Sabtu, 21 Februari 2015

BERPECAH BELAH ADAKAH AJARAN ISLAM...DARI PERJUANGAN YANG SAMA TAPI BERMUSUHAN...MUNGKINKAH MASING2 ADA KEPENTINGAN...ADAKAH MEMBUAT PERMUSUHAN UNTUK KEPENTINGAN ISLAM








Pembangunan di Johor tenggelamkan Melayu?
  • Pembangunan di Johor tenggelamkan Melayu?
1 / 1
SITUASI proses permodenan yang telah bermula sejak tahun 1930 telah berlanjutan selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan sehingga kini yang mana mewujudkan sistem kapatalisme di kawasan bandar dan penghakisan pemilikan harta orang Melayu khususnya di kawasan bandar besar.

Menurut Pengarah Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kassim Tukiman, ini ditambah lagi dengan situasi yang berlaku di Johor yang agak liberal apabila turut membenarkan warga asing terutamanya di kalangan rakyat Singapura memiliki harta di negeri ini berikutan kuasa beli mereka besar meskipun tertakluk kepada syarat tertentu terhadap pembelian itu.

“Sejarah juga membuktikan bahawa orang Melayu juga telah memiliki hartanah tetapi ianya telah dijual untuk pembangunan tertentu. Oleh sebab itu telah diwujudkan kawasan lingkaran Melayu di Johor Bahru membabitkan kawasan Kampung Melayu, Kampung Sungai Danga dan sebagainya bagi membolehkan orang Melayu terus memperoleh manfaat pembangunan.

“Kerajaan negeri turut mencadangkan agar agensi tertentu seperti Perbadanan Johor, Majlis Agama Islam Johor (Maij), Uda Holdings Bhd (Uda) dan lain-lain memainkan peranan secara langsung dalam situasi ini.

“Mereka telah digalakkan agar membeli hartanah seperti premis perniagaan untuk disewakan kepada orang Melayu di kawasan bandar baru supaya orang Melayu dapat menaik taraf dan bersaing dengan keadaan ekonomi,” katanya.

Proses urbanisasi jangan sampai pinggir Melayu

Kassim berkata, namun demikian usaha kerajaan yang turut membina rumah mampu milik hanya dapat dinikmati segelintir golongan di kalangan Melayu disebabkan ketidakmampuan mereka memiliki aset sendiri berikutan harga pasaran semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Suasana kini telah berubah apabila peluang orang Melayu untuk memiliki rumah teres atau rumah atas tanah (landed) semakin berkurang. Mereka kemudiannya beralih memilih rumah flat yang bersesuaian dengan kemampuan mereka sahaja.

“Jika tidak melakukan survival ia turut akan menjejaskan banyak perkara termasuk pola ekonomi, politik dan sebagainya. Keadaan ini telah mulai berlaku seperti di Pontian, Batu Pahat, Muar dan sebagainya apabila kepimpinan turut beralih arah.

“Ini ditambah proses perbandaran pada masa kini turut menambah jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu. Kita tidak menolak pembangunan tetapi proses urbanisasi yang dilakukan jangan sampai menenggelamkan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, isu pemilikan hartanah yang dihadapi di Johor Bahru turut memberi kesan kepada bandar lain di negeri ini termasuklah Kulaijaya, Kota Tinggi, Segamat Kluang, Muar dan sebagainya.

“Penaiktaraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran di kawasan terlibat turut mempengaruhinya berikutan proses urbanisasi ini turut berlaku di kawasan yang sedang membangun.

“Justeru, program Muafakat Johor yang dilakukan kerajaan negeri kini amat digalakkan yang mana penekanannya dizahirkan dalam pengagihan ekonomi, pemilikan dan kehidupan bermasyarakat yang diharap memberi manfaat kepada orang Melayu,” katanya.

UTHM tubuh Transform

Universiti Teknologi Hussein Onn (UTHM) memandang serius perkara ini dan sedang dalam proses menubuhkan Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (Transform) yang dijangka bakal beroperasi sekitar Mei depan.

Ketua Jawatankuasanya merangkap Profesor di Fakulti Sains Teknologi, Pembangunan dan Insan (Pembangunan Sosial) UTHM, Rosman Md Yusoff berkata, setakat ini pihaknya masih mendapatkan kelulusan pihak berkaitan.
Menurutnya, institusi berkenaan bertujuan untuk mewujudkan pusat pemikir kepada kerajaan supaya dapat membangunkan komuniti yang menjadi pemain utama dalam sesebuah negara terutamanya kepada orang Melayu.

“Jadi, segala kelemahan dan kemahuan yang diinginkan oleh komuniti itu dapat disalurkan kepada kerajaan. Ini bermakna institut itu menjadi penghubung dan tulang belakang kepada pembangunan negara.

“Fokus kita adalah melibatkan kawasan Johor dahulu kemudian turut digunapakai di negeri lain. Penekanannya adalah untuk menggabungkan penggunaan teknologi untuk membangunkan masyarakat. Ini bermakna kita perkenalkan konsep teknologi komuniti,” katanya.

Mengulas tentang isu nasib orang Melayu akibat Permodenan di Johor Bahru, Rosman berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan pesat yang berlaku di bandaraya itu menyebabkan orang Melayu sedikit terpinggir berikutan golongan berkenaan kurang menjadi pemain utama daripada pembangunan itu.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata  limpahan daripada pelabur-pelabur asing menyebabkan Johor turut dihuni ramai rakyat asing. Jadi saya kira, situasi ini juga menyebabkan orang Melayu mungkin terpinggir dalam kepesatan ekonomi.

“Walaupun kerajaan telah mewujudkan kawasan lingkaran Melayu di bandaraya Johor Bahru, namun orang Melayu masih terpinggir kerana tidak menjadi pemain utama ekonomi memandangkan ia lebih dikuasai pelabur dari negara asing terutamanya dari China,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri disaran supaya memperbanyak program latihan dan pengijazahan supaya orang Melayu dapat menambah kemahiran mereka untuk memperbaiki diri dan prestasi masing-masing.

“Kerajaan juga perlu memperkasakan ekonomi orang Melayu yang nampak agak terpinggir supaya dapat bersaing dengan masyarakat lain.

“Maij juga boleh memainkan peranan mereka dengan menyediakan program jangka masa panjang dan kenalpasti golongan yang berkelayakan dan menyalurkan bantuan untuk memperbaiki golongan itu supaya dapat menambah kehidupan mereka,” katanya.

Ujarnya, dari segi pembangunan fizikal kedudukan orang Melayu tidak terjejas apabila kerajaan negeri turut menggazetkan kawasan tertentu untuk pemilikan yang mana perumahan atas tanah telah dihadkan kepada kuota-kuo ta, namun ia perlu dipantau.

“Kerajaan negeri juga dilihat cuba mewujudkan kawasan tanah pajakan membabitkan kawasan perindustrian Larkin ke Tampoi dan kawasan tersebut turut bersambung ke kawasan Majidee dan Bandar Baru Uda yang bertujuan membangunkan orang Melayu.

“Maka, orang Melayu perlu bangkit dan bersaing dalam arus ekonomi di bandaraya Johor Bahru untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing ini dan bukannya hanya melukut di tepi gantang sahaja,” katanya.









Syiah Kaget, Makam Umar di Samping Makam Rasulullah

Kamis 24 Rabiulakhir 1434 / 7 Maret 2013 17:46

makam nabi saw

ADA seorang syiah yang berkunjung ke kota Madinah dan hendak menziarahi makam Rasulullah. Ketika ia sampai di makam Rasulullah, ia memberi salam dan mendo’akan beliau.
Ada yang aneh, dia melihat orang-orang di dekatnya ikut mendoakan dua makam di dekat makam Rasulullah. Dua makam itu tidak lain adalah makam Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Alangkah kaget dan terkejut dia melihat hal tersebut. Musuh terbesar dalam agamanya yaitu Abu Bakar dan Umar, musuh yang selalu ia cela, maki, dan ia kafirkan selama ini justru dikuburkan berdampingan dengan makam orang yang dicintainya. Bagaimana mungkin musuh dimakamkan dekat dengan Rasulullah?
Ia pun tersadar, dan merasa dibohongi oleh para ulama syi’ah. Kemudian dia bertaubat memohon ampun pada Allah dan mengganti aqidahnya dari syi’ah menjadi ahlus sunnah. Tidaklah terlalu mengherankan, karena imam Syiah sendiri (orang yang yang mereka anggap sebagai Imam), Ali bin Musa Ar-Ridha dikuburkan dekat dengan makam khalifah Abbasiyah yang Sunni, Harun ar-Rasyid di kota Masyhad (dulu bernama Thus), Iran.
Bahkan, orang yang dianggap sebagai Imam ke-8 oleh orang Syi’ah ini yang meminta sendiri agar dimakamkan di sisi makam Harun ar-Rasyid. Makam Imam Ali bin Musa ar-Ridha melekat dengan makam Harun Ar-Rasyid di bawah kubah yang sama dalam masjid yang sama di Kota Masyhad, Iran.
Kata Syaikh Mamduh Farhan Al-Buhairi, “Tidak mungkin seorang laki-laki memberikan wasiat untuk dikuburkan di sisi jenazah seseorang, melainkan jika jenazah tersebut termasuk golongan orang-orang shalih dan bertakwa.” (Majalah Qiblati, edisi Rabiul Akhir 1433 H)
Bagaimana tanggapan Syi’ah atas kuburan Umar yang berada di sisi Rasulullah dan Imam Ali ar-Ridha yang berada bersebelahan dengan makam Harun ar-Rasyid? [lppi makassar]


Dewan Ulama lancar ‘perang’ terhadap PasMa




Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berucap pada majlis Multaqa Ulama SeMalaysia  di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, hari ini. Dewan Ulama PAS menggesa Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS mengambil tindakan disiplin ke atas ahli yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berucap pada majlis Multaqa Ulama SeMalaysia di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, hari ini. Dewan Ulama PAS menggesa Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS mengambil tindakan disiplin ke atas ahli yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015. Dewan Ulama PAS hari ini melancarkan “perang” terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu.
Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sendiri mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.
"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.
Beliau juga mengingatkan yang sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.
Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.
"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara lain, beliau juga turut membidas satu pakatan yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan presiden terdiri daripada kalangan pemimpin PAS Pusat serta ahli jawatankuasanya (AJK).
"Sekiranya benar dakwaan tersebut, Dewan Ulama PAS meminta kepada pihak yang membuat dakwaan supaya membuat laporan displin bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan dan berpanjangan.
"Satu siasatan dalaman boleh dilakukan. Sekiranya tiada laporan displin dibuat, ia akan mengundang budaya tuduh menuduh tidak berkesudahan," katanya.
Pada 8 Februari, sekumpulan ahli PAS menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Hadi.
Menuntut peletakan jawatan Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu membuktikan dakwaan mereka melalui satu akuan berkanun dan cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp.
Ahmad hari ini turut menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Displin menyegerakan siasatan mengenai dakwaan tersebut.
"Ataupun ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bukan dianggotai AJK PAS Pusat untuk menyiasat berkenaan laporan dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.
"Pihak kami memandang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan persoalan wala' dan akhlak yang boleh merosakkan imej parti berasaskan Islam," katanya.
Selain itu, beliau turut menegaskan, kerajaan Kelantan tetap akan melaksanakan hukum hudud pada tahun ini meskipun ada pihak yang memainkan sentimen tidak puas hati.
"Ini tidak lain hanya kerana pemikiran liberal yang merosakkan akidah semakin menular di kalangan ahli PAS yang menyokong PasMa, dan mereka sanggup memberikan wala' (kesetiaan) mereka kepada pemimpin parti lain, tetapi tidak kepada Presiden PAS," katanya.
Pada masa sama, Ahmad memberi amaran, meskipun konsep tahaluf siyasi diamalkan sesama parti komponen Pakatan Rakyat, namun ia tidak boleh membelakangkan parti itu sendiri.
"Perlu diingat oleh ahli PAS, di kala kita bertahaluf, jangan sampai ada berlaku wala' kepada rakan tahaluf. Kita bekerjasama untuk mencapai tujuan disepakati, tanpa mengenepikan dasar PAS," katanya.
Semalam, dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Hadi mengingatkan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti atau melakukan sesuatu yang merugikan parti.
"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.
"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah (perjanjian) kepada kumpulan Islam," kata Hadi sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS. – 21 Februari, 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan