Jumaat, 17 April 2015

SEGALA AMALAN TERPULANG APA YANG KITA NIATKAN...JIKA UNTUK DUNIA DAPAT DUNIA LAH...JIKA UNTUK AKHIRAT DAPAT AKHIRAT....KIASKAN YANG LAIN2...TERMASUK MEMBUKA AKAUN FACEBOOK

ARBA’IN AL-NAWAWI (HADITH 40 IMAM NAWAWI)


Muqaddimah
Terdapat 42 hadith sahih yang dikumpulkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah. Sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Ia menjadi tumpuan disebabkan kepentingannya sebagai asas utama atau pokok-pokok ajaran dalam agama Islam. Ucapannya ringkas tetapi mampu memberikan makna yang luas dan mendalam bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Ia juga mempunyai bab yang tersendiri bagi memperjelaskan lagi makna hadith yang masih samar.
Pada asalnya, Imam Hafizh Abu ‘Amr bin Shalah rahimahullah (Ibnu Shalah) telah mempelopori pengumpulan 26 hadith yang dikatakan ringkas tetapi dinilai olehnya sebagai asas dalam agama Islam dan mendalam maksudnya. 26 hadith ini dimuatkan di dalam al-haadiits al-Kulliyah (Hadith-hadith yang komprehensif). Kemudian al-Imam an-Nawawi telah menambah lagi hadith-hadith ini menjadikannya 42 hadith dan dimuatkan di dalam Arba’in.
Kenapa 42 hadith ini dikumpulkan?
Jawapannya ada di dalam Muqaddimah oleh Imam an-Nawawi:
الحدالله رب العالمين ، قيوم السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث
 الرسل صلواته وسلامه عليهم إلى المكلفين، لهدايتهم وبيان شرائع الدين، بالدلائل
القطعية وواضحات البراهين، أحمده على جميع نعمه وأسأله المزيد من فضله وكرمه.
وأشهد أن لا إله الله الواحد القهار الكريم الغفار.
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن
العزيز المعجزة المستمرة على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدين،
المخصوص بجوامع الكلم وسماحة الدين،وصلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين
والمرسلين وآل كل وسائر الصالحين. أمابعد،
Segala puja bagi Allah Tuhan seluruh Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul a.s kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah dan menerangkan syari‘at agama kepada mereka, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas.
Aku memuji-Nya atas segala nikmat-Nya. Aku berdo’a memohon tambahan kurniaan dan kemurahan-Nya.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.
Dan aku bersaksi bahawa Saiyidina Muhammad saw adalah hambaNya, Rasul Utusan serta kekasihNya, yang merupakan semulia-mulia makhluk. Rasul yang dimuliakan dengan al-Qur’an al-‘Aziz yang menjadi mukjizat sepanjang zaman. Rasul yang dimuliakan dengan Sunnah-sunnah yang bercahaya bagi orang-orang yang mencari pedoman. Rasul yang dikhususkan dengan sifat jawami‘ al-kalim( suatu kata-kata yang pendek tetapi mengandungi erti yang mendalam dan rapi.) dan agama penyayang.
Selawat dan salam Allah ke atasnya dan juga atas sekelian para Nabi dan Rasul. Juga atas keluarga masing-masing serta sekelian orang-orang yang solihin.

Sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib, Abdullah ibn Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada pelbagai jalan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من حفظ على أمتي أربعين حديثا من أمر دينها بعثه الله يوم القيامة فى زمرة الفقهاء ولعلماء
 “Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.”
Dalam suatu riwayat lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim.”
Dalam riwayat Abu al-Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan syafa‘at dan saksi kepadanya”.
Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”.
Dalam riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam golongan para syuhada’ ”.
Para ‘ulama hadis telah sepakat bahawa hadis ini adalah dha‘if walaupun jalan-jalan riwayatnya banyak.
Ramai para ‘ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis). Antara yang paling awal mengarang -dalam pengetahuan aku- ialah Abdullah ibn al-Mubarak, Muhammad ibn Aslam al-Thusie al-’Alim al-Rabbanie, al-Hasan ibn Sufian al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad ibn Ibrahim al-Asfahanie, al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nu‘aim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu Sa‘id al-Malinie, Abu ‘Uthman al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar al-Baihaqie dan ramai lagi ‘ulama yang lain tiada terkira samada daripada kalangan ‘ulama terdahulu atau terkemudian.
Aku telah beristikharah kepada Allah Ta‘ala untuk mengumpulkan 40 hadis sebagai mengikuti jejak langkah para Imam tokoh ‘ulama dan para huffaz al-Islam ini. Para ‘ulama telah sepakat mengharuskan beramal dengan hadis dha‘if dalam soal fadhail a‘maal (iaitu fadhilat-fadhilat amalan – kelebihan sesuatu amalan dan pahala atau ganjaran. Para ulama hadis telah meletakkan syarat untuk beramal dengan hadis dhaif dalam perkara ini dengan beberapa syarat. Antaranya: i) dhaif yang tidak teruk dan melampau ii) berada di bawah amalan yang boleh diterima iii) jangan menganggap ianya thabit dari Nabi saw ketika beramal dengannya.)
Namun demikian, bukanlah pergantungan aku (dalam usaha mengumpulkan 40 hadis ini) kepada hadis dha‘if, bahkan pergantungan aku ialah kepada sabda Nabi SAW dalam beberapa hadis sahih :
ليبلغ الشاهد الغائب
yang bererti: “Hendaklah orang yang hadir (majlis Rasulullah dan mendengar pengajaran Nabi SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang tidak hadir”,
Juga sabda Nabi SAW :
نصر الله امرءا سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها
yang bererti: “Allah mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas dia menunaikannya sebagaimana dia mendengarnya”. (Menunaikannya bermaksud menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat atau dengan makna kerana harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu. Lihat (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie,Kaherah,1987 pada syarah muqadimah ini.)
Ada sebahagian ‘ulama yang mengumpulkan 40 perkara mengenai usuluddin, ada yang lain mengenai perkara furu‘. Ada yang mengenai jihad dan yang lain mengenai zuhud. Ada juga mengenai adab-adab dan ada pula mengenai khutbah. Semuanya adalah kerja-kerja yang bertujuan baik yang Allah Ta‘ala redhai akan orang-orang yang melakukannya.
Aku rasa ingin mengumpulkan 40 perkara yang terlebih penting daripada semua itu iaitu 40 hadis yang merangkumi semua topik tersebut. Setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi qaidah (prinsip) agung daripada prinsip-prinsip agama. Aku ingin mengumpulkan hadis-hadis yang telah disifatkan oleh para ‘ulama bahawa perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau separuh Islam, atau sepertiga Islam atau seumpamanya.
Kemudian aku beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadis-hadis sahih , dan kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Aku membuang sanad-sanad hadis ini agar ia mudah dihafal dan manfaatnya lebih tersebar umum insyaaAllah Ta‘ala. Kemudian aku ikuti hadis-hadis ini dengan suatu part huraian makna lafaz-lafaz hadis (40 ini) yang agak samar.
Patut sangat bagi orang yang mencintai akhirat untuk dia mengenali hadis-hadis ini kerana kandungannya yang merangkumi perkara-perkara yang penting dan memperingatkan tentang segala amal ketaatan. Bagi yang benar-benar mentadaburnya, mereka akan dapat lihat.
Kepada Allah jua pergantungan aku, kepada-Nya jua harapan dan sandaran aku, dan segala puja dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya jua taufiq dan pemeliharaan dari dosa.
Imam Nawawi
Damsyiq
Kurun ke 7 Hijrah
Siapakah al-Imam an-Nawawi?
Nama sebenarnya ialah Yahya bin Syarf bin Mari bin Hasan bin Husain bin Hazam. Lahir pada Muharam 631H, di deza Nawa, Barat Daya Damaskus, Syria. Oleh itu sejak kecil dia dipanggil sebagai an-Nawawi. Ayahnya seorang petani dan pedagang yang alim.
Beliau menghafal al-Qur’an sebelum usia baligh. Sangat rajin menuntut ilmu sejak dari kecil lagi. Setiap hari beliau membaca 12 pelajaran dalam bentuk syarah dan komentar. Berjaya menghafal kitab at-Tanbiih fii Furuu’isy-Syaafi’iyah dalam masa lebih kurang empat setengah bulan. Pada tahun yang sama, beliau juga Berjaya menghafal suku daripada kitab al-Muhadzdzab fil Furuu’.

Para ‘ulama mengakui beliau seorang yang zuhud, bermadzhabkan Imam asy-Syafi’i, menjadi contoh dalam hal keta’atan, menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar dan memberi nasihat kepada para penguasa. Oleh itu beliau mendapat gelaran “Muhyiddin” (orang yang menghidupkan agama), namun dirinya tidak menyukai dengan gelaran itu. 

Beliau juga dikenali sebagai Abu Zakariya walaupun dia tidak mempunyai anak. Beliau meninggal dunia sebelum sempat berumahtangga pada usia yang muda iaitu semasa berumur 45 tahun di kampung halamannya.
Allah SWT telah memberi keberkatan masa baginya. Di antara karya beliau ialah;

1.   Syarah Shahih Muslim
2.   Raudhatuth-Thaalibiin
3.   Riyaadhush-Shaalihin
4.   Adzkaarul-Munjiyaah min Kalaami Sayyidil-Abraar
5.   At-Tibyan fii Hamlatil-Qur’an
6.   Al-Arba’in Nawawi
7.   Syarah Bukhari
8.   Syarah Sunan Abu Daud
9.   Tahdziibul-Asmaa’ wal-Lughaat.
Wallahu’alam

Hadis Pertama ( Hadis 40 Imam Nawawi )

عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ

صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة



Maksudnya:


” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HADITH 1

On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heard the messenger of Allah PHUB say: “Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated.”
Penerangan:

1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.
2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperoleh.Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itu sajalah yang akan diperoleh.
3. Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya untuk akhirat.
4. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah SWT.
5. Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana mahkluk.
6. Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.
7. Nabi SAW mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah SAW dan yang ditujukan kerana selain Allah dengan yang berhijrah , dimana:
  • Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.
  • Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang berhijrah dari daerah islam ke daerah kafir untuk mencari harta, atau untuk mancari wanita kerana ingin berkahwin dengannya. Orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah SWT.
8. Manakala berhijrah dengan ertikata berpindah dari daerah kafir ke daerah islam tertakluk kepada dua hukum, iaitu wajib (jika seseorang tidak mampu melaksanakan agamanya) atau sunat (jika mereka mampu melakukan melaksanakan agamanya).
9. Kemestian berwaspada daripada dunia dan tipu daya wanita kerana fitnah dan godaannya sangat dashyat.
10. Kemestian beraspada daripada menumpukan amalan akhirat untuk tujuan duniawi.




Mahu rahmat Allah? Buatlah apa yang Allah suka setiap hari

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Pernahkah kita muhasabah diri kita, berapa peratus kah kita melakukan perkara-perkara yang Allah S.w.t suka setiap hari berbanding dengan apa yang Allah tidak suka? Berapa jam kita habiskan masa kita kepada yang bermanfaat dan menimbulkan rasa takut pada Allah berbanding dengan yang lagho / melalaikan dan sia-sia?

Tahukah bahawa jika kita mahu disayangi oleh Allah Azza wa Jalla, maka hendaklah kita mengikut cara Nabi S.a.w atau mendengar kata-katanya?

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu kasihkan Allah ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  [Surah Aali Imran : 31]

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi alam."  [Surah al-Anbiya’ : ayat 107]

Ada orang kata, "nak masuk syurga mesti dengan rahmat Allah, bukan kerana berapa banyak amalan yang kita buat kerana amalan kita tidak layak dengan syurga Allah."  Ya betul, hanya dengan RAHMAT (belas kasihan) ALLAH kita dapat masuk syurga.  Tetapi anda ingat dapat RAHMAT ALLAH dengan percuma dan mudah begitu sahaja?


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ 

Dari Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah S.a.w; "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."  [Hadits Muttafaqun alaih]

Kalau kita mendalami Ilmu Tasawwuf (ilmu untuk menyucikan hati dan menyempurnakan ibadah kita), sebaiknya kita BERAMAL semata-mata untuk mendapatkan REDHA dan RAHMAT dari Allah, bukan semata-mata kerana mahu PAHALA dan SYURGA.   Kerana jika Allah S.w.t redha dan merahmati kita, automatik lah syurga pun dapat.


Antara amalan-amalan yang kita dapat lakukan seharian yang sangat besar ganjaran dari Allah ialah;

Yang pertama sekali perlu diingatkan agar kita MELAKSANAKAN segala KEWAJIPAN atau YANG FARDHU AIN terlebih dahulu, contohnya Solat Fardhu (terutamanya dengan berjema'ah), Puasa Ramadhan, Zakat, Haji dan seumpamanya.  Lakukan dengan betul seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.a.w dan ditunjukkan oleh para ulama pewaris nabi.  Seperti solat sebagai contoh, lengkapkan lagi ilmu kita dengan membaca juga kitab seperti Kitab Munyatul Musolli,  Rahsia khusyu' sembahyang, Sifat Solat Nabi dan sebagainya.

Dan segala amalan WAJIB dan SUNAT yang kita buat mestilah dipasangkan NIAT yang betul-betul ikhlas kerana Allah S.w.t, bukan kerana Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Takabbur, na'uzubillahi min zaalik.

1 - Perbanyakkan solat sunat. Solat sunat qabliyyah Subuh, Solat Dhuha, Solat Witir, Solat Tahajjud, Solat Rawatib dan boleh tambah dengan solat-solat sunat lain.

"Sesungguhnya Allah S.w.t menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir."  [Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim r.a]

"Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir kerana Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada yang ganjil."   [Hadits Riwayat al-Tirmidzi dan Hakim]

Abu Hurairah pernah berkata; "Rasulullah S.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur."  [Hadits riwayat Bukhari no. 1178]

"Dua rakaat sebelum Subuh (Solat Qabliyyah) itu lebih baik dari dunia dan isinya." [Hadist riwayat Imam Muslim]

"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."  [Surah Isra’; ayat 79]
.
"Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan."   [Hadits Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad]

"Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam (Solat Tahajjud)." [Hadits Riwayat Muslim]

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka."  [Hadits Riwayat Abu Daud & Tirmidzi]

"Barangsiapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh." [Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi]

Nabi S.a.w yang MAKSUM dan sudah DIJAMIN SYURGA pun memperbanyakkan SOLAT SUNAT.  Kalau kita langsung tidak mahu mengerjakan solat sunat dalam sehari, amat malang lah!  :-(


2 - Sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah S.w.t. dan MEMUJINYA sama ada sedang berdiri, duduk, baring atau apa saja keadaan. Ingatlah, Allah SUKA DIPUJI.

"Tidak ada seorang pun yang lebih cemburu dari Allah, kerana itulah Dia mengharamkan hal-hal yang keji, baik yang zahir mahupun yang batin. Dan tidak ada seorang pun yang lebih suka dipuji daripada Allah S.w.t, kerana itu maka Dia memuji diri-Nya sendiri. Tidak ada seorang pun yang lebih suka utusan selain dari Allah, kerana itu Dia mengutus para nabi untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan." [HR Bukhari dan Muslim]

Apa ayat Al-Quran yang paling AGUNG?  Ayat yang paling agung ialah AYAT KURSI. Kandungannya adalah puji-pujian dan mengagungkan kebesaran Allah S.w.t dengan seagung-agungnya.

Untuk sentiasa dapat berzikir pada Allah, pada permulaannya memang mencabar. Tetapi apabila kita sudah biasakan diri, lawan nafsu, buang segala lagu atau muzik yang melalaikan dari dalam kepala, insyaAllah nanti ALAH BISA TEGAL BIASA.  Practise makes perfect!

Mahu MAHIR dalam apa saja bidang pun perlukan LATIHAN / PRACTISE. Mahu mahir suatu yang jahat pun perlu PRAKTIS.  Mahu mahir suatu yang BAIK pun perlukan PRAKTIS. Terpulang pada HATI anda sendiri mahu jadi yang mana.

"Maka (Allah) mengilhamkannya jalan keburukan, dan jalan taqwa.  Maka berjayalah sesiapa yang menyucikan (diri dan hati) nya."  [Surah As-Syams : Ayat 8 - 9]

Kemudian, selagi lagu atau muzik-muzik melalaikan bersenandung di dalam kepala anda, selagi itulah sukar untuk dapat Zikrullah sepanjang masa. Kerana penawar memang tidak boleh bercampur dengan racun dalam satu masa.

Apabila anda sudah dapat BIASAKAN diri Zikrullah, nanti anda akan dapat rasai bahawa Zikrullah sebenarnya LEBIH NIKMAT dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan.  Kerana lagu-lagu itu hanya memberi nikmat sementara, tak dapat pahala malah dapat dosa, buang masa dan sebagainya.  Sebaliknya Zikrullah akan memberi NIKMAT BERPANJANGAN , mendapat pahala dan merasa tenang bersama Allah Azza wa Jalla.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang." [Surah Al-Raad : 2]

Contoh zikir yang mempunyai fadhilat yang besar ialah mengucap Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah  <-- br="" klik="" penerangannya.="" sila="" untuk="">
"Siapa yang tasbih (Subhanallah) 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) 33 kali, dan takbir (Allahu Akbar) 33 kali, jadi jumlahnya 99 kali, kemudian di cukupkannya 100 dengan membaca : La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." [HR Muslim)

Dan macam-macam zikir lagi .......

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;  "Sesiapa yang solat berjemaah (subuh) kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat Isyraq) maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna." [Hadits Riwayat at-Tirmidzi dan at-Thabrani]

"Bagi setiap penghuni syurga itu dua orang isteri, terlihat sum-sum betisnya dari balik dagingnya kerana indahnya, tidak ada perselisihan di antara mereka serta tidak ada permusuhan. Hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah pagi  dan petang." [HR Muslim no 2834]

Antara ciri-ciri AHLI SYURGA ialah selalu BERZIKIR kepada Allah.  Orang-orang yang hatinya KOTOR tidak layak untuk menjadi AHLI SYURGA.


3 - Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 50 ayat dalam sehari. Lagi banyak lagi bagus!  Kerana jika kita baca Al-Quran tidak sampai 50 ayat dalam sehari, maka kita digolongkan dalam golongan manusia YANG LALAI, na'uzubillahi min zalik.

"Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah ia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat." [Surah Al-An’aam : ayat 155]

Dari Jabir r.a. katanya, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda; "Bacalah oleh mu Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya." [Hadits Riwayat Muslim]

"Barangsiapa yang membaca 50 ayat dalam sehari semalam, maka dia tidak dicatat sebagai seorang yang lalai. Barangsiapa yang membaca 100 ayat, maka dia dicatat sebagai orang yang qaniith taat. Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka dia tidak akan dibantah oleh al-Quran pada hari kiamat. Dan barang siapa yang membaca 500 ayat, maka dicatat baginya perbendaharaan harta berupa pahala." [HR Ibnus Sunniy,  Hadits Shahih li ghairihi]

"Rasulullah S.a.w tidak tidur sehinggalah baginda membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk” [HR Ibnus Sunni]

“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu siang dan malam kerana mencari keredhaan Allah S.w.t, diampunkan dosanya”. [HR Ibnus Sunni]

“Sesiapa yang membaca surah az-Zilzal pada waktu malam, dia seperti membaca separuh al-Quran. Sesiapa membaca surah al-Kafirun, dia seperti membaca satu perempat al-Quran. Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas seperti membaca satu pertiga al-Quran. [HR Ibnus Sunni]

Dan sebagainya lagi .......


4 - Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Dengan banyak berselawat ke atas Rasulullah S.a.w insyaAllah di Hari Kiamat nanti kita akan mendapat SYAFAAT dari beliau.

"Wahai orang yang beriman! Berselawatlah ke atasnya (Nabi s.a.w) dan ucapkan salam penghormatan kepadanya." [Surah al-Ahzab : 56]

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."  [Hadits Riwayat Thabrani]

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadits riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah SWT akan mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya."  [HR Ibn Najar dari Jabir]

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan Syurga.  [HR Abus Syaikh dari Anas]


5 - Istighfar dan berdoa kepada Allah S.w.t.  Nabi Muhammad S.a.w beristighfar (memohon ampun) dari Allah S.w.t sebanyak sekurang-kurangnya 100 kali sehari.  Beliau yang maksum (tiada dosa) pun memohon ampun, maka siapa kita kalau langsung SOMBONG tidak mahu mohon ampun dari Tuhan, sedangkan dosa kita sangat banyak?

"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat." [Surah Al-Mu’minuun : ayat 109]

Kalau dapat cari waktu hujan, di sepertiga malam (atau sekitarnya) dan waktu sedang sujud serentak untuk berdoa, amat lah bagus kerana semua keadaan itu adalah waktu MUSTAJAB berdoa. Juga kalau dapat cari waktu hujan, masa antara azan dan iqamah, sedang berpuasa sunat, ketika bermusafir dan ketika sujud serentak kesemuanya. Dan di waktu doa mustajab yang lain.

Jangan lupa untuk memuji Allah (seperti ucap Alhamdulillah) dan bershalawat pada Nabi S.a.w dalam doa kita, kerana doa tanpa shalawat terhijab dengan Allah S.w.t.

"Setiap doa terhijab (tertutup) hingga bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam." [HR. ad-Dailami]


6 - Berkasih-sayang sesama manusia kerana Allah S.w.t.

Dalam satu hadits Qudsi disebutkan bahawa Allah s.w.t berfirman ertinya: "Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang yang saling berkasih-sayang kerana Ku dan saling duduk-duduk di dalam majlis kerana Ku dan saling memberi kerana Ku dan saling berziarah kerana Ku." [Hadits Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibn Hibban]

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". [Surah Al Hujurat : 13]


7 - Cari masa dalam sehari untuk MENANGIS menyesali segala dosa, takutkan Allah dan nerakaNya.  Dan kurangkan lah KETAWA, atau jika boleh, tak payah ketawa langsung lagi baik.  Cukup dengan sekadar senyum dan tersengih seperti yang diteladankan oleh Rasulullah S.a.w.

Nabi S.a.w bersabda yang maksudnya; "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." [Hadits Riwayat Abu Naim]

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah S.w.t selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah S.w.t dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah S.w.t dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." [Hadits riwayat at-Tirmidzi]

Sikap banyak menangis (kerana takutkan ALLAH) ialah sikap orang yang betul-betul BERIMAN dan BERTAQWA, sedangkan sikap BANYAK KETAWA ialah sikap orang-orang MUNAFIQ. Seperti yang pernah ditempelak oleh Allah S.w.t tentang tentera-tentera munafiq ketika Perang Uhud.   "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak." [Surah at-Taubah : Ayat 82]

Pernah suatu ketika, Rasulullah S.a.w berjalan melalui sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa." [Hadits Riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah]

8 - Jangan merasakan diri ini sudah SANGAT BAIK dan SELAMAT DARI NERAKA di Akhirat nanti walaupun kita sudah BANYAK melakukan amal soleh dan ibadah. Kerana orang-orang yang BERUNTUNG ialah orang-orang yang merasa TIDAK AMAN dari AZAB ALLAH.

".. Tidaklah yang merasa aman dari adzab Allah, kecuali orang-orang yang rugi." [Surah Al-A'raaf : 99]

"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu; menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta."  [Surah Al-Mulk : 16]

Jika kita masih merasakan diri kita TIDAK BAIK, barulah kita akan berusaha untuk buat yang lebih baik lagi, lebih beramal lagi dan sentiasa merasa TIDAK CUKUP AMALAN.  Serta kita tidak BANGGA dan MEGAH dengan amalan-amalan kita, dan merendah-rendahkan orang lain, na'uzubillah min zaalik.


Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah.


9 - Berpuasa sunat. Puasa sunat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad S.a.w ialah puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis (melainkan jika jatuh pada hari-hari yang DIHARAMKAN berpuasa).

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.a.w. bersabda; "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah S.w.t) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa."  [Hadits Riwayat Tirmizi - Hadits Hasan Gharib]

"Puasa yang paling disukai oleh Allah S.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah S.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
"Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun." [Hadits riwayat Bukhari no. 1979]

Dari Ibnu Milhan Al-Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ , وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada 'ayyamul bidh' iaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah)." Dan baginda bersabda, "Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun." [Hadits riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih]

Walaubagaimana pun, dikecualikan berpuasa pada tanggal 13 Dzulhijjah (salah satu hari Tasyriq), kerana berpuasa pada hari tersebut diharamkan.

Menurut Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah dalam kitab Zaadul Ma'ad tentang puasa 3 hari dapat pahala setahun, kerana Allah S.w.t membalas 1 kebaikan dengan 10 kali ganda. Maka;

3 hari X 12 bulan = 36

36 X 10 = 360

360 + 5 hari yang diharamkan puasa = 365 = setahun.

Begitu juga lah dengan puasa 6 hari di bulan Syawal mendapat pahala seperti setahun, kerana 30 hari Ramadhan dicampurkan dengan 6 hari Syawal;

30 + 6 = 36

36 X 10 = 360


10 - Dan berbuat amal-amal soleh lain selagi mempunyai kemampuan dan kesempatan seperti bersedekah, jalin silaturrahim, dakwah, menuntut ilmu (yang bermanfaat) dan sebagainya, selagi PERKARA-PERKARA itu adalah apa yang ALLAH SUKA.  Dan jangan lupa, niatkan segala amalan baik kita itu KERANA ALLAH dan mulakan dengan BISMILLAH.

Secara ringkasnya, sama-sama lah kita buat apa yang Allah S.w.t suka setiap hari, dan jauhkan / tinggalkan apa yang Allah S.w.t tidak suka dalam masa yang sama.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita sentiasa amalkan apa yang Allah S.w.t suka, insyaAllah nanti jadi seronok dan merasa RUGI jika tidak lakukan. Lawan nafsu Ammarah bis suu' (yang menyuruh berbuat jahat dan dosa) pada peringkat permulaan, lama-lama nanti jadi mudah dan tabiat. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat, amiin.

Di akhirat nanti, segala amalan kita akan ditimbang di atas Al-Mizan di Mahsyar. Semoga timbangan itu berat sebelah amal baik kita dan semoga kita semua dibalas syurga. Dan betapa pentingnya amalan di dunia ini, lihat saja bayi-bayi baru lahir yang meninggal dunia. Mereka nanti akan menjadi PELAYAN-PELAYAN dalam syurga sepertimana para bidadari, kerana mereka tidak pernah merasa KESUSAHAN dan UJIAN HIDUP di dunia ini.

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Surah Al-Baqarah : ayat 195]

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Surah Al-Ankabut : Ayat 69]

"Orang yang cerdik ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah (yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih)."  [Hadits Riwayat Tirmidzi - Hadits Hasan]

"Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang." [Hadis Riwayat Muslim]

Wallahu a'lam .......
Sifat ikhlas hiasan peribadi Muslim bertakwa Labels: Ikhlas, Peribadi Muslim, Takwa IKHLAS adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah dan keikhlasan jugalah yang menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan yang dilaksanakan oleh setiap Muslim diterima Allah ataupun sebaliknya. Pendek kata, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan atau kebahagiaan Muslim di dunia dan akhirat. Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi Muslim yang bertakwa. Antaranya, firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 2) Rasulullah tidak ketinggalan untuk memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari Muslim lewat sabdanya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Berdasarkan nas-nas suci di atas, dapat disimpulkan betapa keikhlasan memainkan peranan yang penting dalam menentukan penerimaan satu amalan di sisi Allah. Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman Muslim kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, yang membenci kerana Allah, yang memberi kerana Allah dan yang menahan diri pun kerana Allah, maka dia sesungguhnya telah mencapai kesempurnaan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Dari sini jelas bahawa sifat ikhlas ini amat penting disemai dan dibajai di setiap hati Muslim dalam semua lapangan hidup agar dia dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah yang bertakwa. Perlu disedari bahawa sifat ikhlas ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan amalan ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya, malahan niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat yang diberi ganjaran pahala kerananya. Sebaliknya, niat yang tidak baik seperti riak atau 'ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai satu-satu amalan walaupun ia berupa amalan ibadat sekalipun dan ia akan mengubahkan menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksa yang pedih di akhirat kelak. Sehubungan itu, Rasulullah ada memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara yang boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kita kepada Allah seperti sifat riak, 'ujub, sombong dan lain-lain sifat yang tercela. Pernah satu ketika Rasulullah menganggap riak itu sebahagian daripada syirik yang tersembunyi kepada Allah. Ini jelas dalam satu sabda baginda yang bermaksud: “Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik.” Justeru, sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) di dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari dan kalau mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim) Demikianlah gambaran indah yang dilukiskan oleh Rasulullah tentang hamba Allah yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Mereka sama sekali tidak mengharapkan apa-apa habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya apa yang mereka harapkan hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah saja. Itulah cita-cita dan impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian yang penuh tulus lagi kudus semata-mata kerana Allah sebagaimana terungkap dalam firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).” (Surah al-An'am, ayat 162 - 163). Dari satu segi lain, gambaran orang yang tidak ikhlas dalam amalan mereka serta mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang yang beriman. Apa tidaknya, kerana Rasulullah sebagai seorang rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan kita akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang tidak ikhlas hatinya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa-apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkannya ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi) Di samping itu, Islam adalah addin yang amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan oleh Muslim dianggap sebagai ibadah. Oleh itu, setiap amalan sama ada yang berbentuk duniawi mahu pun ukhrawi ada ganjaran pahalanya sekiranya diniatkan penuh ikhlas kerana Allah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala sehinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau.” (Hadis riwayat Bukhari) Dalam satu hadis lain, Rasulullah juga bersabda maksudnya: “Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah ada padanya pahala sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad) Ringkasnya, selama mana seseorang Muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh keikhlasan yang tulus, selama itulah segala gerak geri dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kalaulah begini kedudukan seorang yang ikhlas kepada Allah dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah, kita sebagai umat Islam sewajibnya menghiaskan diri dengan sifat mulia itu dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia. Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas. Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan