Sabtu, 21 Februari 2015

MACAM ADA YANG CACING KEPANASAN...KITA ADA KUASA TERATAS SEKALI...TIADA SAPE DAPAT MENCANGGAHNYA IAITU ALLAH SWT

Peguam tunggu arahan Anwar ambil tindakan
  • Muhammad Shafee Abdullah, Anwar Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM – Peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan ketua pendakwa raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam pendedahan kes liwat Anwar kepada umum.

Peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, mereka kini menunggu arahan Anwar sama ada untuk mengambil tindakan jika Muhammad Shafee didapati melanggar etika guaman atau menghina mahkamah.

“Langkah pertama ialah kami akan buat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara. Ia adalah satu badan yang menjaga disiplin dan etika antara peguam.

“Kalau ada aduan seorang peguam melanggar tata etika, lembaga itu akan siasat aduan tersebut. Tindakan seterusnya kami akan buat selepas itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas tindakan Muhammad Shafee yang mendedahkan secara terbuka maklumat sulit dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan serta terlibat dalam jelajah penerangan kes itu termasuk yang dianjurkan Pemuda Umno.

Sivarasa berkata, Muhammad Shafee dalam satu dialog anjuran Pemuda Umno, Selasa lalu didapati menceritakan butiran kes yang dibicarakan secara tertutup semasa kes itu.

“Bagi saya, beliau langgar larangan mahkamah kerana keterangan disebut dalam keadaan tertutup dalam mahkamah, jadi apabila dibawa keluar (kepada umum) ia dianggap salah,” katanya.

Tegasnya, Muhammad Shafee boleh dikenakan tindakan seperti denda, penggantungan dan pembatalan lesen sekiranya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

Kata Sivarasa, apabila seseorang peguam dilantik sebagai pendakwa raya, peguam tersebut perlu menjalankan kes secara bebas.

“Selepas keputusan penghakiman, apabila Muhammad Shafee kemungkinan terlibat dalam jelajah begini, timbul persoalan yang beliau sudah melanggar tata etika peguam. Ia seolah-olah Muhammad Shafee mempunyai kerjasama dengan Umno.

“Jelas sekarang ini seperti beliau diperalatkan Umno untuk fitnah Anwar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, jelajah Pemuda Umno itu sebagai tindakan terdesak memandangkan rakyat masih percaya Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Beliau menegaskan pasukan peguam Anwar tidak akan terlibat sebarang debat sebaliknya mengambil tindakan undang-undang ikut keadaan.
Najib sepatutnya tak jawab apa-apa
  • Najib Tun Razak
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak perlu menjawab ketika diajukan soalan mengenai kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar bahawa dia diarah pihak atasan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Jabatan Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, pastinya jawapan ‘mengarut’ yang diberikan Najib mengenai isu itu boleh menimbulkan pelbagai tanggapan.

“Polemik timbul apabila cara Najib jawab seolah-olah ingin mengetepikan persoalan tersebut atau menidakkan kemungkinan tentang perkara itu.

“Secara profesional sepatutnya, Najib jawab pertanyaan itu tidak sesuai ditanya dalam konteks tersebut dan mungkin perlu dijawab dalam keadaan lain atau pada sidang media yang lebih tersusun,” katanya.

Kata Mohd Khairie, pada pandangannya, jawapan Najib ketika itu mungkin reaksi spontan disebabkan beliau tidak bersedia menjawab soalan tersebut.

“Cara Najib jawab, saya letakkan dia dalam konteks keadaan semasa majlis itu yang kurang selesa atau mungkin beliau ingin untuk meneruskan acara atau beredar.

“Walau bagaimanapun, disebabkan ini kes berprofil tinggi, sebagai penganalisis komunikasi saya lihat tidak sesuai Najib mengetepikan pertanyaan tersebut dengan cara demikian,” katanya.

Menurutnya, ini kerana Najib sendiri pernah dikaitkan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Mohd Khairie turut menyokong pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak seharusnya mengetepikan dakwaan baharu yang diberikan individu yang terlibat dengan kes tersebut.

“Pihak berkuasa termasuk polis, jangan cepat melatah dan dengan mudah mengetepikan semua ini.

“Sewajarnya polis nilai kewajaran dan sejauh mana fakta-fakta itu boleh dikaji, sama ada untuk dibuka semula atau perlu diberi perhatian.

“Bukan dengan cara menolak dengan mudah,” katanya.

Oleh itu kata Mohd Khairie, penting bagi kerajaan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi pencerahan terhadap perkara tersebut.

“Kes ini sedang diperhatikan seluruh dunia. Jadi ada kewajaran Pejabat Peguam Negara boleh berbincang dengan kerajaan dan perlu ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Sekiranya ini tidak dilakukan, persepsi dunia akan beri kesan kurang baik kepada Malaysia walaupun keputusan mahkamah telah diperoleh,” katanya.

Elok Sirul duduk Australia – Ali


Ali-1
KUALA LUMPUR
- Aktivis sosial yang hidup dalam pelarian, Ali Abd Jalil dalam posting terbaru di laman Facebook miliknya, menyokong bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Australia sejak 20 Januari lalu untuk terus tinggal di negara itu.
Selaku pemenang kad suaka politik di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ali berkata, lebih baik Sirul terus tinggal di Australia daripada pulang ke tanah air, dalam satu catatan status sinis yang dimuat naik hari ini.
“Elok Sirul dok Australia, sebab dia boleh dedahkan segalanya..kalau dia balik Malaysia aku rasa dia tak selamat.
“Apakah Najib Rosmah terlibat? Mustahil polis suka suka bom orang guna bom C4… Jogja kes dunia beb! (sic),” tulisnya dalam Facebook.
Selain itu, Ali turut memuat naik petikan kata-kata Billy Graham: “When wealth is lost, nothing is lost; when health is lost, something is lost; when character is lost, everything is lost.” (Hilang harta tidak apa; apabila kesihatan tiada, maka ada yang hilang; apabila hilang keperibadian, seseorang hilang segalanya).
Status berkenaan menarik perhatian ramai sehingga mendapat 332 komen, antaranya:
Keropok Moni: Sudah2 la ali murtad. .kau terima jela kenyataan yg kau sama pengikot murtad kau semua bodoh buta tuli..kalai org letak muka babi pon lu org akan percaya tu si mangsa.kah kah kah kah.
Asien Barista Bob:  Ali Abd Jalil you are right…. I bet they already send out bugs to bug Sirul now.just like Private Investigator P Balasubramaniam.
Azrul Fahmi: Btol….sirul dok luar negara dia bebas…..sirul mesti dedah kan semua……polis jgn jadi anjing sangat…ini kes bunuh yg didalangi najib dan rosmah….bawa najib keq penjara……
Ali kini dipercayai berada di Stockholm, Sweden setelah melarikan diri bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu, lapor The Rakyat Post.





Pemuda Pas alukan Jelajah liwat II
  • Ahmad Fadhli Shaari
1 / 1
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan mengalu-alukan langkah Pemuda Umno mengadakan siri Jelajah liwat II namun perlu juga diadakan komunikasi dua hala atau debat bersama mereka yang memerlukan penjelasan.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terlalu banyak kemustahilan dan fakta yang tidak munasabah berlegar dalam kalangan masyarakat yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institut kehakiman.

“Hakikatnya, terlalu banyak persoalan yang ingin dibangkitkan rakyat, malah Pemuda Pas sendiri mempunyai ramai individu berwibawa untuk berdepan Pemuda Umno secara terbuka di atas pentas berhubung isu ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam, mengulas
kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang menyifatkan cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad untuk berdebat mengenai hukuman liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak relevan.

Menurutnya, pihaknya juga memohon jika dipersetujui untuk membenarkan debat dalam kerangka pandangan Islam terhadap jenayah liwat, adakah hukuman terhadap Anwar Ibrahim menepati kehendak syarak atau merupakan satu penghakiman yang tidak selari dengan Islam.

Beliau berkata, perkara itulah yang menjadi agenda utama perlu dijawab Pemuda Umno kepada seluruh rakyat jika benar Jelajah liwat II perlu dilakukan.

“Saya yakin jika perdebatan ini dapat dilaksanakan, ia mungkin membolehkan penerimaan lebih positif masyarakat terhadap undang-undang Islam," katanya.


Doktor Hina Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tampil Mohon Maaf


Sebelum ini bermain di dada-dada laman sosial gambar 'Screenshot' ramai individu-individu yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kebanyakkannya menerima kecaman yang hebat.

Dalam banyak-banyak Screenshot hinaan terhadap TGNA itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang doktor yang dikatakan bertugas di sebuah Hospital di Melaka telah menerima pelbagai kritikan bukan sahaja dari Netizen sebaliknya melibatkan agamawan terkenal iaitu Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

Mufti perlis itu menyifatkan bahasa yang digunakan sebagai penyandang gelaran doktor sungguh buruk sedangkan Dato Sri Najib pun mengucapkan takziah tetapi beliau sebaliknya menghina TGNA.


Setelah perkara ini menjadi viral dimana beliau menerima kecaman yang amat hebat, akhirnya beliau melalui akaun Facebooknya tampil memohon maaf.

Beliau menulis di Facebooknya mengatakan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kata-katanya dari luar kontek sebenar dengan membela dirinya bahawa ayat tersebut adalah mengharapkan tiada lagi halangan dalam penyatuan umat Islam.

Beliau bagaimanapun menyalahkan Mufti Perlis iaitu Dr Asri kerana cuba mengambil kesempatan terhadap tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan penuh beliau yang memohon maaf :-




Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata?

Apa-apapun kita sebagai pengguna laman sosial haruslah menggunakan laman ini sebaik mungkin. Segala tutur bicara haruslah dijaga jangan sudah terjadi seperti ini kerana kelak kita yang merana. - Siakapkeli.com.my


Gadis 14 Tahun Dipercayai Dibiayai Lelaki Di Kuala Lumpur




KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dibiayai seorang lelaki di bandaraya ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendedahkan gadis berasal dari Muar, Johor itu menerima kira-kira RM2,000 daripada lelaki berkenaan untuk menempuh perjalanan ke negara bergolak itu.

"Dia terima RM2,000, tiket kapal terbang dan dalam perjalanan untuk meninggalkan negara ini dengan alasan melanjutkan pengajian di Mesir.

"Kami dalam proses untuk mengenal pasti pembiaya terbabit," katanya menerusi temubual pada Jumaat.

Tambah Ayob, Bukit Aman juga menyiasat sama ada lelaki berkenaan mempunyai maklumat berkaitan agenda IS dan menyokong perjuangan kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata, pihaknya juga cuba untuk mengesahkan sama ada gadis berkenaan turut mendapat tajaan lain dan memastikan lelaki itu turut membiayai bakal militan lain.

"Gadis itu terpengaruh untuk menyertai IS November lalu selepas berhubung dengan anggota kumpulan itu menerusi Facebook.

"Kami juga cuba untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang bakal dikahwininya di Mesir. Kami mahu memastikan kesahihan perkara ini atau ia hanya untuk menutup cerita sebenar pemergiannya ke sana," katanya.

Ketika ini, gadis itu ditahan di Pusat Tahanan Juvana di Jinjang, Selangor.

Ayob berkata, keseluruhannya tujuh wanita Malaysia telah ke Syria, manakala tujuh lain ditahan sebelum berlepas ke negara itu.

Gadis belasan tahun itu ditahan pada 7.30 malam, Selasa sebelum menaiki pesawat ke Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Remaja itu dikatakan merancang untuk menikahi pelajar lelaki berusia 22 tahun di Kaherah sebelum kedua-duanya ke Istanbul dan meneruskan perjalanan ke Syria.

Sumber risikan berkata, bakal suami remaja itu adalah penuntut di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan gadis yang menuntut di sekolah tahfiz di Shah Alam itu merangka  perjalanannya ke Kaherah tanpa pengetahuan keluarganya.

Bapa saudara remaja perempuan itu memberitahu Bernama, anak saudaranya itu dalam perjalanan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama.

"Saya tak tahu anak saudara saya ditahan sehingga anda (wartawan) memberitahu saya mengenainya. Hubungannya dengan keluarga baik, malahan dia rapat dengan rakan di sekolahnya.

"Dia anak sulung daripada tiga beradik dan ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu," katanya yang berusia 52 tahun itu.

Penahanan gadis itu menjadikan jumlah tahanan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas kepada 68 orang sejak Februari 2013.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan militan digesa menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian anti pengganas di talian 03-22667010 atau 011-21046850 atau emel ke CTD.E8M@gmail.com - mStar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan