Khamis, 23 April 2015

HEHE DE LAGI TUNGGUUUUUUU.....JANGAN MARAH...MARAH KENA JUAL

AKAN MENYUSUL YANG KE 6

baca cerita ni dulu...dan tonton video ni...sambil tunggu siri ke 6









I AM THE KING!
Ada seorang raja yang mempunyai seorang hamba lelaki, pada semua keadaan, hamba itu seorang yang beriman dan selalu berkata,
"raja ku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.
Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata; jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari.
Hamba itu menjawab 'walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, beliau tidak pernah salah.
Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukan ke dalam penjara Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi, "Allah itu baik & sempurna".
Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.
Saat raja itu mau dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "lengkap" untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka
Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata;
"Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan". Tetapi saya mempunyai satu soalan; Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?"
Hambanya menjawab "Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan kerana saya tidak mempunyai jari yang sempurna!" . sambungnya lagi "Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah."
Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ....

Fendi Isa cara fikir@berfikiran bergantung pada ilmu...lebih2 ilmu Islam...asas mesti ada...tauhid...feqah...akhlak@tasauf...dituruti dgn amalan yg ikhlas...ia sungguh dekat dgn Allah...ada pd dirinya martabat ihsan...samada no 1 atau no 2...jika ciri ni xde...payah nak dapat berfikiran positif



Edisi Bangla
Posted by Siakap Keli on Saturday, 29 March 2014




Warisan Stokin Koyak


Warisan Stokin Koyak



Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."



Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."


Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."


Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.


Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."

SOMBONG PENGHALANG MASUK SYURGA
Banyak kisah mengenai kebinasaan yang diterima oleh mereka yang bersikap angkuh tetapi nampkanya masih ramai lagi yang bersikap begitu terhadap sesama manusia. Sebagai contoh, iblis telah diusir dari syurga kerana sifat sombongnya yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga kisah Qarun dan seluruh harta bendanya kerana sikap sombong kepada kaumnya juga terhadap Allah s.w.t.
Firaun dan bala tenteranya juga menerima nasib yang sama apabila ditenggelamkan ke dalam laut kerana sikap sombongnya yang mengakui diri sebagai Tuhan.
Kaum Nabi Lut a.s. juga mengalami nasib yang sama apabila mereka sombong dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Lut a.s. supaya meninggalkan tabiat buruk. Mereka mengamalkan penyimpangan seksual dengan memilih pasangan hidup sesame jenis (homoseks) sehinggakan pada suatu pagi, Allah s.w.t membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada seorang pun daripada mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab-Nya.
Mengapakah kita dilarang bersikap sombong dan angkuh? Ini kerana manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak layak makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong terhadap Allah s.w.t yang menjadikan alam semesta ini.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, masih ramai manusia yang lupa diri sehingga menjadi sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain dan menganggap diri sempurna segala-galanya.
Rasulullah s.a.w telah mengingtkan betapa bahayanya sifat sombong, sebagaimana dilaporkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata : "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis riwayat Muslim.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t turut mengingatkan : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong , takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman : 18.
Allah berfirman lagi : "(Setelah itu) dikatakan kepada mereka : Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar : 72.
Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan". - Hadis riwayat Muslim.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w berkata : "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah", lalu baginda berkata : "Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) kepada Allah s.w.t nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong perangainya".- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia ini yang berupa kejahilan sebagai balasan daripada perbuatannya. Allah s.w.t tidak suka manusia memiliki sifat ini kerana sombong merupakan perangai iblis. Ketika Allah memerintahkan ia bersujud kepada Adam a.s, ia enggan kerana merasakan dirinya lebih baik. Sebaliknya, Nabi Adamlah yang perlu bersujud kepadanya. Ini kerana ia dijadikan daripada api dan Nabi Adam a.s pula daripada tanah.
Firman Allah s.w.t : "Ketika kami berfirman kepada para para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk dalam golongan orang yang kafir".- surah al-Baqarah : 34.
Iblis merupakan makhluk pertama yang bersikap takbur terhadap Allah s.w.t. Makhluk Allah s.w.t sebelum itu, tiada yang berani membantah apatah lagi mempertikaikan sebarang perintah Allah s.w.t termasuk malaikat dan jin.
Menurut iblis seperti yang direkodkan oleh Allah s.w.t : "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Aku dijadikan daripada api sedangkan dia dijadikan daripada tanah". - surah al-A'raf : 11-12.
Demikianlah betapa beraninya iblis menentang arahan Allah s.w.t. Inilah perangai iblis, ia amat berani bertakbur dengan Allah s.w.t yang menciptanya sedangkan jika Allah s.w.t mahu, Dia boleh musnahkan iblis yang sombong itu bila-bila masa sahaja. Tetapi Dia memberi peluang kepada iblis untuk melaksanakan misinya, iaitu menggoda manusia kea rah kesesatan, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dengan penuh keihklasan semata-mata kerana mengharapkan redha dan kasih sayang Tuhannya.
Sebaik-baiknya, kita perlu mencontohi para malaikat. Ketika diperintahkan agar bersujud kepada Nabi Adam a.s, mereka terus sahaja sujud tanpa banyak soal atau bantahan. Sedangkan kejadian malaikat juga tidak kurang hebatnya, iaitu mereka dijadikan daripada cahaya. Kalau malaikat ingin membantah, sudah tentu mereka laya. Namun, mereka sedar bahawa tanah, api, atau cahaya semuanya sama di sisi Allah s.w.t kerana mereka semua adalah makhluk-Nya.
Allah s.w.t memerintahkan agar kita bersikap tawaduk dan rendah diri. Semua kita ini adalah hamba Allah s.w.t yang berasal dari setitis air mani yang hanyir lagi hina. Kemudian menjadi seketul darah yang hita,. Oleh itu, apalah yang hendak dibanggakan? Akhir sekali nanti, kita akan kembali kepada pencipta dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa. Tidak mampu melakukan apa-apa lagi dan tidak berkuasa menolak takdir yang telah dijanjikan itu.
Oleh itu, berwaspadalah dengan sifat sombong ini. Banyakkan berdoa agar dijauhi sift yang dibenci Allah ini. Mudah-mudahan kita dijauhi dari bakaran api neraka yang sentiasa marak menyala-nyala.

Disediakan oleh:
Hazuwan Bin Shamsuddin
Praktikal Bahagian Dakwah JAIS














WALLAHU'ALAM

maksud sya macam ni...xbole sebut ulamak saja tapi nama ulamak xsebut...hujjah macam xboleh la...

perkara2 ni menjadikan orang awam jadi kelam kabut














Tiada ulasan:

Catat Ulasan