Isnin, 24 November 2014

TIPU DISISI ISLAM BERDOSA....TIPU JUGA MEROSAKAN MORAL ORANG MENIPU ATAU CAKAP BERBELIT2



Mencintai Islam added a new photo.
LikeLike · ·
YANG MANA SATU BETUL NI..??
Tan Seri Khalid :
Behubung dengan isu pembayaran pampasan dan imbuhan kepada pekerja-pekerja saya. Saya telah mengikut Prosedure yang betul, selaku MB kuasa saya juga terhad saya tidak boleh meluluskan sesuatu perkara tanpa persetujuan dari Exco-exco saya, tanda tangan saya seorang tidak akan laku..
Exco PAS :
Nasihat Kami kepada Tan Seri Khlaid jangan salahkan Exco lama. Kami Cuma tahu jumlah pampasannya sebanyak RM 2.6 Juta tetapi pecahannya kami tidak tahu..
YB Khalid Abdul Samad ( PAS )
Tan Seri Khalid seorang yang tidak pernah mahu mengenang budi. Sudah ramai org berbudi padanya tetapi beliau sering mengkhianatinya
Diharapkan pimpinan PAS mampu mengutip Iktibar dari pengalaman dan sejarah ini..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · ·
BAGAI MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT.
Akhirnya Tan Seri Khalid yang disokong dan dibela oleh Haji Hadi selama ini telah menggigit PAS pula..
Tan Seri khalid mendakwa 4 orang Exco PAS terbabit sama dalam meluluskan pampasan serta imbuhan kepada bekas kaki tanganya dengan jumlah mencecah jutaan ringgit kerana setiap keputusan MB harus mendapat sokongan serta persetujuan dari Exco lantikannya..
Nampaknya TSKI berusaha menyelamat diri dgn mengheret sama ke empat2 Exco PAS kerana bersetuju dgn keputusan beliau, TSKI mendakwa jumlah pembayaran pampasan dan tunggakkan gaji tersebut ditelah dipersetujui oleh ke empat2 exco dari PAS di dalam satu mensyuarat exco kerajaan negeri pimpinannya.
Kini pemimpin PAS Khalid Samad yg pernah dikecam oleh pemimpin PAS dari kalangan Ulama Muda kononnya memihak kepada pengajuran pesta arak October Fest sedikit masa dahulu tampil bagi membela serta membersihkan nama Bekas Exco PAS di bawah pimpinan TSKI dahulu.
Diharapkan pimpinan PAS mampu mengutip Iktibar dari pengalaman dan sejarah ini..
Tidak ada manusia yang akan melakukan sebarang tindakan tanpa hujah dan alasan yang musabah melainkan org tersebut Tidak Berilmu, Dungu atau Gila..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Kedah bakal warta 15 perkataan yang dilarang digunakan orang bukan Islam

pada 23-11-2014 05:11 
Post Pic
SHAH ALAM: Kedah bakal mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam, sama ada dalam bentuk cetakan mahupun pengucapan umum, demikian menurut Exco Agamanya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. 
Kata beliau, perkara itu diputuskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, selepas dibuat pindaan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Pindaan) 2014.
"Enakmen 1988 itu dipinda, bagi memelihara kesucian agama Islam, yang kebelakangan ini diserang dari pelbagai sudut. Perkataan berkenaan adalah ayat dalam al-Quran dan digunakan seharian masyarakat Melayu Islam," lapor The Rakyat Post.
Perkataan itu adalah Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.
Mohd Rawi berkata, jika terbukti mana-mana individu mahupun pemimpin bukan Islam menggunakan perkataan itu, tindakan boleh diambil mengikut seksyen tertentu yang membawa hukuman penjara tiga hingga empat tahun.
"Contohnya, ada pemimpin bukan Islam ucap Assalamualaikum sebelum ceramah umum, kita boleh dakwa. Kita akan bertindak tegas untuk elak perkataan khusus Islam digunakan sewenangnya oleh bukan Islam," katanya.
Jelasnya, pindaan itu dibuat demi menjaga kesucian agama Islam, di mana kebelakangan ini negara sering berdepan serangan pemikiran liberal.
Menurutnya, terdapat 40 lagi perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam, di mana dibuat penambahan sebanyak 16 perkataan baru.
Antara perkataan itu termasuk, ALLAH, firman ALLAH, hadis, Kaabah, ibadah, kiblat, haji, mufti, rasul, Quran, solat, khutbah, fatwa, imam, dakwah, wahyu, masjid, surau, zakat, syariah, akhirat serta nabi.

Suri rumah ditipu rakan Facebook
  • Saodah memohon bantuan Pembela BN berhubung kes penipuan yang dialaminya membabitkan wang tunai lebih RM10,000. Saodah memohon bantuan Pembela BN berhubung kes penipuan yang dialaminya membabitkan wang tunai lebih RM10,000.
1 / 1
AYER KEROH - Seorang suri rumah rugi lebih RM10,000 akibat terperdaya dengan seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook.

Semuanya berlaku selepas rakannya yang merupakan seorang lelaki warga negara Britain, kononnya menghantar satu bungkusan berisi barangan berharga termasuk wang tunai 10,000 Pounds (RM52,000), dua beg tangan berjenama dan dua pasang kasut berjenama.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Saodah, 49,  berkata, lelaki itu berjanji untuk menghantar bungkusan terbabit pada 12 November lalu dan sehari kemudian, dia dihubungi seorang wanita memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah syarikat penghantaran yang berpejabat di Pasir Gudang, Johor.

“Wanita itu memberitahu, barangan milik saya kini berada di sebuah gudang dan tidak boleh dihantar selagi tidak menjelaskan bayaran RM1,500. Saya yang berada di Kuala Lumpur ketika itu memasukkan wang berkenaan menerusi mesin juru wang automatik (ATM) di sebuah bank atas nama wanita itu.

“Sehari kemudian, saya sekali lagi dihubungi wanita tersebut dan meminta saya memasukkan wang tambahan sebagai bayaran proses untuk mengeluarkan bungkusan tersebut,'" katanya.

Oleh kerana terlalu percaya di dalam bungkusan itu mengandungi wang yang banyak,  Saodah tidak kisah walaupun sudah memasukkan wang ke dalam akaun wanita itu berjumlah RM10,300, katanya yang memohon bantuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

Jelas Saodah, curiga dengan perkhidmatan syarikat tersebut, dia mula mendapatkan kepastian pejabat syarikat itu dan dalam masa sama membuat satu laporan polis di Balai Polis, BrickFields, Kuala Lumpur.

“Malangnya, saya dapati segala dokumen syarikat itu palsu malah alamat diberi juga berbeza daripada syarikat sebenar.

“Lebih merunsingkan, kesemua duit berkenaan saya pinjam daripada ah long,” katanya.
Artikel Berkaitan
 3:56PM - 22 Nov 2014

Kaedah tentukan harga apungan petrol


Mengikut sistem apungan terkawal untuk petrol RON95, harga petrol akan ditentukan berdasarkan purata harga sepuluh hari dalam pasaran dagangan antarabangsa dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan dan peruncit.

Di bawah sistem baru ini, harga petrol akan disemak pada setiap bulan dan tiada lagi komponen subsidi.

Mekanisme baru harga petrol ini yang akan berkuat kuasa bermula 1 Disember ini diumumkan semalam oleh Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. 

Harga akhir petrol akan ditentukan berdasarkan penanda aras Mean of Platts Singapura.

Menurut Hasan, jika terdapat perubahan harga yang signifikan dalam tenpoh 19 hari pertama setiap bulan, maka purata 10 atau 11 hari yang lepas akan diambil kira dalam menentukan harga runcit akhir.

 

 

 

Keputusan Undi: 90% setuju ASTRO tipu pelanggan

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Astro1-
Baru- baru ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.
“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.
Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”
Berikutan kenyataan Datuk Bung, portal berita Kuala Lumpur Post telah mengadakan satu survey di kalangan pembaca dan didapati 90% telah mengundi bahawa Astro menipu pelanggan.
Di harap pihak berkenaan akan berbincang dengan Astro untuk menangani isu ini dengan segera.

Inspektor Buat Laporan Lepas Zina Pelacur

Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.
Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
1

Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.
Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!
Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.
Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.
Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat  larangan agama Islam ini  seolah-olah diperkotak-katikkan.
Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

Empat beranak hidup serba daif
  • Zurina terpaksa mengangkut air dari kawasan berdekatan untuk kegunaan harian. Zurina terpaksa mengangkut air dari kawasan berdekatan untuk kegunaan harian.
1 / 3
IPOH - Dicelah-celah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kuala Kangsar dekat Kampung Perak Thong, di sini terdapat sebuah rumah uzur yang didiami empat beranak.

Sukar dipercayai namun, itulah realiti hidup Zurina Kamal, 36, dan dua adik serta seorang adik ipar perempuannya yang tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, rumah usang berkenaan tidak dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik.

Zurina  berkata, mereka sekeluarga tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, seorang daripada adiknya telah berpindah ke tempat lain dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

“Dulu saya dengan adik-adik duduk sini. Seorang dah pindah, tak jumpa dah,” katanya ketika dikunjungi Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohammed Noor semalam.

Zurina berkata, dia tidak memiliki pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya dan hanya bergantung kepada upah diterima daripada kerja sambilan dilakukannya.

“Kadang-kadang saya tolong cuci lantai, menyapu di kedai sebelah, ada masa saya tolong angkat barang orang yang jual kat pasar.

“Kalau ada rezeki lebih, kami makan la yang sedap sedikit, kalau tak..apa yang ada sahaja,” katanya.

Difahamkan,  kesemua mereka yang mengalami masalah lembam, tiada dokumen pengenalan diri kerana tidak memiliki sijil kelahiran.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah Zurina mendapati kediaman itu tidak ubah seperti  pondok yang hanya ditutupi papan terpakai, malah silingnya bocor. Malam mereka hanya diterangi cahaya lilin.

Ketiadaan bekalan air menyebabkan Zurina terpaksa mengangkut air dari paip berhampiran hampir setiap hari untuk kegunaan harian.

Keluarga berkenaan kini berada di bawah pengawasan Unit Hal Ehwal Islam Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Kakitangan HRPB, Ismail Yahya berkata, Zurina dan keluarganya tidak pernah mendapat pendidikan sejak kecil.

“Urusan bagi mendapatkan bantuan daripada pihak Baitulmal bagi keluarga ini sedang dilakukan” katanya.

Sementara itu, Hairul Anwar berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk membantu keluarga berkenaan, khususnya bagi mendapatkan Zurina serta dua adiknya pekerjaan tetap.

Beliau berkata, bantuan lain terutamanya proses dokumentasi diri turut akan disegerakan.

“Kita harap pihak-pihak lain juga boleh membantu keluarga ini. Kita boleh kategorikan keluarga ini miskin bandar.

 “Jika bukan dengan wang ringgit, mungkin kita boleh membantu daripada segi baik pulih rumah atau sebagainya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan boleh menghubungi Unit Hal Ehwal Islam HRPB di talian 013-4046515 (Ismail).
Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan