Jumaat, 21 November 2014

SEX SATU KEPERLUAN MACAM MAKAN DAN MINUM...MAKA SALURLAH MENGIKUT SYARAK DENGAN NIKAH-KAWIN...SEX SATU NIKMAT SYURGA ALLAH TELAH TURUNKAN DIDUNIA...MAKA HUKUMNYA BERAT REJAM SAMPAI MATI BAGI YANG DAH KAWIN ATAU DIROTAN 100x BAGI YANG BELUM KAHWIN...NI MENGELAK PENYAKIT KETURUNAN/GENETIK TERUS MEMBIAK...JIKA TAK DILAKSANA HUKUM NI...MAKA AKAN LAHIR/MEMBIAK MANUSIA2 SUKA BERZINA

Genetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kariotip perempuan normal. Perhatikan penyusunan 23 pasangan kromoson mengikut saiz, daripada yang terbesar hingga yang terkecil diikuti oleh kromosom seks (di sini sepasang kromosom X bagi wanita).
Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
Kini bidang genetik boleh dibahagikan kepada dua peringkat: genetik klasik dan genetik molekul. Sebahagian besar genetik klasik merupakan sumbangan ujikaji Gregor Mendel dan penemuan gen-gen terangkai. Genetik molekul terbit daripada penemuan kod genetik dan perkembangan teknik pengklonan. Walaupun genetik molekul lebih berguna dari segi aplikasinya dalam perubatan dan forensik, genetik klasik masih digunapakai.

Sejarah bidang genetik

Jean-Baptiste Lamarck pernah mengemukakan teori evolusinya yang mencadangkan bahawa sesuatu ciri yang diperolehi semasa jangka hayat sesuatu organima boleh diwarisi oleh generasi yang berikutnya, tetapi teori ini lenyap selepas penerbitan The Origins of the Species oleh Charles Darwin. Antara tokoh terawal dalam bidang ini ialah seorang paderi Augustian, Gregor Mendel. Sumbangan terbesar beliau adalah kajiannya dengan pokok kacang pis yang membuktikan kewujudan unit-unit diskrit, atau gen, yang membawa maklumat genetik[1]. Penemuan DNA sebagai unsur genetik dibuktikan oleh Alfred Hershey dan Martha Chase pada tahun 1952. James Watson, Francis Crick dan Maurice Wilson berjaya menerangkan struktur DNA yang berbentuk gegelung dwi-heliks pada tahun 1953[2]. Penemuan penting ini dikurniakan Hadiah Nobel tahun 1962 dalam Perubatan. Projek Genom Manusia pada tahun 2000 yang dipelopori oleh Craig Venter menunjukkan hasil yang menakjubkan; 3.1 billion unit nukleotid dalam tubuh badan manusia, hanya 1% (kira-kira 30,000 gen) ditranskripsikan kepada bentuk protein.

Prinsip-prinsip asas genetik Mendelian

Melalui pembiak-bakaan dalam pokok kacang pis (Pisum sativum), Mendel medapati bahawa progeni memiliki rupa kedua-dua induk bunga jantan dan betina tanpa menghasilkan rupa perantaraan. Sebahagian besar eksperimen Mendel melibatkan pokok-pokok berbaka tulen kerana ia memudahkan pengukuran ciri-ciri yang "mutlak" seperti warna, bentuk, dan kedudukan anak pokok. Hasil eksperimennya banyak menggunakan analisis statistik dan prinsip kebarangkalian yang melibatkan saiz sampel yang besar, yang mengukuhkan lagi hasil penemuannya. Mendel mengatakan bahawa:
1. Pewarisan sesuatu ciri atau rupa ditentukan oleh “unit“ atau “faktor“ yang diwarisi oleh progeni, dan unit ini tidak berubah.
2. Individu mewarisi satu jenis unit dari setiap induk untuk sesuatu ciri tertentu.
3. Sesuatu ciri atau rupa tidak semestinya hadir pada inidividu tetapi boleh diwarisi oleh generasi yang berikutnya.

Pengecualian daripada hukum Mendel

Kesan Poligen/Aditif

Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen. Ini dikenali sebagai ciri poligenik atau selanjar. Salah satu ciri poligenik ialah warna kulit dimana warna kulit seseorang adalah hasil dan interaksi beberapa gen yang mengkodkan warna kulit.

Kodominan


Bunga azalea merah jambu dan putih; contoh pewarisan kodominan
Bagi sesetengah ciri, dua alel boleh disifatkan sebagai kodominan. Ini bermakna kedua-dua alel diekspreskan dalam individu heterozigus, contohnya, orang yang memiliki darah jenis AB dalam sistem darah ABO. Bila darah dianalisis, inidividu berdarah AB mempunyai sifat kedua-dua darah A dan B. Fenotipnya bukan perantaraan darah A dan darah B.

Pengekspresan perantaraan/dominan tidak lengkap

Fenotip campuran boleh hadir apabila terdapat alel separa lengkap menghasilkan ciri perantaraan dalam individu heterozigus. Bunga primrose heterozigus yang berwarna merah jambu merupakan hasil induk bunga merah dan putih.

Penetrans tidak lengkap

Gen yang tidak penetran sepenuhnya tidak diekspreskan tanpa kehadiran faktor luaran tertentu. Contohnya, seseorang individu yang sihat boleh memiliki gen yang bertanggungjawab untuk penyakit diabetes jenis 2 jika permakanannya dijaga. Gen yang menyebabkan sklerosis berganda (multiple sclerosis) tidak aktif tanpa jangkitan virus Epstein-Barr.

Pleiotropi

Satu gen boleh menyebabkan lebih daripada satu jenis penyakit. Ini dinamakan fenomena pleiotropi. Penyakit anemia sel sabit melibatkan pewarisan satu jenis gen yang boleh mencetuskan pelbagai masalah kepada jantung, hati, buah pinggang, dan mata disebabkan pembentukan sel darah merah yang abnormal.

Mekanisme pewarisan dari sudut molekul

Kromosom


Kromosom politen merupakan jenis kromosom yang mempunyai salinan DNA berganda kerana tidak mengalami pembahagian sel
Rencana utama: Kromosom
Maklumat genetik terletak dalam kromosom yang terdiri daripada organisasi DNA dan protein histon. Sel-sel hidup yang menghasilkan generasi sel-sel anak memindahkan maklumat genetiknya melalui kromosom dengan bilangan yang sama, kecuali sel gamet. Bentuk dan saiz kromosom adalah berlainan mengikut organisma tertentu. Bakteria mempunyai satu kromosom yang berbentuk gelungan yang panjang manakala organisma eukariot seperti manusia secara lazimnya mempunyai kromosom berbentuk linear yang wujud berpasangan yang serupa, kecuali kromosom seks X dan Y.
Perkataan 'kromosom' adalah gabungan dua perkataan bahasa Yunani yang bererti 'jasad' (soma) 'berwarna' (chroma). Kromosom biasanya diwarnakan dengan pewarna Giemsa supaya boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop. Kromosom boleh diperhatikan sebagai bebenang kromatin yang berjalur. Jaluran ini boleh dibahagikan kepada eukromatin dan heterokromatin. Heterokromatin adalah kawasan yang padat, "berlipat", dan aktif dalam transkripsi gen. Eukromatin pula merangkumi kawasan yang terlibat dalam pengawalaturan gen. Strukturnya yang kurang padat membenarkan pengikatan RNA polymerase untuk memulakan transkripsi gen.
Bagi organisma diploid, kromosom autosomal (kromosom yang bermitosis) di turunkan kepada sel-sel progeni secara berpasangan. Kromosom seks X dan Y diwarisi oleh progeni melalui gabungan dua sel gamet yang haploid. Kesilapan semasa pembahagian sel, samada mitosis ataupun meiosis, boleh menyebabkan pelbagai sindrom kongenital seperti sindrom Turner dan sindrom Klinefelter, dan sindrom Down.

Pewarisan prokariotik

Bakteria dan virus tidak terlibat dalam pembiakan seks untuk menghasilkan progeni baru. Namun, mekanisme yang lebih ringkas dijalankan bagi memanjangkan zuriat sesuatu strain bakteria dan virus. Terdapat tiga cara organisma prokariot "membiak":
  • Transformasi
  • Transduksi
  • Konjugasi

Transformasi


Transduksi. 1) Virus melekapkan diri pada reseptor pada permukaan sel bakteria 2) Virus mengambil-alih sistem replikasi dan metabolisme perumah untuk pemprosesan komponen virus seperti DNA dan kapsul 3) Virus-virus baru dihasilkan 4) Sesetengah virus membawa DNA bakteria daripada serangan lama 5) Kemasukan DNA virus 6) DNA virus temperat bergabung dengan DNA perumah
Transformasi banyak dilakukan dalam makmal untuk menghasilkan bakteria yang mempunyai kandungan genetik yang khas. Walaubagaimanapun, transformasi boleh berlaku secara semulajadi melalui penerimaan maklumat genetik daripada organisma yang sudah mati. Dalam mekanisme transformasi, fragmen DNA bebas daripada sel terpecah memasuki sel bakteria penerima yang hidup. Sel penerima mestilah daripada genus yang sama dan hadir dalam keadaan "kompeten". Sel yang kompeten bermakna sel berada dalam persekitaran dan memudahkan kemasukan unsur luar. Kemasukan DNA secara transformasi hanya boleh berlaku sebelum pembentukan dinding sel. DNA yang berjaya memasuki sel penerima boleh bergabung dengan kromosom perumah secara rekombinasi. Sel penerima kini dinamakan 'transforman' dan boleh mengekspres gen asing.

Transduksi

Virus seperti bakteriofaj atau faj bereplikasi melalui transduksi. Bakteriofaj membiak dengan menyerang sel bakteria (sel perumah), mengambil alih sistem replikasi dan metabolisme perumah, dan akhirnya membunuh sel perumah melalui lisis dan pembebasan virus-virus yang baru. Sesetengah virus tidak menyebabkan kemusnahan sel perumah. Ia hanya memindahkan maklumat genetiknya kepada sel perumah menghasilkan kandugan genetik yang baru. Namun, atas keadaan yang kurang menyenangkan, DNA virus boleh mengaktifkan penghasilan virus-virus baru menggunakan "jentera" sel perumah e.g. RNA polymerase, ligase, dan menyerang bakteria lain.

Konjugasi

Konjugasi berbeza daripada transformasi dan tranduksi kerana ia melibatkan kehadiran dua sel bakteria dan ia juga melibatkan pemindahan maklumat genetik yang lebih banyak. Mekanisme konjugasi pertama kali diterangkan oleh Joshua Lederberg pada tahun 1946. Dalam ujikajinya, dua jenis sel, F+ dan F-, masing-masing sel penderma dan sel penerima dicampurkan bersama dalam tabung uji. Sel F+ yang mempunyai plasmid F (fertility) boleh memindahkan bebenang DNA melalui sehelai pilus (bahasa Latin untuk rambut) F, kepada sel penerima F-. Hasil daripada konjugasi dua sel bakteria ialah perubahan sel penerima kepada sel penderma.

Pengekspresan dan pengawalaturan gen

Segala penghasilan protein yang terlibat dalam proses-proses penting dalam tubuh badan organisma seperti respirasi dan metabolisme bermula dari gen. Sel organisma perlu mengawal pengekspresan gen bagi mengelakkan masalah patologi yang boleh timbul seperti barah. Beberapa peringkat dalam pengekspresan gen boleh dikawal, daripada transkripsi gen kepada mRNA hinggalah ke peringkat pengubahsuaian pasca-translasi.

Mayat bayi ditanam ditemui selepas mayat ibu


mayat bayi
HULU SELANGOR - Polis berjaya menemui mayat seorang bayi ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kalumpang, di sini, pagi Khamis.   Ia susulan daripada penemuan mayat ibunya yang ditanam di lokasi berhampiran.
Mayat ditemui di Kampung Gumut, Kalumpang pada pukul 11.30pagi.  Menurut pihak polis, lokasi tersebut ditunjukkan sendiri oleh suspek yang merupakan lelaki warga Indonesia.
Pasukan forensik terpaksa mengorek tanah sedalam kira-kira 3 kaki sebelum menemui mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan.  Selasa lalu, mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi itu berjaya dijumpai tertanam di kawasan berhampiran dengan lokasi bayi tersebut ditemui.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin,  bedah siasat mendapati si ibu mati ketika melahirkan anak.  Punca kematian bayi itu bagaimanapun masih disiasat.
Beliau berkata kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran, lapor mStar.

Amah jalin hubungan dengan anak majikan 13 tahun


hamil
Manama – Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 32 tahun melahirkan anak selepas hamil hasil hubungan dengan anak lelaki majikannya yang berusia 13 tahun.
Kejadian itu sekali gus menjadikan budak terbabit bapa paling muda di Bahrain.
Amah berkenaan yang kini dibicarakan di negara Teluk itu, mulanya mendakwa budak itu merogolnya tetapi kemudian menukar pengakuan selepas disoal siasat oleh polis.
Peguam budak berkenaan, Ibtisam Al-Sabbagh memberitahu stesen televisyen CNN Arabia, pembantu rumah itu berjaya menyembunyikan kehamilannya daripada majikannya selama beberapa bulan sehingga dia hampir menaiki pesawat untuk terbang pulang ke negara asalnya.
“Dia melahirkan bayi itu sebelum berlepas pulang. Dia melahirkannya seorang diri di bilik air majikannya.
“Dia mulanya mendakwa dirogol oleh anak majikannya. Tetapi sebenarnya, dia menjalinkan hubungan cinta dengan budak itu,” kata Ibtisam, lapor Agensi.

Nyaris berzina dengan bapa mertua


tcheating-spouse-afpHeilongjiang – Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki yang hanya dikenalinya menerusi Internet.
Pergaduhan antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.
Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur pertemuan di sebuah hotel.
Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.
Tanpa disedari, suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.
Di situ, Wang Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.
Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.
Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.
Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda sementara wanita itu mengguna gambar rakannya.
“Kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus kepada anak saya yang mengintip kami, menurut sumber Agensi.
“Suaminya menjerit seperti hilang akal dan menyerang saya.
Sementara itu, polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya.

“Apabila saya sedar,saya sudah terbaring di atas katil tanpa seurat benang”


KUALA LUMPUR: “Saya cuma ingat leher terasa meremang dan apabila sedar, saya sudah terbaring di atas katil tanpa seurat benang dengan seorang lelaki terlentang bersebelahan saya,” kata seorang remaja yang mendakwa menjadi mangsa pukau dan rogol.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 17, mendakwa kejadian berlaku pada malam Aidiladha tahun lalu apabila dia yang tinggal bersama nenek dan datuknya tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukau ketika berada di rumah mereka di Kelantan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang berbaring di bilik tidur manakala datuk dan neneknya yang masing-masing berusia 75 dan 67 tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.  - Metro

Khalwat: Lelaki dicekup dengan isteri orang yang sarat mengandung


Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.
Wanita terbabit yang juga isteri orang, telah bersembunyi didalam bilik air ketika pemeriksaan dilakukan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.
“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya. – melarang.com

ISTERI SELAMATKAN SUAMI DARI TERUS DIBELASAH KAKITANGAN TNB????

 
ISTERI SELAMATKAN SUAMI DARI TERUS DIBELASAH KAKITANGAN TNB???? | Kejadian dikhabarkan berlaku di Guar Nangka, Perlis ... seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keenganan suaminya membenarkan pihak TNB memasang kabel voltan tinggi merentasi hartanahnya tanpa membayar sebarang pampasan.

Mohon pihak-pihak berkenaan memberikan respon tentang apa yang diberitakan ini demi pencerahan dan kebenaran.

MENGAPA FAEKAH HUSSIN MEROYAN KETIKA TAN SERI KHALID IBRAHIM DIPECAT DARI PKR DAN DITURUNKAN DARI JAWATANYA SEBAGAI MB.
SAMPAI FAEKAH TERGAMAK MEMFITNAH ANWAR IBRAHIM MINTA BAYARAN 15 JUTA SETAHUN SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR..
ANTARA SALAH LAKU TAN SERI SERI KHALID KETIKA MENJAWAT JAWATAN MB SELANGOR.
SALAH LAKU BAHAGIAN PERTAMA
PENSTRUKTURKAN GAJI YANG MELAMPAU
3.1) RAHIMAH BINTI KAMARUDDIN
PEGAWAI KOORDINASI MB SELANGOR
GAJI BULANAN RM 11, 000 X 67 BULAN . TERIMA PAMPASAN - RM 221,100
3.2) FAEKAH BINTI HUSIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI
GAJI BULANAN RM 39,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 585,000.
3.3) ARFA'EZA BINTI ABD AZIZ
SETIAUSAHA AKHBAR MB
GAJI BULANAN RM 18,000 X 77 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 415,800
3.4) ROHANI BINTI DATUK TALIB
KETUA PEGAWAI OPERASI MBI
GAJI BULANAN RM 24,000 X 65 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 475,200
3.5) MUSTAFA TALIB
SETIAUSAHA POLITIK MB
GAJI BULANAN RM 10,000 X 78 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 234,000
3.6) DR SULAIMAN MASRI
PEGAWAI KHAS KOMUNIKASI
GAJI BULANAN RM 8000 X 65 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 156,000
3.7) ABDUL HALIM MOHD YUSOF
PENGURUS PENYELIDIKAN EKONOMI
GAJI BULANAN RM 10,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 150,000
3.8) TUAN NAZURI ISMAIL
PEGAWAI AKHBAR
GAJI BULANAN RM 6000 X 55 BULAN.TERIMA PAMPASAN RM 97,200.
NOTE :
Gaji Faekah Hampir RM 40,000 sebulan bermakna seminggu RM 10,000. Seminggu kerja 5 hari bermakna gaji Faekah sehari adalah sebanyak RM 2,000
Gaji Faekah Hussin mengatasi gaji Ahli Parlimen..
Mengapa Faekah dan Arfezah terlalu Istimewa buat Khalid Ibrahim..??
Haram Jadah TSKI seperti ini yang PAS sanjung2 memang otak tak de
Itu belum dikira ELAUN serta IMBUHAN, Belum dikira BONUS TAHUNAN
Bodoh nak mampuslah siapa yg sokong TSKI
Nantikan Pembongkaran siri Ke 2
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
— with Dahlea Al-Saadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan