Isnin, 19 Januari 2015

ADAKAH RAKYAT SUKA BILA DIKENAKAN CUKAI...SAMA2 ADA SATU CUKAI...ATAU BANYAK BENDA YANG DIKENAKAN CUKAI....


CUKAI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Cukai
Mukadimah
Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.
Asas Ukuran Keharusan Cukai
Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).
Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud:
“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:
“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.” – Riwayat Bukhari.
Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).
Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.
Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.
Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.
Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah). Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).
Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja, tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang ciciran).
Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yagn membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab, tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.
Adakah Hukum Ini Terlaksana Juga Ke Atas Kerajaan Mengambil Wang Rakyat?
Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?
Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut:
1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi: “Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.
Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.
Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:
“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”
Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.
Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.
Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah.
Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.
Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.
GST
Kenapa Kaedah Fiqh Tidak Boleh Dijadikan Hujah Dalam Isu Ini?
Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah yang berbunyi (maksudnya):
“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”
Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:
1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.
2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.
3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.
Adakah Darurat Membolehkan Kutipan Cukai?
Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?
Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.
Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.
Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.
Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?
Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat).
Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara.
Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.
2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.
3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.
4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan.
5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.
6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin.
7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.
8.Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.
Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah.
Kesimpulan Dan Penutup
Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.
Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.
Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.”
Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana.
SUMBER :
Zaharudin Muhammad


Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam 

Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

gst

Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-

 1. Haramnya cukai secara mutlaq.

Mereka berhujjah berdasarkan dalil :



a.    Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.

Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.

    

b.    Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut

أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه

Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)

Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.



c.    Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam

فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ

Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)

Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa.



d.    Nabi bersabda :

إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ

Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)



2.   Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.

a.   Dalil mereka : Sabda Nabi ;

إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ

Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )



 b.   Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :

Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya “Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat). ( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I’tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-

Ertinya “Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( Al-Mustasfa, 1/426)

Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.



3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan ‘Maks’ di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus iaitu

التي يفرضها بعض الحكام توسعة على أنفسهم وأتباعهم وتضييقا على شعوبهم

Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. ( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)

Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. 



TARJIH PANDANGAN

Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama’, nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w. Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.

Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.

Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.

Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama ada menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak savemoney ini mungkin boleh memudahkan gambarannya.

1.  GST Tidak Memberi Kesan Kepada Harga

GST_SAMA_HARGA

2. GST Boleh Menyebabkan Turun Harga ( Jika peniaga bersifat jujur)

GST_TURUN_HARGA

3. GST menyebabkan Naik Harga

GST_NAIK_HARGA





ANTARA SYARAT

Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah “yang kurang mudarat dari dua mudarat” ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :-

  1. Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.
  2. Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.
  3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.
  4. Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.
  5. Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka ‘terpaksa’ menghabiskannya  kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah amanah.

Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah. Wallahu’alam.



Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

www.murshid.my 


9 April 2014

VIDEO: GST Bukanlah Satu Cukai Yang Haram ─ Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.

Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.

“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.

"Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya.-Sinar Harian



 

Video: “Sheikh Nuruddin Kata Cukai GST Haram Dikenakan Keatas Umat Islam” ─ Ustaz Fawwaz MD Jan






4 hrs · Edited ·
Mmg wajib brtaubat sbb mengatakan Allah mengizinkan perkara itu brlaku...bukan itu saja...malah wajib menuntut ilmu2 fardu ain...lgi2/lebih2 bab qadha n qadar@takdir..ni adalah sbhgian rukun iman...di ulang lgi takdir ni ada 3 jenis/macam/ketegori....sila rujuk mustika hdis jld 1...keluaran jbtan perdana menteri malaysia

Kuala Lumpur: Tindakan wanita berusia 20-an mempertahankan isu gadis K-pop seperti seorang ‘ustazah’ tidak bertauliah dikecam pengguna laman maya selepas dia menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
hmetro.com.my
Like ·
·

10 Ulat Bulu Yang Cantik Tapi Berbahaya Di Dunia



Bila sebut akan ulat bulu teringat admin pesan ibu masa kecik-kecik dulu kalau terkena ulat bulu cepat-cepat gosok tempat tersebut dekat rambut sebab nak bagi hilang gatal. Kalau tak pun ambik arang belanga gosok.

Ulat bulu atau dalam bahasa latinnya desiciria inclusa merupakan tahap larva dari kupu-kupu dan rama-rama. Tahap ini biasanya akan berlaku dalam sekitar masa dua minggu hingga sebulan sebagai sebahagian dari proses Metamorfosis.

Kupu-kupu dan rama-rama memiliki empat tahap kehidupan: telur, larva (tahap ulat), pupa (fase kepompong), dan dewasa (kupu-kupu). Ulat adalah binatang herbivor yang kebiasaannya pemakan yang sangat rakus sehingga dianggap hama dalam dunia pertanian.

Kali ini Siakapkeli akan berkongsikan kepada anda 10 jenis ulat bulu yang amat cantiik tetapi di sebalik kecantikan rupa ulat bulu ini sebenar ia adalah ulat bulu paling berbahaya di dunia.

1. Saddleback Caterpillar


  • Ulat yang cantik, tapi harus berhati-hati kerana jika terkena racunnya boleh menyebabkan tempat terkena racun tersebut bengkak,naik ruam dan boleh membuatkan anda rasa mula dan muntah selama beberapa hari. 
  • Ulat ini merupakan ulat bulu rakus memakan segala jenis tanaman.


2. Cinnabar Moth Caterpillar


  • Juga tergolong daam ketegori rakus, tetapi ulat bulu ini lebih extreme kerana jika makanan di sekeliling habis mereka akan memekan sesama sendiri.
  • Untuk mempertahankan diri ulat ini diselaputi racun yang cukup untuk mematikan pemangsa kecil.
  • Jika tersentuh manusia racun tersebut akan menyebabkan gatal dan ruam seluruh badan.

3. Monarch Caterpillar


  • Penampilan yang agak lucu kerana terdapat garis hitam putih dengan latar belakang  kuning seperti seekor harimau.
  • Jika ia sudah menetas ulat ini agak sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya begitu kecil tetapi proses tumbesarannya amat cepat boleh mencapai 5 cm dalam masa beberapa hari.
  • Jika terkena racun ulat ini boleh membuatkan tempat tersebut bengkak dan lebam.

4. Gypsy Moth Caterpillar


  • Ciri khas ulat ini ialah memiliki buu di kepalanya dan uniknya terdapat hanya sedikit bulu tumbuh pada badannya.
  • Ulat ini boeh menyebabkan dahan yang menjadi habitatnya mati kerana renjisan racunnya yang kuat.

5. Puss Caterpillar
  • Merupakan ulat bulu paling baracun di Amerika Utara.
  • Jangan tetipu dengan penampilan seperi bulu kucing kerana setiap bulu tersebut mempuanyai racun yang kuat.
  • Jikat terkena racun boleh menyebabkan sakit kepala, mual dan muntah.
6. Stinging Rose Caterpillar
  • Berukuran kurang 1 inci.
  • Memiliki bulu berduri dan terdapat kelenjar racun.
  • Jika terkena manusia boleh menyebabkan ruam dan hipersensitif.
7. Hickory Tussock Caterpillar
  • Ulat ini juga menyebabkan ruam dan reaksi hipersensitif jika terkena pada badan manusia.
  • Ulat ini umunya hanya terdapat pada buan jun hingga september dan hanya ditemui di Kanada dan Amerika Utara.
8. Io Moth Caterpillar
  • Ulat ini mengeluarkan dua jenis racun merbahaya dari bahagian punggungnya.
  • Jika terkena badan manusia akan menyebabkan rasa kulit seperti terbakar dan keradangan.
9. Spiny Oak Slug Caterpillar
  • Ulat ini warnanya amat menarik dan berukuran kurang satu inci.
  • Jika terkena racunya boleh menyebabkan reaksi yang amat parah dan sangatmenyakitkan seperti terbakar.
10. Bag Shelter Catterpillar
  • Ulat bulu paling berbahaya di dunia.
  • Biasanya boleh mengakibatkan kematian kepada manusia.
  • Gejala awal jika terkena racun ulat ini ialah ruam seluruh badan dan sesak nafas.
Sungguh berbisakan? walaupun luarannya amat cantik tetapi bahaya yang menanti kita tidak tahu. Tapi jangan risau kerana kebanyakn ulat tersebut tidak ada di Malaysia tercinta ini.-Siakapkeli.com.my

INFO! Kutip Cukai Nik Aziz Pun Salah Seorang Ahli Neraka?





Mc ada terbaca satu poster yang dibuat oleh puak sebelah sana. Kononnya saranan PM Najib yang menyamakan orang tak bayar cukai tu sama dengan pengkhianat negara.

Kemudian mereka mengunakan hadis Rasulullah yang mengatakan pemungut cukai akan dimasukkan dalam neraka, dan beberapa sabda lagi. Kononnya nak tunjuk PM Najib dan kerajaan Malaysia ni kejam dan jahat sebab suruh bayar cukai.

Tapi apakah mereka sedar Kerajaan Kelantan, Selangor dan Penang juga, saban tahun mengutip cukai pintu, tanah, perniagaan dan lain-lain lagi. Apakah Kerajaan sana juga bakal menjadi penghuni neraka?

Guna akal la.. Islam ni fleksibel..

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al- Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu. Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak.

Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga " tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad).

Menurut majoriti ulama pula, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.


ADAKAH CUKAI DALAM ISLAM ?


MUQADDIMAH



“Isk! Haram! Dalam Islam, mana ada cukai…”

Demikianlah mungkin gambaran kasar mengenai kefahaman umum umat Islam terhadap cukai. Benarkah demikian? Apakah status sebenar cukai di sisi Islam? Apakah dalam Islam memang tiada system cukai yang diaplikasikan? Apakah pada zaman dahulu, khususnya zaman Rasulullah SAW dan khulafak ar-Rasyidin memang tiada perlaksanaan sebarang system percukaian ini?
Hakikatnya, isu ini sering menjadi bahan perdebatan yang agak panas dalam kalangan masyarakat awam, justeru umumnya umat Islam memang menyatakan bahawa Islam memang tidak meraikan cukai untuk dikenakan ke atas orang-orang Islam. Pandangan ini bukanlah sebuah omongan kosong, justeru memang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW, misalnya sebuah hadis daripada Imam Ahmad di dalam musnadnya yang menyatakan: “Pengutip cukai berada di dalam neraka.”
Mafhum daripada hadis ini, menurut fuqaha jelas mengindikasi dan menunjukkan bahawa cukai itu adalah HARAM hukumnya di sisi Islam, kerana hanya dengan melakukan perkara yang haram sahajalah maka seseorang itu bisa terjebak ke dalam neraka. Maka, pastilah mengutip dan membayar cukai adalah haram di sisi Islam.
DEFINISI CUKAI
Cukai disebut dalam bahasa arab antaranya dharibah, yang pada asasnya bermakna ‘beban’ atau ‘yang ditimpakan.’ Allah SWT menyatakan kalimah ini pada ayat 61 surah al-Baqarah yang maksudnya: “Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.”
Dalam definisi yang dikehendaki oleh pemakaian sehari-hari: “Bayaran (bea, sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll.” (Kamus Dewan Edisi 4)
Mudahnya cukai bermaksud: ‘Sejumlah bayaran yang perlu diserahkan kepada pihak kerajaan atas perintah kerajaan untuk kegunaan negara.’
BAGAIMANA APLIKASI CUKAI ZAMAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT?
Hakikatnya, Nabi Muhammad SAW telah pun menerima sistem cukai ini, iaitu jizyah (cukai individu) dan kharaj (cukai tanah) yang berbentuk cukai yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan di dalam negara Islam (disebut kafir zimmi). Namun begitu, zaman dahulu segala cukai ini tidak dikenakan kepada orang-orang Islam, sebaliknya ia hanya dikenakan kepada golongan non-muslim, sama ada mereka termasuk golongan kafir zimmi mahu pun mereka yang tunduk kepada kekuasaan Islam.
Kenapa demikian? Hal ini kerana, bagi orang Islam sudah ada sistem zakat yang bersifat perintah tetap. Zakat dikenakan kepada orang-orang kaya berdasarkan harta-harta tertentu dengan jumlah atau kadar yang tertentu. Manakala bagi non muslim, mereka tidak diwajibkan membayar zakat; namun mereka hakikatnya mendapat pelbagai kebaikan kerana berada di dalam naungan Islam. Maka, mereka diminta menunaikan cukai.
Cukai-cukai ini sebenarnya, menjadi sebahagian daripada mekanisme menambah pendapatan negara demi kebaikan seluruh rakyat. Zaman dahulu, semua sumber harta yang diperoleh oleh kerajaan akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal dan kemudiannya akan diagih-agihkan kembali untuk kegunaan negara. Cukai ini hakikatnya seiring dengan zakat yang dikenakan ke atas umat Islam. Kadarnya juga tidak banyak bezanya dengan zakat (namun ia tidak tetap), yakni tidak sampai membebankan.
Di dalam kitab Al-Amwal oleh Abu Ubaid, beliau meriwayatkan daripada az-Zuhri yang mengatakan: “Rasulullah SAW menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain.” Az-Zuhri menambah lagi: “Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keislamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai’ (rampasan) bagi kaum muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi.” Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.
BEBERAPA JENIS CUKAI DALAM KERAJAAN ISLAM
1. JIZYAH
- Bermakna cukai ke atas individu (atau cukai per orang) bagi setiap individu non-muslim yang mendiami negara Islam. Mulai diperkenalkan semasa nabi SAW masih ada. Penduduk Tabuh pernah membayar jizyah satu dinar seorang pada setiap tahun kepada Rasulullah SAW.
2. KHARAJ
- Bermakna cukai ke atas tanah yang dimiliki oleh Negara Islam dan diusahakan oleh non-muslim. Ia juga diperkenalkan semasa Nabi SAW masih ada. Kadarnya sekitar 5 peratus dan boleh berubah mengikut pertimbangan pemerintah.
3. USYUR
- Bermaka cukai ke atas kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang non-muslim yang datang berlabuh dan menjalankan perdagangan di Negara Islam. Ia mulai diperkenalkan pada zaman pemerintah Umar al-Khattab RA. Kadarnya pula 10 peratus bagi negara musuh yang berdagang dan 5 peratus bagi kafir zimmi.
4. DHARIBAH
- Bermakna sejenis cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam kepada umat Islam yang kaya saat negara berada dalam keadaan gawat (darurat) dan pada ketika itu sumber di Baitul Mal juga sudah kering, hukumnya wajib bagi rakyat menunaikannya. Kadarnya pula ditetapkan oleh pihak kerajaan sesuai dengan keperluan.
ADAKAH ZAKAT JUGA SATU BENTUK CUKAI?
Zakat adalah rukun Islam. Ia adalah ketetapan yang mutlak (qatie). Cukai pula perkara baharu, ia mendatang sifatnya dan hanya bersifat ijtihadi. Zaman dahulu, umat Islam hanya diwajibkan menunaikan zakat, tidak diwajibkan membayar cukai. Manakala, orang-orang bukan Islam, mereka tidak diwajibkan membayar zakat; maka mereka dikenakan cukai.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (al-Baqarah: 277)
Oleh itu, interaksi umat Islam dan zakat adalah amat intim perkaitannya. Tidak sempurna keislaman seseorang tanpa menerima adanya zakat. Menolak zakat sebagai elemen syariat, membawa kepada kekufuran di sisi Allah SWT. Orang yang kufur atau murtad, wajib kembali kepada Islam, menerima kefarduan zakat dan tunduk patuh kepada hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah SWT.
Di samping itu, tindakan segelintir manusia yang menyamakan zakat sebagai elemen cukai dalam Islam juga merupakan suatu kesalahan. Zaman silam, seperti mana pernah dikupas di dalam kitab tafsir, ada orang Islam yang telah menyamakan zakat sebagai cukai dan akibatnya mereka dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Maka, keimanan seseorang muslim itu tertakluk kepada keimanannya kepada zakat. Zakat mesti diyakini, difahami dan diamalkan. Tanpa zakat, seluruh keimanannya akan tertolak. Inilah ketinggian zakat di sisi umat Islam.
Atas nama menjaga ketinggian itu jugalah, Abu Bakar as-Siddiq pernah bertegas dalam hal ini saat mendepani sikap segelintir umat Islam yang enggan menyerahkan zakat kepadanya setelah kewafatan Rasulullah. Kata Abu Bakar: “Akan aku perangi orang-orang yang enggan menyerahkan zakatnya kepadaku, sebagaimana dahulunya mereka menyerahkan zakat kepada Rasulullah SAW.”
APAKAH HUKUM MENGAMBIL CUKAI DARIPADA ORANG ISLAM?
Asasnya dalam Islam, mengambil harta mestilah dengan izin, sesuai dengan sabda Nabi SAW di saat haji wada’: “Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Maka, fuqaha menyatakan tidak boleh mengambil harta umat Islam, melainkan di sana adanya satu keperluan yang mendesak sahaja. Itulah yang disebutkan sebagai dharibah di sisi Islam.
Fuqaha seperti al-Qurtubi, al-Ghazzali dan al-Suaitibi menyatakan, hanya dharibah yang boleh dikenakan kepada orang Islam, selain daripada itu tidak dibenarkan.
BAGAIMANA ZAKAT DAN CUKAI BERINTERAKSI PADA HARI INI?
Mutakhir ini, umat Islam di Malaysia dikenakan kedua-duanya, sama ada zakat mahupun cukai pendapatan; juga zakat perniagaan mahu pun cukai perniagaan. Maka, bijaksanalah dalam meraikan kedua-dua keperluan ini. Misalnya, manfaatkanlah rebat cukai pendapatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, dengan menunaikan zakat (sama ada zakat harta mahu pun zakat fitrah) dan selepas itu, cukai pendapatan dapat dikurangkan.
Manakala bagi para peniaga, potongan masih diberikan walaupun hanya sebatas 2.5 peratus atas pendapatan agregat syarikat yang dizakatkan, namun ia masih memberikan sedikit kelegaan. Mudah-mudahan, pihak kerajaan boleh memikirkan untuk meninggikan lagi jumlah rebat zakat perniagaan ke atas cukai perniagaan, kerana kondisinya agak membebankan umat Islam.
Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3): Individu muslim yang menunaikan bayaran yang wajib di sisi agama termasuklah zakat fitrah berhak mendapat rebat ke atas setiap pembayaran berkenaan ke atas cukai pendapatannya, dengan mengemukakan resit yang sah yang dikeluarkan oleh badan agama yang sah di sisi undang-undang pada tahun taksiran semasa.
Pelarasan PCB – SPG (Pekeliling Kerajaan 1 Jan 2001), kaedah-kaedah Cukai Pendapatan juga wajar dijadikan kesempatan yang bermanfaat untuk umat Islam menangani isu cukai.
KESIMPULAN
Rasionalnya, zakat tidak boleh dikenakan kepada golongan bukan Islam kerana mereka tidak mempunyai cukup syarat, iaitu mesti beragama Islam untuk menunaikan zakat. Namun, mereka tetap perlu memberikan sumbangan kepada negara melalui jizyah atau kharaj kepada pemerintah negara. Menurut Mohammad Assad di dalam bukunya ‘Islam at the Crossroads’, konsep zakat dan jizyah ini adalah sama, iaitu sebagai sumbangan kepada negara.
Perkembangan Negara Islam, khususnya pasca kewafatan Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq, amat memberangsangkan. Umar al-Khattab RA telah berjaya mengembangkan Islam sehingga ke luar perbatasan sempadan tanah Semenanjung Arab, dan menyaksikan banyak juga negara yang menerima ketuanan dan mengiktiraf Islam; tetapi mereka masih enggan memeluk Islam.
Maka, lahirlah beberapa jenis cukai lain dan pemerintah Islam meraikan perkembangan itu. Misalnya, cukai usyur telah diperkenalkan bagi mengutip cukai ke atas kapal-kapal milik pedagang bukan Islam yang menjalankan perniagaan di Negara Islam. Begitu juga dengan cukai kharaj yang dikenakan oleh pemerintah Islam kepada orang-orang bukan Islam yang mengerjakan tanah atau pertanian, ia semakin meluas dilaksanakan.
Sekali imbas, pemerintah Islam yang bersifat adil itu mengenakan segala jenis cukai ini bukanlah dengan maksud untuk menekan golongan bukan Islam; sebaliknya untuk mengiktiraf sumbangan mereka dan pada masa yang sama, agar wujud keadilan di antara orang-orang Islam dan non-Muslim di dalam bernegara.
Cukai jizyah boleh dianggap seperti zakat pendapatan ke atas muslim, cukai usyur pula seperti zakat perniagaan dan cukai kharaj pula seakan-akan zakat pertanian. Mungkin dari aspek kadar yang dikenakan ada sedikit perbezaan; namun ia masih tidak membebankan.
Yang jelas, legasi dan kemampuan zakat ke atas umat Islam dan cukai kepada non-muslim dalam menjana negara dan umat sudah terbukti dalam lipatan sejarah Islam. Ia menjadi alat terpenting di dalam pembinaan sebuah negara, seperti mana kemakmuran Madinah dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Turki Uthmaniyyah ribuan tahun lamanya. 
*Artikel ini telah dibentangkan di Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan, anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), pada 31 Disember 2013, Kuala Lumpur.


http://www.hamizul.com/
Hanya Allah yang maha mengetahui..



Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

Wednesday, November 27, 2013 Cukai Haram Di sisi Islam Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim. Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama Sumber : Utusan Online, 21/06/2011 Cukai Haram Di sisi Islam Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad] Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya. Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis!! Wallahu a’lam. SUMBER

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Cukai Haram Di sisi Islam Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim. Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama Sumber : Utusan Online, 21/06/2011 Cukai Haram Di sisi Islam Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad] Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya. Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis!! Wallahu a’lam. SUMBER Anda mungkin juga meminati: Oktoberfest dan Pendirian Saya Malaysia hanya negara umat Islam - Dewan Ulama PAS Kalau aku jadi Najib ... Bagaimana menangani isu-isu jangka ... RAHMAT YANG HILANG - Dr Mujahid Yusuf Rawa Linkwithin Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 3:46 am Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest 1 comment : kampong lad said... "Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah" apa istilah dlm bahasa melayu. bila sampai maulud nabi & maal hijrah, pemerintah2 (bukan pemimpin) sebok dok suruh kita ikut sunnah nabi tapi depa sendiri tak peduli. Wednesday, November 27, 2013 10:35:00 am Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments ( Atom ) LinkWithin Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... TV SELANGOR KLIK DI SINI UTK SELANGOR TV Catatan Popular Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarl... Apa? Kita bakal beli seliter minyak RM1 ? Dato’ Dr Nazri Khan,Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, seorang yang cukup terkenal kerana acapkali kali dipanggil untuk me... Betulkah JAWI berani bertindak demi Allah dan RasulNya? Aksi ini lebih ganaz dari aksi K-Pop. Lama dah tersebar dimedia sosial.... Nak gelak pun ada. Nak marah pun ada.Baru saja baca be... Mejar Zaidi - Allah membalasnya dengan sekelip mata Orang yang pernah menebar kebaikan bagi orang-orang di sekitarnya, akan mendapat balasan yang baik juga. Bukankah kita semua rakyat M... Jom dengar Nik Amar punya temberang.... Dengarlah apa kata Nik Amar : Sudah dengar tu dengarlah pula penjelasan Husam Musa : Maka amat benarlah apa yang Husam katak... Ada sesiapa yang nak pertahankan Khalid? Nampaknya puak-puak yang begitu semangat berapi-api suatu ketika dulu mempertahankan Khalid Ibrahim kini tentu kesejukan.... Makluml... Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO ..... Assalamu'alaikum Warahmatullah Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak ... Cerita merapu seorang yang ngaku Doktor..... Pandangan seorang face booker.... Ini jenis tak baca seerah ke apa? Bukan banjir besar yang meranapkan berhala di Ka'bah dan se... Memang tak pecat, tapi tekan supaya suruh berhenti.... Sebelum korang terpedaya dengan permainan songlap Mustafa Ali kepala Bapak UG tu, telusuri laporan-laporan berita sebelumnya: 1) Pada... Ayat bahlol Zuhdi... Bunyi nampak molek jer, tapi inilah bibit-bibit ke arah gagasan yang pernah Zuhdi utarakan dalam wassapnya yang menjadi viral tidak lama d... PERAKINI BLOGGERS Libang Libu Maradona Plays Futsal - 16 hours ago AL-HUSSEYN Pembinaan semula Kuala Krai harus mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan - Syabas kepada DAP Johor diatas usaha gigih mereka dalam membantu puleh mangsa banjir di Kelantan. Menurut Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang, Li... 2 days ago TELOK BAKONG ONLINE Mangsa Banjir Dipinggirkan Kerana Alasan Yang Tidak Cerdik Ini - Kome cube ler baca keratan dalam akhbar ini walaupun tak terang.Rakyat tiada tempat untuk mengadu.Aku sebagai pengamal media sosial terasa terpanggil untuk... 1 week ago AJIJOI INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? - Insurans & Darurat - Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YANG Anda Mesti Baca. Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan ti... 3 weeks ago LENGGONGKITE'13.BLOGSPOT MERANGKA UNTUK MENJADIKAN LENGGONG HAB PENGAJIAN ISLAM: Semua dijemput hadir - Segala puji bagi Allah SWT dengan limpahan nikmat-Nya dapat menyempurnakan prasarana untuk memulakan langkah menjadikan Lenggong sebagai Hub Ilmu Islam, k... 4 weeks ago NOSTALGIA MUKTAMAR KE-60 Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah My Blog List Lim Kit Siang Revised 2015 Budget should declare war on corruption, incompetence and extravagance to provide example and leadership of government commitment to austerity, accountability and integrity 6 hours ago Dr Mujahid Yusof Rawa STATEMENT ON FREEDOM OF SPEECH AND RESPECT OF OTHERS 21 hours ago The Scribe A Kadir Jasin Kita Mahukan Malaysia Yang Sejahtera 1 day ago Rafizi Ramli Kerajaan Persekutuan Tidak Serius Menurunkan Harga Barang; Elak Sentimen Perkauman 5 days ago Dr. Dzul's Blog “Ethnicity is no longer the basis for inequality, the whole thinking must change – Kamal Saleh 2 weeks ago Khalid Samad Respon Pengunjung Blog November 2014 1 month ago Blog Archive My Blog List KERENGGA Gambar IS Humban Dua Gay Dari Bangunan Tinggi 20 minutes ago Addin Video Wanita Myanmar Di Hukum Pancung Di Arab Saudi Tersebar 59 minutes ago WAK LABU Mursyidul Am PAS makin tenat? 1 hour ago MOUNTDWELLER Masih berkisar berkenaan 'Rahsia besar'....... 5 hours ago YONG SUKA KUNING SARAWAK BANJIR MENGKOMER TAHU TAK? (GAMBAR) 5 hours ago PEN BURUK ONLINE ™ Artis lelaki terlampau akhirnya kantoi 5 hours ago BATU VS KAYU Insiden tumbuk, terajang buat bos KFC kesal 8 hours ago Cipan, Tapir & Tenuk (C++) Bila Awang Selamat Sokong Hadi Awang ... 23 hours ago DUNIACACAMARBA (DCM) Penerbit Buku "Keluarga Harmoni" Mohon Maaf 3 days ago A MUM OF THREE 26 Januari, Asteroid 2004 BL86 Mendekat ke Bumi 4 days ago Lagi Berita Esscom lancar Operasi Bersepadu Khas buru Pati 4 days ago NAI'M NIKMAT CUBA CARI PERBEZAAN 2 GAMBAR NI? 4 days ago CIKGU PENCEN Sarawak batal ceramah Islam susulan bantahan komuniti kristian 5 days ago AKRINE KUANG Seminar Perubatan Islam di Johor 1 week ago GaramLada Nampaknya keadaan semakin sakit. 4 weeks ago MUTALIGAT ...Telus dan Tepat HEBATNYA NEGARA 'ISLAM' MALAYSIA ....NO. 8 TERTINGGI DARI SEGI PELACURAN??? 5 weeks ago ULAMA PEWARIS NABI BANJIR TERUK MELANDA HULU BERNAM ! PENYELARAS DUN HULU BERNAM DAN YAB MB AZMIN TURUN PADANG HULUR BANTUAN 1 month ago SOKONG PAKATAN RAKYAT AHLI PAS BERKASTA 1 month ago PILIH & KLIK PORTAL PENCEN SEMAK DAFTAR PEMILIH KTMB SAMAN PDRM MALAYSIA AIRLINES KEM. PEL MAL SPR Selamat Bertandang OH SATU JUTA LEBIH HARI INI 31 MEI 2009 SELAMAT DATANG www.e-referrer.com AL-QURAN “http://www.quranexplorer.com/quran/”/ “http://www.quranflash.com/en/quranflash.html”/ Al Husseyn CARI BLOG INI

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Tiada ulasan:

Catat Ulasan