Isnin, 5 Januari 2015

MAHAL...MINYAK DAH TURUN...YANG KAYA RAYA TAK TERASA LAH....YANG MISKIN .... YANG RENDAH PENDAPATAN...BANYAK TANGGUNGAN BAGAIMANA...TENTU SENGSARA DAN BERAT


Mahalnya harga kelengkapan persekolahan
  • Sepasang suami isteri berbincang untuk mendapatkan pakaian terbaik untuk anak merekaSepasang suami isteri berbincang untuk mendapatkan pakaian terbaik untuk anak mereka
 1 / 1 
SHAH ALAM - Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan 2015 bermula dan pada masa ini, kebanyakan ibu bapa sedang sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Tinjauan Sinar Harian di pusat membeli belah sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan ibu bapa mengambil peluang membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka di saat-saat akhir kerana promosi serta potongan harga yang ditawarkan peniaga.

Namun apa yang mengejutkan, harga barangan kelengkapan sekolah didapati meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus berbanding tahun lalu.

Pakaian seragam sekolah menengah bagi pelajar perempuan adalah sekitar RM70, manakala bagi pelajar lelaki pula sekitar RM80.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak RM2 hingga RM5 berbanding akhir 2013.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya akan mula bertindak dan mengkaji untuk menggunakan harga kawalan terhadap kelengkapan sekolah bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan setiap kali musim baharu persekolahan.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan berikutan berlaku peningkatan harga barangan sekolah setiap kali menjelang musim persekolahan meskipun pengeluar sudah memberi jaminan dengan pihak kementerian untuk tidak menaikkan harga barangan.

Dengan cadangan kementerian itu, ibu bapa pasti dapat menarik nafas lega kerana campur tangan pihak kerajaan bakal meringankan beban yang ditanggung mereka.

Sehingga cadangan itu menjadi kenyataan, ibu bapa perlu membuat pilihan bijak untuk meminimumkan kos kelengkapan pakaian sekolah setiap tahun.

Ibu bapa bijak memilih

Setakat ini, kepelbagaian jenama dan kualiti kelengkapan sekolah di pasaran membolehkan ibu bapa membuat pilihan terbaik di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui didapati tidak mementingkan jenama pakaian sebaliknya menilai ketahanan pakaian tersebut.

Seorang bapa, Mohd Nasir Khalil, 40, ketika ditemui berkata,  jenama sahaja tidak memadai sekiranya pakaian sekolah yang dibeli cepat rosak.

“Mengikut pengalaman, bukan semua barangan berjenama itu berkualiti kerana saya pernah membelinya dan tidak sampai setahun, bajunya telah rosak.

“Setiap tahun, saya cuma membeli kelengkapan sekolah dengan harga berpatutan tetapi tahan sehingga hujung tahun,” katanya.

Pekerja swasta, M Sani Mohammed, 37, pula berkata, beliau lebih gemar membeli kelengkapan sekolah di kedai yang terbukti menyediakan barangan berkualiti.

“Sebagai ibu bapa kita perlu peka terhadap keselesaan anak-anak sewaktu mereka di sekolah kerana ia banyak mempengaruhi konsentrasi mereka di dalam kelas.

“Kebiasaannya saya akan sediakan tiga pasang pakaian seragam untuk anak saya setiap tahun dan akan menambahnya mengikut keadaan pakaian,” katanya.

Bagi suri rumah, Jamaliah Jamaluddin, 45, setiap tahun beliau akan membelanjakan sekitar RM200 bagi setiap seorang anaknya untuk kelengkapan sekolah.

“Jika ada pakaian tahun lepas yang elok saya rasa tidak salah untuk anak-anak saya pakai dan ini adalah satu langkah bijak mengelakkan pembaziran.

“Tetapi untuk hari pertama persekolahan, saya rasa elok jika mereka pakai pakaian baharu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Razaki Abdullah, 45, berkata, beliau memilih kelengkapan sekolah berjenama kerana kualitinya yang tinggi.

“Baju dan seluar anak-anak akan dibasuh setiap kali selepas mereka pakai, jadi terbukti pakaian berjenama ini tidak lusuh walaupun dibasuh dengan kerap.

“Saya tidak kisah berbelanja lebih, asalkan anak saya selesa sepanjang waktu persekolahannya,” katanya.

Pendapat sama dikongsi suri rumah, Nooriah Wahiduddin, 60, yang lebih suka membeli kelengkapan sekolah berjenama dan berkualiti semenjak anak-anaknya bersekolah lagi.

"Ini kerana saya yakin dengan kualiti kain jenama. Sekarang cucu-cucu saya pula yang memakai baju sekolah berjenama dan berkualiti,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan di saat-saat akhir untuk membeli kelengkapan persekolahan buat cucunya kerana promosi serta potongan harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Like ·  · 
Reda rumah musnah dibawa arus
  • Jamilah terima ujian ALLAH SWT dengan reda dan berharap ada hikmah di sebaliknya.Jamilah terima ujian ALLAH SWT dengan reda dan berharap ada hikmah di sebaliknya.
 1 / 1 
TEMANGAN - Hilang dalam sekelip mata. Enam sekeluarga di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dibawa arus deras akibat kejadian banjir besar minggu lalu.

Ibu tunggal, Jamilah Ridzuan berkata, arus deras memusnahkan semua bahagian rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Kelantan itu pada Selasa lalu.
“Air sangat deras dan naik mendadak, kami sekeluarga segera menyelamatkan diri memandangkan cucu-cucu masih kecil dan kami bimbangkan keselamatan mereka.

“Beberapa hari selepas itu, ramai penduduk ajak saya untuk melihat rumah, namun saya menolak kerana saya dapat bayangkan apa yang terjadi kepada rumah kami.
“Banjir adalah perkara biasa kepada kami namun kali ini keadaannya luar biasa dan menakutkan,” katanya.

Jamilah turut menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang turut turun padang ke Temangan dan Kerilla dekat sini, bagi menyampaikan bantuan banjir kepada lebih 1,000 mangsa di sini.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno turut diiringi Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pemuda Umno Machang, Eriandi Datuk Ismail.

Jamilah berkata, dengan pendapatan sebagai pekerja di kantin sekolah berdekatan, dia tidak mampu membina rumah dalam masa terdekat apatah lagi anaknya yang tinggal bersama juga mengalami masalah kesihatan dan tidak ada pekerjaan tetap.

Katanya, buat sementara waktu, mereka sekeluarga akan tinggal di gerai makan miliknya yang terletak di hadapan rumah bersama anak dan cucu.

Tambahnya, gerai itu tidak lagi digunakan dan sebahagian bumbungnya tercabut akibat banjir itu namun mereka akan membaikinya sebagai tempat berteduh untuk sementara waktu.

“Buat masa sekarang saya masih tinggal di pusat pemindahan kerana saya sekeluarga tiada tempat untuk dituju namun selepas gerai itu dibersihkan, saya akan balik ke rumah.

“Tiada kata yang mampu saya luahkan bagi menggambarkan kesedihan kami sekeluarga namun saya terima ujian ALLAH ini dengan reda dan berharap ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Jamilah berkata, keadaan air Sungai Kelantan yang naik mendadak sejak Selasa lalu jauh berbeza dengan banjir sebelum ini.

Katanya, dia hanya sempat mengemas pakaian dan kelengkapan rumah seperti biasa namun apa yang terjadi sebaliknya apabila segala-segalanya hilang dibawa arus.



Kenderaan sukarelawan dihanyut arus banjir
  • Keadaan pacuan empat roda yang ditemui semula setelah dihanyutkan arus deras banjir.Keadaan pacuan empat roda yang ditemui semula setelah dihanyutkan arus deras banjir.
 1 / 1 
DUNGUN - Lima sukarelawan iBantu Ikram negeri ini berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dalam misi menghantar bantuan, dihanyutkan arus deras banjir dalam kejadian di Hulu Dungun, minggu lalu.

Ketua pasukan, Mohamad Sahide Ibrahim berkata, pasukan berkenaan ketika itu dalam perjalanan membawa barangan sumbangan banjir ke Kampung Pelambor.

Bagaimanapun katanya, semua yang terlibat sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux itu dihanyutkan arus deras dan tenggelam.

"Kenderaan itu ditemui semula polis Kuala Jengai dan penduduk sekitar sehari selepas kejadian. Ketika ditemui, kenderaan itu masih tenggelam sepenuhnya di dalam paya di sebelah laluan untuk ke kampung Pelambor. Hasil usaha penduduk dan polis, kenderaan itu berjaya ditarik keluar menggunakan jentera berat.
“Pihak iBantu Ikram Dungun dengan kerjasama iBantu Negeri Sembilan dan Hulu Langat berjaya menjalankan amanah menyumbang bantuan banjir pada hari berikutnya di beberapa kawasan terjejas teruk,” katanya.

Menurut Mohamad Sahide, kejadian tersebut mengakibatkan kenderaan itu mengalami kerosakan agak teruk dan dihantar ke bengkel untuk baik pulih.

“Kita kini dalam usaha mencari dana bagi membaik pulih kenderaan sukarelawan yang terjejas teruk," katanya.






Guru diculik 3 lelaki menyamar polis
  • Gambar hiasanGambar hiasan
 1 / 1 
JERTIH - Seorang guru lelaki diculik dan dikurung hampir dua hari oleh tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang datang ke chaletnya dekat Pantai Air Tawar, di sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi Khamis lalu, tiga penjenayah itu mendakwa guru berumur 54 tahun itu kononnya terlibat dengan pengedaran dadah dan perlu dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, guru itu memberitahu, dua daripada tiga lelaki itu datang ke chaletnya dan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis.

Menurutnya, mereka membawa guru itu keluar kononnya untuk ke balai polis dengan menaiki kereta Proton Perdana milik mangsa, namun mangsa sebaliknya dibawa ke sebuah rumah kayu usang milik seorang lelaki lain, dipercayai di Melor, Kelantan.

“Mereka merampas barangan milik mangsa seperti wang tunai RM700, sebuah telefon bimbit dan beberapa dokumen penting.

“Mangsa dikurung di rumah itu dan semalam (kelmarin), dia dibawa dengan keretanya itu, yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mereka juga meminta guru itu menunjukkan rumahnya dengan alasan mahu menghantar dia pulang, tetapi sebaliknya mereka merampas kunci pendua kereta Toyota Vios milik isteri mangsa serta kunci rumah mereka,” katanya.

Khaled berkata, guru itu dibawa ke Kampung Bukit Kenak, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, di mana dia diugut akan dicederakan.

Menurutnya, guru itu kemudian sekali lagi dibawa ke sebuah rumah kosong dan dikurung, tetapi dia berjaya melepaskan diri kira-kira jam 1 petang kelmarin.

“Sebaik berjaya melarikan diri, mangsa meminta bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Melor.

Khaled berkata, setakat ini, kejadian dipercayai bermotifkan samun, tetapi polis masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan punca kejadian dan tempat mangsa dikurung.

“Siasatan awal mendapati, tiga suspek bersenjatakan pisau dan mangsa memaklumkan tidak mengenali suspek,” katanya.

Menurut Khaled, guru itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya giat memburu tiga penjenayah itu yang turut melarikan kereta Proton Perdana milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Wanita menari separuh bogel
  • Antara GRO warga asing yang ditahan dalam operasi awal pagi semalamAntara GRO warga asing yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam
 1 / 1 
SHAH ALAM - Tawaran tarian separuh bogel terbongkar selepas serbuan dilakukan di tiga lokasi di Kajang, Puchong dan Damansara Jaya oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPK Selangor, semalam.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, 49 wanita warga asing dari China dan Vietnam tersebut dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi yang bermula jam 1 pagi itu.

Menurutnya, kesemua wanita itu berusia dari 23 hingga 34 tahun, menggoda pelanggan dengan tarian separuh bogel.

“Pelanggan boleh mendapatkan khidmat seks daripada mereka dengan bayaran kira-kira RM300, "katanya.

Turut ditahan enam lelaki tempatan dan warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an, dipercayai pekerja di premis itu.

Katanya, sebuah daripada premis itu pernah diserbu beberapa kali.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Pesawat rasmi kerajaan akhirnya tiba di KL



Pesawat-Khas-Kerajaan-
Jet rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang dipersoalkan penggunaannya selepas dijejak berada di beberapa negara, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Malaysia, akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam. Najib dijangka akan merasmikan konvoi sukarelawan banjir Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 pagi ini.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia untuk memendekkan percutiannya.
Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.
Najib pada petang 27 Disember tiba di Kota Baru untuk melawat mangsa banjir selepas dijemput pesawat TUDM lain dari Hong Kong.
Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.
Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia di landa banjir.
Sebelum ini, selepas pulang ke Malaysia dan memendekkan percutiannya, Najib dilaporkan sebagai berkata keluarganya bersedih dengan tindakan tersebut.
“Walaupun keluarga saya bersedih kerana terpaksa ditinggalkan, saya memberitahu apa yang mereka alami tidak boleh dibandingkan dengan perasaan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
PKR sebelum ini mempersoalkan siapa yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib dengan menggunakan pesawat TUDM.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.
“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.
Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.
Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.
Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.
“Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa… sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai ‘golf diplomacy’,” katanya.

1/4/15

Hutan simpan Kekal di Musnahkan oleh Pembalakan Haram Berlesen Di Bukit Perangin, Kampung Wang Perah, 06000 Jitra Kedah Darul Aman.



1. Gambar di atas menceritan apa yang berlaku di kampung aku, Kampung Wang Perah pada tahun lepas(2014). Bagaimana kerakusan pembalakan meranapkan sama sekali hutan-hutan di sana yang juga merupakan Hutan Simpan Kekal. Bayangkan sebuah hutan simpan kekal di musnahkan di bawah akta apa aku pun kurang pasti. mungkin di bawah akta Ringgit Malaysia (RM).

2. Selepas gambar dan cerita di dalam gambar di atas berlalu atau berhenti, ternyata pembalakan masih belum berhenti hasilnya gambar kedua di bawah berbicara...




3. Hendak saya ulang di sini, ini adalah hutan simpan kekal.... apalah sangat kalau bukan hutan simpan kekal nak di musnahkan. 

4. Maklumat yang saya dapat dari orang kampung saya sendiri, pembalakan akan di sambung selepas ini dan ianya pastinya bukan sahaja menyedihkan kepada kami sebagai penduduk kampung, hutan di kampung kami yang indah dulu bakal hilang yang tinggal kekotoran anak-anak sungai yang cetek... kecantikan kampung wang perah yang dulunya nyaman sejuk bakal berubah wajah kepada kehancuran.

5. Pekara ini sudah di ketahui dan di beritahu kepada Pemimpin berwajib tahu, tetapi yang berlaku hanyalah aksi tunding menunding salah menyalah , kamu tuduh aku, aku tuduh kamu... satu pihak menyalahkan pemerintah sebelum ini yang telah meluluskan pembalakan di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL ini dan hanya mampu berdiam seribu bahasa seolah mengizinkan hutan simpan kekal ini di musnahkan berdalilkan lesen sudah di luluskan. dan di satu pihak lagi, sudah tiada kuasa sebab kalah pilihanraya. dan hanya meninggalkan permasalah balak ini sebagai bukti pernah berkuasa.

6. kalau sebelum pilihan raya begitu hebat bawa wartawan sinar harian menerjah, tapi apa sudah jadi selepas pilihan raya. Jangan hanya jadikan orang kampung sebagai alat politik. maaf tak bermaksud menyentuh hal politik tapi ketahuailah alam yang indah juga memerlukan anda sebagai pemimpin.

7. Hasilnya aktiviti pembalakan haram berlesen ini terus dan akan terus memuskan hutan simpan kekal yang cantik serta berpotensi di jadikan kawasan pelancongan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara kalau hendak merasa keindahan hutan hujan teropika di mana di kampung wang perah atau di kampung kami terdapatnya air terjun cantik yang masih belum di terokai...

 " POKOK YANG MENEGAK , LEBIH BERNILAI DARI POKOK YANG MELINTANG "

8. Suara Hati Saya.. admin/ penulis blog ini..... semoga Allah memelihara Hutan hujan tropika yang Cantik  / Hutan Simpan Kekal / Bukit Perangin di kampung kami.
Kemusnahan hutan di kelantan begitu menyayat apatah lagi di kampung halaman.... tolong hentikan. demi kasih sayang kita kepada alam.

Sunday, 4 January 2015


Ngeh, Nga Profit Project Logs penny Kelantan But Not Help Victims #banjir

Ngeh and Nga quite happy to enjoy the opportunity to invest in projects logging in Kelantan. But when logging in Muang Cave cause major floods in Kelantan. Not only the two tail does not help even a cent got help flood victims in Kelantan. Mail story that sprang up in 2012 in the daily news:

Perak DAP chairman pleaded for investment
Ipoh: Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham admitted that he and his cousin, Nga Kor Ming, who is also DAP secretary of state, invest in the company Efforts Padu Sdn Bhd which gets logging projects in Kelantan.
Sitiawan assemblyman and MP Baris said they joined the business after being persuaded by their clients to invest.

"We are part of the investors and all transactions identified by the Inland Revenue Board (IRB). I already wrote a letter to the IRB, "he said at a press conference here yesterday.

Given that more than 4,000 acres of timber land
He was responding to allegations blog Pisau.net before claiming them through the efforts of Padu given more than 4,000 acres of timber land in Batu Caves, in return for allowing Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, became Chief Minister after the 2008 General Elections. 
Yesterday, Senior Government EXCO Perak, Datuk Hamidah Osman, said the search at the Companies Commission of Malaysia (SSM) confirmed Koo Ham and Kor Ming are two of the six members of the board of directors of the company. 
Asked about the disclosure of the documents in the Legislative Assembly (DUN) that he spent millions of dollars to the project, Koo Ham said: 
"It created a group of investors, what he (Mahmud) there is only one item.As a lawyer, I can not give (expose) all transactions. " (Read more here)

Look at the greed DAP project but got absolutely no sense of humanity to help repair infrastructure such as bridges bank that collapsed due to flooding. Absolutely no desire to help alleviate future flooding due to drift logs rammed and destroyed their homes.

No wonder many tribes PAS kinds of nervous stomach like Husam Musa tried to blame TNB and Nik Abduh tried to blame Dam Thailand. 

Now logs have eaten article cronies profit but when about repairing the damage millions dipertangungjawapkan central government. Where tokey-tokey logs wealthy do they extend any help? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan