Jumaat, 24 April 2015

JANGAN KITA JADIKAN ISLAM HAK ORANG MELAYU ATAU ISLAM NI MELAYU PUNYA...ATAU ISLAM KENA IKUT ADAT KITA....ATAU ISLAM NI DALAM KAWALAN KITA...BERMAKNA ISLAM KENA IKUT KITA BUKAN KITA KENA IKUT ISLAM....BAHAGIAN 7

ADAKAH INI DARI ISLAM YANG ADA NAS QURAN ATAU HADIS@SUNNAH...ATAU DARI TINGGALAN HINDU ATAU KITA CIPTA SENDIRI....FIKIR2KAN....JANGAN PULA ORANG TAK IKUT CARA KITA...KITA TAK BERHUJAH PUN TERUS TUDUH SESAT....NI BAHAYA



Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat

Reactions: 
0
Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat. Kepercayaan dan Amalan Karut Malam Raya. Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang dan tertarik pada rumah yang paling bercahaya untuk dilawati dan mengiring berkat dari Allah kepada seluruh penghuninya di 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan hingga Menjelang Aidilfitri.


Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat


Kepercayaan Karut Malam 7 Likur

Malam 7 Likur, sesetengah masayarakat kita menyalakan pelbagai Lampu dan Cahaya Pelita ketika Malam Menjelang Hari Raya kerana inginkan keberkatan Lailatul Qadar. Malah ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan tertarik pada rumah yang paling terang untuk dilawati dan menyampaikan berkat dari Allah. Hiasan Cahaya dan Pelita umpama Menyuluh Jalan Malaikat agar turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan.
Jika kita percaya pada Amalan mengarut sempena malam 7 Likur di atas. Maka samalah dengan Kepercayaan orang Kristian dimana Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus. Penganut Kristian yang menyirami cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi Menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel. Penganut Agama Kristian mengharapkan cahaya-cahaya lampu yang dipasang dan dihias indah mampu menarik perhatian Santa Claus agar melawati rumah mereka lalu mendapat Rahmat pada Malam Menjelang Krismas. Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat.

Simbolik Cahaya Pelita Malam 7 Likur

Maka, kenapakah kita digalakkan menghidupkan dan memeriahkan 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan dengan cahaya didalam dan di halaman rumah. Baca lanjutan Simbolik Cahaya Malam 7 Likur  di Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya. Fungsi Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya yang sebenar-benarnya.

'Malam 7 Likur' amalan bidaah - Dr Abu Hassan Din KUALA LUMPUR: Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam. Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam. Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu. "Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni," katanya ketika dihubungi. Ustaz Abu Hassan turut mempersoalkan, kenapa malam yang dikatakan tujuh likur itu sahaja lampu mesti dipasang? Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita. "Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan. "Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!" tegas tokoh agama itu. Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya. "Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu," katanya. Malam tujuh likur biasanya diamalkan di kampung-kampung yang mana hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu terutama menjelang Syawal, bagaimanapun amalan ini sudah sebati dalam masyarakat Islam pada hari ini. Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
'Malam 7 Likur' amalan bidaah - Dr Abu Hassan Din KUALA LUMPUR: Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam. Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam. Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu. "Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni," katanya ketika dihubungi. Ustaz Abu Hassan turut mempersoalkan, kenapa malam yang dikatakan tujuh likur itu sahaja lampu mesti dipasang? Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita. "Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan. "Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!" tegas tokoh agama itu. Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya. "Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu," katanya. Malam tujuh likur biasanya diamalkan di kampung-kampung yang mana hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu terutama menjelang Syawal, bagaimanapun amalan ini sudah sebati dalam masyarakat Islam pada hari ini. Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ







Pelita Itu Hindu!!!!!!!


PELITA ITU HINDU!!!!!!
Kita sudah masuk pada 21 Ramadhan untuk tahun ini. Maknanya hanya tinggal 9 hari lagi Ramadhan ini akan berakhir dan masuk pula bulan Syawal, bulan yang pada masa kecil kita dahulu, bulan yang paling kita tunggu-tunggu sepanjang tahun itu.
Bila masuk 10 hari terakhir, satu adat Melayu yang hanya akan ada pada 10 malam Ramadhan terakhir yang juga dikenali sebagai malam tujuh likur ini ialah adat memasang pelita.
Sebelum itu, ingin juga Hamba berikan makna likur itu. Likur itu sebenarnya mengikut Ayahanda Hamba bermaksud satu perbilangan antara 20-30. Maknanya antara angka 20 hinggalah angka 30 itu, disebut sebagai likur, contohnya 1 Likur (Malam 21), 2 Likur (Malam 22), 3 Likur (Malam 23) dan seterusnya.
Berbalik kepada isu pelita, ramai yang mengatakan itu sebenarnya meniru adat Hindu seperti mana mereka menyambut Diwali (Deepavali), dan tidak harus dan sepatutnya diamalkan dan bid’ah.
Pada Hamba, memasang pelita itu sebenarnya berbalik kepada niat masing-masing.
Jikalau betul ia menyerupai agama Hindu, izinkan Hamba memberi sedikit info berkenaan adat Hindu memasang pelita pada waktu Diwali ini memandangkan Hamba juga seorang Indologist;
Menurut agama Hindu, menyalakan Diya (pelita) mempunyai signifikan agama yang mendalam. Dan api juga merupakan instrument penting didalam upacara keagamaan Hindu. Bahkan, cahaya dari Diya itu satu lambang kepada Tuhan. Ini berdasarkan satu mentera didalam antara salah satu kitab suci Hindu, Upanishad (rangkaian ke Wikipedia) yakni;
Om Ashota Ma Satgamaya,
(Oh Tuhan yang Agung, Pimpinlah kami keluar dari penipuan kepada kebenaran)
Tama Shoma Jyotir Gamaya,
( Dari Kegelapan kepada Cahaya)
Mrityorma Amritamgamaya,
(Dari Kematian kepada Kehidupan Kekal)
Om Shanti, Shanti, Shanti Om
(Oh Tuhan yang Agung, Aman, Aman, Aman Tuhan yang Agung)
Api itu dianggap sebagai semangat Tuhan. Api juga melambangkan kepada kebaikan mengalahkan kerosakan sepertimana yang disambut didalam Diwali. Ia juga melambangkan Atman,cahaya dalaman seseorang manusia itu yang tulus dan suci. Bagi mereka, tanpa Api, tiadalah kehidupan yang mana setiap manusia dan kehidupan didunia ini memerlukan cahaya.
Didalam perayaan diwali, pelita/diya dipasang untuk menandakan kemenangan kebaikan dari keburukan dan kerosakan.
Berbalik kepada budaya Melayu, pemasangan pelita tidak pula dikaitkan seperti mana yang didalam agama Hindu iaitu merayakan kemenangan kebaikan dari keburukan?.
Jadinya Hamba tertanya-tanya dimana persamaan diantara pemasangan pelita sepertimana Melayu pada malam 7 likur dan perayaan Diwali oleh penganut Hindu? Hanya disebabkan memasang pelita terus dituduhnya meniru agama Hindu? Tanpa memahami falfasah disebalik pelita semasa sambutan Diwali?
Ramai yang mengaitkan pemasangan pelita ini dengan Lailatul Qadar dan Malaikat.
Bagi Hamba, jikalau benar ini merupakan sebab disebalik adat pemasangan pelita ini pada malam 7 likur dan ‘menyambut’ Malaikat, apa salahnya?
Menyambut Malaikat disini bukanlah bermakna Malaikat itu buta. Tak juga bermakna Malaikat hanya akan pergi ke rumah yang memasang pelita pada malam Lailatul Qadar dan sebaliknya.
Pada Hamba, memasang pelita itu (jikalau benar adat ini diwujudkan kerana sebab diatas) ialah tidak lebih seperti meraikan ‘tetamu.’ Apa salahnya kita menghiasi rumah kita yang akan didatangi ‘tetamu’? Salah? Tak salahkan meraikan dan menghormati tetamu? Jadi apa salahnya?
Itu pun kalau betul sebab kepada wujudnya adat memasang pelita ini adalah kerana seperti diatas.
Tapi kita lihat pula sudut yang lain. Kenapa pula diadakan pada malam-malam terakhir Ramadhan? Kenapa kita tidak melihatnya pada kerangka lain? Mungkin niat orang tua dulu-dulu memasang pelita pada akhir-akhir Ramadhan ini semata-mata kerana hendak mudah untuk bangun bertahajud dan berqiamullail mencari Lailatul Qadar?
Iya lah, kalau rumah terang benderang pada waktu malamnya, bukankah lebih mudah untuk kita bangun dan menunaikan ibadat di tengah-tengah malam. Kenapa kita tak fikir macam tu? Terus pulak kita nak samakan dengan Diwali?
Atau mungkin juga dipasangnya pelita itu untuk memudahkan mereka dahulu untuk ke masjid untuk berqiam di masjid. Ye lah, zaman dahulu mana ada lampu jalan di kampong-kampung, dan pelita inilah lampu yang paling moden pada masa dahulu. Makanya, untuk meraikan Lailatul Qadar dengan pergi mengadakan qiamullail di masjid, dan untuk menerangi jalan untuk mudah ke masjid, maka dibuatnya adat memasang pelita ini.
Jadi salahkah pelita itu dipasang? Hanya semata-mata kerana menyerupai Diwali, maka dituduhnya segala bagai tanpa usul periksa.
Akhirnya, semuanya terletak pada niat individu. Pada Hamba, pasang pelita tidak lebih untuk menyambut Ramadhan terakhir ini, menyemarakkan malam-malam terakhir ini dan meraikan adat yang pada Hamba penuh simbolik. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah ada niat untuk mewujudkan bid’ah didalam agama.
Akhirnya, bersama kita di malam-malam akhir ini beribadat mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kami apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan,
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
- Surah Al-Qadr ayat 1~5 -
Kredit : Saya Budak Melayu
-RAD-

Malam ini malam tujuh likur

MALAM TUJUH LIKUR
Begitu pantas perjalanan masa, ibarat kata pepatah : “Masa ibarat pedang, sekiranya anda tidak memotongnya maka nescaya ia akan memotongmu”. Sedar tidak sedar, Ramadan hampir melabuhkan tirainya, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagi sesetengah masyarakat, hari ini tanggal 26 ramadan adalah detik paling penting kepada mereka. Teringat zaman kanak-kanak, hari ke 26 dan malam ke 27 dipanggil malam tujuh likur. Itu mungkin hanya panggilan orang Melayu, yang lebih tepat ia mungkin dimaksudkan dengan malam penuh berkat iaitu malam lailatul qadar. Walau bagaimanapun, amalan menyalakan lampu dan lilin sangat bertentangan dengan syarak sekiranya semata-semata mempercayai sesuatu kebaikan daripada perbuatan tersebut pada malam tujuh likur.
Walaupun kurang mengerti lagi ketika zaman kanak-kanak erti malam qadar, namun ia seolah-olah sudah ditunggu-tunggu oleh kami sebagai kanak-kanak. Kanak-kanak amat kuat kepercayaannya jika dididik dan diasuh oleh ibubapanya. Sebab itu asuhan tentang lailatul qadar juga perlu disemat dalam jiwa kanak-kanak. Menunggu malam tujuh likur untuk menadah tangan berdoa kepada Allah taala menjadi kelaziman mereka yang mempunyai impian dan harapan daripada Allah Taala. Tidak kurang juga masyarakat Arab, teringat ketika berada di bumi Madinah dan Mekah, malam 27 adalah malam yang dipenuhi oleh orang ramai. Di Masjidil Haram ada yang solat diatas escalator. Tidakkah ini menggambarkan kepercayaan masyarakat terlalu kuat tentang malam ke 27.









ISLAM BUKAN IKUT DEMOKRASI...YANG RAMAI ITU BETUL....YANG SIKIT ITU SALAH....YANG BETUL BERDASARKAN QURAN DAN HADIS...ISLAM TAK BOLEH TOLAK DAN TAK BOLEH TAMBAH

 
WALLAHU'ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan