Khamis, 5 Februari 2015

AHLI POLITIK BERBANTAH2AN....CAKAR MENCAKAR...REMAJA PELUK MEMELUK...SYAITAN/IBLIS DUK TENGOK...SEMUANYA MUNGKIN LUPA PADA MATI...HARI BANGKIT SEMULA...LUPA SYURGA ATAU NERAKA....MASING2 NAK TERJUN DENGAN LABU2NYA




Orang Melayu senyum sahaja
  • Dr Abdul Halim Dr Abdul Halim
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu tidak banyak mempertikaikan apa-apa perkara, dan sikap itu membuatkan kaum itu kini seolah-olah tertindas di negara sendiri.

Demikian pandangan Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek mengenai masyarakat Melayu yang terkenal dengan fitrah sebagai seorang yang suka merendah diri, tidak suka
mencampuri urusan orang lain dan hanya menerima sesuatu dengan senyuman walaupun hakikatnya perkara itu tidak disenangi.

Beliau berkata, kerana kerendahan hati dan sikap penerimaan yang tinggi, ada ketikanya masyarakat Melayu ditindas dalam kebanyakan aspek.

"Orang Melayu ini pendiam. Jarang berkata tidak baik terhadap bangsanya sendiri, apatah lagi kepada bangsa lain. Mereka menerima apa sahaja kutukan, kritikan dengan senyuman.

"Melayu penuh adab kerana (agama) Islam (dianuti mereka) yang banyak menekankan nilai-nilai baik dalam diri. Jadi, kerana sifat Melayu begini, bangsa ini ditindas," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas situasi yang dapat dilihat di Malaysia sejak kebelakangan ini dengan orang Melayu yang mempertahankan bangsa sendiri dianggap rasis, namun kaum lain dibenarkan melakukan perkara sama.

"Tindakan segelintir masyarakat Melayu yang mengutarakan pandangan pada masa kini menunjukkan mereka sudah tidak boleh bersabar dengan situasi semasa yang menekan," katanya.

Menurutnya, ini boleh dilihat daripada tindakan berani Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu masyarakat Melayu menggunakan kuasa sebagai pengguna terbesar supaya tidak lagi ditindas peniaga yang sebahagian besarnya adalah kaum Cina," katanya.

Beliau berkata, tidak wujud isu perkauam seperti yang didakwa kerana kenyataan Ismail Sabri ialah lontaran idea untuk semua pengguna di negara ini tanpa mengira bangsa supaya bangkit menentang penipuan dalam perniagaan.

Orang Melayu usah segan pertahan hak

Abdul Halim yang juga Penasihat Undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan berkata, sudah tiba masanya masyarakat Melayu bertindak di luar fitrah mereka demi mencari keadilan.

Katanya, sejak 200 tahun dahulu, masyarakat Melayu tidak pernah bangkit bersuara sebaliknya menerima bulat-bulat apa yang dilontarkan kepada mereka.

"Orang Melayu perlu pertahankan kedudukan dan hak mereka. Jika ada segelintir masyarakat boleh perjuangkan hak untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender hingga kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk hak asasi mereka, jadi tiada salahnya untuk masyarakat Melayu bangkit pertahankan hak menuntut hak asasi sebagai pengguna," katanya.

Sementara itu, beliau yang pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu melihat tindakan Ismail Sabri itu sebagai ekspresi setelah melihat kebanyakan peniaga yang menindas pengguna.

"Dulu, kalau harga minyak naik, harga barang  terus naik, tetapi hari ini apabila harga minyak dunia turun, peniaga tidak mahu menurunkan harga. Jika tiada orang seperti Ismail Sabri, adakah akan ada masyarakat Melayu yang bangkit perjuangkan hak pengguna?

"Kenyataan Ismail Sabri itu ada kebenarannya. Masyarakat Melayu antara yang berpendapatan rendah di negara ini. Ekonomi Malaysia dikawal kaum Cina. Jadi, jika pengguna bersatu dan menentang peniaga yang enggan menurunkan harga, sudah pasti barang akan turun harga," katanya.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan