Jumaat, 6 Februari 2015

PATUT HALANG MAKSIAT...NI KITA LULUSKAN...KITA MENGANJURKAN...MACAM TAK RETI2 HUKUM PULAK...KATA BELA DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM....GEBANG KOD

Remaja Islam dan konsert maksiat
  • Gambar Hiasan. Gambar Hiasan.
1 / 1
BARU-baru ini kita dikejutkan dengan video yang menjadi viral di media sosial melibatkan beberapa remaja wanita Islam dipeluk dan dicium artis lelaki bukan Islam atas pentas dalam konsert K-pop.

Merujuk kejadian itu, saya mendapat beberapa soalan menanyakan mengenai hukum lelaki dan wanita bersentuhan dengan sengaja setelah ada beberapa pihak mengatakan ia dibolehkan.

Apabila kita bercakap atas nama Islam, semaklah dahulu adakah Islam membenarkan atau tidak, Islam mengatakan ia halal atau haram. Jika Islam mengatakan haram, maka haramlah hukumnya. Tidak boleh kita menghalalkan.

Lelaki, wanita bersentuhan
Saya tertarik membaca ulasan Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi dalam Adwa-ul Bayan apabila dia membahaskan mengenai menyentuh perempuan bukan mahram. Hukumnya dimaklumi haram dan beliau membahaskan sebab dan hujahnya melalui beberapa sudut:

Pertama, kerana dalilnya jelas. Aisyah RA berkata: "Siapa saja wanita Mukminat yang mengikrarkan hal ini, maka dia telah diuji." Rasulullah SAW sendiri berkata ketika wanita Mukminat mengikrarkan yang demikian: "Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian".

Namun demi ALLAH, Baginda SAW sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Baginda SAW hanya membai'at golongan wanita dengan ucapannya." Aisyah berkata lagi: "Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang ALLAH perintahkan. Tangan Baginda SAW tidaklah pernah menyentuh tangan mereka. Ketika bai'at, Baginda SAW hanya membai'at dengan berkat: "Aku telah membai'at kalian dengan perkataan." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis diriwayatkan Imam Malik bin Anas RA dengan sanad yang sahih, sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan golongan wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita." (Riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` daripada As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak daripada besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya." (Riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih)
Pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam mengambil mudah perihal ini. Itu tiga hadis yang saya bawakan dan banyak lagi hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.

Kedua, perempuan itu aurat. Dalam hadis Nabi Muhammad SAW memerintahkan kita menundukkan mata dan pandangan. Kalau mata pun dilarang melihat, apatah lagi memegang.
Dalam hadis yang masyhur, Jarir bin ‘Abdillah mengatakan: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Maka Rasulullah SAW memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku." (Riwayat Muslim)

Itu adalah asal hukumnya, jika melihat pun sudah dilarang Nabi Muhammad SAW, apatah lagi memegang dan memeluk di khalayak ramai.

Punca terjebaknya remaja Muslim ke konsert maksiat
1. Ibu bapa mengambil ringan
Sekiranya ibu bapa menegakkan hukum ALLAH SWT dalam rumah mereka nescaya perkara ini tidak akan berlaku. Ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak.
Seharusnya ibu bapa perlu tahu apa yang anak mereka lakukan dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka pergi.

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani RHM pernah mengungkapkan perkataan yang sangat indah, maksudnya: "Kamu berhukum dengan hukum ALLAH dalam rumah kamu nescaya hukum ALLAH itu akan tertegak di atas bumi kamu."

Ada sesetengah ibu bapa mengambil ringan berkenaan pentarbiahan anak. Dek terlalu sibuk dengan pekerjaan, sehinggakan isu pentarbiahan ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak lain.

Contohnya diserahkan kepada orang gaji sedangkan bimbingan daripada ibu bapa dalam membentuk peribadi, jati diri dan akidah dalam diri anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada kita: "Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan tiap-tiap pemimpin diminta pertanggungjawabannya." (Riwayat Bukhari & Muslim daripada Abdullah bin Umar)

2. Kurangnya kesedaran agama
Keadaan ini terjadi apabila melibatkan kedua ibu bapa dan juga anak. Jika ibu bapa tidak berkesempatan untuk mendalami ilmu Islam dan tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai cara hidup, janganlah kita hairan melihat kejadian di pentas K-pop ini.
Hiduplah dengan berpandu  kepada al-Quran dan Sunnah nescaya kita tidak akan tersesat kerana Islam itu mencakupi seluruh kehidupan kita. Bahkan dalam sekecil-kecil perkara seperti beristinjak pun Islam ada mengajarkan kita caranya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab ALLAH dan sunnah Rasul-Nya". (Riwayat Malik)

Tanggungjawab mentarbiahkan anak dengan didikan agama perlu dipupuk daripada kecil lagi secara menyeluruh. Bukan dalam sesetengah perkara sahaja seperti bab solat, puasa, haji dan ibadah yang lain. Ia perlu dilakukan secara keseluruhan.
Jika tidak, itu sebabnya kita lihat remaja yang dipeluk dan dicium di atas pentas itu semuanya memakai tudung tetapi kenapa mereka rela diperlakukan sedemikian?

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan: Sesungguhnya syaitan memang  musuh kamu yang nyata." (Surah Al-Baqarah: 208)

Anak-anak adalah saham akhirat buat ibu bapa. Didiklah mereka mengikut lunas-lunas Islam agar menjadi insan yang bermanfaat buat ummah. "Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat". (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).



BATU NISAN DIDIKLAH AKU!
Berkongsi kisah benar yang saya lalui apabila bertemu dengan seorang usahawan yang merupakan penggerak utama projek kemanusiaan di Syria dan Gaza. Terus terang saya katakan, beliau telah gerakkan keluarganya untuk infaq dan anjurkan program untuk mengutip dana yang kalau dijumlahkan sudah melebihi jutaan ringgit. Ya! mereka dari golongan yang mewah namun tidak pernah lupa untuk membantu saudara di Syria dan Gaza. Apalah sebab dia dan keluarganya pilih jalan susah ini untuk bantu Ummah dikala semuanya sudah cukup lagi mewah untuk diri mereka.
Saban masa beliau menangis tersentuh jiwanya bila melihat anak kecil syria dan gaza kematian kerana tidak cukup makan,ubatan dan selimut. Hancur hati terasakan masih gagal untuk membantu Ummah. Saat saya menemuinya di pejabatnya, terkejut kerana penuh dengan mafla dan gambar Gaza serta Syria. Cinta benar dirinya kepada Ummah.
Tiba-tiba saya begitu terkesima saat melihat sebuah BATU NISAN yang tertulis namanya diletakkan di atas meja seorang CEO syarikat! Bila ditanya, jiwanya sangat berombak untuk mengadu betapa risaunya dia saat dipanggil pulang dikala kerja untuk agamanya sangat kerdil.
Allah Hu Akhbar...............................Ya Rabb
Namanya tidak dikenali tetapi kami sangat menyanyanginya. Moga Allah tempatkan beliau dan keluarganya bersama para syuhadah yang berjuang untuk agamanya. Limpahkan kebaikkan dan rezeki yang membahagiakan atas segala kebaikkan yang beliau lakukan.
WAKE-UP & RESCUE SYRIA
Hulurkan bantuan/infaq/zakat untuk Dana Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM) menerusi www.tabungsyria.com
‪#‎saniarabyalkahery‬ ‪#‎rescuesyriamission‬ ‪#‎mapim‬ ‪#‎nurhelizahelmi‬ ‪#‎yatthamzah‬ ‪#‎mohdali‬.ismailii ‪#‎shamkmkz‬ ‪#‎ibnurosman‬ ‪#‎HIJJAZ‬
Ibu tunggal maut ditanduk kerbau ketika menoreh
  • Mayat mangsa dibawa oleh polis ke Hospital Segamat. Mayat mangsa dibawa oleh polis ke Hospital Segamat.
1 / 1
SEGAMAT - Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.

"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

'Tidak sampai lima minit pun...'
  • Kesan darah di lokasi kejadian. Kesan darah di lokasi kejadian.
1 / 2
BACHOK - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian samun di sebuah kedai peralatan binaan di Beris Lalang, kira-kira jam 5.45 petang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian, mangsa, Mustafa Siddiq, 52, berada dalam premisnya bersama isteri, Norhaizan Mohd Zin, 45, dan anaknya, Ainul Wahida, 18, serta seorang pekerja mereka.

“Mustafa cedera di kiri perut dan lutut kanan. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kira-kira jam 7.40 malam. Anak mangsa juga ditembak di paha, kini dirawat di Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM).

“Suspek sudah dikenal pasti berdasarkan maklumat diberikan saksi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, kerugian dianggarkan RM1,000 dan suspek dikatakan menggunakan kereta Proton Preve berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CDC 4561.

"Dua suspek memiliki senjata api, sementara seorang lagi tidak bersenjata," katanya.

Sementara itu, Nor Haizan ketika ditemui di Unit Forensik HUSM mengakui masih terkejut dengan insiden menimpa suami dan anaknya itu.

“Kejadian berlaku sangat cepat. Saya boleh terima apa yang berlaku, cuma buat masa sekarang saya mahu bertenang dulu setelah apa yang saya  lalui hari ini (semalam),” katanya.

Manakala, saksi kejadian yang juga pekerja mangsa, Mohd Azrien Mohd Nasir, 28, berkata,  ketika kejadian, dia berada di dalam kedai tersebut bersama arwah, Nor Haizan dan Ainul Wahida.

“Kejadian berlaku dengan cepat, tidak sampai lima minit pun. Sebelum kejadian, sebuah kereta berwarna gelap berhenti depan kedai, mulanya saya ingat mereka mahu beli barang.

“Kemudian keluar tiga lelaki dari kereta tersebut dan mereka dengan pantas pakai topeng lalu masuk ke dalam kedai minta wang,” katanya.

Menceritakan detik ngeri itu, Mohd Azrien memberitahu, salah seorang lelaki tersebut mengacukan pistol ke arahnya dan menyuruh dia dan isteri majikannya diam.

“Kerana takut diacukan pistol, saya mendiamkan diri, kemudian salah seorang daripada lelaki tersebut gari tangan saya dengan isteri majikan saya.

“Dalam keadaan kelam kabut, isteri majikan cuba tanggalkan topeng dipakai lelaki terbabit. Dia marah kami gunakan dialek tempatan,” katanya.

Ketika itulah, Mohd Azrien berkata, dia mendengar dua das tembakan dilepaskan yang terkena majikan dan juga anak perempuannya.

“Mereka larikan diri selepas minta kunci kereta majikan. Selepas itu, saya bantu hantar majikan ke Klinik Gunong,” katanya.

Polis tahan lelaki lempar daging babi ke masjid
BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk AThaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata, lelaki itu ditahan jam 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah  motosikal.

"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.

Imam Dua Masjid Telaga Air, Mohd Asri Harun pula berkata, kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku.

Beliau berkata, dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang  terbabit.

"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya. - Bernama

Jangan sertai acara keagamaan
  • Dr Mohd Asri Dr Mohd Asri
1 / 1
KANGAR - Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan dengan  kehendak Islam.

Mufti Perlis yang baharu dilantik, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan acara keagamaan sebagai pemimpin nombor satu negara, yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama.

Menurutnya, sebagai Perdana Menteri, Najib bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain termasuk Cina dan India yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan.

“Perdana Menteri boleh pergi untuk meraikan acara keagamaan kaum lain tetapi jangan sampai menyertai program yang diadakan sehingga dilihat menjadi sebahagian daripada mereka.

“Beliau boleh datang bersalaman dengan mereka dan kemudian terus naik pentas. Dalam ucapannya, boleh selit mengenai kepentingan menjaga keharmonian kaum dan agama untuk mengelakkan ketegangan atau pergaduhan akibat perbalahan agama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Sehubungan itu, pegawai atau penasihat Perdana Menteri perlu memainkan peranan penting dengan bertegas kepada penganjur agar mematuhi kehendak agama kerana Najib adalah orang Islam.    

“Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves bahawa Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.

“Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya,” katanya.

Menurutnya, penasihat Perdana Menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.

“Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya.  

Asri juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.

“Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.

“Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Rakyat Malaysia kurang tidur sebab online
  • SM Mohamed Idris SM Mohamed Idris
1 / 1
GEORGETOWN - Penduduk Malaysia tidak menikmati tidur yang cukup setiap hari apabila hanya mendapat 6.4 jam berbanding lapan jam yang disarankan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, kekurangan 1.6 jam masa tidur boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka akibat leka dengan peralatan telefon bimbit dan menghabiskan masa secara online.

Beliau berkata, tinjauan menunjukkan ketagihan internet adalah ancaman terbaharu kepada kehidupan yang menyihatkan.

"Sungguhpun penggunaan Internet di Malaysia tidak tinggi berbanding sesetengah pasaran di rantau ini tetapi 73 peratus orang dewasa Malaysia yang ditemubual bersetuju bahawa aktiviti online dan rangkaian sosial membuat mereka ketagihan," katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, kira-kira 80 peratus daripada mereka melihat amalan menghabiskan masa secara online menjadi penghalang bagi kebanyakan orang dewasa mendapat tidur yang secukupnya.

Beliau berkata trend ketagihan itu akan diwarisi oleh kanak-kanak yang membesar bersama internet sebagai bahagian penting dalam kehidupan mereka.

Kajian itu menunjukkan kekurangan tidur yang kronik bukan sahaja menyebabkan prestasi buruk dan produktiviti menurun tetapi memberi kesan terhadap kesihatan.

"Corak tidur yang buruk membuatkan seseorang itu berisiko mengalami masalah kesihatan yang serius seperti obesiti, penyakit jantung dan diabetes - yang boleh memendekkan jangka hayat.

"Antara kemungkinan kesan tidak cukup tidur ialah terasa lapar diikuti berat badan bertambah, fungsi imun menurun, kawalan glukosa yang kurang baik (menyumbang kepada perkembangan diabetes), tekanan darah naik dan peningkatan kes jantung," katanya.

Kenapa kejam terhadap anak saya - Ibu

IBU Nursyuhada, Nor Azlina Dawari berdoa selepas jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Kampung IBU Nursyuhada, Nor Azlina Dawari berdoa selepas jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan, Kubang Pasu, Kedah, semalam.
KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dikelar seorang lelaki di Perak semalam percaya suspek menaruh dendam terhadap anak gadis kesayangannya itu setelah cintanya ditolak.
Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.
Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.
“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.
“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.
Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.
“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” katanya.


Ustaz Google, Ustazah Yahoo
  • Usah taksub dengan maklumat di internet tanpa usul periksa. - Gambar hiasan Usah taksub dengan maklumat di internet tanpa usul periksa. - Gambar hiasan
1 / 1
PERKEMBANGAN dunia teknologi maklumat hari ini begitu hebat sekali. Kadang-kadang ada yang tidak terjangkau oleh akal kita sebelum ini, sekarang ia bukan lagi suatu yang mustahil.

Melalui teknologi maklumat, yang jauh dapat didekatkan, yang sukar dipermudahkan dan bumi yang luas seolah-olah menjadi satu kampung yang kecil.

Begitulah mungkin tamsilannya. Kecanggihan teknologi maklumat ini memberi banyak kebaikan dan kemudahan kepada manusia.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat, ia tidak lagi sesukar dahulu.


Hanya satu klik

Hari ini seseorang boleh dilihat sebagai pakar ekonomi yang mengulas isu kenaikan harga barang; seorang doktor yang bercakap isu kesihatan; seorang juruterbang yang memberi komen isu pesawat terhempas; ahli mateorologi yang menerangkan keadaan cuaca; dan apa sahaja bidang yang mahu disentuh; semua itu hanya dengan satu klik di internet.

Ini termasuk juga dalam bidang berkaitan agama. Ia tidak dapat lari dari diulas sesiapa sahaja yang mahu mengulas dan membahaskannya.

Satu klik di enjin carian internet, mampu menjadikan seseorang itu kelihatan sebagai seorang ustaz dan ustazah yang berkelulusan dari Timur Tengah.


Ilmu berkembang

Dari satu sudut, realiti ini adalah positif. Ruang pencapaian maklumat menjadi mudah. Perkembangan ilmu bertambah pesat dan tidak tersekat.

Satu bahan bacaan, artikel atau jurnal terbitan di Universiti Oxford contohnya, boleh dibaca oleh seorang pelajar yang tinggal di Kampung Teluk Wang tanpa perlu pergi ke sana. Satu ceramah agama yang berlangsung di Universiti Ummul Qura, Makkah boleh disaksikan dari Kampung Bukit Kura tanpa perlu pergi ke Makkah. Semuanya adalah manfaat daripada internet.

Dengan kecanggihan dunia teknologi maklumat sekarang, ilmu semakin berkembang dan merentasi kepungan yang ada sebelum ini. Perkembangan ilmu akan mencetuskan perkembangan minda dan kematangan seseorang.

Jika sebelum ini, ilmu agama yang kita belajar mungkin terbatas kepada satu pandangan mazhab sahaja dan hanya berdasarkan kepada beberapa buku. Sehinggakan sebahagian orang begitu mudah menuduh seseorang yang membawa pandangan lain yang tidak diketahuinya bahawa itu adalah Wahabi, sesat dan sebagainya.

Sedangkan pandangan tersebut ada dalam al-Quran dan hadis sahih serta disebut imam mazhab lain dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun, disebabkan keterbatasan maklumat, dia menjadi musuh kepada kejahilan diri sendiri.

Tetapi, hari ini keadaan semakin berubah. Seseorang itu berupaya untuk membaca dan mengetahui ilmu agama dari sudut yang pelbagai. Dari banyak aliran mazhab. Dari ramai guru dan tokoh pendakwah. Dari banyak sumber bacaan. Semua ini adalah manfaat daripada internet.

Kesannya, tembok kejumudan dan ketaksuban yang sebelum ini menyekat dan menumpulkan minda seseorang dapat dirobohkan. Nilai ilmiah diangkat lebih tinggi apabila membahaskan sesuatu isu agama berbanding emosi. Islam dapat difahami secara lebih meluas, rasional dan praktikal berpaksikan kepada prinsipnya yang jelas dan tetap.


Disiplin ilmu agama

Namun, bukankah apabila ruang pencapaian maklumat di internet begitu luas dan senang, ia juga boleh mengundang keburukan?

Benar! Ia boleh mengundang keburukan dalam apa jua bidang. Lebih merisaukan jika keburukan itu terpalit kepada bidang agama. Tersilap mengulas tentang isu ekonomi tidaklah seberat tersilap dalam mengulas isu agama.

Agama Islam bukan berasaskan teori rekaan atau pandangan manusia. Ia adalah agama wahyu. Wahyu berteraskan dalil. Dalil yang utama adalah al-Quran dan sunnah. Al-Quran dan sunnah bukan boleh difahami sewenang-wenangnya. Ia mempunyai prinsip dan metod yang tersendiri.

Justeru, bertitik tolak dari sinilah Islam terlebih dahulu menitikberatkan metod dalam mempelajari ilmu agama atau dalam istilah bahasa Arab disebut manhaj al-talaqqi. Metod yang betul akan membuahkan natijah yang betul. Jika dari awal metodnya  salah, maka natijahnya juga akan salah.

Ruang yang terhad ini tidak mengizinkan saya untuk berkongsi apakah manhaj al-talaqqi yang digariskan oleh Islam. Namun, sebagai gambaran ringkas, ia berkisar kepada beberapa prinsip berikut:

Prinsip utama mempelajari ilmu agama ialah mesti bersumberkan kepada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW, ijma salaf al-soleh dan qiyas. Walaupun ulama berbeza pandangan dalam menjadikan qiyas sebagai sumber hukum, namun majoriti (jumhur) mereka bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.

Al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas inilah menjadi teras dalam agama Islam. Al-Quran dan sunnah menjadi sumber utama.

Justeru, cara berinteraksi dengan kedua-dua sumber ini perlu betul supaya kita mendapat pemahaman yang betul. Antara asasnya yang penting ialah:

Pertama: Mengutamakan nas syarak daripada al-Quran dan sunnah
Bagi memahami al-Quran, ia perlu dirujuk kepada tafsirannya. Bagi memahami hadis, ia perlu dirujuk kepada huraiannya yang diiktiraf.

Jika hanya dirujuk kepada Syekh Google, ia akan memaparkan tafsiran dan huraian daripada pelbagai sudut. Ada yang betul dan ada yang ternyata salah. Jadi, mengetahui sedikit asas disiplin dalam ilmu tafsir dan ilmu mustalah hadis adalah kuncinya.

Kedua: Berpegang kepada sunnah sahih. Ini adalah metod penting. Mesti mengetahui terlebih dahulu status hadis yang kita ingin jadikannya sebagai hujah. Perbahasan tentang ilmu hadis ini sangat luas dan ia terikat dengan disiplin yang sangat ketat.

Tidak mempunyai asas dalam ilmu hadis ini boleh menyebabkan seseorang itu tersalah faham bahkan menyebarkan pula sesuatu yang salah.

Sebahagian mereka yang bergelar ustaz, memakai jubah, melilit serban, ada slot di TV, dijemput di radio, pun masih membaca, menyebar dan berhujah dengan hadis-hadis palsu.

Jika tersalah sekali, mungkin kita faham bahawa ustaz juga ada kelemahannya. Tetapi jika melakukan perkara yang sama berulang kali, ini sudah karut!

Seseorang bergelar ustaz yang berhujah dan menyebarkan hadis palsu kemudian memberi alasan “saya tak pasti”, “saya tak dan nak semak”, “saya rasa pernah terbaca dulu dalam buku kawan saya” dan sebagainya, adakah ini alasan yang munasabah diberikan oleh seorang ustaz?

Sepatutnya, sebelum memberi berceramah, mengajar, atau bersiaran tidak kira berapa puluh minit sekali pun, seorang ustaz mesti membuat persiapan terlebih dahulu. Memastikan dalil dan hujah yang ingin disampaikan adalah betul.
 Justeru, metod yang betul akan membuahkan natijah yang betul.

Ketiga: Memahami nas dengan betul

Bukan sahaja berpegang dengan nas dan dalil yang sahih, tetapi cara memahaminya juga mestilah betul. Ada orang yang berhujah dengan ayat al-Quran dan hadis yang sahih, tetapi cara pemahamannya salah, maka kesimpulannya juga akan salah.

Ringkasnya, bagi mendapat kefahaman yang betul terhadap sesuatu dalil dan nas, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian:

Merujuk kepada cara pemahaman sahabat Rasulullah SAW terhadap sesuatu ayat al-Quran dan hadis Baginda SAW.

Memahami asas dalam bahasa Arab

Menghimpunkan semua dalil yang menyebut tentang perkara yang sama dalam satu bab bagi mendapat gambaran menyeluruh tentang isu tersebut.

Memahami objektif sebenar (maqasid) ayat al-Quran atau hadis tersebut .


Semangat berdakwah

Semangat dan keinginan untuk berdakwah adalah sikap terpuji. Bahkan ia satu kewajipan berdasarkan kemampuan masing-masing. Tidak hanya ditanggung oleh mereka yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja. Bahkan, kecanggihan teknologi maklumat hari ini semakin memudahkan kita untuk berdakwah.

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam muqadimah Thaqafat al-Daiyah menyebut pendakwah yang ingin terjun ke medan perjuangan bagi menentang kejahilan, hawa nafsu, penyelewengan  dan kejahatan, perlulah mempersiapkan diri dengan beberapa kelengkapan senjata: Pertama: Senjata iman. Kedua: Senjata akhlak.

Ketiga: Senjata ilmu pengetahuan.

Kita sedang membincangkan senjata yang ketiga. Ilmu pengetahuan. Sebelum berkongsi sesuatu maklumat dengan orang lain, pastikan terlebih dahulu maklumat tersebut adalah sahih. Niat berdakwah itu baik dan betul. Namun niat yang betul sahaja tidak cukup melainkan kita pastikan juga bahan dakwah kita juga adalah baik dan betul.

Jika kita tidak ada kemampuan untuk membaca dan memahami kitab-kitab tafsir dan hadis secara langsung, maka antara jalan selamat ialah kita belajar agama ini dari mereka yang mementingkan metod dan disiplin yang betul dalam memahaminya. Jika metod kita betul, jadi “ustaz google dan ustazah yahoo” mungkin lebih baik daripada ustaz yang menjadi penglipur lara, bercerita dan berlawak jenaka sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan