Khamis, 28 Mei 2015

KHASIAT@FADHILAT MENUNTUT ILMU













Kelebihan Menuntut Ilmu

Tarikh: 
Sep 30, 2014
Riwayat: 
Muslim
Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT serta mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.
  2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.

Menuntut Ilmu

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
    1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
    2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
    3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
    4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

 

 

Adab Menuntut Ilmu Agama

Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78
Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
[al-Anfal, ayat 29]
Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.
Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:
  1. Ikhlas dalam menuntut ilmu.
  2. Positif dan Yakin kepada diri sendiri
  3. Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
  4. Tidak mengenal titik noktah.
  5. Mengamalkan ilmu.
  6. Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.
  7. Berdoa Kepada Allah.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Number of View: 12736
يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬‌ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, semestinya selalu mendengar hadith dan ayat Quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan tazkirah mereka, mereka selalu diingatkan betapa pentingnya menuntut ilmu. Begitulah lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.
Majlis ilmu tidak terhad sahaja kepada majlis-majlis tazkirah, kuliah-kuliah di masjid, ceramah-ceramah agama, forum hal ehwal islam. Skop menuntut ilmu sangat luas. Walaupun seorang yang berada di dihadapan computer ingin mencari ilmu pun dikira sebagai menuntut ilmu. Oleh itu, tidak dapat untuk kita menuntut ilmu dimana-mana, dan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada Allah S.W.T.
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah, dan 4 golongan tersebut ialah:
1) Orang yang bertanya;
2) Orang yang mengajar;
3) Orang yang mendengar; dan
4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.
Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.
Dalam konteks manusia, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah-kuliah adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia di dunia. Wallahua’lam.
Oleh Raihanah Abd. Razak, Bahagian Penyelidikan


Kelebihan orang yang menuntut ilmu


Kelebihan orang yang menuntut ilmu
Dalam al-Quran Allah subhanahu wata'ala berfirman:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا قَبۡلَكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Terjemahan :
Maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri (orang yang mengetahui mengenai kitab Allah) jika kamu tidak mengetahui.
Surah al-Anbiya’ ayat 7
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ
Terjemahan :
Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Surah at-Taubah ayat 122
Daripada hadis Nabi Sallahu‘alaihiwasalam
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Terjemahan :
“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memasukkannya jalan ke syurga.”
Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah 8/729, Ahmad 2/407, Abu Daud (3643), at-Termizi (2646), Ibnu Majah (225), ad-Darimi 1/99, al-Hakim 1/88, 89, al-Baghawi dalam Syarh as-Sunnah (130), Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (172).
Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim daripada hadis Abu Hurairah.
وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَا يَصْنَعُ
Terjemahan :
“Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapkan bagi penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.”
Hadis riwayat Ahmad 5/196 (21763), Abu Daud (3641), at-Termizi (2682), Ibnu Majah (223), Ibnu Hibban (88) dan al-Baihaqi dalam Syu’ib al-Iman (1696).
Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan beliau mensahihkannya daripada hadis Safwan bin ‘Asal.
لأَنْ تَغْدُوَ تَتَعَلَّمُ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ، خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ
Terjemahan :
“Demi Tuhanku, sesungguhnya berpagi-pagi kamu pergi menuntut satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat.”
Hadis riwayat Ibnu Majah (219) dan Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (114).
Kata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abdil Barr daripada hadis Abu Zarr dan sanadnya tidak kuat dan hadis di sisi Ibnu Majah dengan lafaz yang lain.
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Terjemahan :
Menuntut ilmu wajib keatas setiap muslim (lelaki dan perempuan).
Hadis riwayat Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu 1/9, Ibnu Majah (224), Abu Ya’la (2837), (2903), (4035), al-‘Uqaili dalam ad-Du’afa’ 4/250, at-Tabarani dalam al-Ausath (9), (2007), (2462), (8381), (8834), Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil 6/2091, al-Baihaqi dalam Syu’b al-Iman (1663-1666) dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 4/156, 207-208, 7/386.
الْعِلْمُ خَزَائِنُ وَمِفْتَاحُهُ السُّؤَالُ، فَإِنَّهُ يُؤْجَرُ فِيهِ أَرْبَعَةٌ : السَّائِلُ وَالعَالِمُ وَالمُسْتَمِعُ وَالمُحِبُّ لَهُم
Terjemahan :
“Ilmu itu adalah khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Maka sesungguhnya diberi pahala di dalamnya (ilmu) itu empat orang : orang yang bertanya, orang alim, orang yang mendengar ilmu dan orang yang cintakan ilmu.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim al-Asbahani dalam Hilyah al-Auliya’ (bab manaqib Muhammad bin Ali al-Baqir) dan al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wa Al-Mutafaqqih (693).
Kata al-Iraqi : Hadis ini diriwayatkan Oleh Abu Nu’aim daripada hadis Ali secara marfu’ dengan sanad yang da’if.
لَا يَنْبَغِي لِلْجَاهِلِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى جَهِلِهِ وَلَا لِلْعَالِمِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى عِلْمِهِ
Terjemahan :
“Tidak harus bagi orang yang jahil untuk berdiam diri atas kejahilannya (yakni tidak belajar) dan tidak harus bagi orang yang alim berdiam atas ilmunya (yakni tidak mengajar).”
Hadis riwayat at-Tabarani dalam Mu’jam al-Ausath (5365), ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (7748). Kata al-Haithami dalam Majma’ az-Zawa’id (751) : “Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabarani dalam al-Ausath dan dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Abi Hamid dan telah sepakat (ahli hadis) atas kedaifannya.”
Kata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh at-Tabari dalam al-Ausath, Ibnu Mardawaih dalam tafsirnya, Ibnu Sunni, Abu Nu’aim dalam Riyadhah al-Muta’alimin daripada hadis Jabir dengan sanad yang daif.
حُضُورُ مَجْلِسِ عَالِمٍ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ ، وَعِيَادَةِ أَلْفِ مَرِيضٍ ، وَشُهُودِ أَلْفِ جَنَازَةٍ ، فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ ؟ فَقَالَ : " وَهَلْ يَنْفَعُ الْقُرْآنُ إِلا بِالْعِلْمِ
Terjemahan :
Menghadiri majlis ilmu lebih baik daripada solat seribu rakaat, mengunjungi seribu orang yang sakit, menziarahi jenazah. Maka berkata seorang sahabat : “Wahai rasulullah, adakah lebih baik daripada membaca al-Quran?” Maka berkata Rasulullah s.a.w. : “Tiada manfaat membaca al-Quran melainkan dengan ilmu.”
Hadis ini maudhu’ (palsu), disebutkan oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at jilid 1 m.s 362 cetakan Maktabah at-Tadamuriyyah, al-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadis Al-Maudhu’ah (870), (893), al-Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudu’ah (176), al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadis al-Maudhu’ (114), as-Sayuthi dalam Al-Lali Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah jilid 1 m.s 199-200 cetakan Dar al-Ma’rifah, az-Zahabi dalam Tartib al-Maudu’at (121), Talkhis al-Maudhu’at (120), Ibnu Iraq al-Kanani dalam Tanzih Syari’ah al-Marfu’ah jilid 1 m.s 253 cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Peringatan : Hadis ini adalah hadis maudhu’ (palsu), maka dilarang menceritakan hadis ini kecuali disertai menerangkan kepalsuannya dan hadis ini tidak dibenarkan untuk beramal walaupun dalam bab fadha’il amal (kelebihan amalan).
مَنْ جَاءَهُ الْمَوْتُ وَهُوَ يَطْلُبُ الْعِلْمَ لِيُحْيِيَ بِهِ الْإِسْلَامَ فَبَيْنَهُ وَبَيْنَ الْأَنْبِيَاءِ فِي الْجَنَّةِ دَرَجَةٌ وَاحِدَةٌ
Terjemahan :
“Sesiapa yang mati ketika dia sedang menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka darjatnya dan darjat para anbiya’ di dalam syurga adalah sama.”
Hadis ini da’if dan diriwayatkan oleh ad-Darimi (366), at-Tabarani dalam Mu’jam al-Ausath (9454), Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (219), al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad jilid 4 m.s 134 cetakan Dar al-Gharb al-Islami, al-Faqih wa al-Mutafaqqih (795), Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasq jilid 51 m.s 61 cetakan Dar al-Fikr dan al-Haitami dalam Majma’ Zawaid (504).
Kata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh ad-Darimi dan Ibnu Sunni dalam Riyad al-Muta’alimin daripada hadis al-Hasan, dikatakan beliau al-Hasan bin Ali, dan dikatakan beliau al-Hasan bin Yasar al-Basri secara mursal.
Dipetik daripada kitab Sair as-Salikin illa Ibadah Rabb al-'Alamin oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani Rahimahullah.


Kelebihan Menuntut Ilmu Agama MANUSIA yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah.' Inilah golongan yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup sebagai hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta. Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11). Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama. Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar. Mereka penerus dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita diciptakan dan diletakkan di dunia sebagai hamba. Melihat kepada pengorbanan golongan ulama yang terlalu besar ini, maka kolum kali ini akan membincangkan tentang kelebihan ilmu dan ulama. Masyarakat kita lazim memanggil golongan yang alim dan fasih dengan ilmu agama sebagai ulama. Bahkan kerap kita mendengar panggilan ulama itu dilengkapkan lagi tambahannya Al-Alamah yang bermaksud sangat alim sebagai meninggikan lagi dan memuliakan golongan berjasa itu. Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus. Pertama, membentuk akidah ummah (kepada siapa sembahan kita); Kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana kehidupan dan ibadah sebagai seorang mukmin) dan ketiga, membimbing gerak langkah umat supaya tidak ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) ke atas setiap muslim (lelaki) dan muslimah (perempuan) (riwayat Muslim).” Lalu ulama menghuraikan, yang dimaksudkan ilmu yang wajib itu ada tiga bahagian iaitu: i. Akidah atau tauhid yang membincangkan tentang pegangan dan keyakinan kepada Allah. ii. Fiqh atau syariah yang memahamkan tentang kehidupan, bagaimana cara beribadat dan sebagainya yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. iii. Tasauf atau akhlak sosial yang membimbing perilaku dan hati supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh merosakkan ibadah seperti riak, ujub, sum’ah dan sebagainya. Dengan ketiga-tiga ilmu tadi maka lepaslah kewajipan seorang manusia itu dari tuntutan agama. Jelas bahawa tugas sebagai ulama itu bukan sekadar menjadi imam dan berkhutbah di masjid, surau atau madrasah tapi besar sekali tanggungjawab yang Allah pikulkan ke bahu mereka. Rasulullah bersabda: “Ulama adalah pewaris kepada nabi-nabi.” Oleh itu tidak hairanlah mengapa golongan ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT. Kata Ibnu Abbas r.a: “Bagi mereka (ulama) itu beberapa darjat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan satu darjat itu sejauh perjalanan lima ratus tahun, seperti jarak di antara langit dan bumi.” Dan daripada Ibnu Abbas r.a lagi: “Bahawasanya Allah SWT bermegah-megah kepada para malaikat tentang usaha dakwah ulama, seperti bermegah-megah ia dengan darah orang yang mati syahid.” lihatlah darjat dan kemuliaan yang Allah berikan kepada ilmuan islam atas usaha keras mereka menyebarkan agama Allah yang indah. Jika kita mengkaji kemuliaan bangsa kita, mengapa orang Melayu dihormati dan disegani, menjadi bangsa yang bermaruah, mestilah juga kerana agama Islam yang menjadi anutan dan pegangan. Namun siapa yang membawa kemuliaan agama itu kepada kita suatu ketika dahulu? Siapa yang mengislamkan Parameswara dan menukar kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam yang sangat berpegang teguh dengan prinsip agama. Bila ditanya siapa mereka, tentu sekali jawapannya adalah ulama. Kemuliaan dalam menuntut ilmu Di era kehidupan kita sekarang, masih banyak bahkan terus berkembang institusi-institusi yang mendidik umat menjadi golongan yang berilmu. Ini sangat perlu agar ada keseimbangan antara golongan professional dan ulama. Oleh itu, tidak benar dakwaan mengatakan andai seseorang belajar agama maka kehidupan di usia tua tidak berfungsi kepada masyarakat. Tegas dikatakan di sini, semua itu adalah dakyah-dakyah musuh Islam yang menanamkan ideologi dalam pemikiran umat bahawa ilmu agama itu jumud. Apabila adanya pemikiran seperti ini maka tentu sekali timbul pandangan-pandangan negatif dan sinis terhadap anak-anak muda yang menuntut di bidang agama. Pelbagai kata-kata nakal seperti kononnya nanti tidak ada kerja, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya yang sangat menyedihkan. Oleh itu, perlulah saya betulkan di sini bahawa rezeki diperolehi dengan cara dan tahap usaha seseorang. Bukan kepada bidang pengajian yang dipelajarinya. Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanan, bukan pangkat atau keturunan. Seorang tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: “Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya.” Namun apa yang penting adalah kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu itu sudah dijamin oleh Allah SWT. Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: “Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya.” Kita menyaksikan bagaimana kehebatan bangsa Jepun dihormati dan disegani kerana penguasaan mereka terhadap ilmu teknologi. Umat Islam telah memiliki kegemilangan ilmuwannya kerana ramai tokoh ulama yang bukan sahaja mahir di bidang syariah bahkan mereka mempelopori teknologi, falsafah, perubatan dan sebagainya. Ini menunjukkan agama tidak memisahkan sama sekali antara ilmu syariat dan kemajuan teknologi. Bahkan seorang yang berjaya itu adalah mereka yang sangat takut kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kemajuan hidup di dunia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ilmu itu adalah bendaharaan (khazanah ternilai), anak kuncinya adalah bertanya, maka bertanya olehmu. Maka diberi pahala kepada empat orang. Pertama: Orang yang bertanya. Kedua: Orang alim. Ketiga: Orang yang mendengar. Keempat: Orang kasih kepada mereka.” Dalam riwayat yang lain menceritakan kelebihan orang menuntut ilmu itu sehinggakan bila mana berjalan pada setiap langkahnya gugur segala dosa dan dihitung setiap langkahnya dengan kebajikan lalu digandakan amalan. Maka wajarlah bagi ibu bapa sentiasa memotivasikan anak-anak agar memahami konsep sebenar dalam menuntut ilmu agama. Ia adalah sesuatu yang besar, bukan sekadar untuk pengetahuan biasa. Kata seorang ulama dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu.” Maka alangkah hebatnya remaja kita di Malaysia ini andai mereka mendalami ilmu agama, mengenal penciptanya dengan sebenar-benar kenal lalu bercinta Allah Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 8:04 AM Label: Tazkirah

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU & MEMPELAJARI MANHAJ

Mei 17, 2013
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
601985_10151887914478327_880073326_nSangat banyak dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Quran begitu juga oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis akan kelebihan menuntut ilmu. Antara yang selalu kita dengar,
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadilah: 11)
Di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, antaranya,
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.” (Riwayat Muslim)
Ilmu merupakan jambatan untuk seseorang itu ke Syurga. Ilmu merupakan perkara yang penting untuk memastikan seseorang itu beramal dengan benar dan tepat.
Namun pada hari ini kita berhadapan dengan zaman fitnah. Zaman yang dipenuhi dengan ujian, cabaran, penyebaran berita dan maklumat-maklumat di mana dunia yang canggih dengan media sosial dan media baru menjadikan kita begitu mudah memiliki pelbagai jenis maklumat.
Sekiranya kita tidak memiliki metodologi dalam menyebarkan maklumat, metodologi dalam beragama, kita akan terdedah dengan berita-berita dan maklumat yang palsu yang dihiasi kalam-kalam syubhat.
Asalnya, Islam yang Allah Subhanahu wa Ta’ala turunkan adalah agama yang bersifat hanif. Sebab itu disebut beberapa kali di dalam Al-Quran kalimah ‘hunafa’ yang bermaksud suci dan bersih. Islam yang diturunkan oleh Allah adalah suci daripada sebarang syubhat, keraguan, dan penipuan. Islam itu datang secara mutlak daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui RasulNya.
Kalau kita lihat bagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala menjenamakan atau memperkenalkan karakter Jibril ‘alaihissalam di dalam Al-Quran, Allah menyebut,
إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ. ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ. مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ
“Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, di sisi Allah yang memiliki Arsy, yang ditaati di kalangan malaikat lagi amanah.” (At-Takwir: 19-21)
Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifati karakter Jibril ‘alaihissalam dengan sifat amanah; iaitu mustahil berbohong, pasti akan menyampaikan kepada Muhammad seperti mana yang ditetapkan dan disampaikan oleh Allah di Lauh Mahfuz. Jibril akan menyampaikan wahyu kepada Muhammad tanpa ada sebarang tokok tambah ataupun pengurangan.
Jibril juga digambarkan sebagai makhluk yang kuat, mustahil ada makhluk-makhluk lain yang menahan Jibril di tengah jalan lalu membawa lari wahyu. Demikian Allah Subhanahu wa Ta’ala menggambarkan kedudukan Jibril ‘alaihissalam.
Kemudian Allah menggambarkan pula keperibadian Nabi kita sallallahu ‘alaihi wasallam. Sebelum dilantik menjadi Rasul, masyarakat Arab telah mengenali Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai orang yang bercakap benar, tidak pernah mengkhianati manusia, orang yang amanah. Itu karakter Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.
Maknanya, susur galur agama ini disampaikan dalam keadaan hunafa’; suci, bersih, bebas daripada tokok tambah, bebas daripada berita-berita palsu dan sebagainya.
Kemudian berlaku perpindahan maklumat daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabat Baginda. Dalam proses ini tidak berlaku masalah, kerana sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in tidak akan berdusta. Mereka sentiasa bercakap perkataan yang benar.
Al-Imam Ibnu Katsir apabila menjelaskan persoalan adakah sahabat Nabi boleh dihukum sebagai orang yang adil; adil dalam istilah ulama hadis bukan merujuk kepada lawan zalim. Adil di sisi ulama hadis adalah Islam, bercakap benar, tidak pernah berbohong, tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak selalu melakukan dosa-dosa kecil.
Jadi apabila ditanya adakah sahabat Nabi itu adil, kata Imam Ibnu Katsir,
عدالة الصحابة بتعديل الله ورسوله
“Keadilan sahabat itu ditentukan oleh Allah dan RasulNya”.
Ini bererti keadilan sahabat itu telah ditentukan oleh Allah dan bukan kita yang menentukan keadilan mereka.
Tetapi setelah berlalu zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, berlaku perpindahan maklumat daripada sahabat Nabi ke zaman seterusnya iaitu kepada generasi para tabi’in. Di situ berlakunya masalah; iaitu masalah tentang hukum hadis yang disampaikan oleh sahabat Nabi kepada tabi’in yang menerima hadis.
Kedudukan tabi’in tidak sama seperti kedudukan sahabat Nabi. Ada di kalangan mereka melakukan kesilapan. Secara susunan generasinya, orang seperti Abdullah bin Saba (Yahudi yang berpura-pura Islam dan merupakan pengasas ajaran Syiah) juga terdiri dari generasi tabi’in, kerana dia hidup sezaman dan bertemu dengan sahabat Nabi walaupun dia tidak mengikuti ajaran sahabat Nabi. Begitu juga orang-orang yang membawa fitnah di zamannya seperti Musailamah Al-Kazzab yang mengaku menjadi Nabi dan Rasul, zamannya itu adalah zamannya tabi’in. Telah berlaku zaman fitnah pada ketika itu.
Sebab itu setelah pembunuhan Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, Imam Ibnu Sirin pernah menuturkan dalam isu perpindahan maklumat dan hadis yang disebarkan,
لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنِ الْإِسْنَادِ، فَلَمَّا وَقَعَتِ الْفِتْنَةُ قَالُوا: سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ؛ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلاَ يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ
“Dahulu mereka tidak pernah bertanya tentang sanad. Namun, apabila telah terjadi fitnah mereka berkata, ‘Sebutkan nama perawi-perawi kalian!’ Kemudian apabila dilihat kepada Ahlus Sunnah maka diambil hadisnya, dan dilihat kepada ahli bid’ah maka tidak diambil hadisnya.” (Muqaddimah Sahih Muslim)
Imam Sufyan Al-Tsauri berkata, “Sesungguhnya Ahli Hadis (Ahli Sunnah) itu sangat sedikit bilangannya. Oleh itu, jika kamu bertemu seorang Ahli Hadis dari negeri Timur maka sampaikan salamku kepadanya, dan jika kamu bertemu dengan Ahli Hadis dari negeri Barat maka sampaikan salamku kepadanya.”
Ahli Hadis yang juga merujuk kepada Ahli Sunnah, mereka yang bertungkus lumus memelihara hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam agar sampai kepada kita dengan benar, tanpa ada penambahan dan pengurangan.
Disebabkan mula tersebarnya fitnah, generasi Tabi’in telah meninggalkan kepada kita prinsip (manhaj) di dalam mengambil dan memahami agama, yang mana pada hari ini disebut oleh ulama-ulama yang membahaskan tentang prinsip-prinsip dan metodologi ini sebagai Manhaj Al-Talaqqi wal Istidlal (Prinsip-prinsip dalam Memilih dan Memahami Sumber Agama).
Manhaj ini sangat penting lebih-lebih lagi di saat kita begitu mudah memiliki maklumat yang pelbagai pada hari ini. Mungkin sahaja Syiah menggunakan ayat Al-Quran untuk menipu kita, mungkin sahaja Qadianiyah menggunakan ayat Al-Quran untuk menipu kita. Mungkin sahaja golongan jihadi yang salah faham dengan prinsip dan asas jihad menggunakan ayat Al-Quran tetapi salah memahaminya lalu mempengaruhi kita.
Lihat bagaimana Geert Wilders yang menggunakan ayat Al-Quran untuk mengatakan Islam tertegak di hujung mata pedang, menggambarkan bahawa Islam itu agama yang kejam. Dia berdalilkan firman-firman Allah di dalam Al-Quran. Sumbernya benar tetapi adakah benar kaedah dia memahami sumber tersebut? Disebabkan hal itu kaedah memilih dan memahami agama merupakan dua poin yang sangat penting kerana kadangkala kita berdepan dengan manusia-manusia yang mana mereka ini gagal dalam memahami kedua prinsip ini menyebabkan caca merba pemikiran dan ilmu yang mereka sebarkan.
Agama tidak caca merba dan rojak seperti itu. Agama sangat mementingkan asas (foundation) serta metodologi yang tepat dan kukuh sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan,
بُنِيَ الْإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ، شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Dibina Islam itu di atas lima perkara: Syahadah laa ilaaha illallah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya, menegakkan shalat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah, serta puasa Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abbad menjelaskan mengapa Nabi menggunakan perkataan ‘dibina’. Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam cuba menghubungkan sesuatu yang bersifat zahir dengan perkara yang maknawi.
Islam adalah satu perkara yang maknawi, adapun binaan itu bersifat zahir yang orang boleh faham dan nampak. Apabila disebut binaan, dapat difahami bahawa ia satu benda yang kukuh. Kalau benda yang tidak kukuh, benda yang roboh apabila dijentik, itu tidak dipanggil binaan. Maka untuk Islam itu dikatakan sebagai binaan yang kukuh, ia mestilah tertegak di atas lima perkara seperti yang dinyatakan di dalam hadis.
Begitu jugalah kita, apabila kita berbicara tentang sumber-sumber agama dan kaedah memahami sumber agama, kita hendaklah meletakkan asasnya terlebih dahulu. Jangan pandang ringan dan menganggap tidak mengapa jika tidak memiliki asas ini. Tanpa asas yang kukuh, adakah kita tahu membezakan antara yang haq dan yang batil? Tahukah kita membezakan antara hadis sahih dan palsu? Tahukah kita kaedah usul yang digunakan itu betul ataupun salah?
Sebab itu ilmu perlu dimulakan dengan membina asas (foundation). Apabila sampai masanya barulah ilmu itu dibahaskan dan diperluaskan secara berperingkat.
MEMILIH SUMBER AGAMA YANG TEPAT
Bercakap tentang sumber agama bagi umat Islam, tidak lain dan tidak bukan adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita perlu melahirkan perasaan dan penghayatan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Apabila disebut Al-Quran dan Sunnah, ia telah menjadi sebutan yang biasa dan rutin di lisan dan di bibir manusia. Perasaan dan penghormatan terhadap kedua-dua sumber yang sangat mulia ini seakan-akan telah hilang.
Orang yang faham kedudukan Al-Quran dan Al-Sunnah pasti akan meletakkan keduanya di tempat yang teratas. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan di dalam Surah Al-Hujurat,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului sesuatu lebih daripada Allah dan Rasul-Nya.” (Surah Al-Hujurat, 49: 1)
Kita hendaklah menetapkan apa yang kita ikuti dan contohi tidak boleh lebih daripada apa yang Allah dan RasulNya tetapkan. Selepas ayat itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala menceritakan tentang perselisihan sahabat Nabi di hadapan rumah Nabi sehingga mereka meninggikan suara mereka, lalu Allah menurunkan ayat menegur sikap mereka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi.” (Surah Al-Hujuraat 49: 2)
Jika mengangkat suara melebihi suara Nabi pun tidak boleh, apatah lagi menyelisihi petunjuk Nabi. Lihat di mana penghormatan kita pada hari ini kepada wahyu dan sumber agama ini.
Sebab itu kita perlu menetapkan prinsip; mana-mana ceramah yang kita dengar, mana-mana sumber yang kita perolehi, pastikan asasnya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah sekiranya ia dihubungkan dengan agama.
Kita tidak mahu orang bercakap tentang agama sekadar untuk bercerita dan membuat orang seronok, kemudian buat cerita sedih untuk buat orang menangis, tengok video untuk buat orang menangis dan bertaubat. Memang kita hendak orang bertaubat, tetapi apa asasnya. Biar kita menangis kerana Al-Quran. Biar kita menangis kerana bersumberkan Al-Sunnah. Biar kita bergembira kerana ia bersumberkan Al-Quran dan khabar dari Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kalau kita hadir ke ceramah agama atau ceramah motivasi yang telanjang dari Al-Quran dan Al-Sunnah, hendaklah kita keluar dan tinggalkannya. Bagaimana mereka hendak memotivasi manusia dan bagaimana mereka hendak mendekatkan manusia kepada Tuhan tanpa menghubungkan manusia dengan wahyu?
Perantara antara kita dengan Allah adalah wahyu. Pelik dan tidak masuk akal sekiranya ada orang yang hendak mendekatkan kita dengan Allah tetapi sepi dari menyebut Firman Allah, orang yang mengajak kita supaya cinta Nabi, tetapi tidak mendatangkan sepatah pun sabda Nabi, tidak mengikat kita dengan Hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sebab itu penting untuk kita kenali dan mengambil agama hanya dari sumber agama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah, bukan perkataan yang selain dari keduanya. Apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan agama, sumber asasnya mestilah wahyu. Jika tidak ada wahyu, maka tinggalkan.
Mengapa manusia pada hari ini lebih berbangga dengan perkataan-perkataan manusia, ini sangat menghairankan. Jika perkataan manusia yang menjadi tumpuan dan rujukan, manakala Al-Quran dan Hadis hanya menjadi iklan sampingan dan dikemudiankan, ia sebenarnya tidak mengikat manusia dengan agama, sebaliknya hanya menjadikan manusia taksub kepada individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.
Bersambung: Fahami Sumber Agama Dengan Cara Yang Benar

Tuesday, 25 May 2010

Kelebihan menuntut ilmu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR Abu Daud)







Terdapat beberapa hadith yang menyatakan kelebihan menuntut ilmu. Semua manusia adalah sama sahaja. Perbezaan antara manusia adalah dari ilmunya. Di sisi Allah pula, semua manusia sama kecuali yang takwa.


Nabi bersabda:
Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, orang yang alim ataupun yang belajar.(HR Tirmizi)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang menuju ke masjid semata2 untuk menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama orang yang menunaikan haji yang sempurna hajinya.(HR Tabrani)

Oleh itu marilah kita sama-sama menuntut ilmu. Terutamanya ilmu yang di wajibkan secara fardu ain.


Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu fekah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya samada yang berkaitan dengan ibadat(taharah, wuduk, solat, tayamum,  puasa dll) kita, muamalat kita (jual beli, sewa, urusan bank,dsbgainya), urusan pernikahan(bagi yang nak menikah), hubungan laki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan pengurusan jenazah.

2. Ilmu tauhid: Secara ringkas dia kena mengetahui tentang ketuhanan, rasul, rukun Islam,rukun iman dan perkara-perkara yang ghaib.

3. Ilmu Tasawuf: Ummi suka katakan ilmu Pemurniaan Hati, Kena tahu penyakit-penyakit hati seumpama riya’, ujub dsbgainya dan cara nak merawatinya. Ia perlu dilakukan secara berterusan dibawah pengawasan guru yang baik.


Ketiga-tiga ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerana ianya diperlukan selagi mana kita bernafas, ianya lebih penting dari makanan dan minuman. Tanpa makanan kita akan teseksa sekejap dan akan mati, tapi jika tanpa ilmu ini akan menyebabkan mati hati dan ruh kita dan boleh menyebabkan suul kahtimah dan berkekalan di neraka.


Sekian tazkirah pendek buat ingatan dan renungan bersama kepada pembaca budiman yang rajin membaca tulisan ummi. Mohon maaf dipinta jika ada kekurangan dan kelemahan ummi di dalam mengarap minda dicanai pada laman ini.


Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan diakan datang.

TAZKIRAH KELEBIHAN MENUNTUT ILMU AL-QURAN
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂
TAZKIRAH KHAS
📌Kelebihan penuntut ilmu
khasnya ilmu al-Quran
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
1) Sebaik-baik manusia
ialah yang belajar dan
mengajar Al-Quran.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
2) Ahli Al-Quran adalah
insan yang harus
diperlumbai amalannya
kerena tiada amalan yang
lebih mulia dari membaca
Al-Quran.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
3) Yang mahir dengan
Al-Quran akan bersama
dengan para malaikat
yang termulia dan para
nabi ‘alaihimussalaam.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
4) Pembaca Al-Quran
diibaratkan seperti limau
yang manis yang
mempunyai bau dan rasa
yang enak iaitu disukai
ramai.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
5) Darjat dan tingkatan
syurga untuk ahli Al-
Quran ialah sebanyak
mana ayat yang dibaca
sewaktu di dunia.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
6) Pembaca Al-Quran yang
terbaik ialah bacaannya
menandakan yang ianya
takutkan Allah.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
7) Pendamping Al-Quran
akan dipakaikan mahkota
dan pakaian kemulian dan
akan mendapat keredoan
dari Allah Ta’ala.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
8) Sebanyak mana
seseorang itu menghafal
Al-Quran sebanyak itulah
ia telah menerima wahyu
cuma bezanya ianya
bukan nabi.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
9) Hafiz Al-Quran dapat
memberi syafa’at untuk
masuk syurga kepada 10
orang dari ahli
keluarganya yang telah
wajib masuk neraka.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
10) Barangsiapa yang
beramal dengan Al-Quran
maka akan terselamat
dari kesesatan di dunia
dan kesusahan di akhirat.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
11) Pendengar kepada
bacaan Al-Quran ialah
orang yang paling cepat
mendapat rahmat dari
Allah.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
12) Pembacanya tidak
digolongkan dalam
kalangan orang-orang
yang lalai.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
13) Pembaca yang bertajwid
sempurna dapat 70
pahala bagi setiap huruf
(70×340 740= 23 851 800)
berbanding yang baca
secara biasa.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
14) Pembaca yang ikut
hukum tajwid dapat
pahala syahid.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
15) Allah berbual dengan
pembaca Al-Quran.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
16) Manusia yang paling
dicintai Allah ialah
mereka yang paling
pandai dalam ilmu Al-
Quran.
🍎🍏🍊🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍌
17) Pembaca yang tahu
makna Al-Quran adalah
lebih mulia dari yang tidak
memahami isi kandungannya 🍋🍒🍇🍉🍓🍑🍈 kongsikan pada yg anda. sayangi.

Imam al-Ghazali Tentang Keutamaan Ilmu 1

Imam al-Ghazali Tentang Keutamaan Ilmu 1
Firman Allah Azza Wa jalla:
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu)…” (Ali ‘Imran:18)
Maka lihatlah bagaimana Alah SWT memulai dengan diriNya, keduanya dengan malaikat dan ketiganya dengan orang-orang ahli ilmu.
Dengan ini cukuplah bagimu (untuk mengetahui) kemuliaan, keutamaan, kejelasan dan kelebihan orang-orang ahli ilmu’

Allah Ta’alan berfirman:
“…… niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat…..” (Al Mujadilah:11)
Ibnu Abbas ra berkata : “Para ulama memperoleh beberapa derajat di atas kaum mu’minin dengan tujuh ratus derajat yang mana antara dua derajat itu perjalanan lima ratus tahun.
Dan Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
“….. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama….” (Fathir:28)
“….. Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab” (Ar Rad:43)
” Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip……” (An Naml:40)
” Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh,……” (Al Qashash:80)
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu” (Al Ankabut:43)
“………. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri) ……….” (An Nisa’ : 83)
” Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa ……..” (Al A’raf:26)
“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami……..” (Al A’raf:52)
” maka sesungguhnya akan Kami kabarkan kepada mereka (apa-apa yang telah mereka perbuat), sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka),……..” (Al A’raf:7)
“Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu ………” (Al Ankabut:49)
“Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara” (Ar Rahman:3-4)
.
Hadist-hadits

Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka Allah menjadikannya ia pandai mengenai agama dan ia diilhami PetunjukNYa [Muttafaq ‘alaih]

Ulama itu adalah pewaris para Nabi [Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]

“sesuatu yang di langit dan bumi itu memohonkan ampunan bagi orang ‘alim (pandai)” [Abu Darda’]

sesungguhnya hikmah (ilmu) itu menambah orang yang mulia akan kemuliaan dan mengangkat hamba sahaya sehingga ia mencapai capaian raja-raja. [Abu Na’im dalam Al Hilyah, Ibnu Abdil Barr dalam Bayaul Ilmi, dan Abd. Ghani dalam Adabul Muhaddits dari hadits Anas dengan sanad yang lemah]

Dua pekerti tidak terdapat di dalam orang munafik, yaitu perilaku yang baik dan pandai dalam agama [H.R. At Tirmidzi dari Abu Hurairah, ia mengatakan hadits gharib]

Seutama-utama manusia adalah orang mu’min yang’alim (pandai) yang jika ia dibutuhkan maka ia berguna, dan jika ia tidak dibutuhkan maka ia mencukupkan dirinya.” [Al Baihaqi dalam Syu’bul Iman mauquf pada Abu Darda’ dengan sanad yang lemah]

Iman itu telanjang, pakaianya adalah takwa, perhiasannya adalah malu, dan buahnya adalah ilmu [Al Hakim dalam Tarikh Naisabur dari hadits Abu Darda’ dengan sanad yang lemah]

Orang yang paling dekat dari derajat kenabian adalah ahli ilmu dan jihad (perjuangan). Adapun ahli ilmu maka mereka menunjukkan manusia atas apa yang dibawa para rasul, sedangkan ahli jihad maka mereka berjuang dengan pedang (senjata) mereka atas apa yang dibawa oleh para rasul [Abu Na’im dalam Fadhlul ‘alim al ‘afif ‘dari hadits Ibnu Abbas dengan sanad yang lemah.]

sungguh matinya satu kabilah itu lebih ringan dari pada matinya seorang ‘alim [Ath Thabrani dan Ibnu Abdil Barr dari hadits Abu Darda’]

Manusia itu adalah barang tambang seperti tambang emas dan perak. Orang-orang pilihan mereka di masa Jahiliyah adalah orang-orang pilihan mereka di masa Islam apabila mereka pandai [Muttafaq ‘alaih]

Pada hari Kiyamat tinta ulama itu ditimbang dengan darah orang-orang yang mati syahid [Ibnu Abdil Barr dari Abu Darda’dengan sanad yang lemah]

Barang siapa yang memelihara empat puluh buah hadits dari As Sunnah atas ummatku sehingga ia menunaikannya kepada mereka maka aku akan menjadi pemberi syafa’at kepadanya dan saksinya pada hari Kiyamat [Ibnu Abdil Barr dalam al ‘Ilm dari hadits Ibnu Umar dan ia’melemahkannya.]

Barang siapa dari ummatku menghafal empat puluh buah hadits maka ia bertemu dengan Allah ‘Azza wa Jalla pada hari Kiyamat sebagai seorang faqih yang ‘alim [Ibnu Abdil Barr dari hadits Anas dan ia melemahkannya]

Barang siapa memahami tentang agama Allah ‘Azza Wa Jalla maka Allah Ta’ala mencukupinya akan sesuatu yang menjadi kepentingannya dan Dia memberinya rizki dari sekiranya ia tidak memperhitungkannya [Al Khathib dalam Tarikh dari hadits Abdullah bin Juz – Az zabidi dengan sanad yang lemah]

Allah ‘Azza wa Jalla memberi wahyu kepada Ibrahim as : “Hai Ibrahim, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, Aku senang kepada setiap orang yang pandai [Dituturkan oleh Ibnu Abdil Barr sebagai komentar]

Orang pandai adalah kepercayaan Allah Yang Maha Suci di atas bumi [Ibnu Abdil Barr dari Mu’adz dengan sanad yang lemah]

Dua golongan dari ummatku apabila mereka baik maka manusia baik, dan apabila mereka rusak maka manusia rusak, yaitu para pemegang pemerintahan dan para ahli fiqh [Ibnu Abdil Barr dan Abu Na’im dari hadits Ibnu Abbas.]

Apabila datang hari kepadaku padanya saya tidak bertambah ilmu yang mendekatkan saya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla maka saya tidak mendapat berkah pada terbitnya matahari hari itu [Ath Thabrani dalam Al Ausath dan Abu Na’im dalam Al Hilyah, dan Ibnu Abil Barr dalam Al ‘Ilm]

Keutamaan orang ‘alim atas orang ahli ibadah adalah seperti keutamaanku atas orang yang paling rendah dari shahabatku [At Tirmidzi dari hadits Abu Umamah]

Kelebihan orang ‘alim atas orang ahli ibadah adalah seperti kelebihan bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang [Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasa’i dan Ibnu Hibban, dan itu sepotong dari hadits Abu Darda’ yang terdahulu]

Pada hari Kiyamat tiga macam orang memberi syafa’at yaitu: para Nabi, para ulama kemudian orang-orang yang mati syahid [Ibnu Majah dari hadits Utsman bin ‘Affan dengan sanad yang lemah]

Tidaklah Allah Ta’ala disembah dengan sesuatu yang utama dari pada pemahaman terhadap agama. Sungguh seorang faqih itu lebih berat atas syaithan dari pada seribu orang ahli ibadah. Setiap sesuatu itu mempunyai tiang, dan tiang agama ini adalah fiqh [Ath Thabrani dalam Al Ausath, Abu Bakar Al Ajiri dalam Fadhlul ‘ilmi, dan Abu Na’im dalam Riyadhatul Muta’allimin dari hadits Abu Hurairah dengan sanad yang lemah]

Sebaik-baik agamamu adalah yang termudahnya, dan sebaik-baik ibadah adalah fiqh (pemahaman) [Ibnu Abdil Barr dari hadits Anas dengan sanad yang lemah]

Keutamaan mu’min yang ‘alim atas mu’min yang ahli ibadah adalah dengan tujuh puluh derajat [Ibnu Adi dari Abu Hurairah dengan sanad yang lemah]

Sesungguhnya kamu menjadi dalam masa yang banyak ahli fiqhnya, sedikit qurra’ (ahli baca Al Qur’an) nya dan ahli pidatonya, sedikit orang yang meminta-minta dan banyak orang yang memberinya. Amal padanya adalah lebih baik dari pada ilmu. Dan akan datang kepada manusia masa yang sedikit ahli fiqhnya, banyak juru pidatonya, sedikit orang yang memberinya, banyak orang yang meminta-minta. Ilmu pada masa itu lebih baik dari pada amal [Ath Thabrani dari hadits Hizam bin Hakim dari pamannya, ada yang mengatakan dari ayahnya, sanadnya lemah]

Antara orang yang ‘alim dan orang yang beribadah adalah seratus derajat, antara setiap dua derajat itu ditempuh kuda pacuan yang dilatih selama tujuh puluh tahun [Al Ashfihani dalam At Targhib wat Tarhib, dari lbnu Umar dari ayahnya]

Ditanyakan : “Wahai Rasulullah, amal-amal apakah yang lebih utama ?” Beliau bersabda : “Ilmu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla” Lalu ditanyakan : “IImu apakah yang engkau kehendaki ?”. Beliau SAW bersobds : “Ilmu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla”. Lalu dikatakan kepadanya : “Kami bertanya mengenai amal sedangkan engkau menjawab mengenai ilmu”. Maka beliau SAW bersabda : “Sesungguhnya amal sedikit disertai ilmu (mengetahui) tentang Allah itu berguna dan banyaknya amal serta bodoh mengenai Allah itu tidak berguna [Ibnu Abdil Barr dari hadits Anas dengan sanad yang lemah]

Allah Yang Maha Suci poda hari Kiyamat membangkitkan hamba-hamba kemudian Dia membangkitkan ulama kemudian Dia berfirman : “Wahai golongan ulama, sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmuKu padamu kecuali karena Aku mengetahui tentang kamu, dan Aku letakkan ilmuKu padamu agar Aku tidak menyiksamu, pergilah karena Aku telah memberi ampunan kepadamu”. [Ath Thabrani dari hadits Abu Musa dengan sanad yang lemah]
.
Atsar-atsar
Adapun atsar (kata-kata shahabat), Ali bin Abi Thalib ra berkata kepada Kumail :
“Hai Kumail, ilmu itu lebih utama dari pada harta karena ilmu itu menjagamu sedangkan kamu menjaga harta. Ilmu adalah hakim, sedangkan harta adalah yang dihakimi. Harta menjadi berkurang dengan dibelanjakan, sedangkan ilmu menjadi berkembang dengan dibelanjakan (diberikan kepada orang lain)”.
Ali ra juga berkata :
“Orang yang ‘alim itu lebih utama dari pada orang yang berpuasa, berdiri ibadah malam dan berjuang. Apabila seorang ‘alim meninggal maka berlobanglah dalam Islam dengan suatu lobang yang tidak tertutup kecuali oleh penggantinya”.
Dan ia ra berkata dalam bentuk syair (nazham) :

Tidak ada kebanggaan kecuali bagi ahli ilmu, sesungguhnya mereka di atas petuniuk, dan mereka penunjuk orang yang minta petuniuk. Nilai setiap orang adalah sesuatu yang meniadikannya baik, sedangkan orang-orang bodoh itu musuh ahli ilmu. Maka carilah kemenangan kamu dengan ilmu, dengon ilmu itu kamu hidup selamanYa, munusiq itu mati, sedangkan ahli ilmu itu hidup
.
Abul Aswad berkata : “Tidak ada sesuatu yang lebih utama dari pada ilmu. Para raja itu memerintah manusia (orang kebanyakan), sedangkan para ahli ilmu itu memerintah para raja”.
Ibnu Abbas ra berkata : “Sulaiman bin Dawud as disuruh memilih antara ilmu, harta dan kerajaan maka beliau memilih ilmu, lalu beliau diberi harta dan kerajaan”.
Ibnul Mubarak ditanya : “Siapakah manusia itu” Ia menjawab : “Para ulama”. Ditanyakan lagi : “Siapakah para raja itu ?”. Ia menjawab : “Orang-orang yang zuhud”. Ditanyakan lagi : “Siapakah orang rendahan itu ?” Ia menjawab : “Orang-orang yang memakan dunia dengan agama”.
Ia tidak memasukkan orang yang tidak berilmu ke golongan manusia karena kekhususan yang membedakan manusia terhadap seluruh hewan adalah ilmu. Maka manusia adalah manusia yang menjadi mulia karena ilmu. Kemuliaan itu bukan karena kekuatan dirinya karena unta itu lebih kuat dari padanya. Dan bukan karena besarnya, karena gajah itu lebih besar dari padanya. Dan bukan karena beraninya karena binatang buas itu lebih berani dari padanya. Bukan karena makannya karena lembu itu lebih besar perutnya dari pada perutnya. Dan bukan karena bersetubuhnya karena burung pipit yang paling rendah itu lebih kuat untuk bersetubuh dari padanya. Bahkan manusia itu tidak dijadikan (tidak diciptakan) kecuali karena ilmu.
Fathul Maushuli rahimahullah berkata : “Bukankah orang sakit apabila dicegah makan, minum dan obat maka ia mati ?’,. Mereka (orang-orang) menjawab : “Ya”. Ia berkata : “Demikian juga hati, apabila dicegah dari padanya hikmah dan ilmu selama tiga hari maka hati itu akan mati”. Ia benar’karena makanan hati adalah ilmu dan hikmah, dan dengan keduanyalah hidupnya hati sebagaimana makanan tubuh adalah makanan.
Barangsiapa yang tidak mendapat ilmu maka hatinya sakit sedangkan matinya itu pasti. Tetapi ia tidak merasakannya karena cinta dan sibuk dengan dunia itu mematikan perasaannya sebagaimana takut itu kadang-kadang meniadakan sakitnya luka seketika, meskipun luka itu masih ada. Apabila kematian telah menghilangkan bebanan-bebanan dunia maka ia merasakan kebinasaannya dan ia menyesal dengan sesalan yang besar namun sesalan itu tidak berguna baginya.
Itu seperti perasaan orang yang aman dari takutnya, dan orang yang sadar dari mabuknya terhadap lukaJuka yang dideritanya dalam keadaan mabuknya atau dalam keadaan takut. Maka kita mohon perlindungan kepada Allah pada hari dibukanya tutup. Sesungguhnya manusia itu tidur,’apabila mati maka mereka jaga (bangun).
Al Hasan rahimahullah berkata : “Tinta ulama itu ditimbang dengan darah syuhada, maka tinta ulama itu unggul atas darah syuhada”.
Ibnu Mas’ud ra berkata : “Wajib atasmu untuk berilmu sebelum ilmu itu diangkat, sedangkan diangkatnya ilmu adalah matinya perawi-perawinya. Demi Dzat yang jiwaku di tanganNya sungguh orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu sebagai syuhada’ itu senang dibangkitkan oleh Allah sebagai ulama karena kemuliaan ulama yang mereka lihat. Sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan sebagai orang yang berilmu, namun ilmu itu dengan belajar”.
Ibnu Abbas ra berkata : “Mendiskusikan ilmu pada sebagian malam lebih saya sukai dari pada menghidupkan malam itu (dengan shalat dan sebagairlo : pent)”. Demikian juga dari Abu Hurairah ra dan Ahmad bin Hambal rahimahullah.
Al Hasan berkata mengenai firman Allah Ta’ala : wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat” (Al Baqarah : 201). Bahwasanya kebaikan di dunia itu adalah ilmu dan ibadah, sedangkan kebaikan di akhirat adalah syurga.
Ditanyakan kepada sebagian hukama : “Barang apakah yang selalu mengikuti (pemiliknya) ?”. Ia berkata : “Barang yang mana apabila kapalmu tenggelam maka kamu berenang bersamanya, yaitu ilmu”.
Dan ada yang mengatakan bahwa yang dimaksud dengan tenggelamnya kapal adalah hancurnya badan karena mati.
Sebagian mereka berkata : “Barang siapa mengambil hikmah (ilmu) sebagai kendali maka manusia menjadikannya sebagai pemimpin. Dan barang siapa mengetahui hikmah maka ia dipandang oleh semua mata dengan penghormatan”.
Asy Syafi’i ra berkata : “Termasuk kemuliaan ilmu adalah setiap orang yang dikatakan berilmu walaupun mengenai sesuatu yang remeh maka ia bergembira dan barang siapa yang (dikatakan) tidak memiliki ilmu maka ia bersedih”.
Umar ra berkata : “Wahai manusia, wajib atasmu untuk berilmu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci memiliki selendang yang dicintaiNya. Barangsiapa menuntut satu bab dari ilmu maka Allah menyelendanginya dengan selendangnya. Jika ia berbuat dosa maka ia agar memperbaikinya tiga kali agar selendangnya itu tidak dilepas dari padanya, meskipun dosanya itu berkepanjangan sehingga ia meninggal”.
Al Ahnaf rahimahullah berkata : “Ulama itu hampir-hampir sebagai Tuhan, dan setiap kemuliaan yang tidak dimantapkan oleh ilmu maka akhirnya menjadi hina”.
Salimbin Abil Ja’d berkata:”Tuanku membeliku dengan tiga ratus dirham dan ia memerdekakan saya”. Lalu saya berkata : Dengan apakah saya bekerja ?”. Maka saya bekerja dengan ilmu dan tidak genap setahun bagiku sehingga datanglah amir Madinah kepadaku dan saya tidak mengizinkan baginya”.
Az Zubair bin Abu Bakar berkata : “Ayahku di Irak berkirim surat kepadaku, “wajib atasmu berilmu. Jika kamu fakir maka ilmu itu menjadi hartamu. Dan jika kamu kaya maka ilmu itu menjadi keindahan bagimu”.
Demikian itu dihikayatkan juga dalam wasiyat-wasiyat Luqman kepada anaknya, ia berkata :
“Hai anakku, duduklah pada ulama dan merapatlah kepada mereka dengan kedua lututmu karena sesunguhnya Allah Yang Maha Suci menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Dia menghidupkan tanah dengan hujan dari langit”.
Sebagian hukama’ berkata : “Apabila orang’alim meninggal maka ia ditangisi oleh ikan di air, dan oleh burung di udara, ia hilang tetapi sebutannya tidak dilupakan penyebutannya.
Az Zuhri rahimahullah berkata : “Ilmu jantan, dan tidak menyintainya kecuali orang laki-laki yang jantan”.
.
wallahu a’lam.
Sumber: Ihya Ulumuddin, Jilid 1 Bab Keutamaan Ilmu, Imam Al Ghazali, versi terjemahan, penerbit As Syifa’, Semarang.

Kelebihan Ilmu dibandingkan Harta

 
Kelebihan Ilmu dibandingkan Harta

Assalamu’alaikum Wr. Wb.
Khalifah Ali bin Abi Thalib mengatakan bahwa ada sepuluh kelebihan ilmu dibandingkan dengan harta, yaitu:
  1. Ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan dari Fir’aun, Qarun, dan lain-lain.
  2. Ilmu selalu menjaga orang yang memilikinya, sedangkan harta menuntut penjagaan dari pemiliknya.
  3. Orang yang berilmu banyak mempunyai teman, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan (musuh).
  4. Ilmu jika dibagikan, maka tidak akan berkurang justru akan bertambah, sedangkan harta jika diberikan maka akan habis.
  5. Ilmuwan sering dipanggil alim, ulama, dan lain-lain, sedangkan hartawan sering dipanggil kikir, bakhil, dan lain-lain.
  6. Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat, sedangkan pemilik harta akan diminta pertanggungjawabannya.
  7. Ilmu apabila disimpan tidak akan habis, sedangkan harta apabila disimpan akan usang dan lapuk.
  8. Pemilik ilmu dipanggil oleh Allah, sedangkan pemilik harta dipanggil hamba harta.
  9. Ilmu tidak memerlukan tempat, sedangkan harta memerlukan tempat.
  10. Ilmuwan dicari orang, sedangkan harta yang dicari orang.
Bila kita renungkan pendapat Ali bin Abi Thalib tersebut memang benar adanya. Itulah sebabnya Nabi Sulaiman AS sewaktu diperintahkan untuk memilih antara ilmu dan harta, maka beliau memilih ilmu. Akhirnya dengan ilmu yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman, beliau dapat memperoleh segalanya, beliau mempunyai permadani yang bisa terbang dalam waktu sekejap. Kemudian beliau juga mampu menguasai seluruh bahasa binatang dan juga mampu memerintahkan jin dan bintang serta makhluk lainnya. Itulah anugerah Allah kepada Nabi Sulaiman AS yang menguasai banyak ilmu pengetahuan.
Allah telah menyampaikan kepada kita bagaimana posisi seseorang yang berilmu dalam firman-Nya yang salah satunya terdapat pada Al-Qur’an surat Az-Zumar ayat 9:
“Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung ataukah yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya. Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”.
      Ayat inilah yang menjadi dasar bahwa orang yang berilmu banyak pengetahuannya, begitu pula sebaliknya, orang yang yang tidak mau menuntut ilmu berarti orang tersebut membawa dirinya ke dalam kecelakaan. Tentu tidak sama antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu. Dengan ilmu orang bisa melakukan banyak hal, seperti peristiwa di tahun 1978, Neil Amstrong dan Buss Aldrin telah berhasil mendarat di bulan dengan menggunakan pesawat Apollo 11. Masih banyak contoh lain yang menunjukkan betapa besar fungsi ilmu pengetahuan, baik di dunia maupun di akhirat. Dalam hadis Rasulullah SAW dikatakan:
“Barangsiapa yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia, maka dengan ilmu, barangsiapa yang ingin mencapai kebahagiaan di akhirat, maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang ingin bahigia keduanya, juga dengan ilmu”.
      Oleh karena itu, dengan banyaknya kelebihan ilmu dibandingkan harta, maka kita sebagai orang-orang yang beriman, yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, mari kita meningkatkan semangat dan usaha dalam mencari dan mempelajari ilmu, baik ilmu yang berurusan dengan dunia maupun ilmu yang berurusan dengan akhirat. Semoga kita selalu menggali dan mempelajari ilmu pengetahuan dan semoga dengan ilmu tersebut kita mampu mencapai kebahagiaan kehidupan baik di dunia maupun di akhirat kelak. Aamiiin ya Rabbal ‘alamin
Wassalamu’alaikum Wr. Wb. J

KELEBIHAN ORANG BERILMU

Manusia yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah. Inilah golongan yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup sebagai hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta.


Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).


Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama. Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar. Mereka penerus dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita diciptakan dan diletakkan di dunia sebagai hamba.


Masyarakat kita lazim memanggil golongan yang alim dan fasih dengan ilmu agama sebagai ulama. Bahkan kerap kita mendengar panggilan ulama itu dilengkapkan lagi tambahannya Al-Alamah yang bermaksud sangat alim sebagai meninggikan lagi dan memuliakan golongan berjasa itu.


Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus.
Pertama, membentuk akidah ummah (kepada siapa sembahan kita); Kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana kehidupan dan ibadah sebagai seorang mukmin) dan ketiga, membimbing gerak langkah umat supaya tidak ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya.


Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) ke atas setiap muslim (lelaki) dan muslimah (perempuan) (riwayat Muslim)."


Lalu ulama menghuraikan, yang dimaksudkan ilmu yang wajib itu ada tiga bahagian iaitu:


i. Akidah atau tauhid yang membincangkan tentang pegangan dan keyakinan kepada Allah.


ii. Fiqh atau syariah yang memahamkan tentang kehidupan, bagaimana cara beribadat dan sebagainya yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.


iii. Tasauf atau akhlak sosial yang membimbing perilaku dan hati supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh merosakkan ibadah seperti riak, ujub, sum'ah dan sebagainya.


Dengan ketiga-tiga ilmu tadi maka lepaslah kewajipan seorang manusia itu dari tuntutan agama.

Jelas bahawa tugas sebagai ulama itu bukan sekadar menjadi imam dan berkhutbah di masjid, surau atau madrasah tapi besar sekali tanggungjawab yang Allah pikulkan ke bahu mereka. Rasulullah bersabda: "Ulama adalah pewaris kepada nabi-nabi." Oleh itu tidak hairanlah mengapa golongan ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT.


Kata Ibnu Abbas r.a: "Bagi mereka (ulama) itu beberapa darjat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan satu darjat itu sejauh perjalanan lima ratus tahun, seperti jarak di antara langit dan bumi."


Dan daripada Ibnu Abbas r.a lagi: "Bahawasanya Allah SWT bermegah-megah kepada para malaikat tentang usaha dakwah ulama, seperti bermegah-megah ia dengan darah orang yang mati syahid."


Lihatlah darjat dan kemuliaan yang Allah berikan kepada ilmuan Islam atas usaha keras mereka menyebarkan agama Allah yang indah. Jika kita mengkaji kemuliaan bangsa kita, mengapa orang Melayu dihormati dan disegani, menjadi bangsa yang bermaruah, mestilah juga kerana agama Islam yang menjadi anutan dan pegangan.


Namun siapa yang membawa kemuliaan agama itu kepada kita suatu ketika dahulu? Siapa yang mengislamkan Parameswara dan menukar kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam yang sangat berpegang teguh dengan prinsip agama. Bila ditanya siapa mereka, tentu sekali jawapannya adalah ulama.


Kemuliaan dalam menuntut ilmu


Di era kehidupan kita sekarang, masih banyak bahkan terus berkembang institusi-institusi yang mendidik umat menjadi golongan yang berilmu. Ini sangat perlu agar ada keseimbangan antara golongan professional dan ulama. Oleh itu, tidak benar dakwaan mengatakan andai seseorang belajar agama maka kehidupan di usia tua tidak berfungsi kepada masyarakat.



Tegas dikatakan di sini, semua itu adalah dakyah-dakyah musuh Islam yang menanamkan ideologi dalam pemikiran umat bahawa ilmu agama itu jumud. Apabila adanya pemikiran seperti ini maka tentu sekali timbul pandangan-pandangan negatif dan sinis terhadap anak-anak muda yang menuntut di bidang agama. Pelbagai kata-kata nakal seperti kononnya nanti tidak ada kerja, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya yang sangat menyedihkan.



Oleh itu, perlulah saya betulkan di sini bahawa rezeki diperolehi dengan cara dan tahap usaha seseorang, bukan kepada bidang pengajian yang dipelajarinya. Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanan, bukan pangkat atau keturunan. Seorang tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: "Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya."



Namun apa yang penting adalah kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu itu sudah dijamin oleh Allah SWT. Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: "Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya."


Kita menyaksikan bagaimana kehebatan bangsa Jepun dihormati dan disegani kerana penguasaan mereka terhadap ilmu teknologi. Umat Islam telah memiliki kegemilangan ilmuwannya kerana ramai tokoh ulama yang bukan sahaja mahir di bidang syariah bahkan mereka mempelopori teknologi, falsafah, perubatan dan sebagainya.


Ini menunjukkan agama tidak memisahkan sama sekali antara ilmu syariat dan kemajuan teknologi. Bahkan seorang yang berjaya itu adalah mereka yang sangat takut kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kemajuan hidup di dunia.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ilmu itu adalah bendaharaan (khazanah ternilai), anak kuncinya adalah bertanya, maka bertanya olehmu. Maka diberi pahala kepada empat orang. Pertama: Orang yang bertanya. Kedua: Orang alim. Ketiga: Orang yang mendengar. Keempat: Orang kasih kepada mereka."


Dalam riwayat yang lain menceritakan kelebihan orang menuntut ilmu itu sehinggakan bila mana berjalan pada setiap langkahnya gugur segala dosa dan dihitung setiap langkahnya dengan kebajikan lalu digandakan amalan. Maka wajarlah bagi ibu bapa sentiasa memotivasikan anak-anak agar memahami konsep sebenar dalam menuntut ilmu agama. Ia adalah sesuatu yang besar, bukan sekadar untuk pengetahuan biasa.


Kata seorang ulama dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: "Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu."


Maka alangkah hebatnya remaja kita di Malaysia ini andai mereka mendalami ilmu agama, mengenal penciptanya dengan sebenar-benar kenal lalu bercinta Allah.

Monday, November 26, 2012

KELEBIHAN DAN DALIL WAJIB MENUNTUT ILMU

http://pustaka-kitablama.blogspot.com/p/menuntut-ilmu.html


MENUNTUT ILMU

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
Hadis Kedua Puluh Satu
21- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)
21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan:
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Huraiannya:
1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas.
Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.
Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).
Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan, perindustrian, pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan masa, asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.
(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:
Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.
Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan dijauhi oleh Allah Taala daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmu sihir, ilmu nujum (Astrologi) dan sebagainya.
Hadis Kedua Puluh Dua
22- عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا. (الدارمي والدارقطني)
22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:
(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
Huraiannya:
(1) Perintah belajar dan mengajar:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an.
Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya."
(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:
Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang, sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.
Hadis Kedua Puluh Tiga
23- عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.
Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk
memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Hadis Kedua Puluh Empat
24- عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. (البخاري ومسلم)
24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.
(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankankebenaran.
Huraiannya:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:
Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:
Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.
Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.
Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.
(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:
Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.
Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. tetap terus menjalankan kebenaran.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat - tetap terpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata pada masa akhir-akhir ini.
Agama Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.
Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dengan sempurna.
Hadis Kedua Puluh Lima
25- عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ. (البخاري ومسلم)
25 - Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya."
(Bukhari, Muslim dan Nas'ie)
Hadis yang kedua puluh lima ini menerangkan:
Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknya.
Huraiannya:
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya. Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud:
Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada makhluk-makhluk yang hidup. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya serta ia menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati.
Ada pula sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung airnya dan memeliharanya dari meresap hilang dan dengan itu dapat digunakan oleh makhluk-makhluk yang lain, tetapi tanah itu sendiri tidak mendapat manfaat daripadanya dan tidak menumbuhkan tanaman; ia hanya dapat menumpang air untuk faedah makhluk-makhluk yang memerlukannya. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu pengetahuan dan menghafaznya dan dapat pula mengajarkannya kepada orang lain, tetapi ia sendiri tidak mendapat faedah beramal dengannya. Manusia yang hatinya demikian kalau ia telah berbuat baik dari segi menghafaz dan menyampaikannya kepada orang lain, tetapi ia telah melakukan perkara yang buruk, kerana ia tidak beramal dengannya, sedang tujuan beroleh ilmu ialah untuk beramal menurutnya.
Di antaranya ada pula bumi yang tanahnya tidak beroleh faedah dari air dan tidak dapat menahannya serta tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman. Demikianlah pula hati manusia ada di antaranya yang tidak dapat menerima ilmu pengetahuan dan dengan itu tidak dapat beramal dengannya. Hati manusia yang demikian keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan seburuk-buruknya, kerana ia tidak mempunyai bahagian langsung dalam kebaikan, sama ada ilmu pengetahuan atau amal perbuatan, bahkan ia seperti haiwan, bahkan haiwan pun lebih baik lagi, kerana haiwan itu tidak akan mendapat balasan seperti yang akan didapati oleh manusia yang demikian keadaannya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.
Hadis Kedua Puluh Enam
26- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. (مسلم وأبو داود والترمذي)
26 - Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh enam ini menerangkan tentang:
(1) Galakan memberi pertolongan.
(2) Balasan usaha menuntut Ilmu.
(3) Rahmat dan pujian Tuhan didapati oleh orang-orang yang berhimpun membaca dan mengulangkaji kitab Allah.
(4) Amalan seseorang sahajalah yang menentukan maju mundnrnya.
Huraiannya:
(1) - Galakan memberi pertolongan.
Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.
Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula jadi umat manusia.
Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan perbuatannya yang baik itu - bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang pertolongan?
Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah:
Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini.
Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya.
Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam menolongnya.
Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya.
Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan mazhab yang biasa diamalkannya.
Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam.
Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri.
Sayugia disebut, manusia itu dua jenis:
(a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya.
(b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka orang yang demikan keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat:
Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala.
Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu.
Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat.
Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang yang semestinya bersifat adil dan amanah.
Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya.
(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:
Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya ke Syurga.
(3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya:
Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya.
Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran rahmat Allah `Aza wa Jalla.
Empat kelebihan yang diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya itu diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah), sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim.
Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w. atau mempelajari ilmu agama.
Kelebihan berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim yang ringkasan maksudnya seperti berikut:
Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka berjumpa kumpulan ahli zikir itu mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan itu serta menaunginya dengan sayap mereka berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa pertanyaan, maka Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".
(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya, kerana Tuhan telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa yang mereka telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengingatkan kaum kerabatnya bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa, dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu.
Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada hal Rasulullah s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang dikasihi, maka betapalah pula orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak menyanggup memberi pertolongan, pada "hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah! "

Kelebihan orang yang menuntut ilmu. Memang tersangat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu. Marilah kita menghayati hadis-hadis yang menceritakan perihal ini. 1- Allah permudahkan bagi penuntut ilmu jalan ke syurgaNya عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلىَ الجَنَّةِ)) أخرجه مسلم Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.)) {HR Muslim} 2- Malaikat meletakkan sayap menaungi penuntut ilmu dan makhluk-makluk Allah memohon ampun baginya. عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: (سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْه وسلَّمَ يَقُولُ: مَن سَلَكَ طَرِيْقًا يَبْتَغِي فِيْهِ عِلْمَاً سَهَّلَ اللهُ لهُ طَرِيْقَاً إلى الجَنَّة وإنَّ المَلائِكَةَ لَتَضَعُ أجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ رِضَاً بِما يَصْنَعُ وَ إنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغفِرُ لهُ مَن في السَّمواتِ ومَن في الأرضِ حَتَّى الحِيْتَانُ في المَاءِ وفَضْلُ العَالِمِ عَلى العَابِدِ كَفَضلِ القَمَرِ على سَائِرِ الكَوَاكِبِ وإنَّ العُلَماءَ وَرَثَةُ الأنبِيْاءِ وإنَّ الأنبِيْاءَ لمْ يُوَرِّثُوا دِيْناراً ولا دِرْهَمَاً وَ إنَّما وَرَّثُوا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ). َأَخْرَجَه أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِي Maksudnya: Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain, Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar.)) {HR Abu Daud dan At-TIrmizi} 3- Allah menginginkan kebaikan bagi diri penuntut ilmu. عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ )) أَخْرَجَه البُخَارِي وَ مُسْلِم Maksudnya: Daripada Muawiyah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka Allah akan menjadikan dia faham dalam bidang agama.)) {HR Bukhari dan Muslim} 4- Ilmu menjadi amalan yang dapat dijadikan aset di akhirat nanti. وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ )) رواه مسلم Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Apabila matinya seorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya (oleh orang lain), atau anak soleh yang mendoakannya.)) {HR Muslim} 5- Menuntut ilmu dikira antara ibadah dan jihad. قَالَ مُعَاذُ بْن جَبَل رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: "تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ فَإِنَّ تَعَلُّمَهُ لِلَّهِ خَشْيَةٌ، وَطَلَبَهُ عِبَادَةٌ، وَمدَارَسَتَهُ تَسْبِيحٌ، وَالْبَحْثُ عَنْهُ جِهَادٌ، وَتَعْلِيمَهُ لِمَنْ لاَ يَعْلَمُهُ صَدَقَةٌ، وَبَذْلَهُ لأَهْلِهِ قُرْبةٌ، وَهُوَ الأَنِيْسُ فِي الوَحْدَةِ، وَالصَّاحِبُ فِي الخَلْوَةِ". ‏‏ Maksudnya: Berkata Muaz bin Jabal: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntutnya kerana Allah adalah satu bentuk ketakwaan, mencarinya adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah. Dia adalah teman kala keseorangan dan sahabat ketika bersendirian.” 6- Penuntut ilmu tergolong antara mereka yang bebas dari laknat Allah di muka bumi ini. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ‏:‏ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ‏:‏ ((‏الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ ومَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرَ اللهِ تَعَالَى، وَمَا وَالاَهُ، وَعَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا‏"‏ ‏رواه الترمذي وقال‏:‏ حديث حسن‏ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah i bersabda: (( Dunia ini adalah dilaknat. Dilaknat apa yang didalamnya kecuali berzikir kepada Allah Taala dan apa yang menurut kehendakNya, dan orang yang alim atau orang yang belajar.)) {HR At-Tirmizi} 7- Penuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah. عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ‏:‏ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏: ((‏مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِع))‏ رواه الترمذي وقال‏:‏ حديث حسن‏ Maksudnya: Daripada Anas radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia di dalam sabilillah sehinggalah dia pulang.)) {HR At-Tirmizi} Begitulah betapa banyaknya kelebihan yang telah Allah sediakan bagi penuntut ilmu. Tidak kiralah apa-apa ilmu pun, asalkan ilmu itu bermanfaat dan bukanlah ilmu yang haram seperti belajar mencuri, belajar melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan sebagainya. Justeru, sebagai penuntut ilmu, kita haruslah sentiasa bersemangat tinggi dalam menuntut ilmu. Jadikanlah hadis-hadis ini sebagai peransang dan motivasi kepada diri sendiri agar kita sentiasa istiqamah di atas landasanNya, InsyaAllah.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan