Rabu, 14 Januari 2015

BILA KITA PI SINGAPURA KITA KENA IKUT UNDANG2 YANG DAH DIGUBAL OLEH SINGAPURA...KITA PI SANA PUN TAK DE PAKSAAN...KITA NAK DATANG DENGAN SUKARELA...IKLAN SURUH BERKUNJUNG/MELAWAT TETAP ADA...TAPI TAK MESTI KITA PI GAK....BILA KITA SAMPAI KE JOHOR BAHRU...IAITU MALAYSIA SINGAPURA TAK BOLEH KUATKUASA UNDANGNYA SEBAB DAH TAK BERADA DISINGAPURA...KITA SAMPAI MALAYSIA KENA IKUT UNDANG2 MALAYSIA...TAPI BILA BERTEMU UNDANG2 MANUSIA DENGAN UNDANG2 ALLAH...MAKA UNDANG2 ALLAH SWT DIATAS...SEBAB KITA DAN DUNIA BAHKAN SEMUA MILIK ALLAH SWT....KITA TAK IKUT SEBAB TERKENA TIPU DAYA IBLIS





Alangkah bagusnya gadis bertudung itu ‘say no’
  • Raisha Rania Raisha Rania
1 / 2
SHAH ALAM - Model muslimah, Raisha Rania (Felixia Yeap) berharap masyarakat tidak terus menerus menghentam gadis yang ‘membuat’ aksi yang kurang menyenangkan dalam satu konsert K-Pop baru-baru ini.

Beliau berkata, daripada terus memburukan mereka adalah lebih baik untuk mendoakan mereka supaya mereka sedar akan kesilapan tersebut.

“Mohon jangan hentam adik-adik kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke masa pun ada juga dosa dan salah. Saya tak alim.

“Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan ‘kurang enak’. Insha-ALLAH. Allah itu Maha Pengampun,” tulisnya di laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, menyentuh perihal yang sama Rania berkata, beliau sendiri tidak suka untuk bersentuhan dengan mana-mana lelaki apatah lagi untuk membuat aksi memeluk.

“Saya tak suka lelaki sentuh saya. (Kecuali baby. hehe.).

“Dari dulu (masa saya tak berhijab dan masih seorang model), sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah) memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.

“Tangan-tangan yang sempat menjalar kat bahu pun saya tepis dan kadang-kadang siap tegur kuat-kuat, "Sorry sir, No touching” (zaman modeling sebelum Islam),” tulisnya.

Katanya, dia sendiri tidak faham kenapa ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki K-pop dalam video itu,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rania berkata, alangkah baiknya kalau gadis tersebut menolak pelawaan artis K-pop tersebut daripada terus memeluk mereka, kerana mungkin boleh menjadi satu medan dakwah.

“Alangkah bagusnya kalau adik-adik yang bertudung tu ‘say no’ pada artis K-Pop itu atas pentas bila diorang nak peluk.Terus jadi dakwah...atas pentas pula tu. Masha-ALLAH!

"Renung-renungkanlah. Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh,” katanya.
12:40PM - 14 Jan 2015

Waran tangkap? Peminat K-Pop boleh trauma


Kumpulan pemimpin masyarakat sivil mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup anggota kumpulan artis K-Pop.

Antaranya, peguam hak asasi, Datuk S Ambiga yang bimbang tindakan itu akan menyebabkan remaja bertudung berkenaan mengalami trauma.

"JAWI mahu mendapatkan waran tangkap kepada gadis muda dalam K-Pop? (Tindakan) itu boleh mendatangkan trauma kepada mereka buat sepanjang hidup mereka," katanya di Twitter.

Sementara itu, NGO hak asasi wanita Sisters in Islam pula mempersoalkan peruntukan undang-undang yang didakwa “terlalu luas” untuk siasatan bagi kes itu.

Dalam kenyataan di laman Facebook mereka, NGO itu mendakwa peruntukan tersebut "boleh membuka ruang untuk penyalahgunaan penguatkuasaan sewenang-wenangnya dan terpilih."

Ia merujuk kepada siasatan JAWI mengikut  bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Tindakan berkenaan turut menimbulkan sindiran daripada aktivis hak asasi dan media, V Gayathry yang mempersoalkan keutamaan JAWI dalam menjalankan operasi mereka.

"Serius? JAWI mahu waran tangkap terhadap peminat artis K-pop? Anda tak ada kerja lain ke?,” katanya yang juga pengarah eksekutif Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa).

Beliau mengulas laporan yang menyebut, JAWI akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya remaja bertudung tersebut tidak hadir untuk siasatan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata jabatan itu memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada remaja perempuan itu untuk tampil bagi siasatan.

Video menunjukkan aksi artis K-Pop itu beredar di blog dan laman sosial popular sejak Sabtu lalu.

Ia menunjukkan salah seorang ahli kumpulan itu berinteraksi dengan mesra dengan beberapa remaja perempuan bertudung dan memeluk mereka di atas pentas.

Ia turut menunjukkan seorang daripada anggota kumpulan dari Korea Selatan itu mengucup salah seorang daripada mereka di bahagian ubun kepala.

Kumpulan remaja bertudung itu dilihat gementar namun ada di kalangan mereka dilihat membalas rangkulan artis tersebut.

Wednesday, 14 January 2015


Najib Tidak Nyenyak Tidur Dengan Pendedahan Bekas Menteri Ini


Walaupun diserang media dikawal Umno, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin percaya Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf mejangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim  akan menikam balik Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin semalam.

Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.

‎"Maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Semalam, Kadir turut menyatakan pandangan sama dengan Zainuddin apabila memberi amaran kepada Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti menghentam Daim kerana ia boleh "menikam balik" Najib.

"Mungkin dakyah murahan mengenai para pengkritik Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan tidak berkedudukan politik.

“Tetapi cerita-cerita yang ‘menyelerakan’ mengenai Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin, semalam.

Zainuddin berkata, meskipun Najib mempunyai hak untuk menjawab kritikan terhadap pemerintahannya namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara seolah-olah mahu berperang dengan Dain dan Dr Mahathir.

Kritikan terhadap Najib, terutama cara beliau mengendalikan isu hubungan kaum dan agama dan ekonomi, semakin bercambah bukan sahaja daripada pemimpin pembangkang, tetapi kini termasuk Daim, Dr Mahathir dan blogger pro Umno yang pernah menyokongnya menjadi perdana menteri selepas BN kehilangan majoriti tradisi di Parlimen serta beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kegembiraan terhadap Najib mengambil alih tugas yang pernah disandang allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi pudar selepas BN kalah lebih teruk dalam PRU 2013 walaupun Umno menambah kerusinya.

Pengkritik dalam Umno berkata, tindakan Najib menggunakan bantuan tunai dan "mengikut kata" kaum lain, tidak akan memberi lebih undi atau kerusi kepada BN.


Sumber




PR wajar timbang Mejar Zaidi calon PRU 14 – Shahbudin Husin

Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah.
Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Zaidi adalah "intan terpilih" yang barangkali hanya ditemui "satu dalam sejuta".
Sebagai pegawai TUDM, beliau boleh saja memilih berdiam diri dan redha dengan isu "dakwat kekal yang tidak kekal", apatah lagi dengan rekod perkhidmatan selama 26 tahun, mustahil tidak mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya sebagai anggota tentera.
Tetapi tindakannya membuat laporan polis dan bercakap mengenai dakwat kekal tentulah datang daripada nalurinya yang tinggi untuk melihat sistem dan perjalanan pilihanraya serta pentadbiran negara berjalan dengan baik dan adil.
Keyakinannya juga tentulah bersandarkan hanya melalui sistem dan perjalanan pilihanraya yang adil saja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang adil juga.
Mungkin dengan jawatan serta pangkat yang dimilikinya, Zaidi merasakan suaranya mengenai isu dakwat kekal lebih berupaya mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada SPR dan kerajaan, berbanding jika hanya pengundi biasa yang membuat laporan polis.
Malangnya, sementara SPR kemudiannya mengakui dakwat yang digunakan dalam PRU13 itu memang "ada masalah" serta benar-benar tidak kekal, Zaidi terpaksa pula berhadapan tindakan yang memusnahkan karier dan masa depannya.
Kes beliau ini tidak lebih umpama pencuri tidak ditangkap tetapi orang yang melaporkan siapa pencuri pula yang dihukum. SPR, pembekal dakwat dan lain-lain pihak tidak pula dikenakan apa-apa tindakan walaupun beratus laporan dan rungutan mengenainya didedahkan.
Beliau didapati bersalah hanya kerana bersikap berani dan inginkan kebenaran. Kalaulah Zaidi bercakap mengenai wajar dan layaknya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menggunakan jet TUDM, sudah tentu hari ni beliau akan disanjung dan dinaikkan pangkat, walaupun perkara itu tidak berasaskan kebenaran dan kejujuran.
Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berbangga mempunyai kakitangan sepertinya yang terbukti berani, jujur, ikhlas dan amanah. Setelah dijatuhkan hukuman dan dibuang daripada TUDM pula, sambil meletakkan mahkamah Allah untuk pertimbangan keadilan yang hakiki untuknya, jelas beliau juga seorang yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap konsep redha dan tawakal.
Secara umumnya, memang ramai yang bersimpati dengan nasib Zaidi. Tetapi yakinlah dunia belum kiamat untuknya. Walaupun dunia ini selalu memberi kemenangan dan kejayaan kepada mereka yang tidak jujur, pembelit, penipu, penjahat, peminum arak, malah pembunuh sekali pun, tetapi janji Tuhan mengenai doa mereka yang teraniaya juga kerapkali ditunjukkan kepada kita sebagai pengajaran.
Namun, kita tidak tahu bila doa Zaidi ini akan dimakbulkan Tuhan. Jika benar beliau teraniaya dan hukuman tidak adil dikenakan keatasnya, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk turut sama mengangkat tangan berdoa menuntut keadilan diberikan kepadanya serta pihak yang menganiayanya pula diberikan balasan.
Tetapi, sementara banyak pihak bangun bersuara ingin membela nasib dan kedudukan keluarga Zaidi yang kini hilang punca pendapatan, kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan wajar segera tampil menunjukkkan diri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.
Buatlah sesuatu untuk beliau meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan anak-anaknya. Berikanlah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya. Yang lebih penting, hargailah keberanian dan kejujurannya.
Dalam PRU 14 akan datang pula, PR juga wajar memilih Zaidi ini sebagai salah seorang calonnya. Letakkanlah di mana-mana kawasan DUN atau parlimen kerana sifat berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah yang dimilikinya adalah aset paling tinggi untuk menjadi pemimpin di negara kita yang semakin "rosak" ini.
Beliau bukan saja boleh menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat melalui sifat-sifat yang dimilikinya itu, malah meletakkan sebagai calon juga memberi lebih harapan kepada rakyat akan kewujudan sebuah kerajaan baru yang lebih diyakini. – shahbudin.com, 13 Januari, 2014.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Tuesday, January 13, 2015

Punca Ketua Pengarang Harakah dinasihatkan berhenti didedahkan..


Tiada hala tuju dan prestasi yang jatuh merudum antara punca Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang sudah sakit sejak sekian lama dinasihatkan berhenti oleh pihak pengurusan akhbar tersebut, kata sumber mendedahkan kemelut dalaman melanda lidah rasmi PAS itu.

Media parti Islam itu dikatakan lemah disebabkan tiada individu yang dapat memberi bimbingan dan memimpin ketika berlakunya pertembungan antara kumpulan pro-ulama dan profesional dalam PAS.

Sumber terdekat kepada pemimpin atasan PAS memberitahu The Malaysian Insider, jualan akhbar tersebut jatuh dan ketiadaan Lutfi yang sering sakit serta jarang berada di pejabat antara faktor mereka terpaksa mengambil keputusan drastik.


"Jualan (akhbar) menurun, ranking Harakahdaily jatuh teruk di bawah Lutfi (Ahmad Lutfi) dan sudah lama beliau tidak masuk bekerja.

"Dalam mana-mana syarikat, untuk mengelak gangguan perniagaan dan membaik pulih perniagaan, syarikat perlu melakukan sesuatu untuk menjaga kepentingan organisasi, bukan kerana mahu menjaga individu tertentu kepentingan organisasi tergadai," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Jualan Harakah yang pernah diedarkan 380,000 satu keluaran di era reformasi dahulu (1998-99), kini hanya teredar di bawah 50,000 naskhah setiap keluaran, iaitu kembali ke zaman awal Harakah diterbitkan dahulu.

Portal Harakahdaily pula yang pernah berada dalam lima media atas talian paling dilawati ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini jatuh merudum dan hampir semua media atas talian di Malaysia sudah berada di atas portal rasmi PAS itu.

Kemelut dalaman Harakah meletup selepas kolumnis The Malaysian Insider yang juga abang kepada Lutfi, Dinsman atau Che Shamsudin Othman menulis tentang pemecatan tiga staf mereka, iaitu pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, pengarang Rencana Roslan Hamid dan juga Lutfi.

Ketiga-tiga pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Menurut sumber, Roslan yang meletakkan jawatan di Harakah sebelum ini diberikan jawatan kontrak untuk membolehkan beliau bertugas dari rumahnya di Melaka. Beliau tidak disambung kontrak itu tahun lalu selepas Harakah menghadapi masalah.

Tarmizi pula yang bertugas sebagai pengarang Harakah secara kontrak tidak disambung kontraknya tahun lalu selepas terlibat dalam isu pertembungan dalaman PAS.

Dalam kes melibatkan Lutfi, sumber memberitahu ia sudah menjadi lumrah majikan akan dipersalahkan apabila berlaku pemberhentian dalam mana-mana organisasi.

"Pekerja sentiasa dikatakan menjadi mangsa dan menyalahkan majikan walaupun majikan tersebut sedaya-upaya menjaga kebajikan pekerja," kata sumber tersebut yang turut memberitahu Lutfi mula tidak berapa sihat sejak lebih dua tahun lalu.

Lutfi yang ketika ini sedang cuti sakit kerana tidak boleh melihat dengan sempurna termasuk untuk membaca dinasihati supaya meletakkan jawatan sebagai ketua pengarang yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan tidak beretika dan zalim.

"Lutfi sudah melakukan bypass (pembedahan jantung), mengidap penyakit kronik diabetes sehingga hilang sebahagian besar penglihatan, tetapi Harakah masih membiayai rawatan perubatan dan mengekalkan beliau serta membayar gaji sejak sekian lama.

"Tetapi sampai bila syarikat akan menanggung semua ini?" kata sumber.

Sementara itu, seorang lagi sumber juga memberitahu pemecatan Lutfi bukan kerana mempunyai niat tertentu seperti yang didakwa, sebaliknya mempersoalkan sejauh mana beliau mampu menyumbang kepada Harakah.

"Lutfi sakit dan sering tidak berada di pejabat, itu kita semua tahu. Beliau sepatutnya mengakui sudah tidak berupaya untuk terus memimpin dan menerajui Harakah," kata sumber tersebut.

Lutfi sebelum ini dikatakan menerima tawaran "pencen ilat" dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meletak jawatan sebagai ketua pengarang dan diberikan tugas lain di Harakah, bagaimanapun beliau enggan melepaskan jawatan yang dipegangnya itu.

Sementara itu, seorang wartawan daripada Harakah memberitahu dengan kemelut yang melanda media parti tersebut, perpecahan dalam PAS kepada dua kumpulan memburukkan lagi keadaan.

"Kami wartawan pun pening, sudah dalam parti pun berpecah sekarang ini pula timbul isu dalam Harakah," katanya.

Beliau juga mengakui Harakah ketika ini hilang kepimpinan dan tidak mempunyai individu yang dapat memberi tunjuk ajar kepada wartawan khususnya.

"Wartawan memerlukan mentor dan tunjuk ajar, tetapi dengan ketiadaan tokoh yang berkemampuan dan kemelut dalaman pengurusan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Beliau juga memberitahu hari ini (Isnin), satu pertemuan tertutup dengan pihak atasan Harakah bersama semua staf editorial berlangsung.

Difahamkan satu notis kepada semua staf sudah diedarkan untuk menghadiri pertemuan tersebut dan antara perbincangannya adalah mengenai arah tuju organ rasmi parti Islam tersebut.

Mengenai kononnya wujud cubaan kumpulan pro-ulama cuba menguasai organ parti tersebut, sumber menafikan perkara tersebut.

"Jika ini konspirasi ulama seperti didakwa, bagaimana pula lembaga pengarah boleh buat keputusan untuk menggantikan Tuan Ibrahim (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) dengan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS) sebagai penasihat Harakahdaily," kata sumber.

Kemelut dalaman Harakah tersebut menyebabkan Ishak Surin, salah seorang petugas awal lidah rasmi PAS tersebut tampil mempertahankan Lutfi dan membidas kepimpinan PAS, khususnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang juga pengerusi Harakah.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS Batu pada sidang medianya bersama Dinsman mendesak Mustafa meletakkan jawatan.

Naib Yang Dipertua PAS Batu, Tarmizi adalah salah seorang pengarang yang tidak disambung kontraknya sebelum ini.
Hukuman Hosni Mubarak ditarik balik
  • Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa hadir semasa perbicaraan di Akademi Polis tahun lalu. Foto: AFP Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa hadir semasa perbicaraan di Akademi Polis tahun lalu. Foto: AFP
1 / 1
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir semalam menarik balik hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas pemimpin negara itu, atas tuduhan rasuah.

Mahkamah turut mengarahkan perbicaraan semula Hosni Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa atas tuduhan menggunakan lebih AS$14 juta (RM50 juta) wang awam untuk kediaman peribadinya.

Menurut AFP, pada Mei tahun lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, manakala kedua anak lelakinya masing-masing dipenjara empat tahun atas kesalahan itu.

Mubarak juga dibebaskan pada bulan November daripada dakwaan membunuh semasa protes empat tahun lalu sekali gus menamatkan pemerintahan beliau selama lebih 30 tahun.

Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas


Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung. -Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan