Sabtu, 7 Februari 2015

SOPAN SANTUN....MERENDAH DIRI TUNTUTAN ISLAM...YANG BAIK ORANG BERTINDAK TAK SOPAN TAPI MEMBALAS DENGAN SOPAN...APA DILUAR MENUNJUKAN HATI YANG DIDALAM





Hadi tempelak Guan Eng isu hadir mesyuarat
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
MARANG - [VIDEO] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terus meragui kehadirannya pada mesyuarat Mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Kuala Lumpur, esok.

Menurut Abdul Hadi, Guan Eng sama sekali tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan sama ada beliau akan hadir ataupun tidak dalam mesyuarat itu.

“Dia tak berhak nak tentukan sama ada saya patut hadir atau tidak mesyuarat. Terpulang pada sayalah nak hadir atau tak mahu hadir. Saya bukan anak murid sekolah (untuk ikut cakap dia). Itu hak saya,” tegasnya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan hadir mesyuarat itu sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini, Abdul Hadi berkata: “Kita tengok dulu, kita tengok (pada) hari mesyuarat inilah sama ada saya hadir atau tidak. Saya tidak bergantung kepada (arahan) sesiapa.”

Pemimpin Pas itu berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan Guan Eng kelmarin, bahawa Mesyuarat Pimpinan PR itu tidak akan diadakan jika Abdul Hadi tidak hadir.

Menurut Guan Eng, tarikh mesyuarat telah ditetapkan dan semua parti dalam pakatan perlu memberi komitmen untuk menghadirinya.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, jika dibandingkan dengan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya sendiri masih belum disahkan, beliau (Abdul Hadi) lebih kerap menghadiri mesyuarat itu sejak dahulu.

Bagaimaapun katanya, ada masa tertentu beliau terpaksa untuk tidak hadir atas sebab kesihatan.

“Saya lebih banyak hadir mesyuarat (pembangkang) daripada Guan Eng. Dia paling banyak tidak hadir mesyuarat. Saya paling banyak hadir kecuali semasa sakit atau uzur.

“Masa saya jadi MB (Menteri Besar Terengganu) dulu pun, saya hadir tiap-tiap mesyuarat (parti pembangkang). Saya tak sibuk macam Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng). Kalau sibuk pun saya mesti hadir mesyuarat,” sindirnya.

“Kena check (semak) betul-betul dari segi kehadiran, siapa paling banyak tak hadir mesyuarat,” katanya lagi.

Ditanya mengenai harapan beliau berkaitan isu berbangkit termasuk hal pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP sama ada boleh diselesaikan dalam mesyuarat esok, Abdul Hadi berkata, semua yang hadir akan membincangkan perkara itu.

Namun, katanya, Pas sejak 1970-an lagi mengambil pendirian tidak menyokong pilihan raya PBT.

“Masalah yang ditimbulkan itu (isu pilihan raya PBT) masalah lama. Ini sikap Pas sejak 1970-an lagi dan sikap kita, tak setuju (pilihan raya PBT diadakan).

“Sampai kita masuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), sehingga kita masuk Barisan Alternatif dan sekarang  Pakatan Rakyat (PR), ini bukan benda baharu,” katanya.

Abdul Hadi berkata, dalam perjuangan Pas, soal kebajikan dan kepentingan rakyat perlu dijaga dan bukannya terbatas kepada penduduk bandar.


11:25AM - 7 Feb 2015

'Saya lebih kerap hadir berbanding Guan Eng'


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum memberi petunjuk yang jelas bahawa beliau akan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat yang akan berlangsung esok.

Laporan Harakahdaily menyebut, Hadi berkata, setiausaha agung DAP sendiri, Lim Guan Eng tidak berhak untuk menentukan kehadirannya.

“Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir.

"Terpulang kepada saya hendak hadir atau tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir atau tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya hendak hadir,” ujarnya seperti dipetik dalam laporan lidah parti PAS itu.

Laporan itu menyebut, Hadir menyatakan demikian dengan “berseloroh".

Tambahnya, beliau juga lebih kerap hadir ke mesyuarat tersebut berbanding Lim.

“Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim Guan Eng, kecuali (ketika) saya sakit dulu.

“Masa saya jadi menteri besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam ketua menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat itu tak betul, kena semak kehadiranlah siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat,” kata MP Marang itu lagi.

Saya bukan 
murid sekolah’

Peringatan Presiden Pas kepada Guan Eng

MARANG 6 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Lim Guan Eng yang mempertikaikan kehadirannya dalam mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang dengan menegaskan beliau bukan budak sekolah untuk menurut arahan pemimpin DAP itu.
Abdul Hadi Awang
ABDUL HADI AWANG
Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Guan Eng tidak berhak untuk menentukan sama ada beliau perlu menghadiri mesyuarat berkenaan atau tidak.
Katanya, terpulang kepada beliau sendiri untuk hadir atau tidak ke mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Ibu Pejabat Pas di ibu negara pada Ahad ini.
“Dia (Guan Eng) tak berhak tentukan saya hadir atau tidak dalam mesyuarat pakatan rakyat (pembangkang) nanti. Terpulang pada sayalah nak hadir atau tidak. Saya bukan murid sekolah. Itu hak saya.
“Kita tengok dulu, kita tengok pada hari mesyuarat sama ada saya hadir atau tidak dan saya tidak bergantung kepada sesiapa,“ katanya kepada pemberita di kediamannya sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan, hari ini.
Beliau diminta mengulas peringatan Guan Eng semalam bahawa mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang yang dijadualkan berlangsung Ahad ini tidak akan diteruskan jika Abdul Hadi tidak hadir.
Pemimpin DAP itu berkata, tarikh mesyuarat tersebut telah ditetapkan dan semua parti dalam pakatan pembangkang perlu memberi komitmen bagi menghadiri mesyuarat itu yang akan bermula pukul 2.30 petang.
Kata Abdul Hadi, jika dibandingkan dengan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya itu masih belum disahkan, beliau sendiri lebih kerap menghadiri mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.
Walau bagaimanapun katanya, pada masa-masa tertentu beliau terpaksa membatalkan kehadiran atas faktor kesihatan dan uzur.
Malah menurutnya, sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu be­liau masih sempat menghadiri setiap mesyuarat dan tidak sesibuk Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Saya lebih banyak hadir mes­yuarat (pakatan pembangkang) daripada Guan Eng. Dia paling banyak tidak hadir mesyuarat. Saya yang paling banyak hadir kecuali saya sakit atau uzur. Masa saya jadi MB (Menteri Besar Terengganu) dulu pun, saya hadir tiap-tiap mesyuarat (parti pembangkang).
“Saya tak sibuk macam Ketua Menteri (Guan Eng). Kalau sibuk pun saya mesti hadir mesyuarat. (Jadi), kena check (periksa) betul-betul dari segi kehadiran, siapa pa­ling banyak tak hadir mesyuarat,“ tegasnya.
Ditanya mengenai harapan beliau terhadap isu-isu berbangkit termasuk pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP akan diselesaikan dalam mesyuarat Ahad ini, Abdul Hadi menjelaskan, semua yang hadir akan membincangkan perkara itu.
Namun katanya, Pas sememangnya sejak 1970-an lagi telah mengambil pendirian tidak menyokong pilihan raya PBT diadakan.
“Masalah yang ditimbulkan itu (isu pilihan raya PBT) masalah lama. Ini sikap Pas sejak tahun 1970-an lagi dan sikap kita tak setuju. Sampailah kita masuk angkatan perpaduan ummah dan sehingga kita masuk kerajaan alternatif dan juga masuk pakatan rakyat (pembangkang), ini bukan benda baharu,“ jelasnya.





Video ini wajib Anda tonton!!! Apa Kata Kitab Hindu tentang Nabi Muhammad?

Written By canang on Sabtu, 7 Februari 2015 | 2/07/2015 08:19:00 PTG


 

 






Selalu jumpa ikan lumba-lumba
  • Laporan Sinar Harian 3 Februari lalu. Laporan Sinar Harian 3 Februari lalu.
1 / 1
SABAK BERNAM – Kehadiran ikan lumba-lumba seperti yang disebarkan dalam laman sosial Facebook baru-baru ini, bukan satu fenomena luar biasa kerana nelayan di sini sering menemui hidupan marin itu di kawasan 10 batu nautika dari pantai.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Hai San, Sia Chock Song berkata, haiwan itu sebenarnya mudah didapati di perairan Selat Melaka, malah sering menemui ikan itu dalam sekelompok kumpulan yang besar dan boleh merosakkan pukat nelayan.

“Memang ikan ini ada di perairan ini, malah nelayan juga bimbang kalau ikan ini terperangkap ke dalam pukat sebab boleh rosakkan pukat dan akan makan ikan-ikan kecil,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri pernah beberapa kali keluar menjalankan aktiviti perikanan di perairan Sabak Bernam menemui spesies mamalia itu, namun ia tidak pernah mengganggu atau mencederakan nelayan.

“Saya yakin apa yang diperkatakan penduduk itu betul berdasarkan daripada pengalaman saya sebagai nelayan yang melihat sendiri ikan lumba-lumba yang turut berada dekat dengan bot nelayan,” katanya.

Namun pandangan berbeza dilontarkan Setiausaha Eksekutif Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, Lau Ka Yeau yang mengatakan pihaknya menafikan kewujudan ikan lumba-lumba di perairan Sabak Bernam.

Katanya, tiada seorang nelayan di Sekinchan mengadu tentang penemuan ikan itu dan berharap agar mana-mana pihak yang pernah terserempak dengan ikan itu supaya melaporkannya kepada pihak berkaitan.

“Memang tak ada ikan lumba-lumba di perairan ini. Saya pun hairan sebab isu ini hangat diperkatakan orang ramai di Facebook,” katanya.

Edisi Sinar Harian 3 Februari lalu bertajuk 'Fenomena luar biasa' melaporkan, Jabatan Perikanan Selangor menjelaskan penemuan ikan lumba-lumba yang didakwa penduduk dan nelayan di Perairan Sabak Bernam seperti yang disebarkan dalam Facebook adalah satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku di negara ini.

Pengarahnya, Azli Shah Abdul Aziz berkata, hasil siasatan pihaknya dengan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam mendapati fenomena luar biasa itu hanya pernah dilaporkan berlaku di perairan itu hanya penghujung tahun 90-an.

Menurutnya, jika benar dakwaan itu, sudah tentu nelayan atau penduduk di kawasan terbabit membuat laporan kepada Jabatan Perikanan bagi memaklumkan kewujudan mamalia laut itu yang habitatnya tinggal di negara beriklim sejuk.

BR1M bukan berdasarkan kemiskinan
  • Noraini ketika menyerahkan baucar BR1M kepada seorang penerima di kawasan Parlimen Parit Sulong. Noraini ketika menyerahkan baucar BR1M kepada seorang penerima di kawasan Parlimen Parit Sulong.
1 / 1
BATU PAHAT - Kira-kira 600 penduduk di kawasan Parlimen Parit Sulong menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa pertama.

Penyerahan bantuan secara baucar kali ini melibatkan lebih ramai warga emas kerana rata-rata golongan muda telah menerimanya secara bayaran terus melalui bank.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata,  penerima diharap dapat menggunakan wang dengan sebaik mungkin.

Katanya, tujuan utama kerajaan adalah membantu meringankan beban rakyat, dengan membeli barang keperluan harian tertentu setelah baucar berkenaan ditunaikan.
“Saya berharap setiap penerima dapat menggunakan wang untuk kegunaan seisi keluarga dan bukannya membelanjakannya dengan membeli barangan tidak perlu.

“Walaupun kali ini bayaran BR1M akan diberikan sebanyak tiga kali iaitu pada Januari/Februari, Mei dan September, ia perlu digunakan secara berhemah,” katanya.

Menurutnya, bantuan ini diberi bukan berdasarkan kemiskinan, tetapi lebih kepada bantuan kerajaan kepada rakyat.

Katanya, ia adalah untuk menampung keperluan rakyat, yang mana ada sesetengah barangan keperluan telah dikurangkan subsidinya kerana ia turut dinikmati warga asing.

Menurutnya, BR1M kali ini mempunyai kelebihan iaitu turut diberikan insurans sebanyak RM50 untuk penerimanya jika berlaku sebarang kemalangan atau kemungkinan.

Katanya, ia adalah kelebihan kali ini dan bayaran BR1M ini juga dijangkakan akan meningkat setiap tahun mengikut kelulusan pihak kerajaan.

“Bayaran insurans kepada waris penerima BR1M ini akan diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan pada bantuan tahun lalu,” katanya.
NAJIB 'GADAI AQIDAH' - HARUSSANI
"Najib tak dengar nasihat saya." - Mufti Perak
17 Rabi'ul Awal 1433 H | 10 February 2012
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
Like ·
5 hrs ·
"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kw sentuh itu harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa . . . . Tahniah kerana minat membaca. aku punya kusyuk dk baca.. puihh aku pun terkono. . . .so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak. HAHAHA mesti excited baca kan.
·


Rose Purple
3 hrs ·
Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
“Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
PM tidak sepatutnya mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama,”
menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.Padahal, Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.
Majlis Fatwa Kebangsaan harus segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,”

PENDEDAHAN KETUA PEMUDA PAS KUANTAN: KENAPA TIADA SAMBUTAN?

KPKuantan2
ANALISIS ISU.  Pendedahan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim mengejutkan banyak pihak berkaitan isu dalaman PAS yang melanda hebat parti itu hari ini. Fadhli Ibrahim yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, bukanlah calang calang kepimpinan di peringkat kepimpinan PAS Pahang, Namun pendedahan yang dibuat beliau seakan akan tidak menjadi ribut. Apakah yang berlaku dalam PAS?
Jika diteliti beberapa isu dalam PAS, sebarang pendedahan oleh pemimpin, pasti akan mendapat liputan meluas dalam media, terutama yang berkaitan dengan Batang tubuh Presiden PAS iaitu TG Haji Abdul Hadi Awang. Kalau dulu, isu Unity Government mendapat perhatian 10 Ahli parlimen PAS untuk menafikan idea besar Presiden PAS tersebut. Namun, pendedahan yang dibuat Ketua Pemuda PAS Kuantan ini dibiarkan senyap seolah olah tiada apa apa.
Susulan pendedahan Ustaz Fadhli Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda Kuantan , Ustaz Sharuddin Mohamed turut juga mengemukakan pendedahan yang hampir serupa. Malah, turut menarik perhatian AJK Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Aiman Shamsul Bahrin yang mendesak pendedahan ini disiasat segera oleh pihak atasan PAS.
Desakan desakan ada tangan ghaib yang mencatur rancangan gelap di belakang Presiden PAS ini timbul setelah NGO PASMA yang diketuai oleh YB Pangkalan Kundur, Ir Pahrolrazi Nawawi tidak ditangani dengan sebaik baiknya. Malah lebih menambah luka dan pertembungan sengit dalaman PAS.
Tanda tanda pertembungan ini juga boleh dilihat dalam aksi pasca banjir di Kelantan, bila masing masing pimpinan ada yang tidak bergerak melalui Negeri Pimpinan PAS, sebaliknya menonjolkan melalui NGO yang menimbulkan banyak kesangsian kepada rata rata pemerhati awam dan politik semasa.
Yang terbaru mendesak isu yang didedahkan oleh KP PAS Kuantan ini adalah blogger anak sengat, yang juga pimpinan PAS pemuda di peringkat Negeri Perak. Beliau mendesak agar isu ini disiasat kebenarannya oleh AJK PAS Pusat bagi memastikan ada tindakan yang boleh dikenakan kepada ustaz Fadhli Ibrahim jika didapati memfitnah atau sebaliknya.
Ramai masih menunggu nunggu dan tertanya tanya kepada AJK PAS, kenapa isu ini tidak dilayan sebaik isu PASMA, sehingga memaksa Ahli Syura dan Naib Presiden PAS sendiri bersemuka untuk mendapatkan penjelasan. Adakah pendedahan ini Benar sehingga ditakuti sebahagian AJK PAS Pusat?

Analisis politik Rakyat oleh Mukhtar Danawi.
** Pengunjung setia www. malaysiatransformdaily.com
DAP jangan risau, Hadi akan hadir
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengulangi jaminan kehadiran Abdul Hadi menyusuli kegusaran DAP yang dikatakan enggan meneruskan mesyuarat itu jika Presiden Pas tidak hadir.

“Insya-ALLAH beliau (Abdul Hadi) akan hadir, dia (DAP) tidak perlu risaulah. Setakat ini, beliau disahkan hadir kalau tiada apa-apa kekangan, lagipun memang pada sebelah pagi Pas ada mesyuarat (Pusat),” katanya, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR, esok bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

“Kami mendapat jaminan yang Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan,” katanya.

Konflik antara DAP dan Pas mula timbul apabila isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelaksanaan hukum hudud, yang masing-masing diperjuangkan oleh DAP  dan Pas, telah mencetuskan perbalahan antara dua parti komponen pakatan itu.

Menurut Mustafa, kehadiran presiden mereka bukan atas faktor desakan mana-mana pihak, tetapi atas kerelaan dan semangat yang dibawa dalam PR.

“Ya, kehadiran beliau itu bukan ditekan oleh sesiapa atau sebab orang-orang DAP, tetapi memang beliau mahu hadir,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap kemelut antara DAP dan Pas itu dapat diselesaikan sebelum keputusan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan