Khamis, 22 Januari 2015

MANAKALA ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH SWT DAN SOMBONG TEMPATNYA DI NERAKA JAHANAM









Message di Inbox SiakapKeli dari Saudara Vivian Jason yang sudah setahun memeluk Islam
Hai nama saya Vivian. Merupakan seorang Muslim sejak setahun lepas...karakter kawan saya yang selalunya membuatkan saya tertarik dengan Islam...sebelum memeluk agama Islam, dialah yamg sering membawa saya ke masjid...saya mengikutinya ke pengajian kuliah.. Dan hari ini saya ke masjid lagi.. Kami sedang mendengar bacaan ayat ayat suci Al-Quran dari CD di dalam kereta dan cuba untuk menghafal surah bersama-sama.
Lihat, Islam tak susah mana pun tapi kita yang selalu buat leceh dan bagi banyak nau alasan. Lihat bagaimana indahnya orang Islam dan agama Islam itu sendiri..Alhamdulillah..mohon share ya akhi kenangan paling manis saya ketika memeluk agama Islam ini ─ Translated by: Athirah Taro Saharudin
Original: Hi my name is vivian. I'm Muslim since one year ago...my friend's characters always makes me interested wif Islam..before I was converted,she's the one whos bring me always to the mosque..I followed her to listen the speech (kuliah) ..and today i went to the mosque again..We re listening the Quran recitation frm CD in a car n we try to memorize the surah together.
See islam isnt difficult but we always make it hard n give many reasons.See how amazing Muslim and Islam is..Alhamdulillah..pls share my beautiful moment when converted Islam..
FB Vivian: http://goo.gl/BokApc
Credit to my good Muslim friend, @Fairuz Nasaruddin
2:39PM - 22 Jan 2015

Tapah, Bentong jadi penjara IS di M'sia


Suspek terlibat dalam kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) yang ditahan akan diasingkan daripada banduan lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Perkara itu akan dilakukan bagi mengelakkan mempengaruhi banduan lain daripada menyertai kumpulan dianggap pengganas itu.

Zahid mengumumkan perkara itu kepada pemberita selepas bertemu dengan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat untuk hal ehwal Asian Timur dan Pasifik yang membangkitkan isu itu dalam perbincangan sebelumnya.

Penjara di Tapah dan Bentong akan digunakan secara spesifik untuk menahan pihak yang disyaki terlibat dengan IS, katanya lagi.







Pendedahan Berani Mati Nur Fauzana Ini Pasti Akan Mengejutkan Ramai !


Saya henyut bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.



Perkara yg memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-jawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.Bantulah saya Dang Setia.

NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari.Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan. 

Padah Curang Dengan Suami Sendiri...Anak Yang Dilahirkan Sungguh Memalukan !

Inilah padahnya isteri bermain kayu tiga dengan suami sendiri. Tengoklah apa dah jadi dengan anak yang dilahirkan, sungguh memalukan namun semuanya sudah terlanjur. Menyesal pun tak berguna. Semoga dijadikan peringatan kepada semua. Teruskan membaca di blog Darahidung.

Padah Curang Dengan Suami Sendiri...Anak Yang Dilahirkan Sungguh Memalukan! - Sepanyol – Kecurangan seorang isteri terhadap suaminya terbongkar selepas dia melahirkan seorang bayi kerdil. Anak tersebut merupakan hasil hubungan seks satu malam dengan seorang penari bogel kerdil.

Dia meniduri lelaki kerdil berkenaan pada malam ketika majlis meraikannya menjadi bakal pengantin diadakan oleh rakan-rakan wanita tersebut.

Pada mulanya dia mahu merahsiakan kecurangannya itu namun selepas bayi itu dilahirkan, wanita tersebut terpaksa mengaku kepada suaminya akibat rasa bersalah yang amat sangat, apatah lagi dengan keadaan anaknya yang sedemikian rupa.

Laporan itu disiarkan dalam laman berita sebuah portal di Sepanyol, yang kemudiannya dipetik oleh media tempatan.

Wanita itu dan hospital di mana bayi berkenaan dilahirkan bagaimanapun tidak didedahkan.
Sementara suaminya pula sebelum ini begitu yakin bahawa bayi yang dikandung isterinya adalah anaknya sehinggalah bayi itu dilahirkan.

“Tiada sesiapa pun di kalangan keluarga dan rakan baiknya yang mengetahui bahawa dia melakukan seks dengan penari bogel itu namun selepas bayi itu berada di pangkuannya dia menangis.

“Sekurang-kurangnya mereka yang meniduri penari bogel cuba untuk membawa rahsia itu hingga ke kubur, namun kes ini sebaliknya hanya disebabkan bayi itu kerdil,’’ demikian lapor laman web LasCincoDelDia.
Tag : Informasi

Padah Berani Sangat.. Gadis Dirogol, Ditinggal Tepi Jalan

 KUALA TERENGGANU – Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.
Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.
“Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.
“Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut,” katanya.
Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.
“Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah,” katanya.
Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.
“Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.
“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.
“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.
“Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut,” katanya.
Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.
Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian Online @Gambar hiasan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan