Selasa, 4 November 2014

TAK PAYAH TINGGALKAN NEGARA...TAK PAYAH BERSARA POLITIK...BILA AJAL MAKA MASUK KUBUR..DAN BERSARA DARI MAKAN DAN MINUM DLL...SEMUA AKAN MATI YANG PANDAI ATAU YANG BODOH...YANG JAHAT ATAU YANG BAIK...PEMIMPIN ATAU RAKYAT....SEMUA AKAN MENGADAP SANG MAHA PENCIPTA IAITU ALLAH SWT




Dr Asri mahu Anwar tinggalkan negara, politik


mohd_asri
Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata kadang-kadang beliau mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negara dan tidak lagi campurtangan dalam urusan politik negara ini.
Ujarnya, Ketua Pembangkang itu sudah lama bergelumang dalam politik dan terlalu banyak diduga dan menduga.
Pun begitu, beliau mengakui, Anwar mempunyai peranan-peranan tertentu dalam memastikan pengurusan pentadbiran negara ke arah yang labih baik.
Malah hasil pemantauan Anwar dan rakan pimpinannya dalam pakatan Rakyat menyebabkan rakyat banyak mendapat manfaat.
“Sehinggakan saya ada terfikir alangkah baiknya kalau dia pergi dan tinggalkan negara ini tidak masuk campur lagi urusan politik.
“Saya simpati dengan Anwar dari sudut usianya kalau benar dia akan masuk dalam semula sebagai orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang beliau juga menyumbang.
“Kerana ada juga yang didapati rakyat sekarang ini hasil daripada pembangkang yang menuntutnya,” katanya kepada AP ketika ditemubual eksklusif.
Dr Asri berkata demikian ketika diminta mengulas isu pendakwaan kes liwat II yang dihadapi Ahli Permatang Pauh itu.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Anwar yang masuk hari ke lima. Prosiding itu pada awalnya hanya ditetapkan selama dua hari, namun dilanjutkan atas sebab hujah pembelaan yang banyak.
Dijangka keputusan akan diketahui esok, bagaimanapun ia bergantung kepada perbicaraan hari ini.
Dr Asri berkata, beliau yakin sistem perundangan negara ini akan memutuskan keputusan dengan waras dan rasional tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak.
“Soal fakta penilaian hakim lebih tahu, sejauh mana dia menghukum perkara itu berdasarkan fakta atau berdasarkan pengaruh tertentu.
“Rakyat juga tidak bodoh mereka juga boleh menilai tidak boleh emosi daripada awal ada di sebelah pihak sahaja,” katanya.
Dr Asri yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata jika Anwar bersara daripada politik, ia memberi peluang kepada generasi baru untuk menjadi pemimpin yang hebat.
“Ada kemungkinan kalau Anwar tidak ada lagi satu mungkin akan menjarakkan lagi jurang di dalam Pakatan Rakyat itu, dan ada kemungkinan juga akan melahirkan tokoh-tokoh baru dalam politik.
“Saya mengharapkan generasi baru untuk berpolitik kita kena lupakan mimpi lama atau episod lama yang berkaitan soal peribadi dan tidak puas hati antara veteran dalam politik,” katanya lagi.
Anwar sebelum ini berkali-kali memberitahu beliau kononnya digesa rakannya daripada luar negara untuk tidak lagi kembali ke tanah air dan meninggalkan politik Malaysia.
Namun Anwar berkata beliau tetap memilih untuk ‘mengorbankan diri’ demi menuntut transformasi dalam sistem perundangan negara semata-mata demi masa depan generasi akan datang.
Malah Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pernah berkata beliau mungkin akan bersara daripada politik sekiranya Pakatan rakyat kalah dalam PRU itu, dan boleh jadi beliau akan ‘kembali mengajar’.
Namun setahun enam bulan berlalu, Anwar masih ligat berpidato di atas pentas politik sehinggalah kes liwatnya kembali dibawa kemuka pengadilan.
Lima panel hakim mendengar rayuan Anwar, diketuai Ariffin, serta Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Barisan peguam bela Anwar diketuai Sri Ram, serta 14 peguam lain.
Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008, lapor Suara.Tv

Abang teman lelaki ghairah, rogol, rakam dan sebar aksi rogol


caKUALA LUMPUR  –  Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh, seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol lelaki berkenaan, kelmarin.
Difahamkan, abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.
Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.
“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.
“Kesempatan itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya,” katanya.
Beliau berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di bucu katil hingga separuh sedar.
“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.
“Keesokannya, mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada rakannya,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.
Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.  – Harian Metro
Allah maha besar maha berkuasa, kita hamba hina ni niat nak buat jahat tapi tak buat lagi tak di tulis dosa lagi apatah nak jatuh hukuman..
Tp di Malaysia ni baru niat saja dah di jatuhkan hukuman..niat pula benda baik bukan benda jahat..niat nak bernikah..

Gadis 14 Tahun Jual ‘Tubuh’ Kerana Blackberry

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
spermKegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, Johor, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal. -WB








Rafizi gelak, Hakim persoal Shafee beri bukti Google!


Rafizi_Liwat_IIHakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ariffin Zakaria menegur pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengemukakan hujah berpandu artikel internet.
Dalam perbicaraan rayuan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari ke lima hari ini, Shafee memetik satu kes pembunuhan di Australia di mana sampel DNA diambil dari tuala yang ditanam selama 13 tahun.
“DNA ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh,” katanya.
Shafee yang dilantik oleh kerajaan seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.
Tindakan ketua pendakwaraya itu turut mendapat perhatian Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli yang mempersendakan hujahnya di twitter.
“Kah3 Ketua Hakim Negara tegur Shafee sebab bagi bukti dr google search konon DNA boleh tahan 30thn, yg kat internet x tentu betul. Kah3″ tulisnya dipetik Keadilan Daily.

Seksa perogol hingga mati


New Delhi: Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati.
Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya.
Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu.
Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi.
Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa.
Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.
Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. - Agensi

Wabak Ebola menular pantas di Sierra Leone



GAMBAR yang dirakam pada 24 Oktober lalu menunjukkan anggota Pasukan Sokongan Perubatan Tentera bagi Menangani Ebola sedang menjalani latihan khas di Pusat Perubatan Tentera San Antonio di Texas, Amerika Syarikat.



WASHINGTON – Wabak demam Ebola merebak sembilan kali ganda lebih pantas di beberapa bahagian di Sierra Leone berbanding dua bulan lalu, menurut laporan Inisiatif Tadbir Urus Afrika (AGI) kelmarin.
Walaupun kes baharu semakin menurun di Liberia, namun wabak Ebola terus merebak dengan begitu cepat di beberapa bahagian di Sierra Leone, menurut laporan AGI itu.
Secara purata, sejumlah 12 kes baharu direkodkan dalam sehari di kawasan pedalaman sekitar ibu kota Sierra Leone, Freetown akhir bulan lalu berbanding 1.3 kes sehari awal September lepas, sekali gus peningkatan sebanyak sembilan kali ganda.
Jangkitan virus itu turut merebak dengan cepat di Freetown de­ngan purata enam kes Ebola dicatat dalam sehari, meningkat enam kali ganda berbanding dua bulan lepas.
Analisis tersebut dibuat berdasarkan purata jangkitan untuk setiap tempoh tiga hari yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Sierra Leone.
Laporan itu didedahkan selepas wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyambut baik pengurangan jangkitan di bebe­rapa kawasan yang terjejas wabak Ebola.
AGI yang merupakan sebuah pertubuhan sokongan yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memberitahu, walaupun berlaku perubahan tetapi krisis Ebola masih belum reda.
“Kerajaan Sierra Leone ber­us­aha keras untuk menangani jangkitan Ebola dengan mempercepatkan akses rawatan dan melakukan pengebumian secara tertib serta selamat,” kata Ketua AGI, Nick T­hompson.
Dalam pada itu, menurut Pertubu­han Kesihatan Sedunia, kira-kira 5,000 orang telah mati akibat wabak tersebut dengan lebih 13,000 jangkitan direkodkan tetapi angka jangkitan dan kematian dipercayai jauh lebih tinggi. – Agensi4:13PM - 4 Nov 2014

PKR: Himpunan mega jika Anwar dipenjara


Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

"Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang,” katanya.

Ucapannya itu disambut dengan laungan slogan “reformasi” oleh para penyokong.

Rayein Ahmad added 2 new photos.
Nik Suryani Deraman
Isteri kepada Saipol Bukhari Azlan
Kakitangan Media Prima
Wartawan yg bertalu talu bertanyakan soalan tentang jam omega ketika scandal china doll trio dato T yg ditujukan pada DSAI pada tahun 2011....
Tidak lama selepas itu telah bertunang , berkahwin dan mempunyai seorang zuriat dgn saipol bukhari dan berbahagia bersama. ....
Mereka juga mampu bersama walaupun umum mengetahui betapa hinanya saipol dimata masyarakat. .bukan admin bermaksud menghina tetapi. ....
Apa kaitan mereka ini dalam kronologi kes DSAI ....???
SURATAN ATAU KEBETULAN ....????
LikeLike · ·

Tuesday, November 4, 2014


Komisen RM1.54 Bilion: Siapa bohong.. 1MDB atau Goldman Sachs?


Jawapan berbeza yang diberikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs berhubung komisen setinggi RM1.54 bilion dalam usaha pengumpulan dana sekali lagi menimbulkan persoalan berhubung tindakan meragukan badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.

Ia berhubung pemotongan sebanyak RM630 juta dan RM906 juta untuk ‘komisen dan perbelanjaan’ daripada dana yang diraih, iaitu RM5.6 bilion pada tahun 2012 dan RM9.6 bilion pada tahun 2013.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jawapan yang saling bertentangan itu ternyata sama menggerunkan seperti jumlah wang yang terlibat.

“Goldman menyatakan tiada komisen dibayar kepada pihak ketiga, dan semua caj dibayar kepada mereka, termasuk penasihat undang-undang dan akaun yang terlibat.

“1MDB sebaliknya mendakwa sejumlah besar daripada RM1.54 bilion adalah sebagai diskaun kepada pemegang bon (bond-subscriber), dan tidak dibayar kepada Goldman.

“Jadi siapakah yang berkata benar? Atau kedua-duanya ada menyembunyikan sesuatu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan The Edge Financial Daily 29 Oktober lalu, Ketua Komunikasi Korporat Goldman Sachs Asia Pasifik Edward Naylor berkata ‘komisen, bayaran dan perbelanjaan’ adalah untuk Goldman Sachs atas risiko yang diambil melalui pengeluaran bon itu, dan tidak dibayar kepada pihak luar.

Namun dua hari kemudian, 1MDB menyatakan perkara berbeza, bahawa RM1.54 bilion itu adalah diskaun kepada pemegang bon yang terlibat dalam pengumpulan dana itu.

Jumlah tersebut, iaitu 10 peratus daripada jumlah dana yang dikumpul ternyata amat meragukan, memandangkan bayaran biasa kepada bank pelaburan yang menguruskan proses itu adalah pada kadar 0.1 hingga 2 peratus sahaja.

Misalnya, kerajaan Mexico dan Uruguay yang masing-masing mengeluarkan bon berjumlah USD3.9 bilion dan US2 bilion hanya memotong 0.2 peratus dan 0.1 peratus bagi tujuan bayaran dan perbelanjaan.

Tiada ‘diskaun’ dalam surat penawaran

Menurut Pengerusi DAP Selangor itu lagi, untuk mengetahui hal sebenar, beliau telah merujuk kepada surat penawaran (offering circular) bagi pengumpulan dana itu yang menunjukkan tiada diskaun diberikan kepada pemegang bon.

“Bermakna bagi setiap RM1 bon yang dijual, pemegang bon membayar RM1 juga. Dalam dokumen itu, tidak disebut langsung tentang ‘diskaun’,” katanya.

Katanya lagi, melainkan Goldman Sachs dan firma guaman yang terlibat – Linklaters LLP dan Baker & Mckenzie LLP – tidak berkata benar dalam surat tawaran itu, 1MDB ternyata cuba menyembunyikan sesuatu berhubung jumlah RM1.54 bilion itu.

“Hanya ada satu cara, 1MDB tidak lagi boleh berdolak dalih dan memberikan maklumat terperinci berhubung penggunaan wang itu – berapa banyak yang dibayar kepada Goldman Sachs, peguam, akauntan, bayaran lain serta diskaun kepada pemilik bon, jika ada.

“Jika gagal berbuat demikian, rakyat hanya boleh menyangka bahawa 1MDB menyembunyikan kebenaran. Dan saya sekali lagi mendesak pengurusan tertingginya dikenakan hukuman keras ekoran isu ini,” katanya lagi. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan