Rabu, 24 Disember 2014

NI KUASA ALLAH...KEHENDAK ALLAH SWT...JANGAN KATA ALAM DAN BLA...BLA....BLA...MUHASABAHLAH.... NI BERLAKU DIZAMAN2 NABI2 A.S YANG LAIN SEPERTI KEMARAU

12:49PM - 24 Dec 2014

Banjir sukar surut kerana 'new moon'


Fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Dis diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga Rabu.

"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Dis sehingga 31 Dis dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya.

- Bernama
1:00PM - 24 Dec 2014

Kelantan dilapor bakal 'lumpuh'


Kelantan dilapor bakal "lumpuh" sepenuhnya ekoran situasi banjir yang melanda negeri itu.

Keadaan tersebut bakal berlaku memandangkan Kelantan Selatan meliputi Gua Musang dan Kuala Krai ditenggelami air serta terputus hubungan darat, lapor Utusan Malaysia.

Malah, operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang juga dilapor tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Keadaan Bandar Lama di Gua Musang pula seperti sebuah pulau.

Malah, 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika mereka cuba membawa keluar mangsa daripada kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Pada masa sama, akhbar Umno itu melaporkan, bahagian utara Kelantan terutama daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh pula diancam fenomena air pasang besar.

Hujan lebat yang turun di bahagian selatan sejak beberapa hari lalu juga menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai dan Gua Musang termasuk kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Laluan Lebuh Raya Timur-Barat dari Jeli ke Gerik, Perak pula ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh.

Berikutan itu, beberapa sungai utama di negeri itu iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Lebih, Tualang; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.



Wednesday, 24 December 2014

Rupanya Najib Dan Muhyiddin Berada Di Sini Ketika Rakyat Hadapi Banjir..

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.
Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.
Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.
Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.
Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.
Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.
Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?
Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.
Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.
Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir makin besar. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.
Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?
Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?
Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.
Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?
Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. ~shahbudin
4:31PM - 24 Dec 2014

DAP, PKR tak minat pada taklimat hudud PAS


DAP dan PKR tidak diundang dan tidak akan hadir pada pembentangan awal butiran pindaan Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, yang dirancang PAS pada 28 Disember ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, pembentangan itu adalah hal PAS dan tiada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat.

"Saya tak tahu apa-apa. Itu hal PAS bukan hal Pakatan.

"Mereka nak buat keputusan tanpa diskusi dengan Pakatan," kata setiausaha publisiti DAP itu kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya sama ada DAP tahu dan akan hadir pada pembentangan itu nanti.

Mengulas lanjut, Pua berkata PAS tidak menghormati muafakat ketiga-tiga parti dalam Pakatan kerana langkah Kelantan itu tidak pernah dibawa berbincang di peringkat tertinggi gabungan itu.

"Mereka tidak menghormati Pakatan. Mereka ingat, apa yang mereka suka buat mereka buat sahaja.

"Kalau kata mereka langsung tak hormati dan mementingkan pemuafakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, mungkin lebih baik PAS bertindak sendiri sahajalah, tak perlu Pakatan," kata Pua.

PKR: Bukan agenda kami

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, parti itu juga tidak berminat untuk hadir ke taklimat itu.

"Kami tidak berminat, ia bukan agenda kami. Kenapa kami perlu menyertainya," katanya.

Menurut Tian (kiri), hudud adalah agenda kerajaan negeri Kelantan, dan bukan Pakatan.

"Kerajaan Kelantan perlu menyelesaikannya, kerana mereka telah meluluskan enakmen ini sejak 1992.

"Jadi apa pun yang terjadi, mereka perlu memutuskan perkara itu sendiri, tiada kena mengena dengan Pakatan," kata Tian.

Kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang DUN khas bagi membentangkan pindaan Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, pada 29 Disember ini.

Bagaimanapun, butiran awal pindaan itu akan dibentangkan dahulu kepada semua anggota jawatankuasa PAS, pada 28 Disember ini
.


"Saya Tidak Ada Anak Nama Chacha Maembong" !!! - Ismail Embong

Aik!! Kenapa tiba-tiba Ismail Embong cakap macam tu? Bukankah Chacha maembong salah seorang anak kepada beliau? Ikuti kupasannya!!
"Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA". Itu luahan rasa daripada bapa kepada Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya selepas beberapa isu membabitkan anak-anaknya disiarkan di media massa. 

Difahamkan tercetusnya 'kemarahan' ini disebabkan kenyataan daripada Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Tulisnya lagi;

"Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar!!!
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. 
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil."

Ismail yang juga merupakan pelukis profilik tersohor negara menganggap isu ini sengaja mahu mengaibkan namanya. 

"Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik. Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan," katanya lagi. 

Berdasarkan apa yang terjadi, Ismail tetap dengan pendirian dan prinsip diri terutamanya dalam soal hukum agama;

"Pendekkan cerita; berjuta kali saya pohon jangan diBESARKAN nikah hingga jadi riak. Udah jadi suami isteri, buatlah bersanding nanti cara yang dimahu suami. 

"Nasi udah jadi bubur, diharap dapat pengajaran pada semua. ALASAN MASING-MASING SIBUK HINGGA TIDAK BOLEH JEMPUT ORANG PALING PENTING DALAM PERNIKAHAN TIDAK BOLEH DITERIMA SESIAPA YANG WARAS. Rasanya kalau terkena pada bapa/wali lain, mereka tidak akan pergi, maka batallah majlis itu."

Apapun yang berlaku, ingatlah air dicincang tidak akan putus. Semoga masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan berhemah. sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan