Isnin, 30 Mac 2015

HIDUP HANYA SEKALI...PILIHLAH KERJA2 YANG BAIK2...CARILAH KEREDAAN ALLAH SWT BUKAN KEMURKAAN ALLAH SWT







Wow... murahnya nasi kukus ayam goreng!
  • Wow... murahnya nasi kukus ayam goreng! Gerai nasi kukus ayam berempah Mazlan yang menjadi tumpuan pelbagai golongan
1 / 2
SINGGAH MURAH kali ini ke Kulim, Kedah. Menikmati hidangan ringkas dan lazat tetapi pada harga begitu murah.

Setelah pelbagai cabaran dihadapi pasangan suami isteri Mazlan Abdul Ghani, 42, dan Maslina Awang Ahmad, 35, dalam perniagaan akhirnya tercetus idea untuk menyediakan nasi kukus ayam goreng berempah hanya dengan harga serendah RM3 sebungkus.

Mazlan yang juga seorang kurang upaya (OKU) berkata, nasi kukusnya bukan sahaja enak dan lembut malah resipi tersendiri yang diadun untuk menjadikan ayam goreng berempah melengkapkan selera penggemar nasi itu.

“Ramai memuji keenakan nasi kukus ini kerana ia sedap dan lembut, manakala ayam berempah saya mempunyai rasa tersendiri.

“Saya gunakan resipi turun-temurun daripada keluarga untuk menyediakan nasi ayam berempah ini.

“Pelanggan juga boleh memilih saiz ayam bermula dari RM3 hingga RM6, mengikut bajet mereka,” katanya.

Tambahnya, nasi kukus yang dijualnya juga dilengkapi sayur serta kuah kari untuk menambah selera.

“Seperti kebanyakan nasi kukus lain, ia lebih enak dimakan dengan acar timun dan nanas serta kuah kari,” katanya.

 Mazlan berkata, gerainya dibuka seawal jam 10.30 pagi sehingga 3 petang dan mempunyai ramai pelanggan tetap, terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.

“Kebanyakan pelanggan tetap adalah pekerja di kawasan ini, dan pelbagai bangsa.

“Setiap hari jualan saya boleh mencecah antara 55 hingga 66 bungkus terjual,” katanya.

Gerai ini yang beroperasi sejak Disember tahun lalu terletak bertentangan Masjid Kulim itu dibuka pada setiap hari.
Artikel Berkaitan

Wanita jadi tukang rumah
  • Wanita jadi tukang rumah Idda tidak gayat berjalan di atas bumbung ketika melakukan kerja pembinaan.
1 / 2
ARAU - Bidang binaan sering dimonopoli golongan lelaki, namun di Perlis, seorang wanita membuktikan dia juga mampu membina rumah dengan tulang empat keratnya.

Idda Lila Wati Abdullah, 31, dari Kampung Sungai Baru, berkata, minatnya dalam bidang pertukangan bermula sejak di bangku sekolah ketika mengambil subjek Kemahiran Hidup.

Menurutnya, dia sanggup berpindah ke sekolah lain apabila pengetua sekolah asal tidak membenarkan pelajar perempuan mengambil bidang pertukangan.

“Memang saya sangat teruja apabila dapat belajar dalam bidang ini, selepas tamat sekolah saya terus mempelajarinya secara langsung dengan tukang rumah yang saya kenal.

“Pada umur 20 tahun saya sudah mampu memperbaiki rumah sendiri dan sejak dari itu saya bidang pertukangan menjadi sumber pendapatan saya,” katanya.

Idda berkata, dia tidak pernah berasa gayat berada di tempat tinggi dan kelebihannya itu membuatkan dia suka berada di atas bumbung ketika memasang kerangka besi bumbung.

Jelasnya, dia pernah beberapa kali jatuh dari bumbung namun tidak pernah mengalami kecederaan serius.

“Pembinaan rumah dari meletakkan bata, pasang mozek sehingga bahagian atap saya boleh buat. Setiap projek rumah saya akan turun padang bersama dengan pekerja yang diupah.

“Saya tak suka lepas tangan kepada pekerja kerana saya mahu hasil binaan terbaik diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, bidang pembinaan mempunyai persaingan yang sengit terutama ketika keadaan ekonomi tidak menentu.

Menurutnya, dia pernah memperoleh pendapatan lebih RM6,000 sebulan dengan mengambil upah membina, membaiki rumah, bangunan mahupun membuat longkang.

“Namun kini untuk memperoleh pendapatan sebanyak itu sangat sukar kerana persaingan dari kontraktor kelas D, saya pula hanya mengambil upah dan tidak mempunyai lesen kontraktor.

“Tetapi semua itu memberi kekuatan kepada saya, lagipun dari dulu saya menerima sebarang kerja termasuk membaiki atap,” katanya.

Idda memberitahu sehingga kini dia sudah membina dan membaik pulih kira-kira 300 rumah, termasuk sekolah dan bangunan di sekitar negeri ini.

Katanya, sebagai seorang wanita, sikap malu dan takut perlu bertempat kerana di zaman serba moden ini segala peluang yang ada perlu direbut bagi memajukan diri.

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim ( Benjy) Akan Dihukum Gantung

| March 30, 2015 

Benjy-Kasari-Jurugambar-Di-Mahkamah-ROTIKAYA

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim ( Benjy) Akan Dihukum Gantung | Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim Atau benjy  yang terlibat dalam kes dadah akhirnya akan berdepan dengan hukuman gantung,benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.
image (1)
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”
“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.kosmo.com.my

Dr. Muhaysini: Kami Tak Akan Berhenti Hingga Melihat Masjidil Aqsha

Ahad 8 Jamadilakhir 1436 / 29 Maret 2015 22:30


syrian

SETELAH melewati pertempuran kilat selama 5 hari berturut-turut sejak Selasa (24/3), setahap-demi setahap kekuatan rezim yang ada dalam kota dipatahkan dan dipukul mundur oleh elemen perjuangan Islam.
Syaikh DR Abdullah Al Muhaysini—sosok yang selama ini tiada hentinya memompa semangat Mujahidin—mengatakan, “Keberhasilan Mujahidin pada pertempuran ini adalah atas karunia Allah semata. Kemudian dengan persatuan Mujahidin melalui aliansi yang saya sebut dengan nama Jaisy Al-Fath (tentara penaklukan), akhirnya mereka (Mujahidin) benar-benar menaklukkan Kota Idlib dan menjadikannya sebagai ibu kota provinsi kedua yang lepas dari kekuasaan rezim tirani Basyar Al-Asad setelah Raqqah,” ujarnya seperti dilaporkan jurnalis di medan peperangan, Shakirullah.
Tahmid, Tahlil dan Takbir dilaporkan tiada hentinya dikumandangkan setelah pengumuman futuhnya Kota Idlib.
Segenap mujahidin yang telah berperang sebelumnya serta menyiapkan pertempuran ini, masuk ke dalam kota. Mereka berkonvoi, diiringi takbir, tahmid dan tahlil.
Kaum Muslimin menyambut Mujahidin yang telah bertempur dalam beberapa hari ini dengan tangis haru. Tampak mereka menciumi Mujahidin.
Jalan-jalan di kota Idlib pun digambarkan penuh oleh Mujahidin. Semua titik utama dalam kota diduduki dan pos ribath baru segera dibangun, guna mempertahankan kota dan menghadang jalur masuknya kembali pasukan rezim.
Saat ini dilaporkan Mujahidin mengejar tentara rezim dan bertahan di dekat Muaskar Al-Mastumah, karena pasukan Assad juga berkumpul di sekitar itu.
Tak kurang 200-an tentara Bashar dan milisi Syiah pendukungnya berhasil ditawan, 1500-an tewas. Dan, di pihak Mujahidin ada 70 yang gugur syahid.
Syaikh Al Muhaysini yang turut mengitari Kota Idlib, mengatakan, bahwa kemenangan ini bukan sekadar untuk meruntuhkan Bashar Assad saja.
“Namun lebih dari itu, Bashar juga membawa kaum (Syiah) rafidhi dari berbagai negeri ke sini, maka Mujahidin dari berbagai negeri pun datang untuk meruntuhkan mereka (Basyar dan sekaligus Syiah rafidhi, red),” kata Syaikh Muhaysini.
“Dan, kami tidak akan berhenti hingga kami melihat Masjidil Aqsha dengan izin Allah,” pungkasnya.
“Kami memanjatkan syukur kepada Allah atas kemenangan Mujahidin, kemenangan yang datang pada awal musim semi, yang menjadi musim semi kemenangan, alhamdulillah,” kata seorang warga yang turut menikmati bebasnya Idlib.
“Kami berdoa kepada Allah agar menerima pengorbanan mereka, menerima para syuhada, menyembuhkan yang terluka, dan memberikan kesabaran bagi mereka untuk melanjutkan jalan Jihad ini,” harapnya. [Shakirullah/Islampos]
PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba



Mari Berwaqaf dan Bertalaqi bersama Al Quran Mushaf Tartil susunan oleh Allahyarham Us Hj Ahmad Mustafa bin Hj Mohd Sidin, Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor.
Antara kelebihan yg terdapat dalam Al Quran ini :
1. Paparan yang jelas dan menarik.
2. Terjemahan per kata setiap kalimah.
3. Info Tajwid di setiap halaman terutama jika terdapat bacaan2 khas Imam Hafs Al 'Asim dan Waqaf Jibril.

Dan banyak lagi..
Harga terkini RM140 shj
(Istimewa terdapat tandatangan Allahyarham di setiap Al Quran Mushaf Tartil)
Berminat?
Pm @ hubungi Us. Zainul : 0176746985
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan