Selasa, 7 April 2015

SANTAI2 AGAMA 3






Suami Terlintas Untuk Bercerai

Soalan

Salam, saya ingin bertanya . pada suatu pagi saya dan suami bertengkar dan kemudian kami duduk berbincang. suami saya menyatakan bahawa dia sudah terlintas untuk bercerai dengan saya.adakah sudah jatuh talak kepada saya?

Jawapan

Wassalam,
Terlintas untuk bercerai tidak menjatuhkan talaq kerana ia bukannya satu lafaz yang diucapkan di mulut. Ia hanyalah kata-kata yang disebut di dalam hati sahaja.
Oleh itu, talaq masih tidak terjatuh lagi. Wallahu 'alam.

Adakah Sah Zakat Diberi Pada Suami Sahaja

Soalan

wang ganjaran pencen pilihan adakah diwajibkan zakat

Jawapan

Wang tersebut wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syaratnya.
Berikut adalah syarat yang mewajibkan zakat:
1.         Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2.         Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3.         Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4.         Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Awal Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas mengikut nilai semasa.

5.         Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Oleh yang demikian, jika kelima-lima syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah ke atas diri anda untuk mengeluarkan zakat bagi wang tersebut.
Semoga dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat menyebabkan harta benda kita menjadi lebih berkat. Wallahu 'alam.

Apakah Perbezaan Antara Qurban Sunat Dan Qurban Wajib

Soalan

Assalamualaykum w.b.t ustaz/ustazah,

1.apakah perbezaan antara qurban wajib dan qurban sunat.
2.saya merupakan anak tidak sah taraf, bolehkah saya buat qurban dan aqiqah untuk diri saya sendiri?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Perbezaan di antara Korban wajib dengan Korban sunat ialah:
a.         Korban wajib; Korban yang dinazarkan.
Hukum asal ibadat Korban adalah Sunat Muakkad. Namun, apabila seseorang muslim itu bernazar untuk melakukan Korban, hukumnya daripada sunat akan berubah menjadi wajib.

b.         Korban Sunat; hukum asal melakukan Korban.

2.         dalam hal ini, anda boleh untuk melakukan kedua-dua ibadat tersebut sendiri. Ringkasnya, anda menanggung sendiri kos untuk membeli haiwan bagi tujuan pelaksanaan kedua-dua ibadat tersebut. Wallahu 'alam.

Hukum Makan Daging Korban Yang Dinazarkan

Soalan

jika saya telah bernazar korban..adakah ahli keluraga saya yang lain tidak boleh makan daging korban yang telah saya nazarkan itu??

Jawapan

Dalam perkara ini, orang yang dilarang untuk mengambil dan memanfa’atkan daging tersebut ialah anda (orang yang bernazar) dan ahli keluarga anda (orang yang berada di bawah tanggungan anda).
Akan tetapi, adik-beradik anda, anak saudara anda dan ahli keluarga anda yang lain (selain daripada orang di bawah tanggungan anda) adalah dibenarkan untuk mengambil daging tersebut. Wallahu 'alam.

Hari-hari Tidak Digalakkan Puasa

Soalan

benarkah puasa pada 9 zulhijjah tidak digalakkan

Jawapan

Assalamalaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati  Allah swt
Sunat mengerjakan puasa pada 9 Zulhijjah.

Hak Rumah Jika Bapa Tidak Pernah Beri Nafkah,setelah

Soalan

ibu dan ayah saya telah bercerai lbh 20 tahun sya mempunyai 4 org adik beradik,dan tidak pernah beri langsung nafkah setiap bulan yang diperintakan oleh mahkamah,dan baru-baru ini ayah saya datang untuk jual rumah yang kami duduk kepada orang lain,keran nama rumah atas namanya,bagaimana saya hendak menuntut hak kami sebagai anak..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Ketika perceraian terdahulu si ibu boleh memohon untuk membuat tuntutan harta sepencarian, di mana bekas suami perlu memberi sedikit harta kepada bekas isteri, walaupun si isterinya dahulu tidak berkerja.
Dalam hal ini nafkah kepada anak-anak sekiranay anak sudah besar maka tuntutan nafkah sudah luput.
Walaubagaimanapun panel menasihatkan agar saudari merujuk perkara ini dengan mahkamah syariah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Wallahua'lam

Solat Dan Taubat

Soalan

Assalam,
Saya byk melakukn dosa dan sy ingin bertaubat.Sy melakukan solat taubat.Sy tidak mahir membaca Quran. Sy takut sekiranya sepjg sy solat ada kesilapan dlm tajwid sy. Sy ada dpt tau kalau bacaan kita ntuk al-fatihah dan tahiyat akhir tak betul,maka solat kita tidak sah. Bgmanakah solat sy sdgkn sy btul2 dlm proses belajar dn berubah. Sy akan mengerjakan umrah, sy takot taubat sy xditerima. Dan ada yg mengatakan sama sj tak bertaubat kerana jahil dlm bacaan surah,solat ttp tak diterima.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Perkara utama yang perlu anda pegang ialah Allah itu Maha Pengampun,selagi masih bernyawa maka kita diberi peluang untuk bertaubat dari sebarang dosa yang telah dilakukan.
Oleh kerana anda dalam proses belajar maka kesalahan tajwid dalam bacaan solat adalah dimaafkan dan dengan syarat anda wajib memperlajari ilmu al-Quran.
solat akan sah sekiranya dikerjakan dengan niat yang betul dan mengikut rukun yang telah ditetapkan.
Agama Islam tidak sekejam itu sehingga menjauhkan manusia dari Allah Maha pencipta. Dapatkan maklumat dari bahan bacaan yang betul dan kerap mendengar ceramah dari ilmu agama yang benar-benar mahir dan yang mendapat pengiktirafan jabatan agama islam negeri.
wallahua'lam

Kerja Untuk Surau/masjid

Soalan

Assalaamu'alaikum wbt. saya bisnes sistem bunyi.. dan baru2 ini saya ditawarkan beberapa projek menaik-taraf sistem suara di surau/mesjid. saya ambil barang dari supplier/kedai tetap saya. disitu saya akan diberikan diskaun utk barang2 tersebut contohnya harga sebenar RM1200 tapi kedai jual kat saya RM900. jadi boleh tak saya jual sistem suara tersebut pada HARGA SEBENAR (BUKAN HARGA MARK UP)? dan saya pula tidak mengenakan CAJ/UPAH installation utk projek tersebut.
apa pandangan tuan?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Panel memuji sikap anda dalam perkara ini kerana niat dan tujuan yang baik dalam membaiki sistem bunyi di dalam surau dan masjid. Selagi mana perkara yang anda lakukan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak maka ia adalah diharuskan.
wallahua'lam

Pernikahan Dengan Wanita Yang Tak Sedar ( Disihir Oleh Lelaki Yang Menikahi)

Soalan

Saya dan tunang saya megikat tali pertunangan selama 12 bulan, tetapi belum sampai waktunya tunang telah disihir oleh seorang lelaki yang menyukainya dan terus dinikahinya tanpa pengetahuan wali, disebabkan mereka bernikah diluar negara. Disini kelihatan tunang saya itu seperti tidak sedar apa yang berlaku sehingga ibu bapanya sendiri dianggap seperti orang lain. Soalanya adakah sah nikah tersebut jika wanita itu tidak sedar apa yang berlaku dan apakah hukum hubungan sex antara mereka.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini, ayah kepada wanita tersebut perlu merujuk dan membuat aduan di mahkamah syariah berkenaan hal ini, hanya mahkamah yang berkuasa menentukan dan mengesahkan taraf perkahwinan tersebut.

Berkenaan Samak Kereta

Soalan

Assalamualaikum. sy telah meletakkn kereta ditepi jalan, tiba2 trnampak beberapa ekor anjing datang, belum sempat sy mengalihkn kereta, tetiba seekor anjing meluru dari belah pemandu dan sy dr arah penumpang.Sy tak pasti anjing itu atau lidahnya ada trkena kereta sy atau tidak dan terus masuk ke dalam kereta. Sy juga mungkin memijak bekas tapak kaki anjing tersebut kerana ia lalu dibahagian pemandu. Perlukah sy samak kereta sy dan apa2 yang tersentuh dgn kereta tersebut seperti pakaian & lain2?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Bekas atau tempat laluan anjing tidak perlu disertu kerana ia adalah perkara umum al-balwa yang menyusahkan orang ramai dari sentiasa membersihkan kawasan tersebut setiap hari. Kenderaan anda tidak perlu di sertu kerana anjing itu dalam keadaan kering. Sekiranya anda tidak pasti berkenaan dengan air liur anjing tersebut maka anda tidak perlu sertu kereta anda

Aqiqah Waktu Anak2 Kecil Belum Ditunaikan...tapi Korban Sudah..apa Hukumnya

Soalan

assalam ustaz....waktu zaman sy berkahwin,kami kurang mengetahui ilmu Islam.,agak2 35tahun yg berlalu.Dan suami pun sudah meninggal lebih 12tahun dn anak2 besar didalam belaan saya seorang ibu tunggal dn telah bersara 2 tahun yg lalu.Soalan sya ialah,sya cuba belajar ilmu Allah dn mendekatinya sebaik yg mungkin.Alhamdulillah,cuma sya tidak pernah(sewaktu suami masih hiduppun)buat aqiqah untk mereka tapi sudah melakukan korban..saya dituntutkah untk buat aqiqah sebagai tanggungjawab sbgai ibu..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahamati Allah swt
Ibadah aqiqah ialah ibadah yang sunat sahaja, tidak dikira berdosa sekiranya tidak melakukan ibadah tersebut. Oleh kerana anak-anak sudah besar maka anda tidak perlu melakukan lagi ibadah aqiqah itu pada anak-anak. Malah anak-anak puan jika berkemampuan mereka boleh melakukan aqiqah untuk diri mereka sendiri kerana mereka sudahpun dewasa dan sudah baligh.
Wallahua'lam

Halal Dalam Pekerjaan

Soalan

Salam. kerja sy melibatkan travelling.skrg sy berniat menukar pekerjaan kerana mendapat tahu bos saya terlibat dalam rasuah (tidak dihebohkan). sy telah mendapat pekerjaan baru dan memberi alasan masalah dalam proses claim untuk berhenti. bos sy tidak benarkan dan tawarkan sy bekerja dalam pejabat sahaja & tidak menukar jwtn sy bagi membolehkan sy mendapat elaun kenderaan. adakah ia halal kerana jika bekerja di pejabat sy tdk layak mendapat elaun kenderaan. sy perlu keputusan segera.terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Sekiranya  anda mengetahui majikan anda melakukan atau mengamalkan rasuah maka anda wajib melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Berdiam diri adalah dikira bersubahat dengan perbuatan majikan tersebut.
Anda yang berkerja di tempat tersebut tidak dikira berdosa dan pendapatan tersebut adalah halal kerana yang melakukan rasuah tersebut adalah majikan anda sahaja. Mendapat dan diberi elaun kenderaan itu adalah satu kemudahan yang telah diberikan oleh majikan anda dan boleh menggunakan elaun tersebut.

Ibadah Qurban Untuk Keluarga

Soalan

Salam.saya ingin bertanya adakah boleh seorang datuk ingin membuat qurban untuk menantu dan cucunya

Jawapan

Ya ianya adalah diharuskan. Ini memandangkan ianya adalah sunat dan di galakkan utk kita melakukannya.

Wang Perlindungan Insuran Simati Perlu Difaraidkan Antara Adik Beradik

Soalan

adik lelaki saya telah meninggal dunia akibat kemalangan dan telah mendapat perlindungan insuran. adakah ibu bapa saya yang berhak 100% atas wang insuran tersebut.

Jawapan

Dalam persoalan ini, sekiranya insurans tersebut adalah insurans yang dibenarkan oleh islam (Takaful), maka ia adalah termasuk di dalam harta tinggalan arwah adik anda dan perlu diagihkan mengikut kaedah pengagihan harta pusaka di dalam islam.
Namun, jika ia bukan dari jenis Takaful maka ia (jumlah keseluruhan wang ) tidak dikira sebagai wang tinggalan arwah adik anda. Hanya wang pendahuluan dan juga wang bulanan yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut sahaja yang dikira sebagai hartanya dan perlu diagihkan mengikut sistem fara’id kepada semua ahli warisnya.
Ringkasnya, wang tersebut bukan menjadi milik ibu dan ayah anda sepenuhnya. Setelah diasingkan di antara wang arwah adik anda dengan wang ganjaran insurans yang diperolehi, ia perlu diagihkan kepada semua ahli waris yang berhak menerimanya. Wallahu 'alam.

Bahagi Duit Kwsp Mengikut Faraid

Soalan

asalammulaikum ustaz ,saya ingin bertanya bagi pihak adik ipar saya(lelaki) yg baru kematian isteri yg meninggalka duit kwsp tanpa penama bagaimana hendak dibahagi mengikut faraid ,simati tinggalkan 1anak ,suami,ibu & bapa dan adakah adik beradik simati berhak terhadap wang tersebut..terima kasih ,saya harap ustaz dpt memberikan kiraan pembahagiannya ,saya sangat kesian tentang adik ipar yang dlm kebuntuan ...terima kasih sekali lagi...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, maklumat yang diberikan di dalam solan agak
Tidak jelas terutamanya dari segi ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati.
Namun begitu, sebagai panduan umum, berikut dinyatakan bahagian yang diterima oleh ahli waris yang dapat panel nyatakan:
1.  
Anakk: lelaki atau perempuan?
*Kalau lelaki sahaja: 'Asobah (menerima baki harta pesaka).
*Kalau perempuan sahaja: seorang-1/2. lebih daripada seorang dan tiada waris lain-2/3
*Kalau lelaki dan perempuan: 'Asobah.
Suami: 1/4
Ibu: 1/6
Bapa: 1/6
Adik-beradik: Mereka terdinding disebabkan si mati masih ada bapa.


Sila rujuk kepada mahkamah syariah yang berdekatan untuk pengesahan dan dapatkan penjelasan lanjut mengenainya. Pembahagian harta tersebut juga boleh dilakukan di sana. Wallahu 'alam.

Tolong Selesaikan Kemusykilan Yang Bermain Di Fikiran Saya

Soalan

Assalamualaikum...saya berumur 38 tahun.saya belum di akikah semasa kecil dahulu kerana orang tua saya tidak mampu.Adakah saya boleh akikah untuk diri sendiri dan anak saya pada masa yang sama...seekor lembu dibahagi ke pada 7 bahagian,Saya telah membeli dua bahagian,satu bahagian untuk saya dan satu lagi untuk anak saya...............boleh kah ibadah akikah itu dilakukan ustaz.?

Jawapan

Ya boleh, adalah lebih baik di buat akikah 2 bahagian untuk anak lelaki dan 1 bahagian untuk anak perempuan.

Solat Berjemaah Lain Mazhab

Soalan

Haji Said telah melawati negara Mesir. Beliau telah menghadirkan diri di salah sebuah masjid di bandar Iskandariah untuk bersembahyang fardhu Isyak. Dia merasa tidak selesa dengan imam masjid tersebut yang tidak membaca \'basmalah\' dalam solatnya. Sebelum itu, dalam kuliah maghribnya imam itu telah mengeluarkan fatwa bahawa tidak mengapa kalau berlakunya persentuhan kulit lelaki dan perempuan setelah berwuduk. Justeru, Haji Said telah mengambil keputusan untuk meninggalkan solat berjamaah sepan

Jawapan

Sepatutnya dia kena ikut serta solat berjemaah di sana sebab di sana itu yang di amalkan maka kita menghormati ijtihad yang mereka pegang. Jika tidak ini boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sebagaimana mereka juga perlu menghormati ijtihad yang di pegang oleh pemerentah Malaysia jika mereka datang ke sini. Jika tidak ini boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat di Malaysia.

Cara2 Nabi Mengagihkan Daging Korban

Soalan

Apakah sunah nabi cara2 menyerahkan daging korban...adakah dengan cara mengambil di tempat sembelihan (masjid/surau) atau daging di hantar kerumah..yang mana satukah yang lebih afdal ?

Jawapan

Nabi hanya mengambil segemgam daging sahaja dari sembelihan dan selebihnya untuk fakir miskin. Ia boleh diambih di tempat sembelihan atau boleh minta dihantar ke rumah. Mana lebih afdhal, jika lelaki lebih afdhal ambil di tempat sembelihan, jika permpuan lebih afdhal dihantar ke rumah.

Zakat Matawang Asing

Soalan

Assalam ustaz/ah....

Saya ada membeli sejumlah matawang asing untuk disimpan (tidak sampai setahun lagi). Soalan saya, jika saya tukarkan wang tersebut ke nilai ringgit malaysia (apabila nilai sudah naik), adakah saya dikenakan zakat?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika wang asing tersebut ditukarkan ke dalam Ringgit Malaysia dan nilainya mencapai nilai awal nisab zakat bagi negeri yang anda tinggal, ia wajib dizakatkan dsekiranya telah menyimpannya selama satu tahun. Wallahu 'alam.

Hendak Menunaikan Solat Jumaat Namun Hari Hujan

Soalan

assalamualaikum...sy ingin pergi menunaikan solat jumaat namun hari telah hujan dan ketika menunggu hujan reda sy dapati telah masuk waktu zuhur...apa yg sy perlu buat...sekiranya saya redah hujan dan basah ketika sampai di masjid, adakah sy masih boleh bersolat...sy seorang mualaf...terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, jika anda terpaksa untuk meredah hujan dan menyebabkan pakaian anda menjadi basah, anda masih boleh untuk menunaikan solat Juma'at. Hal ini adalah kerana air hujan tidak dihukumkan najis, malah ia merupakan salah satu daripada jenis air yang tergolong di dalam kumpulan air mutlak.
Ringkasnya, walaupun basah disiram air hujan, ia bukan penghalang untuk anda mengerjakan solat Juma'at. Mudah-mudahan dengan usaha dan pengorbanan yang sedikit ini menyebabkan rahmat dan redanya menjadi milik anda. Insya Allah. Wallahu 'alam.

Jatuh Talak Atau Tidak

Soalan

Saya dan suami bergaduh dalam tel..dan disebabkan itu suami saya cakap aku ceraikan juga nanti akibat dari kemarahan beliau.kemudian masing2 memutuskan panggilan tel itu selepas ape yang diperkatakan suami..adakah ini jatuh talak?

Jawapan

Dalam kes ini, kata-kata suami anda perlu dikenal pasti terlebih dahulu sama ada ia termasuk di dalam golongan lafaz yang sarih ataupun tidak.
Oleh itu, anda diminta supaya merujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat anda untuk mendapatkan pengesahan mengenai lafaz tersebut.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Walau apa pun, segala persoalan yang berkaitan dengan Sistem Perundangan Kekeluargaan di dalam Islam seperti perceraian adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah di seluruh negara dan pihak mahkamah adalah pihak yang paling berautoriti di dalam hal ini. Dari itu, kes ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih berautoriti untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat dan menepati dengan kehendak hukum Syara’. Wallahu 'alam.

Daki . Mandi Wajib

Soalan

perlukah kita menggosok seluruh dan setiap bahagian tubuh badan kita untuk mengeluarkan daki yg tidak dilihat sebelum mandi wajib?? dan selepas menggosok kulit di badan kita barulah keluar daki tersebut .. ianya seperti menyusahkan kerana perlu menggosok/menggesel setiap anggota tubuh badan untuk mengeluarkan daki akibat berpeluh dan sebagainya? apakah hukumnya jika saya tidak berbuat demikian dan terus mandi wajib? adakah daki2 yang tidak dpt dilihat di kulit dapat dilalukan air??

Jawapan

dalam hal ini, kita tidak dipinta terlebih dahulu untuk menghilangkan segala daki yang terdapat di badan kita sebelum memulakan mandi wajib.
Walaupun begitu, apa yang dipinta hanyalah memastikan tidak terdapat sebarang benda yang boleh menghalangi air daripada mengenai kulit badan kita sebelum memulakan mandi tersebut.
Setelah dipastikan tiada benda yang boleh menghalangi air, maka bolehlah anda memulakan mandi wajib tersebut. Ringkasnya, tidak ada anjuran daripada Syariah untuk menghilangkan daki terlebih dahulu.
Namun, jika dengan cara itu dapat menjadikan tubuh kita lebih bersih ia adalah cara yang lebih baik. Wallahu 'alam.

Hukum Tidur Dalam Keadaan Bogel

Soalan

assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.
Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Semoga hadith di atas dapat menjadi panduan kepada anda dan isteri di dalam persoalan yang ditanya. Wallahu 'alam.

Mengenai Hubungan Kelamin

Soalan

Bolehkah suami/isteri menyapu makanan seperti madu,coklat pada tubuh pasangan dan mengelap/menghisap kembali menggunakan lidah dan mulut?

Jawapan

Sepasang suami isteri diharuskan untuk berbuat demikian dengan syarat ia tidak membawa kemudaratan kepada pasangannya. Wallahu 'alam.

Perjualan Duit Syiling

Soalan

assalamualaikum...saya menjual duit syiling kepada kedai2 runcit ataupun kedai makan dengan mengenakan sedikit charges...seperti pertukaran duit syiling sebanyak RM50,charge nya rm3....charge yang saya kenakan ini adalah kerana syiling yang saya telah asingkan mengikut nilai 10sen 20sen dan 50sen,packing di dalam plastik serta penghantaran juga...jadi ini charge yang saya kenakan...adakan charge yang saya kenakan itu dalam kategori riba???

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Cas yang anda kenakan tidak dikira sebagai riba. Malah ia boleh dikira sebagai upah bagi perkhidmatan yang telah anda berikan, iaitu mengasingkan syiling 5, 10, 20 dan 50 Sen ke dalam bungkusan yang berbeza dan juga kos penghantaran ke kedai mereka.
Ringkasnya, lebihan wang tersebut (cas yang anda kenakan) adalah upah kepada perkhidmatan yang telah anda tawarkan kepada mereka dan bukannya riba. Wallahu 'alam.

Pencuri Yang Bertaubat

Soalan

Assalamu'alaikum wbt ybhg. ustaz/ustazah,
Teman saya mengaku pernah mencuri sebuah buku di kedai. Namun, teman saya itu diberi hidayaah oleh Allah SWT dan bertaubat nasuha (solat taubat, istighfar dan menyesali dosanya itu) pada Ramadhan lalu. Dan buku itu telahpun dipulangkan semula dan denda jenayah telah dibayar selepas kedapatan. Soalan saya, menurut hukum hudud, pencuri mesti dipotong tangannya untuk diringkan azab neraka. Perlukah teman saya potong tangannya sendiri? Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini kawan anda tidak perlu untuk memotong tangannya sendiri kerana yang menjalankan hukuman tersebut adalah pemerintah dan bukannya diri pesalah itu sendiri.
Ringkasnya, taubat yang dilakukannya dan pemulangan semula buku yang dicurinya itu kepada tuannya adalah sudah mencukupi bagi kesalahan yang telah dilakukannya itu. Wallahu 'alam.

Berniat Melaksanakan Korban

Soalan

Assalamualaikum.sy ingin bertanya.sy ada berniat@berkata kepada diri sendiri "kalau ada rezeki lebih pd tahun ini, sy ingin melakukan korban"..ada kah itu dikira bernazar? dan sekiranya sy ingin melaksanakan ibadah korban tersebut.adakah sy perlu korban seekor lembu@bolehkah sebahagian sahaja?Utk pengetahuan, sy tidak mengucapkan utk berkorban dgn seekor@sebahagian lembu cuma ada terfikir-fikir utk seekor lembu kalau cukup wang tapi kalau tidak cukup, bolehkah sy korban sebahagian shj?T'kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, kata-kata dan niat anda untuk membuat korban tidak dianggap sebagai satu nazar. Dari itu, ibadat korban tersebut juga tidak menjadi satu amalan yang wajib anda lakukan.
Jika anda ingin membuat korban, anda boleh memilih sama ada hendak berkorban dengan seekor lembu ataupun mengambil hanya sebahagian sahaja daripada seekor lembu tersebut. Ringkasnya, anda boleh memilih salah satu daripada dua kaedah di atas. Jika peruntukannya sedikit, adalah lebih sesuai mengambil satu bahagian daripada seekor lembu dan jika peruntukannya banyak, adalah lebih baik sekiranya anda berkorban dengan seekor lembu. Wallahu 'alam.

Harta Peningalan Arwah Ibu & Bapa ( Pusaka)

Soalan

assalamualaikum..solan saya..boleh atau tidak harta pusaka pusaka diagihkan tidak mengikut sistem faraid.. soalan kedua..bagaimanakah cara utk qadha puasa ramadhan yg telah lama ditinggalkan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan pengagihan harta pusaka, umat islam adalah digalakkan supaya menggunakan kaedah pengagihan harta pusaka yang telah dianjurkan oleh islam, iaitu Fara’id. Melaluinya pembahagian tersebut adalah lebih adil dan memenuhi tuntutan di dalam kehidupan seorang muslim.
Walau bagaimanapun, jika hendak mengambil jalan atau cara yang lain, islam adalah tidak menghalangnya asalkan pembahagian tersebut dilakukan secara adil dan telah mendapat persetujuan daripada semua ahli waris yang terlibat.
Sila rujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Mengenai puasa ramadhan yang telah lama ditinggalkan, ia wajib diqadha’ mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Di samping itu, anda juga dikenakan fidyah puasa kerana sudah terlambat mengqadha’kannya.
Setiap hari yang masih belum diqadha’kan lagi akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras (675 gram). Bayaran fidyah ini boleh anda jelaskan di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan rumah anda.
Panel menasihatkan supaya anda bersegera untuk mengqadha’ puasa tersebut demi menunaikan kewajipan anda sebagai seorang muslim. Wallahu 'alam

Insuran Nyawa Dan Faraid

Soalan

assalammualaikum...mohon penjelasan adakah insuran nyawa yg berasaskan takaful dimana dibenarkan di dalam islam (mohon diperbetul jika salah), perlu untuk dibahagikan mengikut faraid atau penama @waris terdekat (jika tiada penama) boleh membahagikannya tanpa perkiraan faraid..?

Jawapan

Ianya perlu di bahagi mengikut faraid sebab ianya termasuk dalam peninggalan si mati. Sebab ada penama yang tidak membahagikannya, sedangkan dia hanya penama bukan waris pemiliknya.

Persoalan Cerai

Soalan

Assalamualaikum,
Saya telah berkata kepada seseorang yang bertanya adakah itu isteri saya?saya kata tidak tetapi saudara saya dalam keadaan bergurau. Apakah telah jatuh talak terhadap isteri saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, tidak ada sebarang talaq yang terjatuh ke atas isteri anda.
Sila rujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mengesahkan lagi jawapan bagi soalan ini. Wallahu 'alam.

Jatuh Hukum Zina

Soalan

assalammualaikum wbt ust&ustz,smoga dirahmati allah swt.soalanya,saya dan kakak ipar serta anaknya yang baru berumur setahun lebih sedang menonton tv d ruang tamu,isteri saya pula berehat di dalam bilik tidur,adakah jatuh hukum berzina dalam keadaan tersebut?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam keadaan tersebut, anda dan kakak ipar tidak dikira telah melakukan zina. Ini adalah kerana zina itu sendiri adalah merujuk kepada perbuatan persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan isterinya ataupun hambanya.
Dari itu, duduk menonton televisyen bersama kakak ipar bukan perbuatan zina.
Namun begitu, perlu diingatkan supaya anda dan kakak ipar sentiasa menjaga aurat ketika bersama. Pendedahan aurat boleh menyebabkan terjadinya zina mata kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan mahram apabila berlakunya pendedahan aurat. Wallahu 'alam

Perbezaan Mazhab Hambali,hanafi Dan Syafiee.

Soalan

apakah berbezaan mazhab syafiee,hambali dan hanafi.sila berikan contoh sebagaimana mazhab hambali boleh berkahwin dengan ugama lain dengan tidak menukar agama, sedangkan di malaysia, mazhab syafiee apabila hendak berkahwin perlu menukar agama islam.sila terngkan.DENGAN JELAS.

Jawapan

Tak ada mazhab dalam Islam termasuk mazhab 4 yang membolehkan kahwin dengan bukan Islam sebab ini jelas dalam Al-Quran. Yang ada hanyalah membolehkan lelaki Islam kahwin dengan perempuan ahli kitab. Tetapi tidak dibolehkan (Haram) perempuan Islam utk kahwin dengan lelaki bukan Islam. Ini adalah asasnya. Banyak hikmatnya antaranya untuk tujuan dakwah.
Yang menjadi khilaf dikalangan mazhab ialah tentang takrifan "Ahli Kitab" itu yang khilafnya. Di Malaysia dalam undang-undang, Ahli Kitab di takrifkan sebagai Yahudi dan Nasrani dari keturunan Bani Yakob sahaja. Adapun yang bukan keturunan Bani Yakob mereka bukan dikatogerikan dalam Ahli Kitab dan tak sah kahwin dengan perempuan mereka kecuali mesti masuk Islam.

Bolehkah Anak Berkahwin Semasa Ibu Di Dalam Waktu Id'dah.

Soalan

Salam. Apakah hukum jika anak perempuan berkahwin sewaktu ibunya masih lagi di dalam waktu id'dah (kematian suami).

Jawapan

Dari segi hukum sah nikah itu dan boleh diteruskan dalam keadaan di atas.

Solat Berjemaah Berimam Mazhab Hanafi

Soalan

assalamualaykum. adakah sah solat jika imam kita dari mazhab hanafi. sy bertanya sebab imam ni baca surah al-fatihah tanpa bismillah. dan solat subuh tanpa doa qunut.

Jawapan

Jika solat itu di buat di bumi hanafi maka sah hukumnya. Jika di buat di bumi Syafie maka jika dia Imam dari India contohnya maka maklumkan dia adab dlm berfeqah supaya tak kacau masyarakat dan tak timbul fitnah. Sebab meninbulkan fitnah itu haram hukumnya. Atau lebih baik dia jadi makmum shj. Mentaati pemerintah juga wajib, begitu juga sebaliknya jika kita berada di Pakistan atau India kena beradab agar tak timbul fitnah. Dalam mazhab Syafie tak boleh ikut sebab batal jika tak baca Bismillah. Lebih teruk jika perbuatan itu di buat oleh org yang bukan asal bermazhab hanafi. Lebih teruk lagi jika ambil wudhuk cara Syafie basuh rambut sedikit, kemudian solat guna cara Hanafi tanpa bismilah, ini menjadikan dua-dua Mazhab tak sah. Ulamak berpendapat talfit seperti itu hukumnya haram kecuali darurat.
Dibawah ustaz bawakan perbezaan pandangan ulamak spt tak baca bismillah dll dan perbincangannya....
Ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Kenyataannya adalah tidak boleh diterima dan banyak keraguan berkaitan dengan ajaran nya. Ustaz pernah membaca bukunya dan mendapati banyak fakta yang diselewengkan dengan sengaja atau kerana kejahilannya contohnya beliau menyatakan Imam Syafie kata Tahlil haram, apabila diselidikli buku yang dinyatakan terbukti bahawa Imam Syafie tidak pernah menyebutkan bahawa tahlil itu haram. Ini adalah antara bentuk pembohongan ilmiah yang dilakukan. Beliau tidak dapat membezakan antara "makruh tahrim" dalam mazhab Syafie dengan istilah "Makruh tahrim" dalam mazhab Hanafi. Bagainmana seorang yang dianggap ulamak boleh tidak tahu (jahil) tentang perbezaan antara keduanya. Beliau banyak mengemukakan fakta yang hanya mengikut hawa nafsunya sahaja, sebagai contoh beliau mengaggungkan iman Nawawi rahimahullah dalam perkara yang sesuai dengan kehendak/ pemikiran atau nafsunya (Sila rujuk buku-buku beliau). Tetapi mendiamkan / menyembunyikan fakta kepada awam tentang pembahagian bidaah kepada 5 bahagian iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang ditulis oleh Imam Nawawi dalam syarah muslim dan juga yang diambil dari Syeikh Izzuddin bin Abdul Salam. Beliau membuat kutipan yang salah tentang dua jenis bidaah yang dinyatakan oleh Imam Syafie. Berdasarkan dari semua fakta-fakta di atas dan juga fakta-fakta yang lain (yang tak sempat dinyatakan di sini) adalah jelas tentang keraguan dan kemampuan beliau dalam menyampaikan ilmu dengan amanah dan jujur. Apatah lagi untuk menjadi seorang yang disifatkan oleh nabi "Ulamak itu pewaris nabi" . Menyembunyikan ilmu adalah adalah sesuatu perkara yang amat ditegah dalam Islam "sesiapa yang menyembunyi ilmu, akan dikekang (mulutnya) dengan kekangan api neraka". Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi s.a.w pun tak pernah mengharamkan perbuatan itu. Dan tidak ada hadis Nabi mengharamkan ummatnya membaca Yasin pada bila-bila masa termasuk untuk membaca Yasin pada malam Jumaat sahaja. Jika Nabi tidak mengharamkannya (tiada hadis yang mengharamkannya) bagaimana mereka boleh kata ianya haram?  Siapakah ikutan mereka?
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya berdasarkan hadis riwayat BUKHARI "Solatlah kamu sebelum Magrib, Solatlah kamu sebelum Magrib bagi sesiapa yang hendak melakukannya". Menunjukkan sunat dan bukan wajib.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya. Ini adalah berdasarkan Nabi solat dua rakaat ketika masuk masjid di hari Jumaat, Solat dua rakaat tersebut adalah khilaf di kalangan ulamak kepada 3 pendapat 1)- ada yang kata Nabi hanya solat sunat tahayyatul masjid. 2)- Nabi solat sunat sebelum Jumaat. 3)- Nabi Niat dua-dua sekali iaitu niat solat sunat tahayyatul masjid dan solat sunat sebelum Jumaat. Semuanya ada alasan di sisi ulamak begitu juga dengan hadis-hadis yang lain berkaitan dengan solat sunat mengiringi solat fardhu.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7). Mengharamkan penggunaan tasbih ketika berzikir dan menyatakan ianya termasuk dalam bidaah yang sesat di sisi golongan ini, sedangkan dalam Mazhab Syafie mengharuskannya.
8)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Lebih menarik mereka menyatakan tahlil dilarang oleh Imam Syafie, sedangkan di zaman Imam Syafie tiada tahlil. Imam Syafie hidup pada kurun ke-2 hijrah sedangkan tahlil di buat oleh ulamak Yaman dengan mengumpul zikir-zikir dari hadis-hadis Nabi s.a.w pada kurun ke-4 hijrah. Oleh itu hujah mereka bahawa Imam Syafie mengharamkan tahlil adalah satu pembohongan yang nyata.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tidak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah atau mempunyai hujah yang tidak merangkumi hadis-hadis sahih secara sempurna seperti kefahaman mereka tentang hadis bidaah yang akan dibincangkan nanti. Mereka akan tetap mempertahankan pendapat yang lemah itu (Alangkah ganjilnya sikap mereka ini!). Sedangkan Ibn Taimiah sendiri pun umpamanya dalam bukunya Iqtidak As-Sirat Al-Mustaqim membolehkan merayakan Maulud Nabi yang dianggap oleh mereka sebagai bidaaah, sesat dan masuk neraka. Adakah mereka hendak menuduh Ibn Taimiyyah (Guru mereka) dengan tuduhan ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Jika mereka menggap guru yang  mereka sanjung sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka (kerana membenarkan maulid) kenapa mereka menggunakan hujah dari seorang yang mereka anggap sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka untuk mempertahankan pandangan mereka? dan banyak mengambil hujah/fatwa dari guru yang mengikut tuduhan mereka adalah ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Di bawah ini ustaz sertakan perbahasan ASWJ dan isu yang timbul yang berkaitan dengan apa yang mereka bawa dan kesilapan fahaman mereka tersebut. Selain dari itu JAKIM telah mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh mereka kerana terdapat pelbagai penyelewengan ilmiah yang dilakukan dan boleh menjerumus kepada kesesatan.
ASWJ adalah satu lafaz yang berasal dari satu hadis dimana nabi S.A.W menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semua masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya "siapakah mereka?" Jawab baginda "Mereka yang mengikut aku dan sahabatku" dari hadis inilah keluarnya perkataan ASWJ. Sunnah merujuk kepada Nabi S.A.W manakala Jemaah merujuk Para Sahabat yang ramai. Jesteru sesiapa yang mengikut nabi dan sahabat akan selamat juga yang mengikut ulamak yang bersifat sebagai pewaris nabi.
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hanya golongan yang mengikuti al-quran, hadis serta apa yang dibawa oleh para sahabat akan selamat dari api neraka. Jesteru itulah ramai kumpulan dikalangan umat Islam mendakwa mereka ASWJ. Namun hakikatnya hanya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan hadis sebagaimana pegangan para sahabat akan selamat. Secara ringkasnya sesiapa yang mengikuti manhaj al-quran dan hadis akan selamat di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W ".....kamu sekali-kali tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnahku"
Apa yang berlaku dikalangan umat Islam ialah perbezaan pandangan/ tafsiran / kefahaman di dalam pentafsiran hadis nabi S.A.W dan nas al-Quran, INI TIDAK MENJEJASKAN MEREKA SEBAGAI ASWJ. Masaalah yang lebih kronik berlaku apabila satu kumpulan umat Islam mendakwa mereka ASWJ dan menafikan yang lain, ini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman mereka tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan ketaksuban kepada kumpulan masing-masing serta masih memegang dengan "benang basah" walaupun jelas dalil-dalil syarak dan hadis tidak menyebelahi mereka.
Banyak athar-athar selain hadis dan al-Quran yang mungkin tidak dikatahui oleh orang awam yang jalil dan tidak mendalami agama sehingga menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang salafus soleh yang awal. Ustaz mencadangkan saudara cuba memahami contoh hadis di bawah dan fahami ertinya dengan dada yang terbuka untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya mungkin tidak sesuai dengan fahaman/ kepercayaan /arahan atau kehendak mana-mana individu sekalipun di atas mukabumi ini.
Benar kata saudara bahawa kita wajib ikut Firman Allah dan Sabda Nabinya di sini saya bawakan bebarapa Isu mengenainya

1)- Dimanakah Allah
Jawapannya Allah ada dimana-mana (Tidak bertempat dengan tempat yang khusus) termasuk di atas langit, di atas Aaras dll sebab ayat Al-quraan jelas menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Sesiapa yang menolak ayat ini hukumnya kufur dan murtad dari agama Allah.
Nabi bertsabda “Adalah Allah dan tidak ada sesuatupun selainnya” – Bukhari
Jelas di dalam hadis ini menyatakan Allah wujud secara Qadim sebelum adanya langit atau aras atau makhluk atau tempat. Allah yang mencipta tem[at dan Allah tidak memerlukan tempat.
Berkata Imam Baihaqi dalam kitabnya “Asmaa’ was sifat”  : Berhujah sebahagian sahabat kami pada menafikan tempat bagi Allah dengan dalil sabda Nabi “Engkaulah Allah tuhan yang zahir dan tidak ada atasmu sesuatu,  Engkaulah Allah tuhan yang batin dan tidak ada sebelummu sesuatu” Apabila tiada atasnya sesuatu dan sebelumnya sesuatu maka ini beerti tiada “makan” baginya. Hadis ini juga menolak Jihah bagi Allah.
Berkata Saidina Ali “Adalah Allah telah wujud (secara Azali) dan tidak ada “makan” baginya, dan Allah sekarang berada sebagaimana keadaannya dahulu” Diriwayat oleh Abu Mansur Al-Bagdadi.
Berkata Syeikh Zainuddin As-Shahir Ibn Nujaim Al-Hanafi katanya “ Dan KUFUR orang yang mengithbatkan “makan” bagi Allah taala, Jika dia berkata Allah di langit, sekiranya dia berniat untuk menyatakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis maka tidak kufur, tetapi jika maksudkan “makan” maka kufur”.
Lihatlah Firman Allah adalah jelas Allah dimana-mana, termasuk langit dan Arash, Begitu juga hadis sahih begitu juga kata-kata Saidina Ali adalah jelas oleh itu sesiapa yang mengikuti salaf wajib beriman dengan semua ayat Al-Quran termasuk yang menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Bagaimana keadaannya hanya Allah yang tahu.

2)- Tentang sifat Allah.
Ia boleh ditakwil dan boleh dikekalkan. Ada tempat yang wajib di takwil berdasarkan apa yang Rasullah s.a.w dan para sahabat memahaminya iaitu Firman Allah “segala sesuatu diatasnya hancur dan yang kekal hanyalah “wajah” tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan”  Perkataan “wajah” itu difahami oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat sebagai zat bukan hanya “wajah” tanpa di takwil. Jika tanpa takwil mungkin ada yang mamahami bahawa semua yang selain “wajah” adalah hancur termasuk “yad” dan “rijl” yang ada pada Allah dan disebut di dalam Hadis dan Al-Quran. Jika ini yang difahami maka ianya akan membawa kepada KEKUFURAN. Rasullah s.a.w dan para sahabat memahami “wajah” itu adalah zat Allah dalilnya ketika turun Firman Allah “Palingkanlah “wajah” kamu ke arah Masjidil Haram” Rasullah s.a.w terus berpaling dengan segenap tubuhnya bukan sekadar wajahnya sahaja. Sebab rasullah s.a.w faham bahawa “wajah”  bermaksud zat. Dan semua para sahabat tidak bertanya Rasullah s.a.w kenapa tidak “wajah” sahaja?. Sebagaimana fahaman sebahagian manusia hari ini yang menyatakan wajah hanyalah wajah sahaja.
Jesteru itu kita wajib beriman dengan apa yang datang dari Allah dan nabinya jangan kita ikut ulamak dalam perkara yang jelas bercanggah dengan nas syarak , beriman secara membabi buta tanpa dalil yang pasti bahkan bercanggah dengan nas yang sorih. Contohnya apabila manusia kata tuhan di langit adakah kita hendak menolak firman Allah “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Jika sekadar percaya Allah di langit dan menolak dua firman Allah itu, adakah dia masih seorang Islam? Yang mana pilihan kita pandangan manusia atau Al-Quran?. Ulamak mentakwilkan yang di maksudkan dengan langit itu ialah lambang ketinggian dan kemuliaan. Bukannya percaya sebahagian nas dan menolak nas yang lain. Ikutlah mana-mana pandangan ulamak yang tidak bercanggah dengan nas samaada dengan takwil atau hakiki, jika bercanggah WAJIB ditinggalkan.

3)- Akidah As-Syairiyyah dan Isu sampai pahala selepas mati
Aqidah al-Asy'ariyah adalah pegangan yang banyak di pegang oleh masyarakat di Malaysia hampir 100% muslim di Malaysia. Akidah ini adalah benar dan ulamak tidak mengkufurkannya. Ayat Al-Quran jelas tentang Allah ada di mana-mana. Menolak ayat ini adalah kufur sebab kita manusia beriman wajib 100% beriman dengan Al-Quran.
Berkenaan Imam Mekah atau mufti Mekah ustaz percaya dia seorang yang beriman dan bagaimana kepercayaan nya itu atau apa mazhabnya ustaz tidak tahu.Tetapi ustaz yakin Imam dan Mufti Mekah pasti tidak menolak ayat Al-Quran "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah"  atau ayat-ayat lain seumpamanya. Samaada dia mentakwil dengan ilmu Allah atau dia kekalkan dengan wajah Allah kesemua ijtihat tersebut adalah benar.
Jika sekiranya Imam Mekah atau Madinah mentakwilkan ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" dengan ilmu, maka ianya adalah sama dengan takwilan seperti yang di takwil oleh sebahagian mutaakhirin dengan mentakwilkan "Tangan / Yad" dengan kekuasaan dan sebagainya lagi. Mentakwilkan apa-apa sifat Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan penggunaan bahasa Arab tidak akan menyebabkan sesaorang itu kufur kepada Allah! Yang menjadi kufur ialah contohnya apabila sesaorang dibacakan kepadanya ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" maka dia menolak ayat itu dan menyatakan Allah tetap dilangit (dan dalam masa yang sama menolak nas Al-Quran yang sahih tersebut, Ini kufur secara ittifaq ulamak).
Sebab itulah seorang yang alim mereka tidak akan membangkang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-quran sebab mereka tahu itu adalah benar dan muktamad. Yang jadi masaalah ialah masyarakat awam yang mengikut akidah secara membabi buta. Semaga Allah mengampuni mereka atas kejahilan mereka. Kita hanya menyeru mereka kepada Nas Al-Quran sahaja.
Dibawah adalah pendapat Imam As-Syafie tentang Allah dan tempat:
Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud

dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan

Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka

tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada

pertukaran pada sifat-Nya”.

Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Nabi Bersabda "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya silap akan dapat satu pahala" Dari hadis sahih ini jelas menunjukkan Ijtihad tidak akan memasukkan sesaorang ke dalam neraka.
Selain itu saudara tidak berhak untuk memaksa orang lain supaya ikut dengan ijtihad yang dipegang oleh orang lain (atau ijtihad yang dipegang saudara sendiri). Sebab itulah ulamak menyatakan "Ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain". Selama mana berpegang dengan Al-Quraan dan hadis maka mereka adalah benar.
Contoh Ijtihad yang lain adalah seumpama ulamak yang berijtihad bahawa pahala baca quraan  atau tahlil sampai kepada si mati dalilny seperti berikut:
1)- Firman Allah “Dan golongan yang datang kemudian selepas itu berkata “Ya Allah tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang beriman sebelum kami.....” Jika doa yang diajar oleh Allah di dalam al-Quraan ini boleh memberi manfaat untuk si mati, inikan pula bacaan Al-Quran untuk saudara muslim yang lain.
2)- Nabi mengerat pelepah tamar dan di pacak dikubur. Jika zikir dari pelepah tamar memberi manfaat inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
3)- Nabi bersabda "Mintalah keampunan untuk saudara kamu, sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh malaikat)" jika minta ampun dan doa dari orang asing boleh memberi manfaat untuk si mati walaupun bukan dari amalannya, inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
4)- Perbuatan Salaf antaranya Aisah Ummul Mukminin membebaskan hamba untuk saudaranya yang mati.
5)- 4 mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menyatakan boleh seorang muslim membuat haji utk muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah. Berdasarkan ijtihad empat Imam mazhab ini yang diambil dari nas hadis adalah jelas bahawa pahala akan diperolehi oleh si mati. Begitu juga dengan membaca Al-Quran atau tahlil dan sebagainya untuk si mati.
Banyak lagi hujah-hujah lain selain dari dalil di atas. Adapun ayat-ayat Al-Quraan / hadis yang saudara nyatakan itu adalah secara umum sahaja sebagaimana takwilan oleh sebahagian ulamak. Contoh yang hampir sama hadis 10 orang yang dijamin syurga. Sebenarnya bukan hanya 10 orang yang dijamin syurga, ramai yang di jamin syurga oleh nabi s.a.w. Cuma 10 orang itu hanyalah yang disebut dalam satu hadis secara sekaligus. Sebab itulah kefahaman yang mendalam berkaitan hadis dan Al-Quran adalah amat diperlukan. Jesteru menggali dalil-dalil syariah adalah amat penting.
Dalam hadis Qudsi Allah bersabda " Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, Maka hendaklah bersangka baik terhadapku". Berdasarkan hujah-hujah yang banyak ustaz bersangka Allah akan menyampaikan pahala tersebut. Ini adalah sebahagian dari kemurahan sifatnya. tiada yang mustahil baginya.
Jika saudara bersangka Allah tidak akan menyampaikan pahala dengan hujah-hujah saudara, saya yakin dan pasti Allah akan melayan saudara sebagaimana sangkaan saudara itu sebagaimana hadis sahih di atas. Semoga keyakin/ sangkaan saudara akan dikabulkan Allah untuk diri saudara. Amin ya Rabbal Alamin.

4) – Berkenaan Bidaah, perhatikan hadis dan ayat Al-Quran di dalamnya berkaitan Bidaah. (Bezakan antara nas dan bukan nas)
Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak. (Isu ini timbul dari pertanyaan : Bukan tak ada dalil yg menghalang bacaan yassin mlm jumaat tapi tak ada sunnah(tiada contoh dari nabi walaupun dipandang baik kerana baca quraan).itulah sebabnya perlu dijauhkan.Fahaman maksud bidaah oleh ulamak sunnah(salaf) seperti ibnu taimiyyah,imam as-syathibi,imam al-hafizh ibnu rajab al-hanbali ,imam sufyan ats-tsaury adalah berlainan dari apa yg ustaz jelaskan.) Jawapannya : Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak Kenapa saudara tak ambil takrif bidaah (pengertiannya atau pembahagiannya) di sisi Imam Syafie atau Imam Nawawi atau Ibn Hajar Al-Asqalani atau Ibn Hajar Al-Haitami atau Imam Al-Ghazali atau Imam Izzuddin bin Abd Salam dan ramai lagi imam-imam yang lain?.... atau kata-kata Saidina Umar sendiri (antara salaf / solafussoleh yang paling hebat)? Kenapa?
Walau apa pun, semua kata-kata atau pandangan atau ijtihad manusia boleh diterima (Jika bertepatan dengan nas) dan boleh di tolak (Jika menyalahi nas) kecuali Al-Quran dan Hadis. jesteru itu saya menyeru saudara agar kembali kepada al-quran dan hadis nabi s.a.w.
Adakah contoh nabi dan para sahabat membaca Al-Quran yang ada baris dan ada titik? Adakah membaca Al-quran satu maksiat atau satu Ibadat? Kenapa saudara tidak solat di atas pasir sebab itulah contoh yang ada dari Nabi s.a.w?. Bukankah ada yang berhujah tidak boleh guna tasbih ketika berzikir sebab Ibn Umar ada melarangnya sebab bidaah? Jika hujah ini di ikuti maka sudah pasti Ibn Umar akan lebih marah orang meletakkan baris dan titik pada Al-Quraan!!!. Meletakkan titik dan baris pada Al-Quran dalam ungkapan lain ialah menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang lain yang bukan dari Al-Quran. Sebab itulah terdapat fatwa ulamak tentang hukum menulis / menconteng / menanda sesuatu pada Al-Quran. Ibn Umar sudah pasti amat marah sesiapa yang sanggup menconteng Al-Quran, menconteng kitab suci yang paling mulia, kitab yang tidak ada tandingannya, yang merupakan sumber hukum utama ummat Islam. Ini kerana Ibn Umar boleh membaca Al-Quran dengan sempurna tanpa diletakkan baris dan titik (tanpa sebarang contengan), begitu juga Salman Al-Farisi seorang ajam seperti saya dan saudara mampu membaca Al-Quran dengan baik tanpa baris dan titik! (disinilah penting nya belajar), begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Jesteru itu membuat sebarang catatan / penulisan pada Al-Quran adalah satu bidaah yang amat besar dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan Ibn Umar. Persoalannya: Mampukah saudara membaca Al-Quraan tanpa baris dan titik? bolehkah saudara bezakan antara huruf "ba" "ta" “tha” “nun” "ya" begitu juga “jim” “ha” “kha”  dll? Tidak ada contoh dari Nabi s.a.w adalah hujah yang lemah untuk menjadikannya sebagai larangan dan untuk dipegang apabila kita memahami hadis-hadis sahih di bawah. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w yang mana kita lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Larangan terhasil di sisi syarak apabila ada tegahan dari Al-Quran atau hadis nabi s.a.w berdasrkan nas yang sahih. Kenapa kita tidak berzina, mencuri, minum arak, makan babi, bangkai, berjudi, tidak dibenarkan kahwin lebih dari empat bagi yang mampu dll? Semuanya kerana ada larangan dan dalil yang sorih dari nas syarak dan bukan kerana Nabi meninggalkannya dan tidak melakukannya!.
Mengulas lanjut pengharaman menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat begitu juga pengharaman menggunakan tasbih di atas maka sudah tentu meletakkan baris dan titik pada Al-Quran adalah satu bidaah yang jelas dilarang oleh Ibn Umar walaupun manusia mengganggapnya sebagai baik. Ibn Umar tidak perlu kepada baris dan titik untuk membaca Al-Quraan jesteru itu kenapa perlu diletakkannya?. Sebab ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak ada sunnah pada perbuatan itu. Yang ada hanyalah Nabi memerintahkan suruh belajar dalam hadis yang banyak. Antaranya contohnya bagaimana tawanan perang Badar di tawarkan pembebasan jika mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga pandai membaca dan menulis (termasuk pandai membaca Al-Quran yang tanpa baris dan titik). Jesteru, kita juga perlu belajar sebagaimana mereka belajar, jika mereka boleh kenapa kita tidak boleh?.
Jesteru demi menyesuaikan hujah ini dengan pandangan saudara di atas adakah kita perlu menyatakan bahawa kita ummat Islam hari ini perlu meninggalkan pembacaan Al-Quran yang ada baris dan titik? (sebab tiada sunnah! Dan Ibn Umar pun tak buat! Menggunakan tasbih untuk berzikir pun Ibn Umar Marah, Inikan pula menconteng Al-Quran!). Adakah membaca Al-Quran yang ada baris dan titik adalah satu bidaah yang sesat dan akan masuk neraka apabila membacanya? (sebab semua bidaah adalah sesat dan akan masuk neraka!). Walaupun ianya di anggap baik oleh semua ummat manusia di atas muka bumi ini? (Ianya baik kerana memudahkan pembacaan Al-Quran, Sebenarnya kita masih boleh membaca Al-Quran walaupun tiada baris dan titik seumpama kita boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja atau boleh juga membaca ayat-ayat lazim walaupun di buang baris dan titik. Ini menunjukkan kita boleh melakukannya dan tidak perlu kepada baris dan titik Cuma perlu lebih lagi pembelajarannya untuk diluaskan pembacaannya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Salman Al-Farisi salah seorang yang bukan Arab dari sahabat nabi atau anak-anak sahabat yang lain. Walaupun titik dan baris itu baik kita perlu menolaknya!) Dan walaupun tidak ada larangan dari nabi s.a.w untuk kita lakukanya sebab tidak bercanggah dengan nas syarak!, yang penting tiada sunnah!. Kita mesti mempertahankan nya dengan “tidak boleh”??. Adakah ini sikap pilihan kita???
Adakah takrif Bidaah yang lebih penting atau nas Al-Quran dan Hadis??? yang mana pilihan saudara?? sila fahami nas-nas dibawah dengan dada yang lapang tanpa taksub kepada yang lain kecuali Al-Quran dan Sunnah sahaja.
Pendapat saudara ada kekurangannya dan ianya bertentangan dengan nas yang sahih.
Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagan Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut
"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka" Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.
Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.
manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari satu riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan kata-kata lain seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum, hadis sahih dan athar lain yang sahih. Kenapa kita perlu mempertahankan pendapat kita yang salah sedangkan jelas ianya bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih?. Adakah pendapat kita yang penting atau hadis sahih?.
Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunia semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Saya menyeru saudara dan golongan lain yang seumpama saudara supaya kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.
Jika ada yang menyatakan bahawa kata-kata Saidina Umar dan Imam Syafie tentang bidaah hanyalah dari segi bahasa sahaja, maka mereka telah silap sebab tidak ada “karinah” dalam kenyataan ke dua-dua nya yang menunjukkan penggunaannya adalah dari segi bahasa sahaja. Saidina Umar atau Imam Syafie pun tidak menyatakan ianya hanyalah dari segi bahasa sahaja. Oleh itu yang tinggal hanyalah pada asal penggunaan perkataan nya  iaitu istilah sahaja. Ini sesuai dengan keterangan dua hadis bidaah dia atas atau yang lain seumpamanya yang difahami oleh Saidina Umar dan Imam Syafie. Yang memahami nas hadis-hadis dengan baik dan sempurna. Inilah yang difahami oleh Imam yang ramai termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani yang mentafsirnya dalam kitab Fathul Bari.
Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".(“At-tarku la yadullu ala at-tahrim”).
Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101
{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. Secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.
Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi. Ini sesuai dengan kedudukan ulamak yang dinyatakan oleh nabi s.a.w “Ulamak adalah pewaris para nabi”.
Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.
Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "TINGGALKAN APA YANG AKU TINGGALKAN UNTUK KAMU, sesungguhnya telah musnah kaum sebelum kamu dengan sebab banyak bertanya mereka itu terhadap nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini (Nabi tak suruh dan nabi tak larang) juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan siapa yang betul ijtihadnya akan dapat dua pahala manakala yang silap akan dapat satu pahala. Nabi tidak menyatakan siapa yang silap dalam ijtihad masuk neraka. Masuk neraka hanyalah dengan sebab melakukan maksiat atau bidaah yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah. Manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah dibenarkan oleh nas syarak yang banyak.
Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat / dicela iaitu yg bercanggah quraan dan hadis  2)- Bidaah yang di bolehkan / terpuji iaitu yg menepati nas Al-Quraan dan hadis. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka" dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Perkaitan antara dua hadis ini adalah jelas. Sila renung perkataan SESAT dalam kedua-dua hadis di atas, satu hadis menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan SESAT dalam satu hadis lagi. Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian. Kefahaman Imam syafie ini adalah amat jauh berbeza bahkan bertentangan dengan pendapat yang menyatakan semua bidaah adalah sesat yang merupakan kefahaman yang "nakis" (kefahaman tidak mendalam) tentang hadis nabi s.a.w.
Apabila kita menghayati hadis sahih "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah"  maka kita akan dapati rasullah s.a.w menggunakan lafaz "LAN" yang memberi erti "kamu selama-lamanya tidak akan sesat". Orang yang mempelajari bahasa arab akan faham tentang perbezaan antara "LAN" dengan " LA" dengan mudah. Jesteru itu apabila sesaorang menyatakan perbuatan seperti membaca YASIN tiap-tiap malam jumaat adalah haram maka kita perlu bertanya mereka kembali dimanakah dalil nabi menyatakan bahawa baca Yasin tiap-tiap malam jumaat adalah haram? Perlu diingat bahawa halal dan haram adalah milik Allah oleh itu jangan kita menjadi seorang pendusta kepada Allah s.w.a. tanpa dalil yang sahih. Pendustaan terhadap Allah s.w.a adalah amat berat hukumannya. Berdusta terhadap Nabi s.a.w sudah cukup untuk melayakkan sesaorang menempah neraka Allah dengan pasti. Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di dalam neraka”. Allah melarang kita menyatakan halal dan haram di dalam perkara yang tidak dinyatakannya sedemikian atau tanpa dalil dari Allah dan Rasulnya, ianya adalah sebagai satu pembohongan terhadap Allah tuhan sekelian alam, tentang perkara ini Allah berfirman:
"Jangan kamu katakan apa diucapkan oleh lidah kamu yang dusta, ini halal dan ini haram, untuk melakukan pembohongan terhadap (agama)Allah dengan pendustaan. sesungguhnya mereka yang melakukan pendustaan terhadap Allah tidak akan berjaya"
Ringkasnya pendapat saudara tentang bidaah adalah bercanggah dengan nas yang sahih. Jesteru itu saya mencadangkan saudara meninggalkan fahaman yang bercanggah dengan nas yang sahih dan kembali kepada nas yang betul untuk keselamatan dunia dan akhirat serta tidak berdusta terhadap Allah dan Rasulnya.
Wallahu 'alam.

Perancis perlu lebih banyak masjid
  • Perancis perlu lebih banyak masjid Umat Islam di Perancis menghadapi kekurangan tempat untuk beribadat.
1 / 1
PARIS - PERANCIS. Salah seorang pemimpin tertinggi Islam di Perancis menggesa untuk menggandakan jumlah masjid dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memenuhi kekurangan tempat ibadat bagi jutaan penduduk Islam di negara itu.

Ketua Majlis Islam Perancis, Dalil Boubakeur berkata, sejumlah 2,200 masjid yang ada ketika ini tidak cukup untuk menampung komuniti Islam terbesar di Eropah.

"Kita perlu membina sehingga dua kali ganda dalam dua tahun lagi. Terdapat banyak surau, masjid yang belum siap dibina dan banyak juga masjid yang tidak dibina," katanya di perhimpunan Kesatuan Pertubuhan Islam Perancis (UOIF).

Beliau turut menekankan bahawa masyarakat Islam di Perancis perlu dihormati dan mempunyai hak untuk pengiktirafan serta pertimbangan daripada penduduk tempatan sama seperti masyarakat lain di negara tersebut.

Menurut anggaran rasmi, terdapat antara empat dan lima juta umat Islam tinggal di Perancis, namun pemimpin Islam berkata jumlah sebenar hampir mencecah tujuh juta orang. - Press TV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan