Isnin, 7 September 2015

ISU TA'LIQ TALAK TIGA



Persoalan Sumpah Ta’liq Talak Tiga
Oleh USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
(Ahli Jawatankuasa Kesatuan Ulamak Sedunia)
Di antara sebab kegagalan beberapa gerakan reformasi Islam di dunia Arab dan bukan Arab, selaian daripada gangguan kuasa besar musuh dari kalangan penjajah baru dan lama serta Zionist ialah sifat "Ghuluw" atau melampau dalam bertindak dan mencapai tujuan tertentu. Sedangkan Islam mengajar umatnya bersifat sederhana , berhati-hati dan tidak gopoh dan tidak cenderung bersikap keras dan “tasyaddud”. ( Lihat hurain terpeinci dalam Kitab Dr Ala’ Mohamad Said “ Muhawalat Al Islah Wa Al Taghyir Fi Alam Al Arabi Al Mu’asir Thesis Phd Cet Muaassasah Al Syuruq , Mesir,2007)
Allah berfirman dalam Surah Al Maidah 77
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعُواْ أَهْوَاء قَوْمٍ قَدْ ضَلُّواْ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيرًا وَضَلُّواْ عَن سَوَاء السَّبِيلِ
Hai orang Ahlul Kitab (orang yang beriman) jangan kamu bersikap melampau dalam agama dengan menyimpang dari kebenaran. Jangan kamu ikut hawa nafsu kaum yang sedia sesat dan telah menyesatkan ramai kalangan dari jalan yang lurus
Allah menegaskan lagi dalam Surah Al Baqarah 143
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Demikianlah kami jadikan kamu umat yang perdana (sederhana) agar kamu menjadi saksi kepada manusia lain manakala Rasul menjadi saksi terhadap kamu
Rasulullah bersabda :
اياكم والغلو في الدين
Awas kalian; jangan bersikap melampau dalam agama.
Rasulullah berpesan lagi :
هلك المتنطعون قالها ثلاثا
“Celakalah orang yang berdegar-degar melampau.”Baginda mengulangnya sampai tiga kali
Menurut Imam Al Nawawi “ "Al Mutanatti’un" ialah mereka yang beria-ia, melampau dan extrim dalam bertutur-kata dan bertindak.
Perjuangan Rasulullah adalah perjuangan yang paling utama dan penting untuk memastikan Islam survive atau tidak kecundang di peringkat awal Islam. Baginda memang menerima bai’ah positif dalam berbagai bentuk. Tapi baginda tidak pernah membuat bai’ah dan mengikatkan ketaatan pengikut baginda dalam perjuangan dengan sumpah ta’liq perceraian isteri dengan talak satu atau tiga apabila dilanggar sumpah berkenaan. Sedangkan kaedah itu bukannya tidak boleh dilakukan oleh baginda waktu itu demi memastikan kemenangan perjuangan baginda .
Oleh itu melakukan apa yang tidak dibuat oleh baginda bukan sahaja bid’ah tetapi menyusahkan diri , pengikut dan orang ramai. Lebih-lebih lagi dalam kajian mutakhir menyifatkan bahawa berbilang parti dalam politik Islam adalah suatu yang dibenarkan dengan beberapa syarat sampingan.
Parti bukan satu ketumbukan tentera yang berjihad di medan perang. Parti adalah produk dan instrument madani dalam kaedah politik demokrasi yang dibenarkan oleh para alim ulama Islam mutakhir .Asalkan dasarnya ialah Islam dan tidak bercanggah dengan asas-asas Islam samaada disebut perkataan Islam pada nama parti berkenaan atau tidak.
Oleh itu gambaran yang lumrah yang boleh disimpulkan ialah bahawa orang ramai boleh mengikut mana mana parti Islam yang baik program pembangunan atau manifestonya untuk merealisasi cita-cita Islam . Parti juga mempunyai perlembagaan atau undang-undang dasarnya yang tersendiri. Mana-mana parti yang tidak membenarkan ahlinya keluar dari parti berkenaan atau mengenakan cerai talak tiga kepada isteri orang berkenaan apabila keluar daripada parti adalah bercanggah dengan perlembagaannya dan menyempitkan pilihan orang ramai untuk membuat pilihan dalam suasana politik demokrasi atau shura seperti yang dijelaskan oleh ulama yang membincangkan politik Islam masa kini.
Tindakan ini juga adalah menghakis kebebasan asas warga negara dan menggugat kelansungan institusi keluarga. Ia memamirkan menifestasi ghuluw dan tasyaddud yang ditentang oleh Islam.
Ketelanjuran perbuatan seperti ini tidak boleh diperkukuh dengan dakwaan adanya Iijma’ Sukuti” . Bagaimana mungkin boleh dikatakan adanya kesepakatan ulama dalam hal ini pada hal ia adalah peraturan bid’ah yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah dalam perjuangan para sahabat leluhur silam. ( Kalau adapun mungkin di zaman Hajjaj yang zalim)Tidakkah kepentingan membina dan melindungi Negara serta pemerintahan Islam pada waktu itu memang sangat memerlukan instrument seperti ini demi kelangsungan perjuangan Islam. Tetapi mengapa hal ini tidak dilakukan oleh Rasulullah?
Untuk mengurangkan musibah ketelanjuran seperti ini – buat masa kini - maka pendapat yang menyebutkan perlunya penutur sumpah berkenaan membatalkan sumpahnya seperti yang dihuraikan oleh syara’ adalah lebih relevan dari yang lain. Manakala cerai ta’liq itu dianggap lagha kerana ia lebih merupakan tatacara yang dipaksakan untuk bertanding mewakili parti berkenaan dengan tidak ada niat penutur untuk menceraikan isterinya begitu rupa ketika itu dan Fiqh Islam tidak menjadikan kaedah seperti itu sebagai suatu kaedah yang normal dan rasmi dalam merungkai perkahwinan pasangan yang berkahwin dan malah kerana perbuatan tersebut bercanggah dengan perlembagaan parti itu sendiri. Ini adalah untuk mengutamakan kepentingan keluarga sebagai institusi yang amat dilindungi oleh Islam.
Pengertian Jama’ah dalam hadith Rasulullah perlu difahami dalam kontek perbincangan politik semasa . Selaras dengan pendirian gerakan Islam induk di Mesir bahawa Ikhwan hanyalah salah satu dari jamaah muslim dan bukan satu-satunya jamaah Islam di persada politik Mesir. Bahawa jamaah yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan lebih kepada Imamul Uzma atau khalifah.
Trend semacam membolot sendiri perjuangan Islam dan ketaksuban terhadap sesuatu jamaah sebagai dia sahaja satu-satu satunya jamaah pembela dan pejuang Islam adalah bertentangan dengan pandangan ulama Islam mutakhir tentang boleh dan dibenarkan berbilang parti dalam perjuangan politik Islam demi memberi ruang kepada activist dan rakyat terlibat mengushakan kebaikan untuk umat Islam menurut lunas, kaedah-kaedah dan peraturan madani yang menyusun atur gerak kerja berpolitik.
Perkataan jamaah yang disebutkan dalam hadith rujukan lebih merujuk kepada keseluruhan umat dan pemerintah yang berlegitimasi yang sedang berkuasa berlandaskan Islam. Ia bukan merujuk kepada sesuatu parti yang bernama Islam atau tidak yang sedang terlibat dalam politik kepartaian.
Sikap ghuluw dan taassub dalam masyarakat lumrahnya tertunjul kerana kecenderungan membesarkan yang kecil, menyusahkan diri dan orang ramai , memaksakan sesuatu yang memeritkan umat dan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia juga disebabkan oleh fanatic terhadap pendapat sendiri dan kebanggaan diri. Dengan kata lain kerana sifat dan kecenderungan mahu menghukum kerana dendam " Al Tasyaffi" atau sifat mahu menang sendiri dan meremehkan orang lain.
Kalau pun isu sumpah ta’liq cerai talak tiga - dalam sosok seperti yang kita bincangkan ini - tidak termasuk dalam kategori bid’ah dhalalah" sebaliknya masuk dalam persoalan ijtihadiah; di mana ulama berbeda pendapat mengenainya maka dia bukan persoalan Qat’iatu al Thubut. Atau bukan pula persoalan Qat’iyatu al Dalalah. Dia adalah masalah ijtihadi di mana seseorang hendaklah memilih pilihan yang lebih melindungi maslahah umat berdasarkan kaedah “ Apabila bertembung maslahah Ibad dan Hak Allah maka hendaklah diutamakan maslahah Al "Abd” ( Lihat huraian terpeinci dalam Kitab Mausu’ah Fi Qawa’idil Fiqhiyah Tulisan As Syaikh Dr Mohd Sidqi Bin Ahmad Al Burno” ).
Oleh itu seseorang itu dilarang bersikap taassub untuk memilih yang memberatkan umat dalam perkara berkenaan. Dalam hal ini pendapat pilihan kita ialah pendapat yang menerangkan sumpah talak tersebut tidak menjatuhkan talak kerana alasan yang dinyatakan oleh ulama ulama yang membahaskan hal ini , juga demi melindungi institusi keluarga dan ketenteraman awam.
Andainya sumpah ta’liq cerai talak 3 itu hendak digunapakai dan dianggap jatuh talaq juga maka hakim kes boleh bertindak bijaksana seperti yang kita cadangkan atau menurut amalan pentadbiran sebelum ini yang menggap jatuh jatuh talak satu dan tentunya ia boleh dirujuk semula oleh suami dengan segera - samaada di hadapan hakim atau tidak - dan hubungan keluarga dengan itu boleh diselamatkan. Tapi yang kita anggap lebih arjah di sini ialah pandangan Presiden Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dan yang telah menjadi amalan oleh beberapa mahkamah Syariah di sesetengah Negara Arab.( Lihat kajian Fatwa dan tarjih dalam isu berkenaan dalam majalah Al Wa’yu Al Islami Online)
. Wallah A'lam


Kupasan Mufti Perlis, Dr MAZA tentang Bai'ah talak isteri. Kupasan merujuk kepada fatwa al-Imam Malik..... http://t.co/IsBnX22PQ2
Posted by Kameel Abuya on Thursday, 3 September 2015



Kupasan Mufti Perlis, Dr MAZA tentang Bai'ah talak isteri. Kupasan merujuk kepada fatwa al-Imam Malik..... http://t.co/IsBnX22PQ2
Posted by Kameel Abuya on Thursday, 3 September 2015

Kamal Koh Facebook
Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri.
Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadith Pakistan. Menghafal Sahih Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Muwattha' Imam Malik.
Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 thdp isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :
1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika si isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sbgmana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm Sahih Bukhari.
Dlm kes wakil rakyat Pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti Pas bukan dgn si isteri. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn si isteri. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.
2. Bai'ah yg dibuat oleh Pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.
3. Di zaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.
4. Di zaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg
memerintah daulah islam.
Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin.
5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh Pas.
6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsbt ditebus dgn membayar kafarah.
Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti ke arah melawan gerakan Islam dan menyokong kezaliman, maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan Islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan insya Allah tiada laknat Allah terhadap mereka kerana memperjuangkan Islam itu tidak semestinya melalui parti Pas semata-mata.
7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.
8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan Islam khususnya ahli-ahli Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita yahudi, di mana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran.
Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri. Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran.
-maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini di Pakistan berhubung dgn isu ini semalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan