Rabu, 30 September 2015

JEREBU LAGI 2015

Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan.

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Jerebu menyelubungi bandar Kuala Lumpur.

Photo taken August 10, 2005 in Kuala Lumpur (Malaysia) with a Sony DSC-P43.

Apa yang menyebabkan Jerebu?
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:
Jerebu Buatan manusia
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah)


Jerebu punca Asli
-
Kebakaran Hutan

- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.

Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk.

Masalah Jerebu
Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih berterusan dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.

Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu sebegini boleh memudaratkan kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan mata dan tekak berserta masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit. Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan mereka dan mengikut nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah dengan pintu dan tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk.

Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman web ini: http://apims.doe.gov.my/apims/.

Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

IPUTahap Pencemaran Udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301+ Merbahaya


Bagaimana Jerebu Boleh Dileraikan
Jerebu di atmosfera boleh dileraikan melalui beberapa proses. Antara cara-caranya adalah seperti berikut:


- Zarah jerebu yang lebih besar akan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan disebabkan daya tarikan graviti.

- Zarah jerebu halus membantu pembentukan titisan air yang akhirnya akan jatuh ke tanah sebagai hujan.

- Hujan juga mengumpul dan membawa bersamanya zarah jerebu dari atmosfera ke tanah.

- Ribut dan angin boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosfera di mana ia akan tersebar luas.

KAJI SEMULA:
  1. Apakah itu jerebu?
  2. Apakah yang menyebabkan jerebu berlaku?
  3. Bagaimanakah masalah jerebu boleh diatasi?

Apa itu Jerebu?

Thursday, August 6, 2009

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti
asap.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.


Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU/Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

terkini IPU jerebu seluruh negeri Malaysia 2015 06:07 Redaksi Admin apims.doe .gov .my Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai tahap kualiti udara mengikut bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di kawasan masing-masing dengan melayari portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia Secara ringkasnya, IPU (Indeks Pencemaran Udara) merupakan satu sistem yang membantu menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan dengan cara termudah Menerusi portal “Air Pollutant Index of Malaysia, APIMS”, orang ramai boleh mengetahui status kualiti udara secara lebih pantas dan tepat untuk merancang aktiviti seharian terutama semasa fenomena jerebu Selain dapat membantu semua orang terutamanya kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan juga mereka yang sensitif kepada habuk mengambil langkah pencegahan sewajarnya dan kawalan kesihatan semasa jerebu CARA MEMBUAT SEMAKAN IPU – INDEKS PENCEMARAN UDARA Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan maklumat bacaan status IPU semasa dan terkini mengikut negeri masing-masing Sila layari portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia di pautan http://apims.doe.gov.my Laman Web IPU Kemudian akan tertera halaman utama untuk ke pautan pintas Indeks Pencemaran Udara (IPU), sila klik judul pautan Continue to APIMS Menu Lihat kepada menu bahagian kiri di laman sistem APIMS, klik pada judul pautan API Table [Hourly] bagi mendapatkan maklumat bacaan semasa IPU mengikut negeri masing-masing Untuk membuat pilihan paparan berdasarkan tarikh bacaan IPU dan tempoh bacaan setiap jam, sila gunakan menu yang tersedia seperti gambar contoh di bawah Pilihan Menu Menurut laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia, proses cerapan dari stesen pemantauan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote) memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 6 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 7 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS VIDEO MEMAHAMI BACAAN IPU PETUNJUK WARNA TAHAP IPU (API : Air Pollutant Index) API Status 0-50 Baik / Good 51-100 Sederhana / Moderate 101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy >300 Berbahaya / Hazardous LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU Berikut MYsumber sertakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan yang perlu dipatuhi semasa fenomena jerebu berdasarkan tahap bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Kongsi Konten MYsumber Di: Share via FacebookShare via TwitterShare via Google Pautan pantas selain informasi Bacaan terkini IPU jerebu seluruh negeri Malaysia 2015 bacaan terkini indeks ipu jerebu 24 jun 2013 seluruh negeri bacaan terkini indeks ipu jerebu 25 jun 2013 seluruh negeri bacaan terkini status indeks ipu jerebu 3 mac 2014 di seluruh negeri Bacaan terkini IPU jerebu Sarawak 22-23-24.9.2015 Bacaan terkini IPU jerebu Melaka 15-16-17.9.2015

Pautan Sumber: mysumber.com
*** Ihsan dari Internet: Wikipedia-Jerubu*** :)
 
 
 
 
Jerebu
Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.
Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN

As salam dan selamat sejahtera.
Ini entri ke 2 buat hari ini. Ingat tak mau buat entri tentang JEREBU ni. Tapi ada yang perlu dikongsikan jadi, buat je lah. 
Berkaitan dengan JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, semalam saya dapat mesej dari Guru Besar, sekolah ditutup arahan KPM dan Jabatan selaras dengan sekolah kebangsaan. Selepas maghrib tadi, Guru Besar mesej lagi "Utk makluman, esok semua SRA & KAFA masih tutup. Penutupan sekolah di jawi adalah selaras dgn sklh keb. Bg SRA yg ada PT, PT tetap hadir bertugas sprti biasa. GB/Ketua guru perlulah juga buat pemantauan keadaan sklh. Mhn pjgkan info kpd smua rkn2 di Zon. Terima kasih".
Ada gak yang konfius jerebu ke jelebu. Hehe... teringat kat +cik yaya. Tergelak baca komen-komen dalam fbnya tadi.
Biasalah kan, saya suka cari dari encik google ataupun encik wikipedia. Nak cari dalam buku sains, buku sains kat rumah ni dah masuk dalam storage... Jom baca...

JEREBU, masalah jerebu, punca punca jerebu, maksud jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Pemandangan jerebu dari udara. Terukkan?
APA DIA JEREBU?
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.
BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.
DARI MANA SUMBER JEREBU?
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. 
BENTUK JEREBU
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
PENCEMARAN UDARA
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU        Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat
LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU
Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. 
MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.
KESAN JEREBU
Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. 

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

JEREBU, masalah jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, maksud jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html,
Suasana jerebu di Putrajaya pada 11/11/2015. Kredit gambar untuk Najeeb
JEREBU, masalah jerebu, maksud jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"
JEREBU, maksud jerebu, masalah jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
KLCC ketika jerebu melanda. Ibarat berada di luar negara yang sejuk cuacanya.
JEREBU, masalah jerebu, maksud jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Kuala Lumpur ketika jerebu melanda memang menyukarkan pandangan kita. Maka wajarlah sekolah banyak yang diarahkan tutup seketika.
Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya :
1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.
2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari.
3. Ibu bapa yang bercuti dapat memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.
4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyak-banyak entri auto publish.
Teringat saya, semasa sekolah menengah dulu, seorang ustaz berkata tanda akhir zaman ialah keluarnya asap. Saya terjumpa di SINI hadis itu. Ada bukunya dalam storage. Malam-malam ni, tak rajin saya nak menggelidahnya. Jom baca 
Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar
Ertinya :
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(Hadis Riwayat Muslim)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1.   Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.  Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.  Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.   Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.    Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.    Gempa bumi di Timur.
8.    Gempa bumi di Barat.
9.    Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".
Saranan saya, minumlah air banyak-banyak dan makan madu 2 sudu setiap hari. Inshaa Allah sihat kembali mana yang sakit-sakit. Usah mengeluh... melontarkan keluhan melalui laman-laman sosial bukanlah dapat menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Sebaiknya, mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, sakit itu nikmat... Bersyukur masih diberi Allah rasa sakit. Itu tandanya, Allah sayangkan kita. Allah masih memerhati kita melalui kesakitan yang diberi akibat dari jerebu atau apa sahaja. Allah nak uji kita adakah kita bersabar dengan ujian yang diberi atau sebaliknya. Jika kita bersabar, ganjaran pahala berganda kita dapat. Jika tidak, makin turunlah keimanan kita. Wal'iyazu Billah...
Bersatulah wahai ummah. Berpadulah tenaga menentang kemungkaran sekalipun hanya dengan berdoa di dalam hati. Usahlah bertelagah sesama sendiri hanya kerana perkara-perkara yang lebih membawa kepada kehancuran ummat Islam. Jauhilah sikap hasad dan dengki. Semuanya tidak membawa kesatuan ummah.

Wallahua'lam bis sowab... Moga yang sedikit ini, membantu saya apabila saya sudah tiada nanti... DISANA... Maaf, entri terlampau panjang. Terima kasih sudi membaca.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Satu perkonsian menarik mengenai Jerebu. Jemput ke blog saya Jalalboy mengenai Tindakan Semasa Jerebu

    BalasPadam