Haram berjabat tangan lelaki & wanita bukan mahram
Ustaz Fathul Bari Mat JahyaBaru-baru ini ada orang bertanya hukum lelaki bersalaman dengan perempuan bukan mahram. Saya kira perkara ini telah dijawab berulang kali sejak dahulu lagi.
Secara ringkasnya, menyentuh wanita bukan mahram; bersalam, tepuk bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia merupakan perbuatan yang haram. Tidak kira kita bersalam dengan pemimpin atau orang bawahan, rakyat bersalam dengan pemimpin, pemimpin bersalam dengan rakyat.
Perkara ini perlu difahami, ia datang dari syariat. Ia adalah perkara agama. Ia bukan perkara di mana jika masuk parti A boleh salam, masuk parti B tidak boleh salam. Ia bukan sekejap boleh dan sekejap tidak boleh. Ini adalah perkara agama dan ia mesti dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan.
Ini bukan jumud dan ini bukan ekstrim, tetapi ini adalah prinsip Islam. Kadangkala orang kita apabila datang isu kalimah Allah mereka akan bertegas. Ya, dalam konteks Malaysia, kalau perkataan tersebut disalah gunakan maka akan berlaku kesalahfahaman. Berlaku salah faham kerana kita tidak mendidik anak-anak kita atau sistem pendidikan kita dengan ilmu agama yang cukup mantap. Kita bukan mengatakan sistem pendidikan tidak betul, tetapi kekurangannya ada dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Jadi dalam keadaan sekarang saya berani kata 80% kalau kalimah Allah itu digunakan sewenang-wenangnya seperti dalam risalah yang saya tengok dengan mata saya sendiri judulnya berbunyi “Allah maha pengasih”. Tetapi di bawahnya dia menceritakan tentang Jesus. Kalau disebarkan risalah seperti itu kepada anak-anak yang masih tidak tahu membezakan yang benar dan salah, dia akan menganggap itu sebahagian daripada agamanya. Namun perkara itu masih lagi terbuka kepada perbincangan.
Tetapi isu-isu yang serius seperti merayakan perayaan non-muslim, isu bersalaman lelaki dan wanita bukan mahram, ini adalah isu yang serius. Wujud di sana dalil-dalil dan nas-nas yang qat’i.
Saya tertarik membaca ulasan Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi dalam Adwa-ul Bayan apabila dia membahaskan tentang menyentuh perempuan bukan mahram.
Hukumnya dimaklumi haram dan beliau membahaskan sebab dan hujahnya melalui beberapa sudut;
Pertama, kerana dalilnya jelas.
Dalam hadis Aisyah RA, diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim,
قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.Bahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas RA dengan sanad yang sahih, sabda Nabi SAW,
“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka. Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”
إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لـِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍBegitu juga kata Nabi SAW,
“Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` dari As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُPada hari ini ramai di kalangan umat Islam mengambil mudah hal ini. Itu tiga hadis yang saya bawakan dan banyak lagi hadis-hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)
Kedua, perempuan itu aurat.
Di dalam hadis Nabi SAW memerintahkan kita menundukkan mata dan pandangan. Kalau mata pun dilarang melihat, apatah lagi memegang. Dalam hadis yang masyhur, Jarir bin ‘Abdillah mengatakan,
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِىItu adalah asal hukumnya, jika melihat pun dilarang oleh Nabi, apatah lagi memegang.
“Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (riwayat Muslim no. 2159)
Ketiga, tutup pintu dan jalan yang boleh membawa kepada kerosakan.
Ada di kalangan kita yang memberi alasan, aku bersalam dengan orang yang sudah tua, aku tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya. Itu perasaan kita. Bagaimana dengan perasaan pihak yang satu lagi. Kita tidak boleh menganggap orang lain perasaannya sama dengan perasaan kita.
Pernah dengar atau tidak kes rogol nenek yang berusia lebih 70 tahun? Berlaku atau tidak? Perkara ini berlaku. Jadi Islam menyuruh umatnya menutup jalan-jalan dan ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan, dengan itu tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak kira sepupu, atau tinggal bersama sejak kecil seperti adik beradik, adik ipar atau sebagainya. Hukum tidak ditetapkan seperti itu.
Malah sepupu dan adik ipar sebenarnya lebih bahaya. Kata Nabi SAW,
الْحَمْوُ الْمَوْتُAl-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani rhm dalam Fathul Bari menukilkan ucapan al-Imam an-Nawawi rhm berkata bahawa ahli bahasa sepakat bahwa al-hamwu adalah kerabat-kerabat suami, seperti ayah, pakcik, saudara lelaki, ipar, sepupu dan semisalnya.
“Al-Hamwu adalah maut.” (riwayat al-Bukhari)
Sebab apa demikian adalah apabila berlaku sesuatu isu contohnya adik ipar berkenan dengan abang ipar, bukan sahaja dari sudut hukum ianya jadi haram, bahkan dari sudut hubungan kekeluargaan akan rosak. Apa kata adik kepada abangnya jika hal sedemikian terjadi? Ia akan jadi isu besar dan memecah belahkan hubungan kekeluargaan.
Sebab itu Islam mengambil langkah berhati-hati dengan mengingatkan bahaya ipar sebagai maut, kerana mata dan perasaan manusia sangat bahaya. Kalau selalu melihat dan memandang, yang tidak elok akan kelihatan cantik, dan sebagainya.
Itu perkara dan hujah asas yang dibawa oleh Asy-Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi. Adapun perkara keempat beliau turut menyebutkan dalam perbincangan yang panjang, iaitu hadis-hadis Ummu Sulaim dan juga hadis Ummu Haram di mana hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam 13 tempat di dalam kitab Sahihnya secara ringkas.
Hadis tersebut berkaitan Nabi SAW masuk ke dalam rumah Ummu Haram dan duduk dan tertidur di ribaannya sambil dia mencari kutu di kepala Nabi SAW. Ini antara hadis yang para ulama bahaskan dengan panjang.
Antara yang mengulasnya adalah Imam An-Nawawi, Ibn Hajar Al-Asqalani, mereka meletakkan pelbagai pendekatan dan mereka mengkritik pendekatan orang yang mengatakan ini khusus untuk Nabi SAW kerana mereka mengatakan Ummu Haram bukan mahram Nabi SAW.
Sedangkan Imam An-Nawawi, Ibnu Abdil Barr, Ibn Hajar Al-Asqalani, dan juga ilmuwan Islam yang datang sesudahnya bersependapat bahawasanya Ummu Haram ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi SAW iaitu hubungan susuan. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai ibu susuan.
Buktinya adalah para sahabat Nabi dan yang datang setelahnya tidak pernah mempersoalkan atau bertanya tentang perbuatan Nabi SAW. Tidak ada seorang pun sahabat Nabi yang bertanya mengapa Nabi masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat dan ulama-ulama salaf setelah itu yang mengatakan perbuatan itu khusus untuk Nabi SAW.
Orang munafiq pada zaman Nabi SAW sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan Nabi SAW. Lihat apa yang mereka buat kepada Aisyah ketika Aisyah di dalam perjalanan bersama dengan seorang sahabat Nabi SAW, padahal mereka bukan berjalan sekali. Pun orang munafiq menuduhnya sebagai penzina.
Apatah lagi kalau Nabi SAW masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Ini peluang terbesar golongan munafiq untuk menuduh Nabi. Tetapi mereka tidak menggunakannya, bererti mereka telah mengetahui bahawa Nabi SAW ada hubungan susuan dengannya.
Jadi hadis itu tidak boleh digunapakai untuk mengharuskan lelaki dan wanita bukan mahram memandang atau menyentuh antara satu sama lain. Ini sama sekali tidak betul dan tidak benar kepada sesiapa pun.
Kenapa orang mendiamkan isu ini? Kerana ada pemimpin parti masing-masing yang melakukannya, maka tidak ada siapa yang berani bersuara tentangnya. Ini adalah hukum Islam dan kita bercakap di atas Islam bukan kerana kepentingan parti masing-masing. Ia adalah perbuatan yang haram dan sesiapa yang melakukannya harus memikirkannya kembali.
Elakkan dari bersalaman antara lelaki dan perempuan tidak kira siapa yang menghulurkan tangan terlebih dahulu. Dan tidak salah jika kita menolak dengan beradab dan bersopan. Kalian adalah generasi wasathiyah sekiranya kalian dapat mengelakkan perkara-perkara seperti itu. Pilihlah jalan yang paling selamat.
Wallaahua’lam.
Kekeluargaan & Perkahwinan
Aurat
Soalan-soalan:Aurat
- Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar
- Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar
- Aurat Mertua dengan Menantu
- Batas Aurat
- Batas Aurat Wanita
- Menutup Aurat Bagi Wanita
- Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna
- Bersalaman Bukan Muhrim
- Suara Perempuan 'Sautul Mar'ah Aurah'
- Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
- Makna 'Muhrim'
- Bersentuhan dengan Mak Mertua dan Ipar
- Hukum Bersentuh Lelaki dan Perempuan
- Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim
- Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim)
- Berbual Dengan Perempuan Yang Bukan Muhrim
- Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam
- Kedudukan Wuduk Terhadap Sepupu
- Rambut Tergolong Aurat
- Bertudung Namun Aurat Terdedah
- Aurat Wanita Terdedah Ketika Wudhu
- Ibu Melarang Anak Menutup Aurat1. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar
Soalan:
Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami dengan adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar lelaki dari segi aurat?Man Sulong, KLJawapan:
Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)Kembali ke atas ↑
Hashimah, KLJawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)Kembali ke atas ↑
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.
3. Aurat Mertua dengan Menantu
Soalan:
Sampai setakat manakah aurat anak menantu lelaki terhadap emak mertuanya?Hadifah,KLJawapan:Kembali ke atas ↑
Kedudukan ibu dan ayah mertua itu sama dengan ibu sendiri. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31.
4. Batas Aurat
Soalan:
Dari pemerhatian saya, ramai daripada kalangan kita yang tidak mengendahkan larangan bersalaman tanpa alas dengan yang bukan muhrim. Apa yang menghairankan...mereka yang melakukan perkara ini adalah mereke yang warak dan alim..contohnya ustaz2 & imam2. Yang paling ketara ialah bersalam dengan ipar, anak saudara sebelah pasangan dan sepupu. Mungkin kerana dirasakan seperti keluarga dan tanpa niat. Bolehkah kita menerima hakikat ini dan adakah ianya dibenarkan? Begitu juga dengan larangan menutup aurat yang dipandang ringan di kalangan ipar dan saudara-mara. Harap dapat penjelasan daripada Darul Numan.Fatimah, KLJawapan:
Dalam Islam telah menggariskan ketentuan tentang batas aurat ini, tidak kiralah siapa orang itu, jika ia bertentangan dengan ketentuan Islam maka hukumnya tetap berdosa. Dalam Surah An Nur ayat 31 ada dijelaskan tentang muhrim yang membolehkan mereka menampakkan perhiasan mereka. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31 ataupun rujuk soalan yang telah lalu yang telah ditanya.Mengenai menutup aurat dengan ipar telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa ipar itu adalah maut. Maksud maut disini adalah bahaya yang sangat besar yang akan terjadi jika pergaulan di antara mereka tidak diatur sesuai dengan tuntunan Islam.Kembali ke atas ↑
5. Batas Aurat Wanita
Soalan:
Bolehkah ustaz terangkan kepada saya beberapa perkara seperti berikut: 1. Aurat saya terhadap suami kepada emak saudara saya.
2. Aurat saya terhadap bapa saudara sebelah suami saya.
3. Bolehkah saya menyambut salam mereka(yang disebut di atas) dengan tujuan sebagai memberi penghormatan. Untuk pengetahuan ustaz mereka sudah berusia dan telah terlebih dahulu menghulurkan salam kepada saya. Dan adakah batal air sembahyang saya? Saya harap ustaz dapat memberi penjelasan. Sekian, terima kasih.Auziera, KLJawapan:Kembali ke atas ↑
Untuk menjawab batas aurat seorang wanita ini maka cukuplah kami utarakan maksud surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:
suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
putera-putera mereka,
putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka
putera-putera saudara lelaki mereka,
putera-putera saudara perempuan mereka,
wanita-wanita Islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
6. Menutup Aurat Bagi Wanita
Soalan:
Apakah hukum orang perempuan yang tidak memakai tudung? Jika ianya haram, keluarkan ayat al-quran dan hadis yang mengatakan ianya haram.Mohd Kir ,Shah AlamJawapan:Kembali ke atas ↑
Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menututp semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) Jilbab atau tudung adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas , kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)
7. Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna
Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?Adi, KuchingJawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah.Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.DN 027 Muslimah SejatiKembali ke atas ↑
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
8. Bersalaman Bukan Muhrim
Soalan:
Adakah batal wuduk saya jika saya bersalam dengan kakak ipar saya dan adakah dia bukan muhrim saya. Bagaimana pula kedudukan isteri kepada anak saudara saya? Jazakallah.Azhar, Johor BahruJawapan:Kembali ke atas ↑
Bersalaman dengan orang yang bukan muhrim hukumnya haram. Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Uqbah bin Amir, ujarnya, Rasulullah SAW sesungguhynya telah bersabda: Jauhlah olehmu sekalian masuk ke tempat wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?. Sabda Rasulullah: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i) Namun untuk mengelakkan salah faham (fitnah) dalam keadaan tertentu, dibolehkan bersalam tetapi beralaskan kain yang tidak lut sinar.
9. Suara Perempuan 'Sautul Mar'ah Aurah'
Soalan:
Apakah hukum suara perempuan menurut pendapat jumhur ulamak? Dan bagaimanakah kedudukan hadis Nabi SAW yang mengatakan 'Sautul Mar'ah Aurah'?Athief, Taman Daya, JBJawapan:
Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi sebab suara wanita itu tergolong aurat. Allah telah memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya.Firman Allah SWT maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucaplah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32)Jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang kedudukan suara wanita ini.Kembali ke atas ↑
10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?Halim, Kota TinggiJawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.DN 027 Muslimah Sejati
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 224 Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih
Zainal, SerdangJawapan:
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.Kembali ke atas ↑
12. Bersentuhan dengan Mak Mertua dan Ipar
Soalan:
Adakah batal air sembahyang jika menantu lelaki bersentuhan dengan mak mertua dan adik ipar perempuannya?Zainal, SerdangJawapan:Kembali ke atas ↑
Air wuduk seseorang akan batal apabila ia bersentuhan dengan adik iparnya, kerana ia halal berkahwin dengan adik iparnya itu. Pengharaman berkahwin dengan adik iparnya itu sekadar untuk sementara sahaja, iaitu selagi mana ia masih berkahwin dengan kakak kepada adik iparnya itu. Jika sudah berlaku perceraian atau kematian kepada kakak terlibat, di kala itu halal kepada suami terlibat berkahwin dengannya. Justeru itu kedudukan air wuduknya adalah batal apabila berlaku persentuhan dengannya. Bagaimanapun bersalaman dengan ibu mertua tidak membatalkan air wuduk kerana ibu mertua haram dikahwini oleh menantunya.
13. Hukum Bersentuh Lelaki dan Perempuan
Soalan:
Saya hanya ingin bertanya tentang hukum, bila seseorang yang sedang dalam keadaan berwudhu, kemudian disentuh seorang wanita. Apakah batal wudhunya atau tidak?Heri Wiyanta, JakartaJawapan:Kembali ke atas ↑
Mengikut mazhab Shafie, diantara perkara yang membatalkan wudhuk ialah bersentuh kulit diantara lelaki dan wanita bukan mahram tanpa alas antara keduanya samada ia menimbulkan syahwat atau tidak, dan samada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak melainkan kuku dan rambut berdasarkan nas Al Quran dari surah An Nisa' ayat ke 43 yang bermaksud: " Atau jika kamu menyentuh perempuan (bukan muhrim) kemudian kamu terputus bekalan air maka hendaklah kamu bertayammum." Adapun jika wanita bersentuh dengan wanita selain dari kemaluan maka tidak batal wudhuknya.
14. Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim
Soalan:
Apakah batas aurat adik lelaki saya dengan emak mertua saya sedangkan mereka tinggal serumah dengan saya dan adakah dibolehkan dalam islam mereka ini tinggal serumah?Azizah ,KLJawapan:Kembali ke atas ↑
Adik lelaki saudari dengan emak mertua saudari bukan muhrim oleh sebab itu didalam berpakaian hendaklah memenuhi tuntutan Islam agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan sebagainya. Mengenai tinggal serumah dengan saudari dan emak mertua serta ahli keluarga yang lain dibolehkan asal menjaga adab dan nilai-nilai ajaran Islam. Sila rujuk ayat mengenai muhrim surah An Nisaa' ayat 22 dan 23.
15. Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim)
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?Keluarga Muslim, KLJawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A'lam.Kembali ke atas ↑
16. Berbual Dengan Perempuan Yang Bukan Muhrim
Soalan:
Apakah hukum berbual dengan orang perempuan yang halal kahwin [bukan muhrim]?Norizam, JohorJawapan:Kembali ke atas ↑
Allah SWT telah memerintahkan melalui firmannya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan di hadapan kaum lelaki yang ajnabi kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32) Suara perempuan adalah aurat, Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi. Maka berbual-bual yang sekedar menghabiskan masa dan membincangkan perkara yang tidak bermanfaat dengan lelaki yang bukan muhrim sudah tertentu berdosa. Jika percakapan itu mengandungi perintah menjalankan syariat agama, itu sangatlah terpuji kerana dapat menambah ketaqwaan kepada Allah.
17. Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam
Soalan:
Saya sebagai pelajar di IPT tempatan ingin mengajukan soalan mengenai penempatan pelajar bukan muslim di bilik pelajar Islam. Apakah aurat antara pelajar perempuan muslim dengan pelajar perempuan bukan muslim?Shikin, Shah AlamJawapan:
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.Kembali ke atas ↑
18. Kedudukan Wuduk Terhadap Sepupu
Soalan:
Saya mempunyai seorang adik angkat lelaki yang dibela oleh keluarga saya sejak kecil lagi. Adik angkat saya ini adalah anak kepada adik bapa saya sebapa. Saya ingin tahu adakah batal air sembahyang saya apabila tersentuh dengannya dan apakah aurat saya terhadapnya?Haida, JBJawapan:Kembali ke atas ↑
Dari segi kedudukan sepupu dalam Islam membolehkan keduanya untuk berkahwin atau bernikah. Jika kedudukannya menghalalkan perkahwinan maka batal wuduk jika bersentuh.
19. Rambut Tergolong Aurat
Soalan:
Adakah batal sembahyang saya apabila ada rambut terjulur keluar dari telekung saya sedangkan rambut tersebut apabila ditarik ia adalah rambut yang telah gugur?Zuza, JBJawapan:Kembali ke atas ↑
Rambut seorang wanita tergolong aurat, itulah sebabnya agama Islam menganjurkan atau mewajibkannya kepada kaum muslimah untuk menutupnya ketika mengerjakan solat dan menutupnya kepada yang bukan muhrim. Namun jika rambut tersebut telah gugur dari kepala seorang wanita, maka ia tidak lagi tergolong bahagian dari aurat wanita tersebut sehingga tidaklah menyebabkan membatalkan solat.
20. Bertudung Namun Aurat Terdedah
Soalan:
Aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Kemusykilan saya ialah ramai wanita sekarang memakai tudung tetapi mendedahkan bahagian bawah dagu tetapi bila sembahyang mereka menutupkan bahagian bawah dagu itu. Tolong perjelaskan samada trend memakai tudung sekarang ini dibenarkan atau tidak?Ahmad, Shah AlamJawapan:
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Pakaian tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti bawah dagu (dada), betis, seluar ketat dan sebagainya merupakan pakaian fesyen bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.DN 027 Muslimah SejatiKembali ke atas ↑
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
21. Aurat Wanita Terdedah Ketika Wudhu
Soalan:
Diberi dua pilihan - satu untuk mengambil air sembahyang di satu tempat di mana aurat mungkin terdedah kepada wanita bukan Islam atau berwudhuk di dalam tandas iaitu terdapat mangkuk tandas. Yang mana satukah patut dipilih? Setahu saya, yang pertama hukumnya haram & yang pilihan kedua hukumnya makruh...benarkah Ustaz?Siti Farhanah, KLJawapan:Kembali ke atas ↑
Menurut Imam Syafei wajah wanita dan juga kedua belah tapak tangannya dihadapan lelaki bukan muhrim adalah tetap aurat, sebaliknya dihadapan wanita kafir bukan aurat. Tujuan menutup aurat adalah agar aman dan tidak tertimbulnya fitnah dan akhlak yang buruk. Maka sewajarnyalah kaum wanita menjaga diri mereka sendiri dari terfitnah atau menyebabkan orang lain terfitnah olehnya. Jadi bagi wanita kafir hanya boleh melihat bahagian muka dan tapak tangan wanita muslimah, selain daripada itu jika diperlihatkan dikhuatirkan akan menimbulkan fitnah. Wajib bagi wanita muslimah menjaga auratnya dari disaksikan oleh orang lain. Jika demikian kedudukannya maka lebih baik berwuduk di dalam bilik tandas daripada di tempat awam yang boleh mendedahkan aurat kita kepada wanita kafir. Wallahu A'lam.
22. Ibu Melarang Anak Menutup Aurat
Soalan:
Apakah hukumnya berpurda/berjilbab. Adakah hadis bagi wanita berpurda/berjilbab. Masalahnya adalah emak saya melarang adik saya memakai jilbab/purdah kerana masyarakat sekeliling memandang serong pada orang yang berjilbab tetapi adik saya melanggar perintah emak saya, apakah adik saya berdosa atau bagaimana nak selesaikan masalah ini?Anies, TawauJawapan:
Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang, maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas (jarang atau ketat). Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26) Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59) Dengan tegas ayat Al Quran memerintahkan kepada wanita yang beriman agar memakai jilbab demi untuk meninggikan martabat kaum wanita itu sendiri, sebab dengan pakaian taqwa tersebut akan menghinarkan fitnah dan gangguan daripada orang-orang yang jahat dan munafik. Sedangkan memakai purdah dibolehkan jika kita khuatir akan menimbulkan fitnah demi menjaga diri dan akhlak kita.Seandainya ibu kandung sendiri menghalang anak wanitanya memakai pakaian taqwa, maka anak tetaplah dengan ketentuan hukum syarak iaitu meneruskan dengan pakaian taqwa tadi dan tolaklah kehendak orang tua tersebut dengan cara yang baik dan jangan sakiti hatinya. Walaupun dari hukum syarak orang tua seperti demikian akan menanggung dosa kerana melalaikan ketetapan Allah, namun dari segi hubungan antara anak dan ibu tetap harus dijaga. Anak tidak berdosa melanggar perintah ibu yang bertentangan dengan hukum syarak Wallahu A'lam.
Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Mahram: Adakah Membatalkan Wudhu Atau Tidak?
Oleh : Mufti Brunei
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke
atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para
pengikut Baginda)
Bukanlah suatu perkara yang dirisaukan dan diragukan seseorang jika tersentuh dengan mahram di dalam keadaan berwudhu. Ini kerana ramai yang tahu bahawa wudhu tidak akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram. Hukum syara‘ telah menetapkan wudhu seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram mu’abbad (yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya), sama ada disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan mertua.
Status mahram ternyata membuatkan seseorang merasa yakin, sekaligus menolak keraguan adakah wudhu masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit dengan yang berlawan jantina.
Umpamanya wudhu seorang ibu tidak batal jika menyentuh anak kandung lelaki yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Sebaliknya kerisauan, keraguan dan kekeliruan itu adakalanya berlaku pada segelintir orang Islam terutama mereka yang sering berhadapan dengan kanak-kanak seperti guru tadika, jururawat
atau pengasuh anak.
Mereka tidak tahu atau tidak pasti sama ada wudhu menjadi batal disebabkan berlakunya persentuhan antara kanak-kanak yang berlawanan jantina yang bukan dari kalangan mahram mereka ataupun tidak? Adakah wudhu batal jika menyentuh, disentuh atau tersentuh kanak-kanak tersebut?
Bersentuhan Kulit Antara Lelaki Dan Perempuan Membatalkan Wudhu
Pada dasarnya, menurut mazhab Syafi‘e, bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan adalah antara perkara yang membatalkan wudhu. Ketetapan ini bersandarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “…Atau kamu bersentuh dengan perempuan (yang bukan mahram) lalu kamu tidak memperolehi air (untuk berwudhu atau mandi), maka bertayamumlah dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu (hingga ke siku) dengannya...” (Surah al-Ma’idah: 6)
Ayat di atas memerintahkan agar berwudhu atau bertayammum - jika dalam keadaan ketiadaan air - untuk menghilangkan hadats akibat berlakunya persentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.
Secara ringkasnya, yang dimaksudkan dengan bersentuh itu ialah:
1) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan, hendaklah terdiri dari orang dewasa atau orang yang sudah mencapai tahap memiliki syahwat.
2) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram.3) Bersentuhan selain dari rambut, gigi dan kuku kerana anggotaanggota tersebut tidak mendatangkan syahwat dengan
menyentuhnya sebagaimana pendapat ashah.
4) Bersentuhan langsung antara kulit iaitu tidak diselangi atau dialas oleh sesuatu seperti lapik atau baju sekalipun nipis.
5) Berlaku persentuhan sama ada dengan menyentuh, disentuh mahupun tersentuh. Manakala yang dimaksudkan dengan lelaki dan perempuan itu ialah lelaki dan perempuan yang jelas mencapai tahap memiliki syahwat sebagaimana pada kebiasaan naluri semulajadi setiap manusia normal.
Oleh yang demikian, jika persentuhan kulit berlaku sebagaimana yang dimaksudkan di atas, maka wudhu menjadi batal dan tetap batal sekalipun persentuhan itu tidak disertai dengan rasa syahwat, tidak sengaja, lupa atau dalam keadaan terpaksa.
Wudhu juga batal meskipun bersentuhan dengan lelaki yang tidak cenderung terhadap perempuan, lelaki yang tidak lagi bersyahwat, perempuan tua yang tidak lagi bersyahwat atau tidak membangkitkan rasa syahwat apabila menyentuhnya.
Selain itu, wudhu juga batal dengan menyentuh atau tersentuh anggota badan yang lumpuh, anggota tambahan, ataupun orang mati. Akan tetapi wudhu orang mati adalah tidak batal.
Dalam perkara bersentuhan ini, kedudukan wudhu orang yang menyentuh sama juga dengan orang yang disentuh iaitu batal ke atas kedua-duanya jika berlaku persentuhan antara mereka kerana kedua-duanya mengalami perkongsian rasa bersentuhan itu.
Bersentuhan Kulit Dengan Kanak-Kanak Dalam Keadaan Berwudhu
Sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, wudhu menjadi batal jika persentuhan kulit berlaku antara lelaki dewasa dan perempuan dewasa yang dikatakan mencapai tahap memiliki syahwat mengikut ‘uruf (kebiasaan).
Ini bererti, wudhu tidak batal jika berlaku persentuhan kulit antara dua orang kanak-kanak kerana tidak ada kemungkinan syahwat. Berbeza halnya jika bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang cukup tua, wudhu tetap batal walaupun tidak ada kemungkinan syahwat kerana mereka adalah antara orang sudah
mencapai tahap memiliki syahwat.
Jika persentuhan kulit itu berlaku di antara orang dewasa dan kanak-kanak, perlulah diperhatikan keadaan seperti contoh berikut:
Contoh:
Persentuhan kulit di antara A (lelaki dewasa) dan B (kanak-kanak perempuan);
1) Jika persentuhan kulit berlaku antara A dan B, maka wudhu kedua-duanya tidak batal kerana wudhu tidak batal jika persentuhan kulit berlaku dengan salah seorang darinya adalah kanak-kanak yang belum lagi mencapai had memiliki syahwat.
2) Jika persentuhan kulit berlaku dan secara jelas B sudah mencapai had memiliki syahwat walaupun B masih di peringkat umur kanak-kanak pada kebiasaannya, maka wudhu kedua-duanya (A dan B) batal dan tetap batal sekalipun tidak bersyahwat semasa persentuhan berlaku.
3) Jika persentuhan kulit berlaku dan tidak jelas ( di luar pengetahuan) adakah B sudah mencapai had memiliki syahwat, maka wudhu kedua-duanya (A dan B) tidak batal kerana wudhu tidak batal jika merasa syak atau ragu sama ada perempuan atau lelaki berkenaan masih dikira kanak-kanak yang belum bersyahwat atau sebaliknya.
Perkara ini tertakluk kepada keyakinan seseorang. Keyakinan adalah disyaratkan dalam perkara ini. Dalam erti kata lain, wudhu tidak batal jika dihadiri rasa syak atau ragu adakah seseorang yang dengan kita bersentuhan itu adalah dikira kanak-kanak ataupun sebaliknya.
Untuk memudahkan, berikut adalah perkara yang perlu diambil perhatian sebagai sukat-sukat dalam menilai seorang kanak-kanak itu menurut pandangan syara‘.
Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Kanak-Kanak?
Secara amnya, menurut istilah para fuqaha, kanak-kanak itu ialah seseorang yang belum baligh. Baligh bermaksud kanak-kanak yang sudah cukup umur, iaitu apabila umurnya sudah mencapai 15 tahun ataupun kanak-kanak lelaki bermimpi sehingga keluar air mani, manakala kanak-kanak perempuan telah keluar haid dalam jangka umur antara 9 hingga 15 tahun.
Dari keterangan di atas, peringkat kanak-kanak itu ialah dari semenjak lahir sehingga mencapai peringkat baligh.
Terdapat dua peringkat akan dialami oleh setiap kanak-kanak normal iaitu:
1) Peringkat Belum Mumaiyiz: Bermula dari sejak kelahiran sehinggalah kanak-kanak itu mencapai umur mumaiyiz. Secara kebiasaannya kanak-kanak yang belum mumaiyiz ini berusia tidak lebih dari 7 tahun.
2) Peringkat Mumaiyiz: Bermula dari sejak kanak-kanak itu berkemampuan untuk membezakan di antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, dapat membezakan antara sesuatu yang bermanfaat dan yang memudaratkan.
Peringkat kanak-kanak yang mencapai tahap mumaiyiz tiada had umur yang tertentu tetapi berpandukan pada kebolehannya dalam menentukan setiap perbuatan yang hendak dilakukannya. Berakhir peringkat ini apabila mencapai tahap baligh.
Dari satu sudut lagi, kanak-kanak itu ialah yang menurut kebiasaan umum tidak ada kemungkinan syahwat, lawan kepada dewasa iaitu orang yang telah mencapai had memiliki syahwat.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Syahwat?
Syahwat ialah perasaan atau naluri semulajadi yang ingin atau cenderung terhadap sesuatu dan sebahagian besarnya adalah perasaan atau naluri yang ingin atau cenderung kepada kelazatan.
Adapun syahwat yang dimaksudkan dalam konteks membatalkan wudhu ini adalah yang dinamakan syahwat jinsiyyah iaitu gelora hati dan perasaan yang suka atau ingin terhadap kaum lawan jenis yang juga kadang-kadang bercampur baur dengan rasa keinginan sehingga boleh membangkitkan rangsangan fizikal apabila
memandang atau memegang sesuatu.
Di dalam kitab I‘anah ath-Thalibin disebutkan bahawa sukat-sukatsyahwat bagi seorang lelaki adalah dengan adanya rangsanganfizikal pada anggota tertentu manakala bagi seorang perempuan adalah dengan kecenderungan hati atau berkeinginan terhadap lelaki.
Batalkah Wudhu Jika Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Islam?
Salah satu perkara membatalkan wudhu ialah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dengan tidak berlapik. Sebaliknya wudhu tidak batal jika persentuhan kulit berlaku antara sesama jenis, sesama khuntsa, khuntsa dengan lelaki atau khuntsa dengan perempuan sama ada mereka Islam atau
bukan Islam.
Demikian juga halnya dengan yang melibatkan kanak-kanak bukan Islam. Hukum lelaki dewasa dan perempuan dewasa bersentuhandengan kanak-kanak bukan Islam adalah sama juga dengan kanak-kanak Islam dalam perkara wudhu ini sebagaimana menurut pendapat para ulama fiqh.
Berdasarkan keterangan di atas, apa yang dapat difahami, tiada had umur tertentu bagi menentukan kanak-kanak yang batal dan yang tidak batal wudhu apabila bersentuhan dengannya. Tetapi memadai dengan berpandukan pada keyakinan dan pengetahuan seseorang dalam menilainya serta dengan berpandukan kepada ‘uruf atau kebiasaan sesuatu tempat dan masyarakat.
Wudhu tidak batal jika menyentuh atau tersentuh kulit bayi atau kanak-kanak yang pada zahirnya tidak ada kemungkinan syahwat dan tidak menimbulkan syahwat.
Namun perlu diingat, wudhu akan tetap batal jika menyentuh atau tersentuh kemaluan walaupun kemaluan bayi atau kanak-kanak kerana menyentuh atau tersentuh kemaluan dengan jari atau bahagian dalam tangan (tapak tangan) yang tidak berlapik sama ada sengaja atau tidak sengaja juga merupakan antara perkara yang
membatalkan wudhu.
Selain itu, wudhu ahli keluarga angkat juga akan batal jika bersentuhan dengan anak angkat bukan susuan kepada ibu angkat apabila anak tersebut sudah mencapai tahap memiliki syahwat kerana kedudukan hubungan anak angkat dengan keluarga angkat tetap tidak berubah seperti asalnya. Dia tetap dianggap orang asing dalam lingkungan keluarga angkatnya kecuali jika ada pertalian mahram atau setelah disusukan oleh ibu angkatnya dengan mengikut dan memenuhi syarat penyusuan yang ditetapkan syara‘.
Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2012/bil34.pdf
Refresh : Adakah menyentuh/tersentuh wanita membatalkan wuduk?
Baru baru ini penulis ada menerima beberapa mail dari pengujung blogger penulis.Mereka meminta penulis mengemukakan kembali artikel ttg "adakah menyentuh perempuan membatalkan wuduk" sebagaimana yg pernah penulis hantar pada penghujung disember lepas atau awal Januari tahun ini.Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa dia merasa bingung dan keliru ttg masalah ini.Menurutnya apa yg dia terima dan belajar masa sekolah dulu ustaz2 mengajar kepada kita batal wuduk kalau tersentuh perempuan yg bukan mahram.Dan sejak akhir2 ini ada pulak ustaz2 yg menghukum tidak batal dgn menyentuh perempuan.
Untuk menjawab persoalan ini,sekali lagi penulis siarkan artikel mengenai isu tersebut yg ditulis oleh Saudara Mohd Yaakub Mohd Yunus dari Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Walau pun isu ini agak sensitif,penulis harapkan kita semua tidak emosi dalam menanganinya. Apa pun pendapat yg kita yakini janganlah hendaknya kita saling salah menyalah antara satu sama lain.Insya'Allah diakhir tulisan beliau kita akan temui jawapannya berdasarkan kepada pendapat yg lebih kuat di antara pendapat2 tersebut.
ADAKAH MENYENTUH WANITA MEMBATALKAN WUDUK?
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Rata-rata umat Islam di Malaysia berpendapat bahawa menyentuh wanita yang bukan muhrim itu membatalkan wuduk walau dalam apa keadaan sekalipun sama ada dengan syahwat mahupun tidak. Pendapat ini juga merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i rahimahullah dan beliau berkata:
Apabila seseorang lelaki menyentuhkan tangan isterinya, atau bersentuhan sebahagian tubuhnya kepada sebahagian tubuh isterinya di mana tidak ada pembatas antara dia dan isterinya, baik dengan nafsu berahi atau tidak, maka wajib atas keduanya berwuduk. Imam al-Syafi'i, Ringkasan kitab al-Umm, (edisi terjemahan oleh Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005) jilid 1,
ms. 25.)
Dalil yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi' rahimahullah adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena
air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. Al-Maaidah (5) : 6
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. al-Nisaa' (4) : 43
Bagi Imam al-Syafi'i rahimahullah ayat "atau kamu sentuh wanita" menjadi bukti bahawa tersentuh kulit di antara lelaki dan wanita itu membatalkan wuduk. Sebelum kita meneruskan perbincangan ini ada
baiknya sekiranya kita memahami bagaimanakah manhaj atau pegangan Imam al-Syafi'i yang juga di kenali dengan gelaran al-Nashir al-Sunnah (Seorang Pembela Sunnah) dan hal-hal yang bersangkutan ibadah.
Imam al-Syafi'i berkata:
Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahlul Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati.Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibnul Qayyim di dalam al-I'lam dan al-Fullani. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 59. Di mukasurat yang seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi.Selanjutnya Imam al-Syafi'i rahimahullah juga berkata: Setiap hadis yang datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam Adabu Asy-Syafi'i, ms. 93-94. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58
Masih terdapat banyak lagi kata-kata Imam al-Syafi'i rahimahullah yang senada dengan apa yang telah penulis turunkan di atas. Oleh itu melalui risalah ringkas ini penulis akan sedaya upaya mengupas isu ini dengan merujuk kepada dalil-dalil yang sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
TAKRIFAN SEBENAR BERSENTUH DENGAN PEREMPUAN.
Bersentuh di dalam kedua ayat al-Qur'an di atas sebenarnya bukan merujuk kepada bersentuh antara kulit tetapi ianya sebenarnya merujuk kepada jimak (persetubuhan).Terdapat beberapa ayat di dalam al-Qur'an yang juga menggunakan istilah bersentuh tetapi ianya hanya menyatakan kepada makna jimak.
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (jimak) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa.Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. Al-Baqarah (2) : 237
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh (dijimak) oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Maryam(19) : 20
Jelas kedua-dua ayat di atas merujuk bersentuh sebagai berjimak. Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh yang merupakan pakar tafsir al-Qur'an dikalangan para sahabat juga mentafsirkan bersentuh di dalam surah al-Nisaa' dan al-Maaidah yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi'i rahimahullah sebagai dalil untuk menguatkan hujahnya sebagai jimak. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata berkata:
Sedangkan makna menyentuh yang kemudian dijadikan dalil bahawa itu adalah hubungan badan (jimak) di dalam ayat dia atas (iaitu di dalam surah al-Nisaa' dan al-Maaidah), adalah seperti yang ditafsirkan oleh Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh). Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, (edisi terjemahan oleh Samson Rahman, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2004) ms. 239.
Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah memiliki penjelasan yang begitu baik tentang surah al-Maaidah ayat ke 6 dan beliau telah membuktikan bahawa firman-Nya "kamu sentuh perempuan" itu bermaksud jimak. Ayat
tersebut dimulakan dengan pembahagian thaharah asli kepada dua iaitu berwuduk untuk hadas kecil dan mandi wajib untuk hadas besar.Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali…" menetapkan tentang diwajibkan berwuduk apabila berhadas kecil untuk bersolat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…" menerangkan bahawa apabila kita berhadas besar diwajibkan mandi wajib.
Selanjutnya ayat tersebut menceritakan tentang thaharah pengganti apabila tidak ada air yakni dengan bertayamum. Jika di awal ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membahagi thaharah asli untuk hadas besar dan hadas kecil, tentu sekali thaharah pengganti yakni tayamum juga akan meliputi perbahasan untuk hadas besar dan hadas kecil agar ianya sesuai dengan balaghah (sastera bahasa) al- Qur'an. Antara contoh-contoh yang Allah 'Azza wa Jalla pamerkan untuk thaharah pengganti adalah:
1) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
2) atau dalam perjalanan,
3) atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air,
4) atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),
Perkara (1), (2) dan (3) adalah hadas kecil manakala perkara (4) sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melibatkan terjadinya hadas besar yakni berjimak.
Oleh itu Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah membuat kesimpulan:Yang tepat bahawa ayat ini (al-Maaidah (5) : 6) menunjukkan bahawa firman-Nya: atau kamu sentuh perempuan maksudnya jika kamu menyetubuhi (berjimak) wanita agar ayat ini meliputi dua sebab yang mengharuskan bersuci (thaharah) iaitu hadas besar dan hadas kecil. Dan berwuduk meliputi empat anggota badan, sedangkan mandi (wajib) meliputi seluruh badan. Sedangkan thaharah pengganti iaitu tayamum meliputi dua anggota tubuh sahaja baik tayamum untuk hadas kecil mahupun besar. Syaikh Muhammad bin Shalih al-`Utsaimin, Majmu' Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 291.
Oleh itu ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya menjelaskan bahawa sekiranya terjadi jimak atau persetubuhan di antara lelaki dan wanita maka hal tersebut membatalkan wuduk.
PETUNJUK DARI SUNNAH NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Terdapat beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan sekadar bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita ianya tidak membatalkan wuduk.Daripada `Aishah radhiallahu 'anha isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata:
Aku tidur dihadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sedang kakiku di arah kiblatnya. Maka apabila baginda hendak bersujud, baginda mencolekku, maka aku lantas melipat kakiku. Hadis riwayat Imam
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-Shalah, hadis no: 382
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha dia berkata:
Pada suatu malam aku kehilangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka aku mencarinya dengan tanganku, kemudian tanganku mengenai telapak kaki baginda yang sedang tertegak dalam keadaan bersujud. Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, kitab al-Shalah, hadis no: 486
Maka dari kedua hadis di atas jelaslah bahawa sekadar bersentuhan kulit sahaja tidaklah membatalkan wuduk. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa di dalam kedua-dua peristiwa di atas persentuhan tersebut sebenarnya berlaku di dalam keadaan berlapik namun ini di sanggah oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.Menurut beliau:Penafsiran bahawa memegangnya dengan menggunakan pembatas (berlapik)
adalah sebuah penafsiran yang jauh terpesong dari zahir hadis. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 236
Hal ini akan menjadi semakin jelas apabila kita meneliti hadis seterusnya. Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencium sebahagian isteri- isterinya lalu pergi solat tanpa berwuduk lagi.Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, kitab al-Thahaarah, hadis no: 79, Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, kitab al-Thahaarah,
hadis no: 495 dan Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 24584.Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menciumnya sedang baginda berpuasa." Kemudian Nabi bersabda:
Ciuman ini tidaklah merusakkan (membatalkan) wuduk dan tidak pula membatalkan puasa. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq hadis ini dikeluarkan oleh Ishak bin Rahawaih dan al-Bazzar dengan sanad yang cukup baik. Menurut Abdul Hak, tidak ada cacat untuk tidak mengamalkannya. Penulis nukil dari kitab Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms.
113.
Menerusi hadis-hadis di atas maka para ulamak menguatkan hujah mereka bahawa menyentuh perempuan sama ada disertai dengan syahwat mahupun tidak, ianya tidak membatalkan wuduk. Ini adalah kerana kebiasaanya bercium itu disertai dengan syahwat. Sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan bahawa ciuman yang bersyahwat itu membatalkan wuduk sementara ciuman yang biasa tidak membatalkan wuduk pasti ada riwayat darinya yang menggambarkan tentang perbezaan tersebut.
Namun hadis di atas dibiarkan di dalam bentuk yang umum. Menurut Syaikh Sa'id al-Qahtani:Menyentuh perempuan berdasarkan pendapat yang kuat tidak membatalkan wuduk, baik disertai syahwat mahupun tidak, selama tidak disertai keluarnya mani atau madzi kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah suatu ketika mencium sebahagian isterinya, lalu solat tanpa memperbaharui wuduknya. Sa'id bin `Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi terjemahan oleh Abu Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 86.
Menurut Fahd al-Syuwayyib, penulis kitab al-Ta'lieqaat al-Salafiyah' ala Sunan al-Nasa'i berkata:
Perkataan ghomazani (mencolek) atau seperti di dalam hadis al-Nasai massani bi rijilih (menyentuhku dengan kakinya), adalah maklum bahawa hal itu berarti menyentuh tanpa syahwat. Maka pengarang
menjadikannya sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak membatalkan wuduk. Adapun jika menyentuh dengan syahwat, maka alasan bahawa tidak batal kerananya ialah kembali kepada asal, iaitu tidak ada dalil yang menunjukkan tentang ianya membatalkan, sehinggalah orang yang berpendapat hal itu membatalkan dapat menunjukkan dalilnya. Dan ini cukup menjadi alasan hal itu tidak membatalkan.
Bahkan akan nampak dalil yang mengindikasikan tidak membatal wuduk, iaitu hadis mengenai qublah (mencium), yang menurut kebiasaan bahawa mencium itu tidak terbebaskan dari adanya syahwat. Syaikh Muhammad bin Shallih al-`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms.
95-96
Selanjutnya Fahd al-Syuwayyib berkata:
Apabila suami dan isteri merasa aman dari keluarnya suatu cairan, maka menyentuh itu tidak membatalkan wuduknya tetapi yang lebih utama adalah mengambil sikap berhati-hati kerana ada kalanya dia tidak dapat menjamin tidak keluarnya sesuatu cairan di dalam keadaan ini (adanya syahwat). Wallahu'alam. Syaikh Muhammad bin Shallih al-`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', ms. 97.
Inilah beberapa petunjuk yang dapat kita ambil dari hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan perbahasan sama ada menyentuh wanita itu membatalkan wuduk ataupun tidak. Hadis-hadis
tersebut jelas menunjukkan ianya tidak membatalkan wuduk malah sebenarnya tidak wujud satu petunjuk pun daripada baginda bahawa hal tersebut boleh membatalkan wuduk. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu
Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' al-Fatawa, jilid 21, ms. 235-236:
Adapun wajib wuduk nyata kerana menyentuh wanita dengan tanpa syahwat maka yang demikian adalah pendapat yang paling lemah. Pendapat ini tidak dikenal daripada salah seorang sahabat manapun. Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi bahawa dia memerintahkan kaum muslim untuk berwuduk kerana disebabkan hal tersebut. Padahal in adalah masalah yang sering terjadi yang hampir-hampir kaum muslim
tidak dapat menghindarkan diri darinya. Sebab seorang lelaki selalu mengambil sesuatu dari isterinya dan mengambilnya dengan tangannya.
Dan yang serupa itu yang terjadi kepada kebanyakkan manusia. Maka andaikata wuduk diwajibkan disebabkan kerana itu (iaitu bersentuhan lelaki dan wanita - pen) pastilah Rasulullah memerintahkan sekali
ataupun dua kali dan akan tersebar luas di tengah para sahabat. Andaikata Rasulullah melakukan itu maka pasti akan ada hadis yang ditulis mengenai hal ini walaupun hadis ahad. Maka ketika tidak ada
satu hadispun yang memerintahkan masalah ini dari salah seorang dari kaum muslimin –padahal ini sering kali terjadi- boleh kita fahami bahawa hal itu tidak wajib. Dinukil daripada kitab Fikih Thaharah karya Dr Yusuf al-Qaradhawi, ms. 239
KESIMPULAN
Setelah membentang serta membahasakan semua pandangan yang ada di dalam mazhab-mazhab fikah berkaitan isu sama ada menyentuh wanita membatalkan wuduk ataupun tidak, Dr Yusuf al-Qaradhawi membuat kesimpulan seperti berikut (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 240):
Kami menyatakan bahawa pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah tidak batalnya wuduk secara mutlak. Sebab yang menjadi sandaran orang-orang mengkritik pandangan ini adalah ayat yang mulia ini. (Iaitu surah al-Nisaa' ayat ke 43 dan Surah al-Maaidah ayat ke 6). Padahal tidak ada dilalah (indikasi) yang menunjukkan hal itu (yakni menyentuh wanita membatalkan wuduk – pen) di dalam ayat
tersebut. Pandangan ini sama dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh), Sang Tarjuman al-Qur'an (pakar tafsir al-Qur'an) dan orang yang Rasulullah doakan semoga Allah
mengajarkan takwil (tafsiran). Pandangan ini sangat sesuai dengan penutup ayat ini:
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur. Al-Maaidah (5) : 6
Syaikh Shalih Fauzan pula berkata:Akan tetapi pendapat yang kuat adalah tidak membatalkan (wuduk
apabila menyentuh wanita) secara mutlak, kecuali bila keluar sesuatu cairan dari orang yang menyentuh dan disentuh, seperti madzi dan sebagainya. Di dalam keadaan seperti ini, wuduk orang yang bersangkutan batal disebabkan sesuatu yang keluar darinya dan bukan kerana memegang. Syaikh Shalilh bin Fazan bin `Abdullah al-Fauzan, Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi, Jakarta, 2004) ms.153
Penulis melihat sewajarnya kita melihat isu ini dengan minda yang bersih dari sifat fanatik mazhab. Apatah lagi Imam al-Syafi'i rahimahullah sendiri menganjurkan kita untuk lebih mengutamakan sunnah Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat beliau sendiri dan sekiranya terdapat sunnah Nabi yang bertentangan dengan pandangan beliau maka tolaklah pendapat beliau. Firman Allah 'Azza wa Jalla:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. al-Nisaa' (4): 59
Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada
al-Qur'an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan mencerminkan sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat.
Tambahan pula antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Umm al-Mukminun `Aishah radhiallahu 'anha:Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak mengandungi dosa. Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih
al-Bukhari, kitab al-Hudud, hadis no. 6786
Penulis melihat hukum batalnya wuduk apabila bersentuhan di antara lelaki dan wanita agak memberatkan serta menyukarkan umat Islam terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kesukaran ini akan kelihatan lebih jelas lagi apabila kita terpaksa berasak-asak di dalam keadaan jumlah orang yang begitu ramai seperti ketika melaksanakan ibadah haji atau umrah. Untuk meringankan kesukaran ini maka ada pihak yang mengambil pendirian untuk bertaklid kepada mazhab Imam Ahmad hanya ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Saranan penulis kenapa tidak kembali sahaja kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
yang sememanganya memudahkan umatnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:Sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan dan tidak diutus untuk menyulitkan. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-Wudhu', Hadis no: 220
Baginda juga telah memerintahkan kita untuk mempermudahkan segala urusan sebagaimana sabdanya:
Permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-'Ilm, Hadis no: 69
Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para
sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan mengandungi unsur-unsur dosa. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan kepada hamba-hamba-Nya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini sebagaimana Firman-Nya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran… al-Baqarah (2) : 185
Allahua'lam
Definisi Ikhtilat & Hukum Menurut Syara’
Apa itu IKHTILAT ?
BahasaDari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
- Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
- Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
- Dalam pembelajaran (Kelas)
- Jual beli
- Kerja kehakiman
- Saksi
- Amar maaruf nahi mungkar
- Melayan tetamu
- Dalam kenderaan awam
- Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
Perkara yang dilarang dalam ikhtilat
1- Pandangan yang berlebihan
- Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
- “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
- Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
- Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
- Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
- Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
- Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
- DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
- Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
- Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
- Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
- Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
1- Niat
- Kerana Allah
- Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
- Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
- Perlu sentiasa terjaga
- Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
- Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
- Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
- Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
- Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
- Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
- Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
- Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
- Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
- Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
- Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
- Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
- Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
- Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat
“Wallahua’lam”
Salam maaf menggangu ada kawan wanita saya bertanya soalan pada saya jika macam mana aurat dia dgn saudara Mara dia yang bukan Islam..ayah dia beragama Hindu masuk Islam... Jadi saudara Mara dia masih beragama Hindu..jadi persoalan dia ada kah...
BalasPadamHubungan dia dgn bapa saudara dia aurat seperti ayah dia walaupan bukan beragama Islam..
Minta penjelasan....terima kasih...
Salam maaf menggangu ada kawan wanita saya bertanya soalan pada saya jika macam mana aurat dia dgn saudara Mara dia yang bukan Islam..ayah dia beragama Hindu masuk Islam... Jadi saudara Mara dia masih beragama Hindu..jadi persoalan dia ada kah...
BalasPadamHubungan dia dgn bapa saudara dia aurat seperti ayah dia walaupan bukan beragama Islam..
Minta penjelasan....terima kasih...