Selasa, 24 Mac 2015

ANTARA KERAS DENGAN LEMBUT....ANTARA JAHIL DENGAN YANG ARIF@BIJAKSANA...ANTARA ORANG BAIK@TAKWA DENGAN ORANG JAHAT...ANTARA NAK DENGAR NASIHAT DENGAN TAK MAHU DENGAR NASIHAT...ANTARA AHLI SYURGA DENGA AHLI NERAKA...MEREKA NI MEMANG ADA BEZA




Dirogol tiga hari berturut-turut
  • Rogol Sekadar gambar hiasan
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.

“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.

“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Artikel Berkaitan

Hudud: PU Rahmat jawab Aisyah BFM
  • Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan PU Rahmat
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas peserta Program Mimbar Pencetus Ummah (PU), PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan tampil menjawab beberapa perkara yang disentuh penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin melalui sebuah klip video, semalam.

Video berdurasi 5 minit 45 saat itu menunjukkan PU Rahmat menjelaskan serta membetulkan kesilapan Aisyah termasuk kenyataan wanita itu yang mengatakan bertudung hanya di negeri Kelantan.

“Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti bagaimana?

“Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH,” katanya melalui video yang telah siap disunting bersama dengan video Aisyah tersebut.

Sebelum ini, Aisyah dikecam gara-gara aksinya dalam sebuah video berjudul ‘Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan’ yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu.

Antara babak dalam lakonan itu yang memperlihatkan dia mempersendakan hudud apabila dia yang tidak berhijab tiba-tiba berubah imej (berhijab) sambil berkata ‘Eh sejak bila ini? Oh lupa pula mak...Kelantan’, merujuk kepada kewajipan wanita untuk menutup aurat selepas undang-undang hudud diluluskan di Kelantan.

Dalam pada itu, mengenai kenyataan Aisyah yang menyebut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikatakan menuduh orang mengkritik hudud sebagai tidak beriman, PU Rahmat menyifatkan kemungkinan wanita itu hanya membaca tajuk berita tanpa melihat isi berita tersebut.

“Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar...Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar...kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud.

“Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman,” katanya.

PU Rahmat turut membetulkan kembali kenyataan penyampai radio itu yang mendakwa hudud sebagai satu mimpi Pas.

“Aisyah, itu (hudud) bukan mimpi, itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang yang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.

“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’.  Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’

“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelasnya.

PU Rahmat turut menekankan bahawa peningkatan kes jenayah di negara ini sebagai bukti bahawa kegagalan sistem perundangan manusia yang perlu diganti dengan sistem ALLAH SWT.

“Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik.

“Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH...hukuman ALLAH,” katanya.

Penyebaran video Aisyah tersebut Khamis lalu mengundang kecaman hebat malah dia turut menerima pelbagai ugutan termasuk rogol dan bunuh.

Namun, stesen radio BFM yang menerbitkan video kontroversi memohon maaf selepas video itu mendapat kecaman hebat dan menimbulkan kemarahan rakyat.
Artikel Berkaitan






7 NGO lapor polis, gesa tindakan pada Aisyah

Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) bergabung membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penyampai radio BFM, Aisyah Mohd Tajuddin kerana didakwa menghina Islam.
  
Wartawan BFM Kupas itu sebelum ini tampil dalam sebuah video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini dan menerima beberapa ugutan termasuk ugutan bunuh dan rogol.
  
Tujuh NGO berkenaan terdiri daripada Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC).
  
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata mereka mahu pihak polis segera mengambil tindakan menahan Aisyah kerana tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.
  
"Beliau (Aisyah) bukan hanya menghina agama Allah SWT sebaliknya turut menghina dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang merupakan ketua agama Islam negara malah turut tidak menghormati Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Abdul Rani berkata mereka mahu pihak berkuasa termasuk pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap Aisyah agar ia menjadi tauladan kepada individu lain agar tidak menghina agama Islam.
  
"Kami tidak takut sekiranya Aisyah ingin mengambil tindakan (terhadap kami) kerana kami lebih takutkan Allah SWT," katanya.
  
Semalam,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati agar individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.
  
Beliau berkata pihak polis tidak mahu keadaan itu terjadi kerana ia membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.
  
Khalid berkata polis memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan jika perlu.
  
-Bernama


  













KLIK PADA POST VIDEO...UNTUK MENONTON VIDEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan