Rabu, 28 Januari 2015

BILA PERIUK NASI DICURAH PASIR...MEMANG DAH ADA UNDANG2...UNDANG2 CIPTAAN MANUSIA...MAKA GUNA BUDIBICARA SEBAGAI MANUSIA YANG BIJAKSANA DAN BERHATI PERUT....BAGAIMANA KENA BATANG HIDUNG ATAU KELUARGA TERDEKAT







2:00PM - 28 Jan 2015

Gaji Mejar Zaidi dikembalikan TUDM

Mejar Zaidi Ahmad kembali menerima gajinya untuk bulan Januari pagi ini, sehari selepas berita gajinya 'ditarik balik' Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 22 Januari lalu disiarkan Malaysiakini semalam.

Menurut Zaidi, pada awal pagi ini beliau menerima mesej dari pegawai gaji pangkalan TUDM Butterworth yang memaklumkannya tentang perkara tersebut pagi ini.

Pegawai itu memanjangkan mesej dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) Kuala Lumpur yang memaklumkan terdapat 'kesilapan' dalam urusan gaji beliau sebelum ini.

"Sekitar jam 10 pagi tadi saya terima panggilan dari ketua cawangan tadbir pangkalan udara Butterworth  memberitahu yang beliau diarahkan untuk memberitahu saya yang gaji saya sedang dalam proses dimasukkan semula," kata Mejar Zaidi.

Menurut Zaidi, semakan akaun banknya pada jam 12 tengah hari tadi mendapati gajinya sudah dimasukkan semula.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan saya sehingga masalah saya selesai," katanya lagi.

Zaidi, seorang bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM semalam memaklumkan gajinya untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama, pada 22 Januari.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya.

Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.

Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada udara 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Terkini! Ibu Sirul ada bukti anaknya tak bersalah?


Kunjungan beberapa pemimpin Pas ke rumah keluarga Koperal Sirul Azhar Umar membuahkan hasil apabila ibu Sirul membayangkan anaknya tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Saaribuu.

Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Idris Ahmad serta Salman Salleh telah berkunjung ke rumah keluarga Sirul di Changkat Jering, Bukit Gantang semalam untuk mengetahui keadaan keluarga berkenaan setelah Koperal Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah.

Sebelum ini, Pas bersama Pakatan Rakyat mendesak Sirul serta Azilah dikenakan hukuman berat diatas tuduhan membunuh Altantuya. Pas juga tidak berpuas hati apabila keputusan awal Mahkamah membebaskan kedua-dua anggota Polis berkenaan manakala pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain mengambil inisiatif mendapatkan kenyataan bapa kepada wanita Monggolia tersebut.


Dalam kunjungan itu, ibu Sirul, Piah Samat, 74 tahun menjelaskan kepada Ketua Penerangan Pas Pusat Mahfuz Omar, anaknya hanya menjalankan tugas sebagai anggota Polis sahaja. Beliau amat mengharapkan mahkamah dapat membebaskan anaknya yang dijatuhkan hukuman mati didalam kes berkenaan.

Piah Samat juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tampil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya yang dipercayai hanya mengikut arahan yang diberikan.

Kenyataan ibu Sirul seolah-olah beliau tahu bahawa anaknya tidak bersalah. Jika Piah Samat mengatakan anaknya hanya menjalankan tugas sebagai anggota Polis, mungkinkah Piah Samat mempunyai bukti bahawa Sirul menerima arahan dari pihak tertentu?

Pihak berkuasa harus segera menyiasat keluarga Koperal Sirul demi menjamin keadilan dijalankan sepenuhnya. Jika benar dakwaan yang dinyatakan oleh Ibu Sirul, pihak yang dikatakan memberi arahan tersebut harus dibawa kemuka pengadilan.

Jika tidak, pemimpin-pemimpin Pas terbabit harus dikenakan tindakan kerana cuba menghasut rakyat Malaysia supaya tidak mempercayai sistem keadilan didalam negara ini. - chewan/Utaranews.com

Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan

June 13th, 2014 | 3:01 am | Nasihat, Remaja

ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.
Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garispandu atau batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.
Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.


Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.
Apa dia aurat? Dari segi bahasa, aurat berasal daripada perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syara‘ pula, aurat ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang ramai. Aurat lelaki ialah di antara pusat dengan dua lutut. Sementara aurat perempuan pula ialah seluruh anggota tubuh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan (luar dan dalam) sehingga dua pergelangan tangannya.
Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya, sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu dengan apa jua cara sekalipun.
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah haram dengan nas al-Quran, hadits dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar. Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah.Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup bahagian aurat.
Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini sungguhpun di antara sesama lelaki ataupunsesama perempuan. Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelakimemandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
  1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya.
  2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir.Maksudnya di sini ialah apa-apa pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.
  3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.
  4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.
  5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu, dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.
Maka sebagai merealisasikan rasa taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘ pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
WALLAHU’ALAM
Gambar hiasan credit www.szlihin.com

8:44PM - 27 Jan 2015

Pesawat drone terhempas di Rumah Putih


Sebuah pesawat kawalan jauh drone terhempas dalam kawasan Rumah Putih pagi Isnin menyebabkan kawalan keselamatan menjadi ketat.

Ia pada mulanya dibimbangi membawa ancaman kepada kediaman rasmi dan pejabat Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas sebuah drone dikesan terbang di atas istana presiden Perancis di Paris, lapor Foxnews.com.

Laporan itu menyebut, agensi risikan berkata saiz drone tersebut sepanjang dua kaki dan dikenali dengan nama komersial "quadcopter."

Jurucakap agensi risikan Brian Leary berkata pegawai yang bertugas di bahagian selatan Rumah Putih “mendengar dan melihat" drone itu terbang rendah pada awal pagi.

Drone itu bagaimanapun didapati bukan ancaman kepada keselamatan Rumah Putih.

Seorang lelaki mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Menurut jurucakap agensi risikan AS Nicole B Mainor, individu itu menghubungi pihaknya dan melaporkan sendiri insiden itu.

Lelaki itu juga, kata Mainor, menjelaskan drone itu hanya digunakan untuk kegunaan rekreasi.

 7:00PM - 27 Jan 2015

Zaidi dakwa gaji 'ditarik balik'


Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.

Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.


Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.
"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.
"Tiada juga sebarang surat menyatakan saya dipecat secara rasmi dari tentera udara," katanya.
Secara sinis, Zaidi berkata beliau kini perlu menoreh getah untuk menyara hidupnya - satu rujukan kepada komen Facebook yang didakwa dibuat oleh seorang ahli mahkamah yang mengadili kesnya.
"Bermula esok, saya mungkin perlu menoreh getah atau menjala ikan untuk menyara keluarga," katanya.

Monday, January 26, 2015


13 GAMBAR : 10 Tahun Tinggal Di Dalam GUA , Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat MENAKJUBKAN !!!

13 GAMBAR : 10 Tahun Tinggal Di Dalam GUA , Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat MENAKJUBKAN !!!   | Sejak 10 tahun yang lalu, seorang artis seni dari Amerika, Ra Paulette telah berkelana seorang diri ke padang pasir New Mexico untuk berkarya. Beliau menghabiskan masa beliau mengukir sebuah gua batu pasir yang ia temui, membentuknya ke dalam ruang bawah tanah yang indah penuh dengan cahaya.... Dengan di temani anjingnya, Paulette mencipta reka bentuk dan gaya yang berbeza untuk setiap gua, memberikan setiap satu kualiti dan tekstur yang sangat indah.... Beliau berharap dapat mewujudkan persekitaran yang akan memberi inspirasi "pembaharuan rohani dan juga peribadi." Ia juga akan berfungsi sebagai tempat untuk acara-acara seni setelah ianya selesai.... via Dairishare.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan