Isnin, 16 Februari 2015

BERUNTUNG YANG MATI DALAM KEADAANNYA BAIK...YANG SANGKA BURUK...YANG MENGHINA MEREKA PUN BELUM TAU






Gempa bumi kuat gegar Taiwan
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Taiwan pada 4.06 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 113km timur laut dari Kaohsiung, Taiwan dan 1,814km timur laut dari Kudat, Sabah.
  
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

Petisyen bebaskan Anwar dibincang minggu depan
  • Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto Bernama Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto Bernama
1 / 1
SUNGAI BULOH - Peguam bela kes Liwat II, Ram Karpal Singh tidak menolak kemungkinan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya perlu mengumpulkan dokumen penghakiman lalu untuk diteliti dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Belum pasti lagi, kita kena kumpulkan beberapa perkara dulu seperti alasan penghakiman yang penuh itu perlu kita dapat the ground of judgement baru kita bincang

"Kemungkinan besar (bincang petisyen pembebasan) dengan Anwar pada minggu depan, tadi saya tak bincang apa-apa tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan supaya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam t‎empoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman kepada YDP Agong untuk pembebasannya.

Dalam tempoh itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh masih kekal sebagai wakil rakyat sehingga 24 Februari ini dan sehingga itu beliau boleh mengemukakan petisyen pengampunan tersebut.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.

Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.








Hudud: Tetap tunai pesan Tok Guru walau DAP bantah
  •  Haron Din Haron Din
1 / 1
SHAH ALAM - Pendirian Pas dalam melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hudud di Kelantan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk DAP, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din. 
Katanya, Pas tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan sentiasa berikhtiar mencari "jalan terbaik" sepertimana yang diamanahkan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tok Guru ada pesan, kita kena cari jalan terbaik untuk laksanakan hudud di Kelantan kerana itu amanah ALLAH. DAP dan sesiapa sahaja yang nak bangkang hudud semahu-mahunya, bangkanglah! Pas akan laksanakan hudud seboleh-bolehnya," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan wasiat terakhir Allahyarham Nik Aziz yang mahu hudud tetap dilaksanakan di Kelantan walaupun beliau sudah tiada. 
“Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan,” kata anaknya Nik Abduh kepada Sinar Harian. 
Menurut Nik Abduh, Allahyarham kerap menyebut pelaksanaan hudud itu kerana ayahandanya adalah pencetus idea pelaksanaan hukum tersebut di Kelantan, walaupun tidak lagi memegang jawatan menteri besar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dipetik sebagai berkata, sidang Khas Dun Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu akan dilaksanakan selepas ‘trauma banjir’ di negeri itu pulih.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud di Kelantan tidak akan ditangguh]
Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar pelaksanaan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hudud ditangguhkan sehingga tahun 2023 bagi menyelamatkan PR menjelang PRU14 akan datang.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan