Rabu, 25 Mac 2015

BOROS...LAWAN ALLAH...PERTIKAI HUKUM ALLAH ...KENYATAAN YANG MERAGUKAN...KENYATAAN BERAT SEBELAH....BERI MAKLUMAT PALSU DLL....NI SEMUA DILARANG DALAM ISLAM..MEREKA INI AKAN DITANYA DAN PERSOALKAN OLEH ALLAH SWT DIAKHIRAT KELAK...ADIK MANIS KENA FAHAM....ABANG HENSEM JUGA KENA FAHAM

Taubat perlu dibuktikan dengan tidak ulang perbuatan berdosa

March 17th, 2011 | 10:07 am | Ibadah
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan ini, barulah Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Walau bagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, kadang-kadang ada manusia yang tersungkur dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora.
Atau terjebak dalam kancah maksiat yang memperdayakan pandangan mata hati, akhirnya terpalit noda hitam dalam lubuk jiwanya. Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi menerangi hatinya yang tercalit karat dosa.


Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan diri daripada dosa membayangi dirinya.
Imam al-Raghib al-Ashfahani menerangkan: “Dalam istilah syarak, taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang pernah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang ditinggalkan dulu. Jika keempat-empat perkara itu sudah dipenuhi, bermakna syarat taubatnya sudah pun sempurna.”
Justeru, dapat difahami taubat mempunyai peranan untuk membersihkan diri daripada dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki makrifatullah.
Dengan taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman beristiqamah serta beriltizam melaksanakan segala bentuk ketaatan penuh keikhlasan hanya kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi)
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah al-Tahrim, ayat
Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan saja, selepas itu mengulangi semula perbuatan dosanya buat kesekian kalinya. Taubat sebenar menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.
Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi amalan muhasabah dan menilai diri supaya dengan amalan itu dia dapat mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup. Kemudian, disusuli pula dengan amalan soleh yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwa menepis segala bentuk dugaan dan godaan mendatang.
Apabila ditinjau sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang.
Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

UM Keluarkan Hasil Kajian Terbaru Tentang Rokok Seludup, Dan Ia Amat Mengejutkan

Tidakkah kita sedar rokok yang diseludup masuk ke dalam negara mampu menimbulkan kesan yang sangat merbahaya kepada kesihatan?

  • Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat

    • Ini bukanlah satu sogokan atau paksaan. Tetapi ini berkaitan dengan kesihatan, kehidupan serta nyawa anda.
      says.com
  • Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah.

    • Rokok seludup dijual pada harga RM3 dan RM3.50 untuk pek 12 dan 16 batang berbanding rokok bercukai yang dijual pada harga RM12 untuk pek 20 batang.
      says.com

  • Tetapi hakikatnya...

    • ...rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.
      says.com
  • Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan.

    • Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:

      1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.

      2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.

      3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.
      says.com

Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya!

  • Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah!

    Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.

    Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok.

    Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia.
    says.com

Hasil kajian ini sungguh mengejutkan," kata Dr Chandran Somasundram, Profesor Madya Jabatan Bioteknologi (Institut Sains Biologi) dari Fakulti Sains Universiti Malaya

  • Ulasan dari Dr Chandran Somasundram:

"Pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan dan mengenakan penalti yang lebih tinggi ke atas sindiket rokok seludup kerana:

1. Ia benar-benar membimbangkan dan menjejaskan kualiti kesihatan rakyat Malaysia."

2. Kotak rokok seludup tidak mempunyai amaran kesihatan bergambar di atasnya.

3. Tidak mematuhi undang-undang kerana ia dijual di dalam pek 12 hingga 16 batang.

4. Kandungan tar dan nikotin yang lebih tinggi di dalam rokok seludup menjadikan ia lebih menggalakkan ketagihan, lalu menyukarkan perokok menghentikan tabiat tersebut."
says.com

Sebelum ini, kajian dari Kementerian Kesihatan juga menemui hasil yang sangat membimbangkan. Adakah perkara sebegini akan berterusan?

  • Sebelum ini pada 2005, Kementerian Kesihatan dengan usaha sama the Clearinghouse for Tobacco Control, Pusat Racun Negara (NPC), Universiti Sains Malaysia (USM), bekerjasama dengan University of Waterloo, the Cancer Council Victoria, dan Roswell Park Cancer Institute untuk menjalankan Kaji Selidik ITC Malaysia dengan objektif untuk:

    1. Mengkaji corak tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

    2. Mengukur penggunaan tembakau di kalangan golongan muda.

    3. Mengkaji kesan polisi pengawalan tembakau tertentu yang dijalankan di Malaysia
  • Hasil kajian dari Kementerian Kesihatan ini telah menemui DUA perkara penting iaitu:

    • 1. Rokok seludup mudah didapati di Malaysia kerana hampir tiga perempat (72%) pek rokok seludup telah dibeli dari kedai runcit.

      2. Malaysia mempunyai kelaziman merokok sebanyak 23.1 peratus di kalangan orang dewasa dan 30.9 peratus di kalangan remaja lelaki berusia 13 – 15 tahun.

      Faktor-faktor ini, iaitu mudah didapati dan mampu dibeli, menyumbang kepada peningkatan perokok muda di negara ini.
      says.com
  • Dan tahukah anda penjualan rokok seludup melibatkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan?

    • Tahun lalu, ‘Ops Outlet’ telah giat dijalankan di mana Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjalankan serbuan di seluruh negara sejak awal bulan Mei.

      Serbuan di bawah ‘Ops Outlet’ adalah sebahagian daripada usaha untuk membendung penjualan rokok seludup kerana ia melibatkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan dari cukai yang tidak dikutip.

      Bimbang dengan kedudukan Malaysia sebagai negara nombor satu di dunia bagi rokok seludup, Jabatan Kastam turut menggesa hukuman maksimum dikenakan ke atas pesalah.
      says.com
Pelajar perempuan terjatuh gaung Bukit Tabur
  • Bukit Tabur Pelajar perempuan dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur. - Gambar hiasan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur, dekat Taman Melawat ketika dalam perjalanan turun dari bukit itu hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, remaja yang dikenali sebagai Qhairun Fatin Khairul Amin, berusia dalam lingkungan 17 dan 18 tahun, dipercayai sedang menuruni bukit itu bersama sembilan lagi anggota kumpulan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.38 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, anggota kumpulan pelajar itu ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari dan memaklumkan lokasi kejadian tetapi lokasi sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.

Misi pencarian mangsa masih dijalankan melibatkan 52 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan kejadian itu. - Bernama










Remaja tergelincir bukit selamat

Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang tergelincir lebih 200 meter dari lereng Bukit Tabur berjaya ditemui dalam keadaan selamat kira-kira 5.30 petang tadi dan usaha membawanya keluar dijangka memakan masa lebih 5 jam.
Difahamkan, mangsa, Qhairun Fatin Khairul Amin bersama 11 bekas rakan sekolahnya memulakan perjalanan mendaki bukit terbabit kira-kira 8 pagi dan berjaya sampai ke stesen 7 sebelum mangsa tergelincir.
Rakan mangsa terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan usaha mencari mangsa disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dibantu Jabatan Hutan Selangor.
Harian Metro difahamkan perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira dua jam dan usaha untuk mengeluarkan mangsa turut dijangka mengalami sedikit kesukaran berikutan cerun bukit yang tinggi serta cuaca gelap.
Mangsa yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak dikatakan ditemui dalam keadaan sedar tetapi mengadu sakit tulang belakang selain mengalami kecederaan luka di kepala.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 6:58 PM






Monday, 23 March 2015


Penjelasan Terbaik Hukum Hudud Dari Kerajaan Kelantan.. Wajib Baca


Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan di Kelantan, namun masih terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu.


Malah, rakan sekutu PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR juga dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian hudud sekiranya dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkongsi dengan Malaysiakini masalah yang dihadapi PAS bersama rakan sekutunya serta menjawab pandangan umum berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Malaysiakini: Ada pihak berpendapat undang-undang hudud tak patut dilaksanakan sekarang kerana sehingga kini, kerajaan negeri masih gagal untuk menguruskan masalah rakyat dari segi ekonomi dan hal-hal lain. Jadi kenapa mesti nak laksanakan hudud sekarang juga?

Mohd Amar: Dari segi ekonomi kita buat juga, program-program lain pun kita buat. Undang-undang lain pun kita buat. Ini sebahagian daripada pentadbiran. Takkanlah buat satu benda sahaja. Kerajaan macam pasar raya, semua barang ada, bukan jual satu barang sahaja. Di pasar raya ada pakaian, makanan, aksesori. Jadi kerajaan macam itu jugalah.

Tapi ada yang mengatakan, Kelantan patut memastikan negeri ini bebas kemiskinan terlebih dahulu sebelum nak melaksanakan hudud bagi memastikan tiada kecurian berlaku?

Bila nak jumpa (negeri macam itu)? Boleh beritahu saya di mana negeri macam itu di dunia? Mana ada dalam dunia ini yang negeri macam itu. Ia seolah macam utopia. Utopia ialah sesuatu yang kita tak boleh nak dicapai. Tak mungkin.

Zaman Nabi dulu majoriti orang Islam, termasuk Rasulullah juga miskin. Dalam keadaan majoriti orang miskin dan hidup susah, undang-undang jenayah sudah dijalankan dan undang-undang jenayah itu bertujuan untuk menghukum orang jahat, bukan hukum orang miskin. Kalau masyarakat itu baik semuanya, apa yang jadi masalah.

Walaupun hudud hukum Allah, tetapi ada kebimbangan terhadap pihak yang akan melaksanakannya kerana bimbang ia tidak dilaksanakan dengan betul? 

Kebimbangan semua orang ada. Macam takut nak beli kereta kerana takut kemalangan. Adakah kerana itu kita tak pakai kereta? Saya ambil analogi sahaja. Adakah ia satu pendapat yang betul? Macam kapal terbang jatuh, adakah kerana itu kita semua tak nak naik (kapal terbang)? Tak boleh begitu, ia salah. Sebab benda yang melibatkan kemalangan memang tak boleh lari dan dalam kes mesti ada satu, dua kesilapan. Kita tak nafikan, tapi kita akan cuba yang terbaik.

Paling penting dalam perspektif kita ialah melaksanakan tuntutan agama sebab dalam Islam, bila kita ada kuasa politik, bila jadi kerajaan, antara perkara yg kita perlu buat ialah menegakkan undang-undang jenayah Islam. Setelah 23 tahun, kita rasa ini adalah masa yang sesuai.

Dan kita nak jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang. bukan mesti laksana terus. Laksana bergantung kepada keadaan kalau tak ada kes yang berlaku kita tak hukum sesiapa. Bukan bila undang-undang ini ada kita nak cari orang untuk potong tangan. Itu bukan tujuan undang-undang ini, sebab tujuan utama ialah mencegah.

Bila letak hukuman keras, kita harap masyarakat akan rasa takut untuk melakukan jenayah. Hari ini orang rasa tak bimbang nak buat kesalahan. Kerana dia tahu paling kurang pun dia kena denda RM400, RM500 kemudian keluar (penjara). Jadi tak ada perasaan takut. Bila curi kena potong tangan, orang akan fikir dua, tiga kali.

Bukan bila kita lulus undang-undang ini kita cari orang, kemudian potong tangan. Tidak. Bila baca balik enakmen ini, ada 20 keadaan di mana hukuman potong tangan tak boleh dikenakan. Jadi undang-undang Islam ini untuk wujudkan perasaan takut dalam hati. Perspektif itu yang penting.

Bila hukuman ini akan dilaksanakan? 

Langkah pertama, perlu lulus dalam dewan (DUN). Langkah kedua, bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk buat pindaan pada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965). Kalau diluluskan, empat daripada enam kesalahan jenayah hudud dah boleh dilaksanakan. Yang tak boleh (dilaksanakan) ialah potong tangan, rejam, hukuman bunuh sebab itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Daripada situlah, kita memerlukan kepada Perkara 76A (1) Perlembagaan (untuk memberikan kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang). Kalau itu lulus di Parlimen, barulah keseluruhan undang-undang itu dibuat dan prosesnya bergantung pada langkah-langkah ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim kata tidak boleh bawa rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen kali ini kerana jadual penuh? 

Kita ada masa. Tengok pada peraturan Parlimen, kita hanya perlu 14 hari daripada tarikh untuk dibentangkan dalam Parlimen. Parlimen sampai 9 April depan. Kita ada masa lagi.

Jadual kerajaan penuh, betul. Tapi kita boleh masuk usul pada bila-bila masa. Yang penting cukup masa 14 hari, lepas itu masalah naik atau tidak usul tersebut, itu isu kedua. Nak masuk usul, bila-bila masa boleh masuk.

Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian, dan bukan Datuk Takiyuddin Hassan (ahli Parlimen Kota Bharu)?

Kelantan mencadangkan supaya Hadi yang bawa. Datuk Takiyuddin akan bawa Perkara 76A(1) sebab ia spesifik untuk Kelantan. Jadi kemungkinan wakil rakyat dari Kelantan akan bawa, tapi pindaan Akta 355 ini umum dan bukan spesifik di Kelantan jadi Hadi orang paling sesuai, itu pandangan kita.

Kenapa tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bawa rang undang-undang persendirian di Parlimen? 

Kalau kita bincang adakah Pakatan akan setuju? Saya nak cerita, DAP kata kita tak bincang dengan dia. Waktu bincang Khamis lepas, dua wakil Kelantan pergi iaitu Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan, Datuk Nasaruddin Daud bersama Datuk Takiyuddin memberi keterangan tentang ini (enakmen hudud). Dia (DAP) mengadu suruh kita buat macam ini, tetapi bila Takiyuddin tanya Gobind Singh (peguam DAP) "kalau kita ikut you punya cadangan, adakah you akan sokong?" Dia tak sokong juga. Jadi apa gunanya. Apa gunanya kita nak bincang, sebab dia tidak akan sokong juga.

Apa yang DAP bimbangkan? 

Itu saya tak tahu, awak kena tanya merekalah.

Tapi di laman sosial ada juga orang bukan Islam bising mengenai pelaksanaan ini?

Bukan orang bukan Islam, tetapi DAP. Orang bukan Islam tak ada (bising). Di Kelantan, awak boleh buat tinjauan, mereka OK dan tak ada masalah (dengan pelaksanaan hudud). Yang bising ialah ahli politik sebab mereka ada niat politik. Baca di Facebook, mereka ramai yang bukan Islam sokong.

Niat politik? Niat politik macam mana?

Itu saya tak tahu. Kena tanya DAP

Ada mereka beritahu tentang perkara yang mereka tak puas hati berkaitan rang undang-undang ini?

Tak ada. Alasan mereka macam ini, mereka kata tak bincang. Empat kali saya jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Empat kali saya berbahas, saya mewakili Kelantan. Dalam pertemuan ini semua hujah dia, dia tak boleh pertahan. Dia kata bukan rangka kerja dasar yang sama. Kita kata memang bukan, sebab hudud muncul 1993, masa itu Pakatan tak ada lagi. Jadi memang tidak akan ada dalam (dasar) itu. Jadi kita buat benda yang sudah memang ada.

Takkan bila ada Pakatan kita nak tinggalkan perjuangan kita. Masa saya mula-mula bentang di ibu pejabat DAP, kita berbahas dan masa itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) semua ada, akhirnya masa itu kita buat keputusan untuk setuju untuk tidak bersetuju dan Pakatan tak akan halang PAS untuk meneruskan agenda politik. Sangat jelas masa itu.

Kemudian, kita bincang lagi, dan dia kata benda ini (enakmen hudud) benda baru. Ini bukan yang baru, tapi ini pindaan kepada apa yang sudah ada pada 1993. Dia kata tak betul formatnya. Jadi, Takiyuddin tanya, "kalau ikut 100 peratus macam you nak, adakah akan sokong?" Mereka kata tak sokong juga. Jadi apa gunanya?

Harapan PAS pada PKR dalam isu ini? 

Kita hanya boleh berharap mereka (PKR) boleh ada faham dengan kita sebab kita pun banyak bertolak ansur contoh dalam isu pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita tak ganggu, walaupun kita tak setuju, kita tak bising, kita tak serang. Tak boleh ke kalau DAP ambil pendirian yang sama macam kita. Dia tak setuju, itu tidak apa. Tapi jangan serang, ugut, jangan tekan kita.

Kalau nak gaduh, dah lama kita boleh bergaduh dengan DAP mengenai isu PBT ini tapi sebab tak nak rosakkan Pakatan, kita ambil pendirian untuk senyap. Kita dah suarakan pendirian kita dan kemudian, senyap. Dan kita tak tekan, tak desak. Kalau Dap boleh ambil pendirian macam itu. Kita PAS bertolak ansur untuk Pakatan, isu Negara Islam, sanggup tukar jadi Negara Berkebajikan. Walaupun isinya sama tapi kita tukar juga, walaupun kita dimarahi pengundi kita. Isu kalimah Allah pun kita ambil pendekatan terbuka.

DAP mesti berani berdepan dengan pengundi, beritahu pengundi "Ini hak orang-orang Islam, undang-undang ini hanya untuk orang Islam kita tak perlu bimbang apa-apa biar PAS uruskan dengan orang Islam", itu sahaja yang kita harap tapi itu pun dia tak boleh buat, jadi kita nak kata apa? Maka serah pada DAP dan PKR untuk buat keputusan.


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan