Selasa, 10 Mac 2015

SETUJU...JANGAN MEREPEK2..BUKAN BIDANG KITA JANGAN CAMPUR...BAB AGAMA BIAR USTAZ...BAB PERUBATAN BAGI DOKTOR...BAB MASAK BAGI TUKANG MASAK...BAB BUAT RUMAH BAGI TUKANG...CAKAP SUNNAH...CAKAP SEBAIK2 CONTOH RASULLULLAH SAW TAPI JANGGUT PUN TAKDE...KOPIAH TAK PAKAI..PAKAI PAKAIAN CARA BARAT...JADI JANGAN SEMBANG AGAMALAH...BAGI HADIS DAN HUKUM PUN SALAH...NIAGA...NIAGALAH TAPI BAB AGAMA JANGAN KAITAN KALAU NGAJI TAK ABIS ATAU LANGSUNG TAK BELAJAR

4 mins ·
Saya telah membuat akuan berkanun (statutory declaration) pada hari ini mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat. Sekarang saya tunggu Najib Razak berani atau tidak. Saya juga isytiharkan bahawa belanja gunting rambut saya hanyalah RM10 sebulan!
Akuan Berkanun di sini:
http://rafiziramli.com/…/akuan-berkanun-pengisytiharan-har…/
Sedutan Akuan Berkanun:
AKUAN BERKANUN
PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia.
Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut:
LATAR BELAKANG KERJAYA DAN KEDUDUKAN HARTA SEBELUM MENJADI AHLI PARLIMEN
1. Saya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Leeds, United Kingdom. Sejurus selepas tamat pengajian ijazah, saya diterima bekerja di firma akauntan bertauliah Jeffreys Henry di London untuk ditauliahkan sebagai akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).
2. Saya kini adalah Fellow, Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Saya juga dalam proses melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di sebuah universiti luar negara.
3. Selepas memulakan kerjaya di London sehingga tahun 2002, saya kembali berkhidmat dengan PETRONAS sejak tahun 2003. Saya merupakan antara Pengurus Kanan termuda yang pernah dilantik oleh PETRONAS dan pernah mengetuai beberapa unit di PETRONAS sehingga tahun 2009.
4. Selain perkhidmatan di PETRONAS, saya juga merupakan bekas Pengurus Besar di Pharmaniaga iaitu syarikat farmaseutikal berintegrasi terbesar di Malaysia pada tahun 2009. Saya juga merupakan Ketua Eksekutif, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di antara tahun 2010 hingga pertengahan 2012.
5. Semasa di PETRONAS, gaji saya sebagai Pengurus Kanan adalah sekitar RM25,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Pada masa yang sama, bonus tahunan purata yang saya perolehi diantara tahun 2004 hingga 2009 ialah di antara lapan (8) hingga dua belas (12) bulan setiap tahun. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di PETRONAS adalah di antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.
6. Gaji sebagai Pengurus Besar di Pharmaniaga adalah sekitar RM32,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Bonus mandatori mengikut kontrak perkhidmatan adalah tiga (3) bulan setahun ditambah dengan bonus prestasi. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di Pharmaniaga adalah sekitar RM500,000 setahun.
7. Gaji sebagai Ketua Eksekutif, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah RM15,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Bonus adalah mengikut ketetapan Kerajaan Selangor iaitu sebulan setahun. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah RM195,000 setahun.
8. Apabila saya meninggalkan dunia korporat pada tahun 2010 untuk menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya menjual sebuah rumah teres dua tingkat di Bukit Jalil untuk memastikan simpanan tunai saya mencecah RM1 juta. Di antara tahun 2010 hingga 2014, saya telah membelanjakan sekitar RM300,000 dari simpanan tunai ini bagi kegiatan politik termasuk menampung perbelanjaan kempen, sumbangan kepada parti dan lain-lain.
9. Bagi tempoh Julai 2012 hingga Mei 2013 semasa saya tidak mempunyai pekerjaan untuk menumpukan sepenuhnya kepada kempen PRU13, saya menerima sumbangan RM5,000 sebulan dari dua orang rakan sedarjah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang membantu meringankan beban kewangan.
KEDUDUKAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SELEPAS MENJADI AHLI PARLIMEN
1. Kedudukan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan selepas menjadi Ahli Parlimen adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran berserta dengan nota penerangan dan dokumen bukti.
2. Saya tidak menduduki sebarang jawatan di dalam mana-mana badan atau syarikat kerajaan. Saya tidak menduduki mana-mana jawatankuasa di peringkat kerajaan yang bersabit perolehan. Saya tidak menerima sebarang imbuhan selain dari gaji dan elaun tetap sebagai Ahli Parlimen.
3. Saya ada melakukan kerja-kerja sebagai perunding dengan syarikat antarabangsa dalam bidang kewangan dan perniagaan. Saya juga selalu dijemput menulis di dalam makalah antarabangsa yang berserta imbuhan bagi setiap penulisan. Kekerapan tugasan sebagai perunding bergantung kepada keadaan dan tidak menentu. Secara lazimnya, satu laporan sebagai perunding yang saya kemukakan dibayar sekitar USD1,500 oleh syarikat-syarikat antarabangsa.
4. Selain dari gaji dan elaun biasa sebagai Ahli Parlimen, saya mendapat sekitar RM4,000 sebulan dari keuntungan simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Tabung Haji.
5. Hampir keseluruhan gaji dan elaun bersih sebagai Ahli Parlimen dibelanjakan setiap bulan untuk membayar gaji pegawai/petugas di Pusat Khidmat dan sebagai sumbangan kepada parti (dalam bentuk potongan tetap setiap bulan dan bayaran sewa pejabat-pejabat KEADILAN).
6. Perbelanjaan bulanan saya ditampung dari keuntungan simpanan ASB/Tabung Haji dan imbuhan tugasan sebagai perunding yang saya lakukan. Saya juga mengeluarkan wang dari simpanan tetap untuk menampung perbelanjaan bulanan.
7. Saya mempunyai simpanan tetap sebanyak sekitar RM212,000 di ASB (belum dikemaskini sehingga Disember 2014), RM464,372 di Tabung Haji dan RM644,909.47 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
8. Saya hanya mempunyai 100 unit saham Boustead Holdings Berhad yang dianggarkan bernilai RM500. Selain itu, saya mempunyai satu polisi insuran nyawa dan kesihatan yang nilai serahannya adalah RM29,935.80 setakat 31 Disember 2014.
9. Saya mempunyai hanya satu hartanah iaitu sebuah kondominium berusia 20 tahun seluas 1,400 kaki persegi di Bukit Antarabangsa dengan nilaian semasa berjumlah RM322,000.
10. Saya mempunyai tiga buah kereta iaitu Honda Accord (keluaran 2014 yang digunakan sendiri), Honda CRV (keluaran 2014 yang disewakan kepada kakitangan saya dan dibayar ansuran oleh kakitangan tersebut) dan Honda Civic (keluaran 1997 yang dijualbeli kepada pemandu saya dengan bayaran jualbeli dibayar kepada saya sebanyak RM600 sebulan).
11. Saya tidak mempunyai hutang lain selain dari baki pinjaman rumah sebanyak RM118,430, baki pinjaman Honda Accord dan Honda CRV sebanyak RM228,170, baki pinjaman peribadi sebanyak RM39,840 dan baki kad kredit sebanyak RM9,497 (setakat akhir Disember 2014).
12. Daripada jumlah harta dan hutang ini, kedudukan harta saya melebihi hutang sebanyak RM1.564 juta seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran dan nota.
Saya dengan ini mengesahkan kesemua kenyataan di atas serta maklumat di dalam Lampiran dan nota serta dokumen bukti yang disertakan adalah pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen. Saya membuat akuan ini dengan percaya bahawa akuan ini benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
Like ·
·
Operasi tutup aurat bukan menghukum
  • aurat Pendedahan aurat adalah sangat hodoh dan buruk di sisi syariat.
1 / 1
KOTA BHARU - “Tidak tutup aurat dan berkelakuan tidak senonoh di hadapan khalayak memang tidak menepati ciri mereka beragama Islam di bandar Kota Bharu. Sebab itu kami beri peringatan kepada mereka, bukan menghukum.”
Itu penerangan Ketua Operasi Skuad Hisbah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Shaifful Nizam Mohd Mukhtar semasa Operasi Tutup Aurat MPKB-BRI, kepada Sinar Harian.

Skuad Hisbah MPKB-BRI mengeluarkan 1,000 saman sejak 2014 membabitkan kesalahan pakaian tidak menutup aurat bagi pekerja premis dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Shaifful Nizam berkata, mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan bandar Kota Bharu lebih cenderung dikenal pasti melakukan kesalahan tersebut.

“Skuad Hisbah ditubuh di bawah Jabatan Pembangunan MPKB-BRI, bukan sahaja memberi tumpuan terhadap pemakaian tidak tutup aurat peniaga di premis pasar raya, malah peniaga pasar malam turut dipantau.
“Sejak 2014, kami telah mengeluarkan 500 kompaun untuk premis dan 500 saman lagi untuk kesalahan kelakuan tidak senonoh atau pergaulan bebas atau maksiat di kawasan taman rekreasi,” katanya ketika operasi tutup aurat di persekitaran pasar raya di Kubang Kerian, kelmarin.

Turut menyertai operasi, 50 anggota penguatkuasaan Skuad Hisbah yang memantau kira-kira 20 premis sekitar Kota Bharu serta Kubang Kerian. Sebanyak tujuh saman dikeluarkan dalam operasi itu.

Shaifful Nizam berkata, menjadi dasar kerajaan negeri membangun bersama Islam, justeru, operasi berkenaan dilakukan serentak di tiga lokasi tumpuan di kawasan bandar, pasar raya, perumahan dan taman.

Menurutnya, kompaun maksimum RM500 dikenakan kepada mereka yang ingkar dan jumlah bayaran itu masih mempunyai pertimbangan atas budi bicara dengan pihak premis atau pesalah terbabit.

“Jika kompaun tidak dibayar dalam tempoh tujuh hari, MPKB-BRI akan mengeluarkan peringatan kepada premis, kemudian mengeluarkan surat, malah jika kesalahan berulang, tindakan lebih berat akan dikenakan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui lesen.
"Tumpuan operasi kami adalah golongan remaja. Jadi, saya nasihatkan mereka supaya jaga tingkah laku di khalayak sebagai menghormati Kota Bharu Bandaraya Islam," katanya.

Pakej sarapan pagi hanya RM3
  • Pakej sarapan pagi hanya RM3
1 / 3
MUNGKIN ramai yang tidak percaya, dengan hanya RM3, kita mampu menikmati pakej juadah sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi atau bihun goreng, roti bakar atau lempeng pisang yang enak bersama pilihan minuman kopi atau teh di Nellis Delli, Greentown, Ipoh, Perak.

Bukan sahaja murah, malah pengunjung dapat menikmati hidangan itu dalam sebuah kafe yang selesa. Tidak kisahlah, bersarapan seorang diri, dengan rakan-rakan mahupun bersama si ‘dia’ yang tersayang.

Peluang bertemu dengan pemilik kafe berkenaan, Wan Rafiza Wan Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Jaja, 39, secara tidak langsung berjaya mengungkap bagaimana timbul idea mewujudkan pakej sarapan pagi berkenaan.

Katanya, idea pakej sarapan murah itu dibuat untuk memberi peluang serta kemudahan kepada orang ramai menjamu sarapan pagi, khususnya di sekitar kawasan Greentown.

“Saya tahu, ramai yang lewat bersarapan pagi ataupun terus ke makan tengahari sahaja. Kononnya nak ‘sekali harung.’ Tetapi itu cara yang salah kerana sarapan pagi adalah paling penting dalam kehidupan seharian. Makan sebanyak mana pun tidak mengapa.

“Kerana itulah kita wujudkan kafe ini, yang sediakan hidangan masakan Melayu untuk sarapan pagi. Bonusnya, dengan kadar harga yang cukup berpatutan,” katanya.

Menurut Jaja, tidak hanya sarapan, pakej murah turut disediakan bagi set minum petang dengan harga RM4. Menu-menu seperti pisang goreng, keledek goreng, cucur, roti bakar serta lempeng pisang menjadi pilihan pengunjung setiap kali ke Nellis Delli.

Alangkah enaknya menikmati juadah berkenaan bersama minuman teh tarik dan kopi tarik!

Oleh itu, cubalah kunjungi kafe Nellis Deli di Pusat Perdagangan Greentown yang beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam dari Isnin hingga Sabtu bagi menikmati sendiri juadah sarapan pagi, tengahari dan petang yang disediakan.
APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Apabila jenama ‘Islam’ itu laris, ramai orang menggunakannya. Samada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand’ hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.

Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!
Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.

Ahli Motivasi
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.
Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik, dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”(Surah al-Talaq: 6-7)
Hatta dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi: (maksudnya)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).
Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).
Salah Faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:
“Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).
Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.

Nafkah Haram?
Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibubapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya. Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.
(http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.

Bacaan
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!
Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:
“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.


Monday, March 9, 2015


Senarai Nama Syarikat Yang DiSenarai Hitam Kerana Penipuan Pakej Umrah

SENARAI NAMA SYARIKAT YANG DISENARAI HITAM KERANA PENIPUAN PAKEJ UMRAH SENARAI NAMA SYARIKAT YANG DISENARAI HITAM KERANA PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Pembohong

Tiap tahun kita akan dengar cerita sadis bakal umrah yang kandas di lapangan terbang kerana ditipu syarikat pengurusan pakej umrah. Tahukah anda Kementerian Pelancongan ada meletakkan senarai syarikat yang sah pembohong di laman web mereka?

Di bawah ialah senarai beberapa syarikat yang disahkan pembohong dan lesen mereka sudah ditarik. Sila buat kajian dahulu sebelum menyertai mana-mana pakej

Berhati-hati sebelum terkena..

Sumber Kementerian Pelancongan



Mata dicungkil, telinga dikerat
  • Mata dicungkil, telinga dikerat Davoud Roushanaei (dua, kanan) buta mata kiri dan kehilangan cuping telinga kanan selepas disimbah asid pada 2005.
1 / 1
SEORANG pemuda yang didapati bersalah menyimbah mangsanya menggunakan asid menerima padah apabila sebuah mahkamah Iran mengarahkan supaya sebelah matanya dicungkil.

Menurut laporan Independent, bukan itu sahaja, mahkamah turut mengarahkan supaya salah satu cuping telinganya dikerat.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Hamid itu, didapati bersalah menyerang Davoud Roushanaei pada 2004 menggunakan cecair asid sehingga menyebabkan wajahnya hancur.

Akhbar harian Iran, Hamshahri melaporkan, hukuman ke atas Hamid telah ditetapkan pada 3 Mac lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan pada tarikh baharu.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Hamid supaya membayar diyat atau wang darah kepada mangsa dan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Hamid bertindak menyerang Davoud pada Ogos 2005 selepas wanita terbabit berulang kali menolak lamarannya untuk berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan