Ahad, 8 Mac 2015

AQIQAH BOLEH ATUR...MENGELAK DARI MEMBERI MAKAN KEPADA NON MUSLIM...CUMA NAK TAK NAK JER

`Aqiqah
PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
 SYARAT ‘AQIQAH
  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
  1. Berdoa semasa hendak menyembelih: 


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 

  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 

  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 

  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Hukum Daging Aqiqah Kepada Non-Muslim

by admin on April 23, 2012

Soalan
Hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan


Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) (Riwayat Al-Bukhari)
كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه”.
Ertinya : “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” (Riwayat Ashabus Sunan)
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqah tu apa ..:)
Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..


Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.
Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-
“Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. ”
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.
Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.
Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.
Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu’ dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ”lam.
sekian
Ustaz Zaharuddin

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

As salam ustaz ada pertanyaan Sedia maklum daging kambing aqiqah tak boleh beri pd non muslim makan kan Tp ada pendapat yg mengatakan d bolehkan sebab menjaga hati jiran tetangga juga tuntutan Islam Mcmn tu ustaz
Jawapan
xtau tahu pulak...yg saya tahu xbole ssb ni kerja ibadah...xtau pulak harus...xtau klau da ustaz berpendapat begitu...kalau jemput org non muslim beli dging kambing lain tu mereka...masakan sama...bgi mereka mkn...xpe kan..ni boleh diatur...nak dg xnak je...sya penah buat...mereka mkn daging kmbing gak...tpi bkn tuk aqiqah...sya beli lain..tuk cikgu2 non muslim....




ARKIB : 28/11/2008

Bukan Islam boleh makan akikah

SOALAN:
Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya. Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.
Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu?
JAWAPAN:
Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah.
Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.
Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322)
Pengertian akikah menurut syarak
Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah.
Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.
Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud)
Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib.
Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi)
Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini.
Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.
Pendapat kedua
Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)
Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari)
Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)
Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan.
Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.
Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bukan Islam muslim boleh memakan daging akikah.
Setiap ibu bapa atau ahli keluarga apabila mengadakan majlis tersebut mereka mengharapkan doa yang ikhlas daripada sanak saudara dan sahabat andai atau jiran tetangga yang datang bertandang ke majlis itu.
Jika yang diundang itu bukan Islam sekurang-kurang kita dapat menghampiri mereka dan memahamkan bahawa Islam tidak menghalang pergaulan dan penglibatan bukan Islam dalam majlis yang diadakan oleh orang Islam.
Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kenalan kita yang bukan Islam mengenal amalan yang terkandung dalam agama yang suci ini.



Daging Aqiqah Diberi Kepada Non-Muslim

Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".
ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)
Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :- 
" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam. 
sekian

UZAR
7 Dis 06
16 ZUlkaedah 1427 H

Friday, December 07, 2007


Hukum agih daging korban kepada bukan Muslim

Oleh Alias Othman
wanitajim@yahoo.com
ISU yang sering ditimbulkan dalam ibadat korban ialah amalan korban dalam masyarakat berbilang atau silang agama. Dalam konteks masyarakat silang agama, yang penting ialah usaha meletakkan Islam di tempat dapat dilihat oleh semua pihak sebagai satu sistem yang mampu memesrakan hubungan dalam kehidupan seharian.

Melihat amalan ibadat korban di Malaysia, pendapat yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di negara ini ialah daging korban tidak boleh diberi makan kepada orang bukan Islam. Pada peringkat sebelum berlaku interaksi sangat rapat antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, pegangan seperti itu memang tidak menimbulkan apa-apa isu.

Namun, sejak akhir-akhir ini, selepas hubungan silang agama semakin rapat dan akrab, ziarah menziarahi kerap berlaku, saling menjemput ke majlis jamuan dan kenduri kendara sudah menjadi kebiasaan.

Malah, seorang Islam atau bukan Islam mungkin berasa janggal jika tidak menjemput rakan bukan Islam ke majlis yang diadakan, terutama jiran satu taman dan rakan setempat kerja. Budaya dan interaksi seperti ini mungkin menimbulkan isu.

Keadaan lebih ketara pada ibadat aqiqah yang pada kebiasaannya dilakukan di rumah. Majoriti orang Islam di Malaysia berpendapat daging aqiqah haram diberi makan kepada orang bukan Islam. Seorang Muslim akan berasa serba salah, jika tidak menjemput jiran bukn Islam sebelah rumah.

Dianggap kurang manis jika tidak memberikan daging korban kepada jiran. Sebaliknya, berasa bersalah kerana sudah melanggar hukum syarak yang mengharamkan daging aqiqah dan korban diberi makan kepada bukan Islam.

Jiran bukan Islam juga akan tidak selesa berada di rumah dalam keadaan dia tidak dijemput. Biasanya mereka akan sengaja membuat helah untuk tidak berada di rumah pada masa majlis diadakan.

Keadaan seperti ini sebenarnya menimbulkan satu tanggapan bahawa Islam tidak mesra jiran. Apakah tidak ada cara bagi umat Islam mengatasi masalah ini. Apakah tidak ada pendapat lain, selain pendapat yang mengatakan daging korban dan aqiqah haram diberi makan kepada bukan Islam?

Pendapat umum dan amalan orang Islam di Malaysia mengatakan daging korban tidak boleh diberi makan kepada bukan Islam. Namun, kita boleh merujuk kepada pendapat dikemukakan ulama mazhab lain dalam isu ini. Kita dapat mengesan pelbagai pendapat dengan hujah masing-masing. Melalui pendapat itu umat Islam mungkin dapat menemui jalan keluar daripada isu ini.

Penulis Kitab Kasyf al-Qina menyatakan mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab al-Majmu` disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.

Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.

Ibnai Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna' menyebutkan mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib.

Ibh Hazmin dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

l Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi`ie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat, tidak harus jika korban wajib.

Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging korban sunat lebih baik diterima pakai. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan silang agama.

Di samping itu, menerima pakai pendapat majoriti dapat memberi ketenangan kepada orang Islam sendiri, kerana mereka tidak berasa bersalah untuk menjemput jiran kalangan bukan Islam menghadiri majlis kenduri mereka.

Prof Madya Alias Othman adalah Penasihat Syariah JIM yang boleh dihubungi di e-mel wanitajim@yahoo.com








PENDAPAT FUQAHA’ MENGENAI PEMBERIAN DAGING AQIQAH KEPADA ORANG KAFIR Khamis, 11 Jun 2009 Soalan : Ada pendapat megatakan BOLEH dan ada yang mengatakan TIDAK BOLEH memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam. Apakah hukum memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam? Jawapan : Pendapat fuqaha’ mengenai pemberian daging Aqiqah kepada orang kafir: 1. Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging aqiqah sunat atau wajib kepada bukan Islam. 2. Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging aqiqah sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging aqiqah wajib, seperti aqiqah yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat. 3. Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging aqiqah sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging aqiqah wajib. 4. Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging Korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram. Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi’ie saja yang berpendapat daging aqiqah sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging aqiqah sunat, tidak harus jika aqiqah wajib. Imam Nawawi pula yang bermazhab Syafi’ie dalam kitab al Majmuk syarah al Muhazzab dalam bab al udhiyah menjelaskan bahawa, apa yang dikehendaki oleh mazhab ialah harus memberi mereka (kafir zimmi) makan daripada daging korban sunat tetapi tidak yang wajib wallahu a’lam. Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging aqiqah sunat lebih baik diterima pakai. Ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan antara agama. Wallahu a'lam. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Isnin, 15 November 2010 BOLEH KA BAGI DAGING AQIQAH KAT ORANG KAFIR? Soalan : Ada pendapat megatakan BOLEH dan ada yang mengatakan TIDAK BOLEH memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam. Apakah hukum memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam? Jawapan : Pendapat fuqaha’ mengenai pemberian daging Aqiqah kepada orang kafir: 1. Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging aqiqah sunat atau wajib kepada bukan Islam. 2. Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging aqiqah sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging aqiqah wajib, seperti aqiqah yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat. 3. Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging aqiqah sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging aqiqah wajib. 4. Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging Korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram. Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi’ie saja yang berpendapat daging aqiqah sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging aqiqah sunat, tidak harus jika aqiqah wajib. Imam Nawawi pula yang bermazhab Syafi’ie dalam kitab al Majmuk syarah al Muhazzab dalam bab al udhiyah menjelaskan bahawa, apa yang dikehendaki oleh mazhab ialah harus memberi mereka (kafir zimmi) makan daripada daging korban sunat tetapi tidak yang wajib wallahu a’lam. Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging aqiqah sunat lebih baik diterima pakai. Ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan antara agama. Wallahu a'lam. SUMBER KAT SINI Dicatat oleh subulus salam di 11:17 PG

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan