Selasa, 6 Januari 2015

JIKA BENAR....DAKWA...JIKA SALAH HUKUM....JANGAN KATA DULANG PAKU SERPIH

Wednesday, December 31, 2014

Najib, Hishammudin & Pemimpin BN Disindir KAW2 Oleh Tengku Mahkota Pahang.

Hantar dahulu bekalan makanan bila banjir diramalkan berlaku, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Gelombang ketiga banjir dijangka akan melanda awal bulan depan, jadi eloklah bekalan makanan dihantar dahulu.

"Jangan terdesak baru hendak hantar bekalan, kemudian bagi alasan tidak boleh meredah arus deras sebab enjin bot tidak cukup laju.

"Hantar dulu makanan sebagaimana boleh dan elok periksa ramalan cuaca setiap hari dan setiap minggu supaya kita boleh hadapi sebarang kemungkinan," titah baginda.

Baginda menegaskan demikian ketika sesi taklimat banjir Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Tengku Abdullah bertitah mahukan sistem pengurusan banjir di negeri ini diperkemaskan menerusi pelan jangka pendek dan panjang. 

Menurut baginda, antara kelemahan yang perlu diatasi ialah aspek penghantaran bekalan makanan dan barangan keperluan selain sistem komunikasi. 


Baginda bertitah sistem komunikasi perlu diperbaiki dengan menyediakan saluran komunikasi rasmi daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran berita palsu menerusi laman sosial seperti Facebook dan Whats App.

Tengku Abdullah menyatakan, hanya dengan cara itu, masa dan tenaga pihak berkuasa dapat dijimatkan daripada melayan maklumat yang tidak sahih.

Ini sekali gus dapat menumpukan kepada usaha mereka untuk menyelamat dan membantu mangsa banjir.

Selain itu, baginda bertitah kajian jangka panjang juga perlu dilakukan di kawasan Pahang Barat termasuk menaiktaraf kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang hampir setiap tahun dinaiki air.

Baginda bersama anakanda Tengku Muhammad Riayatuddin Shah sebelum itu melakukan tinjauan udara tentang keadaan banjir di Temerloh.

Tengku Abdullah turut melawat beberapa pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, SMK Seri Tualang, sebelum ke Sekolah Kebangsaan Tamil serta Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar, di Mentakab.

Dalam masa yang sama baginda turut menitahkan supaya segala aset kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memindah serta memberi bantuan kepada mangsa banjir dan bukan untuk membuat lawatan atau tinjauan.

"Jika hendak gunakan untuk melawat dan meninjau sahaja, gunakan bot sendiri," titah baginda. 


Baginda sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak menunggu saat-saat akhir.

"Ada kes di Temerloh mangsa tidak mahu pindah, namun apabila terdesak baru nak minta pertolongan sedangkan dalam masa yang sama bot yang ada telah sibuk dengan operasi pemindahan lain," katanya.

- Bernama

Bukan hanya urusan penggunaan aset semata2. Yang digunakan untuk melakukan tinjauan dan lawatan selepas tue dok mengarah2kan jurukamera sudut mana yang lebih sesuai untuk bergambar bagi tujuan sebaran supaya rakyat memuji tindakan pemimpin yang turun padang.

No. No. No.

Tetapi point2 Tengku Mahkota Pahang yang berikutnya juga ;

1. Pantau keadaan cuaca dan alert dengan sebarang perkembangan. Kalau dah dapat hint akan berlaku banjir di sekian2 kawasan, cepat2 siapkan bantuan makanan dan keperluan. Jangan salur last minit.

2. Salur last minit mula la meraban cakap faktor cuaca buruk la, arus deras la apa la. Mangsa2 yang terperangkap tak pasal2 kebuluran dan kelaparan. Lepas tue dok pecah kedai. Lepas pecah kedai polis plak siasat. Tak pasal2 aje.

3. SOP pengurusan banjir perlu diperkemaskan untuk pelan jangkamasa panjang dan pendek. Ini perlu agar selaras dengan perkembangan semasa. 3 perkara utama yang perlu diberikan penekanan ialah ;

- Saluran bantuan makanan

- Saluran komunikasi

- Penghantaran barang keperluan

4. Menaiktaraf LPT yang saban tahun dinaiki air. Betul juga. Tiap2 tahun berdepan dengan masalah yang sama. Sekurang2nya usaha untuk mengkaji dan merangka plan itu sepatutnya sudah ada. Bukannya bila kena sound kat media massa baru terhegeh2 nak kaji cadangan.

Ini sebab2nya kenapa Najib, Hishammudin dan menteri2 BN patut terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh anak sultan Pahang. Monarki perlu lebih keras lagi dalam mengkritik kelemahan dan kecuaian pentadbiran Barisan Nasional. Baru la kita ada mood nak sokong monarki. Kritikan di atas neh aku sokong. Mohon menteri2 BN take note dan lakukan sesuatu.
1:34PM - 6 Jan 2015

Harakah minta pengarangnya berhenti


Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan “permintaan” yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarahHarakah Disember lalu.

"Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

"Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.

Ditanya siapa bakal mengetuai lidah rasmi PAS itu tanpa Lutfi, sumber itu memaklumkan masih tiada keputusan dibuat.

Timbalan ketua pengarang kumpulan Harakah kini disandang oleh Taufek Yahya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad Lutfi berhubung perkara itu.

12:17PM - 6 Jan 2015

'Potong gaji menteri dulu sebelum penjawat awam'

PAS mahu gaji perdana menteri dan menteri kabinet dipotong terlebih dahulu untuk membantu mangsa banjir sebelum mencadangkan tindakan itu kepada penjawat awam.

Anggota jawatankuasa pusat PAS, Anuar Tahir berkata, pemotongan gaji di kalangan mereka yang berpendapatan besar wajar diutamakan.

Beliau mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam dipotong.

"Bagi cadangan dulu agar perdana menteri, timbalan, dan menteri kabinet dipotong gaji mereka barulah Cuepacs bincang dengan ahli mereka untuk mendapat persetujuan.

"Hendak potong senang-senang, tidak semua bergaji besar tetapi pemimpin negara, kenalah," kata Anuar seperti dilaporHarakahdaily
Rahmat di sebalik bencana
  • Orang ramai memilih barangan yang dilonggokkan sebuah pasar raya di bandar Kuala Krai, semalam.Orang ramai memilih barangan yang dilonggokkan sebuah pasar raya di bandar Kuala Krai, semalam.
 1 / 1 
KUALA KRAI - Bencana banjir yang menenggelamkan kedai dan pasar raya di bandar ini mempunyai rahmat tersendiri bagi orang ramai apabila berpeluang mendapatkan barangan yang ditenggelami air secara percuma.

Tinjauan di sekitar bandar itu, semalam mendapati pemilik pasar raya dan beberapa kedai melonggokkan barang jualan yang ditenggelami air di hadapan premis mereka untuk dipilih oleh orang ramai.

Biarpun masih disaluti lumpur dan berbau agak busuk, orang ramai tetap tidak melepaskan peluang memilih barangan seperti kasut, selipar dan barang makanan yang masih elok.

Seorang pemilik kedai pakaian yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Meng mendakwa, dia kerugian lebih RM50,000 apabila kedainya ditenggelami air dalam bencana tersebut.

“Beberapa hari sebelum banjir, saya baru ambil barangan seperti selipar, kasut dan peralatan sukan dari gudang tetapi sekarang, semuanya sudah tidak boleh dijual.

“Selain barang jualan, semua peralatan dalam kedai termasuk peralatan elektrik dan perabot juga musnah dan rosak,” katanya ketika ditemui di premisnya, semalam.

Seorang penduduk yang enggan dikenali pula berkata, walaupun masih berlumpur, kasut dan selipar yang diberi secara percuma itu masih elok dan boleh dipakai.

“Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang akibat banjir tempohari, jadi saya tak lepaskan peluang ambil selipar dan kasut untuk anak-anak,” katanya yang tinggal di Guchil 7, dekat sini.


Babi masuk perpustakaan
  • Seekor babi hutan dilaporkan sesat dan memasuki perpustakaan sebuah institusi pengajian tinggi di Cyberjaya, semalam.Seekor babi hutan dilaporkan sesat dan memasuki perpustakaan sebuah institusi pengajian tinggi di Cyberjaya, semalam.
 1 / 1 
SEEKOR babi hutan dilaporkan sesat dan memasuki perpustakaan sebuah institusi pengajian tinggi di Cyberjaya, semalam.

Sebuah video yang merakamkan kejadian juga dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan menarik tumpuan orang ramai.

Video tersebut, berdurasi 13 saat yang menunjukkan haiwan berkenaan tidak tentu arah selepas terperangkap di dalam perpustakaan berkenaan.

Seorang anggota bomba dan seorang pengawal keselamatan juga dilihat cuba mengawal keadaan.

Sehingga kini, video berkenaan mendapat lebih kurang 180,000 view dan beratus-ratus komen.

Rata-rata memberitahu bahawa babi berkenaan tidak sepatutnya dibunuh, cukup sekadar diberikan ubat pelali dan dibawa keluar.

Seorang lagi pembaca pula memberitahu bahawa babi tersebut merupakan babi hutan (liar) dan penggunaan ubat pelali mungkin tidak relevan.

Kesudahannya, babi berkenaan dilaporkan dipukul teruk. Beberapa bukti bergambar telah dimuatnaik di laman sosial sama.

Menurut sebuah portal berita, haiwan tersebut terperangkap selama dua jam dan kejadian berlaku pada jam 1.30 petang semalam.
 12:54PM - 6 Jan 2015

Zaid: Perundangan negara 

kucar-kacir


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpandangan seorang hakim mahkamah sivil tidak sepatutnya memutuskan bahawa mahkamah Mahkamah Tinggi tiada kaedah untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Zaid yang hadir pada perbicaraan sarjana Kassim Ahmad berkata beliau membesar dengan mengetahui bahawa Malaysia hanya mempunyai satu sistem mahkamah - mahkamah sivil.

Menyifatkan keadaan perundangan negara sebagai berada dalam keadaan kucar-kacir, Zaid tidak terkejut dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mahkamah Syariah dianggap mahkamah yang lebih rendah. Seorang hakim mahkamah tinggi sepatutnya tidak berkata yang penyelesaiannya tiada di mahkamah ini.

"Jika anda mahu tolak sesuatu permohonan berdasarkan fakta, tiada masalah. Namun dalam negara ini, tiada mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah sivil.

"Tiada kaedah lain selain daripada mahkamah sivil," tegasnya.

Kassim pagi ini gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan pendakwaan dan penahannya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di rumahnya di Kulim, Kedah sebagai tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamad memberitahu Kassim bahawa terdapat kaedah lain boleh didapatkannya di Mahkamah Rayuan Syariah.

Musa: Rasuah peringkat atasan hancurkan negara
  • Musa HassanMusa Hassan
 1 / 1 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan gejala rasuah yang melibatkan pihak atasan hanya akan menghancurkan negara ini ekoran segala keputusan yang diambil hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, rasuah ini akan menjadi barah sekiranya tiada ketegasan untuk membendungnya.

“Rasuah yang melibatkan peringkat atasan akan menghancurkan negara kerana keputusan yang dibuat untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan negara.

“Rasuah menjadi barah jika tiada ketegasan penguatkuasaan dan tiada 'political will' untuk membanterasnya. Ia hanya polemik,” katanya di Twitter, hari ini.

Tegasnya, tindakan perlu diambil ke atas pelaku bukan hanya sekadar cakap kosong sahaja.

“Dalam usaha untuk menyemai keyakinan rakyat, tindakan diambil kira bukan hanya cakap kosong.

“Orang yang terlibat rasuah sudah menjadi kaya raya untuk m

elepaskan diri. Mereka akan membeli keadilan untuk membebaskan diri mereka,” katanya.



Ibu ikut kata hati selamatkan lima nyawa
  • Hasnida (kanan) menunjukkan barang-barangnya yang hangus dalam kebakaran.Hasnida (kanan) menunjukkan barang-barangnya yang hangus dalam kebakaran.
 1 / 1 
KULIM - Perasaan tidak sedap hati seorang ibu dari Kampung Pondok Labu, dekat sini, menyelamatkan nyawa lima anaknya apabila rumah didiami musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Hasnida Hassan, 28, berkata, hatinya tergerak untuk menghantar anaknya ke rumah ibu bapa yang berdekatan dan sekali gus telah menyelamatkan lima anaknya daripada kebakaran.

“Saya keluar awal daripada kebiasaan pada pagi itu kira-kira jam 6 pagi kerana mahu beli barang untuk memulakan perniagaan.

“Selalu saya memang akan tinggal kesemua anak di rumah tapi rasa tak sedap hati, saya ambil keputusan mendukung tiga anak yang sedang tidur ke rumah ibu.

“Saya bersyukur walaupun sedih kehilangan rumah dan semua harta benda namun nyawa anak saya masih selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, semua barangan sekolah anaknya yang dibeli turut hangus dijilat api dan hanya tinggal dinding bahagian dapur yang dibina menggunakan batu bata.

“Saya baru beli baju sekolah anak-anak namun tak sempat memakainya dan saya minta mana-mana pihak dapat membantu meringankan beban,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pondok Labu Hujung, Hamzah Abdul Halim berkata, pihaknya melancarkan tabung kutipan sumbangan bagi membantu mangsa berkenaan.

“Kita sudah mulakan kutipan derma bagi sesiapa yang mahu membantu mangsa tersebut,” katanya.

Ketua Operasi, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, seramai 10 anggota t dikerah ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

“Kita dapat panggilan daripada orang awam jam 6.51 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

"Kita telah berjaya memadamkan api pada jam 8.26 pagi bagaimanapun 90 peratus telah terbakar dan musnah,” katanya.

4 Gambar Cikgu Seksi Melampau Menjadi 

Viral


Seorang guru di salah sebuah sekolah Singapura telah menjadi perbualan orang ramai apabila beberapa gambarnya yang terlampau ‘menonjol’ tersebar di Internet. Sehingga kini, orang masih menyiasat samada gambar tersebut dimuat naik dirinya atau orang lain.




Gadis Rakam 4 Gambar Projek Tersebar 

Di Laman Sosial

 


Jangan ingat semua gadis bertudung itu baik kelakuannya….jangan ingat semua gadis yang tidak bertudung itu buruk

kelakuannya. Selagi kita bernama “manusia”, kita semua sama sahaja. Hati dan keimanan dalam diri yang membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Bila nafsu mengusai diri…perasaan malu serta maruah sudah tiada maknanya lagi. Kerana ‘cinta’ manusia rela berbuat apa saja termasuk mengetepikan agama, ibu bapa serta peganggan hidup


Ini antaranya…apabila “kemaruk” dengan “cinta palsu”…maruah diri “tergadai”…bangga dengan apa yang dilakukan sehingga tidak tahu apa kesan yang akan menanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan