pantang makanan2 ini.
1-Semua makanan banyak angin seperti Durian, cempedak, nangka dan banyak lagi.
2-Semua makanan pedas2
3-Makanan yang masam2

Keduanya amalkan ini

1-Minum susu segar lembu/kambing, atau susu tepung full creem tanpa gula sebelah pagi, tengahari, petang dan malam.

Saya amalkan ini selama dua minggu iaitu sampai sakit saya hilang. Akhirnya bila tiba bulan puasa saya dapat amalkan ibadah itu tanpa masaalah. Hari raya saya dapat menikmati makanan pedas2 tanpa bimbang rasa sakit berulang.

Tapi beberapa bulan kemudian sakit saya datang lagi. Ianya terjadi selepas saya makan nasi berlaukkan sambal petai yang pedas. Seperti sebelumnya saya pantang semula makanan pedas2 dan amalkan minum susu. Malangnya masih tidak sembuh. Kerana itu saya tidak makan lagi makanan pedas2 dan berangin. Kerana perut rasa seperti berangin dan terbakar. Saya bimbang penyakit lain yang menyerang kerana perut masih sakit. Sekali lagi saya gunakan khidmat encik Google. Namun jawapannya menakutkan. Kebarangkalian kanser usus peringkat permulaan. Mungkin sebab itu susu pun tak berkesan lagi malah bertambah sakit.

Kebetulan saya kekedai  pada satu malam, ternampak minuman vitagen dan yakult. Saya tahu kedua2 baik untuk perut. Saya beli dua2 pilih yang kurang gula. Saya beli buah betik masak. Selepas minum minuman itu sebotol setiap hari dan makan betik. Sakit saya beransur hilang. Hanya dua hari selepas itu dan sehingga kehari ini. Alhamdulillah kembali sihat. Dan saya masih meneruskan makan betik, minum vitagen dan yakult setiap hari sebagai amalan. Tidak pasti samaada betik, atau dua2 minuman itu yang mujarab.

Kesimpulannya jangan amalkan makanan terlalu pedas, masam dan berangin. Sikit2 dan sekali sekala tak apa kut.  Kalau terkena gastrik boleh amalkan seperti petua pertama. Kalau masih tak sembuh cuba petua yang kedua pula. InsyaAllah sembuh macam saya. Terima kasih mudah2an ada yang dapat faedah kesihatan dari artikel ini. Wslm...

( Perhatian...Anda boleh copy paste maklumat ini jika berguna, andainya mahu diberi kredit Alhamdulillah. Tapi kalau tak bagi pun tak apa )

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Punca Gastrik dan Cara Mengatasinya

Apa itu gastrik

istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Punca Gastrik

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.

Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.

Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

Gejala Gastrik

  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.

Bahaya Gastrik

jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. 


Pengalaman pesakit gastrik
Petikan di atas merupakan pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.


Cara Mengawal/Menangani Gastrik

Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori  tadi.   


BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:
  1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
  6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  7. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
  8. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
  9. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
  10. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  11. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit

    Gastrik punca pedih ulu hati

    Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan.Doktor, apakan masalah yang saya hadapi itu?
    Jawapan:
    Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.

    Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.
    Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.
    Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
    Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.
    Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
    Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.
    Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
    Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.
    Jawapan disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

8 ulasan:

  1. Lengkap betul info tentang gastrik. Salam kenal En Fendi.

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana share info. saya tiba2 diserang pedih hulu hati lg. dulu ada kena dan try minum susu lps tu ok. kali ni kena pedih hulu hati lg tapi masih tak ok.perut tk sakit. nk try cara en fendi. bole bg tau cara diet en fendi dlm masa 1 hari bila gastrik. bila makan betik dan bila waktunya minum yakult. saya hnya ingin mencuba.tq

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Gastrik boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa ketika bulan Ramadan.Baca Tips Mencegah Masalah Gastrik Di Bulan Puasa. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .

    BalasPadam
  4. Susu kambing paling selamat untuk pesakit gastrik

    BalasPadam
  5. Saya mengalami kerapsendawa dan perut kembung..rasa tidak selesa..apabila angin tu datang rasa ada benda tersekat di kerongkong..

    BalasPadam
  6. Jazakallahu khairan. Maklumat yg sangat komprihensif mengenai sakit gastrik.

    BalasPadam
  7. Tq......saya baru selesai buat rawatan scope......Mula Mula gastric....bacteria HP.....selepas itu..... keradangan pada usus....sya masih dalam rawatan doctor

    BalasPadam