Hukum Allah atau Hukum Stesen Televisyen? |
Jumaat, 14 Januari 2011 10:54 |
Dilarang bersentuhan
KEKOK. Itu satu patah perkataan yang diluahkan oleh dramatis berpengalaman, Ezany Nizariff bagi menggambarkan betapa hebatnya impak daripada cabaran yang dihadapinya sepanjang berlakon drama terbaru terbitan stesen TV AlHijrah, Pak Su Man yang mula disiarkan pada pukul 8.30 malam ini. Sebagai sebuah saluran TV yang berciri Islamik, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa TV AlHijrah sebenarnya mempunyai garis panduan yang agak ketat dan harus dipatuhi oleh syarikat penerbitan drama sebelum menghasilkan sesebuah drama untuk siaran saluran TV yang mula ke udara pada 7 Disember tahun lepas itu. Antaranya, setiap pelakon wanita diwajibkan untuk memakai tudung tidak kira untuk sebarang watak yang dilakonkan. Pelakon lelaki dan wanita pula tidak boleh bersentuhan meskipun berlakon sebagai pasangan suami isteri. Dalam pada itu, drama Pak Su Man yang turut menampilkan beberapa pelakon baru seperti Fazren Rafi dan Ika Zulkifli itu menyaksikan Ezany bergandingan dengan Yatt Hamzah sebagai suami isteri. "Sememangnya saya berasa agak kekok apabila berlakon di samping Yatt sebagai suami isteri tetapi pada masa yang sama kami langsung tidak dibenarkan untuk saling bersentuhan antara satu sama lain," akuinya. Justeru, bagaimana caranya untuk Ezany menghidupkan karakter kemesraan antara pasangan suami isteri jika untuk saling bersentuhan tidak dibenarkan sama sekali? Menurutnya, biarpun dia kekok pada awalnya, namun lama-kelamaan dia merasakan garis panduan TV AlHijrah itu sebenarnya adalah satu pendekatan yang cukup menarik. "Tidak dinafikan garis panduan yang ditetapkan TV Al Hijrah itu agak berat tetapi untuk melihat drama ini berjalan dengan baik, maka ia semua bergantung kepada kreativiti pengarah tentang bagaimana dia akan mencorakkan drama ini supaya kelihatan lebih menarik. "Biarpun berasa sedikit kekok, tetapi saya tidak kisah dan tetap memberikan yang terbaik untuk drama Pak Su Man kerana saya sedar ia juga boleh menyampaikan mesej dakwah kepada penonton," ujarnya. Tambahnya, selepas ini juga dia tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sebarang drama yang akan disiarkan melalui saluran AlHijrah, meskipun terikat dengan garis panduan tersebut. EZANY dan Yatt menerima secara positif garis panduan yang telah ditetap oleh TV AlHijrah. "Malah, selepas ini saya memang sangat berharap akan menerima lebih banyak lagi tawaran berlakon dalam drama-drama yang akan disiarkan menerusi saluran TV AlHijrah," tuturnya yang turut mengakui semakin banyak mendapat tawaran yang memerlukan dirinya memakai tudung. Sumber: Kosmo Online
Hukum Allah Atau Hukum Stesen Televisyen?
Kekok dengan peraturan yang dikenakan stesen TV al Hijrah atau kekok dengan hukum Allah? Atas nama lakonan dan mengikut kehendak stesen TV semua peraturan dan garis panduan sanggup dituruti. Namun sejauh mana ketaatan dan keterikatan dengan hukum sebenar yang diturunkan Allah? Idea pemisahan agama dari kehidupan (sekularisma) yang diagung-agungkan Barat kini telah menjadi prinsip hidup sebahagian besar umat Islam. Pengakuan artis di atas dengan jelas menggambarkan sikap hipokrit mereka yang hanya menjaga aurat dan tidak bersentuhan sewaktu melakonkan watak tetapi dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya. Jelas peraturan yang dikenakan stesen TV al-Hijrah boleh mengelirukan umat Islam yang tidak memiliki kefahaman yang jelas tentang hukum pengaturan hubungan lelaki dan wanita. Hanya dengan mengenakan peraturan seperti wajib bertudung, dilarang bersentuhan ianya dilihat menggambarkan ciri-ciri keislaman yang ingin diterapkan oleh stesen TV terbabit. Bagaimana pula jika bertudung tetapi mengenakan solekan yang tebal dan menarik perhatian umum? Dan bagaimana jika dilarang bersentuhan tetapi memandang dengan penuh syahwat dan melantun suara yang memberahikan? Ini belum lagi mengambil kiranya kesannya pada seluruh anggota masyarakat yang menontonnya. Sudah pasti ianya meninggalkan kesan sementelah masyarakat itu adalah makhluk sosial yang mudah mempengaruhi dan dipengaruhi dengan apa yang dilihat dan disaksikannya. Sedarlah wahai umat Islam. Janganlah mudah merelakan diri dipengaruhi dengan idea sekularisma yang dijaja Barat. Usah terpedaya dengan mereka yang menggunakan imej dan nama Islam untuk kepentingan tertentu. Kembalilah kepada Islam yang lengkap dan sempurna dengan segera mendalami dan memahaminya untuk diterapkan. Dan bagi mereka yang merasa kekok dengan peraturan yang diturunkan Allah, biasa-biasakanlah merenungi firman Allah ini.. "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasu-lNya, maka sungguh dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata" [TMQ al-Ahzab (33):36]. Wallahu’alam. BERDAKWAH MELALUI FILEM Sebelum kita pergi kepada dakwah melalui filem, mari kita ketahui dulu apa hukum drama, filem, panggung wayang, dan televisyen. Setelah membaca 2 fatwa berkenaan hal ini: Fatwa Yusuf al Qardhawi Fatwa Sheikh Ahmad Ash Sharabaasi saya dapat menyimpulkan bahawa kesemua drama, filem, panggung wayang dan televisyen boleh menjadi baik dan boleh menjadi buruk bergantung kepada manusia yang menggunakannya, dan tentu sekali bergantung kepada jenis bikinan drama atau filem tersebut juga. Jika drama atau filem porno sudah tentu haram hukumnya. Jadi, bagaimana mahu menggunakan drama, filem, panggung wayang dan televisyen ke arah kebaikan, tentulah perlu menyemak akan hal-hal berikut sekurang-kurangnya: 1) tidak beserta maksiat drama atau filem tidak menayangkan apa-apa adegan yang melanggari syarak, seperti aurat wanita, aksi ghairah, keburukan masyarakat dan sebagainya. menonton televisyen dan panggung wayang juga tidak beserta maksiat seperti minum arak, bercampur lelaki perempuan bukan mahram, dan sebagainya. 2) tidak lalai drama, filem, televisyen, panggung wayang itu tidak melalaikan kita dari mengerjakan perintah Allah s.w.t seperti meninggal solat atau melengahkannya, lagha, lupa pada Allah dan sebagainya. Saya tertarik dengan jawapan Dr Yusuf al Qardhawi yang menjawab persoalan serupa, menonton televisyen ketika bulan Ramadhan: "Pihak yang terlibat dengan penyiaran rancangan televisyen hendaklah takut kepada Oleh itu apa peringatan untuk pendakwah-pendakwah yang mahu menggunakan media drama, filem, televisyen dan panggung wayang untuk dijadikan medan dakwah? Saya kira jawapan Ustaz Zaharudin boleh membantu kita serba sedikit. Beliau pernah menulis tentang hukum wanita berdakwah dengan nasyid dengan berpendapat ia adalah haram hukumnya. Beliau juga menambah dalam tulisannya, " tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita. Maka, dapat saya simpulkan, 1. Tidak ada dakwah menggunakan metod haram dalam Islam. 2. Jika buat juga benda haram dan disebarkan pada umum, maka dosa melibatkan orang lain dalam perkara haram akan ditanggung oleh kita jua. Maka mahu atau tidak mahu BERDAKWAH MELALUI FILEM atau apa saja media perlulah kita jalankan dengan 100% jalan yang syarie. Tidak ada alasan mahu mengurangkan dosa dengan buat sedikit dosa sebagai alternatif kepada buat banyak dosa. Jika hal itu diperbolehkan, maka tentulah boleh nasyid-nasyid wanita dihukumkan halal, namun hakikatnya usaha beberapa pihak mahu menghalalkan nasyid wanita gagal membawa apa-apa hujah yang kuat. Jika nasyid wanita pun sudah jadi haram, bagaimana pula filem atau drama yang mempertontonkan aksi wanita buka aurat malah memberahikan atau sangat-sangat jelik tidak beradab berpakaian dengan sempurna? Tak akan mahu dihalalkan jua? Maka bagaimana pula dengan aksi sentuh menyentuh bukan mahram yang lazim berlaku dalam produksi muslim di negara kita? Bukan sekadar bersalam, malah usap kulit, peluk berpeluk, dan cium badan juga dipertayangkan. Lebih parah, aksi itu bukan saja dalam filem atau drama rosak lagi merosakkan, tetapi jua ada dalam filem dan drama yang dicanang-canang sebagai islamik. Pertama, kes drama Nur Kasih. Saya mengucapkan tahniah pada penulis skripnya yang mengaku drama itu bukan sebagai drama dakwah tetapi drama kekeluargaan. Namun, apa yang menyedihkan, ada para penonton yang menyambutnya dengan girang gembira dan mencanangkannya sebagai drama dakwah. Saya beranggapan peri penting dakwah dalam isu hiburan tanah air yang pertama adalah pada para penonton dan pengguna karya atau produksi hiburan itu. Keduanya, baru pengkarya atau pembikin karya atau produksi hiburan tersebut. Mengapa saya melihat begitu? Jawapannya saya dapat lihat dalam isu drama Nur Kasih ini, walaupun penulis skripnya sudah menyatakan ini bukan drama dakwah, tetapi sikap penonton so called pencinta islam atau iluvislam yang berdegil dan berkeras kepala mahu menganggap juga drama ini sebagai islamik dan drama dakwah menyebabkan betapa sukarnya untuk kita menaikkan fatwa dan saranan ulama di awal entri ini. Para ulama yang saya letakkan fatwanya itu sudah menyebut filem dan drama ini seumpama pisau maka pisau boleh membunuh , pisau juga boleh bermanfaat memotong barang masakan. Namun, ketahuilah jika sudah ada pisau yang berlumuran darah, pisau sumbing, pisau berkarat yang tak lagi bermanfaat, mahu diguna juga untuk memotong, alamatnya bencanalh bakal menimpa. Jika sudah terlihat aksi-aksi dan adegan gila khinzirun dalam suatu drama tetapi sengaja mendiamkannya dan memuji-muji lagi karya-karya busuk ini, apa lagi boleh kita harapkan pada penonton? Padahal kita mahu sangat pengkarya-pengkarya yang merogol agama ini hilang hujah apabila karya mereka ditolak atas kerana kedegilan mereka memasukkan aksi pesong dan pincang syariat itu. Apa akan jadi apabila kita membiarkan anak-anak kita biasa dengan aksi maksiat dalam drama atau filem dengan alasan mesej utama filem atau drama itu sangat baik? Maka akan lahirlah nanti pemuka-pemuka liberalisme dan pluralisme yang akan rasa agama kristian , buddha dan hindu juga adalah baik sebab semua agama itu mengajak kepada kebaikan, walaupun kita semua maklum akidah mereka sesat dan kafir. Akan lahirlah nanti orang yang pergi haji guna duit gaji menyanyi konsert, balik haji tetap buka aurat dan tabarruj, berpuasa ramadhan sambil tonjol aurat, tak solat fardu tapi solat hari raya dan sebagainya. Ini semua simptom-simptom yang lahir dari kekeliruan antara haq dan batil, apabila bercampur dalam kepala dan hati akan maksiat dan amal soleh, iman dan kafir. Sebab itu penting untuk kita sentiasa menjelaskan kemungkaran yang jelik lagi menjelikkan dalam apa jua drama atau filem walaupun mesejnya baik tetapi kemungkaran itu perlu disedari dan disedarkan, supaya menjadi kebiasaan dan amalan buat hati kita membenci kemungkaran walau terlintas sesaat cuma. Apa akan jadi apabila kita biasa buat-buat tak terpandang kemungkaran yang berlaku, sengaja bisukan diri, mendiamkan, maka nanti akan lahirlah umat yang berasa tidak apa atau biasa apabila rakan perempuannya ceritakan dia baru bersenggama dengan teman lelakinya, berasa biasa apabila mendengar kawannya minum arak di kelab malam, berasa biasa apabila saudaranya membuka aurat menjolok mata, berasa biasa apabila meninggalkan solat sebab main bola di padang, berasa biasa apabila anak perempuannya berkapel dan lain-lain. saya menjelaskan dengan terang bahawa dalam drama Nur Kasih ada kemungkaran itu setakat episod 6 ini: 1. aksi peluk dan cium yang terang antara bukan mahram. 2. aksi minum arak sambil memegang botolnya dengan terang. 3. pembukaan aurat pelakon muslimat yang pada adegan lain boleh ditutup auratnya. (bukti penulis skrip dan pengarah adalah liberal dengan merasa tak berdosa memperlakukan pelakon muslimat kita sebegitu). 4. aksi bersalam bukan mahram dan menggambarkan watak seorang "ustaz" juga meraikan perlakuan itu. (ada yang menganggap ini suatu adat melayu, tapi tidak ada seorang dapat buktikan mana-mana adat resam melayu baik adat temenggung mahupun perpatih yang membenarkan bersalam bukan mahram). Saya merasakan bukan saja dosa-dosa berat bakal ditanggungi oleh penulis skrip, pengarah, penerbit dan sekalian yang terlibat dalam produksi Nur Kasih ini atas perlakuan mungkar mereka, malah gambaran salah kepada fakta dan realiti , sebagai contoh adat bersalam bukan mahram yang tidak ada dalam mana-mana adat resam melayu cuba untuk diada-adakan padahal semua itu adalah perlakuan moden setelah kedatangan pemikiran liberalisme sejak penjajahan barat. Kedua, adalah produksi filem Syurga Cinta. Berbeza dengan drama Nur Kasih yang tak diakui sebagai drama dakwah oleh pembikinnya, filem Syurga Cinta diakui sebagai filem dakwah atau disebut juga mengandungi mesej dakwah. Memang tepatlah ulasan Ustaz Zaharudin tentang sikap penasyid wanita atau setidaknya penyokong nasyid wanita yang cuba menghalalkan perlakuan haram mereka sebagai jalan dakwah islam. Filem Syurga Cinta juga adalah salah satu spesis kaum yang sama dengan kelompok itu, yang tak memahami bahawa Allah tak akan redha kita berdakwah dengan cara haram. Seperti juga drama Nur Kasih, filem Syurga Cinta juga menonjolkan aksi mungkar, 1. aksi muslimin meminum arak di kelab malam. 2. aksi pelukan, geselan bukan mahram. 3. pembukaan aurat bukan saja buka aurat malah menjolok mata dengan menonjolkan barang tertonjol. 4. lelaki dan perempuan bukan mahram berbual berdua-duaan sambil nak digambarkan perempuan itu kuat beragama. 5. menggambarkan seolah-olah islam menghalalkan "couple" atau hubungan "berkawan lelaki-perempuan sebelum nikah" padahal ia jelas haram. Maka, kita jangan menganggap penulis skrip, pengarah, dan penerbit drama atau filem ini budak kecil yang nak diajarkan tentang asas hukum islam. Selain David Teo atau pekerja bukan islam yang terlibat, para muslimin muslimat ini rata-rata tahu akan hukum islam yang menyatakan apa itu halal, apa itu haram. Mereka bukan jahil, kerana isi hukum islam dinyatakan dalam skrip mereka baik drama Nur Kasih mahupun Syurga Cinta. Maka apa yang mungkin berlaku pada mereka adalah racun liberalisme yang menghalalkan beberapa perkara haram dengan meletakkan alasan situasi, keadaan dan keperluan. Antara racun liberalisme yang saya lihat tertanam dalam iktikad beberapa penggiat seni yang mungkin terjangkit kepada mereka yang lain dalam produksi konon islamik ini, 1. boleh buka aurat untuk mengelakkan tidak ikhlas menutup aurat. 2. lebih rela langgar syariat dari menjadi hipokrit dengan melakukan amal soleh padahal hati cintakan maksiat. 3. boleh bersentuhan bukan mahram untuk menghayati watak supaya mesej yang baik sampai dengan jelas pada penonton. 4. boleh menayangkan aksi mungkar yang hanya dilakonkan untuk menggambarkan realiti masyarakat. 5. boleh buat drama atau filem yang mengandungi kemungkaran asal saja mesej ceritanya islamik. Dan poin nombor lima paling menakutkan bakal tiba ramadhan nanti dengan drama yang dicanangkan sebagai drama dakwah sebelum mula penggambaran lagi dengan tajuknya Cinta Sempurna. setakat yang saya mampu lihat aksi mungkar masih diselitkan sebelum drama ini ditayangkan iaitu, 1. lagu tema adalah lagu alunan muslimat yang bukan nasyid. jika nasyid wanita pun dah diharamkan ustaz zaharudin, saya yakin ustaz zaharudin tidak akan halalkan lagu tema ini, kecuali ustaz yang lain yang liberal. kita nantikan hujah liberal mereka ini untuk menghalalkan lagu tema drama ini. 2. aksi buka aurat. malah penulis skripnya berbangga dengan aksi lakonan buka aurat berasaskan skripnya itu yang dicanang sebagai skrip dakwah, siap bergambar dan letakkan gambar aksi shooting buka aurat itu di blognya. mereka malah memanggil penulis skrip ini ustaz. saya berdoa semoga hidayah dicurahkan agar adegan buka aurat ditiadakan. Malah, jika dua poin diatas bertambah dengan poin-poin serupa yang melanda Nur Kasih dan Syurga Cinta, malah dicanang pula sebagai drama dakwah, dan para pencinta islam a.k.a iluvislam pun menjadi gila bayang menanti-nanti penuh girang gembira drama dakwah ini, berada di bulan Ramadhan penuh berkah diisi dengan penyebaran drama sebegini , jelas ingatan Dr Yusuf al Qardhawi patut diambil kira sekali lagi buat mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menyiapkan, mempromosi, dan menayangkannya, dengan ingatan, Pihak yang terlibat dengan penyiaran rancangan televisyen hendaklah takut kepadaHampir saya terlupa, ada yang menyatakan kelemahan mukmin sejati menghasilkan drama atau filem menarik adalah kerana mukmin sejati tidak hebat sinematografinya seperti hebatnya sinematografi Nur Kasih. Mereka lupa filem Children of Heaven itu apa standard sinematografinya? Namun masih ia filem yang diakui hebat oleh banyak pesta filem antarabangsa malah penerimaan penonton pelbagai lapisan di seluruh dunia. Sekarang anda mahu menafikan lagi, semua orang lebih suka mesej yang jelas akan makruf dan filem bersih tanpa aksi curang, pincang, pesong, melekit dan jelik pelik lebih dari apa jua sudut sampingan sinematografi dan segala macam bagai. Hukum Pementasan Teater Nabi Yusof
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970
Keputusan:
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa:
Berdasarkan taklimat yang telah diberikan kepada Jawatankuasa
Syariah pada 29 Januari 2007, Jawatankuasa mendapati pada dasarnya tiada
sebarang percanggahan dengan hukum syarak sedia ada, namun pihak
Jawatankuasa masih menunggu sehingga pementasan berkenaan dipertontonkan
kepada umum.
Keterangan/Hujah:
Asas Pertimbangan Pengeluaran Fatwa
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis di dalam membuat keputusan
berkaitan Hukum Pelaksanaan Teater Nabi Yusof telah mendengar sendiri
taklimat ringkas dari Saudara Shamsuddin Othman (Dinsman- penggiat
teater) mengenai bentuk pementasan teater Nabi Yusof yang bakal
dipentaskan serta menghalusi kertas kerja dari Saudara Maszlee bin Malik
( Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) mengenai hukum
melakonkan watak rasul seperti berikut:
Hukum Melakonkan Watak Rasul Seni merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Semenjak awal kemunculan tamadun manusia sehingga kini, seni dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Jiwa manusia dan perasaan mereka yang halus menghasilkan kesenian. Seni mempunyai pelbagai cabangnya, samada seni visual, seni lukis, seni tulisan, seni suara, seni binaan dan pelbagai lagi genre kesenian. Islam yang telah diutuskan kepada Rasulullah SAW merupakan panduan hidup kepada manusia. Islam sebagai wahyu terakhir kepada umat manusia mempunyai unsur-unsur dinamisme. Unsur tersebut penting agar Islam akan kekal sepanjang zaman dan dapat diamalkan oleh sesiapa sahaja, dan di mana-mana sahaja. Berhubung perkara ini, Allah SWT telah menerangkan di dalam al-Quran : "Dan tidaklah Kami utuskan engkau (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada sekian alam" . Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Aku telah diutuskan kepada seluruh umat" . Bertitik tolak dari prinsip inilah, segala apa yang dihadapi oleh umat Islam perlulah diletakkan di bawah neraca Syariat untuk dinilai. Matlamat kehidupan manusia adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT, dan untuk hidup bahagia di dalam Syurga di akhirat nanti. Berteraskan kesedaran ini, kaum Muslimin akan segera mencari panduan dan hukum berkaitan apa sahaja perkara di dalam kehidupan mereka. Seni lakonan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden. Sebagai sesuatu yang tidak berlaku di Tanah Arab sewaktu penurunan wahyu, tiada apa-apa peruntukan mengenainya secara spesifik di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Berhubung kes ini, ijtihad para ulama moden untuk melihat hukum bagi perbuatan tersebut diperlukan. Petunjuk dari kedua-dua petunjuk kehidupan manusia itu menjadi teras kepada para ulama untuk menilai sejauhmana seni lakonan itu dapat diterima oleh Islam ataupun tidak. Seni lakonan yang kini menjadi wasilah propaganda, hiburan dan kesenian merupakan sesuatu yang amat penting di dalam kehidupan manusia. Amat rugi jika umat Islam meminggirkan langsung bidang ini. Dakwah Islamiyyah akan lebih cepat tersebar melalui medium ini. Persoalannya, apakah hukum lakonan?, dan apakah pula hukum melakonkan watak-watak para Nabi dan Rasul untuk tujuan dakwah? Kesemua persoalan ini mengundang perbincangan yang mendalam. Kertas kerja ini disediakan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Syariah, Jabatan Mufti negeri Perlis untuk perbincangan mengenai lakonan "Teater Nabi Yusuf". Perbincangan di dalamnya melibatkan perbincangan mengenai istilah lakonan itu sendiri, hukum berlakon secara umum dan juga hukum melakonkan watak para Nabi dan Rasul. Harapan penulis agar kertas kerja ini dapat memberikan sedikit sumbangan ke atas usaha untuk memartabatkan Islam di muka bumi Allah SWT ini. 1. Definisi Di dalam Kamus Dewan ada disebutkan : Berlakon: bermain atau berlagak dalam sandiwara. Berpura-pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yang bukan sifat sebenar. Melakonkan: mementaskan atau memainkan sesuatu cerita. Pelakon: orang yang berlakon dalam drama (sandiwara dll). Di dalam bahasa Arab, ia dipanggil sebagai "al-Tamthil". Tamthil di dalam Bahasa Arab klasik bermaksud "menggambarkan" ataupun "menyerupakan" sesuatu . Di zaman moden, pengunaan tamthil membawa maksud "Masrahiyah" ataupun lakonan watak . Perkataan "Drama" juga digunakan meluas pada hari ini untuk menggambarkan tentang lakonan watak. Di dalam kamus "al-Mu"jam al-Wasit" yang merupakan kamus Arab moden, "Tamthil" ditakrifkan sebagai: "Satu cabang kesenian berdasarkan skrip yang disusun, yang mempunyai gaya dan peraturannya yang tersendiri, untuk mengisahkan sesuatu perkara samada benar atau sebaliknya untuk tujuan pengajaran" 2. Perbezaan di antara melakonkan semula perbuatan dan melakonkan watak 2.1 Melakonkan semula perbuatan: Sesuatu yang perlu dibezakan di dalam persoalan lakonan ialah perbezaan di antara melakonkan semula perbuatan dengan melakonkan sesuatu watak. Melakonkan semula perbuatan adalah perlakuan untuk menerangkan semula apa yang telah berlaku. Ianya juga disebut sebagai menggambarkan. Sebagai contohnya, seseorang yang ingin menceritakan bagaimana anaknya melompat atau menangis. Perbuatan beliau adalah untuk menerangkan semula apa yang telah dilakukan oleh anaknya dengan cara meniru. Perbuatan melakonkan semula perbuatan ataupun meniru perbuatan merupakan perkara yang dilakukan oleh manusia di dalam kehidupan mereka. Metod seumpama ini sering digunakan oleh sesiapa sahaja di dalam perbualan dan pergaulan harian. Seorang guru terutamanya sering menggunakan metod lakonan ini demi menerangkan sesuatu dengan lebih mendalam. Kesan terhadap penerima dan pelajar adalah lebih jika metod ini digunakan. Kesemua deria akan digunakan di dalam proses melalui metod ini. Rasulullah SAW sendiri di dalam banyak keadaan telah melakukan perkara yang sama. Ketika menceritakan sesuatu kisah silam, baginda sendiri akan cuba melakonkan semula perbuatan tersebut. Sebagai contohnya: a) Ketika Rasulullah SAW menceritakan kisah seorang nabi terdahulu yang telah dipukul oleh kaumnya. Nabi tersebut telah mengesat darah di dahinya dan mengangkat tangannya seraya berdoa: "Ya Allah, ampunkan kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui" . Rasulullah SAW telah melakonkan semula perbuatan mengesat dahi dan mengangkat tangan seolah-olah menggambarkan perbuatan nabi berkenaan. b) Rasulullah SAW juga pernah melakonkan perbuatan bayi menetek dengan menyonyot jari baginda sendiri si dalam hadis mengenai kisah bayi Bani Israel yang boleh berkata-kata . Para sahabat pun turut melakonkan semula perbuatan Rasulullah SAW di dalam usaha mereka untuk mengajar dan menerangkan tentang sesuatu sunnah. Sebagai contoh: a) Hadis Osman mengenai wuduk. Osman telah berwuduk dan di akhir wuduk tersebut beliau mengatakan: "Rasulullah SAW telah berwuduk seperti caraku berwuduk ini" . b) Hadis-hadis musalsal "bi al-fi'li", di mana di dalam hadis-hadis tersebut para perawi akan mengulangi perbuatan para rawi sebelumnya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh perawi yang mendengar dan melihatnya terus daripada Rasulullah SAW. Antara contoh yang paling popular adalah hadis menyilangkan tangan . 2.2 Melakonkan watak: Ini berlainan pula dengan perlakuan melakonkan watak. Selalunya perbuatan melakonkan watak berlaku di dalam lakonan drama, teater, pementasan dan juga perfileman. Tujuan lakonan watak adalah untuk tujuan kesenian, hiburan dan juga kritikan dan pembelajaran. Walau bagaimanapun di zaman moden ini, unsur hiburan yang berunsurkan material menjadi objektif utama lakonan di dalam filem, drama mahupun pementasan teater. Lakonan watak menjadi salah satu daripada elemen di dalam drama, teater mahupun lakonan filem. Tanpa lakonan watak, mungkin drama, teater dan filem hanya akan menjadi pementasan narrator seumpama tok selampit atau monolog. Pementasan seorang diri yang menceritakan hikayat tidak pula dikenali sebagai drama, teater mahupun filem. Ianya tergolong di dalam genre kesenian yang lain. Teater dan drama sebagai salah satu cabang kesenian mempunyai sejarah yang panjang. Menurut para pengkaji sejarah kesenian, teater dan drama telah dimulakan semenjak zaman Mesir kuno lagi. Genre kesenian tersebut pada waktu itu hanya menjadi ritual bagi para paderi untuk tujuan keagamaan sahaja. Ia kemudiannya menjadi ruang bagi rakyat awam ketika kemuncak zaman Greek, lebih kurang 15 kurun sebelum Masehi. Pada waktu itu, pementasan drama dan teater tidak boleh dipisahkan dari muzik dan koir yang mengiringinya. Di zaman Rom, pementasan teater dan drama menjadi begitu popular di barat . Di kawasan timur dunia pula, para pengkaji sejarah kesenian mengatakan bahawa kaum India telah mengenali seni drama dan lakonan semenjak kurun-kurun 10 sehingga lapan sebelum Masehi. Pada waktu yang sama seni tersebut juga dikatakan mula tumbuh di China dan Jepun walaupun agak terkemudian berbanding dengan kaum India. Di Asia Tenggara, lakonan melalui wayang kulit direkodkan telah popular semenjak kurun-kurun sebelum Masehi lagi . Di zaman kegelapan Eropah, seni lakonan menjadi begitu terkenal. Samada di England, Paris, Sepanyol, Itali, seni lakonan menjadi salah satu daripada hiburan bagi rakyat. Lazimnya pementasan lakonan hanya ditonton oleh golongan atasan sahaja. Seni lakonan pementasan juga kadangkala dijadikan alat propaganda Eropah untuk memburuk-burukkan musuh mereka. Sewaktu zaman pencerahan Eropah, seni lakonan drama dan teater turut menjadi alat propaganda untuk perubahan . Revolusi industri di Eropah telah memberikan kesan juga terhadap seni lakonan. Jika sebelum ini seni lakonan hanya berpusat di pentas-pentas drama dan teater, kini ia memasuki era baru. Tahun 1890'an telah menyaksikan kelahiran era perfileman. Bermula dengan mesin kinetografi dan kemajuannya di zaman Lumier Brotherspada tahun 1895, dunia telah dikejutkan dengan pementasan lakonan yang boleh dirakam dan ditonton bukan sekadar di pentas teater sahaja. Ciptaan Lumier Brothers ini akhirnya telah berjaya memberikan nilai komersial kepada lakonan filem. Tahun-tahun 1905-1919 telah menyaksikan revolusi pefileman di peringkat antarabangsa yang membawa kepada kelahiran awal Hollywood yang membawa kepada industri perfileman moden . Di negara-negara Arab dan Islam di Timur Tengah secara amnya, seni drama dan lakonan watak merupakan sesuatu yang baru. Menurut pengarang buku "Tarikh al-Adaab" (Sejarah kesusateraan (Arab)), ianya mula sampai ke tanah Arab melalui Lubnan di zaman penjajahan. Kesan penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi oleh Amerika Syarikat dan juga Peranchis pada waktu itu telah membawa kesenian lakonan watak. Lakonan teater berbahasa Arab yang pertama dicatatkan adalah pada tahun 1840 Masehi . Sehingga kini industri lakonan melalui perfileman bukan lagi menjadi cabang sastera dan kesenian, malah menjadi satu industri. Selain dari kemampuannya untuk menjana ekonomi bagi para Kapitalis, ianya juga menjadi alat propaganda yang paling berkesan bagi sesetengah pihak di serata dunia. Kesan psikologi dari lakonan yang dihasilkan akan berjaya membawa trend, gaya hidup, ideologi dan juga pandangan umum (Public Opinion). Kesimpulannya, lakonan watak mempunyai konotasi yang berbeza dengan melakonkan semula perbuatan seperti yang dibicarakan di awal tajuk ini. Lakonan watak yang kini dikenali sebagai seni lakonan adalah satu cabang kesenian. Samada ianya di dalam bentuk drama, teater mahupun seni perfileman, ianya bukanlah merupakan satu perbuatan biasa seperti melakonkan semula perbuatan. Apa yang lebih penting, ianya adalah sesuatu perkara baru yang tidak wujud di zaman Rasulullah SAW dan juga di zaman awal Islam. Adalah menjadi satu kesilapan apabila kita hendak menyamakan di antara perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat yang melakonkan semula perbuatan untuk tujuan pengajaran dan penghikayatan dengan seni lakonan di zaman ini. Seni lakonan merupakan perkara yang baru dan kontemporari yang m 3. Hukum Lakonan Para ulama tidak mempunyai masalah berhubung dengan perbuatan melakonkan semula perbuatan. Perbuatan tersebut adalah harus kerana ianya sebahagian daripada perlakuan manusia dan kehidupan mereka. Perbincangan hukum hanya difokuskan kepada hukum lakonan watak secara umum, dan juga hukum melakonkan watak nabi dan Rasul. 3.1 Hukum lakonan watak secara umum: Secara amnya, para ulama kontemporari telah berbeza pendapat mengenai hukum lakonan watak. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan: a) Kumpulan Pertama: Merupakan kumpulan yang mengharamkan terus lakonan watak. Di antara mereka ialah, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, mantan Mufti Arab Saudi, Syeikh Nasirudin al-Albani, ulama hadis terkemuka, Syeikh Salih Fawzan al-Fawzan dari Arab Saudi, Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali dari Yaman, Syeikh Bakr Abu Zeid dari Arab Saudi, Syeikh Abdul Razak Afifi dari Mesir dan juga Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dari Kuwait, dan lain-lain lagi . Dalil: i) Mereka berpendapat bahawa lakonan watak merupakan satu bid'ah yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi awal Islam. ii) Mereka juga mengatakan ianya merupakan satu ciptaan barat yang diciptakan untuk merosakkan akhlak masyarakat dan juga alat untuk memuaskan nafsu. iii) Di antara mereka juga ada yang berhujah bahawa seni lakonan merupakan adat barat yang wajib ditinggalkan. Maka barangsiapa yang meniru seni tersebut, maka mereka termasuk di dalam golongan yang mengikuti barat sehingga ke lubang biawak. Perbuatan seperti ini dilarang oleh Rasulullah SAW. Barangsiapa yang meniru-niru orang kafir, maka dia tergolong bersama mereka . iv) Golongan ini juga berpendapat bahawa lakonan watak adalah satu penipuan, dan penipuan adalah dilarang di dalam Islam. v) Mereka juga mengatakan pelbagai perkara haram boleh berlaku di dalam lakonan, seperti seseorang mengaku anak orang lain, seseorang mungkin menceraikan orang lain, seseorang pelakon mungkin akan bersumpah palsu, mendakwa isteri orang lain miliknya dan 1001 lagi kemungkaran. Dan lain-lain lagi hujah mereka . b) Kumpulan Kedua: Merupakan golongan ulama yang mengharuskan lakonan watak dengan syarat-syarat tertentu. Mereka merupakan majoriti ulama zaman ini, terdiri daripada kebanyakan badan-badan fatwa, majlis-majlis fatwa dan kajian serta ulama-ulama terkemuka. Antara yang paling nyata ialah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Hasanain Makhluf, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Muhammad Al-Ghazali, Syeikh Ibn Uthaymin, Syeikh Faisal al-Mawlai, Lujnah Fatwa al-Azhar, Badan Fatwa Mesir, Majlis fatwa Eropah dan lain-lain lagi. Dalil Mereka: i) Lakonan adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang harus dilakonkan jika tiada dalil yang melarangnya. Hal ini bertepatan dengan kaedah Fiqh yang disepakati oleh semua ulama Muslimin, "Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya". ii) Golongan ini juga berhujahkan beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW, di mana ada di antara para sahabat yang berlakon. Antara cerita yang menjadi sandaran mereka adalah lakonan Muhammad bin Maslamah di hadapan Ka'ab bin al-Asyraf sebagai rakan karibnya. Tujuan lakonan tersebut adalah untuk rapat dengan Kaab dan mencari peluang membunuhnya di atas jenayah yang telah beliau lakukan . iii) Mereka juga berhujahkan lakonan Nu'aim bin Mas'ud lewat Perang Khandaq, atau perang Ahzab. Nu'aim telah berlakon di hadapan kaum Yahudi dan juga kaum Musyrikin Mekah yang berakhir dengan perpecahan di kalangan barisan kaum Kufffar akibat taktik tersebut . Menurut mereka, perbuatan para sahabat tersebut tidak mendapat tentangan daripada Rasulullah SAW. Pengiktirafan Rasulullah SAW terhadap perlakuan mereka merupakan sunnah taqririyah, dan ini menunjukkan keharusan melakonkan watak dan tidak termasuk di dalam penipuan yang dicela . iv) Mereka juga mengatakan bahawa lakonan watak adalah sebahagian dari seni metafora atau dikenali di dalam bahasa Arab sebagai "Tasybih". Al-Quran sendiri mengiktiraf tasybih. Banyak ayat-ayat al-Quran yang membawa gaya tasybih . Begitu juga halnya dengan Rasulullah SAW. v) Ada di antara mereka yang berdalilkan bahawa Jibril pun pernah berlakon di dalam bentuk manusia. Hal ini telah disebutkan oleh al-Quran, di dalam Surah Maryam (19), ayat 17: "Maka dia pun menjelma (di hadapannya) sebagai bentuk manusia yang sempurna". Jikalaulah lakonan diharamkan, maka perlakuan Jibril juga haram. Hal ini mustahil dilakukan oleh para malaikat, kerana malaikat tidak akan melakukan pekara yang haram. Maka, perbuatan melakonkan watak adalah harus. vi) Golongan ini juga memandang bahawa di sebalik lakonan terdapat 1001 faedah. Antaranya untuk tujuan pelajaran, pengajaran, iktibar, hiburan yang halal dan juga kesenian yang menajamkan perasaan dan pemikiran . Walau bagaimanapun, mereka semua bersetuju bahawa lakonan watak haruslah menepati kehendak syariat. Jika berlaku apa-apa perkara yang melanggar syariat di dalam lakonan watak, maka hukumnya akan bertukar menjadi haram. Perlakuan seperti mengucapkan kekufuran, cerita yang berunsurkan nafsu, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, persentuhan, perlakuan ghairah, kata-kata caci maki, lelaki memainkan watak wanita atau sebaliknya dan lain-lain perbuatan di dalam lakonan adalah dilarang. Jika berlaku apa-apa perbuatan tersebut, maka dengan sendirinya lakonan tersebut menjadi haram . Kesimpulannya, seni lakonan ataupun lakonan watak samada dalam bentuk drama, pementasan teater, lakonan filem dan sebagainya merupakan satu perkara yang baru. Oleh kerana ianya sesuatu yang baru, maka tiada dalil yang jelas dan tepat mengenainya. Maka ulama moden telah berijtihad didalam menyikapi isu ini, dan mereka terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama mengharamkan, dan kelompok kedua mengharuskan dengan syarat. Maka terserah kepada umat Islam untuk memilihnya. Walau bagaimanapun perlu diingat, tiada seorang pun ulama yang membenarkan seni lakonan watak secara mutlak tanpa batasan. Maka, seni lakonan watak yang wujud pada hari ini tidak boleh dikatakan harus secara umum. Harus atau tidaknya sesuatu lakonan itu adalah terletak kepada sejauh mana ianya menjaga batas-batas Syaria 4. Hukum Melakonkan Watak Nabi dan Rasul Perbincangan tentang hukum berlakon watak para nabi dan Rasul perlu dinilai berdasarkan kategori manakah lakonan tersebut digolongkan. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab mengenai perbezaan di antara "melakonkan semula perbuatan" dan juga "melakonkan watak, maka perbincangan tentang hukum juga tertakluk kepada pembahagian ini. Kaedah fiqh ada mengatakan, "Hukum ke atas sesuatu perkara hanyalah sebahagian daripada keseluruhan perkara berkenaan". Maka, gambaran yang jelas tentang realiti perkara yang kita bincangkan itu amat penting untuk memberikan hukum kepadanya. 4.1 Hukum melakonkan semula perbuatan para nabi dan Rasul. Berkaitan dengan hukum melakonkan semula perbuatan Rasul dan Nabi untuk tujuan menggambarkan dan juga mengajar, tiada percanggahan di kalangan ulama mengenai keharusannya. Ianya merupakan sebahagian daripada kehidupan, sebahagian daripada metod mengajar dan juga sebahagian daripada kelaziman seharian. Dalilnya amat jelas, iaitu perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini. Seperkara yang perlu diingat, apabila seseorang melakonkan semula perbuatan untuk tujuan menggambarkan, mengajar, menunjuk, si pelakon hanya berlagak sebagai "tukang cerita" (narrator). Para penonton, ataupun pendengar akan menyifatkan apa yang dilihatnya sebagai mendengar kata si tukang cerita. Ini berbeza dengan kesan psikologi yang timbul daripada perbuatan "melakonkan watak" seperti yang kita akan perbincangkan nanti. Walau bagaimanapun, perbuatan "melakonkan semula" perbuatan para nabi dan Rasul untuk tujuan seperti yang telah disebutkan tetap bergantung kepada niat si pelaku. Jika dia mempunyai niat yang buruk seperti tujuan memperlekehkan, menipu, mengejek dan yang seumpamanya, maka dia berdosa di atas niatnya itu. Hal ini jelas seperti yang telah ditunjukkan oleh hadis Rasulullah SAW: "Setiap amalan itu dikira berdasarkan niatnya..." Para ulama juga meletakkan kaedah fiqh yang berbunyi : "Setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada niatnya" . 4.2 Hukum melakonkan watak nabi dan Rasul. Di dalam membicarakan persoalan ini, kita perlu sedar bahawa tiada dalil yang qat'i (putus) membicarakan persoalan ini. Samada dalil yang membenarkan mahupun dalil yang melarang. Maka, persoalan ini merupakan perkara baru yang memerlukan kepada ijtihad. Walau bagaimanapun, perlu diingat, sungguhpun ianya ijtihad, namun setiap ijtihad perlulah bersandarkan kepara hujah yang kuat dan bernas. Berhubung dengan hukum melakonkan watak Rasulullah SAW, para ulama moden terbahagi kepada dua pendapat: 1) Pendapat pertama diwakili oleh segelintir ulama Syiah yang mengatakan keharusan melakonkan watak para nabi. Pendapat ini telah dibawa oleh Syaikh Faisal Mawlawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah di dalam fatwanya. Ianya bersandarkan fatwa Majlis Ulama Syiah Lubnan yang membenarkan penggambaran filem mengenai Rasulullah SAW. Filem tersebut hasil usahasama sebuah syarikat filem di Tehran dengan sebuah syarikat filem dari Amerika Syarikat. Malangnya sehingga hari ini tiada berita mengenai filem tersebut. 2) Pendapat kedua pula diwakili oleh majoriti ulama Islam, yang mengharamkan sebarang bentuk lakonan watak Rasul, nabi, malah para sahabat yang utama seperti khalifah yang empat dan juga para isteri Rasulullah SAW. Beberapa fatwa oleh badan-badan fatwa terkemuka dunia juga telah dikeluarkan berkaitan persoalan ini.
Antaranya:
i) Pusat Fatwa Kebangsaan Mesir telah mengeluarkan fatwa ini pada bulan Ogos tahun 1980 dalam menyanggah segala bentuk teater / filem yang menayangkan peribadi Rasulullah saw. Bahkan dinyatakan juga pengharaman ini dalam lakonan terhadap ahli bait, ummahaatul mukminin dan juga para Sahabat Baginda . ii) Fatwa dikeluarkan oleh : Lajnah Fatwa Kementerian Wakaf Kuwait yang mengatakan keharaman melakonkan watak nabi saw, khalifah yang empat dan para isteri Rasulullah SAW . iii) Fatwa dikeluarkan oleh : Syeikh Faisal Mawlawi, Naib Ketua Majlis Eropah Bagi Kajian dan Fatwa , kata beliau: "Menjelmakan atau melakonkan watak nabi-nabi dan rasul-rasul dengan melakukan peranan-peranan mereka adalah haram pada pandangan Jumhur Ulama Islam masa kini. Ada pun selain mereka (para nabi dan Rasul) daripada kalangan orang-orang saleh dan para sahabat, berlaku khilaf - perselisihan pendapat. Para ulama melihat kepada martabat orang saleh atau sahabat yang dilakonkan wataknya itu". iv) Fatwa dikeluarkan oleh : Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950 . Kata beliau: "Haram melakonkan watak nabi dan rasul, melukiskan gambar mereka, menjelmakan mereka dengan apa cara sekali pun. Asas pengharaman itu ialah "menolak keburukan lebih diutamakan daripada mengambil kebaikan". Apabila keperluan pengetahuan membawa kepada keluar daripada beradab (terhadap para nabi), maka bahayanya ketika itu mengatasi kebaikan. Pemeliharaan Allah terhadap para nabi dan rasul dengan tidak mengizinkan syaitan menyerupai mereka juga merupakan larangan terhadap penyerupaan mana-mana individu dengan mereka". v) Fatwa yang sama diwartakan oleh Lajnah Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968 dan juga Darul Ifta" (Jabatan Fatwa Mesir) pada bulan Ogos 1980 dan lain-lain lagi . vi) Dr Yusuf al-Qardhawi, juga di dalam persoalan ini telah bersetuju dengan fatwa-fatwa al-Azhar yang mengharamkan lakonan watak sahabat-sahabat ulung seperti khalifah yang empat, sepuluh sahabat yang dijanjikan dengan syurga dan para isteri Rasulullah SAW. Manakala melakonkan watak selain daripada mereka adalah harus menurut al-Qaradhawi. Di atas dasar inilah, filem-filem seperti filem Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan lain-lain telah dihasilkan . Disebabkan ramainya para ulama moden dan hampir keseluruhan mereka memfatwakan haram, seorang pengkaji dari Universiti al-Azhar, Mas'ud Sabri mengatakan ulama muslimin telah berijmak mengenai pengharamannya . Ijmak tersebut menurut beliau adalah bentuk ijmak sukuti yang diiktiraf di dalam disiplin ilmu usul al-Fiqh. 4.3 Perbincangan dalil a) Dalil golongan Syiah: Bagi golongan Syiah yang membenarkan lakonan tersebut, mereka berhujahkan bahawa tidak terdapat larangan mengenai perkara tersebut. Oleh kerana tiada nas yang menghalang, maka kaum Syiah bergantung kepada ijtihad dari kalangan mujtahid-mujtahid mereka yang masih hidup. Bagi mereka, segalanya bergantung kepada niat pembikin filem tersebut. Di dalam seni lukis, kaum Syiah telah melukis wajah Ali, Hussein dan juga imam-imam mereka tanpa merasakan bahawa perkara yang sedemikian dilarang. b) Dalil Golongan Majoriti: Golongan majoriti mengemukakan dalil yang pelbagai, namun kebanyakan dalil tersebut bukanlah dalil yang langsung dan spesifik mengenai lakonan watak . Dalil-dalil tersebut kebanyakannya mengenai kesan lakonan yang membawa kepada penghinaan, penipuan dan juga menjatuhkan martabat Rasul. Antara dalil-dalil tersebut : i) Di kalangan mereka juga ada yang berhujah bahawa lakonan watak nabi-nabi dan Rasul-rasul hanyalah merupakan cercaan dan ejekan terhadap mereka. Sebarang kekurangan, pelakon yang tidak bermoral dan juga ciri-ciri yang tidak menepati sifat-sifat Nabi-Nabi dan Rasul tersebut adalah kejian terhadap mereka. Hal seperti ini dicela oleh Allah SWT di dalam surah al-Ahzab (33): ayat 57 yang berbunyi: "Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah akan melaknati nya di dunia dan di akhirat, dan (Allah) menyediakan bagi mereka azab yang menghinakan". Di dalam ayat ke 58 pula, Allah SWT menyebutkan: "Dan mereka yang menyakiti kaum Mukminin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka mereka telah berbohong dan melakukan dosa yang nyata". ii) Sukar mendapatkan ketepatan pada watak dan keperibadian Rasul. Maka apabila ada sesiapa yang melakonkan watak tersebut, beliau tidak akan membawa watak dan peribadi Rasul tersebut yang sebenar. Perbuatan ini termasuk di dalam perbuatan menipu di atas nama Rasul. Berhubung dengan persoalan ini, Rasulullah SAW telah memberikan larangan: "Barangsiapa yang menipu dengan sengaja di atas namaku, maka sediakanlah tempatnya di dalam api neraka" . iii) Darar (kerosakan) akibat melakonkan watak tersebut melebihi manfaat yang boleh diambil. Kerosakan yang dimaksudkan di sini ialah kerosakan pada imej Nabi dan Rasul yang mungkin dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang rosak akhlaknya ataupun berperibadi tidak elok. Maka, wajah beliau akan menjadi sinonim kepada watak Rasul yang dilakonkan itu. iv) Keharusan melakonkan watak-watak tersebut juga akan membuka jalan kepada mereka yang berniat jahat. Mereka yang berniat jahat pastinya akan menggunakan peluang tersebut untuk melahirkan filem-filem atau drama-drama yang boleh merosakkan imej Islam dan imej para Nabi dan Rasul. Berdasarkan kaedah Sadd al-Dhara i' (menutup pintu-pintu kejahatan), maka lakonan watak Nabi dan Rasul adalah haram. v) Ada juga di antara para ulama tersebut yang mengatakan, Jikalaulah syaitan pun tidak mempunyai kudrat untuk menyerupai para Nabi dan Rasul demi menjaga kehormatan mereka, maka manusia pun tidak harus melakukan perkara yang sama. Maka bertitik tolak dari dalil-dalil ini, majoriti ulama moden dari segala mazhab mengharamkan lakonan watak para Nabi dan Rasul. 4.4 Komentar Jika diamati, ternyata fatwa-fatwa yang mengharamkan lakonan watak nabi, Rasul dan para sahabat yang utama adalah berdasarkan kaedah "Sadd al-Dhara i'" (menutup jalan kemungkaran). Logiknya, jika watak Rasulullah SAW, para nabi, para Rasul dan para sahabat utama dilakonkan, maka siapakah pelakonnya? Persoalan lain juga ialah, apakah pelakon tersebut benar-benar menepati ciri-ciri mereka?, persoalan yang timbul juga ialah ianya akan membuka ruang untuk mereka yang ingin membuat lakonan menghina Rasulullah SAW akan mengunakan metod yang sama. Walau apapun dalil yang dibawa, kesemuanya tidak menunjukkan pengharaman secara terus. Logiknya, seni lakonan bukanlah sesuatu yang wujud di Tanah Arab di zaman al-Quran diturunkan. Seni lakonan hanya sampai ke tanah kaum Muslim Walau bagaimanapun, seperkara yang tidak disentuh oleh mereka yang mengharamkan lakonan watak nabi dan Rasul ialah kesan psikologi. Kita maklum bahawa teknologi audio visual mempunyai kesan psikologinya yang tersendiri. Sebab itulah media audio visual menjadi alat propganda yang paling berkesan. Tidak kisahlah samada yang menggunakan alat tersebut untuk tujuan masing-masing, hakikatnya impak yang dibawa amat mendalam. Aspek subliminal effect dan juga aspek "mental attachment" pada sesuatu yang ditontonkan memberi kesan jangkamasa panjang. |
Monday, February 8,
2010
Takut Hantu Atau Takut Allah
Salam kepada semua pengunjung blog Ustaz Nor Amin. Tergerak hati untuk
buat satu artikel berkaitan dengan cerita-cerita tahyul kurafat dalam
TV. Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris
dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak
dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem
Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika
dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang
paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem
menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem
jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek
jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga
ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke
dilapangan jadi camtu?
Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang
berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa
cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu.
Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini
ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada
dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya
tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini,
kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima
oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan
sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak
diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang
paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu
menurut pendapat saya.
Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak
tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering
menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu
seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa
kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya
rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya
“mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan
azab api neraka”.
Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa
takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia
sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut
kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan
lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap
darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah,
maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak
perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan
keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan
takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat.
Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya
kepada Allah.
Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia
takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut
lagi. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan
dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar
gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)
Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha
Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik
Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih
kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah.
Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta
kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka
perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada
Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh
menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu
tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem
tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk
melariskan filemnya.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Monday, February 8,
2010
Takut Hantu Atau Takut Allah
Salam kepada semua pengunjung blog Ustaz Nor Amin. Tergerak hati untuk
buat satu artikel berkaitan dengan cerita-cerita tahyul kurafat dalam
TV. Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris
dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak
dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem
Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika
dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang
paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem
menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem
jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek
jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga
ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke
dilapangan jadi camtu?
Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang
berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa
cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu.
Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini
ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada
dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya
tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini,
kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima
oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan
sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak
diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang
paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu
menurut pendapat saya.
Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak
tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering
menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu
seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa
kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya
rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya
“mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan
azab api neraka”.
Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa
takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia
sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut
kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan
lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap
darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah,
maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak
perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan
keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan
takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat.
Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya
kepada Allah.
Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia
takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut
lagi. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan
dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar
gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)
Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha
Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik
Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih
kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah.
Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta
kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka
perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada
Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh
menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu
tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem
tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk
melariskan filemnya.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Drama, filem dan wayang
Pada
hari ini, hampir mustahil untuk berjumpa dengan isi rumah yang tidak
punya sekurang-kurangnya sebuah televisyen (TV). Penggunaan TV telah
dibahas panjang oleh para ulama, dan tidak perlu rasanya untuk menghurai
secara lanjut. Cukuplah kita fokus kepada pendapat yang paling ringan,
yakni mengatakan penggunaan TV adalah HARUS.
Semua sedia maklum bahawa alat teknologi ini sekadar bertindak sebagai
suatu alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini boleh
dilihat sama ada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Ia ibarat
pedang, ditangan mujahid ia digunakan untuk berjihad manakala ditangan
perompak pula digunakan untuk kejahatan.
Ini yang disokong oleh ulama kontemporari, Syeikh Yusof Qaradhawi menerusi bukunya, Al-Halal Wal Haram Fil Islam.
Namun pandangannya itu juga disertai dengan beberapa SYARAT yang perlu
dipatuhi. Tetapi amat malang sekali, umat Islam kini mengambil
kesempatan terlampau mengambil mudah dalam soal ini sehingga
meringan-ringankan syarat yang ditetapkan. Kita mahu berbincang dan
bertanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita mematuhi syarat
yang ditetapkan di mana penggunaannya dilakukan dalam kerangka yang
dikatakan harus, tidak berubah kepada haram?
Penayangan aurat
Sudah
menjadi lumrah, setiap rancangan di TV pasti tidak terlepas daripada
menunjukkan pendedahan aurat. Ini termasuklah slot iklan, rancangan
berita sekalipun, malah rancangan yang dicanang-canangkan sebagai ‘drama
islamik’ juga tidak terlepas dalam soal ini. Apakah dibolehkan untuk
menonton pendedah aurat ini? Menurut fatwa ulama al-Azhar, hukum melihat
aurat di kaca TV adalah DIHARUSKAN dan ini disokong juga oleh fatwa
lajnah ulama Kuwait. Namun, ianya disyaratkan tidak mengandungi elemen
berlebih-lebihan sehingga merangsang nafsu. Kita kira dengan mengambil
pandangan para ulama ini, adalah tidak muktamad lagi kerana turut
disertai dengan syarat lanjut. Kita akan terus bincang dengan lebih
teliti.
Elemen maksiat
Adegan
merokok, minum arak, pergaulan bebas, dan lain-lain lagi sering
dijadikan selitan sebagai pelengkap suatu rancangan drama dan filem.
Walaupun sesetengah plot mempamerkan pengajaran namun kebanyakan plot
lagi mempromosikan secara langsung kemaksiatan tesebut. Lihatlah
lambakan filem Hollywood tidak kira genre aksi, seram, cinta mahupun
lain-lain, pasti akan mempamer gaya hidup sosial mereka. Drama korea
yang digilai oleh majoriti kaum wanita pula penuh dengan ketaksuban
kisah cinta. Tidak banyak pengajaran terkandung melainkan mempromosikan
sebuah kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang belum
berkahwin, ditambah dengan plot konflik yang melanda mereka dan akhirnya
diakhiri dengan kejayaan penyatuan mereka di penghujungnya (Adakah
SEKS?). Mudah bukan jalan ceritanya yang kini boleh dihafal skrip oleh
budak sekolah rendah sekali pun.
Merangsang nafsu
Tak
perlu nak dihurai panjang juga, kerana sudah dihuraikan dalam artikel
'lelaki dan blue' sebelum ini. Semua orang pasti tahu wanita sering
dieksploitasi untuk tujuan meningkatkan rating drama atau filem
mereka. Adegan-adegan jijik wajib untuk diselitkan dalam setiap filem
Hollywood. Paling tidak pun, drama dari jepun sering menjaja seorang
watak heroin berwajah menggoda. Nah, tanyalah diri anda sejujurnya,
mampukah anda mengawal nafsu melihat filem atau drama sebegini? Tidak
ternaikkah sedikut pun nafsu seketika watak tersebut beraksi? Dan kaum
wanita juga tidak terlepas. Tidak perlu menipu diri, masakan gambar
Ikuta Toma dijadikan gambar profile di facebook, huh?
Campuran lelaki dan perempuan
Tidak cukup menonton TV di rumah, sudah menjadi trend kini untuk masyarakat kita menonton wayang. Menonton
wayang umpama gaya ‘menonton TV’ secara berskala besar, yakni menonton
secara beramai-ramai. Maka keadaan sekeliling turut memainkan peranan
dalam menentukan hukumnya. Sebagai tambahan daripada syarat yang
dibincangkan tadi, Syeikh Yusof Qaradhawi menambah, perlu elak dari
bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi dan lebih-lebih lagi
menonton di dalam keadaan gelap! Apabila melihat fenomena menonton wayang pada hari ini, apakah anda masih berfikir ianya dalam kerangka syarat yang ditetapkan?
-------
Sudah
tiba masanya kita semak kembali penggunaan TV dan wayang oleh kita
sendiri. Kita bukan menyuruh anda untuk mencampak TV ke sungai, tetapi
tidak mahu menjadikan teknologi sebagai pemudah cara untuk melakukan
dosa-dosa besar yang lain. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk
setiap orang mempunyai suatu ‘filter’ yang mampu bertindak memilih
rancangan yang mampu memanfaat diri dan membuang rancangan yang membawa
kemudaratan. Ini yang ditekankan oleh Syeikh Yusof Qaradhawi lagi,
“Setiap insan itu adalah ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Ia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Jika tidak berupaya menghalang dirinya, maka lebih baik tidak terjebak dengan sistem yang bakal membuka pintu kejahatan!”
21 March 2014
Hukum Tengok Filem/Drama Dedah Aurat Wanita
Buka saja TV, terpacul keluar cerita Melayu. Biasanya cerita dalam
bentuk drama, kadang-kadang filem. Kalau bukan cerita Melayu, cerita
Inggeris, Cina, Hindustan, Tamil, Filipina, Thailand, Latin dan
lain-lain..
Tapi semua cerita-cerita itu dalam medium bahasa apa pun, ada satu
persamaan - kebanyakan wanita dalam cerita-cerita itu memakai pakaian
seksi-meksi. Yang namanya pelakon Melayu, yang mengaku beragama Islam
yang selalu sebut dalam facebook dan twitternya #pray for MH370 pun dua
kali lima juga berpakaian seksi-meksi.
Kadang-kadang JR sebagai lelaki berfikir dalam hati - apa hukumnya
menonton drama/filem yang memperagakan wanita yang bukan saja tak
menutup aurat tapi hampir menelanjangkan semua auratnya?
Dan ini jawapannya:
Tengok filem dedah aurat wanita
Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini
bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com
Soalan:
Hukum tengok aurat wanita haram. Jadi, apakah hukumnya jika saya
menyimpan koleksi filem dalam dan luar negara. Hal ini kerana dalam
setiap filem yang ada sekarang ini semuanya mendedahkan aurat wanita.
Apakah hukum menonton filem tersebut?
Jawapan:
Hukumnya ialah haram menyimpan dan menonton filem tersebut. Apa yang
membimbangkan kita ialah perkara seumpama ini sudah tidak menjadi
kerisauan kepada kita. Justeru, marilah kita berdoa bersama-sama agar
Allah menjadikan kita kembali risau dengan agama kita.
Mungkin ada yang bertanya: tapi apa pilihan yang ada jika itu saja yang
mampu ditayang oleh TV kita? Jangan tengok TV, pergi dapur cuci pinggan,
kemas rumah, tidur...?
Sebenarnya banyak pilihannya. Tepuk dada tanya dosa....
Posted by JR at 21.3.14
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Hukum Tengok
Filem/Drama Dedah Aurat Wanita
Buka saja TV, terpacul keluar cerita Melayu. Biasanya cerita dalam
bentuk drama, kadang-kadang filem. Kalau bukan cerita Melayu, cerita
Inggeris, Cina, Hindustan, Tamil, Filipina, Thailand, Latin dan
lain-lain..
Tapi semua cerita-cerita itu dalam medium bahasa apa pun, ada satu
persamaan - kebanyakan wanita dalam cerita-cerita itu memakai pakaian
seksi-meksi. Yang namanya pelakon Melayu, yang mengaku beragama Islam
yang selalu sebut dalam facebook dan twitternya #pray for MH370 pun dua
kali lima juga berpakaian seksi-meksi.
Kadang-kadang JR sebagai lelaki berfikir dalam hati - apa hukumnya
menonton drama/filem yang memperagakan wanita yang bukan saja tak
menutup aurat tapi hampir menelanjangkan semua auratnya?
Dan ini jawapannya:
Tengok filem dedah aurat wanita
Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini
bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com
Soalan:
Hukum tengok aurat wanita haram. Jadi, apakah hukumnya jika saya
menyimpan koleksi filem dalam dan luar negara. Hal ini kerana dalam
setiap filem yang ada sekarang ini semuanya mendedahkan aurat wanita.
Apakah hukum menonton filem tersebut?
Jawapan:
Hukumnya ialah haram menyimpan dan menonton filem tersebut. Apa yang
membimbangkan kita ialah perkara seumpama ini sudah tidak menjadi
kerisauan kepada kita. Justeru, marilah kita berdoa bersama-sama agar
Allah menjadikan kita kembali risau dengan agama kita.
Mungkin ada yang bertanya: tapi apa pilihan yang ada jika itu saja yang
mampu ditayang oleh TV kita? Jangan tengok TV, pergi dapur cuci pinggan,
kemas rumah, tidur...?
Sebenarnya banyak pilihannya. Tepuk dada tanya dosa....
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
So boleh ke tonton?Saya nampak perenggam kata harus sebab dalam cermin
BalasPadam