Rabu, 21 Januari 2015

WALAUPUN BAGAIMANA PUN MAKAN DIRUMAH LEBIH BERSIH....MASAKAN EMAK...BAPA/TERMASUK MENTUA....ISTERI ATAU SUAMI JUGA YANG SEDAP....MUNGKIN JUGA MASAKAN ADIK-BERADIK KITA

Lipas dalam cendol
  • Lipas yang didakwa ditemui dalam minuman cendol yang dinikmati Dine di sebuah gerai tepi jalan di Subang Jaya. Lipas yang didakwa ditemui dalam minuman cendol yang dinikmati Dine di sebuah gerai tepi jalan di Subang Jaya.
1 / 1
SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas! Insiden meloyakan itu dihadapi seorang operator sebuah syarikat swasta ketika menikmati minuman itu di gerai tepi jalan di Subang Jaya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.

Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.

Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.

"Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga," ceritanya kepada Sinar Harian.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.

Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.

“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.

Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.

Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.

“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.


PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Posted by: | Posted on: January 9, 2015



10917101_318167748373304_4217925853662264551_n
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba

 8:29PM - 21 Jan 2015

PLKN bukan program membazir, kata bekas KP


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
  
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk menilai keberkesanan PLKN yang sudah 10 tahun dilaksanakan, hanya berdasarkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan PLKN tahun ini bagi merasionalisasi perbelanjaan kerajaan.
  
"Pembangunan manusia akan memakan masa yang lama berbanding pembangunan fizikal yang boleh dilihat dalam masa dua atau tiga tahun. Kalau dia (Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong) kata tak berjaya, dia nak banding dengan apa?
  
"Pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal adalah dua perkara yang berbeza. PLKN berjaya melahirkan anak muda dengan semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi," katanya kepada Bernama.
  
Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Teo yang dilapor sebagai berkata berkata bahawa kritikan pembangkang terhadap PLKN hanya membazir sumber kerajaan adalah benar dan tepat. Teo berpandangan PLKN melibatkan perbelanjaan besar namun hasilnya tidak begitu baik.  
  
Teo juga berkata ini merupakan masa paling sesuai untuk mengkaji semula keperluan PLKN sama ada ia wajar diteruskan ataupun dihentikan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara mengumumkan PLKN tahun ini ditangguhkan dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik.
  
Abdul Hadi berkata keputusan kerajaan untuk menangguhkan PLKN tahun ini tentunya dilakukan setelah mengambil kira semua aspek dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar.
  
"Untuk menilai semula sama ada PLKN selepas 10 tahun berjaya atau tidak, tidak boleh dilihat hanya pada keputusan kerajaan semata-mata kerana keputusan penangguhan hanya dibuat sekarang ketika perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara tidak begitu baik," katanya.
  
Mengulas lanjut, Abdul Hadi, yang bersara pada 29 Sept tahun lepas sejak memegang jawatan itu pada 1 Feb 2007, berkata satu kajian dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk universiti untuk menilai keberkesanan program PLKN, melibatkan lebih 60,000 responden iaitu bekas pelatih, ibu bapa, pensyarah dan ketua masyarakat pada 2009.
  
"Rumusannya, PLKN berjaya mencapai 80 peratus objektif penubuhannya. Namun, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh menilai dan mengkaji semula PLKN. Adalah dangkal untuk membandingkan pembangunan modal insan dengan pembangunan fizikal," katanya.
  
PLKN ditubuhkan bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda; memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional; membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni; menyemarakkan semangat kesukarelawan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.
  
-Bernama

Khabar Angin Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut Adalah Palsu



KOTA KINABALU, 21 Jan ― Satu khabar angin mengenai seorang lelaki yang maut kerana terkena renjatan elektrik yang didakwa diakibatkan oleh sebuah kerusi urut di 1Borneo Mall di sini telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp.


Melalui khabar angin yang tersebar itu, kerusi urut tersebut dikatakan tidak diselenggara dengan betul sehinggakan menyebabka ia tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, beberapa gambar kejadian turut diselit mengenai khabar angin tersebut.




Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh polis Kota Kinabalu memetik satu kenyataan dari laman Facebook rasmi polis cawangan berkenaan. Di dalam kenyataan tersebut juga polis daerah Kota Kinabalu turut menampilkan fakta tentang kejadian.


Selain itu, seorang jurucakap dari 1Borneo turut tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut jurucakap berkenaan, lelaki berkenaan, yang juga seorang pengawal keselamatan terkena strok ketika bertugas sekitar jam 9 malam.

"Orang ramai yang berada berhampiram membawa lelaki berkenaan ke tempat yang lebih lapang memandangkan tempat lelaki itu jatuh sangat sesak. Mereka cuba menyelamatkannya dan memanggil ambulan, tetapi apabila bantuan sampai, dia sudah disahkan mati"

Khabar angin yang tersebar sebelum ini mendakwa lelaki berusia sekitar 60-an itu dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik dari sebuah kerusi urut yang didudukinya.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar. Dia tidak sihat dan kematiannya langsung tiada kaitan dengan kerusi urut", jelas jurucakap itu lagi. - Siakapkeli.com.my




Nik Aziz sedar sepenuhnya

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
Kota Bharu: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.
Bekas Menteri Besar Kelantan terbabit sempat menunaikan solat subuh dan bersarapan minum teh o sebelum berehat semula.
Anaknya, Nik Mohamed Abduh berkata, ayahnya berbual dengan doktor berhubung kesihatannya dan perkembangan sepanjang di Unit Rawatan rapi Neuro.
"Pemeriksaan melalui CT scan menunjukkan ayah dalam keadaan normal.
"Doktor minta ahli keluarga yang sihat menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan," katanya dalam sidang media di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 11:23 AM


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berdoa ketika melawat Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM. FOTO ihsan pembaca
Chechnya protes Charlie Hebdo
  • Penduduk Chechnya mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh majalah Charlie Hebdo. - Foto Reuters Penduduk Chechnya mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh majalah Charlie Hebdo. - Foto Reuters
1 / 1
GROZNY - CHECHNYA. Ratusan ribu penduduk membanjiri wilayah Chechnya bagi membantah penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh majalah satira Perancis Charlie Hebdo.

Menurut pihak berkuasa, perhimpunan tersebut disertai lebih sejuta orang iaitu hampir keseluruhan populasi penduduk Muslim Rusia di utara Caucasus dekat wilayah itu.

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov berkata, mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun terlepas daripada hukuman kerana perbuatan menghina nama Nabi dan agama.

"Ini adalah bantahan terhadap orang yang menyokong penyiaran karikatur Rasulullah," katanya kepada AFP.

Kadyrov turut menyelar tindakan kerajaan Perancis kerana menyokong hak majalah terbabit menerbitkan karikatur Nabi pada muka hadapannya seminggu selepas serangan berdarah di ibu pejabatnya, di Paris.

Saudi risau ramai wanita tak kahwin

Written By canang on Rabu, 21 Januari 2015 | 1/21/2015 10:26:00 PTG

Manama: Penduduk Arab Saudi menggesa diadakan penyelesaian radikal bagi menangani fenomena wanita negara itu yang tidak berkahwin yang jumlahnya semakin meningkat. Kembimbangan terbaru itu disuarakan oleh pengerusi Persatuan Penjagaan Keluarga Wiam, Mohammad Al Abdul Qadir. Sekurang-kurangnya 1.5 juta wanita Saudi berusia lebih 30 tahun masih tidak berkahwin ketika ini.
 Jumlah itu mewakili 33.4 peratus bilangan wanita negara itu, katanya. “Kita perlu merangka wawasan baru untuk keluarga Saudi bagi 10 tahun akan datang. Kita perlu mencari penyelesaian berdasarkan penggabungan nilai perpaduan keluarga bagi menghadapi beberapa fenomena khususnya anak dara tua,” katanya. Beberapa aktivis wanita berkata, jumlah wanita tidak berkahwin itu lebih tinggi, dua juta orang. “Jumlahnya amat besar dan membimbangkan. Ia membayangkan bencana sosial boleh berlaku jika tiada penyelesaian radikal untuk mengatasi fenomena ini,” kata aktivis berkenaan.
 Beberapa wanita Saudi bagaimanapun enggan mengkategorikan anak dara tua sebagai fenomena bahaya dengan berkata ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin kerana mereka memang ingin membujang. “Terdapat dalam kalangan mereka yang enggan berkahwin kerana sebab tertentu dan ada yang memilih untuk berjaya dalam hidup daripada mendirikan rumah tangga,” kata mereka.- Agensi -Hmetro



Tak mengaku dera anak

Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my

Butterworth: Seorang lelaki berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya dan mendedahkan anaknya kepada kecederaan fizikal dan emosi ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, sebentar tadi.
Tertuduh Mohd Shaikful Adli Mohd Afendi didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun.
Mohd Shaikful, dituduh melakukan kesalahan itu di alamat A-03-24 Taman Sungai Dua Utama, 7.23 malam Khamis lalu.
Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenar mengganggu saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.
Jaminan diberikan juga akan terbatal sekiranya tertuduh melanggar syarat tambahan dikenakan.
Muhammad Firdaus, menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 11:32 AM


BAPA yang didakwa atas pertuduhan mendera anak perempuannya. FOTO Amir Irsyad Omar

LELAKI BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK JUGA

TAHNIAH

TERKINI!!! 6 Gambar INA NAIM Buat MAWI dan anda terkejut.


Terkini! Enam Foto Ina Naim Dan Keluarga Yang Pasti Mengejutkan.. “Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.
“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.
Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.
“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.
Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.
“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.
Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang. 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan