Ahad, 25 Oktober 2015

ILMU ITU PENTING...LEBIH2 BAB AKIDAH....WALLAHU'ALAM

Turki Miliki 120 Ribu Penghafal dan 15 Ribu Halaqah Al Qur`an

Turki Miliki 120 Ribu Penghafal dan 15 Ribu Halaqah Al Qur`an

Hidayatullah.com–Kepala Departemen Ilmu Agama Turki yang berada di bawah Kementrian Agama Turki, Benjamin Barak , menyatakan bahwa jumlah huffadz atau penghafal Al Qur`an di Turki mencapai 120.080 orang. Hal ini disampaikan Barak saat acara pemberian piagam penghargaan kepada para penghafal Al Qur`an di sebuah kampus di provinsi Malatya, demikian lansir  Turk Press pekan ini.
Barak sendiri menekankan akan pentingnya menghafal Al Qur`an dan memahami ilmu-ilmu agama sekaligus menegaskan bahwa departemen yang dipimpinnya bersedia membantu dan dan mendukung lembaga-lembaga tahfizd Al Qur`an diseluruh wilayah Turki.
Barak juga menyebutkan bahwa saat ini terdapat 300 madrasah dengan 61 ribu murid yang menghafal Al Qur`an dan 15 ribu halaqah, saat ini juga pemerintah telah menyerahkan penghargaan kepada 6150 siwa penghafal Al Qur`an.
“Sejak tahun 1932 kami memulai halaqah untuk menghafal Al Qur`an hanya dengan 9 orang saja, dan sekarang sudah mencapai jumlah yang sudah kita ketahui ini. Pemerintah juga akan mengadakan pembelajaran Al Qur`an untuk 1 juta 150 ribu penduduk dengan diampu oleh 40 ribu pengajar di tahun 2015-2016 ini.” Imbuhnya Barak.* Azzam/Kairo


 
post-feature-image

Pernah Ke Iran Dan Lihat Cara Syiah Beribadat, Ustaz Ini Berkongsi Pengalaman Beliau

Setelah sekian lama, baru berkesempatan menulis alkisah ini.
Misteri MH370 Hampir Selesai - Aziz Kaprawi
Maklumat Siasatan 1MDB Tidak Akan Didedahkan - Peguam Negara
Wahid Omar : Kenaikan Harga Minyak dan Barang Selaras Dengan Kenaikan Pendapatan Isi Rumah


Setelah sekian lama, baru berkesempatan menulis alkisah ini.


Saya membayangkan bahawa saya tidak mungkin akan sampai ke Iran. Masakan tidak, saya dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar tidak ke sana. Amat dibimbangi jika nama saya telah disenaraihitamkan oleh kerajaan Iran memandangkan kelantangan menolak kehadiran Syiah di Malaysia.


Bagi saya, tiada apa yang ditakutkan, saya bukannya mencampuri urusan dalaman Iran, sebaliknya isu Syiah adalah urusan dalaman @ domestik negara kita. Tidak sepatutnya negara luar seperti Iran, Iraq atau mana-mana pihak lain campur tangan.


Sebagai seorang yang pernah bertugas di Bahagian Penyelidikan JAKIM, saya bukan hanya mengkaji Syiah, tetapi juga ajaran-ajaran dan aliran-aliran pemikiran sesat yang lain.


Cuma, Syiah adalah salah satu daripada lima ajaran sesat tegar yang disenaraikan oleh pihak JAKIM. Tegar bermaksud sesuatu ajaran yang telah pun difatwa, diwarta dan diambil tindakan, namun ia masih wujud dan menyebarkan ajarannya.


Takdir Allah SWT, saya sampai juga ke Iran. Bukan sebagai “penyelidik” tetapi atas satu tugasan yang lain. Lebih mengujakan, kehadiran saya bersama rombongan negara lain disambut meriah dan diberikan layanan agak istimewa oleh kerajaan Iran. Syukurlah kerana saya “selamat” pergi dan kembali.

Ke Memorial Khomeini




Di hadapan perumahan Khomeini


Setelah ditempatkan di dalam sebuah hotel yang agak mewah, saya sempat melabuhkan badan di atas katil. Urusetia kerajaan Iran mengatakan, pada hari pertama kami di sana tiada sebarang program diatur kecuali taklimat program yang hanya akan diadakan pada sebelah malam.


Bermakna, kami yang mendarat sejurus masuknya waktu Subuh di Tehran mempunyai masa rehat yang agak panjang sementara menunggu taklimat program pada sebelah malamnya.


Namun, semua itu sekadar janji manis urusetia kerajaan Iran, kira-kira jam 3.00 petang kami dikerah untuk turun ke lobi hotel. Sesampai di lobi, bas-bas telah bersedia untuk bergerak. Semua delegasi dalam keadaan terpinga-pinga.


Program apakah ini? Ke manakah ingin dibawa? Mengapa tidak termaktub di dalam jadual program? Sepanjang-panjang perjalanan dalam bas, soalan ini bermain-main di dalam fikiran kami.


Apabila sampai ke destinasi, tahulah kami bahawa rupa-rupanya kami akan dibawa “mengadap” bekas kediaman pencetus dan pemimpin tertinggi Revolusi “Islam” Iran iaitu Khomeini.


Di sisi penganut Syiah Iran dan seluruh dunia, ia digelarkan Ayatullah al-‘Uzma al-Imam Ruhullah Musavi al-Khomeini. Maaf, oleh kerana saya bukan penganut Syiah dan membenci ajaran Syiah kerana Allah, maka saya hanya menggelarkan makhluk itu sebagai Khomeini.





Dalam bilik Khomeini


Memang bagi orang yang hanya menggunakan kaedah, “Judge the book by its cover”, akan mengatakan, “Wah! Hebatnya Khomeini! Seorang ketua negara, tetapi hidup dengan begitu sederhana sekali!”.


Malangnya saya bukan jenis seperti itu. Bukan cara saya menilai seseorang hanya pada rupa luarannya. Tetapi saya diajar, lihatlah pada pemikirannya. Kaji sedalam mungkin!


Dan Khomeini, sepanjang saya melawat kediamannya termasuk memorial yang menempatkan segala kisah hidup, perjuangan dan legasi ilmu peninggalannya, ia langsung tidak menjadikan saya tertarik.


Mungkin setelah membaca karya-karyanya khususnya apa yang menyentuh akidah Islam dan para sahabat, ia menyebabkan saya benar-benar tawar hati dengan manusia yang bernama Khomeini itu.





Potret besar dalam Dewan Khomeini


Cuma agak menyedihkan, ada ulama sunni yang turut serta dalam delegasi tersebut, apabila diminta menyatakan pandangannya tentang Khomeini, nampaknya puji-pujian beliau terhadap Khomeini tidaklah kurang walau sedikitpun daripada pendewaan yang telah diberikan oleh Mullah Syiah yang menjadi pelayan tetamu di Dewan Khomeini.


Saya terfikir, inilah cara Syiah menyebarluaskan dakyahnya ke rantau sunni. Salah satu daripadanya adalah mengujudkan rasa takjub dan kagum terhadap keperibadian dan perjuangan Khomeini.
Kaya dengan qasidah dan selawat


Aspek paling menarik untuk dikongsikan adalah ketika majlis dot dot dot dilangsungkan. Memang kemeriahannya tak dapat dinafikan. Saya masih ingat guru saya mengatakan, kelebihan orang Parsi adalah pada tubuh dan suaranya.


Orang Parsi memang “dahsyat”. Bukan sahaja rupawan, tetapi suaranya amat mantap sekali. Saya fikir, Majlis Maulid atau Ya Hanana yang sering menampilkan para habib dari Indon dan Yaman itu pun amat jauh sekali untuk menandingi qasidah-qasidah selingan yang disampaikan oleh mereka.




Selawat Syiah ditemui dalam sebuah surau di Tehran


Sebab itu saya katakan, Syiah adalah firqah No. 1 dalam soal menampilkan aksesori-aksesori atau hiasan-hiasan bersalut Islam. Pantang disebut nama Rasulullah SAW, sudah pasti dewan akan bergema dengan selawat mereka.


Cuma setiap selawat pastinya akan disertai dengan doa agar dipercepatkan kemunculan Imam Syiah ke-12 iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari dan para imam yang lain dengan ungkapan “Allahumma ‘ajjil farajahum”.


Qasidah-qasidah yang ditampilkan semuanya bertema mendewa-dewakan Ahlul Bayt @ ahli keluarga Nabi SAW hingga ke peringkat memaksumkan mereka.
Kononnya “umat Islam dari seluruh dunia”


Paling melucukan, apabila penganjur mengatakan program ini mewakili semua umat Islam daripada seluruh negara di dunia. Namun, apabila disemak dengan setiap delegasi, rupa-rupannya kebanyakan mereka itu adalah penuntut di Mustafa International University, Qom. Bererti mereka semua adalah penganut Syiah.


Malah salah seorang peserta yang sempat disapa oleh saya, apabila ditanya di manakah asalnya? Dia menjawab, “Arab Saudi”. Dalam hati saya mengatakan, “Oh, salafi pun ada join program ni?”


Namun, setelah ditanya dari daerah manakah di Arab Saudi, lantas dia menjawab dari wilayah Qatif. Apabila mendengar Qatif, saya lalu bertanya adakah anda penuntut di Mustafa International University, Qom. Dia mengiyakan jawapan saya. Ini bermakna, peserta dari Arab Saudi ini juga penganut Syiah, kerana Qatif adalah wilayah majoriti Syiah di Arab Saudi.


Hal yang sama juga bagi peserta-peserta dari Denmark, Bahrain, Iraq, Amerika, Belgium, Sri Lanka, Afrika Tengah, Australia dll. Semuanya Syiah! Jadi, apalah ertinya jika menjemput wakil umat Islam dari seluruh dunia, sedangkan yang dijemput hanyalah rakan sesyiah mereka!
Perpustakaan Negara, Tehran





Dalam perpustakaan Iran


Antara tempat yang sempat dikunjungi juga adalah Perpustakaan Negara Iran di Tehran. Antara tempat yang dilawati ketika di perpustakaan adalah naskhah al-Quran gergasi yang terdapat di ruang masuk.


Kedua, bahagian manuskrip yang menempatkan pelbagai kitab turath dan mashaf al-Quran yang berusia ratusan tahun.


Ketiga, bahagian majalah, yang menempatkan ribuan jilid majalah terutama yang melaporkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan perjalanan revolusi Iran dari dahulu hingga kini.


Keempat, bahagian koleksi pelbagai yang menempatkan gambar-gambar, dokumen tulisan tangan, album, cakera padat dan lain-lain mengenai negara Iran dan kepimpinannya.


Sekali lagi, segala dokumen mengenai Revolusi Iran menjadi khazanah paling bernilai dalam perpustakaan ini.

Makam Khomeini, Tehran






Pintu masuk kubur Khomeini


Selama ini saya menyangka hanya 2 tempat sahaja di dalam dunia ini yang disebut sebagai Haram iaitu Haram Makkah dan Haram Madinah, yang mana kedua-duanya dikenali oleh umat Islam sebagai al-Haramayn. Kedua-dua tempat ini dikenali sebagai haram kerana terdapat hadis Rasulullah SAW yang merujuk kepadanya.


Namun, apabila tiba sahaja di hadapan pintu masuk ke Makam Khomeini. Saya benar-benar terkejut! Terdapat di pintu masuk Makam Khomeini papan tanda yang menyebut Ila al-Haram al-Syarif atau Entrance of Haram.


Rupa-rupanya, perkataan haram di Iran digunakan untuk merujuk kepada makam suci atau shrine dalam Bahasa Inggeris. Di hadapan bangunan pintu masuk makam pula tertulis perkataan Assalamualaika Ya Ruhallah (Salam sejahtera ke atasmu wahai Ruhullah).




Kubur Khomeini ditabur dengan duit


Di dalam kawasan Makam Khomeini dilihat wang yang bertaburan dipercayai diletakkan oleh para pengunjung berfahaman Syiah bagi tujuan nazar atau memohon hajat. Para jemaah Syiah yang bersolat turut dilihat memberi salam sambil menghadap ke arah makam sejurus selepas menunaikan solat Zuhur.


Kawasan di luar bangunan makam terdapat kawasan lapang yang amat luas dijadikan seperti taman rekreasi bagi memudahkan pengunjung bersiar-siar atau digunakan secara maksimum ketika ulang tahun hari kematian Khomeini disambut.
Makam Fatimah al-Ma’sumah, Qom


Tempat seterusnya yang saya kunjungi adalah kota suci yang juga pusat pengajian ilmu Syiah di dunia iaitu Qom. Agak menggelikan hati apabila pemandu warga Iran yang membawa kami bergurau dengan mengatakan isterinya bimbang bila mengetahui dia akan membawa tetamu ke Qom.


Isterinya berpesan agar dia jangan sesekali melakukan nikah mut’ah di sana! (Nikah mut’ah iaitu pernikahan dengan akad kontrak untuk tempoh tertentu, tanpa perlu wali dan saksi).


Rupa-rupanya nikah mut’ah sesuatu yang dibenci oleh warga Iran yang liberal, tetapi ianya leluasa diamalkan oleh para mullah Syiah di Qom. Mmmmm…


Antara tempat yang kami lawati di Qom adalah Makam Fatimah al-Ma’sumah. Fatimah al-Ma’sumah merupakan anak kepada Imam Syiah ke 7 Musa al-Kazim dan adik kepada Imam Syiah ke 8 Ali al-Ridha.


Makam beliau sentiasa dikelilingi para penganut Syiah yang menangis, meratap, bertafakur, berdoa dan bernazar sambil melemparkan wang ke dalam perkarangan makam. (Untuk makluman pembaca, para imam Alhul Bayt itu sebenarnya tiada kena mengena dengan Syiah).




Dalam Haram Fatimah al-Ma’sumah ini penuh dengan kuburan
ulama Syiah terpilih


Di dalam kawasan makam juga terdapat banyak kubur para ulama Syiah daripada dahulu hingga kini. Hanya kubur para ulama Syiah yang direstui oleh Pemimpin Tertinggi Iran sahaja yang akan dibenarkan untuk dikebumikan di dalam kawasan makam yang juga masjid Syiah ini.


Di dalam kawasan makam ini juga terdapat sudut-sudut yang dijadikan hauzah pengajian ajaran Syiah yang dihadiri oleh para penuntut daripada pelbagai bangsa.


Dipercayai mereka ini adalah golongan yang bakal menjadi kader-kader Syiah (mullah) untuk meneruskan legasi ajaran Syiah di Iran dan seluruh dunia.


Seorang warga Indonesia yang belajar di Tehran memaklum bahawa bilangan pelajar Syiah Indonesia di Qom mencecah ribuan orang. Ya Allah, moga engkau selamatkan negara jiran kami, Indonesia daripada bahana kader-kader Syiah ini!!
Makam Musa bin Muhammad al-Jawwad, Qom


Musa bin Muhammad al-Jawwad adalah anak kepada Imam Syiah ke 9. Dipercayai di sini terdapat lebih kurang 40 kubur ahli keluarga Musa bin Muhammad al-Jawwad yang dikatakan meninggal dunia akibat perbuatan khianat musuh-musuh mereka.





Lantai ini sebenarnya adalah perkuburan yang terletak di luar perkarangan Makam al-Jawwad


Di luar perkarangan makam ini, kelihatan banyak kubur para penganut Syiah yang disamaratakan dengan lantai marmar sehingga menyebabkan para pengunjung terpaksa berjalan di atasnya untuk masuk ke dalam masjid.


Bermakna, pijak kubur bagi Syiah adalah harus sedangkan Rasulullah SAW bukan kata memijak, duduk di atas kubur pun dilarang oleh Baginda.
Masjid Jamkaran, Qom




Masjid Jamkaran


Menurut golongan Syiah, masjid ini dipercayai dibina bagi mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi Syiah iaitu Imam Syiah yang ke 12. Menurut mereka, seorang ulama Syiah bernama Syekh Hasan bin Mitslih Jamkarani telah bermimpi mendapat arahan daripada Imam Mahdi supaya membina masjid ini.


Setiap pengunjung Syiah yang pergi ke masjid ini dikehendaki untuk mengerjakan solat Imam Zaman sebanyak 4 rakaat bagi memuliakan dan mensucikan masjid tersebut serta Imam Mahdi yang dikatakan memberi perhatian istimewa terhadap masjid tersebut.


Dipercayai masjid yang memiliki perkarangan luas ini didanai oleh kerajaan Iran berdasarkan 2 potret besar yang tergantung di luar pintu utama masjid iaitu Khomeini dan Khamanei.


Antara perkara yang sukar untuk dilupakan adalah suasana beribadat di Iran. Apabila berada di Iran, saya merasakan ia jauh sekali berbeza ketika berada di negara-negara Islam Sunni yang lain seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Jordan dan sebagainya.


Ia boleh dirasakan menjelang masuknya waktu solat. Saya merasakan amat sukar sekali untuk mendengar bunyi azan di sekitar tempat menginap dan ketika dalam perjalanan ke sesuatu tempat.


Ia berbeza dengan suasana di negara-negara sunni yang amat mudah sekali untuk kita bertemu dengan masjid. Apatah lagi ketika masuknya waktu solat, kita akan mendengar bunyi azan bersahut-sahutan antara satu sama lain.


Tapi di Iran, suasana ini amat sukar untuk dirasai, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan masjid di Iran hanya beroperasi pada waktu Zuhur, Maghrib dan Subuh. Kalaupun dibuka, ia mungkin disebabkan untuk memberi ruang orang ramai menziarahi makam tertentu yang terdapat di dalam masjid.


Kebanyakan masjid pula dibina bukan untuk mendirikan solat jemaah dan Jumaat, tetapi lebih kepada untuk mengagungkan makam yang terdapat di dalam masjid tersebut. Sebab itu, ia lebih dikenali sebagai shrine (haram). Malah ia lebih banyak berbanding masjid yang betul-betul hanya untuk mendirikan solat.
Solat Jumaat hanya pilihan


Paling mengejutkan (walaupun saya sendiri telah mengetahuinya menerusi kajian), apabila pihak urusetia dengan selambanya membawa kami pergi makan tengahari ketika waktu solat Jumaat.


Mungkin ia tiada masalah bagi kami yang sedang bermusafir, namun ia pelik bagi warga tempatan yang bermuqim untuk tidak menunaikan solat Jumaat.


Lebih mengejutkan, kaum lelaki Iran seperti tidak menghiraukan hari tersebut adalah hari Jumaat apabila mereka turut kelihatan memenuhi kawasan-kawasan membeli belah seperti kaum wanita.


Saya yang pada awalnya telah berkira-kira untuk menyaksikan sendiri bagaimana solat Jumaat didirikan di Iran, merasa betul-betul kecewa kerana walaupun telah termaktub dalam jadual “Friday prayer“, namun rupa-rupanya ia sekadar ditulis sahaja.


Seorang student Indonesia yang kami temui memaklumkan, bagi umat Islam Sunni yang bekerja di Iran, mereka terpaksa solat Jumaat sama ada di Kedutaan Indonesia atau Kedutaan Arab Saudi. Ini kerana tiada masjid sunni dibenarkan beroperasi di Tehran.


Bagi warga Iran pula, mereka diberi pilihan sama ada mahu mendirikan solat Jumaat atau tidak. Istilah yang digunakan, solat Jumaat adalah “wajib ikhtiyari” (wajib pilihan).


Malah solat Jumaat hanya mula diadakan oleh kerajaan Iran selepas Revolusi 1979. Namun begitu ia didirikan secara terhad. Sebesar-besar Tehran, Jumaat hanya didirikan di Universiti Tehran sahaja dengan imam yang dilantik oleh Pemimpin Tertinggi Iran sekarang.
Kesimpulan


Bila berada di Iran, rasa diri ini benar-benar bertuah kerana ditakdirkan Allah SWT untuk tinggal di sebuah negara Sunni. Sungguh! Amat jauh berbeza pegangan dan amalan hidup kaum Syiah itu.


Bahkan jelas kelihatan amalan Islam mereka itu jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dan majoriti umat Islam di dunia.





Azan dan solat berjemaah 5 waktu penuh di masjid serta solat Jumaat di seluruh negara adalah SYIAR YANG HILANG di negara Iran. Ia belum lagi membahaskan bagaimana cara solat jemaah itu didirikan oleh mereka.


Paling menghairankan, mereka mengajak kaum Sunni bertandang ke negara mereka atas slogan demi penyatuan Sunni & Syiah, namun ketika solat jemaah didirikan mereka sendiri akan menolak berimamkan sunni sedangkan sunni mengerjakan solat musafir (jamak & qasar).


Saya tertanya, jika Syiah itu jujur, apa salahnya mereka yang bermuqim mengikut imam yang bermusafir? Sekadar perkongsian untuk kita fikir-fikirkan bersama.


Wallahu a’lam. - TheVocket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan