Khamis, 11 Disember 2014

NAK BERSAMA ELOKLAH...JANGAN TIKAM KAWAN BELAKANG...JANGAN GILA HABUAN DUNIA...HEBAT MACAM MANA MATI JUGA...ALLAH UJI KEMENANGAN DAN KESENANGAN LAGI SUSAH NAK HANDLE/URUS

Pembalak ‘tak sengaja’ tebang pokok tertua dunia
  • Pembalak ‘tak sengaja’ tebang pokok tertua dunia
1 / 1
AMAZON - BRAZIL. Pokok gergasi Saumama yang dikatakan berusia 5,800 tahun dan mempunyai ketinggian mencapai 40 meter menjadi simbolik lanskap dan budaya kepada sebahagian besar daripada suku-suku asli yang hidup di hutan Amazon.
Namun sayangnya, pokok gergasi itu ditebang secara ‘tidak sengaja’ oleh pembalak haram yang melakukan aktiviti balak di sempadan Peru dan Brazil.
Tindakan tersebut ternyata menyalahi undang-undang, termasuk membangkitkan kemarahan masyarakat peribumi di hutan itu.
Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, pokok gergasi yang sinonim dengan panggilan ‘Mother Tree’ oleh masyarakat setempat menjadi pujaan masyarakat asli di kawasan itu.
Pokok tersebut dikatakn membawa kebaikan, mengekalkan kesihatan dan menyembuhkan penyakit masyarakat setempat.
Penyelidik tempatan, Anna Golding mendakwa, tindakan menebang pokok gergasi itu sebenarnya disengajakan oleh pihak tertentu.
“Sebahagian besar kawasan itu kaya dengan sumber bahan bakar mentah. Semenjak beberapa lama dahulu, memang ada usaha daripada syarikat tenaga asli untuk cuba melobi kerajaan dengan mengeksploitasi kawasan tersebut.
“Mengapa masih tiada tindakan undng-undang ke atas pembalak haram ini? Mengapa agensi pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak berkenaan?” katanya.
Hutan hujan adalah lokasi terkaya di dunia dalam menyimpan, memulihara dan memelihara majoriti biodiversiti bumi.
Menurut laporan dari Institut Sumber Dunia,  antara tahun 1991 dan 2014, jumlah kawasan hutan hujan Amazon dikatakan berkurang sehingga tiga kali ganda.
Sebahagian besar daripada hutan yang diteroka kini menjadi padang rumput bagi lembu peliharaan masyarakat  di kawasan tersebut.
Menurut ketua suku asli Matses, Tahuactep, kemusnahan tumbuhan gergasi tersebut dianggap sebagai malapetaka bagi seluruh masyarakat asli.
“Mereka telah musnahkan pokok itu. Apa yang dilakukan mereka tidak dapat dimaafkan, mereka seolah-olah merampas hak kami,” katanya seperti yang dipetik melalui laporan berita.
Lelaki cedera ditetak, diikat
  • Kecederaan yang dialami mangsa akibat ditetak dengan parang. Kecederaan yang dialami mangsa akibat ditetak dengan parang.
1 / 1
KUALA KURAU - Seorang lelaki nyaris maut apabila ditetak di bahagian belakang badan dan diikat menggunakan dawai di dalam biliknya dalam kejadian samun di sebuah kedai besi di Jalan Pantai di sini, 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa berumur 37 tahun dan bekerja di sebuah kedai emas difahamkan terjaga dari tidur apabila pintu biliknya diketuk.

Menurutnya, mangsa yang terjaga dari tidur segera membuka pintu dan terkejut apabila diacukan sebilah parang oleh salah seorang daripada tiga suspek lelaki yang menutup muka dengan baju.

“Mangsa yang cuba melawan ditetak beberapa kali di belakang leher oleh suspek dan kemudiannya diikat. Suspek kemudiannya menggeledah barangan mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah RM230, sebuah telefon bimbit dan sebuah pemain DVD.

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri dan dibantu rakan segera mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar sebelum membuat laporan polis pada hari sama kira-kira jam 7.30 pagi,” katanya dalam satu sidang media di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian, di sini semalam.

Omar Bakhtiar berkata, susulan laporan diterima, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kerian dibantu anggota Balai Polis Kuala Kurau yang diketuai Inspektor Marzuki Mat dan Inspektor Saizul Farhan Mahali berjaya menahan salah seorang suspek yang juga kenalan mangsa di rumahnya di sini, jam 11 pagi.

Menurutnya, susulan penahanan itu, polis berjaya menahan dua lagi rakan suspek di kawasan berhampiran.

“Daripada keterangan mangsa, sehari sebelum kejadian suspek yang juga kenalannya ingin meminjam wang daripadanya, namun tidak diendahkan. Mungkin berang dengan mangsa, suspek bersama dua lagi rakannya bertindak merompak mangsa.

“Bagaimanapun, sewaktu kejadian berlaku, mangsa berjaya mengecam dan mengenali salah seorang suspek melalui percakapannya,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, dia memuji tindakan pantas dan kecekapan anggota polis yang berjaya menyelesaikan kes samun dan tetak dalam tempoh kurang 12 jam.

“Susulan penahanan ketiga-tiga suspek, polis menemui semula kesemua barangan curi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun, denda dan sebatan.” katanya.
21 tahun masih terbiar, lokasi tragedi runtuhan
  • Kondominium Highland Towers yang terbiar selepas tragedi 11 Disember 1993. Kondominium Highland Towers yang terbiar selepas tragedi 11 Disember 1993.
1 / 1
AMPANG - Hari ini, genap 21 tahun tragedi runtuhan satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, yang mengorbankan 48 nyawa.

Ia sekali gus memaksa dua blok lagi dikosongkan dan sehingga kini tapak berkenaan terus terbiar, umpama tugu peringatan bagi peristiwa bersejarah negara yang menyayat hati itu.
Khabar menyatakan tapak tersebut bakal dibangunkan semula juga masih belum ada tanda-tandanya.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Hamid Hussain berkata, setakat ini, belum ada sebarang permohonan bagi rancangan pembangunan di tapak berkenaan.
Menurutnya, MPAJ juga sedang mengenal pasti pemilik terbaru tanah berkenaan, setelah difahamkan ia sudah berpindah milik.

“Bagaimanapun, sekiranya ada rancangan pembangunan di tapak itu, MPAJ perlu lihat kaedah yang mahu dilaksanakan dan memerlukan penilaian Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor.

“MPAJ tiada halangan untuk mempertimbangkannya, jika cadangan pembangunan itu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit & Tanah Tinggi Negeri Selangor 2010,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengenal pasti pemilik tanah di situ bagi memastikan tapak berkenaan diselenggarakan, selagi belum ada pembangunan dibuat.

“Kawasan itu kita masih pagarkan bagi mengelak pencerobohan luar,” katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung bantahan penduduk di kawasan sekitar terhadap cadangan projek di Lot 5 terletak berhampiran tapak Highland Towers, beliau berkata, cadangan pembinaan kediaman 17 tingkat tidak diluluskan MPAJ.

Sebaliknya, pihak pemaju mengemukakan permohonan baru bagi melaksanakan pembangunan melibatkan 24 unit banglo.

“Sekiranya projek itu diluluskan, ia hanya boleh dilaksanakan setelah kerja-kerja penstabilan cerun bagi Lot 541 dan 6873 disiapkan hujung tahun depan,” katanya.

Pengantin Tersilap Suami

 
Napo: Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan s@ks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.

Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkah.

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan s@ks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

“Tolong! Tolong, saya dir@gol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.

Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap mer@gol.

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan r@gol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. - Agensi

Cucu cilik ‘pencuri’ kereta

Oleh Muhamaad Razis Ismail

razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 60 tahun tidak menyangka cucunya yang berusia 10 tahun adalah dalang kepada kehilangan keretanya sehinggalah kanak-kanak itu ditahan polis, 4 pagi kelmarin.
Kanak-kanak lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Wangi, Hutan Pasir, di sini.
Turut ditahan rakannya berusia 23 tahun yang dipercayai perancang kegiatan curi itu.
Wanita itu berkata, kereta Perodua Kancil miliknya hilang pada 20 November lalu ketika diletakkan di pekarangan rumah, namun dia langsung tidak menyangka ia angkara cucunya.
"Saya tak tahu langsung, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada saya sepanjang kehilangan kereta itu hingga ia dijumpai polis di Taman Uda Pengkalan Chepa 30 November lalu dengan bateri, radio dan pembesar suara yang hilang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:15 AM
SUSPEK dibawa ke mahkamah, semalam.

Tiga pelajar tingkatan 5 rogol rakan sekelas
  • Tertuduh juvanil (kiri) yang mengaku salah tuduhan rogol rakan seusia. Tertuduh juvanil (kiri) yang mengaku salah tuduhan rogol rakan seusia.
1 / 1
KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol rakan sekelas.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi mohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh merupakan pesalah juvenil dan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah diikat jamin RM2,000.

Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping.
Artikel Berkaitan

VIDEO Bayi Dibuang Di Saluran Najis

Keadaan bayi malang yang terperangkap dalam saluran pembentungan di China selepas dibuang oleh ibunya. Bayi itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba

Seorang bayi di daerah Suide di barat laut China berjaya diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya sebaik dilahirkan di dalam saluran pembentungan.

Tangisan bayi berkenaan didengari oleh seorang pejalan kaki yang berjalan berhampiran saluran itu di wilayah Shaanxi yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Bayi itu berjaya dikesan terendam badannya di dalam air kotor di dalam saluran pembentungan itu.

Bayi bertuah itu dinamakan Xiaoxiao atau bermaksud si kecil hanya calar di badan dan kini sedang dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha mengesan ibunya.

“Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas,” kata Ketua Jabatan Bomba Daerah Suide, Li Zhi.

Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.

Sebelum ini pada September lepas, seorang bayi terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba di China selepas terperangka dalam saluran paip juga selepas dilahirkan oleh ibunya yang mahu menyembunyikan kelahiran.

Ibu bayi itu yang merupakan seorang pelajar universiti membersihkan diri dan menyambung ulangkaji pelajarannya selepas melahirkan bayi itu seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

Video Bayi Terperangkap Dalam Saluran Paip Di China September Lepas




PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .

PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Cara-Cara Mudah Untuk Mengesan Kedai Yang Menggunakan Pelaris Yang Tidak Sepatutnya



“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).



“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99)...

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)....

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini....

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini....

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia....

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak....

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam....

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)....

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut....

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )....

Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan