Khamis, 8 Januari 2015

ADAKAH KITA SELAMAT DAN AMAN DENGAN UNDANG2 YANG ADA NI YANG DIWARISI DARI PENJAJAH YANG NON MUSLIM...KITA MENAFIKAN UNDANG2 ALLAH YANG BELUM DILAKSANA....DIZAMAN NABI SAW BERJAYA MENGENGKANG JENAYAH....ADAKAH MANUSIA LEBIH BIJAKSANA DAN LEBIH ADIL DARI ALLAH SWT SEDANGKAN DIA MENCIPTA MANUSIA....(Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ








 

Wanita jadi mangsa rogol berkumpulan, disamun
  • Sulaiman Salleh Sulaiman Salleh
1 / 1
JOHOR BAHRU - Dua teman serumah menjadi mangsa samun dan rogol sekumpulan lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini kira-kira jam 9.20 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku apabila pengadu iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun yang hendak keluar dari rumahnya tiba-tiba didatangi lima lelaki menyamar sebagai polis.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai polis namun tidak menunjukkan sebarang kad kuasa atau pengenalan diri dan terus menolak pengadu masuk ke dalam rumah.

“Dua suspek lelaki bertindak memukul pengadu menggunakan tangan dan kaki dan mengarahkannya masuk ke dalam bilik,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, seorang wanita warga China berusia 38 tahun yang merupakan isteri kepada rakan si pengadu turut berada di dalam rumah dan telah dirogol bergilir-gilir oleh empat suspek.

“Wanita berkenaan telah dibawa masuk ke bilik berasingan sebelum dirogol empat suspek. Ketika kejadian, suami wanita itu berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Suspek turut menyelongkar rumah pengadu dan mengambil barang berharga selain pengadu turut diarah membuka pakaian sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa kerugian wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000, barang kemas bernilai RM4,000 serta lima buah telefon bimbit.

“Mangsa rogol telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/376 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang mengaku sebagai polis dan minta mereka mengemukakan kad kuasa sebagai bukti,” katanya.
Artikel Berkaitan

Rakan wanita kena rogol penyamun
JOHOR BAHRU - Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.

"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sulaiman berkata, suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Beliau berkata, kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.

Katanya, wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.

Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. - Bernama
Artikel Berkaitan

 11:59AM - 8 Jan 2015

Pengerusi SKMM tak dilanjut kontrak


Seorang editor Utusan Malaysia berkata, kontrak ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil tidak diperbaharui antara lainnya kerana gagal bertindak ke atas dakwaan kesalahan menghasut di Internet.

Editor akhbar milik Umno itu, Zulkifli Jalil membangkitkan mengenai kritikan ke atas SKMM semasa bawah pentadbiran Mohamed Sharil,

“...Antara lain, gagal dan lewat mengambil tindakan atas isu-isu sensitif terutama melibatkan hasutan kaum dan agama. Juga, gagal mengekang banyak penghinaan terhadap apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam tulisan di akhbar tersebut semalam, Zulkifli turut membangkitkan mengenai penyebaran berita palsu semasa banjir di Pantai Timur, yang didakwa bertujuan untuk “menjatuhkan kerajaan pusat dan imej pemimpin negara”.

Zulkifli turut mempromosi bekas calon BN untuk kerusi Permatang Pauh, Mazlan Ismail sebagai calon pengganti Mohamed Sharil.

Tulisan itu timbul susulan spekulasi yang dibangkitkan oleh portal Digital News Asia bahawa kerajaan berhasrat untuk melantik seorang anggota Umno untuk mengetuai SKMM.

“Pandangan yang timbul kini adalah sebagai ketua SKMM Sharil tidak bertindak dengan memadai untuk mengekang suara-suara penentangan di ruang digital,” lapor portal tersebut.

Sharil sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak menyokong sekatan yang tidak perlu di Internet, lapor Digital News Asia, namun “mioriti yang lantang dalam Umno tidak mahu menerimanya”.

Kedudukan CEO SKMM juga mendapat perhatian meluas kerana pengaruhnya dalam penganugerahan kontrak untuk projek menara telekomunikasi di kawasan luar bandar, menurut portal itu lagi.

Sebanyak 400 menara akan dibina dengan kos RM900 manakala bagi fasa kedua dijangka menelan kos RM1.3 bilion.




PROGRAME PILEH MENANTU @ CARI JODOH
sesiapa shj sahabat2 lelaki dan wanita yg blum berkahwin dan ingin mencari pasangan hidup dalam membina ikatan perkwinan yg sah ( bujang, duda,dara, janda, andartu , , semua boleh ),syarat utama ialah cuma serius nak berkhwain dn yg x mimileh boleh hubungi kami boleh uruskan..
sms ke 01132632912
http://muslimjodoh.webs.com/
share PLS
PROGRAME PILEH MENANTU @ CARI JODOH
SMS: 01132632912
Like · ·
♻ Sukarelawan diperlukan sempena PASCA BANJIR
Dari jam 8.30- 5.30ptg ( blh dtg bila2 masa setiap hari)
di PUTIK P.Chepa
Tugasan : membantu packing barangan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0148440102
Like · ·

Saya Tak Tinggal Apa, Semua Hanyut
"Saya dah tak ada apa, baju sehelai, kain sehelai. Kain tudung pun tak sempat capai," ujar Sarimah Mat Yatim, 82, menceritakan rumahnya ranap dihanyut banjir.

Pastikan anda subscribe Sinar.TV dan ikuti kami di:
http://www.sinarharian.com.my
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://twitter.com/SinarOnline
http://instagram.com/sinar.tv
Ribut Huda landa negara rantau Arab
  • Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan. Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.
1 / 1
BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, kelmarin.

Media tempatan melaporkan fenomena itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang di ibu negara selepas kawasan sekitar dilanda salji, angin kencang dan sebahagian tempat turut ditenggelami banjir.

Pihak berkuasa juga bertindak mengeluarkan amaran kepada pengguna lalu lintas supaya sentiasa mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan suhu di sekitar Amman diramalkan menurun sehingga di bawah 5 darjah Celsius dan salji setebal 2.5 hingga 7.6 sentimeter dijangka melanda ibu negara terbabit.

Sementara itu, agensi berita Lubnan, Daily Star melaporkan ribut salji tersebut akan turut melanda beberapa kawasan di Israel dan wilayah Palestin. - Al-Arabiya

"Tolong semua, carikan anak-anak saya"

"Tolong semua, carikan anak-anak saya"
Mohd Iman Zafri (kanan) dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera hilang lebih 15 jam - Foto Instgram habbatussauda_milkbooster
JOHOR BAHRU: Keresahan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dua orang anaknya yang masih kecil kini sudah masuk 15 jam hilang.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, didapati tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah.

“Si abang ada bertanya untuk keluar ke kedai bawah. Itu perkara biasa dan saya mengizinkannya, malah pemilik kedai di bawah juga mengenali saya dan anak-anak saya.

“Namun, saya tidak menyangka Mohd Iman akan membawa sekali adiknya,” ujar ibu mereka, Yana, dalam nada sedih dan gementar saat dihubungi Astro AWANI.

Semasa kejadian, Mohd Iman memakai baju hitam dan seluar hitam manakala Nur Alysyah memakai baju tidur putih dengan bintik merah.

Tambah Yana, sebelum meninggalkan kedai mereka, Mohd Iman sempat bertanya kepada neneknya sama ada mahukan apa-apa dari kedai tersebut.

“Selalunya dia akan mengambil masa 5 minit untuk kembali ke kedai kami. Semalam, selepas 15 minit, dia tidak muncul dan itu membuatkan saya dan suami berasa tidak sedap hati,” ujarnya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai mereka ada menunjukkan dua beradik itu berjalan menghala ke kedai yang hendak dituju. Begitupun, rakaman tersebut tidak memaparkan sebarang petunjuk lain tentang kehilangan mereka.

Yana dan suaminya sudahpun membuat laporan polis sejam selepas kejadian tersebut namun pihak polis meminta menunggu sehingga 24 jam sebelum ia diklasifikasikan sebagai kes hilang atau culik.

Mereka juga telah menyebarkan maklumat dan rayuan tentang kehilangan anak mereka melalui akaun media social perniagaan mereka.

“Semua pihak terdekat termasuk saudara-mara sudah dimaklumkan tentang hal ini. Saya berharap jika ada pihak yang ternampak mereka berdua, tolonglah hubungi kami atau ke pihak berkuasa,” rayu Yana.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat dan mahu membantu, ibu bapa Mohd Iman dan Nur Alysyah boleh dihubungi di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tolong-semua-carikan-anak-anak-saya-51757?cp

Friday, 26 December 2014


Kisah Benar - Suami Orang Mencari Isteri Orang Melalui Wechat Sahaja Dan Melakukan Hubungan Sulit Hingga Keranjang

KISAH BENAR - Bermula Dari Wechat.. Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang

Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan.

Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan

Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja...

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut...

Terlanjur jua akhirnya...

Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan...

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.

Kenapa sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya... Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat...

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami...

Terima lamaran...

Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu datang melamar... Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.

Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya....

Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. S3ks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya....

Hari ijabkabul...

Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya...

Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini...

Hubungan jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami.

Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.... sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan