Khamis, 18 Jun 2015

GOPOH-GAPAH/TERGESA2 SIFAT@PERBUATAN SYAITAN@IBLIS













Isti'jal - Gopoh


Satu daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah. Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Wallahu a'lam.

Penulis : MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI


GOPOH-GAPAH SIFAT SYAITAN

عن سهل بن سعد رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : العجلة من الشيطان
 ( رواه الترمذى)
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (Riwayat Tirmizi)

Ulasan Hadis:
1.        Melalui hadis ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita bahawa sikap gopoh gapah atau tergesa-gesa, terburu-buru adalah daripada sifat syaitan. 

2.        Sifat bergopoh-gapah adalah sifat yang buruk, sikap ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam beberapa keadaan, iaitu tidak sabar, tamak, tidak mahu berfikir panjang, menanguh kerja dan bertindak kerana mengikut nafsu. 

3.        Orang yang memiliki sikap ini kebiasaannya mereka yang tiada ketenangan dalam diri. Dan sifat ini berlawanan dengan sifat orang yang bertenang dalam melakukan sesuatu urusan, mereka ini bertindak setelah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu malah memikirkan akibat baik dan buruk sesuatu perkara atau tindakannya. 

4.        Sikap gopoh gapah akan melahirkan penyesalan di kemudian hari. Berkata Syeikh Muhammad Soleh Al Uthmaimin : Sifat tenang yakni tidak bergopoh –gapah dalam semua urusan, betapa ramai manusia yang binasa dan tersilap langkah dengan sebab gopoh-gapah dalam urusan hidup mereka. Sama ada memindahkan berita, menghukum apa yang di dengar atau berita lain-lain. 

5.        Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” ( Riwayat Muslim). 

6.        Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersikap tenang dan berusaha mendidik diri agar tidak besikap tergesa-gesa, jangan terlalu cepat mengambil keputusan atau bertindak sehinggalah kita meneliti dan mempelajari terlebih dahulu sesuatu perkara. WALLAHU’ALAM

Terburu-buru adalah sifat syaitan

 

Rasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” Hadith Riwayat Tirmizi
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” Hadith Riwayat Muslim.
Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan seumpamanya.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37
Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud , “Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Hadith Riwayat AlBaihaqi
Maka untuk mencari ukuran terbaik bagaimana sifat yang harus kita contohi, sudah tentulah ada pada diri Nabi Muhammad S.a.w. dan para sahabatnya. Firman Allah S.w.t yang bermaksud , “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah Al Ahzaab : Ayat 21
Wallahu a’lam :)

HINDARI GODAAN SYAITAN



Marilah kita mengenali musuh utama kita iaitu syaitan dan seterusnya menghindari godaannya agar kita terselamat di dunia dan di akhirat kelak. Syaitan adalah spesis jin yang diciptakan daripada api dan merupakan anak cucu iblis laknatullah yang sentiasa melakukan kerosakan, menipu dan menimbulkan keraguan di dalam hati manusia. Sejak manusia pertama diciptakan Allah, syaitan tidak jemu-jemu menghasut manusia ke arah maksiat dan kemungkaran serta menghalang manusia dari melakukan ketaatan. Inilah sumpah syaitan seperti yang dikhabarkan Allah dalam surah ‘Saad’ –  ayat 82-83 :
     Surah 1

 Bermaksud :

(Iblis) berkata: “Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,  kecuali hamba-hamba-Mu di kalangan zuriat-zuriat Adam itu yang mukhlis (iaitu yang diberi petunjuk untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya)”.

Bagi menggambarkan betapa pentingnya umat manusia supaya berhati-hati terhadap tipu daya syaitan, Allah menyebut kalimah syaitan sebanyak 86 kali. 68 kali disebut dengan lafaz mufrad, “Syaitan” (?????) dan 18 kali disebut dengan lafaz jamak, “Syayatin” (??????). Tiada siapa boleh menyangkal peri perlunya setiap muslim menghindari tipu daya syaitan. Namun untuk mengelak kedurjanaan syaitan ini, kita perlulah mengetahui bagaimana cara syaitan menggoda dan seterusnya menyelinap masuk ke dalam jiwa manusia.
Syaitan memanfaatkan setiap anggota manusia untuk memastikan manusia itu tergelincir dari landasan kebenaran. Imam Al Ghazali menyebut di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin bahawa melalui anggota ‘lidah’ sahaja, syaitan mampu mendatangkan 20 kebinasaan.
Pemikir Islam terkenal, Dr Fathi Yakan pula berkata, bahawa terdapat 7 ruang penyusupan yang dipergunakan syaitan untuk menyesatkan manusia:
Pertama     :         Menerusi sifat marah.
Apabila diri seseorang itu dikuasai oleh perasaan marah, maka bererti dia telah meminimakan peranan akal. Akal adalah anugerah Allah yang sangat berguna. Ia perlu dilindungi supaya boleh berfungsi ke arah kebaikan. Apabila akal di kesampingkan, maka itulah waktu yang sangat menggembirakan syaitan untuk menguasai diri manusia.
Ada manusia sanggup membunuh adik beradik dan ibubapa sendiri semata-mata kerana melayan perasaan marah. Namun ianya segera disesali apabila kemarahan reda. Justeru, manusia yang sedang marah sangat digalakkan supaya berwudhuk bagi meredakan kemarahan dan menghindarkan diri dari dihasut oleh syaitan.
Kedua        :         Menerusi keinginan nafsu syahwat.
Keinginan nafsu syahwat merujuk kepada kehendak deria dan jasad manusia yang menghendaki tubuhnya diberi makanan dan minuman, hubungan kelamin, harta benda dan sebagainya. Keinginan kepada perkara-perkara ini bukanlah sifat tercela. Namun syaitan sangat mudah mempergunakan keinginan ini untuk memesongkan manusia dari jalan Allah.
Nafsu menginginkan makan, lantas syaitan menghasut manusia supaya memakan makanan yang haram atau memilih laluan mudah yang tidak syar’ie untuk memperoleh makanan sama ada dengan penipuan, rasuah, penindasan dan sebagainya. Nafsu menginginkan hubungan kelamin, lantas syaitan meransang nafsu manusia supaya tergoda dengan kecantikanwanita yang bukan isterinya, menarik pandangan matanya ke arah aurat manusia lain dan sebagainya.
Ketiga        :         Menerusi Sifat Gopoh Gapah
Sifat al ‘ajalah (??????) atau gopoh adalah lawan kepada sifat cermat dan berhati-hati.  Sifat gopoh adalah sangat mudah terdedah kepada tipudaya syaitan. Ini kerana mereka yang melakukan sesuatu dengan gopoh tidak dapat membuat penilaian secara rasional menggunakan akal fikiran.
Sebab itu kita di larang daripada terus percaya sahaja maklumat yang diterima dari sumber yang diragui. Syaitan sememangnya sentiasa mencari-cari peluang dan ruang untuk melaga-lagakan umat manusia.
Firman Allah SWT dalam surah ‘al-Hujuraat’ –  ayat 6 :
Surah 2

Bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Keempat    :         Menerusi Hasad dengki.
Hasad dengki adalah antara sifat pertama iblis laknatullah dalam pertembungannya dengan Nabi Adam AS. Iblis berasa irihati, sombong dan takabbur apabila diperintahkan Allah supaya sujud kepada Adam yang lebih junior daripadanya.
Firman Allah dalam surah ‘al A’raaf’ –  ayat 12 :
Surah 3

Bermaksud :

Allah berfirman kepada Iblis: “Apakah yang menghalangmu supaya sujud (kepada Allah) ketika Aku menyuruhmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhanku) telah menjadikan aku daripada api sedang dia Engkau jadikan dia daripada tanah”.

Ini jugalah sifat yang cuba diterapkan ke dalam jiwa manusia. Maka apabila manusia terperangkan dengan sifat hasad ini, bergembiralah syaitan lalu ia merangka hasutan seterusnya untuk merebakkan perbalahan di kalangan manusia.
Kelima       :         Menerusi sifat bakhil.
Sesungguhnya syaitan sentiasa menimbulkan perasaan bimbang di hati manusia terhadap kefaqiran dan kemiskinan. Sifat takut papa menghalang manusia daripada bersedekah, menderma dan sebagainya. Ia juga melemahkan rasa simpati dan sifat kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang. Di dalam Al Quran, Allah menceritakan kepada kita tipudaya syaitan ini seperti mana firman-Nya di dalam surah ‘Al Baqarah’ – ayat 268:
Surah 4

Bermaksud :

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan atau kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat kedekut); sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Allah Maha Luas (limpah rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui”.

Keenam     :         Sifat Takabbur
Sifat membesarkan diri adalah sifat terpuji bagi Allah kerana sememangnya Allah lah yang maha layak untuk membesarkan diri. Namun apabila makhluk mengambil sifat ini ia terus sahaja menjadi sifat tercela.  Ini juga satu lagi sifat buruk syaitan yang menyebabkannya terkeluar dari rahmat Allah dan dilaknat selama-lamanya. Justeru mana-mana manusia yang membesarkan diri, maka syaitan sangat gembira dan akan menyusup masuk menerusi lorong takabbur ini untuk merosakkan amal ibadat anak Adam.
Sebuah hadis qudsi iaitu daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :
“Membesarkan diri itu ialah selendang-Ku dan kemuliaan itu ialah pakaian-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya di dalam api neraka”.
 (Riwayat Abu Daud)
Ketujuh      :         Buruk Sangka Terhadap Kaum Muslimin
Buruk sangka ialah sifat buruk yang menyebabkan seseorang itu sentiasa memandang buruk kepada orang Islam yang lain, biarpun tiada petunjuk dan bukti terhadap keburukan yang didakwanya. Ia juga  menyebabkan dia sentiasa berusaha dan mencari-cari kesalahan orang lain.
Nabi s.a.w sering kali berpesan kepada para sahabatnya supaya merahsiakan keburukan seseorang Muslim jika keburukan itu tidak memudharatkan masyarakat awam.
Firman Allah SWT dalam surah ‘al-Hujuraat’ – ayat 12 :
Surah 5

Bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.

Setelah mengetahui jalan dan lorong yang memudahkan syaitan menyelinap ke dalam diri manusia, marilah kata mengawal diri masing-masing dari terpedaya dengan tipudaya syaitan.
Allah SWT berfriman dalam surah ‘Yaasin – Ayat 60,62 :
Surah 6

Bermaksud :

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku; Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di kalangan kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka apakah kamu tidak memikirnya?”

Elak Minum Berdiri, Gopoh


RASULULLAH saw bersabda maksudnya: Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya. (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan ! menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.

Gopoh - amalan syaitan

SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan