Ahad, 14 Disember 2014

TUTUP DADA DAN PUNGGUNG SERTA BENTUK BADAN/POTONGAN NI WAJIB....SEGALA2 DALAM KEKUASAAN ALLAH SWT...HARGANYA MAHAL TAPI BAHAYA DARI SEGI KESELAMATAN

Pemandu ambulans maut, lapan cedera
  • Seorang pemandu ambulan maut dalam kemalangan jalan raya di KM404 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu hari ini. Kemalangan ini melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Innova dengan sebuah ambulan.  Dua jururawat perempuan cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki cedera parah.- Foto Bernama Seorang pemandu ambulan maut dalam kemalangan jalan raya di KM404 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu hari ini. Kemalangan ini melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Innova dengan sebuah ambulan. Dua jururawat perempuan cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki cedera parah.- Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.

Beliau berkata lima orang menaiki MPV itu manakala ambulans HKL dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.

"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.

Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan rakannya Lum Yoke Moi, 37, serta tiga budak perempuan iaitu Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8, katanya.

Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.

Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Guru maut ketika sertai konvoi
  • Toyota Hilux yang melanggar mangsa kelmarin. Toyota Hilux yang melanggar mangsa kelmarin.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Khairul Zaimi Zakaria, 42, terpelanting sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala pemandu Toyota Hilux berkenaan mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu.

Dipercayai mangsa dalam perjalanan dari Pasir Hor ke Rantau Panjang menyertai konvoi bermotosikal bersama beberapa rakannya.

Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran Perodua Tunjung, mangsa yang berada di hadapan sekali dari konvoi itu memberhentikan motosikal selepas isyarat lampu merah.

Ketika lampu bertukar hijau, secara tiba-tiba muncul sebuah Toyota Hilux dari arah Kuala Krai Ke Kota Bharu lalu melanggar mangsa yang kebetulan berada di bahagian hadapan dan mangsa gagal mengelak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.

“Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang akibat pendarahan teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke unit forensik HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan terhadap kes ini masih diteruskan dan meminta jika orang ramai melihat kejadian itu boleh laporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya.



Khairuddin tidak akan berganjak

  • Khairuddin ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, baru-baru ini. Khairuddin ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, baru-baru ini.
1 / 1
SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.
"Saya dihubungi pimpinan Umno negeri (Pulau Pinang) yang mahu saya menarik semula laporan itu kerana dikatakan tindakan saya seolah-olah menikam Umno dari belakang.
"Saya juga sudah dipanggil oleh (Setiausaha Agung Umno Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) ke rumahnya tengah hari tadi (semalam).
Dalam perbincangan hampir sejam itu, kami berbual panjang mengenai isu 1MDB ini. Beliau ada nasihatkan saya menarik semula laporan itu, tapi, saya tegaskan perkara ini tidak akan berlaku walaupun mereka ini sahabat- sahabat saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bukan ditujukan kepada Umno sebaliknya mahu polis menyiasat syarikat itu.
"Saya nyatakan kepada beliau, perkara ini (ketirisan) sudah lama berlaku. Saya hanyalah generasi ketiga yang memperjuangkannya.
Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.
"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.
Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?
Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.
Jelasnya, tiada sebab beliau menarik semula laporan itu memandangkan tiada laporan yang dibuat tentang Umno.
"Saya tidak sentuh syarikat Umno, Presiden Umno atau menteri kewangan tetapi mahu polis siasat secara telus dan menyeluruh aktiviti pentadbiran dan urus niaga dana dan kewangan 1MDB.
Laporan itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Ini bukan soal saya tikam belakang Umno, tetapi ini saya mahu menegakkan kebenaran.
Apa juga keputusan yang akan diperolehi, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.
"Pengurusan 1MDB pun sudah menyatakan tidak gentar dan yakin mereka tidak bersalah, jadi apa perlu saya menarik semula?
Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB. Rakyat risau mengenai hutang yang begitu banyak, transaksi pembelian berbilion ringgit ke luar negara, pelaburan, pembelian aset yang tinggi berbanding harga di pasaran dan macam-macam lagi," katanya.
Katanya, jika perkara ini (bankrap) berlaku, bukan hanya kerajaan menanggung beban tetapi rakyat juga akan terkesan.
"Perkara inilah saya terangkan kepada beliau (Tengku Adnan). Saya juga katakan, tindakan saya ini, antara lain, dapat mengembalikan imej Umno yang selama ini tidak baik di mata rakyat. Saya dapat banyak reaksi berhubung hal ini.
Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.
"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat. Umno masih menjadi pilihan rakyat termasuk mahasiswa, tetapi kerana sikap segelintir pemimpin membuatkan rakyat menjadi marah," katanya.
Sedia letak jawatan, tiada penglibatan pemimpin besar Khairuddin berkata, beliau akan letak jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan jika pimpinan tertinggi parti itu merasakan ia sebagai bebanan dan mencalarkan imej Umno.
"Dengan jawatan dan kedudukan ini akan memberikan imej tidak baik pada Umno, berkemungkinan saya akan meletak jawatan jika ia dilihat sebagai penghalang. Biar saya solat istikharah dahulu. Apakah petunjuknya, saya terima dengan lapang dada. Jawatan hanya di dunia. Saya mahu perjuangkan perkara yang benar.
"Saya mahu pimpinan parti bebas dari unsur rasuah, tidak jujur dan semua perkara tidak baik. Saya mahu Umno terus disayangi dan diterima dengan bersandarkan perjuangan parti dan pemimpin jujur," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ada pemimpin besar di belakangnya, Khairuddin berkata, beliau tidak dipengaruhi mana-mana pemimpin besar parti.
"Saya dengar keluh kesah rakyat. Saya mahu yang salah diperbetulkan. Itu sahaja," katanya.
"Bukan sembarangan nama dikaitkan, contohnya masa laporan dibuat, adalah serentak dengan mesyuarat Kabinet yang bincangkan mengenai 1MDB.
Ia kebetulan sahaja," katanya. Untuk capai status negara cemerlang, katanya, rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

Hijab Harus Tutupi Dada dan Leher

Written By canang on Jumaat, 12 Disember 2014 | 12/12/2014 11:59:00 PTG

HIJAB sudah menjadi tren dikalangan muslim saat ini. Tidak seperti dahulu minim mode, sekarang sudah banyak macam model hijab yang trend dikalangan muslimah. Namun bagaimana hijab pada zaman Rasulullah?
Dalam perspektif sejarah, hijab bermakna pakaian wanita, sebelum kedatangan Islam dan agama-agama lainnya terdapat dalam berbagai ragam bentuk dan Islam membatasi ruang lingkupnya.
Pakaian wanita pada masa Nabi SAW adalah pakaian yang umum dikenakan dan digunakan pada masa tersebut, artinya kaum perempuan menutupi badan mereka dan membungkus kepalanya dengan kerudung. Akan tetapi sebagian telinga, leher dan bagian dadanya kelihatan kemudian turun ayat yang memerintahkan Rasulullah SAW untuk menutup yang sebagian itu sehingga keindahan mereka tidak nampak dan terlihat.
Keharusan dan kewajiban menutup aurat bagi kaum perempuan di hadapan kaum pria asing (bukan mahramnya) merupakan salah satu masalah penting dalam Islam. Dalam al-Qur’an disebutkan bahwa hijab dimaksudkan untuk kesempurnaan, kemajuan perempuan dan juga untuk menciptakan suasana yang sehat dalam lingkungan keluarga dan masyarakat karena itu hijab wajib bagi kaum perempuan. Menurut catatan sejarah, hijab yang bermakna pakaian wanita, sebelum Islam di dunia dan pada agama-agama lainnya digunakan dalam ragam bentuk. Dan hal ini bukan merupakan hukum ta’sisi; artinya Islam tidak menciptakan hijab ini, melainkan menerimanya. Sebagaimana hal tersebut dapat disimpulkan pada masa Rasulullah Saw, Islam memperluas batasannya dan mengokohkannya.
Di Iran, masa sebelum kedatangan Islam, juga di kalangan kaum Yahudi, di India, terdapat penerapan hijab-hijab secara ketat. Pada masa Iran kuno, bahkan ayah-ayah dan saudara-saudara (sendiri) adalah non-mahram bagi wanita yang bersuami.
Karena itu, menurut catatan sejarah disebutkan bahwa para wanita pada masa Rasulullah SAW mengenakan hijab, akan tetapi bukan hijab sempurna. Para wanita Arab biasanya memakai busana-busana sehingga bagian depan baju (kerah), lingkaran leher, dada terlihat.
Kerudung yang dikenakan adalah untuk menutup kepala, bagian-bagian bawahnya diturunkan hingga menjulur ke bagian belakang punggung, wajar kalau kedua telinga, bagian depan dada, dan leher terlihat oleh orang-orang. Kesimpulannya pakaian kaum perempuan pada masa Rasulullah SAW bentuknya seluruh badan mereka tertutup, demikian juga kerudung yang mereka gunakan untuk menutup kepala, akan tetapi sebagian dari bagian dada, lehernya, dan tempat-tempat yang menawarkan keindahan dan mempesona syahwat kaum pria terbuka.
Imam Shadiq As bersabda: “Suatu hari yang terik Madinah, seorang wanita cantik melintas. Ia mengenakan kerudung untuk menutup bagian belakangnya, (namun) lingkaran leher dan kedua telinganya kelihatan. Salah seorang sahabat Rasulullah berpapasan dengannya. Pemandangan indah yang hadir di hadapannya ini sangat menarik perhatiannya. Sedemikian ia terpesona menatap wanita cantik tersebut sehingga ia lalai dengan kondisi di sekelilingnya dan tidak memperhatikan jalan di hadapannya. Wanita cantik tersebut masuk sebuah lorong dan pemuda itu menguntitnya dengan pandangannya. Tiba-tiba ada tulang atau kaca mengenai dan melukai wajahnya. Tatkala ia sadar, darah telah meleleh dari wajah dan kepalanya. Dengan kondisi seperti itu, ia menghadap kepada Rasulullah dan menceritakan kejadian ini.
Di sinilah ayat tentang hijab diturunkan,”Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (supaya dada dan leher mereka tertutupi), dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putra-putra mereka, putra-putra suami mereka, saudara-saudara laki-laki mereka, putra-putra saudara laki-laki mereka, putra-putra saudara perempuan mereka, wanita-wanita seagama mereka, budak-budak yang mereka miliki, laki-laki kurang akal yang ikut bersama mereka dan tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan pada saat berjalan, janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Qs. Al-Nur [24]:31)
Jelas bahwa ayat ini berkedudukan untuk menjelaskan keluasan batasan pakaian dan hijab karena bagian-bagian lain badan ditutupi dengan jubah-jubah yang umum dikenakan orang pada saat itu dan hanya bagian-bagian dada dan leher yang terbuka. Maka setelah turun ayat tersebut wanita hendaknya memakai hijab yang mampu menutup bagian leher dan dada yang terbuka tadi. [fha/islampos/islamquest]

Selama 4 Tahun, 409 Tentara Israel Tewas Bunuh Diri

Sabtu 20 Safar 1436 / 13 December 2014 22:45


tentara israel

SEORANG tentara Israel dilaporkan telah tewas bunuh diri dengan menembakan pistol ke kepalanya, di kawasan Jilo, Bet Shafafa, al Quds Selatan. Menurut laporan media Bintang David Merah, pada Sabtu (13/12/2014) tentara yang bunuh diri Ini berusia 20 tahun. Ia langsung tewas di tempat, pasca meletuskan senjata di kepalanya, namun belum ada informasi rinci mengenai kasus ini.
Laporan sebelumnya dari kementerian kesehatan Israel menyebutkan bahwa pada rentang tahun 2011-2014, terdapat 409 kasus bunuh diri di kalangan militer atau 120 kasus setiap tahunnya. Selain Itu upaya percobaan bunuh diri yang dilakukan 600 tentara namun berhasil digagalkan. [sm/islampos/pic]

FAKTA SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11 September 2001Terbongkar..

Written By canang on Sabtu, 13 Disember 2014 | 12/13/2014 09:25:00 PTG

FAKTA SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11 September 2001 adalah Fitnah Terbesar yang di tujukan kepada umat Islam.. Karena Fitnah tersebut telah mengakibatkan penderitaan yang LUAR BIASA BESAR terhadap umat Islam di seluruh dunia : Fitnah tersebut telah mengakibatkan korban : • Lebih dari 1 Juta Umat Islam Irak MENINGGAL DUNIA di tangan tentara Salibis Amerika.. • Ratusan ribu Umat Islam di Afganistan MENINGGAL DUNIA ditangan tentara Salibis Amerika, dkk.. • Ratusan Umat Islam di tawan di Penjara Guantanamo dan Penjara Rahasia lainnya tanpa di ketahui kesalahannya apa.. • Ribuan umat Islam di seluruh dunia MENINGGAL DUNIA akibat kampanye PERANG MELAWAN TERORIS yang di kumandangkan oleh Amerika, dan sekutu-sekutunya.. • Kejahatan Amerika kepada Umat Islam masih terus berlangsung sampai sekarang ! Amerika menuduh, umat Islam (Osama Bin Laden, Al Qaidah) sebagai pelaku serangan teroris terhadap WTC dan Pentagon.. Tapi akhirnya kebohongan (Fitnah) Amerika mulai terkuak… Berdasarkan Penelitian yang dilakukan PARA AHLI di seluruh dunia memberikan FAKTA bahwa BUKAN UMAT ISLAM PELAKUNYA… Tapi Amerika sendiri yang melakukan tindakan terorisme tersebut.. Berikut adalah FAKTA SESUNGGUHNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (FULL VIDEO INVESTIGASI PARA PAKAR DUNIA) : http://duniamuallaf.blogspot.com/2013/10/fakta-sebenarnya-tragedi-11-september.html#more Semoga KEZALIMAN Amerika terhadap Umat Islam mendapatkan balasan yang setimpal dari Allah SWT..

Hudud di Aceh: Siapa kata tiada paksaan beragama?


Seorang gadis memakai seluar jeans, dicat seluarnya dengan spray berwarna merah oleh seorang polis moral kerana melanggar kod etika pemakaian yang dibenarkan di Aceh. Seorang gadis memakai seluar jeans, dicat seluarnya dengan spray berwarna merah oleh seorang polis moral kerana melanggar kod etika pemakaian yang dibenarkan di Aceh. Beberapa bulan lalu, Dewan Perwakilan Rakyat Aceh meluluskan undang-undang hudud untuk dilaksanakan di provinsi autonomi itu, di mana ia merangkumi seluruh penduduk di wilayah tersebut, tidak kira sama ada penganut beragama Islam atau tidak.
Semenjak ia dijadikan undang-undang, ramai yang menjadi mangsa polis moral yang berkuasa untuk menjatuhkan hukum di provinsi itu.
Sebagai contoh, seorang gadis memakai seluar jeans, dicat seluarnya dengan spray berwarna merah oleh seorang polis moral kerana melanggar kod etika pemakaian yang dibenarkan.
Terdapat sesetengah golongan sangat menyokong undang-undang ini mengatakan dengan cara ini dapat membendung gejala moral daripada berleluasa.
Tetapi, golongan polis moral ini seolah-olah bermaharajalela melaksanakan hukuman seolah-olah undang-undang berada di tangan mereka.
Saya pernah membaca beberapa buah buku agama mengenai hudud, terutamanya tentang kesesuaian hukuman tersebut dilaksanakan dalam zaman pasca moden ini.
Saya tertarik dengan kenyataan mufti Mesir, yang mengatakan masyarakat sekarang ini masih belum lagi bersedia melaksanakan hukum ini.
Dalam memperkatakan perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak iaitu, syariat Islam meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mencukupi. Masih ramai mangsa saksi palsu, serta penguatkuasa undang-undang pun sendiri belum tentu faham dengan undang-undang yang dilaksanakan itu.
Dan bagaimana pula dengan yang bukan beragama Islam? Kenapa mereka juga perlu patuh dengan undang-undang berlandaskan agama yang bukan mereka anuti? Apakah ini satu pemaksaan dalam beragama juga?
Dalam hal menghukum ini, selalu yang menjadi mangsa ialah golongan wanita. Tak pakai tudung, terus kena hukum. Pakai ketat sedikit, terus kena hukum.
Dan apabila berlakunya jenayah seperti rogol dan zina, selalu yang dipersalahkan ialah wanita.
Kenapa para agamawan ini sering melihat aurat wanita daripada rambut hingga ke hujung kaki ini sebagai punca jenayah rogol, dan bukan lelaki sendiri yang gagal mengawal syahwat mereka sendiri?
Sebab kebanyakan para agamawan ini lelaki. Justeru, apabila mereka memiliki kuasa, mereka akan gunakan untuk terus menindas kaum Hawa.
Dalam erti kata lain, "power corrupts". Mereka ini jika tidak mempunyai kuasa, mungkin menjadi ulama yang baik, tapi apabila memiliki kuasa, mereka sendiri mahu jadi Tuhan.
Jadi, siapa kata tiada paksaan dalam beragama, apabila orang-orang agamawan ini diberi kuasa melaksanakan undang-undang Tuhan, dan mereka sendiri mahu jadi Tuhan? – 13 Disember, 2014.

Najib kaki ponteng, hanya 26 hari ke Parlimen sejak jadi PM


Kasthuri_Patto
GEORGE TOWN, 12 DIS: Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.
Ujar Kashturi, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.
“Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk menjawab enam soalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kasthuri, Najib tidak menunjukkan usaha untuk membuat kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen.
“Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun memulakan debat.
“Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun.
“Selepas lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, dia terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November,” tegas Kasthuri.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Najib meletakkan jawapan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.
“Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang tertentu boleh ‘ambil nota’ terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks perbahasan Belanjawan, bukannya Najib lagi?
“Jadi masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang tiga tahun lagi?
“Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang,” kata Kasthuri. -Roketkini.com

Tak sebulu, Isa gantung tugas pengarah Felda 2 bulan, dedah Anak


Kemelut dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.Kemelut dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad digantung tugas selama dua bulan kerana berselisih faham dengan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata kemelut dalaman di antara Isa dan Faizoull sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi bekas naib presiden Umno itu.
“Saya sahkan dia digantung. Ada pertembungan dalaman antara Isa dengan dia.
"Ada kaitan dengan prosedur pelantikan kakitangan yang tidak diputuskan lembaga pengarah Felda dan Jabatan Perkhidmatan Awam," kata Mazlan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
“Itu salah satu sebab. Ada beberapa sebab. Di mana tindakan Faizoull tidak disenangi Isa. Itu dakwaan Isa yang merupakan antara sebabnya. Yang lain nantilah,” katanya. 
Mazlan berkata Faizoull adalah mangsa kedua selepas bekas Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.
“Sebelum ini saya menulis di Facebook dan menunggu perkara ini meletup. Hari ini dah meletup dah pun. Nak kata hebatnya Isa ini. Faizoull mangsa kedua selepas Dzulkifli.
“Zaman dia (Isa) jadi pengerusi Felda, dua orang pengarah besar menjadi mangsa. Dulu dia (Dzulkifli) pun pengarah besar dalam isu Felda Global Ventures. Akhirnya dia ditendang ke Rom, Itali dan kali ini Faizoull mangsa kedua,” katanya.
Ketika diminta mengulas sebab lain mengapa Faizoull digantung tugas, Mazlan berkata: “Datang esok malam. Saya akan buat sidang media.”
The Malaysian Insider difahamkan tugas Faizoull sebagai pengarah besar Felda kini dipangku ‎Timbalan Pengarah Besar Servis dan Korporat Hanapi Suhada.
Felda pada Selasa mengemukakan tuntutan saman terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mengaitkan Faizoull dengan lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa dalam status Facebook pada 11 September lalu.
Peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Felda meminta ketua Pemuda PKR itu membayar ganti rugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari kerana membuat kenyataan tidak berasas dan tidak benar.
"Tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh menyebabkan anak guam kami dihina dan dibenci orang ramai serta masyarakat awam. Reputasinya mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun," katanya.
Felda juga menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada melakukan tindakan sama pada masa akan datang.
Namun, exco Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim & Gamany berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan berganjak daripada dakwaannya sebelum ini.
"Anak guam kami (Nik Nazmi) sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua Pemuda PKR, bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh kepentingan rakyat.
"Kami diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada pertahanan justifikasi dan komen yang adil," kata peguamnya Latheefa Koya di dalam surat itu sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang dibuat dalam surat saman Felda itu. – 13 Disember, 2014.

5 SUNGAI DIKUASAI KUFFAR

Written By canang on Sabtu, 13 Disember 2014 | 12/13/2014 04:56:00 PTG

5 SUNGAI DIKUASAI KUFFAR TANDA KEBANGKITAN IMAM MAHDI Antara tanda2 besar kebangkitan Imam Mahdi adalah seperti berikut: 1. lima sungai besar dunia dikuasai oleh kaum kafir. 2. kehancuran Mesir disebabkan keringnya air Sungai Nil. 3. pencerobohan kuasa Barat ke dalam Mesir sebelum kemunculan Sufyani. Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai penguasaan lima sungai tersebut. "(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik." (Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.) Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari: "Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu." Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil. Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah. Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai tersebut di Mesir akan menjadi kering. Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil. Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion. Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul! Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan. Wallahu'alam. SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan