Isnin, 29 Disember 2014

SEGALA2NYA WAJIBLAH IKUT SYARAK

3:00PM - 28 Dec 2014

Bas amfibia hanya boleh diguna pada 2015

Isu pembelian bas amfibia 'amphicoach' yang boleh bergerak di darat dan air oleh kerajaan negeri Terengganu tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dimahukan.

"Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro untuk sebuah amphicoach.

"Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran di laman sosial tentang kenderaan itu yang masih tidak kelihatan dalam musim banjir ini.

Katanya mengikut perancangan, selain untuk tujuan pelancongan di Tasik Kenyir, kenderaan amfibia itu juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya pengangkutan darat tidak dapat digunakan kerana laluan dinaiki air.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.

"Spesifikasi yang kita mahukan ialah boleh memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam," katanya.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

Ketika musim tengkujuh pula, ia akan digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat.

- Bernama

TIPS-TIPS MATANG DALAM BERCINTA !










Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Kami banyak menerima emel daripada pembaca meminta tips untuk menjadi matang dalam bercinta. Oleh itu hari ini, kami akan kupaskan dan bincangkan khas untuk anda.


:- Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

:-Menambah ilmu

Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

:-Membaca surat khabar

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang .

:-Merubah gaya ber-SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.

:-Belajar daripada pengalaman

Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

:-Elakkan daripada bercinta 24 jam!

Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

:-Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.

:-Ubah penampilan anda

Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.

PENTING !!! Mari Pelajari Jenis-Jenis Penyakit Melalui Jari Jemari Anda !!!


PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

* Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

* Bagi wanita pula, lihat pada jari kelingking, kalau meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan & senggugut

* Kalau tapak tangan berbintik, mungkin ada masalah angin.

* jika ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

* Jika terdapat urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress.

* Bagi wanita cuba tengok kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

ANTARA TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN ! :)




Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, ada pengajarannya. Mungkin untuk kita belajar menghargai, dan mungkin juga untuk kita belajar tabah setelah dilukai...


:-Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

:-Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

:-Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

:-Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

:-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

:-Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

:-Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

:-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

:-Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

:-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

:-Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

:-Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

:-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

:-Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

:-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

:-Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

:-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

:-Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

:-Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

:-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...
Bismillah...
ADMIN mencadangkan agar kesemua kutipan serta sumbangan Tabung Surau dan Masjid2 di seluruh Negeri Selangor yang diterima pada bulan Disember ini hendaklah disalurkan kepada Mangsa Banjir di Kelantan dan Trangganu..
Bagi kutipan dalam bulan Januari pula dicadangkan agar ianya disalurkan kepada Mangsa Banjir di Pahang, Perak dan Johor..
Bagi memudahkan kerja setiap kawasan Parlimen hendaklah membuka kaunter bagi menerima segala sumbangan tersebut daripada Pengerusi Masjid dan Surau di dalam kawasan Parlimen masing-masing dan pihak surau serta Masjid pula akan menerima resit penyerahan wang sumbangan tersebut dari pejabat Ahli Parlimen.






Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return..
Like · ·
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
22 hrs ·
Berguna di masa hadapan.. - Geng Purple
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ben Ashaari added 3 new photos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan