Jumaat, 6 Mac 2015

ENTAHLAH...TAK TAHU NAK KOMEN...GINILAH...ELOKLAH KITA CARI REDA ALLAH....JANGAN CARI REDA MANUSIA

3 hrs ·
Luangkn seminit utk baca ni
¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤
》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.
♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
♧Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
♧Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

☆☆Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
~ Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.
》 Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
♡♡Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.
Hargailah ia sebelum terlambat!


Hari ke-7 Wafatnya Dr. Zainab, Syaikh Usamah Gelar Yasinan dan Kenduri

us
Ruwaqazhar, Kairo—Senin 16/2, Masjid Syaikh Abdul Wahab al-Afifi dipenuhi oleh jamaah yang mengikuti acara kenduri, hataman Al-Quran, bacaan surah Yasin, dan ijazah kitab Tsabat al-Amir al-Kabir.
Ratusan jamaah yang terdiri dari warga setempat dan pelajar asing memadati Masjid Abdul Wahab al-Afifi. Acara ini diselenggarakan dalam rangka hari ke-7 dari wafatnya Dr. Zainab Abdul Aziz, istri Syaikh Yusri Rusydi Jabr, yang sekaligus merupakan ibu mertua dari Syaikh Usamah Sayyid Mahmud al-Azhari, dosen Universitas Al-Azhar dan Penasihat Presiden Republik Arab Mesir.
Acara ini dihadiri oleh Syaikh Yusri, Syaikh Usamah, Syaikh Muawadh Iwadh Ibrahim, dan lainnya. Acara dimulai dengan hataman Al-Quran, dan dilanjutkan dengan pembacaan surah Yasin yang dihadiahkan kepada Syaikh Abdul Wahab al-Afifi dan segenap keluarganya, khususnya Dr. Zainab yang wafat seminggu yang lalu. Setelah itu acara dilanjutkan dengan pembacaan kitab “Tsabat al-Amir al-Kabir” yang merupakan buku kumpulan sanad dari Syaikh Abu Muhammad Muhammad bin Muhammad al-Mishri al-Maliki, yang lebih dikenal dengan sebutan al-Amir al-Kabir.
Acara berakhir tepat saat adzan Magrib, yang ditutup dengan doa, shalawatan, dan pemberian ijazah sanad dari para ulama yang hadir, serta pembagian makanan.[]

TIGA BELAS ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jgn suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jgn suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.

Bersikap ramah-ramahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai.

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.



Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Hadis Palsu Dari Akaun Palsu - Ustaz Kazim Elias

Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini mempersoalkan kredibiliti Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di akaun Facebooknya yang bersandarkan kepada akaun Twitter palsu sebagai bukti dirinya mengeluarkan hadis palsu.


Kazim Elias menerusi Facebooknya telah memuat naik ‘printscreen’ yang memaparkan Facebook Dr. Maza telah menggunakan Twitter palsu yang menggunakan nama Ustaz Kazim Elias sebagai bukti dakwaan Kazim mengeluarkan hadis palsu. Menerusi ‘printscreen’ itu, Dr. Maza menyatakan buat sementara waktu, bagi yang meminta bukti segera, mereka boleh melawati Facebook Ustaz Mohd Kharil Anwar dan Ustaz Kadir Sahak terlebih dahulu memandang dirinya sedang sibuk.

Kazim Elias mempersoalkan bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkan bukti bersandarkan kepada akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya. “Apabila kita meminta kemukakan bukti, bawa bukti daripada akaun palsu, apa ini? Main tangkap muat sahaja,” ujarnya.


Sebelum ini, sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara meluas di laman Facebook sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial itu. Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.


Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.
 
 

Nabi Muhammad Terus Bersujud Selepas Dilahirkan - Ini Rakaman Video Ceramah UKE.

Amboi.

Kemain lagi geng2 pro ustaz Kazim meroyan bila UKE dikritik kaw2 ye. Siap kata kita semua tak faham bahasa perumpamaan konon. Ye ke kita semua tak faham bahasa perumpamaan? Ka UKE yang dah kantoi?

Cuba tengok video kat bawah neh sat ;
 

Ada nampak macam sedang bagi perumpamaan ke? Kalau dah nabi makan roti maka sebut roti aje la. Apa citer nak tukar kepada roti jala bagi memudahkan pemahaman? Bukan sahaja orang tak faham bahkan tambah keliru lagi ada.

Agak2 la kau pun UKE oi.

Disamping video di atas, ada satu lagi video UKE yang turut menjadi pertikaian. 

Lihat ;



Oke. 

Dari apa yang aku difahamkan ;

1. Ini adalah rakaman ceramah UKE dalam membidas TGNA.

2. Kononnya TGNA kata kelahiran Nabi Muhammad SAW itu sama seperti manusia biasa.

3. Ini susulan daripada isu sambutan Maulidur Rasul. Seperti yang kita sedia maklum PAS tidak pro kepada sambutan berkenaan. Mereka pro kepada cara hidup Nabi. Bukan macam sesetengah pemimpin negara dan agamawan2 penyokong mereka tue. Beria2 sambut Maulidur Rasul tapi gaya hidup Nabi yang benci riba taknak tiru plak.

4. Maka UKE pun berceramah dan membidas la kenyataan TGNA tadinya tue.

5. Bidas punya bidas, hujah punya hujah lalu terkeluarla kenyataan bahawa Nabi ketika dilahirkan ;

- Mengadap kiblat
- Bersujud
- Sedia dikhatankan (terus dah siap khatan)
- Ucap alhamdullilah

6. UKE menyeru bahawa sesiapa yang nak bercerita apa2 (tentang agama) mesti ada dalil dan nas yang lengkap. Kononnya dia dah baca banyak kitab2 rujukan.. itu dia kata la.. aku ulang balik je. Dia selalu sebut benda tue kat ceramah2 dia kalau korang rajin dengar la...

7. So aku terpanggil la juga. Aku nak UKE kemukakan dalil dan rujukan yang lengkap bagi menyokong kenyataan dia tentang kelahiran Muhammad.

8. Jujur aku cakap. Ini first time aku dengar agamawan cerita bahawa Nabi terus mengucap alhamdullilah.

9. Mengadap kiblat tue aku tak pernah dengar. Yang aku tahu mimpi. Dan juga perasan ahli keluarga Nabi. Juga petunjuk yang orang alim nasrani (pengikut Isa) terima. Cara terbaik UKE kongsikan la ilmu yang dia ada. Nanti kita semua sama2 boleh dapat ilmu juga kan.

10. Aku cadangkan UKE kemukakan dalil atas ceramah yang dia sendiri sebutkan. Jangan bagi alasan ini pun perumpamaan juga sudah la ek.

HA HA HA 

Klik sini jika video gagal load.

Video pertama : UKE kata Nabi makan roti jala.

Video kedua : UKE kata Nabi ucap alhamdullilah selepas dilahirkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan