Jumaat, 12 Disember 2014

BEZA KITA DENGAN ORANG KAFIR/NON MUSLIM IALAH SOLAT/SEMBAHYANG....JIKA ORANG ISLAM ITU TAK SOLAT...ORANG KAFIR MEMANG TAK SOLAT...MAKA DISINI APA BEZA KEDUANYA...BETUL TAK BEGITU


Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

by admin on May 21, 2012

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :


1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/


Di Manakah Solat Kita?

by admin on December 19, 2011



Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.
Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

'Sebenarnya, saya bukan lelaki sejati'
SEMALAMAN saya tidak dapat tidur. Fikiran terganggu. Saya tiba-tiba berasa curiga sama ada diri saya ini boleh dikira  lelaki sejati.

Persoalan ini bukan kerana ada perubahan drastik berlaku ke atas fizikal saya. Satu-satunya harta persendirian yang saya ada itu tidak pernah berubah rupa. Ia masih kekal begitu sama seperti ketika saya dilahirkan 43 tahun dahulu.

Satu lagi, jangan menyangka apa yang berlaku ini ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa tidak salah bagi lelaki  untuk berpakaian perempuan.

Hakikatnya, saya tidak pernah ada keinginan untuk memakai pakaian perempuan, malah membayangkan sahaja pun boleh buat saya pitam!

Sebenarnya, perasaan berbolak-balik yang saya alami berpunca daripada pembacaan. Saya baru terbaca satu artikel mengenai siapa sebenarnya lelaki sejati?

Apakah kelelakian semata-mata ditunjukkan oleh ciri-ciri fizikal bahawa penandanya itu harus berbentuk silinder dan yang rupanya bukan silinder itu adalah perempuan?

Merujuk pada hal itu, saya sememangnya lelaki. Tidak ada keraguan. Ditanya lagi dalam artikel itu, apakah kelelakian seseorang diukur dengan keupayaannya  menghamilkan wanita?

Jawapannya, tidak. Dikatakan remaja 16 atau 17 tahun pun boleh menghamilkan orang, dan itu masih belum cukup untuk mengiktiraf dirinya sebagai lelaki sejati.

Turut dijelaskan, lelaki sejati bukan semestinya hebat di ranjang sebagaimana yang selalu dianggap. Lelaki yang bodoh atau tidak sempurna akal pun  sesetengahnya boleh beraksi dengan cukup hebat.

Lalu siapa yang sebenarnya layak digelar lelaki sejati di dunia ini? 

Takrifan tidak, tidak dan tidak yang diberikan oleh penulis artikel itu seolah-olahnya mahu semua  lelaki, termasuk saya memeriksa semula ‘kelelakian’ mereka.  Dan itulah yang sedang berlaku pada diri saya.

Sebenarnya, tidaklah susah mana pun untuk kita menilai diri apa kita ini sebenarnya lelaki sejati.

Apa yang perlu cuma  muhasabah diri masing-masing, apakah kita tergolong dalam jenis kaki pukul pasangan?

Lelaki yang memukul wanita, tunjuk kuat dengan wanita, bahawasanya  itu bukanlah  jenis lelaki sejati.

Wanita yang selalunya dianggap lemah fizikal sudah tentu bukan tandingan seorang lelaki yang gagah perkasa. Maka apa perlu tunjuk kuat dengan mereka?

Yang panas baran juga tidak dianggap lelaki sejati kerana lelaki sejati, menurut penulis artikel itu adalah mereka yang tahu bertolak ansur dan mampu menahan sabar, lebih-lebih lagi dengan wanita terutama yang jadi pasangan mereka.

Lelaki sejati seharusnya bijak mengawal kemarahan dan sama sekali tidak akan menggunakan kekerasan.

Walaupun penulis itu tidak menyatakan tetapi pada pandangan saya, apa yang dikatakan itu selari dengan pesanan agama, baik dalam hadis mahupun kitab suci al-Quran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW mengingatkan:

“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.” (HR Bukhari & Muslim).

Bersifat sabar dan tenang adalah jalan mudah untuk meningkatkan keyakinan orang di sekeliling termasuk pasangan.

Seseorang wanita akan berasa lebih selamat dengan lelaki yang seperti ini, walaupun dia mungkin tidak punya banyak kelebihan lain.

Lelaki yang sejati akan selalu ambil berat dan menunjukkan kasih sayangnya terhadap pasangan.

Dia juga akan menunjukkan kematangan dan kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi jauh sekali mahu menuding jari menyalahkan pasangan.

Saya percaya, ini kelemahan paling ketara kebanyakan kita (lelaki).

Lelaki sejati juga dikatakan tidak kisah akan kekurangan pasangannya. Apa yang penting baginya ialah membetulkan atau memperbaiki kekurangan itu dengan kasih sayang.

Membuatkan mereka (pasangan) menyedari kesilapan tanpa sebarang rasa tersinggung atau berkecil hati, itu tanda kelebihan dan kekuatan seorang lelaki sejati.

Lantaran itu, jika anda sedang memilih pasangan, carilah lelaki sejati. Hanya lelaki sejati akan memberikan cinta yang sejati.

Saya akui daripada ciri-ciri ini, banyak yang tidak saya miliki. Dalam usia 43 tahun, baru hari ini saya tersedar apa yang sebenarnya sangat penting bagi saya, juga isteri.

Kasihan dia kerana selama ini, suaminya bukanlah lelaki sejati.

Kelebihan Solat Berjemaah

by admin on December 20, 2011



Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.


Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Sumber: http://www.soleh.net/

Hadis Azab Meninggalkan Solat

Assalamulaikum,sya ada persoalan mengenai sepotong hadis yang mafhumnya....ketima zaman nabi dulu telah berlaku mayat yang diseksa oleh seekor ular yang besar ini krana semasa hidupnya mayat tersebut tidak pernah mengerjakan solat....adakah hadis ini sahih atau tidak?Moho penjelasan.
----------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yang sdr bktnibong keutarakan mengenai hadith azab meninggalkan solat yang kadar yang mampu, Insyaallah.

Hadith mengenai dihantar seekor ular kedalam kubur seseorang jika ia meninggalkan solat terdapat didalam hadith yang berbunyi :

عن أبي هـريرة عـن النبي صلى الله عليـه وسلم قال :( من تهاون في الصلاة عاقبه الله بخمسة عشرة عقوبة منها ستة في الدنيا وثلاثة عند الموت وثلاثة في القبر وثلاثة عند خروجه من القبر . أما الستة التي تصيبه في الدنيا :
1. ينزع الله البركة من عمره .
2. يمسح الله سيما الصالحين من وجهه .
3. كل عمل يعمله لا يؤجره الله عليه .
4.لا يرفع له دعاء في السماء .
5. ليس له حظ في دعاء الصالحين .
6. تخرج روحه بغير إيمان .
أما الثلاثة التي تصيبه عند الموت فهي :
1. أنه يموت ذليلاً .
2. أنه يموت جائعاً. 7
3. أنه يموت عطشاً ولو سقي ماء الدنيا ما روي من عطشه .
وأما الثلاثة التي تصيبيه في قبره فهي:
1. يضيق الله عليه القبر حتى تختلف ضلوعه .
2. يوقد الله عليه في قبره ناراً ويتقلب على الجمر ليلاً ونهاراً .
3.يسلط الله عليه في قبره ثعباناً يسمى الشجاع الأقرع يضربه على ترك صلاة الصبح من الصبح إلى الظهر وعلى تضييع صلاة الظهر من الظهر إلى العصر وهكذا كلما ضربه يغوص في الأرض سبعين ذراعاَ .
وأما الثلاثة التي تصيبه يوم القيامة فهي :
1. يسلط الله عليه من يسحبه إلى نار جهنم على جمر على وجهه .
2. ينظر الله تعالى إليه بعين الغضب وقت الحساب فيقع لحم وجهه.
3. يحاسبه الله عز وجل حساباً شديداً ويأمر الله به إلى النار وبئس القرار ؟

Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :

1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :

1. Mati didalam keadaan memalukan
2. Mati didalam keadaan lapar.
3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!

------
Menurut Dr Husamuddin bin Musa Afana, pensyarah Usul Fiqh di Universiti Al-Quddus :-

؟ هو حديث مكذوب على الرسول صلى الله عليه وسلم وهذا ظاهر من ركاكة ألفاظه وضعف سياقه وقد نص أهل الحديث على أنه مفترى على النبي صلى الله عليه وسلم وقد كذب هذا الحديث وركبه أحد الكذابين على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويدعى محمد بن علي بن عباس البغدادي العطار .

"Hadith itu merupakan satu penipuan keatas Rasulullah saw, dimana kelihatan perkataan / bahasa yang digunakan agak lemah dan ulama' telah mengatakan bahawa Hadith ini satu fabrikasi (yang diada-adakan) keatas Nabi saw dan berbohong mengenai hadith ini dan merupakan penipuan keatas Nabi saw sebagaimana yang dipanggil oleh Mohammad bin Ali bin Abbas Al-Baghdadi Al-'Athar. "

ونقل الحافظ ابن حجر كلام الإمام الذهبي وقال الحافظ :[ زعم المذكور أن ابن زياد أخذه عن الربيع عن الشافعي عن مالك عن سمي عن أبي صالح عن أبي هريرة وقال الحافظ بن حجر : وهو ظاهر البطلان من أحاديث الطرقية ]. لسان الميزان 5/334.
ذكر الإمام بن عراق الحديث من ضمن الأحاديث المكذوبة على الرسول صلى الله عليه وسلم ونقل كلام الإمامين الذهبي وابن حجر ووافقهما على ذلك . تنزيه الشريعة 2/ 114.

Al-Hafiz menaqalkan perkataan Imam Al-Zahabi, kata Al-Hafiz : 'Dakwaan bahawa Ibn Zaid menerima dari Al-Arbi' dari Al-Syafie, dari Malik, dari Sami, dari Abi Sooleh dari Abi Hurairah, kata Al-Hadiz bin Hajar : Dia pada luaran/zahirnya terbatal dari perjalanan Hadith]. (Lisaan Al-Miizaan, 5/334). Al-Imam bin Iraaq menyebut bahawa hadith yang menipu Rasulullah saw dan menaqalkan perkataan 2 Imam iaitu Al-Zahabi dan Ibn Hajar dan persetujuan mereka berdua. (Tanzih Al-Shariah, 2/114)."

Seterusnya Dr Husamuddin melarang penggunaan hadith ini,

ولا يجوز نشره على الناس ولا تعليقه في المساجد ، لأن ذلك من الكذب على الرسول صلى الله عليه وسلم

"dan tidak boleh disebarkan dan [yang kebiasaannya] ditampalkan di masjid-masjid, kerana ia merupakan satu pembohongan keatas Rasulullah saw."

Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz :

أما الحديث الذي نسبه صاحب النشرة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في عقوبة تارك الصلاة وأنه يعاقب بخمس عشرة عقوبة الخ : فإنه من الأحاديث الباطلة المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم كما بين ذلك الحفاظ من العلماء رحمهم الله كالحافظ الذهبي في " لسان الميزان " والحافظ ابن حجر وغيرهما .

"Mengenai hadith yang mana pengarang risalah itu mengaitkan Rasulullah saw mengenai pembalasan-pembalasan keatas mereka yang meninggalkan solat, dimana ia mengatakan 15 siksaan dihantar keatasnya dsb.., Ini merupakan hadith yang direka-cipta dan batil yang dikaitkan keatas Nabi saw, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama' seperti Al-Hafiz al-Zahabi didalam Lisaan Al-Miizaan, dan juga Al-Hafiz Ibn hajar dan lain-lain" - Majalah al-Buhooth al-Islamiyyah (22/329).

Bekas Mufti Saudi selepas Bin Baaz, Sheikh Ibn Utsaimin pula berkata :

هذا الحديث موضوع مكذوب على رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحل لأحد نشره إلا مقروناً ببيان أنه موضوع حتى يكون الناس على بصيرة منه

"Hadith ini Mawdhu' (palsu) dan batil yang dikaitkan kepada Rasulullah saw. Tidak dibenarkan menyebarkannya, hanya jika ia ditulis dengan kenyataan bahawa hadith ini rekaan, agar orang yang membaca mempunyai pemahaman yang jelas mengenainya"

Fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah Al-Daaimah yang benombor : 8689 juga mengatakan bahwa hadith in batil sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajar didalam Al-Lisaan.... dan pada zahirnya batil dari perjalanan hadith-hadith sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Zahabi didalam Al-Miizaan.

Kesimpulannya ialah Hadith bagi orang yang meninggalkan solat akan dihantar ular yang bernama "Al-Syujaa'" semasa didalam kubur, termasuklah didalam hadith 15 siksaan keatas orang yang meninggalkan solat, dimana taraf hadithnya ialah Mawdhu' dan batil. Ulama' mengatakan apa yang diturunkan oleh Allah dan dinyatakan oleh Nabi mengenai pembalasan Allah swt telah mencukupi.

---------------------
Rujukan :

1. Dr Husamuddin bi

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

by admin on May 24, 2012



Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)


  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

Sumber: http://www.soutulmujahid.com/
n Musa Afana. حديث مكذوب في حكم تارك الصلاة . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=51455

2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Fatawaa. Markaz Dakwah bi‘Anayzah[/b] - 1. ms 6.

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 4. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 480
Adik pemain bola sepak didakwa cabul kekasih
  • Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah, semalam. Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang adik kepada pemain bola sepak pasukan berstatus kelab dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul kekasih bawah umur.

Dia didakwa mencabul kanak-kanak berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, di sini, pada 1 pagi, 5 Disember lalu.

Pada prosiding tersebut, Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau  mana-mana dua seksaan itu.

Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes.

Mahkamah menetapkan kes untuk didengar semula pada 14 Januari tahun depan.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai jersi pasukan JDT. Dia kemudian bebas selepas menjelaskan jaminan itu.

Abang tertuduh beraksi untuk pasukan berkenaan dalam Liga Perdana musim ini.
Artikel Berkaitan


Tidak sedar syirik dalam doa
  • Tidak sedar syirik dalam doa
1 / 1
ANTARA keistimewaan Islam ialah ALLAH Azza wa Jalla menyediakan ruang secara langsung untuk sesiapa sahaja berhubung, memohon, merayu, merintih, meminta dan berdoa mengikut keperluan masing-masing. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, miskin atau kaya, tua atau muda, orang awam atau orang agama, tidak kira latar bangsa dan kedudukannya, di mana sahaja dia berada, kutub selatan atau utara; semua diberikan ruang dan peluang yang sama.

Berdoa terus kepada ALLAH

Mintalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar. Pohonlah kerana ALLAH itu Maha Memakbulkan. Istighfarlah kerana ALLAH itu Maha Pengampun. Malam atau siang, pagi atau petang, di masjid atau di padang, sambil berdiri atau baring melintang, ALLAH tetap mendengar apa yang kita minta. ALLAH itu sangat dekat dengan hamba-Nya, bahkan lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

ALLAH bersedia untuk mendengar, bersedia untuk memberi, bersedia untuk memakbulkan. Bila dan bagaimana? Terserahlah kepada keadilan dan ketentuan-Nya. ALLAH berpesan kepada Baginda SAW: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (Surah al-Baqarah: 186)

Dalam ayat lain, ALLAH menyatakan: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf: 16)

Justeru, berhubung dan berdoalah secara langsung kepada ALLAH. Selagi mana kita bergelar hamba, selama itulah kita mempunyai hak untuk berdoa. ALLAH tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya mengikut bangsa, warna kulit, pangkat, jawatan dan harta. Hanya nilai takwa yang membezakan antara manusia.

Perantaraan dalam doa

Namun begitu, Islam tetap membenarkan kita untuk mewujudkan perantaraan dalam berdoa. Hal ini disebut sebagai tawasul. Tawassul berasal daripada bahasa Arab wasilah, tawassala-yatawassalu-tawassulan. Tawassul dalam berdoa bermaksud kita menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam doa.

Apakah perkara yang boleh kita tawasul? Ada tawassul yang dibenarkan dan ada tawassul yang diharamkan, bahkan boleh jatuh kepada kesyirikan.

Tawassul  dibenarkan

Pertama: Tawassul dengan nama ALLAH. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu". (Surah al-A’raf: 180)

Tawassul dengan nama ALLAH itu contohnya kita berdoa: "Ya Ghaffar, ighfirli" (Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah daku). "Ya Rahman Ya Rahim, irhamni" (Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, kasihanilah daku".

Tawassul dengan nama-nama ALLAH bermaksud kita memilih dan menyebut nama-nama ALLAH yang sesuai dengan hajat dan permintaan kita. Dengan ketinggian dan kemuliaan nama-nama tersebut kita mohon semoga ALLAH perkenankan hajat kita.

Kedua: Tawassul dengan amalan soleh sendiri. Kita dibolehkan untuk menyebut amal soleh yang pernah kita lakukan kemudian diikuti dengan berdoa hajat kita. Diharapkan dengan keikhlasan dan keberkatan amal soleh tersebut dapat dimakbulkan hajat kita.

Hal ini berdasarkan kisah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berkenaan tiga lelaki yang terperangkap dalam gua. Ada batu besar yang menutupi pintu gua tersebut. Lalu, seorang berdoa dengan mengatakan dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab ALLAH, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.

Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada ALLAH agar dibukakan pintu gua tersebut.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 2272)

Ketiga: Tawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Kita boleh berjumpa dengan orang soleh yang akidah dan amal ibadatnya bertepatan dengan al-Quran dan sunnah bagi meminta tolong didoakan kepada kita. Diharapkan dengan kesolehan beliau akan menjadikan doa kepada kita tersebut dimakbulkan.

Tawassul dengan orang soleh ini dibenarkan dengan syarat orang tersebut masih lagi hidup. Jika seorang yang soleh meninggal dunia, kita tidak dibenarkan untuk bertawasul dengan beliau lagi.Sahabat sering meminta agar Rasulullah SAW berdoa kepada mereka.

Namun, setelah kewafatan Baginda SAW, sahabat tidak pun pergi ke kubur Rasulullah SAW dan minta untuk didoakan. Contohnya Umar Al-Khatthab  pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar berkata: "Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi SAW. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami". (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 3710)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah di landa kemarau panjang. Umar meminta Abbas berdoa dan beliau pun berdoa. Tidak lama setelah itu, ALLAH pun menurunkan hujan kepada mereka.

Doa yang dilarang

Tawassul yang dilarang adalah seperti meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada ALLAH, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada ALLAH.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Diharamkan untuk kita menjadikan orang yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa kita, walaupun semasa hidup dia seorang yang soleh. Bahkan kepada Rasulullah SAW sendiri.

Jika dibolehkan sudah pasti Umar al-Khattab tidak berjumpa dengan Abbas untuk minta didoakan. Umar akan terus ke kubur Baginda Rasulullah SAW untuk minta didoakan. Rasulullah SAW lebih lagi mulia dan soleh.

Justeru, kata-kata dan tindakan Umar ini menunjukkan tidak disyariatkan untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati sama ada dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah", "Madad Ya Ali", ‘Madad Ya Husain" dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah.

Namun, pelik dan hairan ada segolongan manusia yang bertopengkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, berjubah dan berserban, bermati-matian ingin mempertahankan boleh untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati.

Sebab itu golongan ini ada yang mengunjungi kubur tok guru dan syekh-syekh mereka untuk minta didoakan. Ada yang mengalunkannya dalam nyanyian dan qasidah.

 Semoga ALLAH selamatkan kita daripada hasutan dan ajaran menyeleweng ini sama ada yang berasal dari negara ini atau yang dibawa dari  luar negara. Berdoalah terus kepada ALLAH kerana ruang itu tidak pernah disekat. Sesiapa sahaja dan di mana pun kita berada.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan, ketulusan dan kejelasan tauhid kepada-Nya. Jangan sampai ada unsur syirik yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH tidak pernah mungkiri janji. Setiap permintaan akan diberi. Sabar dan terus menanti walaupun sampai akhirat nanti.
Artikel Berkaitan

Syubhah bidaah yang hasanah
  • Contoh ‘bidaah yang dipuji’ adalah solat Tarawih berjemaah. Ia boleh dinamakan bidaah menurut istilah bahasa sahaja, dalam istilah syarak ia bukan bidaah kerana mempunyai asal-usulnya dalam sunnah. - Gambar hiasan Contoh ‘bidaah yang dipuji’ adalah solat Tarawih berjemaah. Ia boleh dinamakan bidaah menurut istilah bahasa sahaja, dalam istilah syarak ia bukan bidaah kerana mempunyai asal-usulnya dalam sunnah. - Gambar hiasan
1 / 1
SYUBHAT ketiga: Atsar Abdullah bin Mas’ud ra.: “Apa yang dilihat baik oleh orang Islam maka ia adalah baik di sisi ALLAH.” (Riwayat Imam Ahmad)

Jawapan: Kenyataan ini tidak sabit daripada Rasulullah SAW. Sebaliknya ia adalah atsar daripada Abdullah bin Mas’ud ra. (Silsilah Al-Dha’ifah oleh Syeikh Al-Albani) ‘Orang Islam’ yang dimaksudkan bukan secara umumnya sebaliknya ia adalah ‘para sahabat’ secara khasnya.

Merekalah yang dimaksudkan berdasarkan kenyataan lengkap Abdullah bin Mas’ud ra sebelum itu iaitu, “Sesungguhnya ALLAH melihat kepada hati manusia dan mendapati bahawa hati Muhammad adalah sebaik-baik hati. Maka ALLAH memilih Baginda dan melantik Baginda sebagai utusanNya.

Lalu ALLAH melihat hati-hati manusia sesudah hati Muhammad dan mendapati bahawa hati-hati sahabat Baginda adalah sebaik-baik hati. Maka ALLAH melantik mereka sebagai pembantu Baginda yang berperang untuk menegakkan agamaNya.

Maka apa yang dilihat baik oleh orang Islam maka ia adalah baik di sisi ALLAH, dan apa yang dilihat buruk oleh mereka maka ia adalah buruk di sisi ALLAH.” (Riwayat Imam Ahmad)

Terdapat dalam riwayat lain, “Dan orang Islam telah memilih untuk melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.” (Al-Mustadrak, 3/78) Tambahan ini jelas menunjukkan bahawa ‘orang Islam yang dimaksudkan adalah ‘para sahabat’.

Sekiranya begitu, para sahabat telah pun sepakat dalam mencela semua bidaah. Tidak ada satu riwayat pun daripada mereka yang membaikkan mana-mana bidaah.

Andai kata ‘orang Islam’ yang dimaksudkan adalah orang Islam secara umumnya, maka ia bererti ijmak dan ijmak adalah hujah di sisi syarak. Dalam hal ini, bagi mereka yang berhujah dengan atsar ini untuk mengatakan adanya bidaah hasanah: Apakah mereka boleh membawa satu contoh bidaah yang mana umat Islam telah ijmak dalam mengatakan ia adalah baik? Tentu sahaja mustahil.

Ini kerana tidak ada mana-mana bidaah yang umat Islam telah ijmak dalam mengatakan ia adalah baik. Bahkan generasi-generasi awal umat Islam telah sepakat dalam mengatakan bahawa semua bidaah adalah sesat. Inilah realitinya sehinggalah ke hari ini.

Bagaimana mungkin kenyataan Abdullah bin Mas’ud ra ini digunakan bagi membolehkan adanya bidaah hasanah sedangkan beliau adalah di kalangan sahabat yang paling lantang dalam melarang bidaah sebagai mana telah dinukilkan daripada beliau  “Ikutilah sunnah (ittiba’) dan jangan lakukan bidaah kerana (sunnah) sudah mencukupi; dan sesungguhnya semua bidaah adalah sesat.”

Syubhat keempat: Kenyataan Imam Syafie rahimahullah: “Bidaah itu dua: bidaah yang dipuji dan bidaah yang dikeji. Apa yang menepati sunnah adalah dipuji. Manakala apa yang bercanggah dengan sunnah adalah dikeji.” (Hilyatul Awliyaa’, 9/113)

Jawapan: Hakikatnya, kata-kata Imam Syafie ini jika diamati, beliau jelas  memaksudkan ‘bidaah yang dipuji’ dengan bidaah menurut bahasa dan bukan menurut syarak.

Berkata Abdullah bin Omar ra, “Semua bidaah adalah sesat walaupun manusia menganggapnya baik.” (Riwayat Ibnu Battah dalam Al-Ibanah, Hadis; dan Al-Lalaka’i dalam Syarah I’tikaad Ahlu Sunnah)
Buktinya, semua bidaah dalam syarak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Ia bertentangan dengan firman ALLAH, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu” (Al-Maa’idah, 3) dan sabda Nabi SAW, “Barang siapa melakukan suatu yang baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan daripadanya maka ia adalah tertolak.” (Bukhari dan Muslim).

Walhal Imam Syafie rh telah pun mensyaratkan bagi ‘bidaah yang dipuji’ supaya ia tidak menyalahi al-Quran dan sunnah. Berkata Ibnu Rajab rh, “Apa yang dimaksudkan oleh Imam Syafie rh dengan ‘bidaah yang dikeji’ adalah apa yang tidak ada asal-usulnya dalam syarak.

Ia adalah bidaah menurut istilah syarak. Adapun ‘bidaah yang dipuji’ maka ia adalah apa yang menepati sunnah. Dengan erti kata lain ia mempunyai asal-usulnya dalam sunnah. Tidaklah ia bidaah melainkan menurut bahasa sahaja sedangkan dalam syarak ia bukan bidaah kerana ia bertepatan dengan sunnah.” (Jami’ Al-Ulum Wa Al-Hikam)

Contoh ‘bidaah yang dipuji’ adalah seperti pembukuan al-Quran, penulisan hadis, solat tarawih secara berjemaah dan ilmu nahu dan sorof. Daripada satu sudut, ia boleh dinamakan sebagai bidaah tetapi menurut istilah bahasa sahaja. Adapun dalam istilah syarak ia bukan bidaah. Ini kerana ia mempunyai asal-usulnya dalam sunnah.

Ringkasnya, suatu yang dikatakan bidaah itu tidak akan lari daripada dua keadaan: 1) Ia bidaah daripada sudut bahasa sahaja dan bukan daripada sudut syarak; atau 2) Ia sememangnya bidaah maka ia adalah tercela kerana menyalahi syarak.

Imam Syafie rh. terkenal dengan keteguhan beliau berpegang dengan sunnah Nabi SAW serta menyanggah perkara-perkara bidaah. Kata beliau, “Sekiranya engkau dapati dalam buku aku apa yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW, hendaklah kamu berpegang dengan sunnah Baginda dan tinggalkan apa yang aku katakan.” (Siyar A’laam Al-Nubalaa’ 10/34)

Kata beliau lagi, “Semua hadis Nabi adalah kata-kataku jua walaupun engkau tidak mendengarnya daripadaku.” (Siyar A’laam Al-Nubalaa’ 10/34)

Syubhat kelima: Kenyataan Al-Izz bin Abdul Salam rh.: “Bidaah adalah suatu yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan ia terbahagi kepada; bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh dan bidaah harus. Untuk mengenal pastinya, hendaklah ia dilihat daripada sudut kaedah-kaedah syarak. Sekiranya ia menepati kaedah-kaedah wajib maka ia wajib.

Sekiranya ia menepati kaedah-kaedah haram maka ia haram. Sekiranya ia menepati kaedah-kaedah sunat maka ia sunat dan sekiranya ia menepati kaedah-kaedah harus maka ia harus.” (Qawaa’id Al-Ahkaam oleh Imam Al-Iz bin Abdul Salam, 2/204)

Jawapan: Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, hadis Rasulullah SAW tidak wajar disanggah dengan kata-kata sesiapa pun daripada kalangan manusia. Tidak kira sesiapa pun jua.
Berkata Imam Syatibi rh, “Ini adalah suatu pembahagian yang direka-reka. Ia tidak bersandarkan kepada dalil syarak. Bahkan ia mengandungi percanggahan.

Ini kerana hakikat bidaah itu tidak didukung oleh dalil syarak sama ada daripada sudut nas mahupun kaedah. Kalau sekiranya dalil menunjukkan suatu itu wajib, sunat atau harus, ia tidak akan dianggap bidaah. Sebaliknya ia akan dianggap sebagai sebahagian daripada amalan yang dituntut atau diberi pilihan.

Maka untuk menyatakan bahawa sesuatu itu adalah bidaah tetapi dalam masa sama dalil syarak menunjukkan ia adalah wajib, sunat atau harus, jelas kenyataan sebegini akan membawa kepada percanggahan.” (Al-I’tisaam, 1/246)

Bidaah yang dimaksudkan oleh Al-Izz bin Abdul Salam rh adalah bidaah daripada sudut bahasa dan bukan syarak. Ini berdasarkan kepada contoh yang beliau berikan. Bagi bidaah wajib; beliau memberi contoh kewajipan mempelajari ilmu nahu demi memahami kata-kata ALLAH dan RasulNya.

Walhal ilmu nahu hanya boleh dianggap sebagai bidaah daripada sudut bahasa sahaja dan bukan syarak. Bidaah sunat; beliau memberi contoh membina bangunan sekolah. Jelas hal ini bukan bidaah daripada sudut syarak.

Bidaah harus; beliau memberi contoh berlebih-lebihan dalam perkara yang harus sedangkan hal ini bukan bidaah dalam syarak. Sebaliknya, sekiranya ia sudah sampai ke tahap membazir ia akan menjadi haram dan termasuk dalam kategori maksiat dan bukan bidaah. Perlu dibezakan antara bidaah dan maksiat agar tidak berlaku kekeliruan.

Semoga penjelasan yang ringkas tentang syubhah-syubhah untuk menghalalkan bidaah ini dapat memberi kefahaman kepada kita semua. Kepada ALLAH kita pohon petunjuk dan taufik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan