Jumaat, 9 Januari 2015

BANJIR...BANJIR JUGA....TOLONG...TOLONG JUGA....KHIDMAT...KHIDMAT JUGA....PAHALA....PAHALA JUGA....USAHA MURNI....MURNI JUGA...JANGAN TERLEPAS PANDANG....BERCAMPUR GAUL BEBAS LELAKI PEREMPUAN BELUM SAMPAI DHARURAT....TETAP DILARANG...KHUATIR KEJAR PAHALA DAPAT DOSA...TU BELUM RIAK.... UJUB DAN SOMBONG@BERLAGAK..SERTA MENUNJUK2....SYAITAN TETAP ADA DIMANA2 DAN BILA2 MASA...IBLIS TETAP MENIPU DAYA MANUSIA SETIAP MASA




BATAS PERGAULAN SILANG JANTINA DALAM MASYARAKAT


BATAS PERGAULAN SILANG JANTINA DALAM MASYARAKAT

(oleh Ust Alias Othman-Ahli Dewan Perwakilan IKRAM dan bekas Pensyarah/Prof Madya Akademi Islam UM)

1. Pengertian Pergaulan.

Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ) خلط ( . Bercampur atau bergaul disebut) اخطلاط ( yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat, bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap, bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang atau akan halal pada masa akan datang.

2. Hukum Asal Pergaulan Silang Jantina Ajnabi .

Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang soreh ( secara jelas & langsung ) menunjukkan hukum pergaulan silang jantina ditegah. Tegahan hanya dapat dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:

2.1.Wanita Ditegah Musafir Tanpa Mahram Dan Tegahan Khalwat.

Rasulullah s.a.w bersabda: لالاسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرمBaginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرمKedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah disepakati oleh para fuqahak. Tidak ada perbezaan antara khalwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada itu para fuqahak juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat dan hajah.

Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.

2.2.Wanita Tidak Wajib Jihad.

Aisyah ( r ) berkata: إسلاأذنت النبي )ص( في الجهاد فقال: جهادكن الحج“Saya minta izin Rasulullah saw(untuk turut)dalam perang jihad. Baginda bersabda:Jihad kamu (wanita) adalah haji”. Hadis ini menunjukkan bahawa jihad tidak diwajibkan keatas kaum wanita kerana dalam jihad wanita terpaksa melakukan perkara yang bercanggah dengan tuntutan menutup aurat dan tegahan supaya tidak mercampur aduk dengan lelaki yang diwajibkan keatas mereka.

2.3.Wanita Tidak Wajib Solat Jamaah.

Bagi sesetengah fuqaha’ solat jamaah wajib ke atas lelaki, tetapi mereka sepakat mengatakan ia tidak wajib keatas wanita, malah ia diharuskan sahaja. Itupun dengan syarat-syarat tertentu. Pensyaratan ini menunjukkan bahawa hukum asal pergaulan silang jantina ajnabi adalah ditegah.

2.4.Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat.

Fuqahak sepakat wanita tidak wajib menunaikan solat Jumaat. Alasannya kerana wanita sibuk dengan urusan rumahtangga dan ditegah keluar ke perhimpunan kaum lelaki kerana mengelak fitnah.

2.5.Hukum Khusus Bagi Wanita Semasa Mengerjakan Haji.

Hadis Ummu Salamah menyatakan bahawa Baginda (s) bersabda kepadanya:وفي من وراء الناس وأنت راكبة“Tawaflah di belakang orang ramai dan kamu menonggang”.

Para fuqahak mengatakan wanita digalakkan tidak mendekati kaabah semasa tawaf jika kaum lelaki ramai melakukan tawaf. Mereka sepatutnya tawaf jauh dari kaabah supaya tidak berlaku pergaulan dengan lelaki. Sekiranya kaum lelaki tidak ramai di tempat tawaf mereka bolehlah tawaf berhampiran kaabah.

Al-Karamani berpendapat, Baginda saw mengarahkan Ummu Salamah tawaf jauh dari kaum lelaki kerana sunnah kaum wanita semasa tawaf ialah wanita menjauhkan diri dari kaum lelaki.

Selain dari itu wanita dirukhsahkan melontar jamrah pada hari nahar ) يطوم النحطر ( sebelum fajar untuk mengelakkan kesukaran berebut-rebut dengan kaum lelaki.

2.6.Tegahan Wanita Berjalan Seiringan Dengan Lelaki.

Diriwayatkan daripada Hamzah bin Usaid al-Ansari, beliau meriwayatkan dari bapanya bahawa bapanya mendengar Rasulullah (s) bersabda semasa Baginda keluar dari masjid dan kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan:اسلاأخرن فإنه ليس لكن أن لاحققن ال ريق ، عليكن بحافات ال ريق“Kebelakanglah, sesungguhnya kamu tidak boleh berada ditengah jalan, kamu mestilah (berjalan) di tepi jalan”.

Lantas kaum wanita merapatkan diri mereka ke tepi-tepi dinding, sehingga ada di antara mereka yang pakaiannya tersangkut didinding kerana terlalu rapat ke dinding.

Dalam hadis ini Rasulullah (s) mengarahkan kaum wanita berjalan di tepi jalan, tidak di tengah-tengahnya, supaya mereka tidak bercampur aduk dengan kaum lelaki. Para sahabiyat telah mematuhi arahan Baginda dengan beredar ke tepi jalan hingga hampir ke dinding-dinding rumah dan ada pakaian mereka yang tersangkut di dinding kerana mereka terlalu rapat dengannya. Ini menunjukkan betapa mereka berusaha mengelak diri dari berjalan di tengah jalan supaya tidak bergaul dengan kaum lelaki.

Hadis ini menunjukkan tegahan pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi. Dan sekali lagi ia menunjukkan bahawa hukum asal pergaulan ini adalah ditegah.

3. Bergaul Dalam Keadaan Tertentu.

Walaupun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh Bergaul Kerana Darurat.

Boleh bergaul silang jantina ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh Bergaul Kerana Hajah/Keperluan.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرألاان ممن لارضون من الشهداء“Jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah s.a.w dan sahabat. Tiada siapa yang menyediakan dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya kedalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda s.a.w selesai makan Ummu Usaid mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah s.a.w sebagai tetamu. Dalam hal ini, kedudukan Baginda s.a.w sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Soheh Muslim dikisahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat Abu Ayyub Al Ansari dari kaum al-Ansar mengatakan “Saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “Kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “Tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “Lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda kepadanya “Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajat/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan4syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “Kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul silang jantina ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.

4. Pergaulan Silang Jantina Ajnabi Masa Kini.

Di antara pergaulan silang jantina ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarahmenziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak resmi; mesyuarat, kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja. Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.

Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj(bersolek). Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas. Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.

5. Bolehkah Bergaul Silang Jantina Ajnabi Untuk Menuntut Ilmu?.

Persoalannya, bolehkah lelaki dan wanita ajnabi berada dalam satu majlis ilmu seperti yang berlaku sekarang di sekolah, IPT dan majlis ilmu lain? Ada dua pendapat mengenai persoalan ini.

Pendapat pertama mengatakan pergaulan silang jantina ajnabi dan dalam satu majlis menuntut ilmu adalah ditegah. Ia tidak diharuskan. Hujjah yang dikemukakan ialah hadis Rasulullah (s) yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya:قالت النساء للنبي )ص( : غلبنا عليك الرجال ، فاجعل لنا يوما من نفسك ، فوعدهن يوما لقيهن فيه“Kaum wanita berkata kepada Nabi s.a.w: Kaum lelaki telah menewaskan kami keatasmu, tentukanlah satu hari untuk kami dari dirimu. Baginda pun menjanjikan kepada mereka satu hari di mana Baginda bertemu dengan mereka”.

Menurut pendapat pertama, hadis ini menunjukkan wanita tidak boleh bersama dalam satu majlis ilmu dengan lelaki ajnabi. Majlis mereka mestilah berasingan. Kalau ia boleh, masakan kaum wanita meminta ditentukan satu majlis asing khusus untuk mereka. Dan kalau boleh sudah tentu Baginda tidak menentukan satu hari lain untuk wanita.

Pendapat kedua mengatakan wanita dan lelaki ajnabi boleh bercampur dalam satu majlis ilmu. Hujjah yang mereka kemukakan ialah:

i. Fuqaha’ telah mengharuskan pergaulan silang jantina ajnabi untuk tujuan hajat dan keperluan yang syar`ie seperti dijelaskan dalam perenggan no. 4 di atas. Jika pergaulan kerana hajah seperti menaiki kenderaan awam, melayan tetamu, ziarah menziarahi diharuskan maka bergaul antara silang jantina ajnabi untuk tujuan menuntut ilmu sepatutnya lebih diharuskan, kerana suasana menuntut ilmu lebih beradab, lebih warak dan lebih selamat daripada fitnah berbanding majlis-majlis di atas.

ii. Selain dari itu, hadis yang dijadikan hujjah oleh pendapat pertama sebenarnya tidak boleh dijadikan hujjah untuk kes ini, kerana kaum wanita meminta satu masa lain khusus untuk mereka5bukan kerana mereka dilarang berada dalam satu majlis ilmu dengan lelaki ajnabi, tetapi kerana tabiat tanggungjawab mereka dan tabiat kewanitaan mereka membuatkan mereka tidak banyak peluang untuk bersama Rasulullah s.a.w. Tidak sama dengan kaum lelaki yang kebanyakan masa mereka bersama Rasulullah s.a.w .

Kita memilih pendapat kedua kerana kema`qulan hujjahnya. Namun pergaulan itu mestilah mematuhi hukum-hukum syarak, adab-adab islam dan bersistem. Amat baik jika tempat wanita dalam majlis itu dipisahkan dari tempat lelaki. Bukan bergaul sampai ke peringkat campur aduk.

6. Bersalaman Silang Jantina Ajnabi.

Merujuk kepada penulisan fuqahak dalam masalah ini kita temui tiga hukum berikut :

Pertama : Haram bersalaman antara silang jantina ajnabi. Dengan syahwat atau tidak, aman fitnah atau tidak. Pendapat ini merujuk kepada mereka yang mengatakan semua anggota wanita adalah aurat tanpa pengecualian. Oleh itu ia haram dilihat. Maka haram sentuh tentulah lebih aula. Jika bersentuh adalah haram maka bersalaman juga tentulah haram kerana bersalaman tidak berlaku tanpa bersentuhan.

Kedua: Haram bersalaman antara silang jantina ajnabi sekiranya ia disertai syahwat dan keinginan ingin menikmati kelazatan hubungan kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan. Ia juga haram jika suasana disebalik bersalaman itu tidak aman fitnah. Pengharaman ini adalah dengan tujuan menutup pintu bencana (sad al-zari`ah).

Hukum ini diperkuatkan oleh hukum lelaki menyentuh perempuan mahram. Ia diharuskan. Namun keharusan itu boleh bertukar menjadi haram jika ia disertai syahwat atau jika tidak aman fitnah. Terutama apabila sentuhan itu berlaku antara anak tiri, ibu tiri, saudara sesusu, yang mana perasaan lelaki terhadap mereka ini tidaklah sama dengan perasaannya terhadap ibu kandung, anak kandung, adik kandung dan emak saudara. Jika ini berlaku pada keluarga mahram kekal atau sementara maka dengan ajnabi adalah lebih aula.

Ketiga: Rukhsah bersalaman dengan perempuan yang tidak lagi meransang seks, kanak-kanak kecil yang juga belum meransang seks atau lelaki itu telah terlalu tua, kerana suasana ini aman fitnah. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar ( r ) bersalaman dengan perempuan tua. Abdullah Bin Zubair telah mengupah seorang perempuan tua. Perempuan tua itu telah menjaram kepalanya.

Perkara yang penting dalam persoalan ini ialah penentuan maksud ‘tua’. Tua bukan dinilai dengan umur, tetapi ia dinilai berdasarkan ransangan seks. Yakni, apakah masih ada ransangan seks dalam diri sendiri atau ia masih meransang seks orang lain.Perbincangan mengenai masalah ini berkisar disekitar tiga persoalan berikut:

i. Riwayat hadis yang menjelaskan bai`ah al-nisa’ berlaku dengan wanita berjabat tangan dengan Rasulullah saw dan riwayat yang menyatakan bai`ah itu berlaku dengan perkataan sahaja.

ii. Perbincangan mengenai tafsiran ayat إلا ما ظهطر منهطا . Apakah anggota yang dikecualikan dalam persoalan aurat dan anggota yang boleh dilihat dan disentuh.

iii. Perbincangan mengenai tafsiran keatas perkataan لمطس dan لامطس dalam ayat al-Quraan. Apakah ia bermaksud sentuh sahaja atau sentuh dengan nafsu atau ia bermaksud jimak.Dari perbincangan panjang fuqahak dalam masalah ini kita tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berikut:

Pertama: Bersalaman antara silang jantina ajnabi adalah harus sekiranya tidak dengan syahwat dan aman fitnah. Sekiranya tidak aman fitnah di salah satu pihak atau ada unsur syahwat, unsur ingin menikmati sentuhan silang jantina maka bersalaman adalah haram. Tidak syak lagi.Malah jika kedua-dua syarat ini tidak wujud antara silang jantina mahram maka bersalaman antara silang jantina mahram pun adalah haram.6Malah jika kedua-dua syarat ini tidak wujud bersalaman antara lelaki dengan lelaki cantik juga adalah haram. Mungkin persekitaran dan budaya disesetengah kaum lelaki ‘cantik’ lebih membawa fitnah, seperti kesah kaum Nabi Lut.

Kedua: bersalaman antara silang jantina ajnabi mesti dibataskan kepada hajat. Ia sepatutnya dibataskan kepada keluarga terdekat atau keluarga persemendaan sahaja. Ia tidak perlu dan tiada hajat untuk diperluaskan lebih dari itu. Pembatasan ini dibuat dengan tujuan ‘sad al-zari`ah’ (menutup pintu bencana), mengelakkan syubhat dan sebagai tindakan berawas di samping mengikut perbuatan Rasulullah saw yang tidak bersalaman dengan perempuan.

Amat afdal dan lebih baik bagi muslim dan muslimah yang kuat pegangan agamanya supaya tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman silang jantina ajnabi. Tetapi jika orang yang menghulurkan tangan terlebih dahulu, sambutlah. Mungkin di situ ada hajat atau adab untuk memelihara air muka orang, terutama dalam majlis-majlis rasmi, ada liputan media yang di luar kawalan kita.

Kesimpulan ini dikemukakan dengan tujuan supaya ia boleh dilakukan oleh mereka yang memerlukannya, semoga mereka tidak merasakan telah mengabaikan tuntutan agamanya. Dan supaya perbuatannya itu tidak dipandang salah oleh orang yang melihatnya. Masalah ini adalah masalah ijtihadiyah.

7. Ziarah Pesakit Silang Jantina Ajnabi.

Banyak hadis-hadis mengenai galakan menziarahi orang sakit secara umum. Tidak membezakan jantina. Antaranya ialah :

1. حطق المسطلم علطي المسطلم سطت ، قيطل: ومطا هطن يطا رسطول ، قطال: إذا لقيلاطه فسطلم عليطه وإذا دعطاك فأجبطه وإذااسلانصحك فانصح له وإذا ع ش فشملاه وإذا مرض فعده وإذا مات فالابعه
2. فكوا العاني )أي الأسير( وأجيبوا الداعى وا عموا الجائع وعودوا المريض
3. عودوا المريض والابعوا الجنائز لاذكركم الآخرة
4. إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خرفة الجنطة حلاطى يرجطع ، قيطل: يطا رسطول ومطا خرفطة الجنطة قطال:جناها . أى ما يخلارف ويجلانى من ثمارها5. من عاد مريضا ناداه مناد من السماء: بت و ابت ممشاك ولابوأت من الجنة منزلا
7. إن عز وجل يقول يوم القيامة: يا ابن آدم مرضت فلم لاعدني، قال: يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمينقال: أما علمتَ أن عبدي فطنا مرض فلم لاعده ، أما علمت أنك لو عدلاه لوجدلاني عنده

Ada hadis-hadis yang khusus menjelaskan kes-kes wanita menziarahi lelaki ajnabi.

Antaranya:

1. Bukhari meriwayatkan: وعادت أم الدرداء رجط من أهل الالمسجد من الأنضصار2. Aisyah berkata: لما قدم رسول المدينة وعك أبو بكر وبطل رضي عنهما. قالطت: فطدخل ت عليهمطافقل ت : يا أبت كيف لاجدك ، ويا بطل كيف لاجدك3. Ummu Mubassyirah Bt al-Barra’ Bin Ma`rur al-Nasariyah masuk menziarahi Ka`ab Bin Malik al-Ansari di saat beliau menghadapi mautnya dan berkata:” Wahai bapa Ablulrahman, sampaikan salam kepada anak saya”. Yakni Mubassyir.Ada juga hadis-hadis khusus yang menjelaskan lelaki ajnabi menziarahi wanita. Antaranya:1. Aisyah berkata: دخل رسول )ص( علي ضباغة بنت الزبير فقال لها: لعلك أردت الحج . قالت: ولا أجدني إلا وجعة . فقال: حجي واشلار ي. الحديث2. Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw masuk menziarahi Ummu al-Saib atau Ummu al-Musaiyyib dan berkata kepadanya: السائب لازفزفين أى لارلاعدين . قالت: الحمىلا بارك فيها . فقال: لا لاسبي الحمى فإنها لاذهب خ ايا بني آدم كما يذهب الكير خبث الحديد3. Bukhari meriwayatkan Ibn Abbas minta izin menziarahi Aisyah di saat hampir kematiannya. Aisyah mengizinkan. Ibn Abbas berkata: كيف لاجدينك قالت: بخير إن الاقيطتلاعطالى . قطال: فأنطت بخيطر إن شطاء ، زوجطة رسطول )ص( ولطم يطنكح بكطرا غيطرك ونطزل عطذرك مطنالسماء7

Kesemua nas di atas menunjukkan tiada halangan lelaki ajnabi menziarahi wanita sakit, begitu juga sebalikya, selagi dalam ziarah itu semua perkara berkaitan hukun syarak dan adab-adab Islam dapat dipelihara dengan sempurna. Jika yang diziarahi adalah rakan sekerja atau sepersatuan adalah baik jika ziarah itu dilakukan secara berkumpulan atau bersama suami/isteri.

Tidak ada makna kita mengharamkan ziarah orang sakit silang jantina sedangkan kita mengharuskan pergaulan yang bersyarat di tempat kerja atau lainnya semasa sihat. Tidakkah suasana menziarahi pesakit lebih aman fitnah berbanding pergaulan semasa sihat. Malah bukankah pesakit lebih utama mendapat layanan belas kasihan dari orang yang sihat.

Peringatan Penting.Sebagai satu peringatan penting, perlu ditegaskan bahawa dalam sebarang pergaulan antara lelaki dan perempuan, terutama yang ajnabi, syarat-syarat yang telah dikemukakn fuqahak mestilah dipatuhi. Begitu juga mengenai adab pergaulan antara lelaki dan wanita dan pakaian syar`ie. Kebanyakan pergaulan silang jantina anjabi sekarang tidak lulus syarak adalah kerana mereka yang bergaul tidak mematuhi hukum syarak, syarat dan adab pergaulan yang telah ditetapkan.

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"

Bolehkah Lelaki Dan Wanita Bersahabat

credit : google
credit : google

Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia dalam keadaannya yang pelbagai bangsa dan berbeza jantina. Berbeza kabilah dan berbeza puak. Berbeza bahasa dan berbeza negara. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana terhadap segala percaturan dan penetapanNya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang berfikir.
Timbul idea untuk menulis tentang persahabatan antara lelaki dan wanita, hasil cetusan dari salah seorang rakan di facebook saya.
Masih dalam ruang lingkup perbincangan yang penting, iaitu hubungan antara lelaki dan wanita. Allah dengan penuh bijak menciptakan kita ada yang lelaki dan ada yang wanita. Tidak Allah ciptakan hanya lelaki di muka bumi, begitu juga tidak hanya wanita. Dan kewujudan kedua-duanya pula disertai dengan beberapa garis panduan penting, yang hanya akan dikecapi hikmahnya oleh manusia cerdik lagi suka berfikir.

LELAKI SEBAGAI LELAKI, WANITA SEBAGAI WANITA
Kedua-dua lelaki dan wanita, hidup sebagaimana yang ditetapkan ke atas mereka. Lelaki cenderung menjadi gagah lagi kuat fizikalnya, manakala wanita cenderung menjadi lembut dan tertib. Lelaki sampai kiamat tidak akan boleh mengandung apatah lagi beranak. Wanita pula pasti akan didatangi haid dan sebagainya.
Mereka, lelaki dan wanita, hidup sebagai diri mereka. Satu sama lain tidak boleh menukar keistimewaan diri masing-masing walaupun kedua-duanya mahu.
Islam, sebagai satu cara hidup yang paling sempurna dan sesuai untuk semua manusia, tidak hanya berbicara perihal solat dan zakat. Bahkan Islam juga membicarakan tentang bab mu’amalat iaitu perhubungan sesama manusia. Termasuk juga perbincangan tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.
Apabila lelaki dan wanita hidup sebagai diri masing-masing, maka di sana ada etika tertentu yang perlu mereka patuh dan ikut jika mahu berhubung sesama mereka. Sungguh Allah itu tidak zalim dan kejam, sehingga menyekat manusia berjantina lelaki untuk hidup serta bergaul sesama lelaki sahaja manakala wanita juga hanya bergaul sesama wanita sahaja.
Salah faham seperti ini, kerapkali menjadikan wanita sebagai mangsa, sehingga pergerakan mereka terbatas dan sudut pandang mereka menjadi sempit. Hakikatnya, mangsa yang sebenar bukanlah wanita sebaliknya Islam itu sendiri ditohmah sebagai punca kepada sindrom tersebut.

PERGAULAN DAN PERSAHABATAN
Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, Islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.
Secara dasarnya, kedua-dua lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Tidak ada istilah hanya lelaki boleh maju, wanita perlu duduk di rumah. Islam itu prinsipnya bukan menyekat, sebaliknya memberi saluran dan alternatif.
Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu dalam lapangan-lapangan tertentu. Seumpama kehidupan di kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan pada masyarakat. Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita, dan wanita pula akan bertemu lelaki.
Islam tidak menghalang perkara tersebut.
Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama.
Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan adalah menjaga pandangan.
Dan bab menjaga pandangan ini cukup teliti dan panjang untuk diulas. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar di sebalik arahan Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.
Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah je la?
Bukan.
Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.
Jangan dan jangan ini, untuk kebaikan manusia sendiri. Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke hati. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya bila bertemu jalan buntu, zinalah menjadi jalan keluar paling mudah.
Itu baru satu etika.
Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Antara lain :
1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

JADI, BOLEHKAH BERSAHABAT LELAKI DAN WANITA?
Sebelum dijawab, saya kira ada sedikit beza antara istilah ‘sahabat’ dan ‘kawan’ pada pengertian umum. Kawan atau rakan atau kenalan, sifatnya tidak terlalu rapat. Tapi istilah ‘sahabat’ menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan.
Tak mengapa, itu isu istilah. Kita tidak mahu berbicara tentang istilah, tetapi mahu memfokuskan kepada apa yang diistilahkan. Kaedah Fiqh menyebut : ” Hukum dikira kepada apa yang dinamakan, bukannya pada nama “. Maknanya, kalau arak ditukar nama menjadi soya sekalipun, hukumnya tetap haram.
Begitu juga bab bersahabat atau berkawan dengan berlainan jantina.
Mudahnya, mari kita sama-sama fahami prinsip asas yang digariskan Islam :
1. Lelaki dan wanita berbeza ciptaannya. Bersentuh tangan atau duduk dekat-dekat sesama jantina, tidak sama dengan bersentuh tangan atau duduk rapat-rapat dengan beza jantina. Ada ‘cas’ tertentu yang akan mengalir. Oleh itu, Islam sama sekali mengharamkan sentuh menyentuh, pegang memegang, tepuk menepuk, dakap mendakap dan yang sewaktu dengannya oleh manusia yang berbeza jantina – kecuali setelah berkahwin.
2. Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam adalah tujuan yang membawa kepada Al-Birr (kebaikan) dan At-Taqwa (ketaqwaan). Sebagaimana Firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Maaidah :
” dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolog-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan “
Jadi, kalau bersahabat atas dasar taqwa dan kebaikan, caranya juga mestilah ada ciri-ciri orang bertaqwa dan orang yang membawa kebaikan. Orang bertaqwa tidak akan sembrono sahaja bergaul dengan bukan mahramnya. Dia pasti akan memelihara adab dan sahsiahnya. Begitu juga, tujuan yang sama-sama diusahakan juga tentulah yang menuju kepada Allah, seumpama dalam satu team dakwah, program untuk masyarakat dan sebagainya.
3. Batasan sesama bukan mahram. Atas nama apa sekalipun, jika hakikatnya mereka bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Bermakna, walaupun kita ada sahabat / sahabiah berbeza jantina, tidak bermakna mereka boleh sampai ke tahap saudara kandung kita. Prinsipnya tetap sama. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.

ATAS NAMA KAWAN / SAHABAT?
Mereka keluar berdua, makan-makan dan melepak atas bukit. Ambil angin katanya. Bila ditanya, mereka jawab : ” kami hanya kawan biasa. Kebetulan dia ada masalah, nak cari tempat meluah, jadi saya luangkan masa. Lagipun, kami masing-masing dah berpunya “.
Sila ambil perhatian. Bercouple itu menjadi haram bukan kerana namanya couple atau semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had batasan dan sebagainya. Jadi, jika berlaku elemen-elemen tersebut, tidak kiralah namanya ‘kawan’ , ‘sahabat’ ataupun ‘couple’ , hukumnya tetap adalah haram. Ia termasuk dalam kategori khalwat dan mukaddimah zina.
Ada lagi contoh situasi lain.
Si lelaki aktif dalam sesuatu pertubuhan. Ada kenalan ataupun sahabat wanita dalam pertubuhan yang sama. Mereka ramai, bekerja dan bergerak bersama. Tetapi dalam diam-diam, si lelaki suka ‘mengadu masalah dari hati ke hati’ dengan salah seorang kawan atau sahabat wanitanya. Hampir setiap malam bergayut di telefon. Bila ditegur, katanya ; saya mengadu kepada sahabat saya. Soalnya, mengapa sedemikian ramai sahabat sama jantina yang ada, sahabat lain jantina juga yang dicari?
Kalau jawabnya ; yang wanita lebih memahami, saya selesa mengadu kat dia, dan kadang-kadang dia pun mengadu kat saya – maka jatuh hukum haram, kerana wujudnya elemen mukaddimah zina dan ‘khalwat’ dalam telefon. Apatah lagi tujuannya langsung tidak ada ciri-ciri Taqwa.

BAGAIMANA YANG BOLEH?
Cuba lihat di mana anda berada.
Kalau dalam situasi anda di kampus, anda tentu punya rakan sekuliah atau sepersatuan. Mungkin terlibat dalam program, kerja bersama dan sebagainya. Maka anda boleh saja menganggap ‘muslimin itu sahabat saya’ atau ‘muslimat itu sahabiah saya’. Bahkan ia berpahala kiranya disandarkan kepada firman Allah : Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.
Tetapi, menganggap mereka sebagai sahabat atau sahabiah, tidak bermakna kita boleh ‘masuk’ ke dalam kehidupan mereka seperti kita masuk ke dalam kehidupan sesama kita. Maka, undang-undang pergaulan sangatlah perlu untuk dijaga.
Kalau dalam contoh bekerja pula. Katakan kita sebagai wanita, dan ketua kita adalah lelaki. Masing-masing boleh menganggap sesama sendiri sebagai sahabat. Tetapi jika berhubung, perbincangan hanyalah tentang hal-hal kerja sahaja. Selagi mana topiknya tidak tersasar, ia tidak menjadikan kita salah. Kita akan mula menjadi salah, apabila topik sedikit demi sedikit beralih dari hal kerja kepada hal peribadi, dari satu jam kepada berjam-jam, dari menaip kepada bergayut dan sebagainya.
Justeru, yang boleh tetap boleh, selagi mana tidak diresapi unsur-unsur yang menjadikannya sebagai tidak boleh.

KESIMPULAN
Sebagai mukmin yang membawa Islam sebagai cara hidup, lelaki mahupun wanita tidak sewajarnya membuka ruang fitnah kepada Islam hanya kerana sikap masing-masing. Kadang-kadang, ada wanita yang kononnya terlalu ‘menjaga perhubungan’ sehingga pergaulannya dengan lelaki – meskipun dalam hal-hal kerja – menjadi begitu sempit, tertutup dan menyusahkan.
Wanita jenis itu, ada isu yang panjang juga jika saya mahu ulas. Mungkin di entri lain.
Untuk kali ini, saya kira cukup untuk menjelaskan kekeliruan dan menampakkan jalan kepada kita, bolehkah lelaki dan wanita bersahabat? Anda ada jawapannya.

BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM KINI: SATU HURAIAN HUKUM ISLAM SEMASA

27 08 2009
Oleh: Prof Madya Dr. Anisah Ab Ghani

PENDAHULUAN
Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

PENGERTIAN PERGAULAN
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.[1]
             Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Monday, December 6, 2010


Persahabatan Lelaki Dan Perempuan..

Pergaulan bererti cara kita berinteraksi antara sesama manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara sesama manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kadangkala bentuk pergaulan tersebut boleh jadi berupa persahabatan yang terjalin antara mereka dengan saling meluahkan isi hati.

Sebuah persahabatan yang terjadi antara lelaki dan perempuan biasanya berlatarbelakang yang sama iaitu kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Dari situ muncullah simpati sehingga wujud keterbukaan dan mula mencurahkan isi hati.

Dalam konteks agama, biasanya disebut “ukhuwah”. Ukhuwah ini didasari dengan keimanan, keikhlasan dan muroqobatullah.

Kedudukan sahabat begitu istimewa dalam hati seseorang, sehingga persahabatan yang terjadi antara lawan jenis perlu dipersoalkan, adakah mereka memang bersahabat? Ini kerana tidak mustahil ada kemungkinan di hati mereka atau salah seorang daripada mereka yang punya perasaan memiliki dan penuh harap.Curahan hati antara mereka sebenarnya bukanlah untuk mencari sebuah penyelesaian namun banyak berbentuk pengaduan dan mendapatkan perhatian.

Secara fitrahnya, antara lelaki dan perempuan (ikhwan atau akhawat) memiliki ketertarikan seperti positif dan negatif sehingga tidak ada hubungan persahabatan yang benar-benar tulus di antara mereka.

Perkara ini perlu menjadi perhatian yang besar bagi ikhwah mahupun akhawat. Ini kerana fenomena yang berkembang akhir-akhir ini kelihatan berlakunya ‘kelonggaran’ dalam pergaulan, apakah zaman sudah berubah atau kerana ruang lingkup dakwah sudah meluas, pergaulan sudah bebas, bahkan dengan masyarakat secara umum. Ia perlu dinilai kembali akan perilaku dan akhlak bergaul terhadap lawan jenis, kendati apa yang dilakukan semata-mata demi berkembangnya dakwah.

Islam sebagai Dinullah telah mengatur kehidupan antara sesama manusia dengan terperinci. Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan perempuan (ikhwah dan akhawat) hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara mereka yang bukan mahram atau jalan-jalan bersama. Kerjasama antara keduanya bertujuan agar mereka melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka.

Interaksi antara mereka hendaknya tidak mengarah kepada hubungan yang bersifat nafsu syahwat. Maksudnya, interaksi mereka tetap dalam koridor kerjasama semata-mata (amal jama’i) dalam menggapai pelbagai kemaslahatan dakwah dan dalam melakukan pelbagai macam aktiviti yang bermanfaat, tanpa diwarnai oleh ‘kepentingan individual’.

Pergaulan ikhwah dan akhawat hendaknya menjadikan aspek rohani sebagai landasan hukum dan syariat sebagai tolok ukur yang di dalamnya terdapat hukum yang mampu menciptakan nilai-nilai akhlak yang luhur.

Dalam mengatur hubungan berlainan jenis, kaedah yang telah ditentukan Islam perlu dijadikan pedoman sekalipun hubungan tersebut dalam kerangka dakwah. Larangan dalam persoalan ini sangat tegas. Atas dasar itu, Islam menetapkan sifat menjaga kehormatan sebagai satu kewajipan. Di antara ketentuan hukum yang berkenaan dengan hubungan terhadap lawan jenis adalah:

Pertama, perintah untuk menjaga pandangan. Allah SWT berfirman,”Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(An-Nuur 24:30-31)

Sebarang agenda dakwah yang hendak kita lakukan, pandangan terhadap lain jantina tetap harus dijaga, bukan bererti kita tidak melihat sama sekali, namun menjaga mata agar tidak saling menatap. Ini kerana tatapan mata yang lama dapat mempengaruhi perasaan sehingga syaitan sangat bersemangat untuk menggoda. Rukhsah hanya diberikan kepada mereka yang terlibat dalam proses belajar, mengajar, transaksi jual beli, memberikan kesaksian, berubat dan ketika khitbah.

Kedua,Islam telah memerintahkan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian secara sempurna, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan.Allah SWT berfirman,“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutup tudung (khimar) ke bahagian dada mereka. (4:31).

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang mukmin, hendaklah ia melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. (33:59)

Walau bagaimanapun, bentuk dan model pakaian tidak termasuk urusan ibadah murni, tetapi termasuk aspek muamalah yang illat dan ketentuan hukum berpusat kepada maksud dan tujuan syariat (sebagaimana yang diungkapkan Prof Abdul Halim dalam Tahrirul Mar’ah). Oleh sebab itu, segala bentuk dan model pakaian dibolehkan asalkan dapat menutup aurat dengan memenuhi kriteria dan pensyaratan yang ditetapkan syariat, sesuai dengan keadaan iklim dan juga memudahkan wanita bergerak, maka dapat diterima syar’i.Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagaimana dikutip oleh Prof. Abdul Halim menguatkan penjelasan bahawa tidak mengapa wanita memakai pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam bentuk asalkan memenuhi syarat dan adab-adab yang ditetapkan syar’i. Kriteria dan pensyaratan itu antara lain menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan, longgar tidak ketat, dan tidak jarang (transparent), serta serasi dan tidak menjolok mata.

Ketiga,Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah SAW bersabda “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya”.

Keempat, Islam sangat menjaga agar dalam kejidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah daripada jamaah (komuniti) lelaki; begitu juga di dalam masjid, di sekolah, dan lain-lain tempat. Paling tidak jangan sampai berlaku pembauran (ikhtilath), sekalipun dalam urusan dakwah.

Ikhtilath banyak berlaku dalam kehidupan bermasyarakat seperti di dalam kenderaan awam, di pasar dan lain-lain. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan perkara seperti ini dikategorikan sebagai bentuk dharurat, selama kita belum mampu mengubahnya. Namun, apabila kita dapat mengaturnya, maka hukum dharurat tidak berlaku lagi. Contohnya dalam suasana di majlis perkahwinan, tidak dibenarkan berlaku ikhtilath antar tetamu lelaki dan wanita kerana sohihul haajah mampu mengaturnya.

Demikianlah antara beberapa perkara yang digariskan dalam Islam tentang pergaulan antara berlainan jantina. Dakwah semakin menyebar, pergaulan semakin meluas, namun kita sebagai tnaga-tenaga dakwah perlulah menjaga keaslian dakwah dalam menjunjung nilai-nilai Islam. Al-Islam Ya’lu wala yu’la ‘alaih.

http://paksi.net



Batas pergaulan lelaki dan perempuan

July 11th, 2011 | 6:19 pm | Akidah

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’


Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.
Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:
  1. Pandangan
  2. Pertemuan
  3. Percakapan
  4. Berjabat tangan
  5. Bersentuhan badan
Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.
Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Ustaz Zawawi Yusoh

BATASAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA


MAKSUD PERGAULAN
Maksud pergaulan di sini ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.

HUKUM ASAL PERGAULAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin)  adalah haram tetapi ianya tidak bersandarkan nas yang jelas (sorih) secara langsung.  Hukum asal haram ini diasaskan kepada hukum lain yang dikhususkan kepada kaum wanita kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Antara hukum yang dimaksudkan ialah:
1.    Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram  yang didasarkan kepada hadis-hadis berikut:
Hadis riwayat Imam Bukhari  yang bermaksud: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya  mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram

Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “ Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus bermusafir kecuali bersamanya mahram”.

Kedua-dua hadis ini melibatkan pengharaman khalwat dan larangan bergaul yang boleh difahami daripada larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram kerana
perbuatan tersebut mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki.

          2. Hukum wanita solat Jemaah di Masjid
Solat jemaah di masjid digalakkan kepada lelaki tidak kepada wanita. Malah, lebih afdhal bagi wanita untuk solat di rumah berbanding dengan di masjid. Keharusan solat di masjid bagi wanita terikat dengan syarat-syarat. Antara syaratnya ialah keizinan suami atau wali, tidak berhias dan tidak memakai bau-bauan dan tidak bercampur gaul antara lelaki dan wanita. Saf bagi wanita pula ialah mesti di belakang saf lelaki.   Penentuan syarat-syarat ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Jika dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh daripada fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki, apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, maka sudah tentu ianya lebih-lebih ditegah.

Sandaran hukum di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah nikah) adalah haram. Ia turut disokong oleh kaedah Fiqh iaitu Sadd al-Zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah). Kaedah Fiqh iaitu al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah  (Asal kepada sesuatu ialah harus) tidak dapat digunakan untuk menyatakan hukum asal adalah harus kerana nas-nas yang dikemukakan tadi secara tidak langsung telah mengandungi unsur larangan berlakunya pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Namun begitu, walaupun hukum asalnya adalah haram, dalam situasi dan keadaan tertentu hukum tersebut boleh berubah menjadi harus tetapi masih terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahah syarie dan kebiasaan adat setempat.

Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:
1. Kerana darurat
Pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat. Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.
2. Kerana Keperluan / kemaslahatan
Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan  kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).
3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.
Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah)

Tiga sebab keharusan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi tersebut tidak secara mutlak tetapi terikat dengan peraturan dan  syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi mengelak berlakunya fitnah yang besar.

Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:
1. Menundukkan PandanganFirman Allah SWT di dalam surah an-   Nur, ayat 30  dan 31. Maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka”.
2. Menutup Aurat;
Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.

3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita   kecuali bersama mahramnya”.
                               (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.
                   (Hadis Riwayat Ahmad  dan Tirmidzi)

4. Tidak Melunakkan Ucapan
Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:
Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).)
Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah  berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)
Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.
Dari Maqil bin Yasar  r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala

seseorang  kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
                                                  (Hadis Riwayat Baihaqi) .
 Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
          (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim  dan Abu Daud).
Kesimpulan
Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah dilarang di dalam Islam. Larangan ini lebih kepada menjaga maslahah atau kepentingan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu disebabkan darurat, keperluan dan kemaslahatan serta kebiasaan adat setempat tetapi masih tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syariat sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.



HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.
 1.      Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram
Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi (sah kawin dengannya).
Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut:
                 i.            Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.”[2]
                ii.            Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”[3]
 Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’[4] sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.
             Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.
             Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat,[5] maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.
 2.      Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid
Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal bagi mereka.[6]
 Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami atau wali,[7] tidak memakai bau-bauan tidak berhias[8] dan tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah di dalam masjid.[9] Syarak menentukan saf bagi wanita dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki. Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin `Abbas yang beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka menunaikan solat bersama.[10]
             Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan  lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, sudah  tentu tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah. Kesimpulannya, pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf sewaktu melakukan solat jemaah bersama lelaki di samping pensyaratan-pensyaratan lain. Ini bererti kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah bergantung kepada pensyaratan boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan kata lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan boleh secara mutlak, tetapi boleh dengan syarat-syarat yang ditentukan.
 3.      Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad
Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjan haji.[11]
             Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.[12]
             Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.
 4.      Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat
Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak wajib menunaikan solat jumaat.[13] Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dlam keadaan yang boleh membawa fitnah.[14] Alasan ini  membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita dan lelaki ajnabi adalah haram.
Di awal perbincangan telah dinyatakan, tiada nas sarih yang secara langsung mengharamkan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Namun demikian, dalam konteks ini kaedah al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah, tidak dapat digunakan untuk menyatakan bahawa hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi adalah harus, kerana nas-nas yang dikemukakan di atas secara tidak langsung telah mengandungi unsur-unsur larangan dari pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, keharusan yang mutlak dalam kes ini sudah tidak ada lagi.

BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN
Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut  berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.
 1.      Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat
Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.[15]
             Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
 2.      Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan
Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:
             a.      Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)
Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa  muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.[16]
            b.      Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja
Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17] Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.
           c.      Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi
Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.[18]
            d.      Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam
Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.
 Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.
  3.      Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).
 4.      Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar
Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:
Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.
 Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan  di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.
             Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi  mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.
             Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”


[1] Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121. [2] Al- `Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.
[3] Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.
[4] Abd al-Karim Zaydan (Dr.), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.
[5] Al-Nawawai, op.cit., hlm. 109.
[6] Ibid, Jilid 4, hlm. 159-161.
[7] Ibid.
[8] Ibid, hlm. 163.
[9] Ibid., hlm. 159.
[10] Abd al-Razzaq al-San`ani, al-Musannaf, Jilid 2, hlm. 407.
 [11] Al-Asqalani, op.cit., Jilid 6.hlm. 75-76.
[12] Ibid.
[13] Ibn Qudamah, al-Mughni, Jilid 2, hlm. 341; Lihat juga al-Nawawi, al-majmu’. Jilid 4, hlm. 365.
[14] Al-Kasani, Bada’i al-Sana’i, Jilid 1, hlm. 259.
[15] Al-Nawawi, op.cit., hlm. 109.
[16] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 276; Ibn Qudamah, op.cit., Jilid 6, hlm. 588; al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj., JIlid 6,hlm. 154.
[17] Ibn Hazm, al-Muhalla, Jilid 9, hlm. 429.
[18] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 427.
[19] Ibid., hlm. 431.

Hukum Pergaulan Laki-Laki Dengan Perempuan

Rubrik: Fiqih Kontemporer | Oleh: dakwatuna.com - 05/07/12 | 11:30 | 16 Shaban 1433 H

Ilustrasi (kawanimut)
dakwatuna.com - Kesulitan kita – sebagaimana yang sering saya kemukakan – ialah bahwa dalam memandang berbagai persoalan agama, umumnya masyarakat berada dalam kondisi ifrath (berlebihan) dan tafrith (mengabaikan). Jarang sekali kita temukan sikap tawassuth (pertengahan) yang merupakan salah satu keistimewaan dan kecemerlangan manhaj Islam dan umat Islam.
Sikap demikian juga sama ketika mereka memandang masalah pergaulan wanita muslimah di tengah-tengah masyarakat. Dalam hal ini, ada dua golongan masyarakat yang saling bertentangan dan menzhalimi kaum wanita.
Pertama, golongan yang kebarat-baratan yang menghendaki wanita muslimah mengikuti tradisi Barat yang bebas tetapi merusak nilai-nilai agama dan menjauh dari fitrah yang lurus serta jalan yang lempang. Mereka jauh dari Allah yang telah mengutus para rasul dan menurunkan kitab-kitab-Nya untuk menjelaskan dan menyeru manusia kepada-Nya.
Mereka menghendaki wanita muslimah mengikuti tata kehidupan wanita Barat “sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta” sebagaimana yang digambarkan oleh hadits Nabi, sehingga andaikata wanita-wanita Barat itu masuk ke lubang biawak niscaya wanita muslimah pun mengikuti di belakangnya. Sekalipun lubang biawak tersebut melingkar-lingkar, sempit, dan pengap, wanita muslimah itu akan tetap merayapinya. Dari sinilah lahir “solidaritas” baru yang lebih dipopulerkan dengan istilah “solidaritas lubang biawak.”
Mereka melupakan apa yang dikeluhkan wanita Barat sekarang serta akibat buruk yang ditimbulkan oleh pergaulan bebas itu, baik terhadap wanita maupun laki-laki, keluarga, dan masyarakat. Mereka sumbat telinga mereka dari kritikan-kritikan orang yang menentangnya yang datang silih berganti dari seluruh penjuru dunia, termasuk dari Barat sendiri. Mereka tutup telinga mereka dari fatwa para ulama, pengarang, kaum intelektual, dan para muslihin yang mengkhawatirkan kerusakan yang ditimbulkan peradaban Barat, terutama jika semua ikatan dalam pergaulan antara laki-laki dan perempuan benar-benar terlepas.
Mereka lupa bahwa tiap-tiap umat memiliki kepribadian sendiri yang dibentuk oleh aqidah dan pandangannya terhadap alam semesta, kehidupan, Tuhan, nilai-nilai agama, warisan budaya, dan tradisi. Tidak boleh suatu masyarakat melampaui tatanan suatu masyarakat lain.
Kedua, golongan yang mengharuskan kaum wanita mengikuti tradisi dan kebudayaan lain, yaitu tradisi Timur, bukan tradisi Barat. Walaupun dalam banyak hal mereka telah dicelup oleh pengetahuan agama, tradisi mereka tampak lebih kokoh daripada agamanya. Termasuk dalam hal wanita, mereka memandang rendah dan sering berburuk sangka kepada wanita.
Bagaimanapun, pandangan-pandangan di atas bertentangan dengan pemikiran-pemikiran lain yang mengacu pada Al-Qur’anul Karim dan petunjuk Nabi SAW serta sikap dan pandangan para sahabat yang merupakan generasi muslim terbaik.
Ingin saya katakan di sini bahwa istilah ikhtilath (percampuran) dalam lapangan pergaulan antara laki-laki dengan perempuan merupakan istilah asing yang dimasukkan dalam “Kamus Islam.” Istilah ini tidak dikenal dalam peradaban kita selama berabad-abad yang silam, dan baru dikenal pada zaman sekarang ini saja. Tampaknya ini merupakan terjemahan dari kata asing yang punya konotasi tidak menyenangkan terhadap perasaan umat Islam. Barangkali lebih baik bila digunakan istilah liqa’ (perjumpaan), muqabalah (pertemuan), atau musyarakrah (persekutuan) laki-laki dengan perempuan.
Tetapi bagaimanapun juga, Islam tidak menetapkan hukum secara umum mengenai masalah ini. Islam justru memperhatikannya dengan melihat tujuan atau kemaslahatan yang hendak diwujudkannya, atau bahaya yang dikhawatirkannya, gambarannya, dan syarat-syarat yang harus dipenuhinya, atau lainnya.
Sebaik-baik petunjuk dalam masalah ini ialah petunjuk Nabi Muhammad SAW, petunjuk khalifah-khalifahnya yang lurus, dan sahabat-sahabatnya yang terpimpin.
Orang yang mau memperhatikan petunjuk ini, niscaya ia akan tahu bahwa kaum wanita tidak pernah dipenjara atau diisolasi seperti yang terjadi pada zaman kemunduran umat Islam.
Pada zaman Rasulullah SAW, kaum wanita biasa menghadiri shalat berjamaah dan shalat Jum’at. Beliau SAW menganjurkan wanita untuk mengambil tempat khusus di shaf (baris) belakang sesudah shaf laki-laki. Bahkan, shaf yang paling utama bagi wanita adalah shaf yang paling belakang. Mengapa? Karena, dengan paling belakang, mereka lebih terpelihara dari kemungkinan melihat aurat laki-laki. Perlu diketahui bahwa pada zaman itu kebanyakan kaum laki-laki belum mengenal celana.
Pada zaman Rasulullah SAW (jarak tempat shalat) antara laki-laki dengan perempuan tidak dibatasi dengan tabir sama sekali, baik yang berupa dinding, kayu, kain, maupun lainnya. Pada mulanya kaum laki-laki dan wanita masuk ke masjid lewat pintu mana saja yang mereka sukai, tetapi karena suatu saat mereka berdesakan, baik ketika masuk maupun keluar, maka Nabi SAW bersabda:
“Alangkah baiknya kalau kamu jadikan pintu ini untuk wanita”
Dari sinilah mula-mula diberlakukannya pintu khusus untuk wanita, dan sampai sekarang pintu itu terkenal dengan istilah “pintu wanita.”
Kaum wanita pada zaman Nabi SAW juga biasa menghadiri shalat Jum’at, sehingga salah seorang di antara mereka ada yang hafal surat “Qaf.” Hal ini karena seringnya mereka mendengar dari lisan Rasulullah SAW ketika berkhutbah Jum’at.
Kaum wanita juga biasa menghadiri shalat Idain (Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha). Mereka biasa menghadiri hari raya Islam yang besar ini bersama orang dewasa dan anak-anak, laki-laki dan perempuan, di tanah lapang dengan bertahlil dan bertakbir.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Athiyah, katanya:
“Kami diperintahkan keluar (untuk menunaikan shalat dan mendengarkan khutbah) pada dua hari raya, demikian pula wanita-wanita pingitan dan para gadis.”
Dan menurut satu riwayat Ummu Athiyah berkata:
“Rasulullah SAW menyuruh kami mengajak keluar kaum wanita pada hari raya Fitri dan Adha, yaitu wanita-wanita muda, wanita-wanita yang sedang haid, dan gadis-gadis pingitan. Adapun wanita-wanita yang sedang haid, mereka tidak mengerjakan shalat, melainkan mendengarkan nasihat dan dakwah bagi umat Islam (khutbah, dan sebagainya). Aku (Ummu Athiyah) bertanya, ‘Ya Rasulullah salah seorang di antara kami tidak mempunyai jilbab.’ Beliau menjawab, ‘Hendaklah temannya meminjamkan jilbab yang dimilikinya.'”1
Ini adalah sunnah yang telah dimatikan umat Islam di semua negara Islam, kecuali yang belakangan digerakkan oleh pemuda-pemuda Shahwah Islamiyyah (Kebangkitan Islam). Mereka menghidupkan sebagian sunnah-sunnah Nabi SAW yang telah dimatikan orang, seperti sunnah i’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan sunnah kehadiran kaum wanita pada shalat Id.
Kaum wanita juga menghadiri pengajian-pengajian untuk mendapatkan ilmu bersama kaum laki-laki di sisi Nabi SAW Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanyakan oleh kaum wanita. Aisyah RA pernah memuji wanita-wanita Anshar yang tidak dihalangi oleh rasa malu untuk memahami agamanya, seperti menanyakan masalah jinabat, mimpi mengeluarkan sperma, mandi junub, haid, istihadhah, dan sebagainya.
Tidak hanya sampai di situ hasrat mereka untuk menyaingi kaum laki-laki dalam menimba-ilmu dari Rasulullah SAW. Mereka juga meminta kepada Rasulullah SAW agar menyediakan hari tertentu untuk mereka, tanpa disertai kaum laki-laki. Hal ini mereka nyatakan terus terang kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami dikalahkan kaum laki-laki untuk bertemu denganmu, karena itu sediakanlah untuk kami hari tertentu untuk bertemu denganmu.” Lalu Rasulullah SAW menyediakan untuk mereka suatu hari tertentu guna bertemu dengan mereka, mengajar mereka, dan menyampaikan perintah-perintah kepada mereka.2
Lebih dari itu kaum wanita juga turut serta dalam perjuangan bersenjata untuk membantu tentara dan para mujahid, sesuai dengan kemampuan mereka dan apa yang baik mereka kerjakan, seperti merawat yang sakit dan terluka, di samping memberikan pelayanan-pelayanan lain seperti memasak dan menyediakan air minum. Diriwayatkan dari Ummu Athiyah, ia berkata:
“Saya turut berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tujuh kali, saya tinggal di tenda-tenda mereka, membuatkan mereka makanan, mengobati yang terluka, dan merawat yang sakit.”3
Imam Muslim juga meriwayatkan dari Anas:
“Bahwa Aisyah dan Ummu Sulaim pada waktu perang Uhud sangat cekatan membawa qirbah (tempat air) di punggungnya kemudian menuangkannya ke mulut orang-orang, lalu mengisinya lagi.”4
Aisyah RA yang waktu itu sedang berusia belasan tahun menepis anggapan orang-orang yang mengatakan bahwa keikutsertaan kaum wanita dalam perang itu terbatas bagi mereka yang telah lanjut usia. Anggapan ini tidak dapat diterima, dan apa yang dapat diperbuat wanita-wanita yang telah berusia lanjut dalam situasi dan kondisi yang menuntut kemampuan fisik dan psikis sekaligus?
Imam Ahmad meriwayatkan bahwa enam orang wanita mukmin turut serta dengan pasukan yang mengepung Khaibar. Mereka memungut anak-anak panah, mengadoni tepung, mengobati yang sakit, mengepang rambut, turut berperang di jalan Allah, dan Nabi saw memberi mereka bagian dari rampasan perang.
Bahkan terdapat riwayat yang shahih yang menceritakan bahwa sebagian istri para sahabat ada yang turut serta dalam peperangan Islam dengan memanggul senjata, ketika ada kesempatan bagi mereka. Sudah dikenal bagaimana yang dilakukan Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka’ab dalam perang Uhud, sehingga Nabi SAW bersabda mengenai dia, “Sungguh kedudukannya lebih baik daripada si Fulan dan si Fulan.”
Demikian pula Ummu Sulaim menghunus badik pada waktu perang Hunain untuk menusuk perut musuh yang mendekat kepadanya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas, anaknya (anak Ummu Sulaim) bahwa Ummu Sulaim menghunus badik pada waktu perang Hunain, maka Anas menyertainya. Kemudian suami Ummu Sulaim Abu Thalhah, melihatnya lantas berkata, “Wahai Rasulullah, ini Ummu Sulaim membawa badik.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Ummu Sulaim, “Untuk apa badik ini? Ia menjawab, “Saya mengambilnya, apabila ada salah seorang musyrik mendekati saya akan saya tusuk perutnya dengan badik ini.” Kemudian Rasulullah SAW tertawa.5
Imam Bukhari telah membuat bab tersendiri di dalam Shahih-nya mengenai peperangan yang dilakukan kaum wanita.
Ambisi kaum wanita muslimah pada zaman Nabi SAW untuk turut perang tidak hanya peperangan dengan negara-negara tetangga atau yang berdekatan dengan negeri Arab seperti Khaibar dan Hunain saja tetapi mereka juga ikut melintasi lautan dan ikut menaklukkan daerah-daerah yang jauh guna menyampaikan risalah Islam.
Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Anas bahwa pada suatu hari Rasulullah SAW tidur siang di sisi Ummu Haram binti Mulhan – bibi Anas – kemudian beliau bangun seraya tertawa. Lalu Ummu Haram bertanya, “Mengapa engkau tertawa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Ada beberapa orang dari umatku yang diperlihatkan kepadaku berperang fi sabilillah. Mereka menyeberangi lautan seperti raja-raja naik kendaraan.” Ummu Haram berkata, “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar Dia menjadikan saya termasuk di antara mereka.” Lalu Rasulullah SAW mendoakannya.6
Dikisahkan bahwa Ummu Haram ikut menyeberangi lautan pada zaman Utsman bersama suaminya Ubadah bin Shamit ke Qibris. Kemudian ia jatuh dari kendaraannya (setelah menyeberang) di sana, lalu meninggal dan dikubur di negeri tersebut, sebagaimana yang dikemukakan oleh para ahli sejarah.7
Dalam kehidupan bermasyarakat kaum wanita juga turut serta berdakwah: menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan munkar, sebagaimana firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar…” (at-Taubah: 71)
Di antara peristiwa yang terkenal ialah kisah salah seorang wanita muslimah pada zaman khalifah Umar bin Khattab yang mendebat beliau di sebuah masjid. Wanita tersebut menyanggah pendapat Umar mengenai masalah mahar (mas kawin), kemudian Umar secara terang-terangan membenarkan pendapatnya, seraya berkata, “Benar wanita itu, dan Umar keliru.” Kisah ini disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam menafsirkan surat an-Nisa’, dan beliau berkata, “Isnadnya bagus.” Pada masa pemerintahannya, Umar juga telah mengangkat asy-Syifa binti Abdullah al-Adawiyah sebagai pengawas pasar.
Orang yang mau merenungkan Al-Qur’an dan hadits tentang wanita dalam berbagai masa dan pada zaman kehidupan para rasul atau nabi, niscaya ia tidak merasa perlu mengadakan tabir pembatas yang dipasang oleh sebagian orang antara laki-laki dengan perempuan.
Kita dapati Musa – ketika masih muda dan gagah perkasa – bercakap-cakap dengan dua orang gadis putri seorang syekh yang telah tua (Nabi Syusaib; ed.). Musa bertanya kepada mereka dan mereka pun menjawabnya dengan tanpa merasa berdosa atau bersalah, dan dia membantu keduanya dengan sikap sopan dan menjaga diri. Setelah Musa membantunya, salah seorang di antara gadis tersebut datang kepada Musa sebagai utusan ayahnya untuk memanggil Musa agar menemui ayahnya. Kemudian salah seorang dari kedua gadis itu mengajukan usul kepada ayahnya agar Musa dijadikan pembantunya, karena dia seorang yang kuat dan dapat dipercaya.
Marilah kita baca kisah ini dalam Al-Qur’an:
“Dan tatkala ia (Musa) sampai di sumber air negeri Madyan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumi (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata, ‘Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu?)’ Kedua wanita itu menjawab, ‘Kami tidak dapat meminumi (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya.’ Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.’ Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata, ‘Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami.’ Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syu’aib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya), Syu’aib berkata, ‘Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zhalim itu.’ Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, ‘Ya bapakku, ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.'” (Al-Qashash: 23-26)
Mengenai Maryam, kita jumpai Zakaria masuk ke mihrabnya dan menanyakan kepadanya tentang rezeki yang ada di sisinya:
“… Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘Makanan itu dari sisi Allah.’ Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”(Ali Imran: 37)
Lihat pula tentang Ratu Saba, yang mengajak kaumnya bermusyawarah mengenai masalah Nabi Sulaiman:
“Berkata dia (Bilqis), ‘Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis-(ku).’ Mereka menjawab, ‘Kita adalah orang-orang yang memilih kekuatan dan (juga) memilih keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.’ Dia berkata, ‘Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.” (An-Naml 32-34)
Berikut ini percakapan antara Bilqis dan Sulaiman:
“Dan ketika Bilqis datang, ditanyakanlah kepadanya, ‘Serupa inikah singgasanamu?’ Dia menjawab, ‘Seakan akan singgasanamu ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.’ Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), karena sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakan kepadanya, ‘Masuk1ah ke dalam istana.’ Maka tatka1a ia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, ‘Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca. ‘Berkata1ah Bilqis, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zhalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.'”(An-Naml: 42-44)
Kita tidak boleh mengatakan “bahwa syariat (dalam kisah di atas) adalah syariat yang hanya berlaku pada zaman sebelum kita (Islam) sehingga kita tidak perlu mengikutinya.” Bagaimanapun, kisah-kisah yang disebutkan dalam Al-Qur’an tersebut dapat dijadikan petunjuk, peringatan, dan pelajaran bagi orang-orang berpikiran sehat. Karena itu, perkataan yang benar mengenai masalah ini ialah “bahwa syariat orang sebelum kita yang tercantum dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah menjadi syariat bagi kita, selama syariat kita tidak menghapusnya.”
Allah telah berfirman kepada Rasul-Nya:
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka …” (al-An’am: 90)
Sesungguhnya menahan wanita dalam rumah dan membiarkannya terkurung di dalamnya dan tidak memperbolehkannya keluar dari rumah oleh Al-Qur’an – pada salah satu tahap di antara tahapan-tahapan pembentukan hukum sebelum turunnya nash yang menetapkan bentuk hukuman pezina sebagaimana yang terkenal itu – ditentukan bagi wanita muslimah yang melakukan perzinaan. Hukuman ini dianggap sebagai hukuman yang sangat berat. Mengenai masalah ini Allah berfirman:
“Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai memberi jalan lain kepadanya.” (An-Nisa': 15)
Setelah itu Allah memberikan jalan bagi mereka ketika Dia mensyariatkan hukum had, yaitu hukuman tertentu dalam syara’ sebagai hak Allah Ta’ala. Hukuman tersebut berupa hukuman dera (seratus kali) bagi ghairu muhshan (laki-laki atau wanita belum kawin) menurut nash Al-Qur’an, dan hukum rajam bagi yang mahshan (laki-laki atau wanita yang sudah kawin) sebagaimana disebutkan dalam As-Sunnah.
Jadi, bagaimana mungkin logika Al-Qur’an dan Islam akan menganggap sebagai tindakan lurus dan tepat jika wanita muslimah yang taat dan sopan itu harus dikurung dalam rumah selamanya? Jika kita melakukan hal itu, kita seakan-akan menjatuhkan hukuman kepadanya selama-lamanya, padahal dia tidak berbuat dosa.
Kesimpulan
Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahwa pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari laki-laki maupun perempuan.
Namun, kebolehan itu tidak berarti bahwa batas-batas di antara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syar’iyah yang baku dilupakan. Kita tidak perlu menganggap diri kita sebagai malaikat yang suci yang dikhawatirkan melakukan pelanggaran, dan kita pun tidak perlu memindahkan budaya Barat kepada kita. Yang harus kita lakukan ialah bekerja sama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Batas-batas hukum tersebut antara lain:
1. Menahan pandangan dari kedua belah pihak. Artinya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan. Allah berfirman:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya …”(an-Nur: 30-31)
2. Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntunkan syara’, yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh. Allah berfirman:
“… Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya …” (an-Nur: 31)
Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahwa perhiasan yang biasa tampak ialah muka dan tangan.
Allah berfirman mengenai sebab diperintahkan-Nya berlaku sopan:
“… Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu …” (al-Ahzab: 59)
Dengan pakaian tersebut, dapat dibedakan antara wanita yang baik-baik dengan wanita nakal. Terhadap wanita yang baik-baik, tidak ada laki-laki yang suka mengganggunya, sebab pakaian dan kesopanannya mengharuskan setiap orang yang melihatnya untuk menghormatinya.
3. Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala hal, terutama dalam pergaulannya dengan laki-laki:
a. Dalam perkataan, harus menghindari perkataan yang merayu dan membangkitkan rangsangan. Allah berfirman:
“… Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al-Ahzab: 32)
b. Dalam berjalan, jangan memancing pandangan orang. Firman Allah:
“… Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…” (An-Nur: 31)
Hendaklah mencontoh wanita yang diidentifikasikan oleh Allah dengan firman-Nya:
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan …” (al-Qashash: 25)
c. Dalam gerak, jangan berjingkrak atau berlenggak-lenggok, seperti yang disebut dalam hadits:
“(Yaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerusakan (kemaksiatan).8 HR Ahmad dan Muslim)
Jangan sampai ber-tabarruj (menampakkan aurat) sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah tempo dulu atau pun jahiliah modern
4. Menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum laki-laki.
5. Jangan berduaan (laki-laki dengan perempuan) tanpa disertai mahram. Banyak hadits shahih yang melarang hal ini seraya mengatakan, ‘Karena yang ketiga adalah setan.’
Jangan berduaan sekalipun dengan kerabat suami atau istri. Sehubungan dengan ini, terdapat hadits yang berbunyi:
“Jangan kamu masuk ke tempat wanita.” Mereka (sahabat) bertanya, “Bagaimana dengan ipar wanita.” Beliau menjawab, “Ipar wanita itu membahayakan.” (HR Bukhari)
Maksudnya, berduaan dengan kerabat suami atau istri dapat menyebabkan kebinasaan, karena bisa jadi mereka duduk berlama-lama hingga menimbulkan fitnah.
6. Pertemuan itu sebatas keperluan yang dikehendaki untuk bekerja sama, tidak berlebih-lebihan yang dapat mengeluarkan wanita dari naluri kewanitaannya, menimbulkan fitnah, atau melalaikannya dari kewajiban sucinya mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.
(hdn)
Maraji': Yusuf Qaradhawi, Fatwa-Fatwa Kontemporer

Catatan kaki:
  1. Shahih Muslim, “Kitab Shalatul Idain,” hadits nomor 823.
  2. Hadits riwayat Bukhari dalam Shahih-nya, “Kitab al-Ilm.”
  3. Shahih Muslim, hadits nomor 1812.
  4. Shahih Muslim, nomor 1811.
  5. Shahih Muslim, nomor 1809.
  6. Shahih Muslim, hadits nomor 1912.
  7. Lihat Shahih Muslim pada nomor-nomor setelah hadits di atas. (penj.).
  8. Mumiilat dan Maailaat mengandung empat macam pengertian. Pertama, menyimpang dari menaati Allah dan tidak mau memenuhi kewajiban-kewajibannya seperti menjaga kehormatan dan sebagainya, dan mengajari wanita lain supaya berbuat seperti itu. Kedua, berjalan dengan sombong dan melenggak- lenggokkan pundaknya (tubuhnya). Ketiga, maailaat, menyisir rambutnya sedemikian rupa dengan gaya pelacur. Mumiilaat: menyisir wanita lain seperti sisirannya. Keempat, cenderung kepada laki-laki dan berusaha menariknya dengan menampakkan perhiasannya dan sebagainya (Syarah Muslim, 17: 191 penj.).
Redaktur: Hendra El-Bugeri
Topik:
Keyword: , , ,










Adab Pergaulan Lelaki dan Perempuan


Firman Allah SWT bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.“ (Surah An Nur : 30)

Firman Allah SWT bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)

ULASAN AYAT:

1 - Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

2- Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan :

  • Ucapan yang makruf (baik) dan sopan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al Quran supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik, kita ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk 'flirting' (menggoda), gurauan, sendaan yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
  • Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah SWT menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah dan yang berbaur syahwat.
  • Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam (solat) beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.
  • Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhrimnya.”
  • Menghindari tempat syubhah. Sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari) 

Adab khas untuk wanita :

  • Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah SWT: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” (Surah Al Ahzab : 59). Dan firmanNya lagi: “Janganlah kamu berhias diri sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliyyah zaman dahulu.” (Surah Al Ahzab : 33)
  • Serius dalam ucapan, tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan).” (Surah Al Ahzab : 32)
  • Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An Nur : 31)

Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah dititik beratkan di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan dimana sahaja kita berada, terutama di tempat kerja kerana ianya suasana yang sering melibatkan antara lelaki dan perempuan. Elakkan diri dari mengundang dosa dan fitnah.

------------------------------------

Apakah sebenarnya ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah:

Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Apakah bentuk pergaulan yang diharuskan?

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1- Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2- Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya: "Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

(Sumber : http://my.opera.com/soreh71/blog/2010/04/14/adab-pergaulan)









e width="420" height="315" src="//www.youtube-nocookie.com/embed/WP8mvszGdk0" frameborder="0" allowfullscreen>



Tiada ulasan:

Catat Ulasan