Ahad, 3 Mei 2015

SUKA BUAT ZALIM...SUKA BUAT NAYA KAT ORANG.....SUKA BUAT BOHONG SERTA TOKOK DAN TAMBAH CERITA.....SUKA PERKENA@DAJJAL KAT ORANG

JIKA DAJJAL NI BERMATA SATU....BERMAKNA IA DENGAR SEBELAH PIHAK SAJA....DAN MENGHUKUM TANPA MENDENGAR PIHAK DITUDUH...NI BUKAN AJARAN ISLAM






Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan dipersoalkan di hari akhirat nanti adakah semasa hidup di dunia ini dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Jika seorang manusia telah melakukan kezaliman dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara kepada manusia yang lain maka dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Manusia jangan berbangga dengan kezaliman yang dia lakukan kerana setiap kezaliman akan ada azab yang akan menantinya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.
Perlulah diingat doa orang yang dizalimi adalah makbul di sisi Allah SWT. Jika seseorang teranyanya dengan keputusan hakim yang tidak adil. Sekiranya hakim lebih cenderung kepada suatu pihak tanpa menimbangkan dengan adil pihak yang lain walaupun bukti-bukti yang dikemukakan diragui , maka hakim tersebut tidak jujur dan menyalahi amanah yang dipikulkan keatas dirinya. Dia akan mendapat balasan di dunia lagi dan di akhirat akan di azab dengan azab yang amat dahsyat sekali.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tidak boleh langsung berat sebelah untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam.
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)
Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat Abu Na’im dan Ad-Dailami)
Seorang hakim tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah." (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Seorang hakim tidak akan berlaku adil jika dia condong untuk menjaga kepentingan suatu pihak terutama yang mempunyai pengaruh dan kedudukan di dalam masyarakat. Golongan pemimpin, hartawan dan bangsawan biasanya akan menggunakan pengaruhnya samaada berbentuk wang ringgit ataupun hubungan baik dengan pihak atasan untuk mendapat sokongan dan bantuan para hakim untuk memberi kemenangan bagi pihak mereka walaupun mereka berada dipihak yang bersalah.
Nabi SAW sungguh murka apabila ada sahabat yang cuba menggunakan pengaruh peribadinya yang baik dengan Rasulullah SAW untuk menyelamatkan seseorang wanita bangsawan yang telah sabit kesalahan mencuri.
Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah SAW untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah SAW langsung berubah. Baginda lalu bersabda maksudnya : “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?”
Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah.”
Pada petang harinya Nabi SAW berkutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya yang bermaksud : “Amma ba’du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tidak dihukum), tetapi jika yang mencuri seorang yang miskin maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah anak Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya.” Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitulah sabda Nabi SAW. Hukum harus ditegakkan tidak kira orang itu kaya atau miskin. Hukum harus dijalankan tidak kira dia orang asing atau anak kita sendiri.
Tidak boleh kerana wang ringgit, orang kaya dan ternama atau seorang bangsawan boleh terlepas dari hukuman ataupun orang yang tidak bersalah cepat-cepat diputuskan bersalah walaupun bukti-bukti masih sama-samar dan meragukan. Hakim mesti menununjukkan kewibawaan dan bertindak secara profesional dan resional, jika tidak keharmonian masyarakat akan hancur dengan keputusan yang tidak adil. Segala bukti-bukti yang meragukan perlu ditolak dan di ambil hanay bukti yang sahih dan tidak menimbulkan keraguan.
Para hakim kena ingat malaikat pencatat amal manusia ada dikiri dan kanan, CCTV Allah SWT sentiasa merakamkan keputusan mereka dengan semua makhluk Allah SWT termasuk bumi hari, masa, bangunan mahkamah dan anggota para hakim sendiri akan menjadi saksi yang adil .
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:"
Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"
Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Rasuah adalah satu penyakit yang besar yang merosakkan keadilan di dalam masyarakat. Rasuah bukan setakat dijanjikan wang ringgit tetapi rasuah juga boleh diterima dengan janji-janji mendapat kenaikan pangkat dengan melakukan ketidak adilan demi kemaslahatan pihak atasan. Sehinggakan Allah SWT melarangnya di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Orang-orang fasik akan menggunakan berbagai cara untuk mengaibkan seseorang dan menimbulkan berbagi fitnah demi untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci samaada menggunakan cara-cara bidaah yang tidak ada dalam ajaran Islam. Orang fasik juga akan menggunakan semua cara samaada pengaruh, kedudukan dan kuasa untuk bertindak melakukan kezaliman kepada musuhnya atau sesiapa saja yang dia benci dengan berlindung di balik undang-undang dan saksi palsu.
Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan syaitanlah yg selalu mendampinginya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Saksi Palsu atau berbohong adalah dosa besar. Bahkan Nabi SAW sampai menyamakannya dengan dosa syirik. Oleh itu hakim perlu meneliti semua persaksian jika ada keraguan persaksian tersebut daripada mana-mana pihak perlulah ditolak tidaklah dengan mudah menerimanya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (Hadis Riwayat Bukhari)
Baginda bersabda maksudnya : : “Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah.” Baginda mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Hadis Riwayat Mashabih Assunnah)
Dalam Islam sekiranya seseorang itu ingin disabitkan dengan kesalahan zina atau liwath perlulah pihak pendakwaan membawa empat orang saksi Islam yang adil jika mereka gagal membawanya maka orang yang mendakwa perlu di hukum dengan hukum qazab iatu di rotan 80 kali dan persaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya.
Semua bukti-bukti berbentuk DNA, Video, CCTV atau gambar tidak boleh digunakan sebagai saksi kerana semua benda tersebut boleh di manipulasi dan diubahsuai mengikut kehendak pihak yang mendakwa. Pihak hakim yang beriman dan takut kepada seksaan di hari akhirat tidak akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh mana-mana pihak dan akan bertindak dengan adil dan meletakkan maruah dirinya sebagai seorang yang amanah kepada Allah SWT.dan memutuskan sesuatu hukuman berdasarkan syariat Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Jauhkan diri kita daripada fitnah dan mempercayai suatu berita yang belum tentu kebenarannya sehingga kita menzalimi diri kita sendiri. Berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT tidak menimpakan bala kepada kita semua disebabkan dalam masyarakat kita berlakunya kezaliman keatas seorang mukmin yang tidak berdosa . Walaupun hanya satu kejahatan manusia (melakukan kezaliman) apabila ianya menyebabkan Allah SWT murka maka diturunkannya bala dan musibah. Berlaku adillah kepada siapa saja jika kita diberikan amanah dan tanggungjawab kerana sifat adil mendekati takwa dan syurga sedangkan sifat zalim akan menyebabkan seseorang memasuki neraka.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam (negeri) itu maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (Surah al-Isra' ayat 16) 


HATI-HATI TERHADAP PERBUATAN ZALIM

Kezaliman terbagi dua, yaitu menzalimi diri sendiri, dan menzalimi orang lain. Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik dan perbuatan dosa atau maksiat. Menzalimi orang lain adalah menyakiti perasaan orang lain/ aniaya, mensia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan.  Zalim  secara istilah mengandung pengertian “berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara-cara bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam”.
Diantara perbuatan-perbuatan zalim yang  mengotori hati yaitu, sombong, dengki (tidak suka terhadap kebahagian orang lain), ghibah (membicarakan keburukan orang lain), fitnah (menuduh tanpa bukti yang kuat), adu domba (bermuka dua), dusta (bohong), ujub (bangga diri dengan merendahkan orang lain), dan lain sebagainya.  Dalam pergaulan dan interaksi kita dengan orang lain, sebaiknya benar-benar menjaga perkataan dan sikap kita agar tidak menyinggung dan menyakiti persaan orang lain, apalagi sampai berbuat zalim. Kalau kita tidak sengaja melakukan kesalahan kepada orang lain saja, kita harus segera minta maaf, terlebih lagi bila kita dengan sengaja melakukannya.
Allah SWT telah mengingatkan dalam Al Qur’an bahwa setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasan dari-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam QS. Al Zaljalah : 7-8  “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar  dzarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya juga“.
Yang lebih berbahaya lagi, apabila kita menyakiti seseorang dan orang tersebut tidak ikhlas, serta berdoa memohon kepada Allah, mengadukan kezaliman yang menimpanya dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah. Serta dalam doanya, ia menyatakan bahwa ia tidak ikhlas atas perbuatan zalim yang dilakukan seseorang, maka tunggu saja, keadilan dari Allah, pasti akan mendatangi orang yang telah menzaliminya, entah itu didunia ini atau diakhirat kelak. (lihat hadits No. 4 di bawah, tentang perbuatan zalim yang tidak dibiarkan oleh Allah SWT, yaitu kezaliman yang dilakukan seorang terhadap orang lain).
Allah SWT tidak suka terhadap perbuatan zalim, perhatikan firman-Nya berikut ini : “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS Ali Imran [3] : 57).
Dan perhatikan juga firman-Nya yang lain: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS. Asy Syuura [42] ; 40)
Berikut beberapa ayat-ayat Al Quran tentang larangan dan akibat dari perbuatan zalim
  1.  “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka) . Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,” (QS. Al A’raaf  [7]: 41)
  2.  “Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada Penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): “Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)?” Mereka (penduduk neraka) menjawab: “Betul.” Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim” (QS : Al A’raaf [7 ] : 44)
  3. Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS Al Qashash  [28]:59)
  4. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman…….” (QS. Yunus [10]:13)
  5. Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran bagi kaum yang mengetahui.” (QS. An Naml [27]:52)
  6. 6.      Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan siksa yang pedih di akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur’an Surah Asy-Syura : 42   “Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih“.
  7. Allah SWT melarang perbuatan zalim, sebagaimana tertulis dalam firman-Nya di Surah Ibrahim ayat 42-45 :  “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.” (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.”.
Berikut beberapa hadits Rasulullah SAW tentang larangan berbuat zalim :
  1. Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra dari Nabi SAW bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, berfirman, Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah itu kepada-Ku, niscaya kuberikan hidayah itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian lapar, kecuali orang-orang yang aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku berikan makanan itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian, kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku berikan pakaian itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni kalian semua. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian dapat membahayakan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun jin, semuanya bertakwa dengan ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun dalam Kerajaan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun bangsa jin, berdiri di atas satu dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku, lalu aku penuhi semua permintaan mereka, hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat). Wahai hamba-hambaKu, semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku membalasnya kepada kalian. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji Allah, dan barang siapa mendapatkan selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendirinya.” (HR. Muslim)
  2. Dari Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menganiaya dan yang teraniaya“, sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, (benar) aku akan  menolong apabila ia dianiaya, maka bagaimana cara menolongnya apabila  ia menganiaya?” . Beliau menjawab: “Engkau cegah dia dari (perbuatan)  penganiayaan, maka yang demikian itulah berarti menolongnya” (HR. Bukhari)
  3. Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: “Tahukah kamu siapa yang  bangkrut itu?“, mereka (sahabat) berkata: “Ya Rasulullah, orang yang  bangkrut menurut kami ialah orang yang tidak punya kesenangan dan uang”  (kemudian) Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya orang yang bangkrut dari  umatku ialah orang yang datang (pada hari kiamat) membawa pahala  sholat, zakat, puasa dan haji. Sedang (ia) pun datang (dengan membawa  dosa) karena memaki-maki orang, memukul orang, dan mengambil harta  benda orang (hak–hak orang), maka kebaikan-kebaikan orang (yang  menzalimi) itu diambil untuk diberikan kepada orang-orang yang  terzalimi. Maka tatkala kebaikan orang (yang menzalimi) itu habis,  sedang hutang (kezalimannya) belum terbayarkan, maka diambilkan kajahatan-kejahatan dari mereka (yang terzalimi) untuk di berikan  kepadanya (yang menzalimi), kemudian ia (yang menzalimi) dilemparkankedalam neraka (HR. Muslim)
  4. Rasulullah SAW bersabda, “Kezaliman itu ada 3 macam: Kezaliman yang tidak diampunkan Allah, Kezaliman yang dapat diampunkan Allah, dan kezaliman yang tidak dibiarkan oleh Allah. Adapun kezaliman yang tidak diampunkan Allah adalah syirik, firman Allah SWT: “Sesunggahnya syirik itu kezaliman yang amat besar!”, adapun kezaliman yang dapat diampunkan Allah adalah kezaliman seseorang hamba terhadap dirinya sendiri di dalam hubungan dia terhadap Allah, TuhannyaDAN KEZALIMAN YANG TIDAK DIBIARKAN ALLAH ADALAH KEZALIMAN HAMBA-HAMBA-NYA DI ANTARA SESAMA MEREKA, KARENA PASTI DITUNTUT KELAK OLEH MEREKA YANG DIZALIMI.”  (HR. al-Bazaar & ath-Thayaalisy)
  5. Apabila kita berbuat salah terhadap orang lain, kita harus segera minta maaf,  selagi kita masih hidup dan untuk memperingan siksa di akhirat nanti. Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi SAW bersabda:Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.” (HR. Bukhori, Muslim)
Setelah kita mengetahui bahayanya perbuatan zalim yang dapat membuat kita menjadi seorang hamba yang bangkrut di akhirat kelak, marilah kita selalu menjaga diri kita,  agar tidak berbuat zalim terhadap sesama.
Dewi Yana

DOA MOHON TERHINDAR DARI ORANG YANG ZALIM/FITNAH


Doa dari orang-orang yang dizalimi dan difitnah adalah juga sama seperti doa orang-orang yang dianiayai. Tiada hijab bagi doa orang-orang yang dianiayai. Allah SWT akan segerakan balasan di dunia dan akan diazab di neraka nanti. 

Oleh yang demikian jangan menzalimi dan memfitnah seseorang yang belum tentu ia bersalah atau tidak kerana mungkin doa ia akan dimakbul Allah SWT. Memfitnah seseorang itu seperti juga membunuh. 

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya: 

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan." 

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Hanya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa orang yang membuat fitnah sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kamu.

Doa ini boleh dibacakan selepas setiap kali solat. Dijauhkan dari orang-orang yang zalim dan dijauhkan dari fitnah orang. InsyaAllah.



RABBANAA AKHRIJNAA MIN HAADZIHIL QARYATIZH ZHAALIMI AHLUHAA, WAJ'AL LANAA MIN LADUNKA WALIYAA. WAJ'AL LA NAA MIN LADUNKA NASHIIRAA.

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).

Wasallam.

“Hati-hatilah terhadap doa orang yg terzalimi, krna tidak ada suatu penghalang pun antara doa tersebut dan Allah.”(HR Bukhari).

Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan siksa yang pedih di akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur'an Surah Asy-Syura : 42

"Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di  muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih".

Macam-macam perbuatan zalim secara umum adalah segala perbuatan yang mengotori hati, yaitu sombong, dengki (tidak suka terhadap kebahagian orang lain), ghibah (membicarakan keburukan orang lain), fitnah
(menuduh tanpa bukti yang kuat), adu domba (bermuka dua), dusta (bohong), ujub (bangga diri dengan merendahkan orang lain), dan lain sebagainya.

Allah SWT telah mengingatka dalam Al Qur'an bahwa setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasan dari-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam Qs. Al Zaljalah : 7-8

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula".

Juz 6 Surah An-Nisa' ayat 148 yang berbunyi:
Ertinya: "Allah tidak menyukai perbuatan buruk yang diucapkan secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui."

Ayat ini “meleraikan” perkataan buruk atau sumpah serapah yang dilakukan oleh orang-orang yang teraniaya atau terzalimi, dan itu semua dikategorikan ke dalam “doa”. Doa orang orang yang terzalimi adalah mujarab langsung didengar dan dikabulkan olehNya, sebagaimana termaktub dalam sebuah hadits, yang berbunyi:

“Hati-hatilah terhadap doa orang yang terzalimi, kerana tidak ada suatu penghalang pun antara doa tersebut dan Allah.” (HR Bukhari).

Di tangan mereka, doa lebih tajam dari pedang dan lebih hebat dari pasukan bersenjata. Maka, hati-hatilah terhadap doa orang terzalimi! Kerana jika sudah keluar dari mulut, ia akan berjalan menuju langit. Segera melampaui cakrawala, menembus angkasa, dan diijabahi Yang Maha kuasa.

Larangan berbuat zalim sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur'an Surah Ibrahim : 42-45

"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai pada hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: "Ya Tuhan kami beri tangguhlah kepada kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan memenuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-rasul. (Kepada mereka di katakan): 'Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia), bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? Dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat kepada mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan" .


Di riwayatkan oleh Bukhari :

Dari Anas r.a berkata: Dari Rasulullah SAW, bahwasannya beliau bersabda: "Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menganiaya dan yang teraniaya", sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, (benar) aku akan menolong apabila ia dianiaya, maka bagaimana cara menolongnya apabila ia menganiaya?" . Beliau menjawab: "Engkau cegah dia dari (perbuatan) penganiayaan, maka yang demikian itulah berarti menolongnya" .

Beberapa isi kandungan hadis yang dapat kita amati:
1. Perintah menolong saudara yang teraniaya (terzalimi), dengan cara membantu meringankan penderitaannya.
2. Perintah menolong saudara yang menganiaya (menzalimi), dengan cara mencegahnya agar tidak berbuat aniaya. Tiga cara mencegah orang yang berbuat zalim menurut pandangan agama Islam yaitu:
a. Dengan tangan, artinya cegah dengan kekuasaan, jabatan/kedudukan/ harta yang kita miliki.
b. Dengan lisan, artinya cegah dengan nasihat-nasihat yang baik (nasihat-nasihat agama, tulisan-tulisan atau artikel-artikel agama, dan lain sebaginya).
c. Dengan hati, artinya cegah dengan doa-doa yang baik kepada Allah, agar orang yang berbuat zalim itu di berikan hidayah dan ampunan dari Allah SWT. Dan inilah selemah-lemahnya iman.


Di riwayatkan oleh Muslim dan Turmudji:

Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: "Tahukah kamu siapa yang pelit itu?", mereka (sahabat) berkata: "Ya Rasulullah, orang yang pelit menurut kami ialah orang yang tidak punya kesenangan dan uang", (kemudian) Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya orang yang pelit dari umatku ialah orang yang datang (pada hari kiamat) membawa pahala solat, zakat, puasa dan haji. Sedang (ia) pun datang (dengan membawa dosa) karena memaki-maki orang, memukul orang, dan mengambil harta benda orang (hakhak orang), maka kebaikan-kebaikan orang (yang menzalimi) itu diambil untuk diberikan kepada orang-orang yang terzalimi. Maka tatkala kebaikan orang (yang menzalimi) itu habis, sedang hutang (kezalimannya) belum terbayarkan, maka diambilkan kajahatan-kejahatan dari mereka (yang terzalimi) untuk di berikan kepadanya (yang menzalimi), kemudian ia (yang menzalimi) dilemparkan kedalam neraka."

Hadis ini menjelaskan akan kerugian orang yang berbuat zalim kepada orang lain, yaitu :
1. Orang zalim dikatakan sebagai orang yang "pelit".
2. Di hari kiamat nanti (hari di hitungnya segala amal perbuatan), seluruh amal kebaikan orang yang menzalimi akan di berikan kepada orang-orang yang telah terzalimi.
3. Dan segala dosa-dosa orang yang terzalimi akan diberikan kepada orang yang menzalimi.
4. Orang-orang yang zalim akan dilemparkan ke dalam neraka.

sumber : SINI

Alhamdulillah, syukur. SIS temui ketenangan dan kekuatan untuk teruskan urusan jualan. Rasa cukup tabah untuk harunginya , yakin JANJI DIA PASTI DAN DIA sentiasa di sisi SIS.... Allahuakbar....

DOA sy xkan berkat dn selamat dunia & akhirat hidup kamu dan seluruh keturunan kamu selagi mana kamu tidak pulangkan hak sy, sy berusan dgn kamu2  tnpa rasa prasangka yg kurang baik krn sy fikir dn beranggapan kamu semua orang2  yg baik jika sebaliknya jg kamu buat jutaan terima kasih sy ucapkan...



Doa Ketika Berhadapan Dengan Orang Zalim Atau Binatang Buas

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT yang menggerakkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala apa yang ada di antaranya.  Pujian yang banyak lagi melengkapi nikmat-nikmat-Nya dan yang menarik tambahan kurnia-Nya.

Ya Allah, curahkanlah selawat dan salam dan barakah ke atas penaung kami, yakni kekasihMu Muhammad dan ke atas keluarganya, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmuMu.

Para pembaca blog yang budiman. Pada kesempatan ini sukacita saya berkongsi suatu doa yang saya kira sangat pantas untuk diamalkan memandangkan berleluasanya orang-orang yang zalim, penuh hasad dan dengki yang tidak senang melihat orang lain menerima nikmat kurniaan Allah SWT.  Dewasa ini orang yang zalim dan dengki ini terdapat di mana-mana. Jika di pejabat, ia mungkin rakan sejawat kita, orang bawahan kita, hatta mungkin ketua (bos) kita sendiri yang tergugat di atas kewibawaan atau potensi kita untuk pergi lebih jauh daripada mereka. Jika bos menaruh perasaan dengki, dendam kesumat  dsb. kepada kita, maka ini merupakan suatu mala petaka bagi kita. Al-maklum bos mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, termasuk hal-hal kenaikan gaji, pengesahan jawatan, sokongan melanjutkan pelajaran dan sebagainya.  Dia akan sedaya upaya membuatkan hidup kita tidak keruan.  

Di sini saya ingin memberi nasihat kepada bos yang sedemikian, agar segera insaf dan bertaubat kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada orang yang telah dianiaya olehnya.  Takutilah doa orang yang teraniaya. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa orang yang teraniaya dengan Allah SWT. Apa yang ditakuti ialah, orang yang teraniaya hilang kesabarannya dan mendoakan kehancuran kepada orang yang zalim.

Oleh itu, sekiranya ada di antara pembaca yang menhadapi kemungkinan dizalimi, dianiaya, dsb, maka disarankan agar mengamalkan doa di bawah ini agar kita terhindar daripada kezaliman mereka. Doa ini dikenali sebagai AYAT SATU yang merupakan sebahagian daripada ayat ke-15 surah Asy-Syura.




Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu.  Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghidupkan kita dan kepada-Nyalah kita kembali.  Asy-Syura: 15

Nota: Ayat ini bukanlah dari permulaan ayat 15 Asy-Syura, tetapi ditengah-tengah (warna merah) seperti di bawah.


فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ


Kaedah Amalan:

1.  Bacalah ayat di atas 7x selepas tiap-tiap solat fardu serta dibayangkan hadir musuh kita itu dan makrifatkan ada dinding antara kita dengan musuh.  Jika tidak berkesempatan, bacalah tiap-tiap lepas solat Subuh dan Maghrib.

2. Jika sedang berhadapan dengan musuh, atau orang-orang yang zalim, atau orang-orang yang ditakuti, atau binatang-binatang buas, maka bacalah ayat ini 1x sahaja, InsyaAllah akan terlepas dari aniaya dan kejahatan mereka -- dengan syarat telah melakukan amalan no.1 di atas dengan istiqamah. InsyaAllah

Sekian, wasalam.

Anggota manusia yang suka buat maksiat


buat dosa 
7 anggota manusia suka dan seronok melakukan maksiat ;

Lidah
suka mengumpat,mencaci,memaki, marah-marah…

Telinga
suka dengar orang mengumpat, mendengar perkara melalaikan




Mata
suka tengok perkara haram, lelaki memandang wanita ajnabi tak tutup aurat

Tangan
suka buat zalim dan pukul orang, mencuri dan membuat perkara haram

Kaki
suka berjalan ke tempat melalaikan dan menghabiskan masa sia-sia

Perut
suka makanan dan minuman sedap tak kira halal haram

Kemaluan
suka berzina dan liwat
Ayuh saudara saudari,

Kita buat perubahan. Kita islah diri.

buat dosa
Ayuh tukarkan lidah menyebut benda baik, baca Quran dan berzikir…

Begitu juga telinga… mari mendengar hal-hal baik, kelas ilmu dan sebagainya

Tangan memberi sedekah, membantu orang lain.

Kaki… kita langkah ke tempat baik seperti masjid.

Mata pun kita guna untuk membaca perkara berguna

Perut hanya menelan benda-benda halal

Anggota kemaluan… cepat-cepat kahwin, cari yang yang halal

Kita ada pilihan. Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dah tunjuk jalan.

So, tepuk dada, tanya la iman.
  • Mahu dosa atau pahala?
  • Mahu Allah murka atau Allah redha?
  • Mahu syurga atau neraka?
Pilihan di tangan anda!

Tulisan : Ustaz Mohamad Kamil
pakor how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan