Jumaat, 26 Disember 2014

BERGAUL@BERCAMPUR GAUL LELAKI PEREMPUAN SECARA BEBAS YANG BUKAN MUHRAM MEMANG DILARANG BEGITU JUGA HIBURAN YANG MELALAIKAN...PENONTON YANG HADIR RAMAI TAK SOLAT...DAN BANYAK PERKARA2 YANG HAMPIR KEPADA ZINA

 

Perbadanan Putrajaya batal sambutan tahun baru 2015

Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ambank Group mengumumkan program sambutan AmPerbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Perbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.bang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang dijadualkan berlangsung pada malam tahun baru dibatalkan.
Pengumuman itu dibuat menerusi status laman Facebook PPj pada jam 6 petang tadi.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengesahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan.
Terdahulu selepas menerima desakan pelbagai pihak supaya sambutan sempena tahun baru dibatalkan, PPj bertindak mengadakan perbincangan dengan penganjur iaitu Ambank bagi membatalkan acara tersebut.
Dalam tulisan di laman Facebooknya, ia berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur, iaitu Kumpulan Ambank, untuk membatalkan sambutan tersebut.
"PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, tetapi program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan Ambank dan pihak kami sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan ini," katanya.
Hampir 5 negeri dilanda banjir ketika ini dengan lebih 90,000 penduduk seluruh negara yang terjejas dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir, kejadian terburuk dalam sejarah negara.
Tiada tanda hujan akan berhenti khususnya di Kelantan dan Terengganu, dua negeri di pantai timur yang terjejas teruk selain Pahang, Perak dan Johor.
Sementara itu, pengguna Facebook menulis komen menggesa PPj membatalkan majlis sempena tahun baru yang dijadualkan pada 31 Disember tersebut, dan menggesa Ambank sebaliknya membantu mangsa banjir.
"Ambank itself bole ubah budget dr buat sambutan berbentuk hiburan, salurkan bantuan kepada mangsa banjir. I'm sure that budget utk sambutan ambang2015 bukan ciput2!," kata pengguna Facebook, Dilla Haris.
"Lagi terpuji jika Ambank salurkan bantuan kepada mangsa banjir..inshaallah akan ada keberkatan buat Ambank nanti," kata seorang lagi pengguna Facebook, Jamil Lun dalam laman Facebook PPj.
Ketika artikel ini ditulis, hampir 861 komen yang majoritinya menyokong sambutan tersebut dibatalkan.
Di Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menitahkan agar semua sambutan Tahun Baru termasuk anjuran kerajaan negeri dibatalkan dan mahu solat hajat diadakan di semua masjid memohon agar banjir yang melanda negeri itu segera pulih.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam kenyataan hari ini menggesa kerajaan tidak menyokong sambutan ambang tahun baru yang menelan belanja jutaan ringgit ketika masyarakat di pantai timur sedang menghadapi bencana banjir.
Di Selangor, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata sambutan peringkat negeri akan diteruskan tetapi dalam skala sederhana - tidak mewah dan tidak membazir wang rakyat dengan unsur hiburan - demi menghormati mangsa banjir di negeri pantai timur.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim sebelum ini berkata, lebih 500,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Putrajaya di Presint 3 Putrajaya bagi memeriahkan konsert Ambang 2015 itu yang akan bermula dari 8.30 malam 31 Disember sehingga 1 pagi 1 Januari 2015.
Selain mengira detik tahun baru dan pertunjukan bunga api, konsert itu akan menampilkan selebriti terkenal seperti Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, David Arumugam, Amy Search, Sweet Charity, Hafiz, Suki, Goldkartz, Awal Ashaari dan Fara Fauzana. – 25 Disember, 2014.

Selangor Batal Semua Sambutan Tahun Baharu – Azmin


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membatalkan semua program dan sambutan menjelang Tahun Baharu sebagai menghormati dan tanda simpati kepada mangsa banjir yang teruk terjejas di beberapa negeri.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan pembatalan berkenaan yang turut membabitkan Temasya Selangor 15.

“Kita juga mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membatalkan Karnival Jom Heboh anjuran TV3, bagi menghormati mangsa banjir,” katanya di sini, hari ini.

Karnival Jom Heboh TV3 dijadualkan berlangsung esok dan lusa di Taman Tema i-City, di sini. – BH Online
Dari KL ke KB
Like · · · 5251439
Kenyataan semalam untuk hari ini dari al sultan negeri teman!
Like · ·
INFO BANJIR 2014 : Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi dan keadaan semasa banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Nombor bilik gerakan banjir Kontinjen boleh dihubungi di talian berikut :
Like · ·

Batalkan program tahun baru, hormati mangsa bencana

 | December 25, 2014
Lebih elok kerajaan mengadakan program seperti solat hajat dan doa selamat agar rakyat dijauhkan daripada malapetaka
Abu Bakar YahyaPETALING JAYA: PERKASA Selangor menggesa supaya kerajaan tidak menyokong atau memberi kemudahan bagi sambutan ambang tahun baru bagi menghormati masyarakat yang sedang dilanda bencana terutama di pantai timur.
Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata program bercorak hiburan sewajarnya digantikan dengan solat hajat dan doa selamat agar kita semua dijauhkan daripada malapetaka.
Beliau berkata, walaupun program yang akan dianjurkan bernilai jutaan ringgit itu adalah tajaan swasta lebih baik, perbelanjaan tersebut disalurkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dibeberapa buah negeri dalam negara ini.
“Kita yakin dan percaya ramai rakyat yang akan berpuas hati dengan tindakkan tersebut, malah mereka yang terlibat ditimpa bencana akan berasa terbela dan akan berterima kasih kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Banjir yang melanda lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah sehingga kini menyaksikan lebih 62,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Kelantan pula muncul negeri terburuk dilanda banjir sehingga menyaksikan daerah Kuala Krai kini terputus hubungan dan hanya tinggal satu sahaja jalan masuk ke negeri tersebut masih boleh dilalui.

Majikan Paling Kejam Terhadap Pekerja Mangsa Banjir Pantai Timur (3 Gambar)


Satu screenshot perbualan whatapp antara pekerja dan majikan telah tersebar di laman sosial di mana majikan telah memaksa pekerjanya datang bekerja di Ibu Kota walaupun pekerja tersebut telah memberitahu bahawa rumah ibu bapanya telah tenggelam akibat banjir.
Majikan Paling Kejam Terhadap Pekerja Mangsa Banjir Pantai Timur (3 Gambar)
Majikan Paling Kejam Terhadap Pekerja Mangsa Banjir Pantai Timur (3 Gambar)
Majikan Paling Kejam Terhadap Pekerja Mangsa Banjir Pantai Timur (3 Gambar)
Majikan Paling Kejam Terhadap Pekerja Mangsa Banjir Pantai Timur (3 Gambar)
Sepatutnya majikan perlulah bertimbang rasa, kerana pekerjalah sesuatu syarikat berjaya. jangan sombong kerana nikmat rezeki itu Allah yang punya. Dia boleh menarik rezeki tersebut bila-bila masa sahaja. Bantulah mana-mana rasa yang perlu, bukan bertindak kejam sedemikian rupa.
Sumber : Apahell
 

Jumlah mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu makin kritikal



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.
Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.
Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.
Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang). - BERNAMA

Selangor batal sambutan Tahun Baru, lebih RM1juta untuk mangsa banjir


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Amar Abdullah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru, Kelantan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Amar Abdullah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru, Kelantan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014. Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Te‎masya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor.
"Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah ‎Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini.
Menurut Azmin, sebagai tanda simpati Selangor juga meluluskan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu ‎masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak.
Sejumlah RM200,000 juga ‎bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).
Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan‎.
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat memohon keselamatan rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perak.
Manakala, sokongan kewangan kata Azmin, diperoleh daripada anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta di Selangor bagi membantu menyediakan peralatan sekolah termasuk beg dan pakaian seragam untuk pelajar.
"Untuk program pasca bencana banjir, kerajaan negeri Selangor bersetuju memberikan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua pihak berkuasa tempatan Selangor," katanya.
Setakat jam 3 petang ini, terdapat seramai 118,896 mangsa banjir di pusat penempatan di  Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Kedah dan Perlis.
"Kami memohon doa agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat.
"Kami juga memohon semoga rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Pahang dan Perak bersabar menghadapi musibah," kata Azmin. – 26 Disember, 2014.

Banjir: MTUC gesa beri cuti bergaji

Majikan swasta di kawasan dilanda banjir digesa menimbang memberi cuti bergaji kepada pekerja masing-masing sehingga keadaan pulih.
Timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A.Balasubramaniam berkata langkah itu boleh menolong meringankan kesulitan yang dialami pekerja terbabit.
"Majikan sektor swasta sepatutnya bermurah hati memberi cuti bergaji kepada pekerja mereka ketika banjir melanda banyak negeri.
"Saya percaya kehidupan berpuluh ribu pekerja akan terjejas akibat banjir teruk yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis," katanya kepada Bernama. 
Balasubramaniam berkata walaupun kebanyakan pekerja sektor swasta hanya bergantung pada ihsan majikan mereka untuk mendapat cuti bergaji, namun adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang nasib yang menimpa pekerja masing-masing dan memberi bantuan yang diperlukan, termasuk cuti bergaji ketika berlaku bencana.
"Kami berharap majikan tidak mengambil langkah drastik terhadap pekerja yang tidak dapat datang bekerja kerana keadaan yang kritikal," katanya.
Sementara itu, keadaan banjir tidak menunjukkan tanda akan surut dengan segera, manakala mangsa yang dipindahkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini, dengan Pahang mencatat peningkatan mendadak jumlah mangsa yang dipindahkan dan Kelantan mencatat penurunan kecil.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan