Selasa, 7 Julai 2015

KITA LEBIH SENANG MENYAKITKAN HATI ORANG DARIPADA MENGEMBIRAKAN HATI ORANG SERTA MEMBERI HARAPAN...SEDANGKAN KERJA NI MAKRUF DAN BERKEBAJIKAN@PAHALA...SERTA DISUKAI OLEH ALLAH SWT
















MEMILIH ORANG UNTUK DIJADIKAN SAHABAT

KRITERIA SAHABAT YANG BAIK



Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah), “di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.




Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut (pastikan) daripadanya, engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:

1. Orang Yang Berakal
“Bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh”. (Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah)

Berikut ini sekilas mengenai akal dan betapa pentingnya akal dalam beragama. Lawan dari akal adalah jahl, atau sering pula diistilahkan dengan hawa nafsu. Kita semua tahu, ditinjau dari keberadaan akal dan nafsu, mahluk-mahluk yang Allah kurniakan kemampuan berfikir itu ada tiga jenis:
- malaikat - yang dikurniakan akal saja, tanpa nafsu;
- hewan - yang hanya dikurniakan nafsu, tanpa akal; dan
- manusia dan jin - yang Allah SWT kurniakan akal dan nafsu.


Ayat-ayat Al-Quran berikut dengan tegas memaksa kita untuk menyimpulkan bahwa hanya kaum Muslimin yang Mu’min yang menggunakan akal dengan sebaik-baiknya mengikut syari'at Islam. Kaum yang lain - kafirin, musyrikin, munafikin (Islam pada nama sahaja), Nasrani, Yahudi, ataupun lainnya telah dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai kaum yang tidak berakal (laa ya’qilun). Rujukan ayat-ayat Al-Quran adalah sebagaimana berikut:

1. 
(Surah Al-Baqarah 164)

Mafhumnya:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun)”.

2. 
(Surah Al Jatsiyah:Ayat 5)

Mafhumnya:
“Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun).”


3. 
(Surah Al Baqarah: Ayat 171)

Mafhumnya:
“Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir, samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya (laa ya’qiluun)”.


4.
(Surah Al Maidah: Ayat 58)
Mafhumnya:
“Dan apabila kamu menyeru untuk mengerjakan shalat, mereka menjadikannya (shalat itu) sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah karena mereka suatu kaum yang tidak berakal (laa ya’qiluun)”.


5. 
(Surah Al Anfaal:Ayat 22)

Mafhumnya:
“Sesungguhnya sejelek-jelek makhluk yang melata di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mau menggunakan akal (alladziina laa ya’qiluun)”.


6. 
 (Surah Yunus:Ayat 42)

Mafhumnya:
“Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu; maka engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mau berakal (laa ya’qiluun)”.


7. 
(Surah Yunus: Ayat 100)
Mafhumnya:
“Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab (arrijsa) atas orang-orang yang tidak mau berakal (laa ya’qiluun)”.



8. – Hati untuk berakal
(Surah Al Hajj: Ayat 46)
Mafhumnya:
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami (ya’qiluuna bihaa), atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”.


9. 
(Surah Al Furqan: Ayat 44)
Mafhumnya:
“Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (ya’qiluun)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi”.


10. 
(Surah Al Ankabut: Ayat 63)
Mafhumnya:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah", bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (laa ya’qiluun)”.


11. 
(Surah Al Hasyr: Ayat 14)
Mafhumnya:
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal (qaumul laa ya’qiluun)”.

Setelah jelas penegasan Al-Quran bahwa hanya kaum mu'minin sajalah yang menggunakan akalnya, sedangkan kaum lainnya adalah tidak berakal, maka tidak ada kesimpulan lain selain bahwa akal menduduki posisi sangat penting dalam beragama dan berkehidupan. Kita harus menggunakan akal kita jika kita ingin selamat mencapai tujuan ukhrawi kita.
Oleh itu carilah SAHABAT yang Islam mukmin yang sudah tentunya akan mampu ingat-mengingatkan kita antara satu sama lain. Bukan kepada orang Islam yang hanya pada nama sahaja, non-muslim, athies atau sebagainya.

2. Orang Yang Baik Akhlaknya
“Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).

Sebagai seorang hamba, perkara pokok yang menjadi asas kepada kita semua adalah mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah:
(Surah Al-Ahzab : Ayat 36 )
Mafhumnya:
" Seorang mukmin yang baik, lelaki atau perempuan, tidak akan membantah apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul – Nya, dan orang yang mengingkari Allah dan Rasul sesungguhnya dia adalah orang yang sesat. "
Berikut adalah yang menjadi ukuran kepada kebaikan akhlak bagi seseorang itu.

i. Beribadah kepada Allah.

Ibadah dapat membentuk akhlak mulia. Melalui ibadah, tingkahlaku kita akan sentiasa terkawal dan dijaga daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.

Firman Allah:
( Surah Al-Ankabut : Ayat 45 )
Mafhumnya:
 " Dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar,  dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "
Kita hidup kerana Allah, bekerja kerana Allah dan mati pun kerana Allah juga. Semuanya menjadi ibadah jika dilakukan kerana Allah S.W.T .
Firman Allah S.W.T:
( Surah Al-An’am : Ayat 162 ) 
Mafhumnya:
" Katakanlah wahai Muhammad; Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."


ii. Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa.

Tiada siapa yang boleh menafikan jasa dan pengorbanan ibu bapa sungguh besar ertinya. Tanpa usaha mereka siapalah kita sekarang. Ibu bapalah yang bertungkus-lumus mendidik dan mengasuh kita sejak kecil lagi. Merekalah yang turut mencorakkan kebahagiaan dan keselesaan hidup kita sekarang. Oleh itu, sebagai membalas jasanya, kita mestilah taat dan menghormati mereka seperti mana yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran:

(Surah Al-Isra : Ayat 23-24 ) 
Mafhumnya:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


iii. Mensyukuri Nikmat Allah

Orang yang bersyukur adalah manusia yang bertuah kerana Allah akan menam-bahkan nikmat kepadanya selama mana ia mensyukuri segala pemberian yang diperolehinya. Manakala orang yang tamak adalah orang yang rugi kerana mereka tidak dapat merasakan nikmat sebenar daripada pemberian Allah S.W.T.
Sebagai manusia yang telah banyak menerima anugerah Allah, Kita sepatutnya selalu bersyukur kepada Allah. Dan sebagai tanda menghargainya, kita hendaklah menjadi insan yang lebih bertakwa dan beramal soleh.

Firman Allah:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Yang bermaksud:
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ( ingkar ) sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "
(Surah Ibrahim : Ayat 7 )


iv. Jangan Mencemuh Atau Merendah-rendahkan Orang Lain

Semua orang mahu dirinya dihormati. Semua orang suka dipuji dan tidak mahu dicaci. Oleh itu kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu jika ingin orang lain menghormati kita. Jika kita mahu dihormati, Kita hendaklah berkelakuan baik, mengawal tingkahlaku daripada perbuatan yang tidak elok.Lakukanlah kerja yang lebih berfaedah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak di kalangan kamu ( lelaki dan perempuan ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, kerana boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada yang mencemuh ; dan janganlah kamu menyatakan keaiban orang lain dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk…"
( Surah Al-Hujurat : Ayat 11 )


v. Jangan Memboros Atau Membazir

Pengguna berhemah adalah pengguna yang bijak. Kita berbelanja hendaklah berdasarkan keperluan, mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan. Orang yang berbelanja melebihi keperluan adalah orang yang dimurkai Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"… Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah Al-Isra’ : Ayat 26-27 )


vi. Bersangka Baik.

Kita hendaklah bersangka baik terhadap orang lain dalam setiap atau semua perkara. Inilah yang dikatakan ‘positive thinking’ . Allah melarang kita bersangka buruk kerana prasangka adalah sejenis penyakit psikologi yang amat sukar diubati.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah pula mencari-cari kesalahan orang lain…"
( Surah Al-Hujurat : Ayat 12 )


vii. Sabar Menghadapi Ujian.

Sifat sabar memberi daya tahan kepada manusia yang pro-aktif. Manusia yang sabar tidak akan berputus asa walaupun menempuh ujian yang getir daripada Allah S.W.T. Sabar sepatutnya dijadikan perisai oleh generasi sekarang untuk mengharungi cabaran dunia moden. Manusia yang sabar dan lebih berdaya saing akan cepat matang berbanding orang lain.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( ketika menghadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan ) dan kuatkanlah kesabaran kamu…"
(Surah Ali-Imran : Ayat 200 )

Dalam era pembangunan masa kini, umat Islam amat perlu menjadikan nilai-nilai murni sebagai wadah keluhuran akhlak. Jika akhlak sudah mula sebati dengan jiwa masyarakat, penyakit sosial seperti yang berlaku pada hari ini dapat dihindarkan. Oleh itu jadikanlah Al-Quran dan hadis hendaklah dijadikan sebagai pedoman agar hidup kita bahagia di dunia dan akhirat.


3. Soleh.
“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana oran gyang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).


Selama mana kita melalui kehidupan maka hendaklah beramal kepada agama dan menjauhi larangan Allah. Oleh yang demikian kita diminta jangan berkawan dengan orang yang fasiq (berbuat berdosa besar) dan orang yang tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Dalam hal ini kita perlu jauhkan diri daripada maksiat. Dengan mendekati orang yang berbuat maksiat adalah dikhuatiri kita akan ringan maksiat. Begitu juga dengan pengaruh rakan sebaya dan perkara yang mampu kita meremehkan perintah Allah. Sebagai contoh ialah maksiat mengumpat (ghibah) dosanya lebih besar dari pakai cincin emas atau pakai kain sutera. Ini perlu dijauhi.
Berikut adalah mengenai perkara MAKSIAT:
“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertaubat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat Al-Quran yang maksudnya:
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”
(QS Al-Muthoffifiin : 14) dan (HR Tarmidzi)
Perbuatan Maksiat Dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman yang artinya :
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku”
(QS.51:56)

Allah swt menegaskan kepada manusia, bahwa maksud dari penciptaan manusia dan jin adalah hanya untuk beribadah kepada Allah swt, lain tidak. Dalam rangka menunaikan tugas ibadah tersebut, manusia diperintahkan untuk ta’at dan tunduk kepada semua perintah Allah swt, baik yang langsung Allah swt firmankan dalam Al-Qur’an, maupun yang disampaikan melalui sabda Rasulullah saw.
Oleh sebab itulah di dunia ini hanya terdapat 2 golongan manusia.
i- Golongan pertama adalah mereka yang selalu taat pada segala perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw.
ii- Golongan kedua adalah mereka yang ingkar kepada 2 hal tersebut. Perbuatan ingkar itulah yang disebut dengan maksiat dan setiap perbuatan maksiat itu adalah dosa.
Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziah mengatakan, bahwa orang-orang bodoh mengandalkan rahmat dan ampunan Allah swt sehingga mereka mengabaikan perintah dan larangan-Nya serta lupa dengan azab-Nya yang pedih dan tak mungkin dicegah. Barangsiapa yang mengandalkan ampunanNya tetapi tetap berbuat dosa, dia sama dengan orang-orang yang membangkang.
Nasib Para Pelaku Maksiat

Al-Qur’an telah banyak menceritakan berbagai kejadian dan bahaya yang ditimbulkan dari perbuatan maksiat. Cerita tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau lamunan, apalagi cerita bohong untuk sekadar menakut-nakuti manusia, namun ia benar-benar terjadi dan menjadi tragedi bagi umat manusia. Di antaranya adalah banjir besar yang mencapai puncak gunung pada masa nabi Nuh as yang menjadikan penghuni bumi karam tenggelam, angin puting beliung yang berhembus keras menerbangkan kaum ‘Ad hingga semua mati bagaikan pelepah kurma yang berguguran, guruh dahsyat yang mematikan kaum Tsamud, hujan batu di negeri Sodom pada kaum nabi Luth yang membinasakan semua penghuninya, awan azab berupa mega naungan yang ketika turun bagaikan api yang membakar kaum Syu’aib, tenggelamnya Fir’aun dan kaumnya di Sungai Nil, pekik keras yang menghancurkan orang-orang yang digambarkan dalam Surah Yasin.
Sekali lagi, semua kisah tersebut benar terjadi. Dan penyebab turunnya azab Allah swt tersebut tidak lain adalah perbuatan dosa dan maksiat sehingga semua menjadi pelajaran bagi umat manusia hingga hari Kiamat.
Dalam hadis riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya. Pertama, tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabah dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka. Kedua, tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa paceklik, masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa. Ketiga, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan. Keempat, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki. Kelima, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur’an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antar mereka.”
Rasulullah saw juga bersabda yang maksudnya:
“Jika engkau dapati Allah Azza wa Jalla memberikan limpahan kekayaan kepada seorang hamba padahal hamba itu tetap berada di dalam kemaksiatan, maka tak lain hal itu merupakan penundaan tindakan dari Nya” (HR Ahmad)

Selanjutnya baginda (Rasulullah saw) membaca ayat Al-Quran yang artinya:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS Al-An’aam : 44)
Imam Ahmad meriwayatkan, Abi Rafi’ bercerita bahwa Rasulullah saw pernah melewati perkuburan Baqi. Lalu baginda berkata, “Kotorlah engkau, cis … !” Aku menyangka kiranya beliau maksudkan diriku. Baginda bertutur, “Tidak, cuma inilah kuburan si fulan yang pernah ku utus untuk memungut zakat pada bani fulan lalu dia mencuri baju wol dan kini dia sedang dipakaikan baju yang serupa dari api neraka”
Dalam sahih Imam Muslim dikatakan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Penduduk yang di dunia begelimang kesenangan sementara dia itu termasuk ahli neraka dihadirkan pada hari kiamat untuk kemudian dicelup dengan celupan neraka. Kemudian kepada mereka dikatakan, “Hai ibnu Adam, adakah kau lihat kebaikan ?” Dia menjawab, “Wallahi, tidak ya Rabbi !” Dan manusia yang di dunia paling sengsara hidupnya sementara dia itu calon penghuni surga akan dicelup dengan celupan surga. Lalu kepada mereka akan dikatakan, „Hai ibnu Adam, adakah kau peroleh kesengsaraan ? Adakah kau temui kegetiran ?” Dia menjawab, „Tidak, demi Allah ya Rabbi, tidak kudapati sama sekali.”"
Sedangkan dalam sahih Muslim Rasulullah saw pernah bersabda tentang 3 golongan manusia yang pertama diadili di hari akhir nanti.
- Golongan pertama adalah mereka yang mati syahid. Di antara mereka wajahnya tersungkur dan diseret ke neraka kerana ternyata perang yang telah dilakukannya semata-mata hanya agar disebut pahlawan.
- Golongan kedua adalah orang yang sering membaca Al-Qur’an, rajin menuntut ilmu dan senantiasa mengamalkan pengetahuannya. Namun ternyata mereka juga tersungkur dan diseret ke dalam nereka. Mengapa ? Karena ternyata mereka hanya ingin mendapat gelar sebagai orang alim dan pintar.
- Golongan ketiga adalah seorang laki-laki yang seluruh kekayaannya dia korbankan. Tetapi nasibnya sama dengan kedua golongan sebelumya, ia tersungkur dan diseret ke neraka, karena ia melakukan itu agar dikatakan dermawan.
Masih banyak ayat-ayat Al-Qur’an maupun sabda Rasullah SAW yang menggambarkan akan bencana apa yang dialami oleh orang yang berbuat maksiat. Namun cukuplah kiranya beberapa ayat, hadits dan kisah diatas menjadi pelajaran bagi kita untuk diambil hikmah dan membuat kita meninggalkan perbuatan maksiat.

Selanjutnya terdapat beberapa pengaruh dan bahaya maksiat yang dapat langsung dirasakan oleh setiap diri manusia, seperti yang dituliskan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya : “Aatsaarul Ma’ashi wa Adhraaruha” (Akibat Berbuat Maksiat).
1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, “Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.
2. Maksiat Menghalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki. Maka meninggalkannya berarti menimbulkan kefakiran. “Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya” (HR. Ahmad)
3. Maksiat Menimbulkan Jarak Dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”
4. Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri.

Seorang salaf berkata, “Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”
5. Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat Menggelapkan Hati Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita.
Ibnu Abbas ra berkata, “Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
6. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia tunjukkan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizikal dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizikal bangsa Parsi dan Romawi.
7. Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.
8. Maksiat Memperpendek Umur dan Menghapus Keberkatan
Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaan-Nya.
9. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama Salaf berkata, bahwa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.
10. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.
11. Maksiat Menghilangkan Keburukan Maksiat Itu Sendiri dan Memudahkan Dosa
Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah swt.
12. Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab
Misalnya, homoseksual adalah warisan umat nabi Luth as. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum Syu’aib as. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan congkak merupakan warisan kaum Hud as.
Dengan demikian dapatlah dikatakan, bahwa pelaku maksiat zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontohi umat terdahulu yang menjadi musuh Allah swt.
Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibmu Umar disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, ”
… Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya.”
13. Maksiat Menimbulkan Kehinaan dan Mewariskan Kehinadinaan
Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“…Dan barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” (QS. Al-Hajj:18)
Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehina-dinaan, karena kemuliaan itu hanya akan muncul dari keta’atan kepada Allah swt. „ Firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu …” (QS. Al-Faathir:10)
Seorang Salaf pernah berdoa, “Ya Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hina dinakan aku karena aku bermaksiat kepada Mu.”
14. Maksiat Merosak Akal
Ulama Salaf berkata, bahwa seandainya seseorang itu masih berakal sehat, maka akal sihatnya itulah yang akan mencagahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.
15. Maksiat Menutup Hati
Allah berfirman:
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ



“Se Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Al-Muthoffifiin:14)


Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk maka hatinya pun telah tertutup.

16. Maksiat Dilaknat Rasulullah saw
Rasulullah saw melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim), menyerupai laki-laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki, mengadakan praktik suap-menyuap (HR Tarmidzi) dan sebagainya.

17. Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat
….kecuali bagi mereka yang bertaubat dan kembali ke pada jalan yang lurus, sebagaimana Allah swt berfirman yang bermaksud:

“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh diantara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan …” (QS: Al-Mukmin:7-9)
18. Maksiat Melenyapkan Malu
Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilangkah seluruh kebaikannya. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)
19. Maksiat Meremehkan Allah
Jika seseorang berlaku maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati. Jika perasaan itu tidak terus diadakan, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.
20. Maksiat Memalingkan Perhatian Allah
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Hasyir:19)
21. Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS Asy-Syura:30)
Syadina Ali ra berkata yang maksudnya: “Tidaklah turun bencana malainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena taubat.”
22. Maksiat Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Ialah Allah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia, dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambahkan zuhudmu dari dunia(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah) .
Seseorang mukmin itu perlu mengikut agamanya bagaimana cara yang dianjurkan untuk berfikir, dan perlu diperhatikan dengan siapa kita bersahabat. Cinta kepada dunia akan menyebabkan kerosakan dunia. Sebagai contoh suka bersekedudukan. Oleh itu maka dekatilah orang yang zuhud kepada dunia supaya kita mudah mendapat nasihat kalau kita terseleweng. Maknanya kita tidak mendokong budaya dunia untuk dunia bukan untuk akhirat, mampu menghindarkan mengikut hawa nafsu, bukannya asalkan kaya tetapi kaya seperti yang dilorongkan oleh syara’, serta mengelakkan untuk tidak peduli kepada akhirat.


5. Orang yang benar.
“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta, barangkali dia akan menipu engkau kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jahil atau menjauhkan yang dekat”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).


Orang yang benar ialah bukan pembohong yang diumpamakan fatamorgana. Maksudnya benar pada perbuatan dan perkataannya.
Melihatkan sangatnya susah untuk mendapatkan SAHABAT di zaman ini walaupun orang itu suka mengaji di masjid merujuk kesemua lima syarat, maka ada 2 jalan:
1. Tak payah berkawan, mengasingkan diri dari orang ramai (beruzlah) demi keselamatan;
2. Bergaul dengan orang ramai tapi pilih:
1. Berkawan dengan saudaramu untuk akhirat;
2. Berkawan dengan saudaramu untuk dunia tapi untuk yang baik;
3. Berkawan dengan saudaramu untuk kejinakan hatimu supaya tak kena jahatnya.
Manusia terbahagi 3:
1. Orang yang seumpama makanan asasi, tak boleh elak;
2. Orang yang diibarat seumpama ubat – apabi;la kita perlukan sahaja, lebih mudarat dari kebaikan.
3. Orang yang seumpama penyakit, perlu dihindar. Dibimbangi kena sakit dan berjangkit. Ada manfaatnya iaitu teladan dan sempadan kepada kita.
ADAB itu boleh dipelajari dari orang yang tak beradab, supaya kita tak ikut. Pelajari sifat-sifat buruk supaya kita tak buat agar kita aman dan selamat, masyarakat selamat.

Kesimpulannya
Dalam memilih sahabat, perhatikanlah sifat mereka. Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat, tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja. Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka. Menegur dengan selemah-lemah iman ialah mendoakan mereka supaya mereka menjadi manusia yang baik.


Wallahua’lam

5 Jenis Manusia Yang Perlu Kita Jauhi

Assalamualaikum semua
Biasalah aku selalu cakap, manusia ni dalam dunia ada macam-macam. Bukan sekadar lelaki dan perempuan saje. Yang macam-macamnya adalah tang perangai tu. Haih, kalau kau kaji satu per satu jenis manusia dan perangainya, aku rasa tak cukup kertas kau nak mengarang. Tapi aku tak kesah pun kalau banyak perangai tak menyusahkan orang lain. Ini dah lah buat perangai, menyusahkan orang lain pulak tu. Haaa tu aku geram! Rasa macam ehhh kau tak payah hidup lah. Hidup pun susahkan orang je kerjanya!
Antara beberapa jenis manusia yang tak payah hidup ni adalah : 
1. MANUSIA SELFISH 
Ini kalau aku jumpa aku rasa aku macam nak lempang laju-laju. Selfish, pentingkan diri. Kalau dia punya hal tu, hamboi cepat je buat... semua nak perfect. Mintak tolong orang buat itu ini nak bagi kerja dia nampak bagus. Tapi bila kita punya hal pulak, eh dia lepas tangan. Tak nak tolong langsung. Mentang-mentang dia punya part dah settle kan. Bagus perangai kau. Lagi-lagi kalau kawan yang bila senang dia ada, bila susah dia takde. Lagi aku geram! Hish!
CARA ATASI : 
Sekali dua boleh lah kau bodohkan orang dengan perangai pentingkan diri kau. Kali seterusnya, korang tak payah tolong dia. Buat dek je kalau dia mintak bantuan ke apa. Bukan tak nak tolong, tapi kalau dah tak reti nak bantu orang semula... buat apa ditolong kan? 
2. MANUSIA PEMALAS
Aku pernah baca satu quotes ni lah, tapi tak ingat dari sapa. Penyakit yang paling sukar diubati dalam dunia ni adalah penyakit malas. Memang pun. Manusia kalau dah pemalas, kau nak suruh dia gerak jari pun banyak bunyik. Ada je... itu ini itu ini... alasan dia. Apa susah sangat. Bukannya mati pun kalau kau buat benda tu. Tahan kau layan malas kau. 
CARA ATASI :
Nasihat kat dia, kalau kau malas macam ni... Tuhan pun malas nak bagi kau hidup esok pagi! 

3. MANUSIA BUSUK HATI
Ya Allah. Ini penyakit orang kita. Aku bukanlah nak burukkan kaum sendiri ke apa, tapi memang diakui. Orang kita lah paling ramai ada PHD. Perasaan hasad dengki. Tak boleh orang lain lebih sikit, haa mulalah hati dia tak senang. Mulalah dia tak puas hati dengan apa dia ada. Mulalah burukkan orang lain sebab nak nampakkan diri dia lagi elok. Dan dengan busuk hati ni lah, bomoh-bomoh ilmu hitam masih mampu cari makan. 
CARA ATASI : 
Disebabkan hati ni kita tak nampak, so adalah disarankan kita jangan membalas perbuatan mereka. Biarlah Allah yang balas. Sebab orang kalau dah sakit hati, macam-macam dia boleh buat. Dah tak fikir lagi syurga neraka. Semua dia nampak sama. Asalkan hati dia puas. 
4. MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN / TIKAM BELAKANG
Aduhai. Dengar tittle pun dah ngeri. Ye lah terus sampai syaitan tahapnya tu. Tapi tak mustahil beb. Kan aku cakap, hari ni ada macam-macam orang. Biasanya manusia jenis macam ni dia kejam dalam cara tersembunyi. Lagi sakit woh sebenarnya. Depan kita baik, belakang kita... macam-macam dia buat. Kau tahulah jenis syaitan ni kan. Tak nampak, tapi tahu ada benda jahat. 
CARA ATASI : 
Orang macam ni, again kita serah je pada Allah untuk membalas. Sebab kita tak nampak kan... dia kan berselindung di balik topeng. Cumanya korang lah kena hati-hati. Jangan sampai jadi mangsa manusia sebegini. 

5. MANUSIA PENGAMPU
Ini aku paling jaki sekali. Orang kata biarlah muka tak cantik tapi jangan jadi pengampu. Dah ramai aku jumpa jenis manusia macam ni. Actually ni pun boleh masuk jenis manusia selfish tu. Ye lah kata orang apa, jaga periuk nasi sendiri je. Pengampu ni yang mengadanya sebab dia berpura-pura baik. Pijak semut pun tak mata. Semua baguslah depan orang yang dia nak ampu tu. Belakang? Dia lah nombor satu mengutuk. 
CARA ATASI : 
Bash je dia depan-depan. Kalau dia puji melangit depan orang dia nak ampu tu, direct je cakap... "Eh bukan hari tu kau kutuk ke benda ni. Kau kata itu...ini... apasal kau cakap terbalik pulak hari ni?" 
Aku ni, walaupun umur baru 24, dah macam-macam manusia aku jumpa. Semua yang atas ni semua aku dah jumpa. Semua aku dah settel kan. Dan memang betul semakin kita dewasa, kawan kita bukan semakin ramai. Semakin kurang. Sebab hanya yang terbaik je yang betul-betul kita boleh jadi dia kawan. Kalau setakat berkawan ada hidden agenda, ada benda yang dia nak dari kita... aku rasa tak layak label orang macam tu sebagai kawan. 
Layaknya orang tu kau habiskan....*gangster nau bunyiknya kan. hahahahaa....



p/s: Bijak berkawan, kita pun senang!

Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaanMove on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
kebahagiaan
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini
Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini? Bagaimana anda settle down?

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Huraiannya :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.

Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”.  (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.

Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.''
(Hadis Riwayat Ahmad).

Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.

Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.

Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.

Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.

Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negeri kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang  suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT  dan tidak akan mencium bau syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral,  jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.

7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan?
Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah. Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu, teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA. Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri. Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya. Mereka hanya inginkan yang terbaik. Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya. Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan. Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu. Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta. Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan. Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]

2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.

4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia . Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.

Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Hakikat 5: Anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang negatif

Untuk berjaya, anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif dan suka melemahkan semangat anda. Jika di dunia biasa, amat mudah untuk kita ‘larikan diri’ daripada mereka yang sebegitu, namun di dunia internet, tidak semudah di sangka. Dunia maya, semua orang berani berkata dan melakukan apa sahaja kerana diri mereka tidak dapat dilihat, maka mereka akan mudah melakukan sesuatu agar semangat kita jatuh. Hatta budak kecik yang masih sekolah rendah pun boleh memaki-hamun orang dewasa di internet!
Tetapi, nak seribu daya. Orang-orang negatif sebegini mudah sahaja untuk dilawan balik. Tak perlu senjata api, tak perlu ‘side kick’, tak perlu pedang samurai, tak perlu M16 atau tak perlu nak tengking-tengking dan marah-marah. Caranya ialah, SENYUM. :)
Apa sahaja yang mereka lakukan agar anda sedih, kecewa, sakit hati atau berhenti daripada apa yang anda lakukan, anda hanya perlu senyum dan jangan hiraukan mereka. Anda terus lakukan apa yang anda sedang lakukan selagi ia baik, halal dan tidak menganggu orang lain. Lakukan sampai berjaya kerana kejayaan anda itulah yang akan melemahkan kejahatan mereka.

Ada yang memandang sebelah mata usaha kita yang ingin berniaga di internet, kononnya satu kerjaya yang tidak teriktiraf. Malah ada yang tidak suka akan usaha kita kerana kita telah berjaya dan sedikit sebanyak membuatkan mereka tercabar (ni kes dengki laa – tak payah pergi jauh, saya dah kena).
Orang yang negatif ini mungkin terdiri daripada orang terdekat kita (keluarga, sedara mara, adik beradik, ermm, mak dan ayah?) atau mungkin juga sahabat handai. Di satu pihak lagi ialah benar-benar lawan (musuh) kita yang kita tak jemput pun, mereka datang sebab tak suka kita berjaya dan tak suka akan kebenaran yang kita sebarkan. Pelik, tapi benar. Kita tak usik, tak kacau, mereka pula sibuk-sibuk nak ganggu kita.. Sakit mental betul diaorang ni..
Kedua-dua kategori pihak yang negatif ini sentiasa cuba melemahkan diri kita. Hal ini lebih-lebih lagi jika anda ingin bekerjaya sepenuh masa dengan perniagaan internet. Hatta si isteri tersayang pun (mungkin?) akan tidak menyukai keputusan anda untuk berkarier sebagai usahawan sepenuh masa. Namun tak kurang juga yang melakukan secara part time, ada juga mereka yang negatif akan memperlekehkan usaha anda.
Di peringkat awal iaitu anda masih baru dalam bidang ini, semangat dan motivasi adalah aspek yang amat penting. Tak cukup jika anda pakar dalam ebiz, namun jika motivasi anda di tahap yang lemah, anda akan mudah jatuh.
Orang yang negatif akan berkata macam-macam: “Kau ni, dari dok bazir duit masuk seminar, baik masuk program ni. Bayar sekali jer, pastu goyang kaki..”. “Haa, kau tengok aku ni, baru sebulan masuk program XXXX ni, aku dah dapat income 10,000 dah tau. Ni nak buat ebiz? Haha, buang masa jer..”. “Apa lah kau buat depan pc ni zul? Orang lain kerja kerajaan, kau entah apa-apa. Pergi la cari kerja tetap…..”.
Kata-kata terakhir itu adalah benar, saya pada mulanya dipandang negatif oleh keluarga sendiri, tetapi kini dan insyaAllah kelak, mereka akan tahu apa yang saya buat. Mereka akan terkesima dengan kejayaan yang akan saya raih.. :) InsyaAllah. Ini adalah dunia saya, USAHAWAN. Mereka yang negatif tesebut terbahagi kepada dua jenis, mereka tahu apa yang kita buat dan satu lagi tak tahu benda yang kita lakukan. Mak dan ayah kita, mungkin tak tahu usaha kita, maka tak apalah, diam diri sahajalah, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka yang tahu tu, merekalah yang patut anda tangani sebaik mungkin.
Yang tahu tu pula terbahagi kepada dua. Satu yang bukan usahawan internet (mungkin kaki pelaburan XYZ, atau kaki penyibuk) dan satu lagi, ehem, ni yang sakit jiwa sikit ni.. Merekalah ialah usahawan internet seperti anda. :) Jika anda berjaya atau berkata sesuatu yang membuat mereka rasa tercabar (kita takder niat pun), mereka akan lakukan sesuatu agar usaha anda terbantut. Mereka dengki atau mereka gusar akibat anda berjaya, mereka akan tenggelam! Usahawan internet sebegini juga adalah golongan yang negatif..
Sorry to say, kalau dengki dengan kejayaan orang lain dan cuba perbaiki diri, itu tak apa. Tapi kalau dah dengki dan cuba nak susahkan mereka yang dah berjaya tu, itu dipanggil kerja yang tak cerdik (tak boleh guna perkatan bodoh, kasar sangat. Opss, hehe, terguna juga..). Itulah hakikatnya, usahawan yang negatif suka lemahkan atau suka lihat kegagalan usahawan lain hatta kenalan sendiri. Sepatutnya saling bekerjasama, tapi ni, ermm, susah menyusahkan pula. Apa kes ni?
Tatkala anda sedang berusaha dalam ebiz, income pun zero atau baru seringgit, datanglah si kaki cepat kaya. Anda janganlah terpedaya dengan mereka. Ya, memang cepat kaya, tetapi tahukah anda? Skim cepat kaya ini lebih layak dipanggil sebagai skim tipu-menipu? Anda ditipu dan kemudian anda akan menipu orang lain. Lepas tu, orang yang anda tipu itu akan menipu orang lain.
Sebagai seorang Islam, anda tahu akibatnya bukan? Mudah katanya: dosa. :) Berniaga adalah cara halal untuk dapatkan rezeki dan kenapa belum buat apa-apa telah dikatakan berniaga tu susah? Kita kena ubah mentaliti, cuba dulu berniaga, baru kata susah ke tak. Ni belum buat apa-apa, dah menyerah kalah. Usah terpengaruh dengan mereka yang berfikiran negatif dan tahu nak mudah, lakukan sahaja perniagaan internet anda sampai berjaya.
Kesimpulannya, untuk berjaya di dalam bidang ebiz ini, jauhi mereka yang tak faham atau tidak mahu memahami akan usaha anda. Jauhi diri daripada perdebatan yang tak berkesudahan, sebaliknya tumpu sepenuhnya pada usaha anda. Perdebatan akan tiada akhirnya, percayalah. Usah buang masa dengan mereka yang dengki akan usaha anda, usah buang masa melayan kata-kata negatif mereka dan usah buang masa memikir-mikirkan bagaimana untuk mengatasi mereka. Sebaliknya, BUAT KERJA ANDA! FOKUS…
Tapi zul, kalau kita tak cakap benar, siapa lagi? Ya, saya tahu. Tapi usah risau, yang benar tetap benar, yang salah, tetap salah. Lambat laun, yang salah itu akan jatuh juga. Allah itu Maha Adil.. Kalau mereka itu merancang 1001 kejahatan, rancangan Allah itu lagi hebat.. Berdoalah dan usahalah sebaik mungkin agar anda dilindungi dan diberikan semangat yang kuat dalam usaha seharian.
Eh zul, kalau dah jauhkan mereka, nak dekat dengan saper pulak?
Berkawanlah dengan mereka yang satu usaha dengan kita iaitu usahawan internet yang lain. Berkomunitilah di forum yang ada, ikutilah seminar/bengkel/kursus atau program yang berkaitan. Berhubunglah dan bekerjasamalah di antara satu sama lain. InsyaAllah, anda akan berjaya dan jika semangat sedang jatuh, mereka akan memberi semangat kepada anda.
InsyaAllah, saya amat yakin, industri perniagaan internet di Malaysia akan lebih meriah di masa-masa hadapan. Saya di pihak smartusaha.com kelak akan menganjurkan beberapa program bersama agar ramai yang mendapat faedah. Kelak juga saya berharap, orang Malaysia akan anti dan benci dengan skim cepat kaya, mereka akan terdidik dengan hakikat penipuan skim-skim yang begitu banyak bercambah sekarang. Sebaliknya, mereka akan mengiktiraf industri perniagaan internet.
Saya begitu bangga dengan Dr. Irfan Khairi. Walaupun ramai yang tidak menyukai beliau (saya peduli apa diaorang tak suka), Dr. Irfan telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung akan menyedarkan rakyat Malaysia akan “the real internet business”. Ramai yang mengutuk beliau, ramai yang asyik bincang pasal beliau, semuanya yang negatif-negatif. Tetapi saya bangga dengan beliau, walau ramai yang berkata sumbang, tapi beliau terus berjaya dan terus berjaya.
Mengapalah kita suka melihat kepada secebis kelemahan manusia daripada menyebut-nyebut kebaikan yang ada? Sedarlah, kalau benda buruk tu betul, itu ngumpat namanya, kalau benda yang kita cakap tu salah, fitnah namanya.. Faham tak? Haa, tu ustaz zul bagi tazkirah sikit. Kalau tak tahu benda tu betul ke tak, tak payah cakap bukan-bukan pasal orang lain. Aib orang no 1, aib sendiri disorok-sorok.. Buruk orang cepat dikritik, tapi perangai sendiri, masih di takuk lama.
Apa kes saya cakap pasal Dr. Irfan ni? Sebenarnya saya nak kaitkan dengan tajuk tulisan saya ni. Lihatlah dan teladanilah beliau dalam menangani tohmahan negatif daripada bangsa dan umat seAgama sendiri! Lihatlah, hayatilah, dia semakin jatuh atau semakin berjaya?? Ya, dia semakin berjaya, sebab beliau tak layan orang-orang yang negatif, malah beliau sentiasa senyum, senyum dan senyum.
Kesian, kesian dan amat kesian saya dengan mereka yang bercakap negatif mengenai beliau, mereka banyak buang masa bercakap yang bukan-bukan, mengarut itu dan ini (saya ketawa seorang diri ni..). Kepada yang negatif-negatif tu, gunakanlah masa yang ada untuk bercakap benda yang baik-baik dan memberi semangat kepada orang lain ok. Kita ni hidup sekejap jerrr… Tak rasa bersalah ke dalam hati bila kita lemahkan orang lain? Fikirkan…
Oklah, cukuplah dulu kali ini. Jumpa lagi.
“Kejayaan itu tetap milik mereka yang berusaha gigih, kuat dan rajin. Malah kejayaan juga milik mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bijak menangani anasir-anasir yang negatif..”.

JAUHI 20 perkara untuk mencari keREDHAan Allah

September 10, 2011
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan kita seharian ada perkara yang perlu kita segerakan untuk dilaksanakan dan ada pula perkara yang perlu dijauhi dan ditinggalkan. Setiap perkara yang ditegah atau dilarang sebenarnya terdapat beberapa hikmah dan kebaikan samaada berbentuk luaran (fizikal)  atau dalaman (hati dan jiwa)
Mengharap redha- MU
Terdapat 20 perkara yang patut dijauhi. Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: “Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya.” (Surah Al-Ma’un ayat 4-5).

Kedua : Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Perlu biasakan memakai selipar atau terompak bila masuk ketandas atau bilik air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil wuduk,  supaya najis tidak dibawa keluar bilik air.

Ketiga : Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasalam melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”
Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:
Kotoran yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbinng, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih utuh.
1.  Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2. Kotoran dan seumpamanya biasa terhimpun di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang  masih baik.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Adapun bernafas dalam air minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada air minum yang tidak disukai orang lain, terutama sekali orang yang bau mulutnya mengalami perubahan buruk. Pada dasarnya, secara umum nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut.
Justeru, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam menggabungkan antara larangan meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan dinyatakan sahih oleh beliau, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum.”

Keempat : Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Dari ‘Amr bin Syu’aib : ‘Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)

Kelima : Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, “Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang berbunyi:
‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat Subuh.
Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.”
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar.

Keenam : Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya:
“Rasulullah SAW  bersabda kepadaku:  “Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya:
“Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ‘Bismillahi awwalahu wa akhirahu.’ Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: “Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

Ketujuh : Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.

Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.
“Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah”
maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)
Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

Kelapan : Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan.  Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)

Kesembilan : Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman maksudnya :
” Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( Surah An-Nur ayat 30-31 )

Kesepuluh : Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Rasulul­lah SAW  bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesung­guhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kesebelas : Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Rasulullah SAW  pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah :
“Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah).”
Justeru itu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT perlulah dibuat secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah di perbaharui dari masa ke masa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas dari dosa, samaada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang diketahui atau tidak atau lalai dalam menunaikan hak Allah dan manusia lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.

Kedua belas : Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Sifat orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan bersalah .
Di dalam surah al-Israk, firman Allah yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Israk ayat 23)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga belas : Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah  bersabda yang bermaksud,
” Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, “Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. ” Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya , “Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah.” Lalu Rasulullah SAW ditanya,” Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? “Jawab Rasulullah SAW ” Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

mengumpat

Keempat belas : Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Thalaq ayat 3).

Kelima belas : Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.

Rasulullah SAW bersabda:
“Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib)
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
“Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”(Hadis Riwayat Bukhari).
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Keenam belas : Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketujuh belas : Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Kelapan belas : Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.”(Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan)
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”(Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

Kesembilan belas : Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menuai memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran., anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusof ayat 87).
Sabda Nabi SAW maksudnya;
“Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya. “

dunia - akhirat

Kedua puluh : Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lambah kebinasaan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”(Hadis Riwayat Abu Syeikh)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita tinggalkan dan jauhi 20 perkara keburukan semata-maat untuk mencari keredaan Allah SWT. Hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Pertingkatkanlah amal-amal soleh kita dan jauhi kemugkaran, maksiat, perkara subhat dan makruh supaya kita menjadi mukmin yang bertakwa dan dikasihi oleh Allah SWT.

MANA KAWAN MANA LAWAN

 “Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi seorang lawan mencium secara berlimpah-limpah”…..Amsal 27:6
Sobat wanita,…..
Jika sobat wanita memiliki teman/ sahabat yang dapat dipercaya, sobat wanita adalah orang yang beruntung. Mengapa? Karena saat-saat ini sangat sulit mencari  teman sejati atau sahabat yang sejati.
Seperti apakah ciri-ciri sahabat sejati ?
  1. Sahabat sejati adalah seorang yang dapat diandalkan untuk menyimpan semua rahasia.
  2. Sahabat sejati selalu mendengarkan kebenaran tidak mudah diadu domba oleh orang lain
  3. Sahabat sejati jujur, baik hati, dan tidak menjilat dalam   persahabatan
  4. Sahabat sejati tidak mencari keuntungan dan selalu mengutamakan sahabatnya, melebihi kepentingannya sendiri
  5. Sahabat sejati selalu memberi kritik yang membangun, dan mau untuk ditegur jika salah.
  6. Sahabat sejati dapat diandalkan, ia tidak menyebarkan gosip dan tidak menusuk dari belakang
  7. Sahabat sejati selalu bersuka cita bila kita diberkati dan ikut berduka jika sahabatnya sedang berduka
Alangkah bahagianya, jika kita memiliki sahabat sejati yang memiliki ciri-ciri seperti di atas. Sangat mengaggumkan ,jika kita menjadi sahabat  bagi orang lain  dan memiliki karakter seperti di atas.
Terkadang, ada orang yang tampaknya saja menjadi sahabat kita, melewati waktu bersama demi apa yang akan mereka terima ketimbang apa yang mereka beri.  Selalu mengatakan apa yang ingin sobat wanita dengar, ketimbang kritik demi kebaikkan sobat wanita. Selalu ada motif-motif tersembunyi dalam membina persahabatan, inilah teman-teman yang tidak dapat dipercaya.
Dalam menjalin persahabatan, berusahalah untuk memperlakukan orang lain seperti kita ingin diperlakukan. Jadilah sahabat yang baik dan dapat dipercaya.  Kitapun akan menjadi teman yang menyenangkan bagi sesama sekaligus menyenangkan dan memuliakan Tuhan.
 Memanglah orang yang hendak membawakan kebenaran itu, ibarat orang berdiri antara dua pihak. Kawan dapat, musuh pun dapat. Keduanya datang bersama sama. Hanya orang yang tidak memiliki musuh, yang tidak memiliki kawan. Jadi kalau saudara mau mempunyai banyak kawan, musuh saudara pun akan banyak. Tidaklah Tuhan memberikan kepada orang yang berjuang itu kawan saja tanpa lawan. Kalau memang lawan sudah tidak ada, tentu tidak ada lagi perjuangan.
Sukarnya, orang yang sedang memperjuangkan  yang haq itu matanya hanya tertuju kepada lawan lawan saja. Yang dilihatnya hanyalah di mana-mana orang mengejek dan orang memaki lalu dia menjadi sesak nafas dan putus asa. Akan tetapi dia harus melihat juga bahwa Allah SWT mengadakan tiap tiap  sesuatu dalam pasangan. Ini pun ada pasangannya, sebagaimana ada wanita dan pria, ada negative ada positif, ada bathil ada haq, begitu pula ada lawan ada kawan.
Selama kita masih hidup dalam sunnatuLLah yang berlaku di dunia fana ini, kita harus yakin bahwa apabila kita bergerak dalam masyarakat manusia biasa, bukan malaikat, maka ketahuilah bahwa pekerjaan yang kita lakukan tidak terlepas dari orang yang setuju dan dengan orang yang tidak setuju.
``

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Kawan yang patut kita jauhi antara kawan-kawan yang bakal mengganggu gugat kehidupan kita sama ada pada masa kini atau masa akan datang. Jangan diputuskan perhubungan persaudaraan dan silaturrahim kerana itu ditegah dalam Islam namun digalakkan untuk berhubung secara baik dan memberi kebaikan satu sama lain.
Ketika hati sedang gundah gulana kita pasti mencari kawan untuk berkongsi permasalahan dan kegurasan hati kita.
Namun tak semua kawan boleh dijadikan teman dan kalanya mereka bisa menjadi lawan yang paling berbisa kepada kita kelak.
 .

KAWAN YANG PATUT KITA JAUHI

Jika anda masih ingat akan artikel penulisan yang sedikit kontrovesi dan sering mendapat bacaan ramai iaitu Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat maka penulisan ini bukan suatu yang asing lagi.
Kawan, sahabat dan lawan sudah tentu satu perbezaan yang sangat ketara.
Sesetengah orang sangat tidak percayakan seorang kawan berbanding dengan seorang sahabat.
Jadi kita perlu bezakan siapa kawan kita dan siapa sahabat kita dalam kehidupan seharian kita.
Kita yang masih bujang sebegini kawan memang memainkan peranan penting namun ada juga sehinggakan kawan serumah pun belum tentu kita dapat percaya 100% .
Jadi jangan terlalu meletakkan kepercayaan dalam berkawan lagi-lagi dalam hal yang mustahak dan penting.

5 KAWAN YANG PATUT KITA JAUHI

Pengalaman berkawan memang cukup memeritkan ada berbagai ragam dan macam yang perlu kita tahu. Kita juga tak sempurna dari pandangan orang lain.
Jadi cukuplah sekadar jauhi bukannya memutuskan hubungan persaudaraan.
Antara kawan yang patut kita jauhi secara berhemah:
  • Kawan yang hanya pentingkan diri sendiri
  • Kawan yang suka mengambil kesempatan
  • Kawan yang suka memberi helah dan menikam kita dalam diam
  • Kawan yang hilang saat senang, ada saat susah
  • Kawan yang lupakan kawan kerana jabatan atau uang
Nak berkawan dengan siapa pun tak salah selagi mana kita tidak terpengaruh apa yang tidak baik daripada seorang kawan.

PENGARUHI DAN TERPENGARUH

Sebaliknya kitalah yang mempengaruhi kawan kita untuk berubah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Sangat sukar untuk kita ketemu seorang kawan seperti ini.
Ada kawan yang sama-sama dengan kita saat kita sedang menuju sebuah kesenangan namun akhirnya mereka mampu gelakkan kita saat kita berada dalam kejatuhan.
Dalam masa yang sama mereka hidup senang lenang melupakan kita yang sedang menderita seorang diri.
Jangan terlalu pentingkan seorang kawan daripada segala-galanya, kelak kita sendiri akan sakit. Kita perlu bezakan mana kawan yang boleh menjadi lawan dan yang mana kawan bisa menjadi sahabat kita.
Siapa kawan anda dan bagaimana sifat seorang kawan anda, andalah yang memilih dan menilainya

Kawan Dan Lawan Dalam Perspektif Islam

Publikasi: Kamis, 26 Rabiul Akhir 1435 H / 27 Februari 2014 13:35
Surakarta (An-najah.net) – Kawan dalam terminologi Islam adalah seorang yang bukan diikat oleh ikatan darah, warna kulit, suku bangsa, atau bahasa. Namun, mereka yang diikat oleh ikatan keimanan, pancaran kecintaan dan kebencian, sikap dan persepsinya terhadap Allah dan Rasul-Nya. Karena itulah Rasulullah menyebutkan bahwa ikatan Islam yang kuat adalah mencintai karena Allah dan membenci karena Allah.
Sebaliknya, lawan dalam Islam disekat oleh sekat keimanan, pandangan dan sikap kepada Allah dan Rasul-Nya. Bukan disekat oleh kedekatan, status sosial, keturunan, pangkat, derajat, dan lainnya.
Penempatan kawan dan lawan yang tepat akan melahirkan sikap yang benar. Sebaliknya penempatan yang salah akan melahirkan sikap yang keliru, bahkan dalam tingkatan tertentu yang seharusnya menjadi kawan dianggap sebagai lawan atau sebaliknya.
Dalam frame perjuangan Islam, penempatan kawan dan lawan harus tepat, tidak boleh bergeser sedikitpun apalagi keliru. Penempatan yang tepat seperti menyangga sebuah bangunan yang masing-masing sebagai penguat untuk mendirikan dan menegakkan bangunan dalam wujud kebersamaan.
Namun, sebaliknya penempatan yang salah, seperti menyangga sebuah bangunan. Tapi hakekatnya merobohkan bangunan itu sendiri, karena masing-masing tercerai berai dalam persepsi yang keliru antara kawan dan lawan.
Wa’yu (kesadaran) untuk memaknai kawan dan lawan serta menempatkannya dengan benar dalam bingkai Iqomatuddin hari ini nampaknya jauh dari kenyataan. Masing-masing mempunyai klaim sebagai penegak bangunan din ini, sementara yang lain dianggap tidak mempunyai hak, yang akhirnya tidak saling menguatkan, namun justru satu dengan yang lainnya saling merobohkan.
Batasan antara kawan dan lawan tidak jelas. Batas kecintaan dan kebencian samar. Masing-masing bertikai. Prioritas amalan tidak ada. Sementara musuh semakin mengokohkan cengkramannya. Membelah-belah umat, menancapkan taring-taring syetannya.
Akibatnya, umat tidak memandang indahnya sebuah bagunan, bukan sebagai rahmat bagi alam semesta yang penuh keteduhan dan kedamaian. Namun, mereka justru sinis melihatnya tidak merasa memiliki dan bahkan malu dan muak. Lebih jauh tersebarnya berbagai fitnah ditengah-tengah mereka. Umat bergelimang dalam lautan syahwat dan syubhat. Tersebarnya berbagai kemusyrikan, meratanya kemaksiatan dan merajalelanya kebodohan. Kebenaran terbalik, yang halal menjadi haram yang haram menjadi halal.
Mereka sama-sama merobohkan bangunan. Ini satu akibat mereka salah menempatkan siapa kawan dan siapa lawan. Akankah kenyataan ini menjadi sebuah pelajaran? (Anwar/Reflekasi annajah edisi 27)
.Sebenarnya ada kawan yang masih banyak di luar sana. Namun, di sini, pada saat ini, hanyalah ada aku seorang diri . Terasa menyiksa memang tak bisa berbagi secara langsung ataupun bertemu bertutur semua hal yang digundahkan. Tetapi mereka itu ada. Walau terpisahkan oleh jarak dan mungkin ada yang sudah berubah. Mereka tetaplah kawan. Yang kemudian akan menanyakan kabar, memberikan semangat, bahkan diajak untuk saling berbagi suka duka.
Tak disangka mereka hadir seketika, membuyarkan perihal jarak dan perubahan yang membatasi. Pada momen yang begitu tepat, sosok-sosok mereka menjadikan nuansa keakraban terjalin kembali. Kesendirian yang semula mendera diri, dalam sekejap menghilang memudar. Energi-energi kebaikan melimpah ruah dalam setiap tutur kata yang saling menghubungkan.
Adanya kawan memberikan pelajaran bahwa kesendirian sering membuat buta, menjadikan diri begitu abai akan sosok-sosok mereka. Kawan, terima kasih untuk selalu ada menyertaiku dan menyadarkan diri yang penuh alfa ini. Kawan, maaf atas begitu acuhnya diri tak mulai pertama kali untuk menghubungimu…
Ada kawan yang menyemangati, ada pula lawan yang memusuhi. Dua mata sisi yang berkebalikan dan selalu saja ada di mana pun kapan pun itu. Dua mata sisi yang memang diciptakan oleh Tuhan agar manusia dapat menentukan mana yang dikehendaki atas kehidupannya.
Maka, lawan tak akan jera-jeranya untuk mencari cara untuk memusuhi. Pantang menyerah untuk senantiasa menjerumuskan mangsa yang hendak ia terkam. Nafsu menguasainya dan begitu mementingkan segala hal tentang dirinya. Siapa saja yang menghalangi dari apa maunya, maka tak segan-segan peperangan akan dimulai.
Aku memang seringkali lengah dan pernah dulu terjebak oleh taktiknya. Akan tetapi, untuk kali ini aku tak ragu menantangmu, lawan. Aku muak akan perangai kebusukanmu. Aku lelah mendengar akan segala ucapan sampahmu. Aku tak akan biarkan keinginanmu itu menyusahkanku kembali.
Permainanmu akan berakhir pada kekalahanmu sendiri. Kau buat segala sesuatunya makin runyam dan cepat atau lambat semuanya akan mempersulitmu, menghantammu, dan menghancurkanmu. Ini hanya persoalan waktu belaka dan ingat saja, aku pernah mengingatkanmu, bahkan pun berkali-kali. Tapi apa lacur, kau malah mengambil jalan untuk memusuhi.
Tentang kawan dan lawan. Dua sisi yang selalu menyertai. Dua sisi yang mempunyai kekuatan yang sama besarnya. Dua sisi yang akan selalu ada pada penggalan momen kehidupan….
Pekerjaan, jabatan, ambisi... Menjadi tiga kata yang begitu hebat...
Hari-hari dalam pertemanan begitu indah, menyenangkan dan penuh dengan keakraban
Saat pertemanan melangkah ke arah hubungan bisnis dan terjerembab dalam dunia kerja yang menuntut profesionalisme,  dalam sekejap, kawan menjadi lawan...
Kebiasaan tertawa terbahak dalam obrolan gak penting, berubah wujud menjadi wajah tegang nan sinis
Tak ada lagi pelukan solidaritas, yang ada sekarang hanya jarak dan tetap berdiri di posisi masing-masing
Curhat menjelma menjadi perintah dan tuduhan
Hubungan ini, kehilangan toleransi
PANTUN KAWAN DAN LAWAN
Bunyi peluru dentum meriam
Bersahutan di wilayah Gaza
Orang Israel dan Palestina
Bermusuhan sejak nenek moyang
Burung pipit banyak di sawah
Terbang berkawan merusak padi
Orang gelandangan hidup berkawan
Bakal penjahat atau pencuri

Buah salak enak rasanya
Sarat tandan pohon berduri
Orang galak seram rupanya
Tampang Saja bukan dihati
Rajawali burung raksasa
Terbang tinggi mengincer mangsa
Orang kikir sempit wawasan
Tak segera makan walaupun kawan

Pandai pandai mencencang akar
Mati juga diranting dan cabang
Pandai pandai menanam jasa
Lawan bisa jadi tawanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan