Rabu, 29 April 2015

ADAKAH BAHASA ARAB DIGUNAKAN DI SYURGA

Ahad, 29 Julai 2012


Bahasa Arab Bahasa Syurga; Satu Penelitian

Sedari kecil lagi kita biasa mendengar bahawa bahasa Arab adalah bahasa syurga. Bukan orang-orang tua kita sahaja yang menyampaikan maklumat tersebut malah ustaz-ustazah yang menerimanya daripada guru-guru mereka pun terlibat sama. Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pun dengan mendendangkan lagu tema bagi rancangan Hayya bi al-‘Arabiyyah yang menyebutkan “bahasa Arab bahasa syurga.”

Bukanlah menjadi satu kesalahan jika kepercayaan bahasa Arab bahasa syurga dianggap telah menjadi akidah kebanyakan orang-orang Islam. Namun begitu, timbul masalah yang besar apabila fakta sejarah yang menunjukkan manusia pertama, Adam ‘alaihissalam yang berasal dari syurga tidak berbahasa Arab menafikan keabsahan pegangan tersebut. Rentetan dari situlah, orang-orang pagan menjadikan kepercayaan tersebut sebagai alat untuk menyerang Islam. Mereka menganggap kepercayaan tersebut benar-benar berasal daripada Islam dan sabit dengan nas-nas yang sahih. Jadi, bagi mereka, akidah Islam bercanggah dengan fakta sejarah sekali gus menafikan kebenaran Islam.

Bertitik tolak dari situlah perlunya sebuah kajian dilakukan berkenaan masalah ini. Selain kerana asakan daripada pihak musuh, kajian ini amat penting untuk memastikan perkara-perkara yang berbentuk akidah ini benar-benar bersumberkan wahyu. Sejak dahulu lagi, umat Islam menghadapi ancaman-ancaman dari luar dan dalam yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi kepercayaan dan amalan mereka. Namun begitu, Tuhan telah awal-awal berjanji untuk menjaga agama yang suci ini. Maka, Dia telah membangkitkan segolongan manusia untuk menjadi tentera agama yang bertindak mempertahankan ketulenan agama dengan menggunakan senjata ilmu dan hujah.

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وتأويل الجاهلين وانتحال المبطلين
Terjemahan: ilmu ini akan terus dibawa pada setiap zaman oleh orang-orang yang baik; mereka akan menghalang penyelewengan orang-orang yang taasub, takwilan orang-orang yang bodoh, dan helah orang-orang yang sesat.
***
Sudah menjadi kesepakatan antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah bahawa perkara-perkara yang berkaitan akidah memerlukan nas yang sarih dan sahih. Malah, ulama-ulama Asya’irah dan Maturidiyyah pergi jauh dari itu dengan menganggap akidah hanya dapat disabitkan dengan nas yang qath’i dari sudut dalalah dan tsubutnya. Oleh sebab itu, bagi mereka, hanya al-Quran dan sunnah yang mutawatir yang dapat diambil menjadi kepercayaan. Hadis ahad meskipun sahih tidak diterima. Walau bagaimanapun, Ahli Hadis dan al-Hanabilah berpada dengan kesahihan riwayat untuk dijadikan dalil meskipun dalam masalah iktikad.

Berdasarkan garis panduan tersebut, bahasa yang digunakan di dalam syurga paling kurang mestilah ditentukan menerusi nas yang sarih dan sahih. Nas yang lemah dalalahnya mahupun tsubutnya tertolak secara automatik. Persoalannya, adakah wujud nas yang memenuhi syarat tersebut yang dapat menyabitkan bahasa Arab sebagai bahawa syurga?

Jawapannya, tidak ada.

Memang ada hadis yang diriwayatkan dalam sesetengah kitab yang berbunyi;
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي
Terjemahan: cintailah Arab kerana tiga perkara; kerana aku seorang Arab, al-Quran, dan bahasa ahli syurga adalah Arab;

أبغض الكلام إلى الله تعالى الفارسية وكلام الشياطين الخوزية وكلام أهل النار البخارية وكلام أهل الجنة العربية
Terjemahan: bahasa yang paling dibenci oleh Allah taala bahasa Parsi, bahasa syaitan bahasa Khuzi, bahasa ahli neraka bahasa Bukhara, dan bahasa ahli syurga bahasa Arab.

Persoalannya, adakah dua hadis tersebut sahih sehingga boleh dijadikan hujah? Jawapannya, kedua-dua hadis tersebut tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah sama sekali dalam masalah akidah.

Hadis pertama, hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihain dengan dua sanad yang kedua-duanya berpunca daripada Ibnu Juraih daripada ‘Atha’ daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhu. Anehnya, beliau menyahihkannya walhal ramai ulama yang telah memaudhu’kannya. Antaranya, Imam al-Dzahabi sendiri yang telah meringkaskan sambil menyemak kitab al-Mustadrak tersebut. Katanya: aku rasa hadis ini palsu.

Ibnu Abi Hatim dalam kitab ‘Ilal al-Hadits pula berkata: aku mendengar ayahku (Abu Hatim al-Razi) mengatakan: hadis ini dusta. Imam al-Syaukani dan al-Sayuthi memasukkan hadis ini ke dalam senarai hadis-hadis palsu masing-masing menerusi kitab al-Fawa’id al-Majmu’ah fi al-Ahadits al-Maudhu’ah dan al-La’ali al-Mashnu’ah fi al-Ahadits al-Maudhu’ah. Demikian juga Imam Ibnu al-Jauzi yang memasukkannya ke dalam kitab al-Maudhu’at dan Imam Ibnu ‘Arraq pula menyenaraikannya dalam kitab Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Ahadits al-Syani’ah al-Maudhu’ah.

Menerusi keterangan mereka, dapatlah disimpulkan bahawa hadis Ibnu ‘Abbas dengan kedua-dua jalannya dha’if jiddan. Kedha’ifannya berpusat kepada al-‘Ala bin ‘Amr, rawi daripada Yahya bin Buraid dan Yahya bin Buraid , rawi daripada Ibnu Juraih itu sendiri. Al-‘Ala bin ‘Amr muttaham bi al-kadzb manakala Yahya bin Buraid munkar al-hadits dan hadis Ibnu ‘Abbas tadi termasuk antara hadis-hadis yang diingkari ke atasnya. Walaupun telah disokong oleh riwayat Muhammad bin al-Fadhl, hadis tersebut tetap berstatus dha’if jiddan kerana Muhammad bin al-Fadhl juga muttaham bi al-kadzb sehingga riwayatnya tidak mampu menyokong riwayat-riwayat lain.

Walaupun hadis ini mempunyai sokongan lain sebagaimana yang telah disentuh oleh Imam al-Sayuthi iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath daripada Abu Hurairah dengan lafaz:

أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي
Terjemahan: aku orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab, dan bahasa ahli syurga pun Arab;

Hadis tersebut tetap dha’if kerana beberapa rawinya yang bermasalah. Mas’adah bin Sa’d majhul al-hal , ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Imran munkar al-hadits, manakala Syibl bin al-‘Ala pula majhul al-hal. Jadi, hadis ini dengan tiga jalannya tetap dha’if.

Hadis kedua, hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah tetapi tidak ditemui ada diriwayatkan dengan sanadnya secara lengkap dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar seperti kutub tis’ah dan seumpamanya. Imam Ibnu Hibban menyebutkan hadis ini semasa menyebutkan biodata Isma’il bin Dawud, rawi hadis ini dalam kitab al-Majruhin lalu mengatakan: diriwayatkan daripadanya oleh Abu ‘Ishmah ‘Ashim bin ‘Abd Allah al-Balkhi. Hadis ini maudhu’, tiada asalnya daripada kata-kata Rasulullah shallahu’alaihiwasallam dan Abu Hurairah pun tidak pernah meriwayatkannya begitu juga al-Maqbiri. Ghalib al-Qaththan pun tidak menyebutnya dengan sanad ini.

Ibnu Hibban juga menuduh Isma’il bin Ziyad sebagai pereka hadis ini. Tetapi, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menolak tuduhan Ibn Hibban terhadap Isma’il bin Ziyad kerana beliau termasuk guru Imam al-Bukhari di luar Shahihnya dan mengandaikan hadis palsu ini berpunca daripada rawi-rawi di bawahnya. Imam al-Jauraqani turut memasukkan hadis ini dalam al-Abathil wa al-Manakir wa al-Masyahir; Imam al-Sayuthi pula ke dalam al-La’ali al-Mashnu’ah. Kesimpulannya, hadis ini maudhu’ di sisi ulama hadis. Begitu juga dengan Imam al-Fatani yang telah menyenaraikannya dalam kitab Tadzkirah al-Maudhu’at.

Jadi, kedua-dua hadis tadi tidak boleh dijadikan sandaran dalam masalah ini. Maka, apakah sandaran majoriti umat Islam selama ini untuk mengatakan bahawa bahasa Arab bahasa syurga? Malah, sekiranya salah satu antara dua hadis tadi menjadi sahih sekalipun, akidah tidak sabit dengan hadis ahad. Hanya hadis yang mutawatir yang boleh dijadikan hujah jika menurutkan mazhab Asya’irah dan Maturidiyyah yang didakwa sebagai mazhab majoriti umat Islam. Anehnya, mengapa majoriti umat Islam pula yang mengatakan demikian?
***
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, sesungguhnya bahasa yang telah, sedang, dan yang akan digunakan di dalam syurga nanti tidak ada seorang manusia yang masih hidup di atas muka bumi ini dapat mengetahuinya secara pasti kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah. Anggapan bahasa Arab bahasa syurga tidak lebih daripada sekadar anggapan semata-mata. Ini menunjukkan ramai dalam kalangan umat Islam yang menganut Islam secara ikut-ikutan sahaja sedangkan beragama secara membuta tuli ini sunnah orang-orang kafir musyrik.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu berusaha menyelongkar usaha-usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh untuk mengubah Islam satu demi satu supaya agama yang sedang mereka anuti supaya Islam yang mereka imani dan amali ini benar-benar Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallahu’alaihiwasallam. Yang pastinya, usaha ini tidak akan dilakukan kecuali orang yang benar-benar cintakan agamanya; yang berani dan cekal. Adakah itu anda? Wallahu’alam.

من الدين كشف العيب عن كل كاذب * وعن كل بدعي أتي بالمصائب
لـولا رجال سنيون لهدمت * معاقل دين الله من كل جانب
Termasuk dalam agama membongkar keaiban setiap penipu; dan setiap ahli bid'ahyang membawa bala bencana; kalaulah bukan kerana pemuda-pemuda Ahli Sunnah pasti akan hancur; benteng-benteng agama Allah dari setiap arah.






Apakah Bahasa Arab merupakan bahasa pilihan Tuhan?
Pertanyaan
Apakah Bahasa Arab merupakan bahasa pilihan Tuhan?
Jawaban Global
Sebagian riwayat menegasan poin ini bahwa bahasa Arab merupakan bahasa pilihan Tuhan. Terlepas dari kebenaran dan kesalahan riwayat-riwayat ini, pelbagai tipologi khas dan kemampuan bahasa Arab dalam mentransformasi pelbagai konsep dan makna merupakan beberapa dalil atas masalah ini.
Jawaban Detil
Dalam sebagian riwayat disebutkan bahwa:


1.     Penduduk surga bertutur kata dengan bahasa Arab [1] dan para bidadari Surga juga berkata-kata dengan menggunakan bahasa Arab. [2]

2.     Diriwayatkan dari Rasulullah Saw: “Saya mencintai bahasa Arab disebabkan karena tiga hal: Pertama bahwa saya sendiri adalah orang berkebangsaan Arab. Kedua bahwa al-Qur’an dalam bahasa Arab. Ketiga, bahasa penduduk surga adalah bahasa Arab.” [3]

3.     Diriwayatkan dari Imam Shadiq As dari ayahnya, “Allah Swt tidak berkata-kata dengan para nabi kecuali dengan bahasa Arab.” [4]

4.     Bahasa Arab adalah bahasa Allah Swt [5] dan Allahlah yang menjadikannya superior atas bahasa-bahasa lain. [6]

5.     Demikian juga pada permulaan penciptaan alam semesta, Nabi Adam adalah orang yang berkebangsaan Arab namun setelah ia membangkang dan memakan buah terlarang, Allah Swt menafikan surga dan segala nikmatnya dari Nabi Adam dan menjadikan bumi dan ladangnya sebagai gantinya. Allah Swt mengambil bahasa Arab darinya dan menggantikannya dengan bahasa Suryani. [7] Kemudian orang yang pertama kali berkata-kata dengan bahasa Arab adalah Nabi Ismail. [8] Nabi Yusuf pada perjumpaannya pertama kali dengan Raja Mesir menyampaikan salam dalam bahasa Arab. [9] Nabi Sulaiman menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ibadahnya [10] demikian juga dikatakan bahwa para perdana menteri Imam Mahdi yang nota-bene bukan berbangsa Arab akan bercakap-cakap dalam bahasa Arab. [11]

6.     Bahasa ini telah menjelma sebagai bahasa suci dalam kebanyakan ibadah dan sebagian transaksi Islam. Dalam Islam, azan dan iqamah, salat dan talbiyah haji dan umrah dinyatakan dalam bahasa Arab. Seluruh kaum Muslimin memiliki kewajiban untuk mempelajari bahasa Arab. Al-Qur’an juga dibacakan dalam bahasa Arab dan teks-teks doa, ziarah dan tasbih-tasbih dinyatakan dalam bahasa Arab. Akidah-akidah Islam juga dibacakan (talqin) kepada mayit dalam bahasa Arab. Pada sebagian transaksi fikih Islam juga terkait dengan persyaratan harusnya dinyatakan dalam bahasa Arab atau tiadanya persyaratan juga menjadi pembahasan. Dan persyaratannya dapat memiliki derajat; misalnya dengan adanya perbedaan fatwa para fakih tentang keharusan membaca akad pernikahan dan talak dan formula ini apabila memungkinkan harus dinyatakan dalam bahasa Arab. Meski sahnya akad adalah dengan niat dan bukan dengan bahasa. Namun dalam akad-akad penting seperti pernikahan dan talak, karena ada hubungan Ilahiah di dalanya, karena itu dalam hal ini akad harus dibacakan dan akad tersebut harus dalam bahasa Arab. [12]



Hadis-hadis ini, terlepas dari kajian sanad dan apakah keluar dari lisan para maksum As atau tidak? mengisahkan dan menandaskan bahwa bahasa Arab adalah bahasa pilihan. Namun harus diperhatikan bahwa pertama, volume hadis-hadis seperti ini dapat membuat kita tidak lagi memerlukan pengkajian sanad. Kedua, untuk menerima masalah ini maka bukan suatu hal yang mustahil, lantaran dalil rasional dan referensial juga tidak menolak masalah ini.

Bagaimanapun, bahasa Arab adalah bahasa al-Qur’an. Tuhan untuk mentransformasi pesan abadi dan generalnya telah memilih bahasa ini. Pelbagai tipologi khusus dan kemampuan bahasa Arab dalam mentransformasi pelbagai konsep dan makna dapat menjadi dalil pilihan Tuhan atas bahasa ini. [13] Berdasarkan hal itu, bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Qur’an merupakan bentuk kemurahan Allah Swt yang mengemuka pada sebelas ayat dalam al-Qur’an. [IQuest]







[1] . Bihâr al-Anwâr, Allamah Majlisi, jil. 11, hal. 56. Bihâr al-Anwâr, jil. 8, hal. 218 dan 286; jil. 10, hal. 81, Muassasah al-Wafa, Beirut, 1404 H.   
[2] . Ibid, jil. 8, hal. 134.   
[3] . Tafsir Majma al-Bayân, Aminuddin Thabarsi, jil. 2, hal. 206, Beirut, Dar al-Ihya al-Turats, al-‘Arabi.   
[4] . Bihâr al-Anwâr, Allamah Majlisi, jil. 16, hal. 134 dan jil. 18, hal. 263.
«ما أنزل الله تبارک و تعالی کتاباً و لا وحیاً إلا بالعربیه؛ فکان یقع فی مسامع ألانبیا بألسنه قومهم و کان یقع فی مسامع نبینا (ص) بالعربیه».    
[5] . Bihâr al-Anwâr, Allamah Majlisi, jil. 1, hal. 212 dan jil. 76, hal. 127.
، «تعلموا العربیه فإنها کلام الله الذی یکلم به خلقه»
   Bihar al-Anwar, jil. 11, hal. 42
«الوحی ینزل من عند الله عزوجل بالعربیه فاذا أتی نبیا من الانبیا إتاه بلسان قومه».
[6] . Ibid, jil. 25, hal. 29.   
[7] . Ibid, jil. 11, hal. 56.
«کان لسان آدم العربیه و هی لسان اهل الجنه. فلما عصی ربه أبدله بالجنه و نعیمها الارض و الحرث و بلسان العربیه السریانیه».
[8] . Ibid, jil. 12, hal. 87.     
[9] . Ibid, jil. 12, hal. 294.   
[10] . Ibid, jil. 14, hal. 112. Ibid, jil. 27, hal. 9 dan jil. 38, hal. 58 dan 59. Nabi Musa As matan berikut ini adalah isyarah bahwa maarif Islam seluruhnya adalah berbahasa Arab yang terukir pada sebuah batu yang berbahasa Ibrani yang ditemukan pasca kemunculan Islam dengan terjemahan sebagai berikut:
باسمک اللهم جاء الحق من ربک بلسان عربی مبین لا اله الا الله، محمد رسول الله، علی ولی الله و کتب موسی بن عمران بیده .
[11] . Futuhât al-Makkiyah, Muhyiddin bin Arabi, bab 366.   
[12] . Silahkan lihat, Arabi, Nemune-ye az Zaban-e Muqaddas, Husain Taufiqi, Fashl Name, Haft Aseman, No. 27.   
[13] . Menurut para ahli bahasa, bahasa Arab merupakan bahasa yang paling sempurna di antara seluruh bahasa yang dapat menjelaskan konsep-konsep dan masalah-masalah mendalam dan luas dalam bentuk-bentuk indah dan singkat. Silahkan lihat al-Mizân, jil. 4, hal. 160.   Tafsir Nemune , jil. 9, hal. 300 dan jil. 13, hal. 311; jil. 21, hal. 8. Pâsukh-e be Pursesy-hâ-ye Madzhabi Ayatullâh Makârim Syirazi wa Ayatullâh Subhâni, hal. 293.


Bahasa arab bahasa syurga?? benarkah??

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…
Apakah Bahasa Arab itu bahasa ahli syurga??
Ketika daku di alam pengajian di bumi Maghribi sana,daku pernah bertanyakan soalan sebegini di hadapan guruku yang mulia As-Syeikh Al-Fadhil Sidi Abdul Qaadir Abdus Salam Karkish At-Tetouani hafizahullahu taala,seusai sahaja pengajian kitab Alfiah Ibnu Malek dengan beliau,soalan ini daku utarakan :
“Ya syeikh,apakah ahli syurga nanti akan bercakap sesama mereka di dalam bahasa arab?? Apakah ianya di kira bahasa ahli syurga”?? daku bertanya
“Wahai Daud,dikau berikan aku satu hadith sahih yang jelas lagi nyata yang menyatakan bahawa bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga,sememangnya ada hadith tersebut tetapi ketahuilah bahawa hadith itu terlalu lemah dari hukum sanadnya bahkan ada yang menghukumnya sebagai palsu!! Oleh itu,tiadalah sebarang dalil yang boleh menyatakan bahawa bahasa arab merupakan bahasa syurga,dan jangan mendakwa perkara sedemikian di hadapan manusia lain” guruku menjawab..
Sepanjang pembelajaranku di sekolah agama rendah hinggalah daku menginjak ke alam sekolah menengah agama,doktrin inilah yang disuapkan kepadaku,iaitu : Bahasa Arab adalah bahasa syurga!!
Hanyalah ilmu,hanyalah ilmu yang dapat membebaskan manusia daripada belenggu hanya mengikut cakap-cakap orang kepada hakikat perkara yang sebenar,sememangnya ada “hadith” tersebut :
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي
Maksud : Cintailah kalian bangsa arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa arab,dan Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab,dan percakapan ahli syurga itu bahasa arab (Riwayat At-Thobrani di dalam Al-Ausath,Al-Hakim dan Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman)
Ada lagi..
عَن جابر : أن النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : إذا ذلت العرب ذل الإسلام.
Maksud : Daripada Jabir : Sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda : Jika terhinanya bangsa arab,maka akan terhinalah agama islam
Tetapi sayangnya,para ulamak hadith menghukumkan hadith ini palsu!!
Di dalam kitab ‘Ilalul Hadith oleh Ibnu Abi Hatim Ar-Razi ketikamana beliau bertanyakan bapanya tentang status hadith tersebut,beliau telah mendengar bapanya berkata : hadith ini hadith yang dibohongkan (rujuk : ‘Ilalul Hadith oleh Ibnu Abi Hatim,hadith bernombor 2641,juz : 2,m/s : 376)
Dan di dalam kitab Al-Fawaiedul Maudhu’ah fil Ahaditsil Maudhu’ah oleh Mar’i Bin Yusouf mengatakan bahawa hadith ini tersangat dhoief (rujuk : Al-Fawaiedul Maudhu’ah fil Ahaditsil Maudhu’ah juz :1,m/s : 141 hadith bernombor 202)
Berkatanya Imam Az-Zahbi bahawa beliau merasakan hadith ini palsu,begitu juga Ibnu Hibban yang sependapat dengan beliau (rujuk : Asnal Matholib fi Ahaditsa Mukhtalifatil Maratib oleh Muhammad ibnu Darwisy Al-Huut juz: 1 m/s : 41)
Manakala jika diambil daripada pendapat pakar hadith yang ulung dari tanah Albania pula iaitu As-Syeikh Nasiruddin Albani mengatakan bahawa hadith ini juga palsu (rujuk : Sohihun wad Dhoi’eful Jaami’es Soghir oleh Syeikh Nasaruddin Albani bab : 1186,juz : 4 m/s : 208)
Jika dirujuk di dalam kitab Majma’uz Zawaied Wa Manba’ul Fawaied oleh Al-Haitsami mengatakan bahawa di dalam hadith ini terdapatnya seorang perawi yang bernama Al-‘Alak Ibn ‘Amr Al-Hanafi yang mana kata beliau telah bersepakatnya para ulama’ hadith akan kedhoiefanya (rujuk : Majma’uz Zawaied Wa Manba’ul Fawaied juz : 10,m/s : 25)
Dan berkatanya Al-‘Aqiliy bahawa hadith ini munkar dan tiada asal pula baginya (rujuk : Al-AAliul Masnu’ah Fil Ahaditsil Maudhu’ah oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi juz: 1,m/s : 404)
Mari kita dengar apa pula komen dari Al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala tentang hadith ini :
 “Berkatanya Al-Hafiz As-Salafi : bahawa hadith ini hasan,dan tidaklah aku tahu samada beliau bermaksud hasan dari segi sanadnya yang mengikut kefahaman para ahli hadith atau pun ianya bermaksud hasan dari segi matanya (teksnya) yang mengikut isthilah ilmu hadith yang umum,dan Ibnu Al-Jauzi telah meletakkan hadith ini di dalam Al-Maudhu’aatnya dan telah berkata : Berkatanya Ats-Tsa’labi : hadith ini tiada asalnya,dan berkata pula Ibnu Hibban : di dalam hadith ini seorang perawi yang bernama Yahya Bin Zaid telah meriwayatkan hadith ini secara terbalik,maka terbatallah hadith ini untuk dijadikan sebagai hujjah,wallahu a’lam” (rujuk : Iqtidho’us Siratil Mustaqim juz : 1,m/s : 158)
Dan beliau menambah lagi di dalam sebuah kitabnya yang lain :
Beliau telah ditanya tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia di hari kiamat kelak? Apakah mereka akan bertutur di dalam bahasa arab? Dan apakah benar ada yang mengatakan bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa parsi dan bahasa ahli syurga pula ialah bahasa arab??
Beliau menjawab : Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,sesungguhnya tidaklah dapat diketahui tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia pada hari itu,dan juga tiadanya sebarang bahasa yang boleh didengari oleh manusia daripada utusan Allah kelak,kerana Allah tidak menyatakan langsung tentang perkara sedemikian kepada kita,begitu juga baginda nabi tidak memberitahu kita tentang perkara tersebut,dan tidaklah benar bahawa bahasa ahli neraka kelak ialah bahasa parsi begitu juga bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga yang abadi,bahkan kita tidak mengetahui pun terdapatnya khabar tentang percanggahan para sahabat tentang hal itu,bahkan mereka tidak mencampuri pun urusan tersebut,tetapi telah terjadinya khilaf (percanggahan pendapat) di kalangan para ulama’ zaman ini,ada yang berkata mereka akan bercakap bahasa arab kecuali ahli neraka kerana mereka akan bercakap di dalam bahasa parsi,ada juga yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan bahasa Suryaani kerana ianya bahasa Nabi Adam alaihis salam dan kesemua bahasa yang wujud pada hari ini adalah bersumberkan daripada bahasa tersebut,ketahuilah bahawa kesemua pendapat ini adalah tidak boleh dijadikan hujjah langsung kerana ianya tidak bersumber daripada jalan naqal (Al-Quran dan As-Sunnah) juga jalan aqal bahkan kesemuanya ini tidak didasari langsung dengann dalil-dalil daripada Allah Subhanahu Wa Taala,wallahu a’lam” (rujuk : Majmu’ul Fatawa,juz : 4,m/s : 299)
Oleh itu jelaslah wahai kawan-kawan,kata-kata selama ini yang mengatakan bahawa bahasa arab ialah bahasa syurga adalah terbatal dan tertolak kerana kata-kata tersebut bersumberkan daripada sebuah hadith yang dihukumkan oleh para ulama’ hadith sebagai palsu!! bahkan “hadith” ini juga boleh dihidu ketidaksahihanya kerana ianya seolah-olah membawa maksud seruan kepada perkauman yang mana sudah banyak aku lihat para penulis blog yang suka menyeru kepada kehebatan kaumnya dengan berdalilkan “hadith” ini,ada apa dengan hal perkauman ini ya? haaa..tunggu kerana daku akan cuba tuliskan sebuah cerita tentang seruan kebangsaan,yang ini hanyalah muqaddimah,wallahu a’lam…
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!


Thursday, May 15, 2008


Benarkah Bahasa Arab bahasa ahli syurga?


TIDAK TERDAPAT hadith yang sahih mahupun hasan yang menjelaskan apakah bahasa yang digunakan oleh ahli syurga di akhirat nanti dalam perbualan mereka. Adapun hadith:
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي

Maksudnya: “Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya seorang Arab, al-Quran itu berbahasa Arab, dan percakapan ahli syurga itu dengan bahasa Arab.” (HR al-Tabrani di dalam al-Awsath, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman dan selain mereka dari Ibn ‘Abbas r.’anhuma)

Hadith ini telah dihukumkan sebagai hadith palsu oleh Ibn al-Jauzi, kata al-Zahabi pula: “Aku menyangka hadith ini adalah hadith Palsu.” Demikian juga al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam al-Silsilah al-Daiefah (bil. 160)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Demikian itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far Muhammad bin Abdillah al-Hafidz al-Kufi yang dikenali sebagai Mateen (مطين), menceritakan kepada kami al-‘Ala bin ‘Amr al-Hanafi, menceritakan kepada kami Yahya bin Zaid al-As’ariy, menceritakan kepada kami Ibn Juraij daripada ‘Ato daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma katanya: “Sabda Nabi saw:

“Cintalah Arab kerana tiga perkara: Kerana baginda Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan lisan ahli syurga itu adalah berbahasa Arab.”

Berkata al-Tha’labiy (الثعلبي): “(hadith ini) tidak ada asal baginya.”

Pernah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dengan bahasa apakah manusia bertutur pada hari kiamat ? apakah Allah berbicara dengan bahasa Arab, dan apakah benar bahasa ahli neraka adalah bahasa Parsi dan bahasa ahli syurga dengan bahasa Arab?

Jawapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
‘Segali pujian bagi Allah tuhan sekelian alam. Tidak diketahui apakah bahasa yang akan dituturkan oleh manusia pada hari akhirat, tidak diketahui juga apakah bahasa yang didengari dari percakapan Allah (pada hari tersebut), ini kerana Allah swt dan RasulNya saw tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatupun tentang perkara ini, tidak sahih juga kononnya bahasa Parsi itu bahasa ahli neraka, tidak sahih juga bahasa Arab itu bahasa ahli syurga, tidak juga kami ketahui adanya perbahasan di kalangan sahabat r.’anhum dalam perkara ini, bahkan semua mereka menahan diri dari membicarakan perkara ini, kerana perbicaraan tentangnya termasuk perkara yang tidak perlu. Akan tetapi berlaku perbincangan dalam perkara ini di kalangan orang-orang kemudian. Sekumpulan manusia berkata ahli syurga itu saling berbicara dengan bahasa Arab, sebahagian yang lain pula berkata melainkan ahli neraka, mereka menjawab dengan bahasa Parsi, itulah bahasa mereka di dalam neraka. Berkata sebahagian yang lain pula mereka berbicara sesama mereka dengan bahasa Suryani, kerana ia merupakan bahasa Nabi Adam, dan daripada bahasa Suryani itu bercambahnya bahasa-bahasa lain. Berkata sebahagian yang lain pula melainkan ahli syurga, dimana mereka akan berbicara dengan bahasa Arab. Semua pendapat-pendapat ini tidak ada hujah dari samaada dari akal ataupun naqal, bahkan ianya semata-mata dakwaan yang tidak ada dalil. Wallahu a’lam wa ahkam. (Sila lihat Majmu’ al-Fatawa 4/299)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan