Jumaat, 15 Mei 2015

APA DIA TAKSUB...DAN FANATIK
















  • GOLONGAN YANG SELAMAT TIDAK TAKSUB (FANATIK) KECUALI PADA FIRMAN ALLAH & SABDA RASULULLAH

    Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
    (Teks disalin dari rakaman kuliah Jalan Golongan yang Selamat, Bahagian 2 Prinsip ke-6, 28.01.2013 – minit 00:11:16 – 00:48:08)
    Berkata Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah pada Bahagian 2, Prinsip ke-6;
    Golongan yang selamat tidak fanatik kecuali kepada firman Allah dan sabda RasulNya yang maksum yang berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu. Adapun manusia selainnya betapa pun tinggi darjatnya terkadang dia melakukan kesalahan sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
    كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
    “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
    Imam Malik rahimahullah, (juga dikenali sebagai Imam Darul Hijrah, Imam di Madinah Al-Munawwarah pada zamannya) berkata, “Tidak seorang pun sesudah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam (yang ucapannya hendaklah sentiasa diambil dan diterima).”
    (Minhaju Al-Firqati Al-Najiyah wa Al-Thaifah Al-Manshurah)
    jalan_golongan_selamat (1)Penjelasan:
    Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu mengatakan bahawa di antara sifat-sifat golongan selamat adalah mereka tidak taksub (tidak fanatik) kepada sesiapa, kecuali kepada firman Allah dan sabda Rasulullah sahaja. Dalam erti kata lain, mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sama sekali tidak mengenepikannya untuk mengambil selain daripada kedua-dua rujukan ini.
    Mereka tidak fanatik kepada sesiapa pun tidak kira sebesar mana pun ulama itu. Mereka tidak fanatik kepada mana-mana mazhab. Mereka tidak fanatik kepada mana-mana aliran pemikiran, tarikat-tarikat, parti, Jemaah atau kumpulan. Sama sekali mereka tidak fanatik kepada mana-mana kumpulan, Jemaah, ataupun mazhab-mazhab ini. Mereka hanya berpegang teguh kepada Al-Quran dan juga Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
    Kalau kita lihat realiti atau waqi’ umat Islam, akibat kejahilan mereka kepada Al-Quran dan juga Sunnah menyebabkan mereka jauh dari agama, jauh dari Al-Quran dan Sunnah sehingga akhirnya realiti hidup mereka sebagai seorang Islam ataupun hidup mereka dalam beragama tidak lebih dari sekadar bertaqlid kepada mazhab atau aliran tertentu.
    Majoriti umat Islam di Nusantara misalnya bertaqlid kepada mazhab Syafi’i. Kalau ada yang bertanya mengapa mazhab Syafi’i, apa sebab musababnya? Kemungkinan besarnya adalah kerana tempat ustaz-ustaz mereka belajar dulu juga bermazhab Syafi’i. Rata-rata ustaz-ustaz kita dulu pada sekitar tahun 60-an, 70-an, kebanyakan mereka datang dari Universiti Al-Azhar. Maka di antara mazhab di Mesir adalah mazhab Syafi’i, di samping ada sedikit sebanyak dari mazhab Hanafi.
    Itu di Nusantara. Kalau di India atau Pakistan, rata-rata masyarakat Islam di sana bermazhab Hanafi. Maka janganlah pelik kalau di antara pengikut-pengikut Jemaah Tabligh secara automatik mereka terikut-ikut dengan mazhab Hanafi. Walaupun mereka orang Malaysia, tetapi apabila mereka mengikut Tabligh, mereka akan beramal dengan mazhab Hanafi kerana guru-guru mereka dari India bermazhab Hanafi.
    Kalau di negara Arab, misalnya Arab Saudi, rata-rata mereka bermazhab Hanbali. Adapun negara-negara Arab lain, contohnya di Syria, Jordan, mereka kebanyakannya bermazhab Syafi’i atau Hanafi. Adapun di negara-negara Afrika, rata-rata orang Islam di sana bermazhab dengan mazhab Maliki.
    Ini realiti keadaan umat Islam. Mereka tidak lebih dari sekadar taqlid kepada mazhab. Maka jangan kita hairan, banyak dari amalan mereka dalam beragama, contohnya orang-orang Afrika seperti yang kita lihat ketika Haji atau pelajar mereka di sini, apabila mereka berdiri di dalam solat, mereka turunkan tangan (tidak bersedekap). Kenapa begitu? Kerana mereka mengamalkan mazhab Maliki, yang disandarkan kepada Imam Malik bin Anas.
    Jika ditanya apa hujah dan sandaran untuk tidak meletakkan tangan di atas, mengapa tidak meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri seperti mazhab-mazhab yang lain, mengapa melepaskan tangan ke bawah, jawapannya tidak lebih daripada “Ini pendapat mazhab”. Kenapa? Kerana tidak ada dalil dan tidak ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah pernah melepaskan tangan ke bawah. Bukan sahaja hadis dhaif, bahkan hadis palsu pun tidak ada satu pun, seperti mana yang dijelaskan oleh ulama pakar dalam bidang hadis, Syaikh Al-Albani rahimahullah.
    Satu contoh lain yang berlaku dalam masyarakat kita adalah apabila mereka berwuduk, apabila sampai ke bahagian kepala kita melihat mereka sekadar menyapu atau mencuit sedikit sahaja di hujung kepala. Jika ditanya kenapa buat begitu? Kita akan dapati jawapan yang sama juga. “Ini adalah pendapat mazhab”.
    Sedangkan kalau kita kembali kepada hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, pernah atau tidak sejak perintah salat diturunkan sejak Rasulullah di Makkah lagi, kemudian Baginda berhijrah ke Madinah, sepanjang 10 tahun Rasulullah di Madinah, shalat yang berlaku berulang-ulang kali, pernah atau tidak apabila berwuduk Rasulullah sekadar mencuit di hujung rambut atau hujung kepala sahaja? Tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan bahawa Rasulullah mencuit atau menyapu kepala bahagian depan sahaja. Hendak disimpulkan bahawa ia adalah sekadar pendapat mazhab semata-mata. Ini antara contoh taqlid kepada mazhab iaitu mengikut tanpa ada dalil.
    Juga baru-baru ini anak perempuan saya hendak salat, katanya, ustazah dia kata, perempuan kalau hendak takbir, tangan kena dirapatkan pada badan, jangan direnggangkan. Ketika sujud juga sama, tangan dirapatkan dan dimasukkan ke dalam. Ketika berdoa juga sama, tangan mesti dirapatkan, kalau renggang untuk lelaki. Apabila kita tanya kenapa seperti itu? Katanya “Ustazah kata”. Jadi semua ini dari mana datangnya?
    Adakah benar wujudnya perbezaan solat lelaki dan solat perempuan dalam pergerakan dan perbuatan ketika solat? Jawapannya, sama sekali tidak. Bahkan ini semua jelas dan terang-terang menyalahi sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Bahkan ketika dalam sujud, kita ditegah meletakkan atau merapatkan tangan ke badan. Kita disuruh supaya menjarakkan, membuka dan mengangkat siku, jangan dirapatkan apatah lagi meletakkan di atas lantai kerana ia menyerupai duduknya anjing. Tetapi hal ini semua diabaikan atas alasan perempuan tidak sama seperti lelaki. Ini semua akibat dari pendapat-pendapat mazhab yang akhirnya menjadi ikutan dan menjadi sebahagian dari agama.
    Dakwaan Umat Islam bahawa mereka berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah tidak lebih dari dakwaan semata-mata. Buktinya adalah apabila kita kedepankan kepada mereka dalil dan penjelasan tentang kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan, lihat apa tindak balas mereka. Apa reaksi mereka.
    Golongan yang selamat apabila dijelaskan kepada mereka kebenaran, dalil, bukti, dijelaskan kepada mereka tentang kebenaran sesuatu perkara, reaksi golongan yang selamat adalah mereka akan pantas dan cepat-cepat mengambil kebenaran yang diberikan kepada mereka. Ini yang dimaksudkan oleh Syeikh Muhammad bin Jamil. Kalau itu adalah kata-kata Allah, kalau itu adalah sabda Rasulullah, maka tidak ada pilihan bagi mereka selain dari mengambil hujah-hujah yang diberikan kepada mereka.
    Kalau dibawakan kepada mereka firman Allah dan kata-kata Rasulullah, sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak akan berpaling, mereka tidak akan melihat-lihat sekeliling mereka lagi. Sebaliknya mereka terus mengambilnya. Bertepatan dengan firman Allah,
    وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
    “Dan tidak patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sesuatu, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (Surah Al-Ahzab, 33: 36)
    Tidak ada pilihan bagi mereka selain daripada menurut perintah Allah dan RasulNya. Ini adalah sifat orang yang beriman. Maka tidak ada istilah ta’assub kepada selain daripada Allah dan juga Rasulullah. Ini adalah sifat golongan yang selamat. Ini adalah sifat orang yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan erti kata yang sebenar. Ini adalah sifat golongan Salaf Al-Soleh.
    Berbeza dengan golongan yang taqlid buta kepada mazhab, atau lebih parah lagi golongan yang taksub kepada mazhab, taksub kepada parti, tarikat, Jemaah sekian, atau Jemaah si fulan. Ini kerana apabila dipersembahkan kepada mereka kebenaran, nasihat-nasihat yang baik, antara jawapan mereka yang biasa kita dengar;
    Pertama, mereka akan pertahankan mazhab mereka. Sedaya upaya mereka akan pertahankan Syeikh-Syeikh mereka, ulama-ulama mereka, Ustaz-ustaz mereka, tokoh-tokoh mereka. Maka untuk itu mereka akan kata, “Mereka ini ulama, siapa kita? Mereka lebih arif daripada kita. Takkan mereka tidak tahu tentang dalil yang engkau sebutkan ini? Takkan mereka menyelisihi dalil yang engkau sebutkan ini? Mereka dah jumpa dalil yang engkau bawa, tetapi mereka lebih faham daripada engkau.”
    Maka kerana itu mereka berpendapat dengan pendapat mereka yang menyelisihi dalil dan hujah yang kita persembahkan, di mana ia tidak lari daripada kata-kata Allah dan kata-kata Rasulullah. Ini adalah hujjah. Tidak ada hujjah selain daripada itu. Selain daripada kata-kata Allah dan kata-kata Rasulullah bukan hujjah. Tetapi begitulah jawapan mereka. Sedaya upaya mereka akan pertahankan mazhab mereka, ulama dan Syeikh-syeikh mereka.
    Kedua, mereka melihat pada dalil yang kita bawa tetapi teragak-agak untuk beramal dengannya. Kita telah bawakan kepada mereka dalil, hadis, sabda Rasulullah, sunnah Nabi. Kita berikan kepada mereka. Apa reaksi mereka dengan hadis yang diberikan kepada mereka? Mereka teragak-agak untuk mengambil hadis yang diberikan.
    Kebiasaannya, apabila diberikan hadis yang menyalahi pegangan dan amalan mereka, mereka akan bertanya. Kita bukan menceritakan tentang hadis yang dhaif atau palsu. Kita sedang cerita tentang hujah yang jelas, hadis yang jelas, hadis yang sahih. Bukan hadis dhaif atau maudhu’ kerana itu bukan hujah dan memang harus ditolak. Tetapi ini adalah hadis yang sahih, apatah lagi kalau hadis itu ada di dalam Bukhari dan Muslim. Tetapi mereka tetap teragak-agak. Dan dalam mereka teragak-agak, mereka akan bertanya, “Siapa yang sependapat dengan hadis ini?” “Siapa yang beramal dengan hadis ini?”
    Mereka bertanya siapakah yang telah beramal dengan hadis ini. Apa ertinya? Ini bahaya. Seolah-olah bagi mereka, hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam perlu ada persetujuan daripada ulama-ulama ataupun mazhab-mazhab. Perlu ada ulama dan mazhab yang beramal dengannya sebelum ia boleh diterima. Hadis itu sahih sahaja tidak cukup. Ia perlu diamalkan oleh mazhabnya. Contoh, Imam Hanafi beramal atau tidak dengan hadis itu? Imam Syafi’i beramal atau tidak dengan hadis itu? Kalau Imam mazhabnya beramal baru dia ambil. Kalau ulama-ulamanya tidak beramal dengan hadis itu, mereka akan teragak-agak kalau bukan menolaknya sama sekali.
    Hakikatnya mereka mendahulukan kejahilan mereka. Mereka menolak hadis itu dengan kejahilan mereka semata-mata, atas alasan kononnya masyarakat tidak beramal dengan hadis itu, ataupun ulama-ulama mereka tidak beramal dengan hadis itu. Maka untuk itu mereka tidak boleh terima hadis itu, sebab pada sangkaan mereka, ulama-ulama tidak beramal dengan hadis itu.
    Pada hakikatnya, sikap ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk. Bukan sahaja dari sudut menolak hadis, tetapi juga dari sudut cara berfikir; 1) Dia jahil apabila dia menganggap tidak ada ulama yang beramal dengan hadis itu. 2) Seolah-olah hadis Nabi perlu mendapat persetujuan daripada ulama-ulama tertentu untuk ia diamalkan. 3) Dia menganggap bahawa Ulama telah sepakat untuk tidak beramal dengan hadis itu. Dia merasakan bahawa Ulama-ulama sama seperti dia, jahil seperti dia, sepakat seperti dia untuk tidak beramal dengan hadis itu. Lebih buruk lagi kalau dia menganggap bahawa ulama telah ijma’ untuk tidak beramal dengan hadis itu.
    Ini adalah perbuatan yang hodoh kerana tanpa dia sedar, dia telah menganggap bahawa Ulama Islam telah ijma’ di atas kesesatan. Ini kerana menyalahi hadis adalah kesesatan yang jelas. Maka dia telah mendakwa dan mentohmah para Ulama tanpa sedar, apabila dia mengatakan para ulama ijma’ untuk menolak hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan mendahulukan pendapat peribadi mereka. Sedangkan adakah ini boleh berlaku? Jawapannya mustahil. Tidak akan berlaku. Ia tidak lebih daripada sangkaannya semata-mata akibat kejahilannya sendiri.
    Ini kerana seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
    لاَ تَجْتِمَعَ أُمَّتِي عَلى ضَلاَلَةٍ
    “Umatku tidak akan bersatu di atas kesesatan.” (Sahih. Riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Tirmidzi)
    Maka andai anda menyangka bahawa ulama telah sepakat menolak hadis, itu adalah sedusta-dusta tanggapan. Kerana percayalah, kalau anda tidak tahu tidak bererti tidak ada. Dalam masa yang sama, kita mengatakan bahawa tidak semestinya kita kena tahu dan kena ada ulama yang mengamalkan, baru kita beramal. Sebaliknya kita kena yakin pasti ada ulama yang telah beramal dengan hadis itu kerana hadis itu adalah sahih. Mustahil para ulama sepanjang zaman atau pada satu-satu zaman itu sendiri tidak ada yang beramal dengan kebenaran. Kerana jika tidak ada yang beramal, itu bermakna bahawa mereka telah sepakat di atas kesesatan, dan hal ini adalah mustahil seperti mana hadis yang disebutkan tadi.
    Maka dapat kita simpulkan bahawa orang-orang yang ta’assub ini mendahulukan kejahilan mereka dalam menolak hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Dia menolak ilmu, menolak sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam semata-mata kerana kejahilan.
    Imam Al-Subki (wafat 756H) mengatakan, “Bagiku, seseorang itu kalau telah diberikan kepadanya hadis, hendaklah dia terus mengambil hadis itu. Hendaklah engkau membayangkan bahawa Rasulullah berada di hadapan engkau (apabila hadis itu dibacakan) menyebutkan hadis itu. Maka apakah engkau masih teragak-agak apatah lagi menolak apa yang disebutkan oleh Rasulullah itu? Bagiku, seseorang itu wajib beramal dengan ilmu yang ada pada masing-masing.”
    Orang yang mengetahui berkewajipan untuk beramal dengan ilmu yang dia ada. Jangan dipedulikan tentang orang lain. Orang lain masing-masing dengan ilmu dan kefahaman masing-masing. Tetapi kalau sudah diberikan kepada kita hadis, maka kita wajib beramal dengan hadis yang telah sampai kepada kita.
    AHLI SUNNAH TIDAK MENOLAK MAZHAB DAN TIDAK TAKSUB KEPADA MAZHAB TERTENTU
    Apakah maksud berpegang dengan Al-Quran dan Al-Sunnah? Apakah saranan untuk ittiba’ (berpegang dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sejajar dengan pemahaman Salaf) bererti kita menolak mazhab-mazhab? Ini adalah satu syubhat. Seringkali kita dengar orang mengatakan bahawa pengikut-pengikut sunnah ini tidak ada mazhab, menolak mazhab. Ini antara syubhat yang biasa kita dengar.
    Di dalam persoalan ini, Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan bahawa sekiranya yang dimaksudkan dengan soalan ini (menolak mazhab) adalah menolak kesemua mazhab feqah yang empat; Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali, maka itu adalah tidak benar. Kerana ulama-ulama Islam atau ulama-ulama fikah secara khasnya tidak lari daripada keempat-empat mazhab ini. Kalau kita mengatakan kita telah menolak semua mazhab itu bererti kita telah menolak semua ulama-ulama. Maka akhirnya kita mengikut siapa? Itu jelas menunjukkan bahawa kita mengadakan satu mazhab yang baru. Ini juga satu kesesatan.
    Syaikh Albani mengatakan bahawa kebenaran itu tidak akan lari daripada empat mazhab ini. Ulama-ulama Islam tidak lari daripada empat mazhab ini. Kalau kita hendak tambah satu lagi mazhab pun tidak ada masalah iaitu mazhab Al-Dzahiri, yang juga dianggap sebagai satu mazhab yang muktabar. Ini kerana ada juga pandangan-pandangan dari mazhab Al-Dzahiri ini yang menepati kebenaran. Di antara Ulama mazhab ini adalah Imam Ibnu Hazm rahimahullah.
    Maka formulanya adalah; Agama Islam terhimpun dalam keempat-empat mazhab. Namun tidaklah sesebuah mazhab itu menghimpunkan agama Islam.
    Maknanya kebenaran agama Islam itu ada di dalam empat mazhab itu, tetapi kebenaran agama Islam tidak terhimpun dalam satu mazhab sahaja. Kalau kita mengatakan bahawa satu mazhab itu menghimpunkan kebenaran kesemuanya, bererti kita telah menolak ketiga-tiga atau empat mazhab (termasuk Al-Dzahiri) yang lain, dan ini adalah sifat orang ta’assub (fanatik) yang merasakan mazhabnya sahaja yang benar manakala mazhab-mazhab lain adalah salah tanpa dia melihat dalil dan hujah. Baginya mazhab dia benar dan dia tidak peduli apa pun.
    Maka Syaikh Albani mengatakan bahawa menolak keempat-empat mazhab itu tidak betul, kerana kebenaran itu pasti ada pada salah satu daripadanya.
    Adapun kalau kita mengatakan bahawa ittiba’ itu bererti berpegang dengan dalil Al-Quran dan Sunnah serta menolak pendapat mazhab yang tidak benar dan bercanggah dengan dalil, maka itu benar. Kalau yang dikatakan menolak pendapat mazhab yang tidak menepati dalil dan mengambil pendapat mazhab lain yang menepati dalil, maka itu benar.
    Maka kita menolak pendapat mazhab yang tidak menepati dalil, dan hasilnya adalah kita mengambil dalil yang ada pada salah satu daripada mazhab yang lain. Kerana percayalah, dalil itu ada pada salah satu mazhab yang lain. Mustahil kebenaran itu tidak ada pada mana-mana mazhab.
    KEDUDUKAN AL-QURAN & SUNNAH DAN KEDUDUKAN ULAMA ISLAM
    Maka bagaimana kedudukan kita dalam beragama, bagaimana kedudukan Al-Quran dan Sunnah dengan kedudukan para Ulama? Kita mengatakan bahawa para Ulama memiliki kedudukan yang tinggi. Untuk itu kita menghormati dan memuliakan mereka. Hakikatnya para ulama telah melakukan apa yang wajib atas mereka, iaitu ijtihad untuk mendapatkan kebenaran dan untukmemahami Al-Quran dan Sunnah.
    Tetapi seperti mana yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad bin Jamil di dalam perkara yang ke-6 ini berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.”
    Termasuk anak Adam ini adalah para Ulama. Mereka juga manusia, mereka tidak maksum dan tidak lari dari melakukan kesalahan. Ini sewajarnya menjadi sebahagian dari kepercayaan kita. Kita menghormati dan memuliakan mereka, tetapi jangan sampai kita meletakkan mereka pada kedudukan maksum, sehingga segala yang datang dari mereka adalah benar. Ini adalah kesesatan.
    Oleh kerana itu kita mengatakan bahawa Ulama telah ijtihad seperti mana yang wajib atas mereka kerana mereka ada ilmu dan mereka telah sampai ke peringkat mampu untuk ijtihad. Walaubagaimana pun, tidaklah semua ijtihad itu benar. Seperti mana yang disebutkan di dalam hadis,
    إذا اجتهد الحاكم فأصاب فله أجران، وإن اجتهد فأخطأ فله أجر
    “Apabila berijtihad seorang hakim dan dia menepati kebenaran maka baginya dua pahala, dan jika dia berijtihad dan tersalah maka baginya satu pahala.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Maka ini adalah kepercayaan kita kepada para ulama. Mereka ijtihad kerana mereka layak untuk ijtihad, tetapi bukan bererti semua ijtihad adalah benar. Ijtihad yang benar adalah ijtihad yang menepati dalil Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala ijtihad yang bercanggah atau menyelisihi Al-Quran dan Al-Sunnah adalah ijtihad yang salah dan perlu kita tolak.

    Jumaat, 9 April 2010


    Elakkan Taasub Dan Fanatik

    Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim
    Universiti Utara Malaysia

    Taasub dan ketaasuban seringkali difahami sebagai berpegang kepada sesuatu tanpa melihat kepada kebenaran yang terangkum di dalamnya. Perkataan fanantik kerap digunakan untuk menggantikan perkataan taasub. Perkataan fanatik mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995: 476) bermaksud taasub, tegar hati, kuat pegangan, kuat keyakinan dan kuat kepercayaan. Fanatisme pula ialah kepercayaan yang sangat kuat, terlampau kuat atau kepercayaan yang kuat.


    Fanatik juga didefinisikan sebagai seorang yang menunjukkan keghairahan yang melampau dan kegigihan terhadap ketaatan membabi buta khususnya terhadap beberapa perkara kontroversi (sebagaimana dalam agama, politik atau falsafah). Biasanya seseorang itu menyeru terhadap pegangannya secara bersemangat dan ia adalah suatu desakan tanpa alasan dan tanpa tolak-ansur
    (Webster's Third New International Dictionary, 1986).


    Masyarakat Islam berdepan dengan banyak sikap taasub sama ada taasub dari sudut politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Taasub dengan parti politik akan membuat pendokongnya 'mentakwilkan' atau 'mempositifkan' tindakan pemimpin, walaupun tindakan tersebut nyata salah dan membawa kerugian pada umat. Taasub kepada individu pula, namun memuliakan individu sama ada guru atau orang-orang soleh adalah dibenarkan, tetapi mungkin juga membuatkan seseorang mendewa-dewakan individu tersebut dan pendewaan inilah yang ditolak.


    Taasub kepada sesuatu sistem ekonomi membuatkan seseorang sukar berubah kepada sistem ekonomi yang lain iaitu sistem ekonomi Islam. Golongan ini lebih selesa dan taasub dengan sistem ekonomi konvensional dan unsur ribawi sehingga memandang sinis kepada sistem ekonomi Islam.


    Dari sudut sosialnya, sejarah peradaban Islam kerap membentangkan adanya budaya taasub mazhab di kalangan umat Islam. Pada tahap itu, pengikut-pengikut setiap mazhab bertelingkah mempertahankan mazhab masing-masing sehinggalah berlakunya pertelingkahan dan perpecahan. Namun telah berlaku kematangan sehingga ummah boleh menerima perbezaan pendapat dari sudut amalan-amalan fiqh. Hasilnya ummah dapat melihat berlakunya 'kematangan' dan setiap mazhab fiqh bertolak ansur terhadap perbezaan amalan-amalan fiqh di tengah-tengah masyarakat.


    Kesan daripada kematangan ini ialah:

    • Perbezaan mazhab dapat diterima secara harmoni. Dalam konteks Malaysia, umat Islam boleh menerima kehadiran Masjid India, Masjid Pakistan dan Masjid Cina Muslim.

    • Pengajaran-pengajaran fiqh sunni dalam empat mazhab tersebut dapat diterima oleh majoriti negara Islam di institusi-institusi pengajian tinggi dan masjid-masjid, kecuali ada sedikit negara Islam bersikap tertutup dan meruntuhkan pengajian empat mazhab.

    • Penekanan pegangan satu mazhab untuk sesuatu negara juga untuk mengelakkan ketidakselarasan telah diterima ummah. Sebagai buktinya, khilafah Uthmaniah terkenal dengan mazhab Hanafi tanpa mengenepikan hak masyarakat meyakini mazhab fiqh sunni yang lain.


    Walaupun masyarakat ini dilabelkan sebagai taasub mazhab, namun mereka telah bersedia menerima perbezaan ini dengan berlapang dada tanpa sesat-menyesat atau kafir mengkafir. Oleh itu, di dalam lingkungan fahaman Ahlussunnah Wal Jamaah atau Sunni, kita tidak pernah mendengar pengikut Imam Shafie Rahimahullah menyesatkan pengikut Imam Abu Hanifah Rahimahullah..


    Pada situasi yang lain, telah lahir golongan yang menyeru supaya tidak bermazhab. Mereka melabelkan golongan yang bermazhab dengan berbagai label, antaranya:

    • Taasub kepada mazhab.

    • Mengikut imam-imam dan bukan mengikut al-Quran dan sunnah.

    • Perbezaan amalan fiqh membawa kepada bid'ah dan sesat. Habis disesatkan masyarakat yang beramal hukum fiqh secara berbeza seperti qunut, talkin, zikir berjemaah dan sebagainya.


    Itulah antara tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka yang bermazhab. Mereka gagal melihat atau tidak mahu melihat bahawa imam-imam mazhab dan murid-murid mereka sebenarnya mengeluarkan hukum hasil daripada kajian mendalam terhadap al-Quran dan al-sunnah. Bahkan mereka adalah generasi ulama Salaf yang disebut sebagai khayrul ummah (sebaik-baik ummah). Imam-imam tersebut tidak sekali-kali menuduh sesat kepada masyarakat pada persoalan cabang atau furuk. Bahkan mereka belajar dari ulama-ulama pelbagai mazhab untuk mendapatkan satu kepastian hujah bagi setiap mazhab tersebut. Pegangan inilah yang diwarisi kepada anak-anak murid mereka zaman berzaman. Pada keadaan tertentu, mereka bersetuju mengambil pandangan mazhab lain disebabkabkan dalil yang kuat, atau keperluan mendesak umat.


    Kelihatannya, pihak yang membawa laungan untuk tidak bermazhab, mereka sebenarnya jatuh ke dalam 'taasub untuk tidak bermazhab'. Mereka sudah meletakkan satu ketetapan di dalam pemikiran mereka bahawa

    • Hanya pandangan mereka benar.

    • Memandang sinis kepada orang-orang yang bermazhab.

    • Pandangan yang bertentangan adalah salah, sesat, bid'ah dan sebagainya. Pada banyak keadaan, mereka mendakwa pandangan berlawanan sebagai fahaman Syiah, Jahmiyyah dan sebagainya.

    • Mereka tidak mahu mengikut fatwa Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi'i dan Imam Ahmad dan anak-anak murid mereka kerana tidak mahu bertaqlid. Namun secara hakikatnya, mereka adalah pentaklid kepada Sheikh Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abdul Wahhab, Albani dan lain-lain. Kebanyakan hadis yang mereka keluarkan, bukan usaha mereka, tetapi dengan bertaklid kepada Albani. Lebih membimbangkan, pandangan imam-imam sebelumnya ditakwil supaya selaras dengan pandangan sheikh-sheikh rujukan mereka.

    • Melarang pembelajaran mazhab-mazhab lain selain dari mazhab mereka atas alasan mazhab-mazhab tersebut tidak berpegang kepada dalil.

    • Seruan supaya semua orang berijtihad walaupun secara hakikinya pengikut mereka sebenarnya tidak mampu berijtihad, sebaliknya mereka mengubah taklid dari bertaklid kepada imam-imam mazhab kepada bertaklid dengan pentafsiran mereka.


    Mereka sebenarnya telah melahirkan mazhab kelima yang lahir selepas kurun ke 7 Hijrah, dan membawa pengikutnya mengikut pentafsiran orang yang jauh zamannya (al-Nazil) dari Rasulullah SAW, berbanding Imam-Imam mazhab (al-'ali)yang lahir dan hidup di sekitar tiga kurun pertama Hijrah.


    Lebih membimbangkan, sekiranya ketaasuban golongan ini membawa kepada menganggap wajib memerangi perbezaan pandangan tersebut, kerana perbezaan amalan fiqh tersebut adalah sesat dan kedudukannya adalah mesti diperangi kerana ia setaraf dengan ijmak para sahabat iaitu kewajipan memerangi golongan yang tidak membayar zakat.


    Inilah antara ketaasuban yang sedang menghantui masyarakat. Sikap keterbukaan dalam berbeza pendapat menjadi semakin tertutup dan sempit. Kesan ketaasuban ini telah mula dirasai secara mendalam oleh masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah dan para ustaz memperbetulkan keadaan ini supaya pertelingkahan dan perpecahan tidak melarat dan membawa kerugian kepada majoriti tipis masyarakat Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT menyelamatkan umat ini daripada perpecahan yang semakin kritikal. Wallahu a'lam.
    Sumber : Http://Drasmadinet.Blogspot.Com

    Apa itu Fanatik?

    Fanatisme
    Fanatik, telah menjadi satu kata yang sangat bertuah di Indonesia. Bertuah bagi yang menjatuhkannya (memfonis) namun malapetaka bagi yang menerima. Dengan kesungguhan yang tiada henti, pemerintah dan media di Indonesia telah berhasil membuat pandangan (image/imej) bahwa sikap fanatik tersebut ialah identik dengan Islam. Setiap orang Islam yang berkeinginan hendak menegakkan Syari’at Islam di Indonesia maka ia merupakan seorang fanatik.
    Namun engku-engku sekalian, tahukah engku arti dan makna dari kata fanatik tersebut? Benarkah sikap fanatik itu ialah orang-orang Islam yang berkeinginan untuk menegakkan hukum “Syari’at di Indonesia”?
    Susah juga rupanya engku, yang banyak terdapat di internet hanyalah berbagai artikel mengenai fanatik. Sedangkan pengertian perihal apa itu fanatik sebenarnya sangatlah susah didapat. Kalau dalam sisi bahasa, fanatik berarti: teramat kuat kepercayaan (keyakinan) terhadap suatu ajaran (politik, agama, budaya, dan lain sebagainya).
    Namun dapat jua oleh kami pengertian fanatik yang kami cari. Beginilah kira-kira makna dari fanatik itu engku. Fanatik adalah suatu istilah yang digunakan untuk menyebut suatu keyakinan atau suatu pandangan tentang sesuatu. Apakah itu merupakan pandangan yang baik (positif) ataupun yang buruk (negatif). Pandangan tersebut tidak memiliki sandaran teori atau pijakan kenyataan, tetapi dianut secara mendalam sehingga susah diluruskan atau diubah. (A Favourable or unfavourable belief or judjment, made without adequate evidence and not easily alterable by the presentation of contrary evidence).
    Jadi engku, sikap fanatik itu dapat menerpa siapa saja, apapun agamanya, pandangan politik, maupun latar belakang keluarga maupun budaya. sesungguhnya sikap fanatik ada pada setiap agama, budaya, politik, maupun paham-paham lainnya. Namun kenapa hanya Islam yang menjadi sorotan. Kenapa engku? Cobalah engku fikirkan? Tidak anehkah engku?
    Coba kita tengok pada kehidupan bernegara. Sering kali pecah pertikaian antara pendukung tim sepak bola di Indonesia. bahkan tak jarang ada yang berujung pada kematian. Pernahkah hal semcam itu dilarang engku? Bukankah hal semacam itu dapat kita golongkan kepada fanatik, fanatik kepada tim sepakbola?
    Lalu bagaimana pula dengan sekelompok orang yang memutuskan batanggang sampai pagi hanya untuk menonton pertandingan sepakbola dari tim kesayangannya di Benua Eropa Sana.. pada hal esok hari mereka harus bekerja,..bukankah hal semacam itu dapat pula kita golongkan pada sikap fanatik engku?
    Ah..janganlah engku marah pula, kami paham, engkupun sangat gemar sekali menonton bola. Itukan hanya contoh, kami tidak membahas perkara benar ataupun salah..
    Itulah yang terjadi di negara kita pada saat sekarang duhai engku, sikap fanatik hampir dimiliki setiap orang. Masyarakat kitapun berkat pemberitaan dari media dengan mudahnya menjatuhkan cap fanatik kepada seseorang ataupun kelompok orang hanya dengan melihat pakaian yang dipakainya. Pada hal mereka sebenarnya tidak kenal atau paham mengenai ajaran yang dianut oleh orang-orang tersebut. Hanya berbekal informasi yang sedikit dari media yang mereka peroleh maka dengan mudahnya mereka menjatuhkan cap fanatik.
    Dalam kehidupan bernegara, pemerintah berkali-kali mendorong usaha untuk menghilangkan sikpa fanatik terhadap agama, terutama agama Islam. Tujuannya tidak hanya Islam sebagai agama juga Islam sebagai ideologi politik. Menghilangkan orang-orang yang berusaha menegakkan Syari’ah di Indonesia. Kamipun merasa heran engku, sebab sikap fanatik tidak hanya dimiliki oleh Islam sebagai suatu agama, akan tetapi juga agama lain. Sebagai ideologi politik, sikap fanatik juga tidak dimiliki oleh orang-orang yang berideologikan politik Islam melainkan oleh ideologi lainnya.
    Engku yang budiman, negara kita pada saat sekarang ini sedang tenggelam ke dalam kebebasan buta, dimana setiap orang bebas menyuarakan pendapatnya, bebas menghujat, dan lain-lain bentuk kebebasan. Sikap keras dari pemerintah terhadap salah satu agama ataupun ideologi hanya akan memperburuk keadaan. Disatu pihak salah satu ideologi ditekan, namun dilain fihak ideologi lain yang bertentangan dengan ideologi tersebut dibiarkan merajalela di negara ini. Negara ini sesungguhnya sedang mebuat bom waktu untuk kehancuran dirinya. Jangan dikira berbagai ketidak puasan akan merada dan kemudian menghilang, justeru sebaliknya, ketidak puasan akan bertambah.
    Sikap hujat-menghujat yang marak di dunia maya, akan menimbulkan kebencian bagi fihak yang dihujat. Kebencian ini lama-lama akan menjadi berubah menjadi sikap dan perilaku, perlahan-lahan masyarakat di negara ini telah terkotak-kotakkan. Sikap fanatik itu tidaklah muncul begitu saja dan juga kebanyakan bukan dari agama yang dianut. Melainkan dari cara orang lain menilai, memandang, dan bersikap kepada meraka. Dari sana muncul ketidak puasan dan berujung kepada perilaku keras dan merusak.
    Ingat engku, jiwa manusia itu ibarat air, pabila terus ditekan dan ditekan, maka dia akan berontak. Cara yang paling arif menurut kami ialah dengan menciptakan keadilan, mengekang kembali segala macam bentuk kebebasan, dan mengawasi sekalian rakyat. Sebab salah seorang negarawan Islam di abad pertengahan yang berasal dari Afrika Utara pernah berujar: kehidupan politik/negara itu jangan samapi diserahkan kepada rakyat. Sebab sebagian besar dari rakyat itu ialah bodoh.
    Bagaimana menurut engku? Lihatlah sistim demokrasi yang selama ini diagung-agungkan itu, baguskah?
    Korupsi bertambah merajalela, orang miskin bertambah banyak, penjahat bertebaran, dan lain sebagainya seperti yang engku saksikan sendiri.


    gambar: internet


    Taklid Buta Dan Taksub Kepada Imam Mazhab


    Ust. Mohd. Noor Tahir & Kaptain Hafiz Firdaus abdullah
    Sikap taklid buta terhadap para imam mazhab secara melampau perlu dihentikan. Ini kerana, semua imam mazhab menjadikan sunnah yang sahih sebagai pegangan utama dan meninggalkan pendapat individu jika menyanggahi sunnah baginda.
    Sebahagian pengikut mazhab yang fanatik menolak bulat-bulat pendapat mazhab lain. Seolah-olah, mazhabnya sahaja yang betul. Sedangkan dalam beberapa perkara, mereka sebenarnya mengamalkan pendapat imam lain atas alasan darurat.
    Ada riwayat menyebut, Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dan Harun al-Rasyid ingin menjadikan Mazhab Malik dan Kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik sebagai sumber perundangan dan rujukan kerajaan Abbasiyyah.
    Tetapi, cadangan ini ditentang oleh Imam Malik sendiri. Alasan beliau ialah kebenaran itu hanya satu, iaitu melalui Rasulullah s.a.w. Pendapat seseorang boleh ditolak apabila bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w
    Para salafussoleh bersepakat, wajib berpegang dan kembali kepada al-Quran dan sunnah yang sahih serta meninggalkan setiap pendapat yang menyalahi kedua-duanya. Walaupun ia diutarakan oleh seorang
    pakar, ulama, tokoh ilmuan atau sarjana. Ini kerana, Rasulullah s.a.w lebih afdal untuk diikuti dan dicontohi berbanding individu yang tidak terlepas daripada salah dan silap.
    Jika mendapati sesuatu yang bertentangan dengan amalan harian masyarakat kita di dalam sesebuah pendapat yang diutarakan, maka janganlah terus membuat kesimpulan yang singkat, lalu mentohmah sesuatu pendapat yang mungkin baru di mata kita dengan tuduhan yang tidak benar. Sebaliknya saya mengesyorkan agar kita semua mengkaji dan meneliti semula setiap nukilan dan pendapat yang diutarakan itu. Ini lebih baik agar kita membuat sesuatu kenyataan berdasarkan hujah dan tidak mudah diselewengkan.
    Hal ini merupakan satu contoh amalan Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA kepada ajaran Islam yang murni. Sesungguhnya meninggalkan amalan yang dipenuhi sangkaan atau taklid buta adalah suatu yang dituntut oleh syarak.
    Pengertian Taklid
    Dan Segi Bahasa
    Taklid merupakan kata terbitan daripada (قلد) yang bermaksud menyerah, menghias, menyeleweng, meniru, menurut seseorang atau menerima hutang. Antara pengertian taklid menurut sebahagian ulama salafussoleh ialah:
    Imam al-Syaukani r.h berkata:
    “Taklid ialah menerima pendapat seseorang yang tidak berdiri berdasarkan hujah.”
    Imam al-Son’ani r.h berkata:
    “Taklid ialah mengambil pendapat orang lain tanpa dalil.”
    Dan Segi Istilah
    Imam Abu Abdullah Khuwaz Mandad r.h berkata:
    “Taklid menurut pengertian syara’ ialah kembali (menyandarkan perbuatan kepada perkataan yang tidak ada hujah bagi orang yang mengatakannya serta tiada dalil (berhubung dengan) apa yang dikatakan itu, malah orang yang berkata tidak mampu membawa dalil.”
    Taklid Pendapat Generasi Salafussoleh
    Para Sahabat
    Sebenarnya, isu taklid telah lama ditegahkan oleh para sahabat Nabi s.a.w. Bukan hanya imam empat mazhab sahaja.
    Hakikatnya, terdapat banyak perbezaan pendapat dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w. Contohnya, dalam bab menguatkan bacaan basmalah ketika solat. Sebahagian sahabat menguatkannya, manakala, sebahagian yang lain pula memperlahankannya. Namun, kedua-dua pendapat ini sahih kerana ia pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Oleh itu, para ulama mengharuskan kedua-dua perbuatan ini.
    Para sahabat juga melarang bertaklid kepada seseorang. Antara mereka yang menyatakan seperti itu adalah:
    Abu Bakar al-Siddiq r.a berkata:
    “Taatilah aku selagi aku mentaati ALLAH. Apabila aku tidak lagi mentaati ALLAH, janganlah kamu semua mentaatiku.
    Au bin Abi Talib r.a berkata:
    “Mengenai orangjang berilmu itu,jika ia mendapatpetunjuk (sekalipun) janganlah kamu bertaklid kepadanya tentang agama kamu.”
    Ibn Mas’ud r.a berkata:
    “Jadilah orang yang berilmu atau orang yang belajar dan janganlah sesekali kamu menjadi pengikut kepada pendapat seseorang.”
    Imam Mazhab
    Para imam mujtahid melarang kita bertaklid kepada mereka kerana bimbang apa yang mereka ijtihadkan itu menyalahi hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang sahih.
    Mereka memerintahkan para pengikutnya agar berpegang pada hadis jika ijtihad mereka jelas menyanggahi sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih. Ijtihad mereka hanya boleh dipegang jika melibatkan hadis yang kurang jelas serta terdapat perbezaan pendapat padanya.
    Namun, jika sesuatu hadis itu sahih, jelas makna serta lafaznya, ijtihad tidak diperlukan dan seluruh umat Islam wajib beramal dengan hadis itu. Walaupun para imam amat menekankan agar kembali kepada hadis yang sahih serta meninggalkan pendapat mereka, masih ada pengikutnya yang terkemudian begitu lantang bersuara dan lebih memartabat dan mempopularkan hadis daif dan palsu.
    Mereka menyandarkan perkataan kepada para imam dan menjadikannya sebagai hujah yang batil (sesat) demi membenar dan mempertahankan kehendak hawa nafsu mereka. Perhatikanlah sebahagian daripada pendapat para imam mujtahid mengenai hukum bertaklid.
    Imam Abu Hanifah r.h (80 H 150 H) berkata:
    “Seseorang tidak boleh mengambil (berpegang) pada pendapat kami jika dia tidak mengetahui dari mana sumber itu diambil.”
    Imam Malik bin Anas r.h berkata:
    “Tidak ada seorang pun selepas Nabi s.a.w (wafat) melainkan perkataannya boleh diambil atau ditolak. (Kecuali) perkataan Nabi s.a.w sahaja (yang boleh diterima dan tidak boleh ditolak).”
    Imam Syafie r.h berkata:
    ‘‘Apabila hadis itu sahih, itulah mahabku.”
    Tambahnya lagi:
    “Umat Islam telah berjmak, tidak boleh meninggalkan sesuatu yang telah pasti dan menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan semata-mata berpegang pada pendapat seseorang.”
    Imam Ahmad bin Hanbal r.h berkata:
    “Sesiapa yang menolak hadis Rasulullah s.a.w dia telah berada di tepi jurang kebinasaan.”
    Itulah pendirian para imam mazhab. Mereka melarang keras perbuatan bertaklid kepada pendapat mereka. Mereka sendiri meninggalkan perbuatan itu jika menemui hadis yang sahih.
    Ibn Hazm r.h telah menyatakan pendapat Imam Syafie mengenai larangan bertaklid:
    “Sesungguhnya semua ulama fikah itu telah membatalkan taklid. Mereka melarang sama sekali sahabat-sahabat mereka (para pengikutnya mazhab) bertaklid kepada mereka. Antaranya al-Imam al-Syafi’e. Beliau sampai ke taraf berpendirian tegas dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis dan berpegang pada hujah yang tepat. Beliau juga tidak suka (orang lain) mengikut semua pendapatnya.”
    Perlu diingatkan, semua para imam saling menghormati pendapat satu sama lain. Imam Malik sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Manakala, Imam Syafie pula sempat menuntut ilmu daripada Imam Malik di Madinah. Manakala, Imam Ahmad bin Hanbal pula sempat berguru dengan Imam Syafie di Iraq.
    Dalam masa yang sama, kita tidak mengatakan Imam Syafie bermazhab Maliki atau Imam Ahmad bin Hanbal bermazhab Syafie. Kelebihan para imam mempunyai ilmu yang luas untuk rnenyanggahi pendapat gurunya sebagai faktor mereka sanggup keluar daripada belenggu mazhab (mengikut pendapat seseorang).
    Oleh itu, terdapat pengikut yang terkemudian keluar daripada pendapat mazhabnya kerana ilmu mereka amat luas sehingga mampu memilih pendapat yang paling tepat. Jadi, apa kurangnya ulama kontemporari yang terbuka fikiran dan ilmunya menukilkan pendapat ulama silam lalu mengamalkannya.
    Namun, mereka tidak pernah menyalahkan pendapat imam yang lain. Bahkan, Imam Syafi’e sendiri mewasiatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal agar menceritakan kepadanya setiap hadis sahih yang ditemui. mi bermakna, tidak semua hadis dimiliki atau ditemui oleh Irnam Syafie. Jika tidak, mana mungkin seorang guru meminta hadis daripada anak muridnya.
    Oleh itu, janganlah berpecah-belah semata-mata mempertahankan fahaman yang disandarkan kepada para imam. Bukankah mereka telah berlepas diri terhadap perbuatan fitnah yang dilemparkan kepada mereka.
    Mereka tidak pernah mengajar kita mengamalkan hadis dhaif walaupun ia adalah ijtihad mereka. Ini kerana, ijtihad mereka mungkin betul dan mungkin juga salah. Bahkan mereka menggalakkan kita meninggalkan pendapat yang menyanggahi sunnah yang sahih.
    Bagi kita yang telah diberi kemudahan mengkaji kitab-kitab karangan mereka, sudah pasti mudah bagi kita untuk mencari kesahihan pendapat. Inilah hasil usaha yang ditinggalkan oleh mereka pada agama ALLAH.
    Pesanan Imam Syafie
    Ramai di kalangan para kelompok masyarakat yang mengaku bermazhab Syafi’e tidak tahu tentang cara mengerjakan solat mengikut mazhabnya. Ada yang mengangkat tangan melebihi kepala dan ada yang meletakkan tangan ke tepi rusuk serta pelbagai lagi.
    Sejak akhir-akhir ini, “talfiq” iaitu percampuran pelbagai mazhab (pendapat imam) memang tidak dapat dinafikan. Cuma, kebanyakan masyarakat masih belum sedar tentang kewujudannya. Apa tidaknya, bila ke Makkah seseorang bermazhab Syafie boleh menukar mazhab. Apabila berzakat, mengikut mazhab Imam Hanafi. Apabila bersolat pula, tangan diletakkan ke bawah pusat. Bukankah itu adalah menurut pandangan Imam Abu Hanifah?
    Begitu juga dengan masalah kenduri arwah, Imam Syafi’e mengharamkannya. Tetapi ada juga yang melakukannya. Bukan orang bawahan, bahkan para ulama yang digelar ustaz dan guru. Contohnya, membaca al-Quran dan tahlilan yang dihadiahkan kepada si mati. Ini tiada dalam Mazhab Syafie.
    Oleh itu, berpeganglah pada al-Quran dan sunnah yang sahih bukannya menurut hawa nafsu semata-mata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan pendapat batil daripada ulama-ulama yang menyembunyikan ilmu. Lebih-lebih lagi mereka yang mengharapkan habuan dunia demi menjaga kepentingan diri.
    Kurang ilmu agama yang sahih, tidak mahir berbahasa Arab dan tidak pernah berhujah menjadi faktor utama mengapa seseorang itu sanggup bertaklid tanpa membuat kajian. Sedangkan Imam Syafi’e sendiri mewajibkan pengikutnya mengambil dalil yang sahih serta mengkaji ilmu agama dan bukan hanya menerima tanpa penelitian.
    Selain itu, beliau juga mengharamkan bertaklid kepadanya. Terdapat banyak kata-kata beliau yang melarang taklid kepada imam-imam mazhab. Imam Syafie r.h berkata:
    “Setiap orang boleh mengingati dan melupai sesuatu riwayat. Apa yang benar ialah sesuatu yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan itulah pendapatku.” (Hadis maqtu’ riwayat al-Hakim dengan sanad sampai kepada al-Syafie. Rujuk Tarikh Dimasyq, Ibn ‘Asaakirr: 15/1/3, I’lam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 363-364 dan al-Iqazah, ms. 100)
    “Sesiapa yang mengetahui hadis sahih, tidak boleh meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w hanya kerana mengikut pendapat seseorang.” (Rujuk Ibn al-Qayim, jil. 2, ms. 361 dan al-Fulani, ms. 68)
    “Apabila kamu temui dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang sahih, berpeganglah pada hadis itu. Tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu.” Manakala dalam riwayat yang lain katanya: “Ikutilah hadis itu dan janganlah kamu menoleh kepada pendapat sesiapa pun.” (Rujuk Zaminul Kalam, karya al-Harawi, 3/47/1, al-Khaatib dalam al Ihtijaj bi al-Syafie, jil. 8/2, Ibn ‘Asaakir, 5/9/10, al-Nawawi, al-Majmu’, jil. 1, ms. 63, Ibn Qayyim, jil. 2, ms. 361, al Fulani, ms. 100. Manakala riwayat kedua daripada Abu Nu’aim dalam al-Hiliyyah, jil. 9, ms. 107)
    Aku akan menarik semula pendapatku sama ada ketika hidup atau matiku jika ia berlawanan dengan sesuatu perkara yang sahih daripada Rasulullah s.a.w.” (Rujuk Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, jil. 9, ms. 107, al-Haraawiy, jil. 1, ms. 47, Ibn Qayyim dalam I’laam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 363 dan al-Fulaniy dalam al-Iqaz, ms. 104)
    “Apabila aku mengeluarkan pendapat yang berlawanan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang sahih, ketahuilah bahawa ketika itu aku sudah nyayuk.” (Rujuk karya Ibn Abi Hatim dalam Adab al-Syafie, ms. 93, Abu al-Qasim al-Samarqandi dalam al-Amali, Abu Hifshul Mu’addab dalam al-Muntaqa Minha, jil. 1, ms. 236, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, jil. 9, ms. 106 dan Ibn ‘Asaakir, 15/10/1, dengan jalur sanad yang sahih)
    “Semua hadis Rasulullah s.a.w yang sahih adalah pendapatku sekalipun kamu belum pernah mendengarnya daripadaku.” (Rujuk Ibn Abi Hatim, ms. 93-94)
    “Apabila hadis itu sahih, itulah mazhabku.” (Rujuk al-Nawawi dalam al-Majmu’, jil. 1, ms. 63, al-Sya’raaniy, jil. 1, ms. 57. Beliau menghubungkan sanadnya kepada al-Hakim dan al-Baihaqi. Diriwayatkan juga oleh al-Fulani, ms. 107)
    Al-Sya’raani r.h berkata:
    “Ibn Hazm berkata, maksud sahih ialah hadis sahih menurut Imam Syafie sendiri dan imam-imam yang lain.”
    Imam Nawawi al-Syafie r.h berkata:
    “Merujuk kepada kata-kata Imam Syafie ini, pengikutnya boleh mengamalkan hadis berhubung perkara tatswib (as solatu khairun minan naum) dan boleh bertahallul apabila sakit atau kerana sebab lain seperti yang tertulis dalam kitab-kitab pengikutnya yang bermazhab Syafie.
    Antara ulama fikah bermazhab Syafie yang meninggalkan pendapat beliau ialah Abu Ya’kub al-Buwaiti dan Abu al-Qasim al-Daraqi. Manakala ahli hadis bermazhab Syafie yang meninggalkan pendapat beliau ialah Imam Abu Bakar al-Baihaqi.
    Sebahagian ulama Syafi’eyah (pengikut imam Syafi’e) lebih mengutamakan hadis sahih walaupun ia tidak diamalkan oleh Imam Syafie. Menurut mereka, “setiap apa bertepatan dengan hadis sahih, itulah Mazhab Syafie.”
    Syeikh Abu ‘Amr r.h berkata:
    “Ulama Mazhab Syafie akan berbincang apabila terdapat hadis yang bercanggah dengan amalan mazhab mereka. Mereka akan mengamalkan hadis itu jika mereka mampu berijtihad. Sebaliknya jika mereka tidak mampu berijtihad, mereka tidak akan menyalahi hadis itu selepas berusaha mengkaji dan beramal mengikut ulama yang berhujah dengannya. Ini adalah suatu keuzuran untuk mereka meninggalkan mazhab yang diikuti.”
    Taqiuddin al-Subki al-Syafi’e r.h berkata:
    “Seseorang perlu mengamalkan hadis sahih jika dia yakin dengan kesahihan hadis itu walaupun tidak dapat bertemu dengan imam tersebut. Ketika itu, dia perlu membayangkan dirinya sedang berada di hadapan Nabi s.a.w dan mendengar sendiri sabda baginda. Apakah dia sanggup menangguhkan beramal dengan sabda Rasulullah s.a.w yang sahih? Tentu sekali tidak! Oleh itu, setiap orang menerima tariggungjawab sesuai dengan pemahamannya.” (Rujuk al-Syubki, Makna Qaul al-Syafi’e Iza Sohhal Hadis Fahuwa Mazhabi, ms. 103, jil. 3, I’lamul Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 302 dan 307. Juga al-Fulani dalam Iqaz Himam Ula al-Absor Lii Iqtida Bisayyidil Muhajirin Wa al-Ansor Wa Tahziruhum ‘Anil Ibtidaa al-Syafi’e Fil Qura Wal Amsor Mm Taklidil Mazahib Ma’al Hammiyyah Wal Ashabiyyah Bainal Fuqahail A’sor)
    Menurut Abdullah bin Ahmad bin Hanbal r.h, daripada ayahnya bahawa Imam Syafie r.h pernah berkata kepadanya:
    “Kamu lebih luas pengetahuan mengenai hadis dan perawi. Jika ia sahih, beritahulah aku sama ada ia dari Kufah, Basrah atau Syam. Aku akan beramal dengannya jika ia benar-benar sahih.” (Rujuk Ibn Abi Hatim dalam Adab al-Syafie, ms. 94-95, Abu Nu’aim dalam al-Haliyyah, jil. 9, ms. 106, al-Khatib dalam al-Ihtijaj hi al-Syafi’e, 8/1, Ibn ‘Asaakir, 15/9/1, Ibn Abdul Baar dalam al-Intiqaa, ms. 75, Ibn al-Jauzi dalam Manaqib al-Imam Ahmad, ms. 499, al-Haraawiy, 2/47/2, Ibn Qayyim daiam I’laam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 32 dan al-Fulaniy dalam al-Iqaz, ms. 152)
    Al-Baihaqi al-Syafie r.h berkata:
    “Syafi’e banyak beramal dengan hadis. Beliau mengumpulkan ilmu ahli Hijaz, Syam, Yaman dan Iraq. Beliau akan berpegang pada hadis yang sahih menurut pendapatnya sendiri tanpa mengikut mazhab penduduk negaranya. Walaupun jelas kebenarannya pada pendapat orang lain dan tidak cenderung kepada mereka terdahulu.”
    Taqiuddin al-Subki al-Syafie r.h telah menyatakan dalam Kitab al-Fataawa, jilid 1, muka surat 148:
    “Solat ialah urusan umat Islam yang paling penting. Setiap muslim wajib mengambil berat dan memeliharanya. Terdapat perkara yang disepakati oleh ulama yang mesti diamalkan. Begitu juga dengan perkara yang tidak disepakati ulama.
    Mereka boleh memilih sama ada keluar daripada perselisihan itu atau berusaha meneliti semula hujah-hujah yang digunakan. Solat mereka sah dan betul jika mereka bijak mengkaji kerana ibadah itu sesuai dengan firman ALLAH S.WT:
    “Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya, dia hendaklah beramal soleh.” (Surah al-Kahfi 18: 110)
    Al-Muzanni al-Syafie r.h berkata:
    “Saya ringkaskan Kitab al-Umm dan huraikan maksudnya kepada sesiapa yang memerlukan. Saya juga menjelaskan larangan Imam Syafie daripada bertaklid kepadanya dan juga orang lain. Seseorang itu perlu meneliti dan mengkaji urusan agamanya serta mengambil ilmu pengetahuan dan kitab ini. (Rujuk Mukhtasar Li Fiqh al-Syafi’e, jil. 9, ms. 3)
    Para Ulama Terkemudian (khalaf)
    Ibn al-Jauzi r.h menyatakan dalam kitabnya Talbisul Iblis:
    “Orang yang bertaklid tidak ada pegangan yang teguh dengan apa yang ditaklidkan. Taklid merosakkan fungsi akal untuk berfikir dan tadabbuz. Celakalah bagi orang yang memadam lilin yang dinyalakan untuk menerangi kegelapan.”
    Imam al-Tahawi r.h berkata:
    “Seseorang tidak akan bertaklid melainkan jika dia bersifat keras kepala dan berfikiran beku.”
    Ibn Hazm r.h menyatakan dalam kitabnya Masaail Minal Usul:
    “Tidak dibenarkan sesiapa pun hertaklid kepada seseorang yang masih hidup atau yang telah mati.”
    Abu Syamah r.h menyatakan dalam Kitab al-Mu,ammal:
    “Taklid kepada orang lain selain rasul-rasul ALLAH adalah haram.”
    Imam Abdullah bin al-Mu’tamir r.h berkata:
    “Tidak ada perbezaan antara binatang ternakan yang menuruti perintah dan seorang manusia yang bertaklid.”
    Imam Sanad bin ‘Anan r.h berkata:
    “Seseorang yang bertaklid tidak berada pada pandangan dan ilmu yang benar kerana ia bukan jalan yang membawa kepada ilmu pengetahuan.”
    Beberapa langkah untuk menjauhi taqlid
    Memandangkan taqlid sudah menjadi satu kelaziman umat Islam tanah air, berikut disenaraikan beberapa langkah untuk menjauhi taqlid:
    1 - Menetapkan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap individu muslim. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim. (Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami’ al-Shagheir – no: 3913) Bertaqlid tidak termasuk di dalam kategori menuntut ilmu melainkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal.
    2 - Menetapkan keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu agama adalah mudah sebagaimana menuntut ilmu-ilmu yang lain. Lebih dari itu sesiapa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu atas tujuan memperbaiki agamanya, maka dia akan dipimpin oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
    Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (al-Ankabut 29: 69)
    3 - Lazimkan diri untuk menghadiri kuliah agama dan membaca buku yang bersifat ilmiah. Pastikan setiap pendapat/ulasan yang dikemukakan disandarkan kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah diikuti dengan hujah tokoh/ulama yang muktabar pada generasi awal Islam. Jauhilah kuliah atau buku agama yang hanya membicarakan agama tanpa dalil dan hujah.
    4 - Memberi perhatian dan keutamaan kepada para ustaz dan ustazah yang “junior”. Alhamdulillah, negara kita memiliki ramai graduan tempatan mahupun luar negara dalam jurusan agama yang mampu menyampaikan ilmu dengan menjauhi kaedah taqlid. Akan tetapi mereka tidak diberi perhatian yang sewajar oleh masyarakat sebagai sumber rujukan ilmu semata-mata kerana umur mereka yang agak muda.
    5 - Berdoa kepada Allah agar diberi kecerdasan akal dan kemudahan fizikal untuk menuntut ilmu sebagaimana firman-Nya:
    “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha 20: 114)
    Beberapa Contoh Sikap Taksub Mazhab
    Sikap taksub mazhab juga boleh menyebabkan para pengikut sesebuah mazhab sanggup mencipta hadis-hadis palsu bagi membenarkan mazhab sendiri.
    Berikut adalah beberapa contoh dari sikap taksub mazhab yang pernah dan sedang dialami oleh dunia Islam masa kini. Tujuannya ialah untuk menyedarkan kita akan kekerdilan fikiran sesetengah pihak sehingga menyebabkan timbulnya perselisihan yang besar daripada satu perkara yang asalnya tidak berselisih.
    Contoh Pertama:
    Suasana taksub bermazhab yang paling jelas ialah apabila jamaah yang melaksanakan solat fardhu dibahagikan kepada 4 kumpulan di Masjid al-Haram. Perkara ini berlaku sebelum tahun 1342H/1924M. Lebih menyedihkan, suasana begini berlaku di hadapan Ka’bah padahal Ka’bah itu sendiri merupakan binaan yang mengisyaratkan persatuan umat Islam.
    Suasana sebegini masih berlaku di beberapa masjid yang lain di negara yang rakyatnya mengikuti lebih dari satu mazhab. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh al-Albani rahimahullah tentang apa yang berlaku di Syria:
    Adakalanya didapati sebahagian jemaah itu masih menunggu kedatangan imam mazhab mereka padahal di sebelah mereka jamaah mazhab lain sudahpun memulakan solat bersama imam mereka. Mereka enggan berjamaah bersama di belakang satu imam hanya kerana perbezaan mazhab. Mereka berpendapat solat imam mazhab lain diragu-ragukan dan boleh dipersoalkan, malah ada yang mengatakan ianya tidak sah. (Rujuk: The Prophet’s Prayer Described, ms. xxix)
    Contoh Kedua:
    Contoh yang lain ialah berkenaan membaca doa qunut dalam solat Subuh. Dalam Mazhab al-Syafi‘e, membaca doa qunut dihukum sunat manakala dalam mazhab Hanafi dan Hanbali ianya tidak sunat.
    Dalam menghadapi suasana perbezaan seperti ini, segelintir ulama’ al-Syafi‘eyyah (al-Syafi‘eyyah bermaksud ulama’-ulama’ dalam Mazhab al-Syafi‘e yang hidup selepas Imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘e) yang berfatwa bahawa seorang jamaah mazhab al-Syafi‘e wajib melakukan sujud sahwi di akhir solat subuhnya apabila dia menjadi makmum kepada seorang imam dari mazhab lain yang tidak membaca doa qunut. (Lihat Fiqh dan Perundangan Islam (edisi terjemahan oleh Syed Ahmad Syed Hussain; Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 1994), jld. 01, ms. 856 oleh Wahbah al-Zuhaili). Di samping itu ada pula yang memfatwakan bahawa seorang jamaah mazhab al-Syafi‘e yang menjadi makmum di belakang imam mazhab lain yang tidak membaca doa qunut boleh mengangkat tangannya membaca doa qunut subuh selagi sempat ketika imam tersebut sedang iktidal mahupun sedang turun ke posisi sujud. (Lihat Reliance of The Traveller (Amana Publications, Maryland, 1994), F12-23 oleh Ahmad ibn Naqib al-Misri, terjemahan dan nota tambahan oleh Nuh Ha Min Keller)
    Kedua-dua fatwa di atas jelas merupakan sesuatu yang dikeluarkan kerana sikap taksub kepada mazhab. Ia jelas menyalahi perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan bahawa imam itu adalah untuk diikuti oleh jamaah dalam setiap perlakuannya. Perintah baginda:
    Sesungguhnya dijadikan seorang imam hanyalah untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Maka apabila (dia) rukuk maka rukuklah, apabila dia membaca “Sami Allahuliman Hamidah” maka bacalah “Rabbana lakalhamdu”. Dan apabila (dia) sujud maka sujudlah dan apabila (dia) solat duduk maka bersolatlah kamu semua dengan cara duduk. (Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Lihat Shahih al-Bukhari – no: 722 (Kitab Azan, Bab meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat))
    Fatwa dan pendapat di atas juga menyalahi contoh yang ditunjukkan oleh al-Syafi‘e sendiri di mana dalam satu riwayat yang terkenal, beliau telah mengimami solat subuh bersama ahli jamaah mazhab Hanafi tanpa berqunut. Apabila ditanya kenapa dia tidak berqunut, al-Syafi‘e menjawab bahawa ia adalah sebagai menghormati Abu Hanifah. (Riwayat al-Dahlawi di dalam Hujjat Allah al-Balighah, ms. 335.)
    Contoh Ketiga:
    Sikap taksub mazhab tidak terhad kepada persoalan ibadah sahaja. Ia juga melibatkan perkara-perkara lain seperti keturunan, politik dan kehidupan harian. Sebahagian pihak dalam Mazhab al-Syafi‘e pernah mengagungkan Muhammad bin Idris al-Syafi‘e rahimahullah sehingga menghina para imam mazhab lain dengan alasan sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
    Para pemimpin (mestilah) daripada (keturunan) Quraish. (Hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la dan al-Thabarani. al-Haitsami menyebutnya di dalam Majma’ al-Zawa‘id (ed: ‘Abd Allah M. Darwaisy; Dar al-Fikr, Beirut 1994) – no: 8978 dan beliau berkata: Para perawi (dalam riwayat) Ahmad adalah terpercaya)
    Berdasarkan hadis ini mereka berkata:
    Kita tidak dapati di kalangan imam-imam mujtahid (para imam mazhab) yang berketurunan Quraish selain Imam al-Syafi‘e.
    Sedangkan Imam Abu Hanifah berketurunan bekas hamba, Imam Malik bin Anas daripada qabilah Zi-Asbah, Imam an-Nakha‘e daripada qabilah Nakha’ al-Yaman. Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad al-Hassan, keduanya dari Bani Syabani dan bukannya dari Mudhar. Imam al-Tsauri berasal dari Bani Thaur dan Imam al-Awza‘e pula juga dari bekas keturunan hamba. (Demikian tulisan Abu Mansur ‘Abd al-Qahar al-Tamimi sebagaimana di dalam buku Rahmat Allah di Sebalik Perbezaan Mazhab, ms. 37 oleh Muhammad Fadli Ismail, yang mana beliau berkata buku ini ialah tulisan al-Suyuti. Buku ini perlu diteliti apakah benar ia tsabit dari al-suyuti, kerana di dalamnya terkandung begitu banyak hadis-hadis yang palsu)
    Sikap taksub mazhab oleh golongan di atas menyebabkan mata hati mereka tertutup daripada ayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang menyatakan bahawa sebaik-baik manusia bukanlah berdasarkan keturunan atau bangsa akan tetapi ketaqwaannya kepada Allah. Firman Allah:
    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (al-Hujurat 49: 13)
    Adapun maksud sebenar hadis “Para pemimpin (mestilah) daripada (keturunan) Quraish” ialah bahawa sesuatu negara atau komuniti Islam itu seharusnya memilih pemimpin mereka daripada kalangan kaum atau bani yang majoriti jumlahnya dan besar pengaruhnya supaya kepimpinan rakyat lebih teratur dan baik. Sebaliknya jika pimpinan dipegang oleh pihak minoriti ia akan membawa kekecohan di kalangan orang ramai.
    Bani Quraish disebut dalam hadis ini kerana merekalah kumpulan terbesar dan terpengaruh di Semenanjung Arab pada ketika itu. Akan tetapi hadis ini tidaklah membatasi Bani Quraish sahaja kerana mereka sebenarnya hanya sebagai kaum minoriti berbanding dengan dunia Islam yang kini menjangkau jumlah 1 billion umatnya. Hadis ini juga lebih khusus kepada persoalan pimpinan duniawi tidak dalam persoalan pimpinan agama kerana banyak dalil-dalil lain yang menyatakan bahawa hal agama tiada bersangkut paut dengan keturunan dan bangsa.
    Contoh Keempat:
    Sikap taksub mazhab juga boleh menyebabkan para pengikut sesebuah mazhab sanggup mencipta hadis-hadis palsu bagi membenarkan mazhab sendiri. Contohnya ialah hadis berikut yang dicipta oleh pengikut Mazhab Hanafi yang bencikan Mazhab al-Syafi‘e bahawa kononnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ada berkata:
    Akan muncul di kalangan umat aku seseorang yang bernama Muhammad bin Idris (al-Syafi‘e) yang akan mendatangkan kerosakan kepada umatku lebih buruk daripada Iblis dan akan muncul pula di kalangan umat aku seorang lelaki bernama Abu Hanifah yang akan menjadi cahaya penyuluh umat aku.
    Riwayat palsu ini dikenal pasti oleh Ibn al-Jawzi dalam kitabnya al-Maudu‘at, jld. 1, ms. 457 dan diutarakan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Dha‘ifah wa al-Maudhu‘ah, no: 570.
    Pengikut Mazhab al-Syafi‘e juga tidak kurang hebatnya dengan mencipta sebuah hadis lain bagi menentang Mazhab Hanafi. Diketahui bahawa bagi Mazhab Hanafi disunatkan mengangkat tangan ketika membaca takbir bagi setiap pergerakan rukun solat manakala bagi Mazhab al-Syafi‘e mereka tidak menyunatkannya. Oleh itu pengikut Mazhab al-Syafi‘e telah mencipta suatu hadis bahawa kononnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berkata:
    Sesiapa yang mengangkat tangan ketika solat maka tiadalah solat itu baginya (iaitu tidak sah).
    Riwayat ini juga telah dinyatakan kepalsuannya oleh beberapa tokoh hadis seperti Ibn al-Qayyim, al-Dzahabi dan lain-lain sebagaimana terang al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis al-Dha‘ifah wa al-Maudhu‘ah, no: 568. (Ibn al-Qayyim ialah al-Imam Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Qayyim al-Jawziyya. Lahir di Damaskus pada 691H/1292M. Antara tulisan beliau yang masyhur ialah Zaad al-Ma'ad dan I'lam al-Muwaqqi‘in, kedua-duanya telah diterjemahkan. Meninggal dunia di Damsyik pada 751H/1350M)
    Demikian empat contoh yang sempat dikemukakan tentang sikap taksub sebahagian pengikut mazhab.
    Sikap taksub sebegini timbul hanya kerana ikutan mereka kepada tuntutan nafsu lalu mereka mengunggulkan imam serta mazhab mereka kepada kedudukan yang terbaik. Pada waktu yang sama mereka menghina imam dan mazhab yang lain padahal pengunggulan dan penghinaan mereka hanyalah berdasarkan anggapan semata-mata, bukan berdasarkan kajian dan perbandingan ilmiah. Seandainya dilakukan kajian dan perbandingan ilmiah, pasti mereka akan menyedari bahawa semua para imam dan mazhab fiqh Islam adalah baik. Sikap taksub sebegini akhirnya akan membawa kepada perdebatan, pergaduhan dan perpecahan kepada umat Islam. Ibn Taimiyyah rahimahullah mengulas fenomena ini:
    Adapun mengunggulkan sebahagian imam atau syaikh di atas sebahagian yang lain seperti orang-orang yang mengunggulkan imam mazhab mereka sebagai yang paling faqih atau yang mengunggulkan syaikh mereka sebagai sebaik-baik pembimbing di atas selainnya, sepertimana sebahagian orang yang mengunggulkan al-Syaikh ‘Abd al-Qadir (al-Jailani) atau al-Syaikh Abu Madyan atau (al-Imam) Ahmad (bin Hanbal) atau selain mereka, maka kebanyakan manusia di dalam hal ini berbicara tentangnya berdasarkan sangkaan dan kecintaan yang berlebih-lebihan.
    Sesungguhnya mereka tidak mengetahui hakikat sebenar akan martabat para imam dan syaikh tersebut mahupun bermaksud mengikuti mereka kerana kebenaran yang sebenar-benarnya. Akan tetapi setiap mereka hanya mengikut nafsu dengan mengunggulkan tokoh ikutan mereka dengan pengunggulan yang merupakan anggapan demi anggapan semata-mata.
    Mereka tidak memiliki apa-apa bukti bagi anggapan tersebut. Sikap seperti inilah yang sering kali menyebabkan perdebatan, pergaduhan dan perpecahan di antara mereka. Ini semua diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya:
    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (‘Ali Imran 3:102-105) (Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2002), jld 20, ms. 291-292)
    Oleh itu yang benar, semua mazhab dan para imamnya adalah baik. Orang yang mencenderungi satu mazhab, sebagaimana ulas Ibn Taimiyyah, tidak boleh mengkritik mazhab yang lain dan begitulah sebaliknya. Beliau rahimahullah menulis:
    Maka sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) al-Syafi‘e tidak boleh mengingkari sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) Maliki dan sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) Ahmad tidak boleh mengingkari sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) al-Syafi‘e dan begitulah seterusnya. (Majmu’ al-Fatawa, jld 20, ms. 292-293)
    Sikap taksub hanya dibolehkan dalam satu perkara, iaitu dalam mentaati Allah dan Rasul-

    HINDARI SIKAP TAKSUB INDIVIDU, KEMBALILAH KEPADA WAHYU

    Mei 20, 2013
    Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
    181458_10151936897098327_485438464_nNilai agama terletak sepenuhnya pada wahyu. Oleh itu kita perlu memperbetulkan metodologi dalam kita berkomukasi dan berbicara tentang agama. Tidak kira mana-mana Ustaz yang bercakap, yang penting adalah sumbernya, dan bagaimana sumber itu diulas. Dengan itu barulah kita boleh membebaskan manusia daripada sikap taksub kepada keperibadian dan batang tubuh seseorang individu mahupun kumpulan, kerana agama yang disampaikan asasnya bersumberkan Al-Quran dan Hadis, bukan bersumberkan pendapat manusia.
    Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam banyak berpesan tentang larangan bersikap ghuluw (berlebih-lebihan). Ketika para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum memuji-muji Nabi, di mana mereka memanggil Rasulullah dengan gelaran “Wahai Rasulullah, Wahai orang yang terbaik di antara kami! Wahai Sayyidi (penghulu kami) dan putera penghulu kami!” Baginda segera membantahnya dan mengatakan,
    يَا أَيُّهَا النَّاسُ قُوْلُوْا بِقَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَهْوِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ، أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَبْدُاللَّهِ وَرَسُوْلُهُ، مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُوْنِيْ فَوْقَ مَنْزِلَتِيْ الَّتِيْ أَنْزَلَنِيَ اللَّهُ
    “Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan yang biasa kamu ucapkan, supaya Syaitan tidak merasuki kamu. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan RasulNya. Aku tidak suka kamu menyanjungku di atas kedudukan yang Allah berikan kepadaku.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa-i)
    Kalau Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak suka dan tidak mengizinkan orang memuji dan memujanya lebih dari tahap kedudukannya, apatah lagi kita manusia biasa. Di manakah kedudukan kita sebagai manusia biasa yang tentunya jauh lebih rendah umpama langit dan bumi berbanding dengan kedudukan Baginda sallallahu’alaihiwasallam.
    Sering kita lihat seseorang itu dijadikan ikon kerana dia pandai bercakap ataupun pandai memberi motivasi. Sedetik dia bercakap boleh membuatkan orang menangis, sedetik dia berkata-kata boleh membuatkan orang ketawa. Manusia mengatakan dia hebat, menyanjung tinggi dan memujanya. Pantang ada orang menyentuh sedikit tentang kesilapannya, maka akan melentinglah pemuja-pemujanya.
    Hebat apa kalau perkataannya bukan berasaskan wahyu? Ketahuilah bahawa wahyulah yang telah mengubah dunia Arab suatu ketika dahulu. Wahyu inilah yang menyebabkan orang seperti Umar, Utsman, Ali, Muawiyah, Hamzah, dan seluruh sahabat Nabi yang lain menerima Islam dan berpegang kuat dan sanggup mati kerananya.
    Lihatlah bagaimana wahyu melahirkan generasi yang sangat hebat. Sekarang ini kita melahirkan generasi apa? Adakah kita melahirkan generasi yang hebat dari segi kekuatan rohaniyyah? Tidak. Kita mungkin boleh dikatakan hebat dari sudut penampilan, cara berpakaian, cara kawad, persediaan persenjataan, ekonomi, namun tidak lebih dari itu. Di manakah kekuatan akidah?
    Dengan wahyu, manusia pada zaman sahabat menjadi kuat imannya, teguh pegangannya tanpa sedikit pun keraguan di dalam hati mereka. Lihatlah apabila Nabi menyebut sahaja sesuatu, mereka lantas melaksanakannya tanpa sebarang pertikaian kerana mereka faham bahawa yang menghubungkan mereka dengan Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam adalah wahyu. Mereka cukup faham akan kedudukan sumber agama, hati mereka diikat dengan wahyu menjadikan Allah Ta’ala redha dengan mereka dan mereka menjadi generasi yang mulia.
    Namun pada hari ini, walaupun ramai yang sudah mengenali sumber agama, namun timbul satu lagi masalah; iaitu mereka tidak mengetahui metodologi yang benar di dalam memahami sumber agama itu.
    Golongan yang sesat 1400 tahun dahulu seperti Khawarij, Syiah, Qadariyah, Jabriyah, Murji-ah dan yang seumpama dengannya, mereka menggunakan nas-nas Al-Quran dengan pemahaman yang salah sehingga mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka membaca firman Allah seperti,
    إن الحكم إلا لله
    “Tidak ada ketetapan hukum melainkan hukum Allah.” (Surah Al-An’aam, 6: 57)
    Lalu mereka mengangkat pedang mereka dan meletakkan Al-Quran di hujung pedang mereka, sehinggakan Ali bin Abi Thalib berkata dengan perkataan yang cukup indah,
    كَلِمَةُ الْحَقِّ أُرِيْدَ بِهَا الْبَاطِلُ
    “Perkataan yang benar, tetapi mereka menginginkan maksud yang batil.”
    Maka tidak semestinya setiap orang yang berdalilkan Al-Quran dan Sunnah itu tepat kaedah mereka memahaminya. Oleh kerana itu penting juga untuk kita mempelajari dan mengetahui bagaimana kaedah atau metodologi di dalam memahami Al-Quran dan Sunnah supaya kita tidak terkeliru dengan pelbagai tafsiran yang saling bercanggah.
    Ada metodologi tafsir yang khusus di dalam memahami Al-Quran. Perlu diketahui bahawa ada kitab tafsir yang boleh dipakai, dan ada juga kitab tafsir yang tidak boleh dipakai. Ada orang mengatakan ‘Aku menggunakan kitab tafsir yang hebat, kitab tafsir yang besar’. Apabila ditanya kitab Tafsir apa? Rupanya dia menggunakan kitab tafsir Kassyaf oleh Az-Zamakhsyari.
    Siapa Az- Zamakhsyari? Apa metodologi kitab Tafsir Al-Kasyaf? Az-Zamakhsyari adalah antara tokoh yang membantu mempopularkan mazhab Mu’tazilah melalui tafsir. Apa pula mazhab Muktazilah? Muktazilah merujuk kepada mazhab pengasasnya Wasil ibn ‘Atha yang membawa satu ideologi yang mendahulukan rasional.
    التحسين والتقبيح هو العقل
    “Hendak mengatakan sesuatu itu baik dan buruk bergantung kepada akal.”
    Az-Zamakhsyari menggunakan kepakarannya dalam bidang bahasa untuk mentafsirkan Al-Quran. Bahkan dia memulakan dengan Muqaddimah yang kalau orang membacanya pasti dia akan tahu bahawa ini adalah tujuan jahat Az-Zamakhsyari. Dia memulakan dengan mengatakan,
    الحمد لله الذي خلق القرآن
    “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan Al-Quran”
    Ini adalah ciri khas Muktazilah yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk. Sedangkan Ahli Sunnah beriman bahawa Al-Quran adalah Kalamullah, bukan makhluk. Tetapi Az-Zamakhsyari hendak mendoktrinkan pemikiran Muktazilah kepada pembaca kitabnya, maka dia memulakan seperti itu di dalam muqaddimahnya.
    Bagi orang yang tidak tahu, yang majoritinya dari kalangan masyarakat awam, mereka mengatakan bahawa mereka merujuk dan membaca kitab Tafsir yang hebat. Mereka tidak mampu untuk membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
    Benar bahawa Az-Zamakhsyari pakar dalam bidang kesusasteraan Arab. Memang dimanfaatkan tafsirnya itu untuk tujuan kajian perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Contoh, perkataan Solat. Solat jika diterjemahkan dalam bahasa Arab biasa maksudnya adalah الدعاء   (doa). Tetapi Az-Zamakhsyari menterjemahkan dengan maksud yang berbeza. Dia mengatakan bahawa صلاة  berasal dari perkataan صلو  (salwun) yang bermaksud tulang belikat. Apabila seseorang itu solat, dia menggerakkan kedua-dua tulang belikatnya. Itu maksud solat yang sebenar dari sudut bahasa Arab.
    Pemerhatiannya di dalam bahasa Arab, analisanya di dalam bidang bahasa memang bagus. Walaubagaimana pun akan timbul masalah bagi orang yang tidak mampu membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang dia cuba ketengahkan, yang dia cuba doktrinkan dalam tafsirannya.
    Bagi orang awam yang tidak memiliki asas yang kemas dan kukuh, tidak mengetahui kaedah untuk memahami dengan benar, tidak mengetahui sumber mana yang perlu dirujuk dalam bidang tafsir, hadis, dan fekah, maka sudah semestinya akan timbul keburukan yang lebih besar jika menjadikan kitab tafsir tersebut sebagai rujukan.
    Kebiasaan masyarakat awam yang tidak tahu buku apa yang wajar dijadikan rujukan, mereka mencari buku yang kulitnya menarik, dan mereka membelinya. Ataupun dia membeli berdasarkan tajuk yang dia minat. Mereka membeli buku tanpa mengetahui metodologi menyebabkan sumber bacaan mereka menjadi pelbagai dan menjadikan mereka semakin keliru lantaran ilmu yang bercampur aduk antara yang haq dan yang batil.
    Sebab itu Islam menjaga semua ini. Ulama-Ulama Islam terdahulu sangat berhati-hati dalam memilih anak murid. Contohnya adalah sikap tegas Imam Ahmad apabila anak muridnya Al-Harits Al-Muhasibi meminta izinnya ingin belajar dengan tokoh Ahli Kalam, Muhammad Ibn Kilab.
    Muhammad bin Kilab adalah antara tokoh Ahli Kalam yang popular pada zaman Imam Abul Hasan Al-Asy’ari, di mana Imam Abul Hasan Al-Asyari setelah meninggalkan aliran Muktazilah, dia terpengaruh pula dengan akidah dan pendekatan Muhammad ibn Kilab yang membentuk akidah Kullabiyah.
    Muhammad bin Kilab adalah orang yang pandai berdebat dan hebat pandai mematahkan hujah. Dulu Ulama-Ulama Islam menggelarkan mereka sebagai Al-Mutakallimun (Ahli Kalam – orang yang pandai bercakap). Orang yang membawa dalil pun boleh kalah berdebat dengan mereka, sebab mereka pandai bercakap. Cuba kita bercakap bab agama dengan orang yang kerjanya hanya duduk di kedai kopi sambil bermain dam dari pagi sampai petang. Kita akan kalah. Kita habis pHD pun dia tidak kira, kita juga yang dikatakan tidak habis belajar, dia juga yang menang. Kerana golongan Mutakallimun seperti ini hanya berbicara secara rasional dan akal-akalan, bukan berasaskan fakta dan bukti.
    Sebab itu Imam Ahmad apabila anak muridnya minta hendak pergi belajar dengan Ahli Kalam, orang yang pandai bercakap seperti Muhammad bin Kilab, Imam Ahmad menjawab,
    إذا ذهبت إليه فلا ترجع إلي
    “Jika engkau pergi kepadanya, maka jangan engkau kembali kepadaku.”
    Kemudian Imam Ahmad berkata lagi,
    ولا تكاد ترى أحداً نظر في الكلام إلا وفي قلبه دغل
    “Kamu hampir tidak akan melihat seorang pun yang cenderung pada ilmu kalam kecuali dalam hatinya ada penyakit hasad.”
    Ulama dulu tidak mengizinkan langsung muridnya pergi ke arah lain. Ini yang dikatakan manhaj. Fahami dahulu akidah ahli sunnah, faham dulu prinsip-prinsip asas. Seseorang itu tidak akan boleh membezakan antara kebenaran dan kebatilan tanpa mempelajari manhaj terlebih dahulu.
    Wallahu a’lam..

    Soalan: Dr Asri, saya membaca buku Fekah as-Sunnah karangan Sayyid Sabiq. Saya amat tertarik dengan perbahasan buku tersebut yang mengambil kira pendapat berbagai mazhab. Tapi, kawan saya melarang membaca buku tersebut. Dia memberitahu saya bahawa pendapat yang tidak mengikut Mazhab Shafie adalah sesat. Saya keliru, sebab saya juga diberitahu buku Fekah as-Sunnah diterima di seluruh dunia. Bolehkah Dr Asri huraikan masalah ini?

    Kamaruzaman, Kuala Selangor.

    Jawapan Dr MAZA:

    Saudara, wajib bagi kita umat Islam menghormati imam-imam akidah dan fekah dari semua aliran mazhab Islam yang muktabar. Sikap menyesatkan aliran mazhab fekah yang lain adalah sikap fanatik dan melampaui batas. Merujuk kepada masalah yang dikemukakan, saya tegaskan perkara-perkara berikut;

    1. Kitab Fekah as-Sunnah adalah rujukan yang baik. Ia ditulis oleh tokoh ilmuwan besar al-Imam Sayyid Sabiq r.h atas cadangan al-Imam Hasan al-Banna r.h. Tujuan buku tersebut ditulis antaranya untuk membebaskan sikap fanatik mazhab yang wujud dalam kalangan umat Islam. Sebab itu adanya kata aluan Hasan al-Banna pada buku tersebut. Sayyid Sabiq sendiri menjelaskan tujuan bukunya untuk menghapuskan taksub mazhab dan khurafat yang menganggap bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Buku ini amat baik untuk bacaan. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Sebahagian hadis dalam buku diberi komentar oleh al-Albani dalam bukunya Tamam al-Minnah.
    2. Bermazhab dalam fekah itu bukan satu kesalahan. Namun fanatik mazhab adalah menyanggahi syarak. Imam-imam mazhab yang mulia seperti para imam yang empat dan selain mereka melarang sikap fanatik mazhab. Fanatik mazhab dalam ertikata berpegang dengan sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara keras dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa pandangan tersebut salah, atau tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil syarak yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih benar atau kuat.
    Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman menyebut:
    “Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama –antara dirinya dengan Allah azza wajalla- dia sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih. Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil dan kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan itu lemah, atau tidak sahih. (lihat: al-Ta’asub al-Mazhabi Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah, http://www.al-forqan.net)
    3. Mengikut sesuatu mazhab seperti Mazhab al-Syafi’i atau Hanafi atau Hanbali atau Maliki selain mereka dari kalangaan imam-imam yang muktabar bukan satu kesalahan, namun bukan juga satu kewajipan untuk seseorang menentu diri mesti sentiasa bermazhab tertentu. Seseorang muslim wajib menghormati para imam dan juga pandangan-pandang mereka. Namun, kita dilarang untuk taksub yang menghalang kita untuk meneliti atau memahami pendapat yang pelbagai dari mazhab-mazhab Islam tersebut.
    Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
    “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
    4. Beraliran mazhab tertentu seperti orang Malaysia beraliran Mazhab al-Syafi’i, Pakistan beraliran Hanafi, Morocco beraliran Maliki dan Saudi beraliran Hanbali, tidak menjadi masalah. Namun yang menjadi masalah keengganan untuk akur kepada dalil yang diyakini dan sikap sudah menuduh orang yang beraliran lain sebagai sesat. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.
    Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang menyatakan tidak wajib. Kata beliau: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.
    Firman Allah: (maksudnya): “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja.
    Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh.
    Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya”. (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
    5. Maka, elakkanlah fanatik mazhab. Dalam masa yang sama kita menghormati para imam mazhab atas limpahan kesarjanaan mereka. Dr al-Qaradawi menjelaskan:
    “Kebebasan kita dari sikap keras dalam bertaklid dan taksub mazhab tertentu tidak bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau menghina kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak mungkin untuk dilakukan oleh seorang muslim yang mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah mengarang kitab yang bernilai lagi masyur mengenai hal ini. Beliau namakan Raf’u al-Malam ‘an al-Immah al-A’lam yang mana diterangkan dalamnya keuzuran buat para imam apabila mereka meninggalkan hadis. Beliau menjelaskan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang sengaja menyanggahi RasululLah s.a.w., atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit…Namun yang kita maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang ahli fekah tidak mengikat dirinya dengan ikatan yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana mazhab sekalipun, yang didapati lebih kuat hujahnya berdasarkan penilaian syarak”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 36).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan