Ahad, 7 Jun 2015

SENANGKAH KITA ....BERAKHLAK KAH KITA....DENGAN MEMAKI HAMUN...MENCARUT2 DAN MENGELUARKAN KATA2 KEJI...SERTA MENGEJEK2 SERTA MENGELARKAN SESEORANG











Allah Benci Orang Yang Mencarut

Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.

وعن أبي الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يوضع في الميزان اثقل من حسن الخلق وان حسن الخلق ليبلغ بصاحبه درجة الصوم والصلاة قلت رواه الترمذي

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji

 Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan


Assalamualaikum..
Hukum Mencarut, memaki dan mengeji adalah haram & tak akan masuk syurga. Pergghhhhh tak masuk syurga beb. Ada beberapa orang 'pendakwah' yang menegur orang lain menggunakan kata2 carut, makian & kejian, dengan alasan nak berdakwah. Hadesss kalau lah mencarut, memaki & mengeji tu halal, Rasulullah sendiri dah buat masa Baginda berdakwah dulu. Ramai yang cakap sayangkan agama, sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah, tapi apa yang dicakap tak sama pun apa yang di syariat kan. Ni lah di panggil 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'.

Tapi hairan juga kan, kenapalah ramai yang tergamak keluar kan kata2 hina tu dari bibir munggil yang Allah cipta hanya untuk berkata2 baik & melafaz kan Ziqrullah? Sorry kalau bahasa saya ni kasar sikit, kadang2 ada yang sanggup cakap 'benda' mak dia sendiri. 'Benda' kakak & adik perempuan sendiri. 'Benda' nenek & makcik sendiri. Yang lebih advance sanggup sebut 'benda' dalam kain & seluar sendiri. Nauzzubillahi Minzaliq. Mencarut dah macam makan chewing gum je.

Jom lah kita zasssss nas2 & hadith sohih berkenaan perkara yang saya katakan tadi.

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan2 tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
 
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenai nya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki".  Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata2 yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah!  Kalaulah kata2 yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata2 yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat2 munaflk" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Apa barang cakap menda tu semua? Cuba sebut Qalamullah ada berani? Dah jom taubat, jangan tunggu lama2 nanti masuk neraka. Wallahhua'lam.
..orang yang buruk akhlaknya itu terzahir pada perkataannya
 ..samada lisan ataupun tulisan..dia cenderung memaki hamun, menggunakan bahasa yang kesat dan hodoh terhadap orang lain..orang seperti ini sebenarnya seorang fasik ataupun ahli pembuat dosa..al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”
Maka, penceritaan atau berita yang dibawa oleh orang fasik seperti ini tidak boleh kita percayai, sebaliknya kita kena selidiki terlebih dahulu..firman Allah dalam Surah al-Hujurat: (maksud) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
..antara orang fasik zaman internet ini ialah mereka yang suka mencerca dan memaki hamun orang lain di dunia maya dengan perkataan-perkataan yang keji dan buruk..sesiapa yang berbuat demikian maka zahir padanya kefasikan..kita tidak boleh mempercayai berita golongan ini tanpa penyelidikan..Salam Ustaz..

BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN

Category : Untuk Renungan
Bersangka baik pada setiap apa yang kita pandang atau alami adalah sifat mulia seperti sifat Rasulullah. Sikap orang yang suka memaki hamun orang lain akan mendatangkan kesan buruk kepada si pemaki, antaranya:-
  • keras hati
  • menonjolkan sifat buruk akhlak dan tingkah laku
  • menjadikan si pemaki orang yag sombong
  • menimbulkan perasaan persengketaan sesama umat Islam
  • menimbulkan perasaan benci dan marah kepada orang yang dimaki
  • tidak mewarisi sifat-sifat kemuliaan yang ada pada nabi

BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN
Allah menyukai orang yang bersangka baik dan mengutuk sekeras-kerasnya orang yang suka memaki, sebagaimana firman-Nya:
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.” -Al-Humazah 104: 1)
Jadilah seorang Muslim yang baik tutor kata dan sopan tingkah laku, kerana tutur kata yang baik dan imej sopan membuatkan kita akan dihormati dan menjadikan orang sentiasa bersangka baik pada kita. Tidak perlu berkeras, kutuk mengutuk dalam usaha menasihati sahabat yang keras hati.
Kadang-kadang manusia tertipu dengan perwatakan dan pakaian. Kita mudah bersangka baik apabila merasakan perwatakan dan pakaian solah-olah selari dengan kehendak Islam, maka dia merasakan hidupnya telah mencerminkan kehidupan seorang Muslim yang baik, sedangkan tutur katanya penuh berbisa dengan sindir-menyindir dan memaki hamun. Dia lupa, seorang Musim yang baik juga datangnya daripada tutur kata yang baik.
Akhlak itu datangnya daripada tida perkara:
  • Wajah yang berseri
  • tutur kata yang sopan (tenang)
  • Perangai yang baik.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan amalan dan pedoman kepada kita semua dalam usaha untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah swt.
Wallahu’aklam.
sumber: Q&A 30/8 -BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN.

Dengar-dengarkan...

Thursday, August 18


KENAPA PEREMPUAN SUKA MENCARUT?

Maaf. Gambar xde kene mengena dengan entry. hehe.


Assalamualaikum..

Sebelum saya meneruskan entry PANAS pada hari ini eloklah kiranya kita bersama-sama berselawat dahulu ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Bertafakur lah kita sejenak tentang hari-hari yang mendatang. Dunia yang semakin menghampiri ke penghujungnya. Lihat ke sekeliling kita. Apa yang sedang berlaku?

Baiklah, berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Mengenai PEREMPUAN.

PEREMPUAN dikatakan sebagai kaum yang penuh dengan adat kesopanan dan ketatasusilaan yang tinggi. Bagi  lelaki, mereka mengharapkan agar mereka diberikan PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR yang sering dikaitkan dengan ciri-ciri kemelayuan yang tinggi.

Namun, apa yang terjadi di sekeliling kita pada hari ini ?

Mana perginya kesopanan dan ketatasusilaan kita sebagai seorang PEREMPUAN ?

Golongan yang ingin saya tekankan hari ini adalah golongan PEREMPUAN YANG SUKA MENCARUT.

Tidak saya nafikan, kadang2 mulut ini lancar jugak untuk menyebutkan perkataan-perkataan yang boleh dikategorikan sebagai perkataan mencarut ni. Paling lancar kt mulut ni adalah perkataan " B*** " Tapi x lah sekerap mana dan x lah selalu atau dalam erti kata lain menjadikan ia sebagai rutin. Kadang-kadang bila terlalu marah atau terlalu geram, terkeluar jugak lah.

Tetapi, bagaimana dengan mereka yang menjadikan hobi "mencarut" ini sebagai sebutan harian ?

Lebih-lebih lagi apabila hobi "mencarut" itu tidak dilimitkan penggunaannya ?

Setiap ketika. setiap waktu MENCARUT, MENCARUT, MENCARUT.

Kita yang mendengarnya menjadi SAKIT HATI.

Apalah salahnya kita menyebut perkataan yang baik-baik seperti kalimah AllahuAkbar dan lain2nya.

Kalau dah terbiasa sangat pun, cuba ganti dengan perkataan lain seperti yang saya selalu buat. Kadang-kadang nak sebut "Ba** betullah" saya gantikan kepada "Ba...yam betullah". :)

Sekurang-kurangnya saya gagal untuk mencarut. Bukan tujuan entry ini untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, tetapi sebagai satu peringatan. Kepada diri saya dan kepada anda di luar sana juga.

Kadang-kadang, bila sesama rakan, kita anggap perkara "mencarut" ini biasa. Takpelah kalau kawan kita tak kisah. Kita antara kita sahaja.

Bagaimana pula bila ada orang luar/ orang lain yang mendengar kita mencarut dengan begitu bangga dan gah sekali? Apa pandangan mereka pada kita?

Itu yang menjadi persoalan sebenarnya. Kenapa perlu kita tunjuk pada orang yang kita ni "kaki mencarut?"

Kita yang mendengar ni yang jadi malu.. Aduhai perempuan..

Kau rasa kau cool kot bila mencarut dan orang sekeliling kau dengar.

Hurm, entahlah.


Renungan Bersama : Cara Untuk Elak dari MENCARUT,

Amalkanlah zikir bil qalbi, kadang-kadang kalau kita perasan, dalam hati pun boleh mencarut...sebaik-baiknya, jadikan tabiat hati sentiasa berzikir, xkisahlah zikir allah ker, zikir "lailahaillallah" ker, atau zikir nama-nama allah ker"asamulhusna" bukan selepas solat jer, tetapi amalkanlah ketika kita belajar, wat kerja, makan, minum, sekalipun didalam tandas, hidup kan hati kita mengingati allah dengan berzikir... kesimpulannya, berzikirlah hati kita tiap-tiap masa, melainkan kita lupa, itu biasalah, tetapi kalau ingat zikirlah, insyaAllah perkataan "mencarut" tue akan hilang dengan sendirinya, dan bila kita terkejut atau marah, akan automatik hati kita akan berzikir... dan kalau boleh sebelum tidor pun kita zikir sehingga mata kita terlelap, dan jika di amalkan selalu, selepas bangun hati kita tetap berzikir, 
cubalah... wallahua'lam"    sumber : [klik sini]

Friday, February 18, 2011


Anda Bukan Orang Yang Bijak Sekiranya Mencarut Di Blog, Twitter, Facebook Dan Sebagainya.





Assalamualaikum w.b.t

Baru dapat idea 2 minit yang lalu. Gara-gara bertweet di Twitter. Sebenarnya dah lama aku perhati gejala begini. Gejala yang suka mencarut a.k.a makin hamun a.k.a mengeluarkan kata-kata kesat dan seumpamanya di laman-laman sosial. Tak kisahlah apa jenis laman sosial pun.

Aku tak faham manusia sebegini. Bila check balik, bukannya budak-budak lagi. Dah tua bangka dah. Tua bangka ni manusia yang sudah boleh fikir baik buruknya. Besaq panjang dah. Marah kat orang sikit, mulalah maki hamun, mencarut sana sini. Menyemak timeline orang. Penuhi dengan kata-kata kesat yang langsung tak ditapis.

Haih, kalau dekat dengan aku memang aku pang dah sekor sekor. Ni aku nak tanya hampa la. Yang suka dok mencarut kat Twitter, Facebook dan Blog ni.

"Apa hampa dapat bila mencarut macam tu?"

"Kami rasa puas!"

"Puaskah? Lagi?"

"Lagi lagi apa? Puas la. Hang ni tak reti bahasa ka? @#$%^&*!@#"

*sekali gua terkena maki hamun daaa...*

Puas macam tu? Sebenarnya lagi menaikkan nafsu amarah dan seterusnya mencetuskan satu tindakan baru dalam diri anda apabila start maki hamun begitu. Toksah dok berdalih. Semua orang tau. Tapi saja, degil tak nak ikut.

Aku pun manusia. Aku pun ada sifat tak puas hati dengan manusia lain. Aku pun ada perasaan marah. Tapi aku takkan menjatuhkan martabat aku sebagai manusia dengan mengeluarkan kata-kata kesat begitu. Sebab aku rasa memang tak nampak langsung ada tanda positif untuk anda meneruskan 'tatasusila yang sangat tak berakhlak' itu.

Mungkin sudah jadi tabiat. Jadi habit dalam diri. Susah nak buang. Itulah sapa suruh dok maki hamun orang sangat. Jangan salahkan didikan yang kurang sempurna. Ya kadangkala ia salah satu faktornya jua. Jangan salah kawan-kawan yang selalu mencarut sebegitu. Jangan salahkan sesiapa. Tunding jari kepada diri sendiri dulu.

Come on la beb! Perkara ni terlalu mudah. Simple sangat. Kalau perkara simple ni pun tak dapat tangani, macam mana perkara yang tak simple lain?

Tanyalah kepada sesiapa pun. Tak ada yang suka punya apabila orang yang suka mencarut, maki hamun segala ni. Apabila anda terlalu annoying, manusia akan pantasnya UNFOLLOW Twitter dan UNFRIEND Facebook anda.

Lepas tu ada yang dengan riaknya akan bercakap macam ni:

"Kalau hang tak suka aku dok maki hamun kat blog aku ni, toksah dok baca. Toksah dok gatai masuk!"

"Unfollow la Twitter aku ni. Tak suruh hang follow pun. Uweakk!"


"Hahaha setakat unfriend hang sorang tak ada efek apa pun. Member aku ada 4999 lagi hang tau dak?"


Kalau itulah contoh-contoh jawapan anda, memang terlalu mudah untuk mengukur aras kematangan dan kebijaksanaan anda. Terlalu menampakkan ketidakmatangan dalam melahirkan buah fikiran.

Kita manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT. Janganlah rendahkan martabat kita sebagai insan berguna. Tak perlulah mengutuk, melahirkan umpatan, kata nista berunsur lucah sebab anda sendiri sudah tahu jawapannya.



Wassalam.

Hami Asraff:

1. Kalau dekat alam maya ni dah boleh sumpah seranah, apatah lagi di dunia realiti.
2. Jadi manusia baik, ramai orang senangi. Kenapa mahu memilih sebaliknya?
3. Diam itu lebih baik.


Akibat Buruk Memaki Orang

mulut jahat
a. Anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Jika anda melakukan kedua-duanya, itu petanda anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
b. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja takut dengan mereka.
c. Sikap memaki-maki ini menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah hendak dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu, kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
d. Jika anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri anda sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki anda. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.
Jika anda dimaki, apa yang akan anda buat?
Maki balik atau diam sahaja?

TAJUK: LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA
TARIKH: 28 JANUARI 2000 (21 SYAWAL 1420)

Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah " Larangan menghina sesama manusia "


Sidang jumaat yang berbahagia,

Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah  untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85


Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "

Kaum muslimin yang berbahagia,

Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2

Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"        

Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Sidang jumaat yang berbahagia,

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Sidang yang jumaat yang berbahagia,

Mimbar jumaat yang hari ini sekali lagi berpesan kepada jemaah sekalian supaya berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :
Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu""

Hukum Memaki Orang


tolong huraikan sket ustaz...

Jawapan:
Tak harus kata setan atau cerdiknya kepada seseorang atas jalan khusus tetapi tidak salah jika ditujukan kepada umum seperti dikatakan orang2 yang tidak mahu mengikut ulamak adalah orang yg cerdiknya.

Tak hairan kalau puak wahabi membodohkan ustaz Badrul Amin sebab ulamak yang muktabar pun dihina olih puak2 wahabi seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali dirtuduh olih puak wahabi sebagai syaitan.

Jadi jauhilah dari golongan taksub ini dan jangan terpedaya dengan hujah2 mereka yg nampak mcm benar kerana ulamak2 yg muktabar telah mengarang puluhan kitab yang mengatakan wahabi ini adalah golongan yg sesat.

Apalah sangat seorang mantan mufti negeri kalau nak dibandingkan dengan imam2 yg muktabar.

Takkan kita berani nak kata mufti negeri atau bekas mufti tu lebih alim dari imam Syafie..
Tak ke gila namanya tu.

Telah terbukti ustaz2 wahabi ni kejernya cari kesenagan dunia dan pangkat.
Masa belum jadi mufti pakai serban dan jubah dan cakap sentiasa nak ikut sunnah tapi bila jadi mufti dan dapat keluar dalam tv dah buang jubah serban digantikan dengan baju kot dan tali leher serta songkok.

Rujukan: http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=1835

Jadi ikutlah ulamak yg istiqamah atas rupa sunnah.

CARILAH UNGKAPAN YANG LEBIH ‘MOLEK’
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Antara perkara yang indah yang diajar oleh Islam ialah muslim diperintahkan menggunakan perkataan-perkataan yang baik atau sekurangnya tidak keji dalam ungkapannya.

Muslim bukan seorang pencarut, atau pemaki hamun orang atau pencerca dengan kalimat-kalimat yang jelik dan keji. Lidah muslim indah, atau selamat dari kalimat-kalimat yang tidak senonoh. Dia mungkin tegas, keras amarannya, tinggi nadanya dan tajam kritikannya, tapi kalimat-kalimatnya itu terpilih; tidak lucah, tidak juga makian dan hamunan. Inilah yang Anas bin Malik ceritakan:

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (riwayat al-Bukhari).

Mencerca atau memaki hamun orang lain dalam sesuatu majlis adalah perkara yang tidak baik. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir:
bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.
Barat
Di Barat ini walaupun tidak dinafikan ada kesopanannya terutama dalam pengurusan rasmi, namun vulgar language atau bahasa tidak senonoh sudah sebati dalam kehidupan harian mereka. Kalimat f*ck sentiasa di bibir. Di mana sahaja kita dengar mereka bersembang, biasanya perkataan itu akan terbit. Filem mereka, komedi mereka dan segala seni mereka akan diselitkan kalimat-kalimat jelik seperti itu.
Stand-up comedy di sini antara yang dapat sambutan hebat. Ramai yang terkenal dan kaya raya dengan idea-idea lawak mereka. Ada banyak siaran khusus untuk stand-up comedy ini. Namun kesemua lawak tidak terlepas dari perkataan kotor, lucah dan cerita lucah. Makian juga menjadi modal lawak yang mendapat tepukan gemuruh. Tuhan, agama, Jesus, orang politik dan ramai lagi menjadi mangsa maki-hamun yang melucukan pendengar.
Budaya lucah mendapat pasaran dalam masyarakat mereka. Penyanyi seperti Lady Gaga dengan segala kelucahannya mendapat tempat yang hebat. China telah senarai hitam Lady Gaga dan Katy Perry yang menjadi pujaan ramai di Barat, bahkan di pelbagai negara lain juga. Shanghai Baby novel karya Wei Hui, yang meriwayatkan kisah peribadinya yang bercampur lucah, yang telah dibakar sebanyak 40,000 naskah secara terbuka di China, tapi menjadi ‘the international bestseller’ di Barat.
Banyak nilai yang berbeza yang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Barat. Bayangkan apabila budaya ini berterusan dan setiap anak yang lahir dalam masyarakat ini sudah terbiasa demikian rupa. Cumanya, di atas pentas ilmu atau akademik, nampaknya bahasa mereka masih terkawal dan molek.
Lunak Dan Tegas
Saya teringat hadis apabila sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu.
Nabi s.a.w bersabda:
“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikian halusnya contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jawapan ‘wa ‘alaikum’ juga satu tindak balas atas kebiadapan yahudi, namun ia bebas dari perkataan yang buruk dan keji. Kita tidak pernah menafikan bahawa Nabi s.a.w pernah bertegas dan tinggi nada suara baginda terutama ketika berkhutbah. Namun, baginda tidak memaki hamun atau melaknat orang lain, apatah lagi sesama muslim.
Malanglah jika ada yang memaki hamun orang lain lalu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. Bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain. Kata Jabir r.a:
“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim).
Ini pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda.
Ada pula pihak yang apabila mereka memaki hamun orang lain, dia berkata: saya tiru Saidina Umar. Aduhai, nampak buruk khalifah yang mulia itu apabila menjelma dalam tindakannya. Ya, banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun.
Ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua, beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedang kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih dihormati di zaman ini.
Depan Khalayak
Di sana pula ada perbezaan antara ucapan di khalayak umum dan perbualan peribadi. Ucapan buruk di khalayak umum adalah satu kempen secara langsung atau tidak kepada budaya negatif. Tidak sama dengan ‘bersembang biasa’. Walaupun keduanya perlu berakhlak, namun yang dibuat depan khalayak kesan buruknya lebih besar.
Kita tidak temui dalam khutbah para khulafa’ dan insan-insan terhormat menggunakan kalimat-kalimat makian dan hamunan. Firman Allah: (maksudnya)
“dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:
“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
Emosi
Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan setiap kita ada emosi. Kadang-kala terlepas cakap, terkasar bahasa dan tersalah bicara. Namun, itu tidak boleh menjadi budaya lidah. Jika berlaku, ia wajar dikuti dengan penyesalan dalam diri dan memohon yang lebih baik dari Allah. Nabi s.a.w pernah berkata tentang diri baginda:
“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).
Jika seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal kawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali berucap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah macam lelaki Ansar yang Nabi s.a.w tegur dalam majlis tersebut.
Menjadi lebih rosak jika seperti di Barat ini, perkataan buruk dan hodoh itu menjadi satu lawak jenaka yang mendapat sambutan yang gemuruh. Ini mungkin disebabkan jiwa mereka kosong lalu mereka ingin pengisian. Mereka rasa lawak jenaka kasar itu mengubat kekosongan jiwa. Demikian mereka tersalah mengenai rohani insani. Demikian juga ada muslim yang tersilap apabila merasakan duduk mendengar lawak yang bercampur kebiadaban itu sesuatu yang mengisi kekosongan jiwa.
Yang baik tidak sama dengan yang buruk. Allah mengingatkan kita: (maksudnya)
“dan tidaklah sama antara yang baik dan yang jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau buat demikian maka orang ada permusuhan terhadapmu, seolah-olah menjadi seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang mempunyai kedudukan yang besar (dunia dan akhirat). (Fussilat: 34-35)
Kita semua rindu ingin mengikuti ajaran al-Quran. Kita tahu kita sering gagal, namun kita tetap menyatakan yang teragung itu adalah panduan al-Quran. Kita cuba sedayanya. Jangan apabila kita melakukan yang sebaliknya, kita justifikasikan tindakan kita sehingga menafikan keunggulan al-Quran. Jangan pula kita jadi seperti sesetengah yang berkata ‘puak yang menentang kita pun teruk, kita balas la’. Mengapakah kita jadikan musuh yang kita rasa tersasar dari landasan yang betul sebagai piawaian yang menjadi panduan dalam tindakan?!
Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelek akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani. Diriku dan sahabat sekelian, mari kita cari perkataan yang lebih molek dalam berinteraksi antara kita.

Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun

geram
Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun
a. Jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut dengan mereka.
b. Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
c. Jika anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri anda sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki itu. Bila anda simpan dendam lama-lama, anda yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.

Jangan Memberi Nama Buruk atau Nama Terlarang

Ahad 28 Rejab 1436 / 17 Mei 2015 07:30bayi tertawa
KETIKA sang bayi lahir, tugas kita sebagai orang tua ialah memberi nama yang baik padanya. Jangan sampai kita memberikan nama yang buruk atau nama terlarang padanya. Karena, setiap nama memiliki arti pada tingkah laku si bayi kelak ketika dia sudah dewasa.
Nama adalah ciri atau tanda, maksudnya adalah orang yang diberi nama dapat mengenal dirinya atau dikenal oleh orang lain. Dalam Al-Qur’anul Kariim disebutkan;
(V) مريم سورة  …يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ سَمِيًّا
“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia” (QS. Maryam: 7).
Dan hakikat pemberian nama kepada anak adalah agar ia dikenal serta memuliakannya. Oleh sebab itu para ulama bersepakat akan wajibnya memberi nama kapada anak laki-laki dan perempuan). Oleh sebab itu apabila seseorang tidak diberi nama, maka ia akan menjadi seorang yang majhul (tidak dikenal) oleh masyarakat.
Samurah menuturkan bahwa Rasulullah bersabda, “Jangan sekali-kali engkau menamakan anakmu Yassar, Rabah, Najih, atau Aflah karena engkau akan mengatakan, ‘Apakah ia ada di sini?’ Bila tidak ada, akan dikatakan, ‘Tidak.’ “ Menurut riwayat lain dari Umar, Nabi saw. bersabda, “Sungguh aku melarang pemberian nama Rafi’, Barakah, dan Yassar.”
Jabir meriwayatkan bhwa Rasulullah pernah bersabda, “Jika aku masih hidup, aku akan melarang pemberian nama Barakah, Yassar, dan Nafi.’ “  Jabir mengatakan, “Saya tidak ingat apakah beliau menyebut nama Rafi’i atau tidak.” Karena jika ditanyakan, “Apakah di sini ada Barakah.” Jika dijawab, “Tidak ada.” (maka pengertian menjadi buruk). Demikian pula jika ditanyakan, “Apakah di sini ada Yassar.” Dan dijawab, “Tidak ada.”
Jabir mengatakan bahwa tidak lama kemudian Rasulullah wafat dan masih belum sempat melaksanakan larangannya itu. Ketika Umar hendak melarangnya, ia mengurungkan niatnya.
Sumber: Islam Parenting, Pendidikan Anak Metode Nabi/Karya: Syaikh Jamal Abdurrahman/Penerbit: Aqwam Jembatan Ilmu

Kejahatan-Kejahatan Lidah Serta Wajah-Wajah Manusia Dari Kubur -

Oleh: Hasnur Husna Bt Hasnan
ABSTRAK
Kejahatan-kejahatan lidah serta wajah-wajah manusia dari kubur ini menceritakan tentang balasan-balasan dari Allah kepada umatnya yang melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Antara kejahatan-kejahatan lidah ialah berkata yang tidak perlu, mengambil tahu hal orang lain, terlibat dalam kemungkaran, berbantah-bantah dan bertengkar, melaknat, menghina atau mengejek-ngejek, membuka rahsia, mengumpat orang, mengadu domba, berbohong dalam percakapan dan sumpah, bercakap-cakap kotor, memaki hamun dan lidah-lidah lancang. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah. Selain itu, rupa-rupa wajah manusia ketika dibangunkan dari kubur di Padang Mahsyar di akhirat nanti ialah wajah orang yang suka menfitnah, wajah orang yang suka makan yang haram, wajah saksi-saksi palsu, memuas nafsu serta mencari keseronokan dengan cara haram, orang yang suka mengumpat, orang yang suka makan riba dan dua belas golongan dibangkit di hari akhirat nanti. Terdapat beberapa wajah manusia yang telah diberi balasan oleh Allah. Ada yang menyerupai binatang, dan ada yang berjalan dalam keadaan mabuk. Mudah-mudahan kita dapat mengenali sifat-sifat lidah yang jahat kita dapat menghindarkannya dari berlaku ke atas diri kita. Begitu juga mudah-mudahan kita dapat mengetahui dan memahami rupa wajah manusia di akhirat nanti apabila dibangunkan dari kubur. Agar dengan itu kita dapat mengelakkan diri kita dari terjadi seperti itu. 
PENDAHULUAN
Tidak syak lagi di zaman kemuncak pembangunan material kini orang dapat mencapai menggunakan pelbagai alat-alat canggih dalam kehidupan seharian. Namun pembangunan material hanya mampu menyelesaikan sebahagian kecil penyakit masalah lahiriah namun penyakit batin atau jiwa bertambah meningkat di kalangan manusia. Maka jadilah orang berkuasa zalim, orang kaya bakhil, pemimpin menindas, orang miskin hasad dan pelbagai lagi masalah hingga timbul kerosakan di mana-mana sahaja, akibatnya manusia itu sendiri menderita. Rasulullah telah menyarankan tiga jenis pil untuk mengubat penyakit ini. Pertama tanam kembali dalam hati manusia itu rasa cinta Allah dan Rasul, merasa hebat dan gerun dengan kudrat Allah. Kedua hati manusia itu dicapai supaya yakin dengan hari akhirat, cinta syurga Allah dan Rasul, gerun dengan azab neraka Allah. Dan yang ketiga pula ialah menanam semangat dan perasaan cinta sesama manusia terutama sekali umat Islam sesuai dengan masa kebangkitan Islam kini. Oleh itu, ini sebagai pedoman dan iktibar kepada kita semua. Jadi peliharalah lidah kita daripada bercakap yang dimurkai oleh Allah. 
KEJAHATAN YANG PERTAMA: BERKATA YANG TIDAK PERLU
Selagi ia menghabiskan dan membuang waktunya pada perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak mendatangkan apa-apa faedah atau mendatangkan keuntungan pahala di akhirat, maka orang itu telah mensia-siakan modalnya. Dan di akhirat nanti menjadi orang miskin tanpa apa-apa keuntungan. Mengapa kita membuang masa dan tenaga dengan bercerita atau bercakap dengan sesuatu yang tidak perlu. Ini menunjukkan sesuatu yang akan merugikan kita di akhirat nanti. Oleh itu, kita hendaklah menghindarkan diri dari berkata-kata yang tidak perlu untuk keselamatan dan keuntungan diri. 
KEJAHATAN YANG KEDUA: MENGAMBIL TAHU HAL ORANG LAIN
Kita tidak dibenarkan berkata-kata tentang hal ehwal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan diri kita atau menyakitkan orang lain. Kerana itu janganlah kita berkata-kata dengan perkataan yang tidak ada kaitan dengan kita, kalau ada kaitan dengan diri kita maka hendaklah berkata dengan ringkas dan padat sahaja, jangan panjang menjela-jela. 
Ibnu Omar berkata ‘‘Perkara yang patut sangat dibersihkan oleh seseorang itu ialah lidahnya. 
KEJAHATAN YANG KETIGA: MELIBATKAN DIRI DALAM KEMUNGKARAN
Melibatkan diri ke dalam kebatilan atau kemungkaran itu ertinya berbual-bual dalam hal-halyang bersangkutan dengan maksiat. Seperti menceritakan tentang majlis minum arak, suasana panggung wayang, hal-hal dan keadaan wanita, dan duduk bersama-sama dengan orang fasik. Kita tidak sepatutnya melibatkan diri dalam ini, perkara-perkara maksiat terlalu banyak kerana orang yang hanya berkata-kata atau melakukan apa-apa yang perlu dan penting sahaja mengenai urusan agamanya dan faedah dunianya. 
KEJAHATAN YANG KEEMPAT: BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKAR
Sifat bantah-membantah atau berbahas itu ialah menyanggah percakapan orang lain dengan melahirkan kekurangan dan kelemahan dalam percakapan mereka sama ada dalam lafaz atau maknanya. 
Jika berlaku perbahasan dalam hal-hal ilmiah lebih baiklah kita diam saja, kalau mahu menyoal, soallah dengan lemah lembut sekadar ingin tahu sahaja bukannya bertujuan untuk mengalahkan hujah orang lain, melemahnya hingga tidak dapat menjawab hujah kita. 
Di akhir zaman ini banyak orang berbahas, dengan tujuan untuk menang, melahirkan kehebatan berpidato, mengalahkan lawan, menunjukkan diri ada keupayaan, mematah dan mematikan hujah lawan, akhirnya biar orang tahu dirinya adalah orang yang hebat dalam berbahas maka ini adalah sifat tercela. Untuk menghilangkan sifat suka berbahas hendaklah kita mematah perasaan ego yang terbit daripada muka menunjukkan kehebatan dan kepintaran diri dan hendaklah menghapuskan sifat suka merendah rendahkan pendapat, pandangan, hujah dan peranan orang lain. Sesungguhnya berbahas-bahas dan berbantah dalam apa saja perkara adalah ditegah dalam Islam. Yang boleh ialah bermuzakarah, berbincang, bertukar pendapat dengan lemah lembut dalam suasana ukhwah tidak membantah percakapan orang lain dan dengan penuh tawaduk. Bukan dengan suara yang lantang menunjukkan kepintaran berpidato, bukan dengan cara melahirkan kelebihan diri dalam mematahkan huajh orang lain, bukan dengan merendah-rendah serta menolak pendapat orang lain dengan kelantangan suara dengan tujuan memperlihatkan kehebatan diri. 
KEJAHATAN YANG KELIMA: PERTENGKARAN
Pertelingkahan adalah di antara sifat-sifat yang terkeji dan dilarang oleh agama. Dalam berbantah-bantah berbahas dan bertelingkah itu terdapat banyak keburukan. Pertelingkahan dicampur adukkan dengan kata-kata yang menyakitkan hati, sindiran-sindiran, dan bermaksud sengaja hendak menunjukkan musuh dan
mematahkan semangatnya. Permusuhan itu berpunca daripada segala kejahatan, begitu juga dengan sifat suka bantah-membantah atau bertengkar-tengkar. Oleh itu janganlah
hendaknya dibukakan pintu untuk perkara yang terlarang ini, kecuali dalam keadaan yang amat darurat sekali, itu pun hendaklah dipelihara lidah baik-baik dan hati dari kata yang terlanjur. Jangan sengaja membuka gelanggang untuk perdebatan yang disertai oleh dua pihak dan disediakan satu tajuk untuk di;pertengkarkan, diperbahaskan dan dipertelingkah, kemudian dihakimi pula sesiapa yang paling bijak mematahkan kata-kata lawan, sesudah itu diberi hadiah siapa yang menang. Ini bukanlah cara Islam, bahkan dilarang dalam Islam. Maka orang yang menganjurkan serta membuka gelanggang ke arah itu adalah tercela, kerana ia suka pengikutnya atau muridnya pandai bertengkar dan berbantah-bantah. 
KEJAHATAN YANG KEENAM: MENIRU PERCAKAPAN YANG INDAH-INDAH
Ertinya bercakap lancar yang dibuat-buat, memaksa diri berkata-kata dengan bersajak atau meniru cara orang lain semua ini termasuk diri yang tercela dan terlarang dalam agama menyampaikan kata-kata yang berbunga-bunga yang tak perlu, maka itu termasuk dalam perkara yang tercela. 
KEJAHATAN YANG KETUJUH: BERCAKAP KOTOR-KOT0R, MEMAKI HAMUN DAN LIDAH YANG LANCANG
Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada memaki kaum musyrikin yang terbunuh dalam peperangan Badar itu, sebab caci maki itu tidak memberi kesan kepada mereka, bahkan menyakiti orang-orang yang masih hidup (keluarga si mati). Bercakap kotor seperti mencarut-carut, memaki hamun, mengeji, mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan lain-lain perkataan kotor lagi ghaib, semuanya itu adalah bruk lagi tercela. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhi dari sifat-sifat terkeji itu. 
KEJAHATAN YANG KELAPAN: MELAKNAT
Mendoakan seseorang agar ditimpa kejahatan atau sesuatu keburukan dan malapetaka adalah dilarang, walaupun yang didoakan itu adalah seorang yang zalim. Maka perbuatan mendoakan seperti itu adalah hampir-hampir menyamai perbuatan melaknat. Ini adalah dilarang dan tercela. Yang sebaiknya kita doakan kebaikan kepada seseorang itu. Kalau dia seorang yang zalim, maka kita doakan agar dia berubah menjadi baik dan adil. Kesimpulannya perbuatan melaknat adalah perbuatan yang dilarang. Oleh tiu, wajiblah kita menghindarinya. 
KEJAHATAN YANG KESEMBILAN: MENGHINA ATAU MENGEJEK-NGEJEK
Memandang rendah atau sengaja melahirkan kekurangan atau kelemahan orang lain untuk dijadikan bahan ketawa lalu hati orang ditujukan kelemahan itu menjadi terusik dan sakit, maka inilah yang dikatakan perbuatan mengejek. Ejekan dan penghinaan yang sedemikian adalah haram hukumnya. Orang yang suka mengejek-ngejek atau menghina serta mendedahkan kelemahan orang lain itu adalah orang bersifat sombong lagi meninggi diri. Sedangkan sifat sombong itu amat tercela. Selain dari itu, mengejek dan menghina ini adalah perbuatan menyakitkan hati orang lain. Maka menyakitkan hati orang lain ini adalah haram lagi berdosa. Oleh itu, jika kita bersifat demekian maka tinggalkanlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta minta maaf dari orang yang kita ejek dan hina itu. 
KEJAHATAN YANG KESEPULUH: MEMBUKA RAHSIA
Rahsia ialah sesuatu perkara yang telah diamanahkan kepada kita agar menyimpannya dari disebarkan orang lain. Sebarang rahsia seseorang yang kita ketahui yang perlu kita jaga hendaklah kita amanah menjaganya jangan sampai bocor rahsia itu. Sesungguhnya sesiapa yang menutup keaipan seseorang yang lain maka Allah SWT akan menutup keaipannya pula diakhirat nanti. 
KEJAHATAN YANG KESEBELAS: MENGUMPAT ORANG
Mengumpat bermaksud menceritakan sesuatu keburuka atau kelemahan seseorang saudara Islam di belakangnya yang boleh menimbulkan kebencian tau kemarahan bila ia mendengarnya. Menceritakan kekurangan pada anggota badannya seperti kita kata ia pendek, juling atu lain-lain kekurangan bila diketahuinya ia merasa benci atau tentang kekurangan pada keturunannya atau kekurangan pada rupa parasnya, itu semua kalau didengar olehnya ia rasa benci. Orang yang bersama-sama mendengar dan mengiyakan umpatan orang lain, maka dia dikira seperti mengumpat juga. Manakala orang yang mendengar saja tetapi tidak pula membantah maka dia juga mendapat dosa mngumpat sama. Kecualilah bila dia dengan kata-kata umpatan itu dia membantahnya dengan lisan atau sekurang-kurangnya membantah dalam hati, jika tidak sanggup mendengarnya. Terdapat beberapa punca mengumpat, antaranya ialah untuk memuaskan hati iaitu bila ia merasa marah kepada seseorang mungkin oleh kerana sesuatu sebab, jadi untuk memuaskan hatinya ia menceritakan keburukan-keburukan orang yang dimarahnya itu pada orang lain. Hanya menonjolkan kelebihan yang ada pada dirinya dengan jalan menceritakan keburukan orang atau kelemahan atau kekurangan yang ada pada dirinya dengan mntakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Dengki dan iri hati. Menurut kehendak rakan-rakan. Mencaci dan mengejek-ngejek orang lain dengan maksud untuk menghinanya. 
Cara-cara untuk mengekang lidah dari mengumpat ialah hendaklah dia yakin bahawa mngumpat itu satu perbuatan yang dimurkai Allah. Hendaklah sentiasa melihat
kelemahan-kelemahan serta kekurangan. Mengumpat yang dibolehkan ialah meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kejahatan dari seseorang untuk
kebaikan. Mengingatkan seseorang Islam lain supaya jangan terjebak dengan kejahatan
seseorang jika kita tahu seseorang itu jahat, maka kita ingatkan orang lain, supaya jangan mendekatinya. 
Untuk membersihkan diri dari dosa mengumpat agar jangan dihukum di akhirat nanti maka wajib baginya rasa menyesal dan bertaubat atas dosa-dosanya itu, kemudian hendaklah minta maaf dari orang yang diumpat itu. 
KEJAHATAN YANG KEDUA BELAS: BERMUKA-MUKA
Orang yang bermuka-muka ini juga dikenali sebagai lidah bercabang. Kalau ada dua
orang atau dua pihak yang bergaduh maka dia jadi orang tengah untuk menyemarakkan lagi api pergaduhan. Orang pengadu domba ini gembira bila melihat orang lain bermusuh. 
KEJAHATAN YANG KETIGA BELAS: MEMUJI
Memuji-muji orang itu adakalanya dilarang, kerana dalam pujian itu ada enam bahayanya, pada pemuji dan yang kena puji. Bahaya pada pemuji ialah berlebih-lebihan dalam pujiannya hingga akhirnya jadi dusta pula. Dengan dia memuji itu timbul riak dalam dirinya seolah-olah ia menunjukkan sayangnya terhadap orang dipujinya itu. Apabila seseorang itu dipuji maka nanti akan ada keburukan-keburukan yang menimpa orang itu di antaranya ialah dengan dipuji itu, akan timbul dalam dirinya perasaan bongkak dan ujub iaitu rasa sombong dan merasa diri hebat. Dengan menerima puji-pujian hatinya akan merasa senang tentang kesalahannya. Dan menganggap dirinya sudah sempurna lalu ia tidak menambah usaha lagi untuk berbakti kepada Allah. 
KEJAHATAN YANG KEEMPAT BELAS: BERBOHONG DALAM PERCAKAPAN DAN SUMPAHBohong ertinya menceritakan atau memperkatakan sesuatu yang tidak ada atau yang tidak benar. Bercakap bohong adalah diharamkan. Tetapi kadang-kadang bila bohong itu mengandungi maslahat untuk kebaikan maka itu dibolehkan. Atau untuk mendamaikan dua orang yang bergaduh atau untuk mengeratkan perhubungan suami isteri yang memerlukan berbohong, maka ia diharuskan. 
BAB KEDUA : RUPA-RUPA WAJAH MANUSIA KETIKA DIBANGUNKAN DARI KUBUR DI PADANG MAHSYAR DI AKHIRAT NANTI
Meyakini kedatangan hari kiamat adalah wajib. Kedatangan hari kiamat nanti tidak seorang pun makhluk yang dapat mengetahuinya, kecuali Allah sahaja. Namun begitu, Allah lahirkan juga tanda-tanda kedatangan hari kiamat itu untuk pengetahuan manusia. Ada tanda kecil dan tanda besar. 
DI ANTARA TANDA-TANDA YANG KECIL ITU IALAH:-
Ilmu agama Islam tidak diambil berat lagi oleh umatnya. Perbuatan zina menjadi-jadi, disebabkan oleh pihak berkuasa. Kejahilan tentang agama Islam menjadi-jadi, hanya segelintir sahaja yang mahu mempelajarinya. Peminum-peminum arak berasa bangga, serta bebas pula meminumnya. Kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi perempuan. Manakala lelaki lebih ramai pula mati dahulu dari wanita. Lahirnya kuncu-kuncu dajjal, ramai pendusta yang mengaku utusan Allah. Banyak berlakunya gempa bumi. Banyak berlakunya fitnah. Ramai orang kaya harta. Musim tidak menentu. Masa terlalu cepat berlalu. 
DI ANTARA TANDA-TANDA YANG BESAR ITU IALAH:-
Naik matahari dari sebelah barat. Munculnya binatang-binatang yang aneh-aneh. Keluar Imam Mahdi. Keluarnya dajjal. Turunnya Nabi Allah Isa, menyambung syariat Rasulullah SAW. Keluarnya yakjuj dan makjuj. Bumi dipenuhi oleh asap (selama 40 hari). Kaabah mula diruntuhkan dan dirosakkan orang. Hilang Al-Quran dari mashaf (buku/kertas) dari hafalan hati. Semua manusia menjadi kafir, sehingga tidak ada seorang manusia pun ketika itu yang menyebut nama Allah. 
Maka ketika itulah, Allah perintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama. Tiupan itu datangnya secara mengejut sahaja, hinggakan seluruh manusia terpinga-pinga dan kelam-kabut tidak menentu. Kerana kuatnya tiupan itu, seluruh manusia mati, gunung ganang hancur lebur, lautan-lautan menyemburkan airnya ke darat, segala cerekawala berguguran ke bumi, maka matilah segala yang bernyawa serta musnahlah dunia ini semusnah-musnahnya, kecuali Allah yang Maaha Suci lagi Maha Kaya. 
Setelah semuanya telah hancur lebur bagaikan debu berterbangan, entah berapa lama pula masanya, maka Allah pun memerintahkan malaikat Israfil: ‘‘Wahai Israfil, bangunlah dan tiuplah sangkakala ppembangkitan!’’. Lalu dengan kehendak Allah hiduplah semula Israfil dan seterusnya meniup sangkakala yang kedua, seraya menyeru: ‘‘Wahai roh-roh yang keluar, tulang-tulang yang hancur, tubuh-tubuh yang busuk, otot-otot yang putus, kulit-kulit yang koyak, rambut-rambut yang gugur! Bangunlah kamu semua! Untuk memutuskan hukuman ’’. Lalu bangunlah semuanya dengan perinath Allah. 
PUAK YANG PERTAMA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan berupa kera, mereka adalah orang-orang yang suka membuat fitnah di antara manusia. Itulah rupa orang yang suka menabur fitnah sama ada pada diri perseorangan atau pada sesuatu kumpulan manusia sama ada meleui lisa, tulisan atau suart-surat khabar. 
PUAK YANG KEDUA:
Dibangkitkan (dari kubur) dengan berupa seperti babi. Mereka ini adalah orang yang uka makan yang haram. Contohnya arak, tipu, riba, curi, perniagaan haram dan lain-lain lagi. 
PUAK YANG KETIGA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan buta lagi bingung. Sedangkan badannya digayuti dan dipegangi oleh manusia yang ramai. Mereka ini adalah orang yang sama-sama melanggar hukum-hukum Allah. (sedang mereka adalah ornag yang alim atau menjadi pemimpin kepada suatu kaum). 
PUAK YANG KEEMPAT:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan bisu lagi pekak. Mereka adalah orang yang ujub (kagum) dengan amalannya. Mereka ini menyombong diri kerana telah berasa dirinya hebat, banyak ilmu pengetahuan lalu memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya. 
PUAK YANG KELIMA:
Dibangkitkan dalam keadaan mengalir nanah dari mulutnya, serta mengalir darah dari lidah-lidahnya. Mereka ini adalah orang-orang yang alim (dalam ilmu agama Islam) yang tidak bertepatan cakap dengan perbuatannya. Mereka ini adalah golongan yang cakap tak serupa bikin. Oleh itu, janganlah berbangga dan menyombong diri dengan keilmuan. 
PUAK YANG KEENAM:
Dibangkitkan dalam keadaan badannya penuh dengan luka-luka yang parah (lagi menyakitkan), mereka ini adalah saksi-saksi palsu. Akan terdapat orang-orang yang suka menawarkan dirinya menjadi saksi dalam sesutu hal, sedangkan doia adalah saksi palsu lagi dusta. 
PUAK YANG KETUJUH:
Dibangkitkan berkeadaan tapak kakinya tersangkut di keningnya serta terikat pula pada ubun-ubunnya, sedangkan bau badannya terlebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah orang yang ska memuaskan hawa nafsunya serta mencari keseronokan dengan jalan yang haram. Contohnya berzina, pembunuh, perogol, penipu, pemabuk arak dan banyak lagi. 
PUAK YANG KELAPAN:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang amat sangat), rebah ke kiri dan ke kanan (menuju padang masyar), mereka ini adalah orang yang mencegah, menahan hak Allah. Mereka ini adalah di antara sifatnya di dunia dulu ialah kalau harta atau wang ringgit itu digunakan untuk menambah kekayaan dirinya atau untuk jalan maksiat. 
PUAK YANG KESEMBILAN:
Dibangkitkan dengan dipakaikan pakaian dari minyak tar (yang panas). Mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan tidak mahu menjauhkan diri daripadanya. Umpat-mengumpat, kata-mengata, mencari-cari kesalahan orang lain, ini adalah perbuatan orang-orang yang terkutuk, mereka nampak kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi mereka lupa tentang diri mereka sendiri yang juga banyak kelemahan dan kesilapan. 
PUAK YANG KESEPULUH:
Dibangkitkan dalam keadaan keluar lidahnya daripada tengkuknya. Dia adalah orang yang suka mengadu dumba. Mereka ini suka melihat orang lain bergaduh. Mereka mengadu dumba dalam bentuk lisan, tulisan atau perkhabaran. 
PUAK YANG KESEBELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang teramat sangat). Mereka adalah orang yang suka bercakap hal-hal dunia di dalam masjid. 
PUAK YANG KEDUA BELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan rupa babi, mereka adalah orang yang suka makan riba. 
DUA BELAS GOLONGAN DIBANGKIT DI HARI AKHIRAT
GOLONGAN PERTAMA:Dibangkitkan dari kuburnya dengan tidak berkaki dan tidak bertangan, kemudian menyeru dari sisi Tuhan;’Mereka ini adalah orang-orang yang suka menyakiti jirannya dan amti mereka dengan tidak bertaubat. ’
GOLONGAN KEDUA:
Dibangkitkan dari kuburnya dengan berupa binatang, dikatakan berupa babi, kemudian diseru dari arah Tuhan yang Maha Pemurah. ’Mereka adalah orang-orang yang meringankan fardhu sembahyang. Kalau sampai mati tidak bertaubat, maka itulah balasan bagi mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka. ’
Sama ada sembahyang atau tidak, sembahyang lewat-lewat waktu atau tidak khusyuk akan ditimpakan kepadanya 15 seksaan di dunia dan di akhirat. 
Di antara seksaannya ialah tidak diberkati hidup, kesempitan dalam mencari rezeki, dihilangkan seri muka orang mukmin dari mukanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Tuhan, ketika mati nanti ia akan menerima azab. Kuburnya disempitkan, akan dipatuk oleh seekor ular yang sangat bisa yang diutuskan neraka yang bernama Iqrk Syujaah dan banyak lagi seksaan di akhirat nanti. 
GOLONGAN KETIGA:
Dibangkitkan dari kuburnya berkeadaan perut seperti bukit yang dipenuhi ular-ular dan kala jengkingyang besarnya seperti (sebesar) seekor keldai lalu dipanggil oleh zat pemanggil arah Tuhan: “Merekalah orang-orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak bertaubat hingga mati. ”
GOLONGAN KEEMPAT:
Dibangkitkan dari kuburnya keluar darah mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar terburai ke bumi dan keluarlah api dari mulut-mulut mereka, maka menyerulah zat penyeru dari sisi Allah: “Mereka itulah orang-ornag yang dusta dalam jual beli dan menipu sukatan (timbangan), maka mereka mati tanpa bertaubat maka itulah balasan bagi mereka. 
GOLONGAN KELIMA:
Golongan ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan menyamar dari para manusia, bau badan mereka lebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah golongan orang-orang yang menyembunyikan kemaksiatan dari diketahui oleh manusia lain-lain. Tetapi hati tidak sesekali malu dan takut kepada pengawasan Allah. Maka mati mereka itu itulah balasan atas mereka. 
GOLONGAN KEENAM:
Mereka ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan semuanya leher terputus-putus (luka-luka yang mengerikan) dari tengkoroknya. Mereka itulah golongan orang-orang yng menjadi saksi palsu lagi dusta. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat. 
GOLONGAN KETUJUH:
Mereka dihalau dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah. Darah dan nanah mengalir keluar dengan banyaknya dari mulut-mulut mereka. Mereka itulah orang-orang yang mencegah peraksian dala perkara benar. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat. 
GOLONGAN KELAPAN:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan tunggang-langgang iaitu kepalanya ke bawah, kaki ke atas kepala. Dari kemaluan mereka keluar mengalir nanah-nanah yang panas mendidih lagi busuk. Mereka itu semua adalah orang-orang yang melakukan perbuatan zina, liwat. Dan mereka mati dalam keadaan masih tidak bertaubat. 
GOLONGAN KESEMBILAN:
Mereka dihalau dari kubur dalam keadaan wajah mereka berwajah hitam rentung matanya terkeluar dan perutnya penuh dengan bara api yang panas membakar. Meerka semua itu adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan jalan belot. Dan mereka mati dalam keadaan masih belum bertaubat, itulah balasan mereka. 
GOLONGAN KESEPULUH:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan badannya penuh dengan kudis yang bias lagi berbelang-belang. Mereka itu adalah orang-ornag yang menyakiti kedua ibu bapanya atau slah seorang darinya. Dan mereka mati dalam dosa demikian dan tidak bertaubat. Itulah balasan mereka. 
GOLONGAN KESEBELAS:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan buta hati (bodoh). gigi mereka sebesar tanduk lembu, bibir mereka besar terjulur hinnga menutupi dadanya, lidah mereka menjilat-jilat perutnya sendiri, perut mereka besar hingga menutupi pehanya dan dari perutnya keluar nanah-nanah yang busuk lagi panas mendidih. Itulah balasan kepada mereka yang tidak bertaubat. 
GOLONGAN KEDUA BELAS:
Mereka digiring dari kubur mereka dalam keadaan wajah-wajah mereka berseri-seri keriangan dan kepuasan seperti sinar bulan purnama. Mereka melintasi titian Siratulmustaqim seperti kilat yang memancar lajunya. Mereka ini adalah orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan tidak melakukan perkara larangannya. Meraka juga sentiasa patuh memelihara dan melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu dengan tidak pernah ditinggalkannya, secara berjemaah pula. Dan mereka mati dalam keadaan telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Inilah ganjaran mereka dan tempat tinggal mereka seterusnya adalah di dalam syurga. Mereka masuk ke dalam syurga dengan kemampuan, rahmat dan keredhaan Allah SWT kerana mereka redha kepada Allah dan Allah pula redha ke atas mereka. 
KESIMPULAN
Demikianlah rupa wajah dan keadaan manusia ketika bangun dari kubur di akhirat nanti untuk dihalau berkumpul di Padang Mahsyar. Selain itu, seluruh rupa wajah dan bentuk itu adalah mengikut perangai dan sikap serta perbuatan kita semasa hidup di dunia ini. Oleh itu kita pilihlah perbuatan yang baik-baik agar kita termasuk orang-orang yang bergembira di hari akhirat nanti. Dan janganlah sesekali memilih jalan yang kotor dan berdosa, kerana ianya akan menyusah dan menyeksakan kita di hari kemudian. Kejarlah kehidupan syurga di akhirat nanti dan tinggankanlah kehidupan jahat dan dosa di dunia ini. Marilah kita bertaubat sebelum terlambat. 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan